Monday, August 13, 2007

Lambang Kerajaan Langkat, Siak dan Makara Naga

Terima Kasih kepada pembaca blog ini yang telah menghubungi kami. Sudah pasti seperti yang saudara/i katakan setelah membaca blog ini banyak salasilah saudara/i yang diceritakan oleh keturunan terdahulu mula menunjukkan kebenarannya. Ini kerana disini diceritakan SEJARAH REALITI, BUKAN SEJARAH FANTASI !!, versi rakyat, mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah negara kita.

Untuk pembaca lain, ada diantara rakan pembaca kita mulai faham kenapa ada generasi mereka yang dikatakan berketurunan China Manchu, Bae dengan surname Ma. Ada yang berbangga menjadi orang Siam Islam di Kedah kerana mereka asalnya rakyat nagara Benua Islam Siam Kedah, berasal dari Kemboja dan menetap di kelantan dan banyak lagi. Jika saudara/i ada mempunyai apa-apa kaitan dalam salasilah saudara/i, jangan lupa menghubungi kami.

Rakan kami pula telah menjumpai logo kerajaan Langkat ini sewaktu meneliti salasilah Kerajaan Langkat dan ingin berkongsi dengan saudara pembaca blog ini. Sila teliti dan buatlah andaian sendiri. Patutlah warna kuning yang menjadi warna rasmi Maharaja China sehingga kehari ini menjadi warna raja-raja kita.

Ini URLnya,
http://www.4dw.net/royalark/Indonesia/langkat.htm


Hidung naga laut dalam logo tersebut (kanan) tinggi seperti Makara yang dijumpai di Sg Mas. Malangnya Makara yang di jumpai di Sg Mas kehilangan bahagian mata dan dahinya.


Sdr Salmi memaklumkan kepada kami bahawa Kesultanan Siak turut menggunakan lambang Naga. Ini gambar 'Siak Arms'yang dimaksudkan. Terima Kasih atas saranan dan keperihatinan saudara.



Andaian pelukis kedudukkan makara Sg Mas sekiranya diperlengkapkan bahagian yang hilang. Tidak berapa tepat tapi kemungkinan tetap ada. Tempayan Air untuk membasuh kaki dihadapan tangga makara tesebut.

Selamat membaca dan membuat penilaian terbaik.

1 comment:

Anonymous said...

Kesultanan Siak pun ada lambang naga. Kesultanan Siak ini ada kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka lama dan Perak sekarang.

Jadi memang logiknya Parameswara Melaka itu berasal daripada Gangga Negara, Beruas Perak iaitu keturunan Merong mahawangsa juga.

Salmi