Sunday, September 16, 2007

ASAL USUL BANGSA THAI

Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka sepertimana tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa (lihat gambar dibawah). Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thai berasal dari Tibet iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu.

Sejarah bermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet lalu menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736 masihi bermula dengan berbaik-baik, bangsa Thai memasukki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah masih lagi memerentah. Nama baginda ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17 bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia dan baginda bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.

“Meanwhile in the 13th century the most celebrated of early Tai states was the kingdom of Sukhothai. Modern Thais regard Sukhothai as the birthplace of the Thai nation, particularly under Ramkhamhaeng, king c.1279 – 1298, whose rule is celebrated by the Sukhothai stone – an inscribed obelisk reputedly discovered in 1833 by the Thai prince Mongkut, then a monk and scholar and later Thailand’s first modernising monarch. The inscription portrays Sukhothai as an idyllic place, governed by a just, fatherly and devoutly Buddhist monarch. Possibly it is Ramkhamhaeng’s self-justifying counterblast to the arrogance and avariciousness of imperial Angkor. In recent years the stone’s authenticity has been questioned, some sceptics arguing that Mongkut himself devised the inscription to give his people an appealing early history”.History of South Asia, Asean Focus group

Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung dizaman Mongkut juga. Strategi yang sama turut digunakan Inggeris, dalam usaha mereka memadam tamaddun Islam di nusantara ini.

Pada tahun 1752 masihi bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. “Burma” dalam bahasa Siam bermaksud “Puak Pendatang”. Maha Dammaiyaza Syarif Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.

Pada tahun 1758 masihi, berikutan kemangkatan Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, mereka mula bertindak dengan cara mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III, anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang mana ketike itu memerentah di kemboja di Cempakasari. (Kami ingin mengingatkan bahawa Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan, adalah orang yang sama).

Baginda Po Chan ini menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam peperangan dengan Raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma ini berjaya di bunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di sebuah tempat yang kemudiannya di gelar Taikala. “Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam bermaksud “Mati di Bunuh”. Po Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja.

“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur'an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html

Pada tahun 1767 masihi tentera Buddha Chakri Sokho Thai menyerang Kota Ayut’ia, tempat bersemayamnya Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782 masihi Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri) menjadi Raja Thai Rama I Ayut’ia negeri Siam (thai menjajah negeri Siam).

“Rama I (reigned 1782–1809) had been born of a Thai father – a relatively minor Ayudhyan official though of aristocratic lineage – and a Chinese mother”. History of South Asia, Asean Focus group.

Pada tahun Musuh Bisik 1821 masihi Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khas untuk membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayut’ia Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada nama Thailand sempena nama bangsa mereka, Sukho Thai. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun 1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan mereka terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun.

Mereka bersama dengan penjajah Inggeris menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah. Pada tahun 1881 masihi Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat di raja Thailand (sebagai tanda terima kasih menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam) Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah Wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah hari ini.

Pada tahun 1909 masihi Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaikki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah. Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat dizaman Jepun dan penjajah Inggeris tidak ada ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam tetapi Siam yang mana?, Siam Islam Kedahlah, bukan thai yang menjajah negeri Siam sekarang ini. Dengan itulah, TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabal Sultan Badlishah, menaikki takhta menjadi Sultan Kedah. Inilah sejarah yang digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945 dan bermulalah propaganda mereka memburukkan tentera Jepun padahal mereka dan thai lebih kejam daripada Jepun yang cuma berada disini selama 3 tahun sahaja.

Penjajah Inggeris dari Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah membekalkan ‘gun powder’ kepada Thai (1876-18810), menggunakan tenaga buruh dari India untuk menghapuskan bukti tamadun Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terdapat di negeri Kedah (Lembah Bujang) dan Perak (Kota Bruas). Inggeris membantu tentera thai merobohkan istana-istana, menukar nama candi bangsa Siam islam kepada candi beragama Hindu dan menanam patung-patung hindu yang dijumpai oleh ahli arkeologi mereka di India untuk mengaburkan pengkaji sejarah kita hari ini. Hari ini, sempena 50 tahun merdeka kehadiran mereka penuh tangisan kerana mereka menyangka Malaya ini tak boleh jadi maju. Alangkah terkejutnya mereka melihat kemajuan negara kita hari ini. Kepada mereka yang menjalankan konspirasi menutup kebenaran agama Islam di Nagara Kedah, kami yakin Allah meyediakan tempat khas untuk mereka kerana menutup bukti-bukti kebesaran dan penyebaran agama NYA.
.....................................................................................

4 comments:

syamsul anuar ismail said...

saya memetik fakta sdr anai2 spt berikut ....."Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam tetapi Siam yang mana?, Siam Islam Kedahlah, bukan thai yang menjajah negeri Siam sekarang ini. Dengan itulah, TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabal Sultan Badlishah, menaikki takhta menjadi Sultan Kedah"

utk makluman tuan, sumber rasmi kerajaan negeri kedah (boleh dpt dari arkib negara cwgan kedah) menyatakan penyerahan kedah kpd thai berlangsung pd 7 julai 1943 oleh Cokan Kakka Sukigawa Seiji & Teiji Tsubukami (duta jepun dithailand) dgn perdana menteri thai ketika itu Phibul Songram di bangkok.

pd 18 oktober 1943 istiadat penyerahan rasmi negeri kedah kpd thai diadakan di Padang Court (depan balai besar & masjid zahir) pd hari isnin jam 10.00 pg dan dihadiri oleh sultan badlishah, syed hamzah (raja perlis) dan Cokan Kakka sendiri.

berdasarkan kpd sumber rasmi tersebut & tarikh yg dinyatakan, dptlah dirumuskan bhw 1) kedah sebenarnya tlh diserahkan kpd thai, dan 2) sultan badlishah sudahpun ditabal mengganti ayahandanya sultan abdul hamid(sultan abdul hamid mangkat pd 13 mei 1943)

utk info sdr anai2, maklumat ttg pertabalan sultan badlishah slps mangkatya sultan abdul hamid tdk dpt diperolehi dr sumber rasmi (pjbt s/u negeri). fakta mengenai TNL mahmud menabal sultan badlishah adalah sesuatu yg menarik.

sy juga mencari2 di arkib negara & muzium negeri kalau2 ada tersimpan gambar majlis pertabalan tersebut. sehingga kini sayangnya bukan setakat gambar malah maklumat mengenai pertabalan tersebut tiada dlm simpanan arkib & muzium negeri.

sekiranya gambar & maklumat terperinci pertabalan itu dpt diperolehi, hujah sdr mengenai peranan TNL mahmud semasa pertabalan sultan badlishah akan jd lebih kuat & menyakinkan.

maklumat lain yg saya terima ialah, kekanda sultan badlishah yg berbondakan nai sofiah @ che sofiah iaitu tunku muhamad pernah menjadi raja muda @ regent kedah sms pemerintahan sultan abdul hamid. tp baginda tlh mangkat terlebih dahulu drpd ayahandanya.

anaianai said...

Terima kasih Saudara Salmi. Maklumat saudara sungguh terperinchi dan intensif. Semenjak berjumpa kali pertama malam tu tak sangka macam sudah kenal lama, boleh bersembang sampai pukul 3 pagi. Banyak rupanya maklumat yang masih lagi belum di buat cross reference. Pendek kata tak habis juga sejarah ni jika hendak di perbincangkan.

Hairan juga kalau kita fikirkan kenapa maklumat pertabalan itu tidak ada dalam rekod Arkib kita, padahal satu peristiwa yang amat penting. Gambar pertabalan pun tak ada sedangkan pada zaman itu (1943) kamera dan teknik fotografi sudah mula aktif digunakan, apatah lagi dikalangan pembesar dan kerajaan.Gambar baginda memakai tengkolok tanpa memakai mahkota spt yang di pakai ayahanda baginda sememangnya ada, dan kami tahu cerita disebalik itu.

Kalau ada apa-apa hal boleh lah berhubung dengan kami secara terus. Sekian terima Kasih dan salam perkenalan.

emaswarisan said...

cukup menarik,walaupun pembacaan saya baru separuh jalan,namun pemahaman dah mula datang.
Maknanya,semasa pemerintahan raja Mongkut,istana Kota MengKuang jatuh ke tangan Thai.
Kemudian tentera anak raja Mongkut,Chulalongkorn datang lagi pada 1876 atas pakatan sulit telah membunuh almarhum Sultan Jaafar di Gurun.Selepas itu Sultan Hamid diberi habuan jadi menantu Raja Chulalongkorn dan dilantik jadi Sultan Kedah.
Nak tanya,apa kaitan Kampong Po Chan kat daerah Kubang Pasu itu dengan Raja Kemboja yang lari dari istana Ayuthia ke Kota Beruas.
Apakah nama semua kota yang telah dimusnahkan sebanyak 15 buah itu?Kota Mengkuang,Kota Naga,Kota Sarang Semut,Kota SiPuteh,Kota Kuala Kedah,Kota Kuala Muda,.....lagi?
Ada satu kampung nama Kota Rentang dekat kawasan yang bersempadan antara Kota Setar/Kubang Pasu,masuk ikut jalan Kubang Teduh,Gunung Keriang(tepi rel keretapi antara Anak Bukit-Tunjang).Ada kaitan tak dengan senarai 15 kota itu?

Maaf...jika tersilap,maklum la baru mulai nak faham.

Kak Mahh said...

Perkongsian yang bagus...