Thursday, August 23, 2007

Bahasa Siam Kedah harus dibuat kajian

Oleh Mohd Salmi Baharom

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan terbongkarnya rahsia Sejarah Realiti Negara Kedah, saya berpendapat adalah perlu untuk berbuat sesuatu kepada bahasa Siam yang semakin hari semakin pupus penggunaannya di negeri Kedah. Ini kerana bahasa Siam Kedah sebagai bahasa pertuturan raja-raja Melayu dahulu kala (mungkin lebih seribu tahun) mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi sehingga banyak nama-nama tempat di merata pelusuk nusantara menggunakan bahasa ini. Kalaulah Professor Asmah Haji Omar sanggup tinggal di rumah panjang dengan segala kepayahan selama berbulan-bulan untuk menyiapkan thesisnya tentang bahasa Iban sebagai satu bahasa suku Melayu, diharapkan ada sarjana lain yang dapat melakukan kajian serupa terhadap bahasa Siam di kampung-kampung di utara semenanjung.

Bahasa Siam yang menjadi bahasa ibunda di kampung-kampung di Kedah seperti Kokdiang, Jitra, Hosba, Changloon, Titi Haji Idris, Tualang, Pokok Sena, Kubur Panjang, Tokai, Gurun dan lain-lain adalah bahasa suku Melayu juga dan banyak mempunyai perkataan yang hampir sama dengan bahasa Melayu seperti ada yang ditulis dalam blog tuan seperti berikut, khrun=gerun, kasut=kasut, jaman=jamban, susah, kayta=kereta dan lain-lain. Saya ingin menambah beberapa perkataan asas kegunaan harian yang hampir-hampir sama seperti (dalam urutan bahasa Kedah/Melayu/Siam) pi/pergi/pai, mai/mari/ma, hang=kamu/kamu=mu/meng, aku/aku/ku, abang/abang/bang, kak/kakak/kak, mak/emak/mak, pak/bapa/pak, tok lebai/tok lebai/tok bai sekadar yang saya ingat sekarang ini.

Walau pun ada perkataan Melayu, bila orang-orang yang tidak biasa dengan bahasa Siam mendengarnya tidak akan perasan langsung lalu tidak memahaminya. Ini boleh di ibaratkan orang-orang Kedah mendengar orang bercakap Jawa atau Acheh, langsung tidak dapat memahaminya. Pasti kerana sebutan bahasa tersebut mempunyai intonasi dan panjang pedek yang tersendiri yang mana hanya orang-orang yang biasa dengannya sahaja dapat menangkap perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu. Kalau orang Kedah mendengar orang Kelantan atau Petani bercakap mungkin tidak susah sangat sebab kita di Kedah juga sudah biasa dengan sub-dialek di Kedah sendiri daripada rakan-rakan dari Baling, Kg. Paya Rawa, Guar Kepayang, Tanjung Musang dan sebagainya yang ada pengaruh pantai timur (mereka ini asalnya orang Patani yang lari ke Kedah dizaman Sultan Muhammad I @ Nik Muhammadiah diserang tentera thai dahulu).

Bahasa Siam sangatlah unik dan memang tidak sama dengan bahasa Thai. Kalau ada persamaan dengan bahasa harian orang-orang Thai Kedah itu adalah kerana mereka juga sudah lebih seratus tahun bermastautin dan bergaul dengan orang-orang Kedah. Mereka bagaimana pun terpaksa belajar semula bahasa Thai moden yang diajar di wat-wat Thai supaya tidak ketinggalan daripada bahasa ibunda seperti yang didengar di siaran radio atau tv di Thailand (o,rupa-rupanya mereka kena belajar semulalah ye? kalau gitu,tak samalah bahasa thai dengan bahasa Siam Kedah). Perkataan yang sama dalam bahasa Siam jika disebut dengan nada dan panjang pendek berlainan akan berubah maknanya. Sebagai contoh dalam ayat, "Siapa jual telur ayam demam?",semuanya menggunakan perkataan "khai" tetapi disebut dengan lain-lain nada dan harakat supaya timbul maknanya. Hanya orang-orang yang faham bahasa Siam sahaja yang faham sepenuhnya maksud saya ini.

Berbalik kepada pemeliharaan bahasa Siam itu tadi sejak ratusan atau ribuan tahun adalah melalui perkahwinan sesama suku Siam. Ini juga diamalkan oleh raja-raja kita dahulu iaitu perkahwinan sesama sepupu, dua pupu atau tiga pupu untuk merapatkan kembali keluarga yang jauh dan harta pusaka tidak jatuh kepada pihak lain. Paling tidak pun, perkahwinan sesama kampung yang berbahasa ibunda Siam dengan harapan bahasa Siam menjadi bahasa pertuturan di rumah turun menurun.

Pada era globalisasi ini tentulah perkara ini sukar dipelihara. Apabila belajar atau bekerja di luar daerah, di luar negeri dan berjumpa pula dengan orang-orang tempat lain, tradisi perkahwinan sesama sendiri itu tidak diikuti lagi. Apa lagi kalau sudah berpindah ke tempat lain. Anak-anak sudah tidak memahami lagi bahasa Siam yang dianggap terlalu asing. Kadar merosotnya penggunaan bahasa Siam ini juga tidak sama daripada satu tempat ke satu tempat mengikut masa dan keadaan. Contohnya di kawasan-kawasan perumahan di Jitra, hampir tidak ada orang berbahasa Siam lagi kerana kemasukan orang-orang luar yang membeli rumah untuk menetap kerana bekerja di sana. Saya tidak pasti kalau DYMM Sultan Kedah sekarang boleh berturur bahasa Siam (datuknya, memangnya mahir). Tapi saya yakin Sultan Badlishah tentu boleh walau pun serba sedikit kerana baginda pernah tinggal di Kg. Alor Pak Ngah, Langgar semasa disinggir sementara oleh Sultan Abdul Hamid. Kampung tersebut memang tebal amalan bahasa Siam sehingga hari ini.

Mungkin ada yang bertanya kalaulah bahasa Siam itu dipertuturkan oleh raja-raja dan ramai pegawai-pegawai serta rakyatnya, kenapa pula undang-undang dan hikayat tidak menggunakan bahasa Siam tetapi bahasa Melayu juga. Jawapannya sangatlah mudah. Bahasa Melayu memang sudah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara sejak dahulukala lagi dan di fahami oleh majoriti orang-orang di setiap pekan dan bandar seluruh nusantara. Bahasa standard yang saya maksudkan ini adalah bahasa Melayu baku, bukan seperti anggapan sesetengah orang yang ingatkan bahasa orang-orang di Kuala Lumpur dan selatan semenanjung sebagai bahasa standard hanya kerana bahasa itu banyak digunakan di tv dan radio.

Itulah sebabnya sejak zaman dahulu lagi ulamak-ulamak di Aceh, Kalimantan, Petani dan sebaginya menghasilkan kitab-kitab bertulisan jawi dalam bahasa Melayu supaya sampai kepada khalayak ramai di seluruh nusantara dan tidak menggunakan bahasa dialek mereka sendiri yang sukar orang lain pelajari. Penulis-penulis yang hebat seperti Hamka dan Pramoedya Ananta Toer juga menggunakan bahasa Melayu untuk berkarya dan setiap buku dapat dicetak ratusan ribu naskah untuk pembaca di nusantara. Bayangkan kalau Buya Hamka menggunakan bahasa Minang dan bapak Pram menggunakan pula bahasa Jawa, rasanya karya mereka tidak terkenal sampai ke sini.

Di Kedah, orang-orang Cina generasi lama(sekitar umur 50an ke atas)di pekan-pekan kecil pandai berbahasa Siam seperti di Kubur Panjang dll. Mereka mudah menguasai bahasa Siam dengan baik kerana bahasa itu menjadi bahasa jual beli harian. Menurut bapa saya yang turut menguasai bahasa Hokkien, apabila ditanya kepada orang-orang Cina itu bagaimana mereka mempelajarinya, mereka menjawap ada persamaan dalam perbendaharaan kata yang membolehkan mereka pelajari dengan cepat. Ini tidaklah menghairankan kerana mereka juga berasal daripada benua Cina, sama seperti orang-orang Melayu,Thai dan lain-lain bangsa di Asia Tenggara hari ini.

Generasi baru orang-orang Cina agak kurang berminat mempelajari dan menggunakan bahasa Siam kerana pengaruh belajar atau bekerja di luar sepertimana orang-orang Melayu juga. Sebahagian juga sudah kurang berminat berniaga kedai runcit lagi seperti generasi terdahulu. Saya masih ingat, beberapa tahun dahulu pihak GAPENA ada membuat lawatan ke Yunan untuk mencari kesan-kesan tinggalan dan kaitan wilayah itu dengan bangsa Melayu. Memanglah tidak ada apa yang ditemui, lebih-lebih lagi kalau orang-orang yang dihantar itu tidak menguasai bahasa Siam atau mana-mana dialek bahasa Cina, mereka pasti tiada clue.

Sekian, wassalam.

PS : Mohd Salmi Baharom adalah seorang peminat sejarah dan pembaca tetap blog ini dan sering berhubung dengan kami. Berasal dari Kedah, beliau bertugas sebagai seorang jurutera di Petaling Jaya dan sememangnya mahir berbahasa Siam Kedah. Di sini kami siarkan artikel beliau untuk tatapan semua pembaca di blog ini. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dari pengalaman peribadi dan penulisan beliau.

Wednesday, August 22, 2007

Di mana Ngah Ibrahim disemadi? Perak, dakwa anak

Kami akhirnya telah terjumpa lapuran yang dimaksudkan dalam nota kaki artikel kami dari dari akhbar Utusan Malaysia. Sila likuti kandungannya.

BATU GAJAH 3 Sept. – Seorang lelaki yang mengaku dirinya anak bongsu kepada Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim mendakwa pahlawan Melayu itu mati dan dikebumikan di Kampung Dendang, dekat Beruas dan bukannya di Singapura seperti yang tercatat dalam sejarah.

Yacob Ngah Ibrahim, 80, yang mendakwa mempunyai salasilah keturunan Ngah Ibrahim hingga kini berkata, dia berusia 10 tahun ketika Ngah Ibrahim meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1936 di Kampung Dendang.

“Ngah Ibrahim tidak mati di Singapura pada 1895. Dia melarikan diri ke Johor dengan bantuan saudaranya, Panglima Sameon yang membantunya balik bertemu saudara di Kampung Tepus, Tanjung Belanja, Parit sebelum berkahwin dengan mak saya, Pahtamah Alang Palit.

‘‘Mereka kemudiannya berpindah dan mendirikan rumah di Kampung Dendang, Beruas sebelum Ngah Ibrahim meninggal dunia di sana selepas sakit selama seminggu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Batu Gajah di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua pahlawan yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin akan dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di negeri ini pada 9 September ini.

Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini. Jenazah mereka akan dibawa pulang dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana.

Katanya lagi, anak Ngah Ibrahim dengan isteri terdahulu, Wan Halimah iaitu Wan Mohd. Isa pernah melawat pusara pahlawan Melayu itu di Kampung Dendang.

Dakwanya, kepulangan semula Ngah Ibrahim ke Perak dari Singapura hanya diketahui oleh saudara mara terdekat bagi mengelak dijejaki Inggeris.

“Sultan Perak yang terdahulu, Sultan Iskandar pernah datang ke Kampung Tepus untuk mengajak Ngah Ibrahim balik ke istana tetapi dia tak mahu,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu.

Kesimpulan

Mengikut siasatan kami lagi, abang kepada Ngah Ibrahim yang menjadi Raja Larut ini bernama Nai Ngah Had dan menetap di Kedah, menjadi penghulu di Kg Tualang. Kami telah bertemu dengan cicit kepada Nai Ngah Had ini iaitu Nai Ngah Noh bin Nai Ngah Salleh. Beliau yang lebih mesra dipanggil Tok Su Noh ini mempunyai salasilah lengkap keluarga mereka.

Mengenai pemakaman dan penghormatan yang diberikan kepada Raja Ngah Ibrahim baru-baru ini tidak lah menjadi masalah kerana baginda adalah anakanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah atau Long Jaafar. Sekiranya begitu, memang benarlah Raja Ngah Ibrahim (bukan Ngah Ibrahim) dibinkan kepada Long Jaafar.

BERTEMU PEMIMPIN

Oleh anaianai

Blog Sejarah Realiti Nagara Kedah maju setapak lagi dengan pertemuan empat mata (sebenarnya lebih) bersama Yang Berhormat Datuk Dr Afifuddin Hj Omar, ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang yang juga bekas TImbalan Menteri Kewangan bagi membincang mengenai sejarah realiti nagara Kedah yang telah dipinggirkan. Pertemuan disebuah Hotel di Alor Star tempoh hari, pelbagai kisah benar dari orang tua-tua zaman dahulu telah dibangkitkan semula bagi menjejaki kebenaran yang telah dikuburkan oleh pengkaji sejarah terdahulu. Agak mengejutkan bagi kami yang hadir bahawa Yang berhormat Datuk begitu mahir (well versed) dengan sejarah negara kita, khususnya negeri Kedah.

Untuk maklumat semua, Yang Berhormat Datuk adalah waris dari Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Nai Shim ini adalah cicit kepada Sharif Yang Di Pertuan, Maharaja Kedah yang dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun musuh bisik 1821 dahulu. Sharif Yang Di Pertuan, sepertimana disebut dalam Undang Undang Kedah, muka surat 43 adalah juga Boromoraja Ekataat V dan merupakan Maharaja Benua Islam terakhir Dinasti Ayuthia. Baginda di usir dari Ayuthia berikutan serangan tentera Alaungphaya keatas Ayuthia dalam tahun 1767 lantas menawan Kota itu. Bukti kewujudan Raja Kubang Pasu adalah selari dengan kewujudan Raja Perlis (dulunya Raja Kayang) dimana ia turut menjadi wilayah Kedah seketika dahulu.

Secara ringkasnya salasilah keturunan Nai Shim Raja Kubang Pasu adalah seperti berikut,
Nai Shim ibni Nai Doi ibni ibni Koya Nai Chau Abu atau Megat Manja ibni Sharif Yang Di Pertuan. Dalam bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai ), Nai bermaksud syed sementara koya pula bermaksud putera.

Sila baca artikel kami sebelum ini di URL berikut,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/07/megat-manja-raja-kubang-pasu.html

Yang Berhormat Datuk amat berminat mengenai sejarah dan beliau berpendapat pelbagai usaha boleh dijalankan bagi mempromosikan peninggalan sejarah di negeri Kedah, negeri yang tertua di semenanjong Malaysia. Di samping itu ia dapat merancakkan lagi ekonomi masyarakat setempat sekiranya di rancang dengan betul melalui aktiviti dan promosi perlancungan seperti mana yang dilakukan di negeri Melaka.


TNL Kasim memberi penerangan kepada Yang Berhormat Datuk di sebalik gerimis yang mulai turun pada petang tersebut.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat beberapa makam yang tersembunyi didalam hutan. Dalam lawatan ringkasnya selepas perbincangan dengan pihak kami, beliau terkejut melihat keadaan beberapa makam yang dibiarkan begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh pihak berkuasa walaupun nama-nama makam tersebut tersimpan dalam sejarah warisnya hari ini. Beliau berjanji untuk membawa perkara ini ketengah agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memelihara tinggalan bukti sejarah ini. Beliau turut mencadangkan agar satu pertemuan keluarga dan waris Syarif Yang Di Pertuan, Yang Maha Mulia Negara Kedah dahulu, lengkap dengan salasilah masing-masing diadakan dalam masa terdekat ini. Adalah dijangkakan jumlah yang akan hadir melebihi 2000 orang waris dan keluarga.


Beliau turut meredah hutan bagi melihat dengan sendiri makam Sultan Sayyidina Ali wa maulana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, Maharaja Kedah yang ketiga.


Akibat tersembunyi didalam hutan, bahagian atas bunga teratainya masih elok dan tidak dipatahkan berbanding makam Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Mudzaffar Syah di Merbok. Hampir 3/4 batu nesan baginda terbenam didalam tanah.

Bagi kami yang menjejaki semula sejarah bangsa, walau apa pun yang dikatakan oleh sejarah Thailand dan sejarah yang kita pelajari hari ini, kami tetap berpegang bahawa negeri Siam sebelum tahun 1767 adalah sebuah negeri Islam. Sekiranya ini tidak dihebahkan, maka sukarlah kita mencari riwayat dan sejarah bangsa Melayu kerana sejarah kita dan mereka saling berkait dan kita dulunya serumpun. Selain dari itu generasi kita hari ini sepatutnya melihat kepada persamaan, bukan perbezaan bagi menjalin semula perhubungan dan mengeratkan lagi persahabatan kedua buah negara diatas dasar perhubungan kerajaan dan sejarah terdahulu.


Yang Berhormat Datuk Dr Afifuddin Hj Omar bersama waris Maharaja Benua Islam Kedah bergambar di makam Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah Alirah.

Pada masa yang sama usaha kedua kerajaan (atau tiga) seperti Wilayah pembangunan, IMT- GT (Indonesia, Malaysia Thailand – Golden Triangle), lawatan PM Thailand dan usahasama akan menjadi lebih berkesan lagi bagi membangunkan ekonomi wilayah-wilayah ini. Kerajaan Malaysia saya yakin pasti akan membantu. Pada masa yang sama, makam-makam yang terdapat disini adalah juga makam pemerentah Ayuthia dan ia sememangnya berkait rapat dengan sejarah Thailand dan harus di pelihara oleh kedua-dua kerajaan.

Kami juga sebelum ini telah memaklumkan pembaca blog ini bahawa dari 33 Maharaja yang memerentah Ayuthia hanya 3 sahaja makam mereka terdapat disana kerana ketiga-tiga raja ini mangkat sewaktu memerentah disana. Jawatan mereka dahulunya digilirkan dari Raja Raja wilayah di semenanjong sementara waris sebenar kekal ditampuk pemerentahan. Konsep inilah yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman sewaktu menderafkan perlembagaan Negara Malaysia dimana jawatan Yang Di Pertuan Agong dan Timbalannya digilirkan.

Sekiranya kita, generasi hari ini melihat kepada persamaan (menjauhi perbezaan), banyak hal boleh diselesaikan secara rasional diantaranya mengeratkan perhubungan dua hala yang lebih baik, kekeruhan yang berlaku di Patani akan mudah diselesaikan dan dibendung, pelancung diantara kedua negara akan meningkat, ekonomi masyarakat setempat di Malaysia dan Selatan Thailand turut juga akan meningkat.Apabila ekonomi meningkat, kualiti hidup akan menjadi lebih baik lantas mengurangkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat setempat di kedua-dua negara. Tidak ada sesiapa yang ingin merampas jajahan atau wilayah sesiapa kerana negara masing-masing sudah merdeka dan bernaung di bawah semangat ASEAN. Apa yang diperlukan ialah landasan yang lebih kukuh untuk kita sama-sama berdiri.. Menyelesaikan masalah dengan cara rundingan, perbincangan dan bantuan latihan teknikal, pendidikkan dll adalah yang terbaik seperti sedang diusahakan oleh kedua-dua kerajaan sekarang ini.

Bagi kami, sejarah akan tetap menjadi sejarah, kita tidak boleh mengubah sejarah realiti dari hakikat kebenaran yang telah berlaku dizaman dahulu, kerana hari ini, kita sudah tahu kesan dan akibatnya. "It doesnt work".. Lebih baik kita menceritakan sejarah realiti, secara ikhlas dan kita mula memupuk semula persahabatan yang sedia terjalin bermula dari situ. Sejarah yang dulunya ditulis tanpa merujuk kepada rakyat yang ditutup mulutnya adalah sejarah fantasi. Begitu juga dengan sejarah yang ditulis dengan hanya merujuk kepada pembesar yang memerentah ketika itu, tak lain tak bukan hanyalah memperelokkan sejarah versi mereka sahajalah.

Apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu, bukan kesalahan kita hari ini. Kenapa harus kita pertahankannya sekiranya muncul bukti-bukti baru dalam pengkajian sejarah bangsa? Adakah kita mempunyai agenda yang tersembunyi? Bukan kah kita sebagai generasi baru hari ini, 'the so called civilized society' mahukan perpaduan dalam masyarakat, mahu menjadi leader instead of follower. Tidakkah kita mahu menikmati qualiti hidup yang lebih baik bersama keluarga, membesarkan anak-anak, bebas beribadah dengan agama masing-masing, bebas bergerak kemana sahaja tanpa sebarang gangguan atau rasa ketakutan dinegara masing-masing?

Untuk itu kita perlulah beteraskan kepada kebenaran dalam meriwayatkan semula sejarah bangsa. Begitu jahilnya kita hari ini sehinggakan orang yang bercakap benar dengan bukti yang ada, dilabelkan sebagai pembohong. Berbohongkah kami, sekiranya kita perhatikan betul-betul, semenjak zaman dahulu lagi bukti rumpun yang sama bukan sahaja dalam perdagangan malah terletak juga dalam aktiviti kesenian harian seperti Mak Yong, Menora, Sepak Takraw, menyabung ayam dan Wayang Kulit. Bagaimana mungkin aktiviti sebegini kekal dalam masyarakat melayu di utara semenanjong hingga ke hari ini jika kita bukan serumpun?

Terlalu banyak kepincangan yang berlaku menyebabkan ada ‘loophole’ dalam pengkajian sejarah bangsa. Apabila kebenaran didedahkan, tiada lagi yang tersembunyi atau terbuku di hati maka keikhlasan dan kejujuran pun akan terserlah dan generasi baru akan mempelajari sejarah versi kita bersama (Malaysia dan thailand) sebagai serumpun walaupun hari ini kita berlainan agama. Generasi ini pula seterusnya diharapkan akan menerima hakikat kebenaran dan persahabatan sedia terjalin sejak zaman dahulu sudah pasti akan menjadi lebih akrab lagi. Inilah yang kita harapkan selama ini untuk generasi kita dimasa akan datang.

Sunday, August 19, 2007

Ramadhan Bulan yang Mulia

Saudara/i yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang Mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. Untuk itu, kami penulis-penulis di blog ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca dan pengunjong blog ini yang beragama Islam. Pada masa mengerjakan yang wajib, jangan lupa amalan-amalan sunat seperti berpuasa di bulan Syaaban ini.

Dalam lipatan sejarah bangsa, Maharaja Besar kita yang memerentah dizaman dahulukala juga turut mengamalkan dakwah Islamiyah. Contohnya, Sultan Muhammad Syah Yang Adil sering berulang alik belayar ketanah suci Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Disana baginda bertemu jodoh dan telah berkahwin dengan Puteri Di Raja Parsi. Anakandanya bergelar Raja Mandalika, terpahat namanya di batu bersurat Trengganu secara tidak langsung menyatakan bahawa agama Islam telah sampai ke situ jauh lebih awal dari Melaka. Yang bergelar ulamak pula seperti Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussein Syah Alirah, dengan batu nesan bertarikh 904 masihi di Langgar, Kedah.

Sultan Mahmud Syah Melaka pula bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman. Sharif Yang Di Pertuan turut berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan di hadiahkan pedang oleh Sharif Mekah kerana baginda adalah dari keturunan Bani Hasyim. Nik Muhammadiah bergelar Sultan Mohammad I Kelantan atau Keramat Tok Bai di Patani juga seorang ulamak dan low profile sehinggalah kemangkatannya di Kedah. Baginda mengajar ramai anak murid yang kemudiannya menjadi ulamak sewaktu hayatnya masih ada di Kedah. Di kalangan pendakwah di Kelantan, nama Muhammadiah cukup terkenal di sana hingga kehari ini. Yang terakhir dan tidak kurang pentingnya, buku Undang Undang Kedah adalah buku perlembagaan sebuah negara Islam bersandarkan kepada hukum-hukum Islam.

Nasihat kami untuk saudara dan kepada kami juga, sama-samalah kita gunakan bulan ini sebaik-baiknya untuk mendapat keredhaan dari Allah, memohon keampunan agar sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Nya. Kami juga ingin mencadangkan satu website untuk kita dengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran dimasa lapang. Di samping membetulkan bacaan dan sebutan, ia boleh juga dijadikan sebagai tutor kepada anak-anak untuk memperbaikki lagi bacaan dan kefahaman mereka (tajwid).

Semoga hati kita semua sama-sama diberikan Nur Muhammad sebagai cahaya petunjuk kejalan yang benar dan lurus serta mendapat taufik dan hidayah dari NYA. Kalau tak silap kami rakaman bacaan ayat-ayat suci Al Quran ini dibaca oleh Imam Masjid Mekah Al Mukaramah. Salah seorang dari kami, masih mengingati suaranya sewaktu mengerjakan Umrah sedikit masa dahulu. Maafkan kami kalau tersilap.Ini URLnya,

http://www.atlantamasjid.com/listen.asp?topic=quran

Di samping itu kita ikuti bacaan Surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 12 dari adik yang berusia 4 tahun setengah ini, mendayu dan menghiris kalbu tempat bersemadinya rohani kita. Ini URLnya

http://blip.tv/file/291508

Terima kasih sekali lagi kerana mengunjong dan bertanya khabar, memberi cadangan yang bernas untuk kebaikkan bersama. Semoga Allah memberi ganjaran pahala diatas setiap niat yang baik, usaha murni serta cadangan saudara/i semua.

Thursday, August 16, 2007

BUAT WARIS NGAH IBRAHIM BIN NGAH LAMAD DAN RAJA NGAH IBRAHIM IBNI SULTAN JAAFAR MADAZAM SYAH KEDAH

BAHAGIAN I

Oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad

Kami, keluarga di Kedah menyambut dengan rasa gembira dan penuh terharu lapuran akhbar bahawa 500 orang waris Ngah Ibrahim telah berkumpul baru-baru ini. Perjumpaan yang besar sebegitu tidak mungkin dapat diatur dengan begitu mudah. Namun dalam keharuan ini kami juga merasa keliru kerana Ngah Ibrahim telah di binkan kepada Long Jaafar. Sepatutnya Raja Ngah Ibrahim (bukan Ngah Ibrahim) di binkan Long Jaafar yang kemudiannya bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah apabila menaikki takhta kerajaan sebagai Maharaja Kedah. Bagi keluarga di Kedah, Ngah Ibrahim dan Raja Ngah Ibrahim adalah dua individu yang berbeza,anak saudara dan bapa saudara.

Izinkankan kami memberi penjelasan kerana kami keluarga di Kedah sedikit sebanyak mengetahui bagaimana kekusutan ini boleh berlaku. Semua ini menjadi celaru kerana sejarah negeri Perak telah dijadikan sebuah negeri terlalu awal dari sepatutnya. Ia sebenarnya di perentah oleh raja-raja daerah yang bernaung dibawah Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Sehingga kini jika kita lihat, penduduk di Taiping, Bukit Merah dll masih bertutur bahasa melayu dalam loghat Kedah. Penjajah inggeris pula telah menjalankan banyak usaha-usaha bagi menutup bukti sejarah nagara kita. Untuk menghurai kekusutan ini perlulah kita lihat scenario sejarah yang jauh lebih awal.

1. Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia dibunuh oleh tentera Thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821. Baginda adalah Maharaja Benua Islam Siam yang terakhir yang memerentah dari Dinasti Ayuthia dalam tahun 1767. Khalifah Sharif mempunyai lima orang putera iaitu,

1) Koya Long, bergelar Sultan Mudzafar Syah III
2) Koya Ngah bergelar Megat Terawis (dibunuh thai dalam tahun musuh bisik 1821)
3) Koya Shuib bergelar Megat Shuib (dibunuh thai, 1821)
4) Koya Nai Chau Abu bergelar Megat Manja (dibunuh thai, 1821)
5) Koya Fai bergelar Megat Iskandar, Putera Kapas (dibunuh thai, 1821).


Pending atau Kepala tali pinggang milik Tengku Marin, Puteri kepada Sultan Langkat, Permaisuri kepada Sharif Yang Di Pertuan masih disimpan oleh warisnya di Kedah. Inilah yang dipakai baginda sewaktu menjadi Permaisuri kepada Boromoraja Ekataat V dahulu. Ayahanda baginda, Sultan Langkat ini mangkat di Kuala Kedah sewaktu serangan tentera thai dan makam baginda hari ini dikenali sebagai Makam Tok Pasai.


Motif hiasan dari bunga teratai jelas ditengah-tengah, terletak di bahagian kiri dan kanan.

2. Anakanda baginda Sultan Mudzaffar Syah III ibni Sharif yang di Pertuan Yang maha Mulia adalah Raja Kuala Kangsar dan sejarah Perak hari ini mengatakan bahawa baginda adalah Sultan Perak (belum lagi negeri, mana mungkin). Baginda juga adalah Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Benua Siam Islam Kedah. Baginda juga di gelar Koya Long (Putera Sulong) dan pernah menjadi Raja di Kemboja Cempaka Sari bergelar Po Chan (Raja kemboja). Baginda mangkat dalam tahun 1824. Permaisuri bagindalah yang bergelar Puteri Seri Andalas. Jangan terkejut dengan nama Koya kerana di Georgetown, Pulau Pinang ada masjid yang dinamakan Masjid Koya.

Kami telah menulis salasilah ini jauh lebih awal.Sila rujuk disini untuk salasilah terperinchi,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/sultan-mudzaffar-syah-iii-perak.html

3. Anakanda baginda bernama Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzaffar Syah III pernah menjadi Raja Singgora (Songkhala) dan mempertahankan Perak dari serangan tentera Thai yang turun dari negeri Siam dengan bantuan Raja daerah, bukannya Sultan Kedah. Baginda menjadi Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah berikutan kemangkatan ayahanda baginda dan memerentah dari tahun 1824-1862. Baginda pula melantik anakanda baginda bernama Long Jaafar (dikatakan menjadi Menteri di Larut@penghulu) menjadi Raja Larut merangkap Bendahara@Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Benua Siam Islam. Di Kedah, baginda di kenali sebagai Nai Long Jaafar atau Syed Long Jaafar, sementara perempuan bergelar Sharifah.

4. Berikutan kemangkatan ayahanda baginda dalam tahun 1862, Long Jaafar menggantikan tempat ayahanda baginda bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah dan ditabal di Berahman Indera (kini Balai Besar) di Alor Setar.

Dua orang putera Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang ini ialah,
1. Nai Long Jaafar @ Syed Long Jaafar
2. Nai Long Abu Toha @ Syed Long Abu Toha.

Bukti bertulis terdapat dalam buku Cempakasari muka surat 140 tetapi agak terbalik pengisiannya seperti berikut,

“Keturunan megat menguasai jawatan orang besar empat, diantara nama penyandang gelaran bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar, Megat Pendia, Megat Abu Kasim, Megat Said dan Megat Lamba Makan. Apabila berlaku krisis istana, Sultan Mudzafar syah III (1728-1756) meninggalkan Berahman Indra (nama lama untuk Balai Besar di Alor Setar, tempat pertabalan raja-raja) dan bersemayam di Kuala Kangsar, disinilah baginda melatih Megat Pintal Pandia sebagai orqng kaya besar dan Megat Muktabar sebagai Temenggong.

Manakala Raja Alang, putera raja dari Kedah (Syed Alang Alauddin lah ni) menjadi Bendahara. Setelah tamat krisis politik Perak itu, Megat Pendia Pintal dilantik memegang jawatan warisan dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Setelah kematian Bendahara Megat Pendia, Sultan Muzaffar Syah telah melantik Sharif Abu Bakar sebagai Bendahara. Kenyataan Winstedt ini bertentangan denagn catatan dalam riwayat negeri Perak 1952”.


Kesilapan yang jelas bagi kami, Sharif Abu Bakar bukannya Bendahara. Namun begitu, nama-nama yang telah disebut dalam artikel di blog ini berbulan-bulan yang lepas sememangnya ada walaupun buku ini baru saja kami jumpa dan baca. Winstedt ada membuat kajian tetapi tak lengkap, mungkin sebab dia menemuduga orang yang salah pada ketika itu. Sekiranya semasa tu dia jumpa orang yang betul, sejarah pasti menjadi betul. Akan tetapi selepas dia balik kena bunuhlah orang yang bagi maklumat betul itu. Riwayat negeri Perak pula ditulis tahun 1952 (sebelum merdeka) dan pasti ada kepentingan seperti Al Tarikh Salasilah negeri Kedah juga yang mengatakan Maharaja Debar Raja memelok Islam tahun 1179 masihi !!

Baginda Sultan Jaafar Madazam Syah, apabila naik takhta kemudiannya membuat perlantikkan berikut,

1. Melantik adindanya Nai Long Abu Toha menjadi Raja Selama Perak. Nai Long Abu Toha membawa kepada Salasilah PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Seri sememangnya sedia maklum dengan salasilah ini.Sila baca disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/salsilah-pak-lah-badawi.html

2. Melantik adik iparnya Ngah Ibrahim bin Ngah Mad @ Lamad bin Koya Ngah Megat Terawis ibni Sharif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia menjadi Raja Larut menggantikan tempat baginda. Koya Ngah bermaksud Putera tengah.

Perkara yang menjadi kemusykilan kami ialah,

1.Ngah Ibrahim telah di binkan Long Jaafar. Sekiranya Ngah Ibrahim yang dimaksudkan itu adalah orang yang dibuang ke Pulau Seychelles, ini agak pelik kerana ayahnya bernama Ngah Mad @ Lamad ialah Datuk Paduka Setia berasal dari Kedah. Dalam rekod keluarga kami di Kedah, anakanda sebenar Long Jaafar ialah Raja Ngah Ibrahim bukan Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim dan Ngah Sapura ini (dua beradik) adalah cicit Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Maharaja Benua Islam Siam Kedah melaui anaknya Megat Terawis @ Koya Ngah.

Kota Ngah Ibrahim dibina oleh Long Jaafar dalam tahun 1856 sewaktu baginda Long Jaafar menjadi Raja Larut. Ia kemudiannya diduduki pula oleh Ngah Ibrahim apabila menggantikan Long Jaafar dalam tahun 1862. Ganti bukan sebarang ganti kerana ia melibatkan upacara pertabalan rasmi di Berahman Indera, nama lama bagi Balai besar di Alor Setar hari ini. Turut di tabal ialah Nai Long Abu Toha adinda Long Jaafar, sebagai Raja Selama, Perak yang membawa kepada salasilah YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bukti bertulis terdapat dalam buku Cempakasari ms 48, dari Winstedt, “A History of Perak”, seperti berikut,

“Bagaimanapun dalam tahun 1862, Sultan Jaafar memberi jawatan Menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim, iaitu anak pembesar gelar Paduka Setia, orang besar enam belas”.

Kefahaman kami,

Pertama : jawatan itu bukan sebagai Menteri sahaja tetapi juga sebagai Raja Larut (satu orang dua jawatan)
.
Kedua : Ngah Ibrahim, iaitu anak pembesar gelar Paduka Setia, bukan anaknya Cik Long Jaafar.

Ketiga : Long Jaafar dan Sultan Jaafar Madazam Syah adalah orang yang sama !.


Keempat : Datuk Paduka Setia adalah Ngah Lamad cucu Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negara Kedah.

2.Siapakah yang dimakamkan sebagai Cik Long Jaafar di Taiping itu? Ini kami tiada jawapan. Sekiranya kami tidak tahu kami cakap kami tidak tahu. Mungkin satu cover up. Akan tetapi ada kisah disebalik itu yang baru saja kami ketahui, tetapi tidak cukup bukti untuk kami tulis disini.

3. Kami pasti, sekiranya yang menjadi Raja (atau Menteri) di Larut penama tersebut ialah Ngah Ibrahim bin Ngah Mad @ Lamad, bapa saudara kepada Raja Ngah Ibrahim ibni Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah. Tidak mungkin Raja Ngah Ibrahim menjadi Menteri atau raja kerana beliau hanya berusia 5++ tahun sewaktu Sultan Jaafar Madazam Syah (sebelum itu Long Jaafar) dibunuh tentera thai di Gurun Kedah dalam tahun 1876 sementara abangnya Raja Sulaiman berusia sekitar 7++tahun.

BUAT WARIS NGAH IBRAHIM BIN NGAH LAMAD DAN RAJA NGAH IBRAHIM IBNI SULTAN JAAFAR MADAZAM SYAH KEDAH

BAHAGIAN II


Gambar Sultan Jaafar Mudazam Syah dalam simpanan keluarga di Kedah, tidak jauh bezanya dengan gambar baginda dari blog Kamunting.


Keris milik Sultan Jaafar Madazam Syah masih disimpan oleh TNL Kasim. Hulunya pecah dipijak dengan gajah. Baginda dibunuh dengan kerisnya, simbol kekuasaannya tersisip di pinggang sebagai satu tanda penghinaan, seolah-olah berkata,"siapa yang berkuasa sekarang ini?". Maafkan saya, saya nak bercerita lagi. Jenazahnya dibawa balik ke Kampung Tualang diatas talam dalam keadaan perotnya terburai dan kepalanya yang hampir pecah. Jenazahnya dikebumikan dalam keadaan syahid. Saya katakan disini sekali lagi, hanya bangsa yang tidak ada tamadun dan peradaban (lalu merampas tamadun orang-orang Siam Islam di Ayuthia dan mengaku sebagai orang-orang siam) sanggup bertindak sebegitu rupa. Paling mengaibkan lagi, Sultan Abdul Hamid turut menyaksikan pembunuhan itu.

Isteri isteri Sultan Jaafar Mudazam Syah atau Long Jaafar dan anak-anaknya ialah,
1.Nai Sofiah (isteri pertama), 5 orang anak.
a. Nai Piah
b. Nai Cik Lah
c. Nai Siah
d. Nai Long Hj Yassin>>Nai Long Mahmud >> Nai Long Ahmad dan>>Nai Long Kasim, waris mutlak.
e. Nai Long Ahmad

2.Nai Asiah isteri kedua, seorang anak.
a. Nai E Ting

3 Ngah Sapura Isteri Ketiga, 3 orang anak
Ngah Sapura binti Ngah Lamad (Datuk Paduka Setia) bin Koya Ngah @ Megat Terawis ibni Sharif Yang Di Pertuan, Raja Besar Benua Siam Kedah, . Adik Ngah Sapura ini bernama Ngah Ibrahim dilantik menjadi Menteri di Larut dalam tahun 1862 menggantikan tempat Long Jaafar setelah baginda menjasi Sultan Jaafar Madazam Syah. Tiga orang anak mereka ialah
a. Raja Sulaiman
b. Raja Ngah Ibrahim berkahwin dengan Toh Puan Halimah (Halimah adalah juga adik ipar Nai Long Hj Yassin). Menjalankan perniagaan barang-barang kemas dan banyak merantau. Bapa saudaranya Ngah Ibrahim lah yang menjadi Menteri (@ Raja) di Larut, yang juga adik ipar Sultan Jaafar.
c. Raja Alang Sapiah

4. E Nuan (Muallaf) Isteri keempat, seorang anak.
a. Nun (Shabanun)
Sedang mengandung sewaktu Sultan Jaafar Mudazam Syah dibunuh tentera thai di Gurun Kedah dalam tahun 1876 dengan cara dipijak dengan gajah. Thai yang datang dari negeri Siam menjajah Kedah dari tahun 1876-1881. Dalam ketakutan ketika dijajah, E Nuan kembali kepada keluarganya dan menganuti agama asal. Walau pun keluarga mereka hari ini berlainan agama, mereka masih mengganggap keluarga yang beragama Islam sebagai keluarga mereka juga.


Makam dua beranak, Syed Alang Alauddin dan Sultan Jaafar Madazam Syah di Kg Tualang Kedah. Jenazah baginda ditindankan diatas makam ayahanda baginda kerana dikebumikan diwaktu darurat, iaitu bermulanya penjajahan thai keatas negeri Kedah.

Begini sedikit sebanyak scenarionya.

1.Dalam mengkaji sejarah kita tidak boleh melihat semenanjong ini mempunyai negeri-negeri seperti hari ini. Di awal 1800, Perak Utara, Kedah, Kelantan, Trengganu, Singgora, Satun, Ligor Pahang Johor, Selangor adalah dibawah nagara Kedah. Penjajah telah memisahkan Sumatera dan Riau dari Nagara Kedah. Negeri- negeri lain diperentah oleh Raja Daerah atau Bendahara yang bernaung kepada Maharaja Negara Kedah..

2. Selangor yang dulunya dibawah Melaka telah dilantik Raja yang baru oleh Sultan Mudzaffar Syah III , Raja Kuala Kangsar (merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Kedah) dibawah pemerentahnya yang pertama iaitu Raja Lumu. Sebelum itu Selangor berada dibawah Melaka, kemudiannya dibawah Johor.

3.Berikutan perjanjian sulit yang dinamakan Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874, penjajah Inggeris melantik Raja Abdullah menjadi Sultan Perak. Di waktu yang sama Sultan Jaafar Mudazam Syah sebagai Yang Di Peruan Yang Maha Mulia masih lagi memerentah sebagai Maharaja Kedah dimana wilayahnya termasuklah Perak, diperentah oleh raja-raja daerah. Konsepnya sama seperti hari ini dimana dibawah Yang Di Pertuan Agong bernaung raja-raja negeri. Campurtangan Inggeris ini sudah pasti menimbulkan kemurkaan baginda kerana merampas Utara Perak dari baginda, begitu jugalah dengan adik iparnya Ngah Ibrahim yang menjadi Raja Larut turut juga hilang kekuasaan. Pembunuhan Birch oleh Datuk Maharajalela adalah diatas perentah Sultan Jaafar Mudazam Syah atau Long Jaafar.

4. Dimana pula dikatakan salasilah Kesultanan Kedah ketika itu? Mereka pada ketika itu adalah Raja Daerah sahaja bernaung dibawah baginda. Sultan Mohammad Jiwa II adalah Perdana Menteri Kedah. Sultan Abdul Hamid hanya dilantik oleh Penjajah Thai dalam tahun 1881 (selepas Kedah di jajah) sahaja dan berkahwin pula dengan kerabat Thai. Sultan Abdullah yang mengadai Pulau Pinang kepada Inggeris bukanlah Sultan Kedah tetapi Raja Pulau Pinang (baginda anak pertama dari ibu ke2, bukan gahara) yang dilantik oleh Sharif yang Di Pertuan. Baginda Sharif turut melantik kekanda Sultan Abdullah iaitu Tengku Long Putera sebagai Raja Legeh merangkap Perdana Menteri menggantikan Sultan Mohd Jiwa II yang mangkat,adinda kedua Tengku Anjang Johan menjadi Raja Ranong (dari ibu gahara, anak pertama dan kedua).Nama kedua-dua mereka telah di"delete"kan dalam sejarah Kedah setelah dibunuh tentera thai.

5. Di Kelantan, kehilangan wilayah Patani menyebabkan Sultan Mohammad II dilantik oleh Thai, sedangkan Sultan Mohammad I @ Nik Muhammadiah (Keramat Tok Bai) masih ada, berpindah bersama rakyat dan pengikutnya, menetap dan mangkat di Kedah. Baginda menjadi guru agama dan anak-anak muridnya terkenal di Kedah. Warisnya masih ada hingga kini merupakan waris Kesultanan Kelantan yang sebenar. Mereka tidak menuntut apa-apa tapi dipersilakan sesiapa pun yang hendak membuat kajian sejarah realiti untuk rekod generasi masa hadapan.

6. Di Johor, kehilangan Singapura dan Kepulauan Riau menjadikan pemerentahnya bergelar Maharaja. Sultan Riau, Yusuf Al Mahadi dibunuh oleh Inggeris akan tetapi dua orang anak-anaknya sempat dilarikan ke Kedah. Warisnya pun ada hingga kini.

Penutup

Dengan itu saya memohon kepada mana-mana waris Ngah Ibrahim atau pun waris Raja Ngah Ibrahim yang membaca artikel ini untuk menghubungi saya di Kedah melalui alamat e mail diatas tajuk blog ini bagi mengeratkan kembali hubungan silaturahim yang telah terputus. Keluarga kami disini bersangkut di kedua-dua belah pihak dan mengetahui salasilah ini bertahun-tahun lamanya, namun kami tiada daya untuk bertindak.

Semua saluran dulunya ditutup bagi kami termasuklah media massa yang ada pada ketika itu. Artikel yang dihantar tidak diterbitkan. Harta Pesaka dirampas individu yang berkuasa. Akan tetapi sebagai orang Islam kami yakin doa orang-orang yang teraniaya ini suatu hari pasti akan Allah tunaikan walau pun 5 generasi telah berlalu. Dengan kemajuan internet, kami mendedahkan perkara ini, dan semua yang kami tahu untuk semua peminat sejarah, semua golongan rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran sejarah bangsa hari ini.

TNL Kasim ibni TNL Ahmad
Waris Mutlak, Sultan Jaafar Madazam Syah.

(Ada pihak menghubungi kami mengatakan terdapat satu lapuran akhbar seketika dahulu mengenai satu keluarga yang mengatakan Ngah Ibrahim yang dibuang daerah itu adalah keluarga mereka dan telah kembali ke Perak secara senyap, berkahwin semula, meninggal dan di kebumikan di Kota Beruas. Jika ini benar, jenazah yang dibawa balik dari Singapura ialah Raja Ngah Ibrahim ibni Sultan Jaafar Madazam Syah [berbondakan Ngah Sapura]).

Tuesday, August 14, 2007

KISAH SEJARAH SITI ZUBAIDAH DAN SULTAN ZAINAL ABIDIN

JAUH LEBIH DALAM DAN MELUAS DARI APA YANG KITA KETAHUI...

Oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad
Waris Mutlak, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah

Baca dulu Kisah Syair Siti Zubaidah disini,
http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=16300&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Saya ingin menceritakan semula sejarah diatas untuk pembaca blog ini seperti mana yang telah diwasiatkan kepada saya. Terpulanglah kepada pembaca blog ini untuk mempercayainya atau tidak, tapi jangan katakan ia salah kerana ia wasiat yang saya terima hampir 60 tahun yang lalu. Saya dipaksa menghafalnya, tanpa buku untuk saya rujuk kerana semua buku/manuskrip telah dirampas dan dimusnahkan oleh penjajah. Tujuan saya, dengan ikhlas ialah supaya wasiat ini dapat direkodkan dan diketahui oleh orang ramai mengenai kebesaran bangsa Siam Islam dari negara Kedah yang membawa kepada bangsa Melayu hari ini. Penulis-penulis di blog ini pandai pula mencari bukti kerana pada usia ini, saya ketandusan semua itu.

Bismillahirrahmaanirrahim,

Ikuti kisah ini seperti yang telah diwasiatkan kepada saya,
Zaman Khalifah Umaiyah – Sultan Zainal Abidin adalah dari kerabat di Raja Parsi yang belayar ke negeri China diatas urusan perdagangan dan hubungan dua hala kedua negara. Baginda pada masa itu sudah pun berkahwin dengan Puteri Zubaidah. Sewaktu mengadap Maharaja China baginda telah terpikat dengan Puteri Raja China bernama Puteri Pa Pua lalu mereka pun dikahwinkan oleh Maharaja China ketika itu. Sultan Zainal Abidin bersama puteri barunya pun berhijrah kesebuah Pulau Maka yang mana hari ini di gelar Pulau Pa Pua (bawa laki) New Guinea. Mereka pun membuka sebuah kerajaan baru dan hasil perkahwinan tersebut mereka mendapat seorang putera di beri nama Putera Al Bani. Kealpaan Sultan Zainal Abidin ini kepada isteri pertamanya membawa kepada kisah Siti Zubaidah yang menyamar sebagai lelaki untuk mencari suaminya. Kisah ini ada direkodkan dalam syair dan lagu Siti Zubaidah dalam sejarah kesusasteraan Melayu Nusantara.

Setelah dewasa putera mereka berdua yang bernama Putera Al Bani pun mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan juga dengan salah seorang Puteri Raja China. Maharaja dahulu sememangnya mempunyai ramai anak perempuan kerana berkahwin ramai. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka sebuah negara baru. Pelayaran ini membawa mereka ke sebuah kawasan baru lalu dibina Istana Ayut’ia Al Bani terletak di Australia hari ini. Sekiranya kita teliti, perkataan Australia bukannya bahasa Inggeris malah adalah dari bahasa Siam bermaksud, penempatan lebih luas. Hari ini, Albani di Australia terletak ke Utara Bandar Perth. Perth juga adalah merupakan bahasa Siam. Keturunan Sultan Australia Al Bani membawa kepada Raja Chulan Man Bau.

Sekitar tahun 1350-1400 masihi

Raja Chu Lan Man Bau (@ Osman Putera disanjungi cucu-cucu) mempunyai dua orang Putera dan seorang Puteri iaitu,

1. Putera Sulong Saidina Ali menjadi Raja di Al Bani Australia.

2. Putera Kedua Saidina Cheng Ho atau San Bao,
“Cheng Ho, who was said to have been seven feet tall, was given greater power…..”
http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/chengho_2.htm

3. Puteri Naga adinda kepada Cheng Ho berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah yang bergelar Rama Tibodi II (Ayuthia) dan Parameswara (di Melaka)

Sultan Rijaluddin atau Parameswara Melaka tahun 1414 ini, bersemayam di Ayut’ia Kota Naga Jenan Daerah Kubang Pasu Kedah Malaysia. Baginda adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa, Nagara Kedah (Lihat gambar makam dibawah sekali blog ini). Dalam Undang-Undang Kedah, ms 14,

“Maka undang-undang ini diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah semayam di Naga, muafakat dengan sekelian menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah.”



Laksemana Cheng Ho sering berulang kerantau ini kerana perentah Maharaja China Yong Le dan turut mempunyai hubungan darah dengan pemerentah disini.
“It's likely that a detachment of one of Cheng Ho's fleets sailed to northern Australia during one of the seven voyages based upon the Chinese artifacts found as well as the oral history of the Aborigine”.
http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/chengho_2.htm


มัสยิดมุฮัมหมัดเจิ้งเหอ สุราบายา อินโดนีเซีย
Muhammad Zheng He Mosque, Surabaya, Indonesia
มัสยิดมุฮัมหมัดเจิ้งเหอ ที่สุราบายา อินโดนีเซีย ใช้ศิลปะจีนตามชาติกำเนิดของเจิ้งเหอ
สร้างเลียนแบบ มัสยิดหนิวเจี่ย ปักกิ่ง

Baca mengenai Cheng Ho disini,
http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=218

Perkahwinan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Rama Tibodi II @ Parameswara (1414m) ini dengan Puteri Naga ibni Raja Chulan Man Bau telah dianugerahkan 3 orang putera dan seorang Puteri iaitu,

1. Puteri Bavin Noung Siputeh Tengku Nor Asiah berkahwin dengan Maha Thammaraja, Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Babu India Monghul). Baginda di sebut sebagai Aishah Begum dalam sejarah India.

2. Putera Sulong di gelar Kaifa Tamim Sheikh Ali menjadi Raja Di Tong Oo (Burma Myanmar) bersemayamdi Istana Ayut’ia Ananda Pagan. Sejarah Thailand menyebut baginda sebagai Tabimshewati.

3. Putera kedua di gelar Khun Woran Wangsa Putera Yaacob Jalil menjadi Sultan Langkasuka bersemayam di Istana Ayut’ia Kota Palas Gunong Raja Pulau Langkawi Kedah.

4. Putera bongsu di gelar Sultan Mohd Yusof Pasai menjadi Raja di Sumatra Pasai(Chakraphai, tarik bawa pergi).

Pada tahun 1459 Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah di tabal menjadi Maha Tammaraja Dinasti Ayut’ia dan dikahwinkan dengan Puteri Bavin Nong yang menjadi Raja Perempuan Dinasti Ayut’ia bergelar Mah In (Inta Tiral). Mereka berdua membina sebuah Istana Di Toung Oo Mandalay digelar Istana Raja Perempuan Mandalay, Istana tersebut masih wujud di Mandalay Burma atau Myanmar hari ini. Semasa inilah Empayar Monggol India mula berkembang seperti peta "Empire of the Great Monggol " diatas blog ini.


Queen golden Monastery, Mandalay. Mandalay ialah sempena nama Raja Mandalika seperti tercatat pada batu bersurat trengganu sewaktu baginda berdakwah disana.

Istana Raja Perempuan Siam Mandalay Bavi Noung Tungku Nor Aisah Si Puteh Ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Syah Parameswara Melaka Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia ( DI Mandalay Burma @ Myanmar). Disinilah tempat bersemayam Raja Siam Islam Terakhir Maha Dammaiyaza (Sharit Yang Di Pertuan)tahun 1752. Diusir oleh tentera Raja Buddha Aluang Phraya Burma ke Ayut’ia Bangkok pada tuhun 1752 dan kemudiannya berpindah ke Ayuthia.



Istana Ananda Pagan (anakanda bawa wang), milik Raja Mandalika Sultan Mad Zafar Syah III bergelar ‘Rama Tibodi I’ tahun 1300 masihi ibni Sultan Mohammad Syah Yang Adil bergelar ‘Narasuan’ Benua Siam Kedah Kheag Tesh . Raja Mandalika adalah nama raja yang tercatat pada batu bersurat trengganu. Istana ini kemudiannya menjadi tempat bersemayam Raja Eva Tong Oo Maharaja Siam Quifatabin Sheikh Ali (Kaifa Tamin Sheikh Ali). Kaifa Tamin Sheikh Ali pula ialah ayahanda kepada Raja Perempuan Nang Che Yam Jammu Patani yang berkahwin dengan Sultan Ismail.


Hasil perkahwinan Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Maha Tammaraja) dengan Raja Perempuan Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia Benua Siam Kedah Kheag Tesh mendapat empat putera.

1. Putera pertama di gelar Raja Beruas Perak Nai Hisbu Mad Azam Syah @ Intaraja II (Song Tam Ayut’ia 1605 masihi).

2. Putera kedua digelar Raja Borneo Santubung, Sultan Saidina Hassan Syah, Dinasti Ayut’ia (bergelar Jetta/Chetta tahun 1610 masihi).

3. Putera ketiga digelar Raja Riau Sultan Shaari Riayat Syah Johor (Atthinawong Dinasti Ayut’ia tahun 1628).

4. Putera keempat digelar Raja Berunai Sultan Mustafa Kecil Bongsu (Dinasti Ayut’ia bergelar Prasat Thong 1630 masihi. Baginda garang orangnya dan sewaktu menjadi Maharaja Besar Ayuthia dia pernah menyerang Patani kerana engkar perentahnya. Ini kita harus terima sebagai konflik dalaman kerajaan Benua Islam Siam ketika itu).

Kedatangan Inggeris menyebabkan Australia dijadikan tempat buangan banduan dari England pada tahun 1788 masihi selepas mereka mengusir umat Islam Australia ke Pulau Timor Liste di zaman Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah Kheag Tesh dan penjajah Inggeris membunuh Raja Islam Australia di Albani Australia iaitu Sultan Sayid Ali Paduka Seri Sultan Chulan pada 1200 hijrah bersamaan 1789 masihi. Anakanda baginda Sultan Yusuf Al Mahadi turut juga dibunuh terkemudiannya (lihat gambar disebelah kanan, berjanggut putih).

Inggeris sepertimana yang kita ketahui bukan sahaja menjatuhkan Empayar Benua Islam Siam malah Empayar Islam Monggol India, Empayar Raja China Islam Manchu dan Empayar Islam Ottaman di Turki.

Begitulah wasiat yang saya terima. Wallahualam.

Monday, August 13, 2007

Lambang Kerajaan Langkat, Siak dan Makara Naga

Terima Kasih kepada pembaca blog ini yang telah menghubungi kami. Sudah pasti seperti yang saudara/i katakan setelah membaca blog ini banyak salasilah saudara/i yang diceritakan oleh keturunan terdahulu mula menunjukkan kebenarannya. Ini kerana disini diceritakan SEJARAH REALITI, BUKAN SEJARAH FANTASI !!, versi rakyat, mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah negara kita.

Untuk pembaca lain, ada diantara rakan pembaca kita mulai faham kenapa ada generasi mereka yang dikatakan berketurunan China Manchu, Bae dengan surname Ma. Ada yang berbangga menjadi orang Siam Islam di Kedah kerana mereka asalnya rakyat nagara Benua Islam Siam Kedah, berasal dari Kemboja dan menetap di kelantan dan banyak lagi. Jika saudara/i ada mempunyai apa-apa kaitan dalam salasilah saudara/i, jangan lupa menghubungi kami.

Rakan kami pula telah menjumpai logo kerajaan Langkat ini sewaktu meneliti salasilah Kerajaan Langkat dan ingin berkongsi dengan saudara pembaca blog ini. Sila teliti dan buatlah andaian sendiri. Patutlah warna kuning yang menjadi warna rasmi Maharaja China sehingga kehari ini menjadi warna raja-raja kita.

Ini URLnya,
http://www.4dw.net/royalark/Indonesia/langkat.htm


Hidung naga laut dalam logo tersebut (kanan) tinggi seperti Makara yang dijumpai di Sg Mas. Malangnya Makara yang di jumpai di Sg Mas kehilangan bahagian mata dan dahinya.


Sdr Salmi memaklumkan kepada kami bahawa Kesultanan Siak turut menggunakan lambang Naga. Ini gambar 'Siak Arms'yang dimaksudkan. Terima Kasih atas saranan dan keperihatinan saudara.



Andaian pelukis kedudukkan makara Sg Mas sekiranya diperlengkapkan bahagian yang hilang. Tidak berapa tepat tapi kemungkinan tetap ada. Tempayan Air untuk membasuh kaki dihadapan tangga makara tesebut.

Selamat membaca dan membuat penilaian terbaik.

Sunday, August 12, 2007

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR DAN MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM KEDAH - BAHAGIAN II

Istana Bandar, Jugra – Kami telah mendengar mengenai kehebatan rekabentuk Istana Bandar di Jugra yang mana pada hari ini tidak lagi digunakan. Untuk itu kami berangkat ke Jugra melalui Bandar Di Raja Kelang yang mengambil masa tidak sampai pun satu jam perjalanan. Setelah kami melepasi pekan Banting, kami melihat sebuah papan tanda, Kathong disebelah kiri jalan. Mungkin perkataan ini dulunya adalah bahasa Siam (atau Jawa) yang ditulis menggunakan perkataan rumi pada hari ini. Pelbagai andaian datang dari sahabat kami yang boleh berbahasa siam Siam Islam Kedah dan berbahasa thai, dari kisah bendera dan panji-panji ke lagu rakyat berlirikan Tanjung Katong airnya biru, namun ia bukanlah matlamat kami ke mari.


Papan tanda ‘Kathong’ di tepi jalan menuju ke Jugra menjadi topik perbualan kami

SEJARAHNYA

Wasiat Sultan Muhammad I Kelantan, kepada cucunya (sebelah bonda, Tunku Isau) TNL Mahmud dan seterusnya kepada TNL Kasim, mengenai salasilah DYMM Sultan Selangor, dinyatakan seperti berikut,

Sejarah menyatakan bahawa Raja Lumu telah ditabal oleh Sultan Mudzaffar Syah III, Sultan Perak ketika itu sebagai Sultan Selangor yang pertama. Jika kita fikirkan kenapa baginda ditabal oleh Sultan Perak? Perak belum ujud sebagai sebuah negeri lagi, malah sebuah daerah sahaja ketika itu. Ini adalah kerana Sultan Mudzaffar Syah III , Raja Kuala Kangsar adalah anakanda kepada Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (Boromoraja V) Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah (ms 43, Undang-Undang Kedah).

Baginda lah yang disebut sebagai Raja Kemboja bergelar Koya Long (atau Po Chan di Kemboja) ketika menjadi Raja di negeri Kemboja Cempakasari sebelum diserang oleh tentera-tentera Alaungphaya. Baginda bersama rakyat dan tenteranya kembali ke Kedah dalam tahun 1758. Ayahanda baginda menabal baginda sebagai Raja Kuala Kangsar merangkap (Timbalan) Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Besar Benua Siam Islam Kedah. Hingga kini masih ada rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga di Kemboja atau mendengar dari ahli keluarga bahawa mereka berasal dari sana. Koya dalam bahasa Siam Kedah bermaksud Putera dan Koya Long bermaksud Putera Sulong. Di Pulau Pinang terdapat sebuah masjid lama yang dipanggil sebagai Masjid Koya dan ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Permaisuri baginda Sultan Mudzaffar Syah III adalah dari keturunan Bugis (bahasa Siam Islam Kedah bermaksud, puak portugis) dan dikenali sebagai Puteri Seri Andalas. Nama ini masih lagi digunakan di Kelang hari ini, sempena nama sebuah taman perumahan, iaitu Taman Seri Andalas (Andalas atau Andalusia adalah dulunya Negara Islam Sepanyol). Sempena pertabalan ini dan bagi mengeratkan lagi pertalian darah, anakanda Raja Lumu iaitu Raja Ibrahim telah dikahwinkan dengan puteri Tengku Anjang Johan, Raja Siam Ranong. Putri ini adalah anak saudara Sultan Muzaffar Syah III sementara Raja Ibrahim adalah anak saudara kepada Puteri Seri Andalas.

Terdahulu baginda Raja Lumu dari Kota Langgu Sulawesi telah dikahwinkan dengan puteri bongsu kepada Paduka Sri Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah, Raja Riau ketika itu. Puteri ini (nama tidak di ketahui) adalah sepupu kepada Sultan Mahmud Syah Melaka yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Nama sebenar Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah ialah Tunku Shaari Riayat Shah. Nama jajahannya Ri-au, bermaksud Shaari Panjang disebabkan ketinggiannya. Raja Lumu (bermaksud bongkok-sabut) adalah juga kekanda kepada Puteri Seri Andalas, Permaisuri Sultan Mudzaffar Syah III.

Tunku Shaari adalah anakanda ke tiga Sultan Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Raja Monggol India yang berkahwin dengan Puteri Mah In Inta Tiral, Raja Perempuan Islam Ayuthia. Selain dari Tunku Shaari anakanda sulong mereka berdua ialah (1)Nai Hisbu Mad Azam Syah bergelar Inta Raja II di Ayuthia atau Tok Temong di Perak, Raja Kota Beruas,(2) Putera Has san (San tubong), Raja Borneo dan (4) Penggiran Mustafa Kecil Bongsu, membawa kepada kesultanan Berunei hari ini.


Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar Lama).

Istana ini dibina oleh Sultan Mahmud Syah setelah baginda berpindah ke Kelang dari Kota Lukut berikutan serangan Belanda keatas Melaka dalam tahun 1641.Baginda membuka Ban Ting, bermaksud Kampung Cik untuk permaisurinya Puteri Nang Kemuning dan membina Istana Bandar untuk putera baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Sultan Mahmud Syah mangkat dalam tahun 1668 di istana ini dan dimakamkan di Kota Beruas.



Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar baru)

Dalam tahun 1641 Sultan Mahmud Syah ibni Nai Hisbu Madazam Syah (cucu Sultan Zahiruddin) telah membina Istana Alam Syah di Kelang berikutan serangan Belanda keatas Kota Lukud yang merupakan Kota Melaka. (Hari ini Kota Portugis Porta De Santiago pula dikatakan Kota Melaka). Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani. Pada masa yang sama, anakanda baginda yang bernama Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah membina Istana Bandar di Jugra dan bersemayam disana.

Berikutan kemangkatan baginda Sultan Mahmud dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas Perak, anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah pun berpindah dan membina Istana Kota Palas di Pulau Langkawi (Dibakar hangus sewaktu serangan Thai keatas Pulau Langkawi).Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ditabal menjadi Maharaja Benua Islam Siam dan bergelar Boromokot di Ayuthia. Secara tidak langsung Sultan Selangor yang pertama telah diizinkan untuk bersemayam di kedua-dua istana ini sehinggalah ke hari ini kerana keturunan baginda juga adalah keturunan Sultan Mahmud Syah Melaka.

Gelaran bagi Maharaja Benua Islam Siam ini ialah Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (selepas 1767) seperti mana tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah. Tidak hairanlah Bandar Shah Alam didirikan di negeri Selangor Darul Ehsan menggunakan nama ini sebagai satu penghormatan. Pertalian darah, mengikut agama islam tidak semestinya dari waris lelaki sahaja malah waris perempuan juga kerana mengikuti salasilah baginda Rasullullah SAW iaitu Siti Fatimah yang membawa kepada cucu baginda, Hassan dan Hussein.

BERSAMBUNG....

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR DAN MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM KEDAH - BAHAGIAN II

Hasil perkahwinan yang direstui oleh Maharaja Benua Islam Siam, Raja Lumu telah memperolehi seorang putera bernama Sultan Ibrahim Shah. Sultan Ibrahim Shah sebagai waris mutlak dan penyambung tali persaudaraan, telah dikahwinkan pula dengan seorang puteri dari Kedah bernama Tunku Chik ibni Tunku Anjang Johan ibni Sultan Mohammad Jiwa II, Nai Nal Adilin, iaitu Perdana Menteri Kedah merangkap Raja Kota Setar (baginda bukan Sultan Kedah).

Permaisuri Sultan Mohammad Jiwa II bernama Puteri Nang Che Puan adalah adinda kepada Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (mereka berdua adalah Datuk dan nenekanda Tengku Chik). Puteri Nang Che Puan pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia dan di gelar Phumintharaja. Ketiadaan baginda Sultan Mohammad Jiwa II kononnya dikatakan belayar mencari ilmu (mengikut sejarah Kedah) sebenarnya adalah mengikut permaisurinya yang menjadi Raja Perempuan Siam Islam di Ayuthia.


Arch pada tingkap dibahagian atas, kiri dan kanan, berbentuk V terbalik adalah senibina orang-orang Siam Islam.


Tingkap ditingkat bawah ini pula adalah dari bentuk senibina China.



Istana Bandar di Jugra dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah (bergelar Boromokot di Ayuthia), setelah baginda dan ayahanda baginda berpindah ke Selangor dari istana Melaka di Kota Lukut. Baginda mangkat di Pulau Langkawi dalam tahun 1758 dan dimakamkan disana. Anehnya makam baginda dikategorikan sebagai makam purba, satu maklumat yang tidak tepat.


Pelbagai motif hiasan turut menghiasi ruang dalaman Istana Bandar di Jugra


Relief naga laut di kiri kanan bahagian hadapan bangunan Istana Bandar membuktikan bahawa raja yang memerentah adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa.


Bentuk arch pada pintu gerbang ini sama seperti pintu gerbang Kanchaburi di Kota Kuala Kedah dan profil batu nesan Tok Soh di Pinang Tunggal.Sultan Alaud-din Sulaiman Shah telah ditabal diistana ini pada 17 Februari 1898 tapi Istana ini dikatakan siap dibina dalam tahun 1914, perbezaan sebanyak 16 tahun. Bagi kami, tarikh ini telah diletakkan terkemudian.

Generasi seterusnya, perhubungan persaudaraan ini berterusan hingga ke Sultan Muhammad Syah dan seterusnya Sultan Abdul Samad yang turut berkahwin dengan Raja Aisha binti Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah, puteri kelima of Paduka Sri Sultan 'Ali I 'Ala ud-din Shah ibni al-Marhum Raja Kambodja, Yang di-Pertuan Muda Riau. Untuk maklumat semua , Sultan Ali adalah anakanda ke empat kepada Sultan Muzaffar Syah III (Raja Kemboja) ibni Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia.


Hari ini, Paduka Sri Sultan Sharaf ud-din Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah al-Haj, Sultan Selangor adalah waris mutlak Kesultanan Selangor dari keturunan Bani Hashim, Raja Merong Mahawangsa, Raja Zahiruddin Babur Syah (Raja Monggol India) dan Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah.


Tidak jauh dari Istana Bandar terletak sebuah masjid iaitu Masjid Sultan Alaeddin yang mana mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik lagi unik.

Menara Masjid yang terletak dihadapan dan terasing dari Bangunan utama Masjid mengingatkan kami kepada menara masjid Acheen Street di Pulau Pinang (lihat gambar disebelah kanan). Rekabentuk menara tersebut ibarat pagoda yang meninggi. Ini tidak menghairankan kami kerana Islam juga turut sampai ke negeri China semenjak tahun 650masihi dan kemungkinan besar generasi mereka yang datang terkemudian turut juga membantu membina masjid ini.



Pada pagar ‘cast iron’ asal yang diwanakan merah terdapat motif bunga teratai dan awan larat. Motif ini turut diguna pada pintu gerbang masuk ke Masjid Xian dinegeri China. Kami turut mengerjakan solat bersama jemaah masjid ketika masuk waktu sembahyang. Kami kemudiannya duduk bersembang dengan qariah masjid tersebut sambil menikmati keindahan masjid tersebut.

Lawatan ini telah membuka persperktif baru kepada kami mengenai kedatangan dan perkembangan agama Islam di negeri Selangor Darul Ehsan, bermula ia dari sebahagian jajahan Melaka, lalu dibuka oleh Raja Lumu seterusnya menjadi sebuah negeri paling maju di Malaysia hari ini.

SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (BERGELAR BOROMOKOT DI AYUTHIA)



Kami telah melangkah lautan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi yang menyimpan seribu kisah sejarah bangsa Melayu hari ini. Namun kali ini bukan Mahsuri yang kami cari tapi sebuah makam bersejarah yang dinamakan makam purba. Gambar atas ialah makam tersebut yang tidak purba bagi kami. Inilah makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah yang membina Istana Bandar di Jugra dan kemudiannya baginda bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka di Pulau Langkawi bermula tahun 1668 berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Makam ini dilabelkan sebagai makam purba, terbiar tanpa pagar dan penyelenggaraan sepatutnya. Lebih mengaibkan ia di katakan sebagai makam seorang perempuan. Tidak nampakkah kita hari ini mengapa Ulu Melaka terletak di Pulau Langkawi dan hilirnya terletak di Bandar Hilir Melaka?

Makam ini ditimbus dari penglihatan sewaktu serangan tentera thai dari Siam keatas Pulau Langkawi oleh pengikut baginda agar tidak dimusnahkan oleh tentera thai. Bagindalah yang dikatakan berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Makam Puteri Hang Li Po terletak disebelah makam baginda walau bagaimana pun telah dicabut batu nisannya. Tak payah lah pengkaji sejarah nak susah-susah mencari makam Puteri Hang Li Po yang beragama Islam di Bandar Hilir kerana bukan disana terletaknya makam baginda.

Dibawah kerajaan Benua Islam Siam, baginda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dikenali sebagai Boromokot. Dengan kemangkatan baginda dalam tahun 1758 barulah Alaungphaya dari Sukuthai berani menyerang kerajaan Islam Toung Oo Burma, sebahagian dari jajahan Kerajaan Ayuthia Islam yang diperentah oleh Mahadammayaza (gelaran sahaja, bahasa Arab bermaksud darah dari berlainan raja).

Baginda Mahadammayaza adalah anakanda kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Baginda kembali ke Ayuthia dan dikenali sebagai Boromoraja Ekataat V. Alaungphaya pula menyerang Ayuthia dalam tahun 1767 dan baginda kembali ke Kedah dan menetap di istana Kota Meang Kuang (nagara Luas). Di Kedah baginda dikenali dengan nama sebenar baginda iaitu Syarif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia. Walau pun 3 nama yang berbeza tapi orangnya tetap sama mengikut wasiat yang telah diperturunkan kepada TNL Kasim.

Mengenai makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Ulu Melaka ini, walaupun waris nya yang ada pada hari ini memberi kenyataan mengenai makam ini ia tetap tidak dihiraukan dan masih lagi di labelkan sebagai makam purba. Batu nesan baginda sama rekabentuk nya dengan batu nesan Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia di Kampung Tualang, Kedah.




Lihatlah persamaan kedua-dua batu nesan Acheh ini, diatas makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah (Boromokot) terletak di Ulu Melaka Pulau Langkawi dan dibawah batu nesan anakanda baginda Syarif Yang Di Pertuan (Boromoraja V) di Kg Tualang Kedah.

Di muka surat 17 Undang Undang Kedah dicatit,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun (1668 masihi), tahun Dal, pada bulan Rabiulawal hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”

Kalau sejarah kita sudah ada bukti bertulis seperti di atas, kepentingan siapa yang kita jaga sehinggakan warisan sejarah bangsa Melayu hari ini menjadi kabur dan tidak pasti. Kita tidak perlu menunggu 136 tahun sebelum Makara Naga Laut di istana Raja Merong Mahawangsa dijumpai semula di Sungai Mas setelah dimusnahkan oleh tentera thai dalam tahun 1876 dahulu. Sejarah kita hari ini penuh konspirasi dan fantasi penjajah. Ia harus diceritakan berdasarkan kebenaran SEJARAH REALITI, tidak ada siapa yang akan dipersalahkan hari ini dan semua rakyat dari pelbagai kaum di Malaysia hari ini berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah bangsa Malaysia terdahulu.

Monday, August 6, 2007

MAKAM TOK SOH DI PINANG TUNGGAL


Pinang Tunggal – Hujan yang turun berterusan beberapa hari yang lalu tidak mematahkan semangat kami untuk menjejak sebuah makam bersejarah yang dikatakan makam Tok Soh, di Kampung Tok Soh. Kampung ini terletak di Pinang Tunggal berhampiran Sungai Petani Kedah. Tok Soh di katakan sebagai Permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa. Nama sebenar baginda ialah Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri. Nama keturunan Al Jefri masih ada hingga ke hari ini dan mereka banyak terlibat dalam aktiviti perniagaan, keagamaan dll.

Tinjauan kami sebelum ini mendapati terdapat juga sebuah makam guru agama di Butterworth yang meninggal sekitar tahun 1970an bernama Syed Umar Al Jefri masih ada dan dijaga rapi sehingga hari ini. Sementara itu sebuah sekolah di Sungai Patani telah dinamakan sebagai Sekolah Syed Jan Al Jefri mengingati nama keluarga tersebut. Walau apa pun, nama-nama dari keturunan Syed ini sememangnya mendapat tempat dalam kerajaan negeri dibawah pimpinanan Menteri Besar Kedah dan pemerintahan DYMM Sultan Kedah. Ini sememangnya diakui ramai rakyat Kedah semenjak dahulu lagi.

Ketika kami sampai kami dapat melihat sebuah kawasan loji air yang mana kedudukkan nya yang cantik diatas bukit mengadap sungai berhampiran. Sungai ini adalah sebahagian dari Sungai Muda yang mengalir ke tepi pekan Kota Kuala Muda dan cabangan nya melalui lokasi Sungai Mas dimana sebelum ini dijumpai makara dan runtuhan istana baru-baru ini. Pemandangan dari bukit menghala ke Sungai sungguh indah dengan airnya tenang. Sudah pasti Sungai Muda yang masih mengalir ini menyimpan seribu rahsia khazanah negeri Kedah. Terdapat sebatang jalan yang menjadi seolah-olah jalan menuju ke jeti ditebing sungai, namun kawasan jeti itu sudah dipagarkan. Tinggalan batu-batu bata leper dan lebar seperti di Kota Kuala Muda masih lagi jelas kelihatan. Bakinya telah digunakan oleh penduduk tempatan untuk membuat binaan lain.



Loji Air Pinang Tunggal, Jabatan Bekalan Air.

Disinilah diriwayatkan Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Mudzaffar Syah II membina sebuah kota istana baru dan menetap disitu. Kami juga di fahamkan terdapat sebuah lagi istana yang dibina oleh baginda terletak di Bukit Tereh berhampiran Muar Johor dalam usaha baginda menyebarkan dakwah islamiyah. Muar dalam bahasa Siam Islam Kedah bermaksud, topi atau mahkota. Bonda baginda datang untuk tinggal bersama baginda berikutan kemangkatan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I. Raja Merong Mahawangsa telah dimakamkan di Kampung Langgar berhampiran Merbok. Anakanda kepada Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir iaitu Sayyidina Ali atau Sultan Alirah telah menjadi Raja di Acheh dan disana baginda telah menulis teks jawi Undang Undang Kedah, sebuah perlembagaan Negara Islam Kedah. Sekiranya berdasarkan kepada maklumat ini tanah jajahan Kedah telah pun mula berkembang hingga ke negeri Acheh dimana dakwah islamiyah menjadi perkara pokok. Seperkara lagi, tanah perkuburan pembesar-pembesar di Perlis, Sg Mas, Kelantan dan Kedah semuanya di tempat yang bernama Langgar. Ini di sebabkan dalam bahasa Siam Islam Kedah perkataan Langgar bermaksud, ‘putus dunia’.

Sekiranya diteruskan perjalanan tanpa berhenti di Pinang Tunggal, sebuah jambatan baru yang merentasi Sungai Muda telah siap dibina akan membawa kita terus ke Kepala Batas, kawasan parlimen Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketika kami mencari kawasan permakaman, tidak ada papan tanda yang menunjukkan kepada kami arah jalan menuju ke makam tersebut dari jalan besar, namun juruarah kami memaklumkan persimpangan dihadapan untuk kami membelok.

Kami meneruskan perjalanan lagi hampir 2 km dan disini disebelah kiri jalan barulah kelihatan papan tanda yang mengatakan makam Tok Soh. Hanya pada jarak 40m kami menjumpai makam tersebut terletak disebelah kiri lorong kecil, di belakang dapur sebuah rumah penduduk tempatan. Kawasannya dipagari dan dipasang dengan pagar besi, cantik tetapi pohon-pohon kecil sudah mula mengubah lanskap tersebut. Terdapat sepasang batu nisan yang mengadap kearah Qiblat dan rekabentuknya ibarat pintu gerbang Kanchapuri yang dulunya terdapat di Kuala Kedah. Pintu gerbang itu telah runtuh namun replikanya telah didirikan semula di Muzium Alor Setar.

Semasa kami mengamati makam tersebut terdapat ayat-ayat suci Al Quran yang dipahatkan pada bahagian batu nisan tersebut. Yang jelas ditengah-tengah adalah surah Al Fath, surah pembukaan negeri. Kami turut membantu membersihkan kawasan makam tersebut, seterusnya membaca surah Al Fatihah sepertimana makam-makam lain yang pernah kami kunjungi.


Batu Nesan Tok Soh di Kg Tok Soh , Pinang Tunggal berhampiran Sungai Petani Kedah

Kami juga turut diperkenalkan dengan seorang penduduk tempatan iaitu Tuan Haji Ahmad bin Hashim. Beliau yang pernah bertugas sebagai guru dibeberapa sekolah disekitar Sungai Petani merupakan penduduk asal Pinang Tunggal. Menurut beliau makam tersebut lengkap dengan nisannya, sudah ada disitu semenjak beliau masih kecil lagi. Pada usia 70 tahun beliau mengesahkan bahawa orang-orang tua terdahulu pernah menceritakan kewujudan sebuah kota disitu dan beliau sendiri sewaktu kecil pernah melihat runtuhan istana tersebut.


Tuan Haji Ahmad bin Hashim menceritakan kewujudan sebuah kota di Pinang Tunggal.

Diantara tahun 1876 hingga tahun 1881, tentera thai yang menguasai Kedah telah memecahkan ukiran-ukiran ayat suci Al Quran. Tidak cukup dengan itu dalam tahun 1910 Inggeris pula merobohkan bangunan kota istana ini setelah mereka menguasai Kedah dari kerajaan Thai berikutan perjanjian tahun 1910. Penjajah Inggeris dengan askar sepoi dan buruh-buruh yang dibawa dari India telah datang untuk merobohkan saki baki kota istana yang masih ada. Apabila Inggeris memulakan projek loji air, dengan itu dirobohkan terus kota istana dan lebihan-lebihan batu-bata dari Kota istana itu digunakan oleh penduduk kampong yang tidak megesyakki apa-apa untuk membaiki rumah rumah mereka.

Berikut adalah kenyataan pada sisi makam tersebut,

Kubur bersejarah Kg. Tok Soh
Berdasarkan kepada jenis batu nisan dan ukiran ayat Quran yang terdapat padanya adalah dipercayai kubur ini merupakan kubur seorang pembesar atau orang ternama yang dihormati pada suatu masa dahulu. Walau bagaimanapun hingga kini tidak dapat dipasti siapakah sebenarnya yang telah dikuburkan disini.


Ulasan

Setahu kami tidak ada sesiapa pun yang berani membuat tuntutan siapakah yang dimakamkan disini kecuali seorang saja iaitu TNL Kasim dan waris mereka, lengkap dengan kisah bagaimana Tok Soh boleh dimakamkan disitu. Namun begitu maklumat yang diberikan oleh beliau tidak direkodkan. Persatuan Sejarah negeri Kedah masih tidak mahu mengakui apa yang diriwayatkan oleh beliau yang diterima secara wasiat. Apabila dijemput ke Forum Realiti negeri Kedah pada 13 September 2006, beliau mengambil peluang menerangkan segala-galanya, mendedahkan secara terbuka, namun ada pihak yang masih terus memekakkan telinga.

Dalam agama Islam perkara wasiat tidak boleh dibuat main kerana ia merupakan satu amanah, pasti akan dituntut diakhirat kelak. Bagaimana mungkin TNL Kasim menyimpan bukti bertulis sedangkan semua bukti bertulis, Bunga Mas, peralatan istana telah dirampas di istana Kota Meang Kuang untuk dibawa balik ke Bangkok oleh tentera thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Hari ini pula, kita menyangkakan Bunga Mas dihantarkan kepada mereka (Raja Thai ) pada hal mereka merampasnya dari Istana Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia dan membunuh baginda dan 4 orang putera baginda. Pedang yang digunakan untuk membunuh baginda, yang dulunya dihadiahkan oleh penguasa Mekah Al Mukarammah masih ada tersimpan oleh keluarga baginda hari ini.

Bagindalah Raja Siam Islam terakhir Ayuthia bergelar Boromoraja Ekataat V yang diusir dalam tahun 1767 terdahulu. Di Toung Oo Burma baginda bergelar Mahadamayaza atau raja dari berlainan darah. Munculnya buku Undang-Undang Kedah telah mengesahkan wasiat yang diterima oleh TNL Kasim berpuluh tahun yang lampau ada kebenarannya. Beliau tidak bersuara sebelum ini kerana tidak ada bukti bertulis. Hari ini dah ada bukti bertulis, beliau telah memulakan langkah, apa yang kita tunggu lagi?

Untuk maklumat pembaca TNL Kasim bukanlah orang lain dengan Almarhum DYMM Sultan Badlishah, ayahanda kepada DYMM Sultan Kedah sekarang ini, ada pertalian. Baginda Tuanku Sultan pun turut mengenali TNL Kasim sejak kecil lagi, malah Sultan Abdul Hamid pun turut mengenali keluarga mereka secara peribadi dan kunjung mengunjung kerumah mereka disuatu ketika dahulu. Bagi beliau, Tuanku Sultan sedia ada harus kekal menerajui pemerentahan negeri Kedah Darul Aman.

Pendapat kami tetap satu. Sejarah yang penuh dengan konspirasi tidak harus dinilai berdasarkan kepada fakta sejarah, bukti penulisan dan akeologi semata-mata. Generasi terdahulu telah pun pergi meninggalkan kita, haruskah kita membiarkan yang masih ada berlalu pergi begitu sahaja sedangkan sejarah negara kita masih dikaburi oleh bayang-bayang penjajah yang telah menjahanamkan sejarah bangsa kita. Dengan bukti-bukti yang anda boleh baca diblog ini, dan mungkin turut membuat kajian-kajian lain, kami amat berharap kekusutan sejarah bangsa Melayu dan kedatangan agama Islam ini akan terungkai juga akhirnya.

PS: Kita tidak akan hidup buat selamanya diatas muka bumi Allah yang fana ini. Paling tidak, "katakan lah yang benar walau pahit sekali pun"(Sabda baginda Rasulullah SAW). Dengan itu, tanggungjawab kita sebagai mukmin telah pun kita laksanakan sebelum kita rapat memejamkan mata. Wallahualam.

Saturday, August 4, 2007

Gelaran "Long" dalam masyarakat Melayu

Kami akhirnya diakui sebagai pakar oleh pihak yang sememangnya tidak pakar dalam menilai usaha kami. Anehnya, hanya satu pihak ini sahaja yang begitu sibuk berkokok, sedangkan pihak lain yang begitu banyak disentuh disini, tidak. Ini kerana pihak kedua mengetahui kebenaran yang tersirat bukan yang tersurat. Kami masih tetap terus membuat kajian dan mendapati sejarah bangsa melayu mengelirukan. Kehebatan bangsa Melayu dizaman dahulu tidak seimbang dengan bukti sejarah yang ditemui kerana bukti itu telah dimusnahkan. Contohnya, dimanakah istana raja-raja kita yang begitu hebat memerentah Melaka dahulu, sehingga hari ini tidak kita temui. Binaan istana di Bandar Hilir Melaka, yang dibina semula dikatakan berdasarkan kepada Hikayat Hang Tuah.

Diblog ini, kami menceritakan kebenaran yang cuba disembunyikan oleh mereka yang bertopengkan kejahilan. Apabila bangsa dipisahkan (thai dan Siam), agama dipisahkan, Islam dan agama mereka, kebenaran mula jelas. Kami tidak anti mereka, namun hakikat SEJARAH ADALAH KEBENARAN DAN PERLU DIPERJELASKAN. Bagi kami, kesalahan orang dahulu bukan kesalahan keturunan mereka hari ini. Untuk itu pula, kami menyediakan bukti-bukti untuk pembaca renungkan dan fikirkan. Jangan lupa, mohonlah petunjuk dan hidayah dari NYA. Saudara pembaca pasti ditunjuk kerana ALLAH adalah MAHA dalam segala-galanya termasuk memberi petunjuk kejalan yang lurus dan benar.

Mengenai gelaran 'Long' dalam masyarakat Melayu, kami petik dan catatkan disini makna gelaran tersebut yang masih digunakan hari ini.

"Long" berasal dari perkataan "sulong" iaitu anak sulung. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu (blog ini blog melayu), anak sulong dipanggil "long", "kak Long" atau "abang long". Sudah menjadi adat dikalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang).

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Long" itu berasal daripada perkataan Siam yang bererti "Putera". Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi pangkal nama "Long" tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang" di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam i.e Puteri Saadon Nang Kemuning, Raja Kuning).

(PS : Kalau itik yang bodoh bercakap dengan ayam yang pandai dimana itik bodoh tak buat kajian tapi cedok kajian orang tanpa bukti, makna perkataan ‘long’ (bukan loong)ialah panjang !!)