Monday, December 16, 2013

History of the Malay DNA - based on the HUman Genome Project



Human Genome Project

Kajian yang dilakukan oleh Puan Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia berasaskan data yang dikumpul oleh projek Human Genome yang merupakan peta DNA paling lengkap yang pernah dikumpul. Sejak tahun 07 Sejarah Realiti Negara Kedah memperjuangkan sejarah Khalifah Islam yang dibenamkan oleh Inggeris.

Sila tuan/puan rujuk minit 1:08 keatas untuk maklumat yang berkaitan sejarah realiti yang telah di sembunyikan.




Friday, December 13, 2013

Undang-Undang Kedah - 1

Oleh Dato Mohd Ramalan Yunus

Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan perlembagaan Nagara Kedah yang di asaskan oleh Raja Merong Mahawangsa. Cucu kepada Maharaja Benua China iaitu Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Raja Merong Mahawangsa telah datang ke Tanah Semenanjung dengan membawa watikah (Kedat dalam bahasa Siam) dari datuknya untuk dijadikan Raja besar dibenua sebelah sini. Baginda telah membangunkan kerajaannya dikaki Gunung Jerai.

Baginda telah membawa bersamanya adat istiadat dan upacara-upacara kebesaran Raja-raja yang di warisi dari Raja Iskandar Zulkarnain. Adat istiadat inilah yang seterusnya diwarisi dan diamalkan sehingga kehari ini oleh Raja-raja Melayu diseluruh nusantara.


Segala adat istiadat, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang diguna pakai telah ditulis oleh cucu Raja Merong Mahawangsa iaitu Saidina Ali Wa Maulana Ibni Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir (juga bergelar Maharaja Podiset@lelaki yg terbaik yang membuka Negeri Siam Lancang ) .yakni anakanda Raja Merong Mahawangsa.

Teks UUK ini telah di tulis pada tahun 222 Hijrah bersamaan dengan tahun 837 Masihi ketika baginda Saidina Ali Wa Maulana menjadi Raja di Aceh.

UUK ini telah dijadikan perlembagaan sehinggalah kepada zaman Khalifah Nusantara yang terakhir iaitu Tuanku Syed Long Jaafar, Yang Di Pertuan Kedah yang telah dibunuh dengan kejam di Gurun pada tahun 1876 oleh tentera Sukhothai dengan bantuan pembesar-pembesar yang telah mengkhianati baginda.

Setelah Sultan Abdul Hamid Halim Syah II Ibni Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dilantik menjadi Sultan Kedah oleh Raja Thai pada tahun 1881 maka bermulalah era Kedah baru yang lebih dikenali sebagai Negeri Kedah Darul Aman.

Manuskrip UUK ini telah dibawa ke England dan disimpan di perpustakaan ' School Of Oriental And African Studies (SOAS) London ' dengan nombor rujukan MS 40329 dan dalam bentuk mikrofilem.

Dengan izin Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya dan tidak ingin bangsa yang dirahmatiNya ini terus ditipu oleh para penjajah kafir laknatullah maka pada tahun 2003 manuskrip tersebut telah dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun Dr Mahathir) .

Manuskrip tersebut telah diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk diterjemahkan dan sekaligus untuk diterbitkan.

Alhamdulillah, akhirnya pada tahun 2005, dibawah selenggaraan Puan Maryam Salim, UUK telah berjaya diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.

Pulangnya UUK (dokumen resmi sejarah Islam dan nusantara) ke tanahair adalah merupakan satu bukti sahih sejarah yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ini kerana dokumen tersebut adalah merupakan dokumen resmi kerajaan Malaysia mengenai sejarah Islam dan sejarah sebenar nusantara.

UUK adalah merupakan batu asas Kedaulatan Benua Islam Nusantara. Ia juga menjadi penanda aras kepada kedaulatan dan kemerdekaan Benua Islam Nusantara. Selama mana ia belum dikembalikan ketempat asalnya iaitu sebagai perlembagaan sebuah Daulah Islamiyyah di nusantara maka selama itulah benua ini masih dijajah. Dijajah oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah. Dan kini penjajahan tersebut diteruskan oleh anak-anak pribumi nusantara yang menjadi proksi-proksi mereka.

Kehadiran manuskrip UUK akan meniupkan kembali semangat jihad dikalangan umat Islam di seluruh nusantara. Kehadirannya juga akan memungkinkan kebangkitan kembali Sistem Khilafah Islam di benua nusantara ini. Ini kerana pewaris yang mutlak kepada kesinambungan sistem beraja yang ditinggalkan oleh Khalifah yang terakhir iaitu Shariff Yang DiPertuan Maharaja Benua Siam masih kekal terpelihara sehingga ke hari ini.

Kini terpulang kepada umat islam di nusantara khususnya di Malaysia untuk mengembalikan UUK ditempatnya yang hak. Tugas dan tanggung-jawab itu terpikul di atas bahu seluruh umat islam dinusantara. Ini kerana UUK adalah perlembagaan sebuah negara Islam. Menolak dan meminggirkannya adalah kufur.

Kepada pihak-pihak yang tidak mengenali sejarah sebenar benua nusantara dan UUK diharap berhati-hatilah dalam memberikan sebarang pendapat dan komen. UUK bukan sekadar satu isu biasa tetapi menyentuh aqidah kita sebagai umat Islam dinusantara.

UUK adalah dokumen resmi dan dokumen sejarah yang sangat tinggi nilainya. kalau ianya tidak bernilai masakan seorang tokoh besar seperti Tun Mahathir sanggup bersusah payah untuk membawanya kembali ke tanahair.

Dan kalau ianya tidak penting dan tidak bernilai masakan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang dipertanggung-jawabkan untuk menerbitkannya ? Tidakkah ini semua membuktikan bahawa UUK adalah satu dokumen yang sangat penting dan bermakna kepada kita semua ?

Kenalilah UUK dan sejarah sebenar kita agar kita tidak terus ditipu dan dimanipulasi oleh penjajah dan proksi-proksi mereka.

Bahasa Melayu di Ayuthia


Menarik jika kita ikuti keratan dibawah ini, yang dengan jelas mengatakan bahawa bahasa Melayu turut digunakan di Ayuthia dan dalam berurusan dengan negeri-negeri di selatan Siam. Malah bukan itu sahaja, raja-raja nya juga turut menggunakan bahasa yg sama untuk berkomunikasi dengan penjajah Belanda di Jakarta.



Undang-Undang Kedah - 2


Oleh Dato Mohd Ramalan Yunus
World Islamic Chamber of Commerce


Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan bukti yang cukup 'authentic' mengenai kewujudan
sebuah empayar Islam di benua timur ini. UUK juga menjadi satu bukti yang 'authentic' bahawa telahberlaku hukum syariat di benua timur ini.

Ia juga menjadi bukti bahawa setiap titisan darah yang mengalir untuk mempertahankan kedaulatannya adalah titisan darah para syuhada. Para syuhada yang terkorban kerana mempertahankan aqidah, khalifah dan watannya (ada pihak yang cuba menutup sejarah ini)

Dengan munculnya kembali UUK di negara ini maka sudah semestinya seluruh umat Islam di benua timur ini wajib mengambil tahu dan memahami apa yang sebenarnya tersirat disebalik kemunculannya? Dan apa pula semangat dan kewajipan yang turut dibawa bersama dengan kemunculannya itu?

Inilah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam dibenua timur. UUK bukan hanya sekadar satu dokumen sejarah. Malah ianya jauh lebih dari itu. Tuntutan dan kewajipan yang dibawanya cukup besar. Ia mencabar keimanan dan ketaqwaan kita sebagai umat Islam. Oleh itu kenalilah UUK. Mengenalinya adalah ibarat mengenali diri kita sendiri.

Menurut pendapat para ulamak, sesebuah negara Islam itu tetap kekal statusnya sebagai sebuah negara Islam biarpun ia telah dijajah. Statusnya hanya berubah menjadi NEGARA ISLAM YANG DIJAJAH.

Sebagai contoh negara Sepanyol yang dahulunya dikenali sebagai Andalusia. Semasa ianya dikenali sebagai Andalusia, Andalusia adalah merupakan sebuah negara Islam yang mengamalkan syariat Islam. Biarpun ia telah dijajah dan namanya ditukar menjadi Sepanyol namun ianya tidak mengubah statusnya sebagai negara Islam. Ia hanya berubah menjadi NEGARA ISLAM YANG DIJAJAH.

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Empayar Islam Othmaniyyah yang berpusat di Istanbul. Apabila Khalifah Empayar Othmaniyyah yang terakhir ditumbangkan pada tahun 1924 maka para ulamak seluruh dunia sepakat mengeluarkan fatwa bahawa mulai dari saat itu maka tertanggunglah disetiap bahu kaum muslimin diseluruh dunia kewajipan untuk mengembalikan sistem Khilafah.

Fatwa para ulamak ini jelas menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam diseluruh dunia untuk mengembalikan sistem Khilafah. Dan kewajipan itu adalah kerana untuk mempertahankan aqidah umat Islam. Fatwa itu sesungguhnya terbukti benar apabila setelah kejatuhan Khalifah Islam Empayar Othmaniyyah para penjajah kafir laknatullah itu telah memetakan semula sempadan dunia. Banyak negara-negara kecil yang diwujudkan bagi melaksanakan dasar ' divide and rule ' mereka.


Adakah anda pernah menentang dan menolak manuskrip Undang-Undang Kedah, menghina waris mutlak Almarhum Tuanku Nai long Kasim dahulu. Cermin-cermin lah diri anda kerana adat istiadat dan kisah raja-raja yg bergelar Khalifah bukan aras anda untuk dipertikaikan. Andalah proksi penjajah yang beminda sekular dan menolak sejarah Khalifah Islam. Tak perlu pun pengiktirafan dari anda jika anda mahu menentang, keredhaan Allah lebih utama berbanding anda.


Negara-negara kecil ini seterusnya diikat didalam satu gagasan yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan yang diasaskan untuk menjadi pemerintah tertinggi kepada negara-negara yang khususnya telah diwujudkan oleh mereka. Ianya adalah sebuah pertubuhan yang didalam perlembagaannya ditulis secara jelas tidak mengikhtiraf kekuasaan yang lain selain dari kekuasaan PBB.

Perlembagaan PBB ini dengan terang dan jelas telah menjadikan setiap negara yang menganggotainya menjadi kafir kerana takluk kepada perlembagaan PBB yang jelas menentang kekuasaan Allah SWT.

Negara-negara kecil yang dulunya adalah merupakan wilayah-wilayah Islam telah dikafirkan secara halus oleh para penjajah dengan cara menekan dan mengikat mereka didalam PBB.

Oleh itu dengan fatwa para ulamak dunia serta dengan segala bukti yang terang dan jelas didepan mata maka setiap umat Islam wajib mengadakan perlawanan dari segenap penjuru dan dengan segala macam cara bagi mengembalikan sistem pemerintahan Islam.

Umat Islam juga wajib memberikan perlawanan pada setiap masa kepada para penjajah kafir laknatullah dan proksi-proksi mereka biarpun hanya sekadar memberikan perlawanan secara ideologi. Ini penting bagi memelihara kebenaran dan kesucian Islam serta bagi memelihara aqidah setiap umat Islam itu sendiri.

Tunduk menyerah dan patuh kepada penjajah akan hanya mengakibatkan aqidah seseorang umat Islam itu menjadi rosak dan batal. Inilah hakikat yang wajib difahami oleh seluruh umat Islam.

Friday, November 15, 2013

SIAM, SIN YA ALIF MIM - SAYA YAKIN ALLAH MUHAMMAD


GAMBAR LAMA INI DISIMPAN DISEBUAH RESTORAN DI BANGKOK. TENGOK BETUL-BETUL APA YANG TERTULIS PADA GAMBAR MAHKOTA RAJA SIAM ISLAM INI. SEJAK TAHUN 07 SAYA MENGATAKAN BAHAWA RAJA SIAM ITU BERAGAMA ISLAM DAN RAJA THAI BERAGAMA BUDDHA. NEGERI SIAM ISLAM DITAWAN PUAK SUKHOTHAI BUDDHA PADA TAHUN 1767 LALU NAIKLAH RAJA KAFIR SUKHOTHAI BUDDHA YOTFA CHULALOK BERGELAR RAMA I. RAJA MAHABESAR BENUA SIAM ISLAM ADALAH KHALIFAH KITA DIZAMAN DAHULU BERASAL DARI JURAI RAJA MERONG MAHAWANGSA. BAGINDA ADALAH KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH.

Wednesday, November 13, 2013

Malaysia bila lagi?


Undang-Undang Kedah ialah manuskrip perlembagaan sebuah negara Islam yg diperintah oleh seorang Khalifah yang bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia. Dimanakah keturunan Khalifah kita yang dibuang oleh penjajah Inggeris dan ditutup sejarahnya ini?

Khalifah kita berketurunan Raja Merong Maha Wangsa dan Raja Iskandar Zulkarnaian, mereka ini bukan bergelar Paduka Seri Sultan atau Seri Paduka Baginda. Gelaran ini hanya lah untuk keluarga dan saudara kepada Raja sahaja (rujuk UUK). Raja Merong Maha Wangsa bukannya Sultan Merong Maha Wangsa dan Raja Iskandar Zulkaranaian bukannya Sultan Iskandar Zulkarnaian.

Bagi kami, MEREKA YANG MENOLAK UUK, HUKUMNYA KUFUR kerana ia sebuah manuskrip undang-undang Islam dan begitu juga yang masih cuba untuk menindas usaha kami memperkenalkan sejarah realiti, pun sama naiklah mereka itu. Sedap bukan kami membahasakan kamu?, namun tajam lagi bahasa kamu membahasakan kami ketika kamu menolak UUK. Dimanakah kamu meletakkan maruah kamu sebagai seorang Islam jika kamu menolak undang-undang Nya?

Siapakah kita untuk mempertikai Qutbah Wida baginda Rasululullah SAW untuk mengembalikan hak kepada yang berhak?




Kita semua tahu penjajah Inggeris merampas UUK dan menggantikan ia dengan "Common Law" dan sehingga kehari ini kita masih menyokong usaha penjajah yang anti Islam itu. Kita masih menyokong Sistem Demokrasi tajaan Yahudi ini, Sistem Kapitalis yg penuh dgn riba, walhal "u dare to called yourself a muslim" tapi kamu gagal melaksanakan amanah yg Allah berikan. Apa yg ada pada semangat kemelayuan jika kita tidak martabatkan Islam dahulu. Martabatkan Islam nescaya hasilnya satu bangsa yg dirahmati Allah hendak Nya.



Sekarang mungkin anda faham kenapa kita bergilir jawatan YDP Agong ibarat rumah tiada bertuan. Yang digilirkan setiap 5 tahun sekali itu bukan keturunan Raja tapi hanyalah saudara kepada Raja.

Agenda hari ini adalah agenda kebangkitan Islam, ini adalah agenda Allah SWT. Jangan dipermainkan. Agenda Allah SWT adalah untuk menaikkan semula Khalifah Islam dari jurai sebenar Raja Merong Maha Wangsa, tidaklah ia bergilir-gilir lagi. Paduka Seri yang sedia ada kekal memerintah dinegeri masing-masing sebagai wakil Syah Alam Yang Maha Mulia Khalifah. Sebarang perubahan haruslah kita semua lakukan secara berhemah dan diplomasi.

Syabas dari kami, keluarga Waris Raja Merong Mahawangsa kepada adinda kami Sultan Hassanal Bolkiah di atas keberanian adinda memperkenalkan semula undang undang Islam. Semoga kerajaan Islam pimpinan adinda mendapat restu sepenuhnya dari Allah UL Haq.

Seterusnya Ya Allah, redhai lah adinda kami Sultan Muhammad ke V utk negeri jajahan dan takluknya Serambi Mekah.

Wednesday, July 24, 2013

QUTBAH WIDA


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sunday, July 7, 2013

Antara Syiah, Sunni dan Bangsa

Oleh: Anai2NC



Berita tragedi rampasan kuasa di Mesir dan pembunuhan antara Syiah dan Sunni di Syria hari ini telah menjadi antara impak berita panas di dada akhbar tempatan juga luar negara. Pembunuhan dan persengketaan antara dua pihak ini sememangnya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah musuh-musuh islam akan tersenyum gembira tanpa perlu membuat apa-apa, itu ternyata pucuk perkara yang paling utama dalam pengaktifan pemikiran dalam konteks keterbukaan dan pemahaman .

Tetapi disini juga terdapat sedikit anjakan minda dari teratas kepada sedikit penurunan dimana titik keterbelakangan daripada moden ke pemikiran jahiliah. Bagi kami secara nyatanya musuh Islam hari ini bukan sahaja Amerika malah termasuk mereka yang songsang islamnya dengan pendokongan sistem sekular dan demokrasi tinggalan penjajah tanpa mengambil pendekatan dalam dua konteks iaitu agama dan hal kelompok persekitaran juga bangsa secara dasar tengah. Maaf jika dikatakan ia juga hampir kufur jika sedari asas kecil itu pun masih tidak mampu didalami dan menakulkan dengan baik.

Hari ini juga malangnya, ada pihak pula cuba menyamakan situasi yang berlaku pada dewasa kini iaitu kononya ia seakan sama seperti zaman siam dahulu dengan menambah agenda bangsa sebagai titik tolak sedangkan di zaman itu soal agama dan bangsa tidak menjadi isu kerana sistem pemerintahan khalifah Islam diterima pakai di seluruh nusantara Benua Siam. Benua bukan suatu peta kecil berskala rendah tetapi ia meliputi tanah darat dan air yang mempunyai keterbukaan yang besar.

“Maka pada tiap-tiap raja itu mengadakan ia perkerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu, dan pada majlis istana Raja Iskandar Zulkarnaian datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum” UUK,ms49

“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri Melaka pada zaman pubakala itu” UUK,ms88.

Dalam erti kata, zaman “pubakala” atau mengikut DBP sebagai “purbakala”, ianya adalah zaman dimana Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali dan semestinya sudah dikenali seantero sebagai “Siam Malacca”.

Sebagai pendapat daripada kami, tidak wujud sebarang persengketaan banyak mahu pun sedikit antara Siam Sunni dan Siam Syiah tetapi ini hanyalah retorik pihak yang taksub dengan sogokan persoalan bangsa dan kemudiannya meletakkan Islam di tempat kedua walhal Islam itu jauh lebih tinggi darjatnya (superior) daripada konteks penekanan kepada perkara bangsa itu sendiri.

Mereka juga menyangka islam datang selepas wujudnya melayu walhal Islam itu adalah agama Allah yg diredhai oleh Nya, yang wujud sejak azali lagi tanpa kompromi dalam apa jua situasi pun. Allah jugalah yang menjadikan semua bangsa untuk kita saling mengenal antara satu sama lain dan juga menjadi pembuka jalan bagi mengeratkan silatulrahim. Pada pendapat kami, Allah dan Islam adalah tempat tertinggi yang pertama dan terdahulu, kemudiannya baru datang manusia berbilang bangsa ini. Pendek kata, Allah itu Islam dan Islam itu Allah (bagi yang mengetahui).

Di Siam pada zaman dahulu dikatakan ada seorang ulamak bernama Sheikh Ahmad Qomi yang berfahaman Syiah. Kehadiran beliau telah dikaitkan dengan Iran dan kononnya Ayuthia itu berfahaman Syiah. Sheikh Ahmad Qomi ini dikatakan hidup sekitar tahun 1602. Baik,kita lihat sebuah keratan versi Thai ini;

“Sheikh Ahmad Qomi (Qummi) was born in 1543 in Paeene Shahar district of Qom (Qum), Persia. Bearing the title sheikh, Ahmad was highly educated and qualified in the teachings of the Islamic religious scriptures. He belonged to the Twelver Sect or Imami Shi'ism . The exact year that Ahmad came to Siam with his younger brother Muhammad Said, is disputed. Some sources stated 1602, other 1603 and 1605. Both brothers and their retinue set up their residential and trading quarters in Ayutthaya. The sheik married a Siamese woman named "Chuey" and got two sons and a daughter. The eldest son, was named Chun, the second one died at young age, while the daughter was named Chi. Ahmad's trading prospered and he became wealthy; increasing his influence at the court during the reign of King Ekathotsarot (r. 1605-1610/11).
http://www.ayutthaya-history.com/Historical_Sites_TombQomi.html



Makam Syeikh Ahmad Qomi yang telah disalah ertikan

Dalam pengkajian pensejarahan realiti pihak kami, Syeikh Ahmad Qomi adalah Sultan Madzaffar Syah ibni Tunku Mohammad Chan. Baginda juga bergelar Raja Mandalika dan nama baginda ada tercatat pada Batu Bersurat Terengganu. Baginda memerintah disekitar tahun 1300-1369 dan kelihatan ianya sangat berbeza dengan versi thai ini dimana tahun yang mereka nyatakan kelahirannya adalah pada 1543 dan keberadaan di Ayuthia adalah pada tahun 1602. Sungguh bercanggah.

Baginda membawa peralatan untuk membina Masjid dan di sana menanam pohon-pohon rhu. Masjid yang didirikan ialah Masjid Thon Sun Khlong Thei Bangkok bermaksud, Masjid Pokok Rhu Sungai Mengkuang Kuala Berhutan. Baginda mangkat pada tahun 1369 dan dimakamkan disana dan tempat baginda digantikan oleh putera baginda Khalifah Mad Azam Syah@Tunku Nazreen yg bergelar Ramesuan. Ramesuan inilah yang berkahwin dengan Ratu Iman Aceh Gusta Barubahsa.

Hari ini di Thailand soal syiah langsung tidak timbul. Hanya 10% sahaja masyarakat Islam Syiah di Thailand iaitu tinggalan keturunan pedagang- pedagang yang datang dari Parsi dahulu sahaja yang masih berbaki. Sekiranya angka peratusan melebihi 50%, mungkin kita tertanya- tanya dan sedikit hairan tetapi ini sebaliknya. Di sekitar Bangkok dan Ayuthia pula, hanya terdapat 10 masjid sahaja yang dikuasai oleh puak Syiah ini. Lebih pelik.

Untuk maklumat pembaca, puak Monggol telah pun menyerang Parsi demi menghancurkan Syiah sekitar tahun 1219-1221. Mereka membakar kitab- kitab lama puak Syiah ini. Sultan Madzaffar Syah ibni Tunku Mohammad Chan yang bergelar Syeikh Ahmad Qomi ini adalah menantu Maharaja China Yuan (Monggol) dimana beliau telah berkahwin dengan puterinya.

Monggol ini jugalah yang kemudiannya memerintah India. Tidak mungkin Zahiruddin Mohammad Bahadur Syah ingin berkahwin dengan Mahin Inta Tiral Tengku Nur Aisyah Begum ibni Sultan Rijaluddin sekirnya baginda tahu mereka ini Syiah dan yang paling penting di sini, orang Syiah tidak akan menamakan anak mereka dengan nama dan panggilan Aisyah serta Abu Bakar. Sehingga ke hari ini pun kita sudah sedia maklum.

Masalah sebenarnya timbul apabila ada pihak yang sanggup pergi ke Bangkok dan meminum air sami Buddha. Itulah punca pokok perkara dan ia bukanlah soal syiah atau sunni. Melayu dari rumpun siam jenis inilah yang sanggup meninggalkan tuntutan agamanya demi kuasa politik, wang dan harta. Pada ketika itu Undang- Undang Kedah adalah perlembagaan Benua Siam Kedah dan ia berkuatkuasa. Cuma ingin ditegaskan disini, disebabkan melayu jenis inilah maka mereka menjadi pengkhianat dan petualang agama secara tersurat dan tersirat. Melayu jenis ini jugalah sanggup mengahwinkan anaknya dengan Francis Light tanpa menukar ke agama Islam.

Hari ini, melayu jenis pengkhianat ini sudah mula terbentuk semula dalam diam. Mereka ini berjiwa sekular namun bertopengkan Islam, bercerita tentang Islam, bersolat cara islam sebenar tetapi secara tersirat dan sedikit tersurat telah nyata mengasingkan kehidupan seharian dengan Islam yang menjadi cara hidup secara khasnya. Mereka terlupa maksud “ad-din” itu sendiri kerana berfahaman sekular.

Mereka juga terlupa bahawa sebelum pemerintahan demokrasi hari ini, kita diperintahkan untuk menuruti dan mengikut perlembagaan Islam sepertimana tercatat dalam manuskrip Melayu Undang- Undang Kedah.

Dalam konteks hari ini, kita di Malaysia bebas dan tidak perlu ada pengakuan untuk menjadi melayu. Perlembagaan Common Law mengatakan asalkan sahaja beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu, maka melayulah individu tersebut.

Jadi disini, jika Mat Salleh (orang putih) berkahwin dengan Melayu dan kemudian mendapat anak, maka anak tersebut secara automatiknya dikategorikan sebagai melayu, negro berkahwin dengan melayu pun anak tersebut akan jadi melayu. Orang-orang Cina pula menggunakan istilah masuk melayu dan bukannya memeluk Islam.

Tidak hairanlah jika wajah melayu hari berbeza- beza dari satu negeri ke satu negeri yang lain kerana kebanyakkannya berkahwin campur atas dasar perlembagaan Islam sepertimana tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Kaedah ini telah menghasilkan ‘genes’ dan DNA melayu yang lebih baik, insyaAllah bagi generasi melayu yang akan datang yg mahu berfikir dan mendekati Islam.

Dalam penceritaan kisah putera Nabi Nuh, Almarhum Tuanku NaiLong Kasim tidak pernah menyebut lansung bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang menaiki bahtera Nabi Nuh yang bertempat di Gunung Jerai. Penulisan beliau yang ada dalam simpanan saya menyatakan, “Bangsa Siam wujud di zaman Nabi Nuh Alaihisalam. Siam bermaksud orang Islam dalam buangan ke Bukit Jodi Arakra”.

Jodi bermaksud, duduk selamat dan Arakra bermaksud, kasih sayang mendarat. Beliau tidak menyebut tentang melayu. Hanya sejarahwan sekular yang berkata tentang melayu kerana mereka membicarakan sejarah dalam konteks hari ini. Matlamat itulah yang menghalalkan cara, ada udang disebalik mee rupanya iaitu agenda untuk menonjolkan bangsa lebih dari ISLAM sebagai agama yang berjaya menyatukan bangsa. Sejagat.

Menurut beliau lagi, orang melayu berasal dari kawasan kaki Gunung Hi-malaya yang bermaksud, Hai melayu!. Kedudukkan ini hanya bersebelahan dengan Yunan sahaja. Disitu mereka mendengar kisah kebesaran seorang raja dan mereka menanti kedatangannya. Raja ini ialah Raja Iskandar Zulkarnian yg kemudiannya mereka gelar sebagai Chey-Na (China) yang bermaksud, Datuk Petunjuk.

Raja Iskandar Zulkarnaian inilah yang membina tembok besar negeri China yang pertama dengan bantuan makhluk yang Allah jadikan bernama Naga bagi menutup bangsa makhluk Yakjuj dan Makjuj ini iaitu pemakan manusia. Rujuk Al-Quran Surah Al-Kahfi.

Soal tuntutan pula kami berpendapat tidak perlu dibincang panjang lebar, kalau hidup sudah merasa makan nasi, semestinya lebih faham apa itu Qutbah Wida dan apa yang dinyatakan di dalamnya. Orang yang kemalangan pun membuat tuntutan insuran apatah lagi yang memahami kehendak wasiat baginda Rasulullah SAW dalam Qutbah Wida ini.

Tugas kami menulis sejarah akan tetapi dimana pengakhiran penulisan ini..dimana penghujungnya? Sedikit sebanyak kami ada halatuju yang baik dalam tuntutan agama dan tidak pernah terfikir di benak untuk apa jua keinginan yang salah seperti dambaan harta dan pangkat, tetapi perjuangan ini lebih kepada memulangkan yang sepatutnya kepada TEMPATNYA iaitu yang HAQ dan bagi mereka-mereka diluar sana dalam institusi “ke-raja-an” yang sebenar iaitu merujuk kepada pihak yang telah menyalahgunakan pangkat dan harta selama beratus tahun dan memakan harta serta tinggalan yang HAQ, fikirlah akhirat kelak, takkan sekelumit pun akan selamat. Tetapi yang mengetahui landasan HAQ itu dimana, pasti Allah akan bantu bagi memperlihatkannya dan menentukan jalan yang paling baik.

Apapun, tahniah kepada Almarhum Tuanku Nai Long Kasim (Alfatihah) kerana berani membuat tuntutan kepada Kerajaan Malaysia, menulis surat kepada Majlis Raja-Raja dan sultan-sultan negeri walaupun dikecam banyak pihak tetapi sekarang ini sudah ada bunga-bunga yang baik dari mereka. Syukur,Alhamdulillah.

Kenapa Almarhum berani membuat tuntutan? Kerana di dalam UUK,muka surat 30 dan 47 disebut bahawa gelaran “Paduka” itu ertinya saudara kepada Raja dan “Seri” itu keluarga kepada Raja. Gelaran apakah yang digunakan oleh kerabat diraja di Malaysia bermula dari digunapakai sehingga ke hari ini kalau bukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Seri Paduka Baginda. Jika mereka ini keluarga dan saudara kepada Raja, dimanakah Raja kita hari ini, Raja yang disebut sebagai Khalifah di Nusantara Benua Siam? 


Ingatlah, dizaman dahulu RAJA itu lebih BESAR dari sultan dan bukannya sultan lebih besar dari RAJA. Tidak akan sewenangnya Angkatan polis dan Angkatan Tentera meletakkan DIRAJA MALAYSIA sebaris dengan ayat yang telah digunapakai pada nama angkatan tersebut. Masih tidak nampak lagi?

Bagi kami, penyokong datang dan pergi. Kamu datang tidak diundang, kamu pergi tidak di usir. Allah lebih mengetahui nawaitu kamu sebenar walau asalnya suci dan berpendirian, mungkin itu permulaan untuk pencarian, tetapi bila berada di persinggahan dan persimpangan,dimana penemuan sahih telah kamu ketemukan, kamu jadi TERBIAR KOSAI, keseimbangan mulai kurang dan apapun, kelihatannya sekarang ini lebih menjurus kepada menegakkan BANGSA secara dasarnya tetapi PEMAHAMAN BAGI MENEGAKKAN agama Allah agak sedikit landai dari nawaitu asal, mungkin kami salah tapi itu yang terzahir di pancaindera kami yang ALLAH SWT berikan.

Kami telah mendedahkan sejarah realiti negara yang sebenar, dan bagi kami, sebarang perkara bakal membentuk zarah atau sebarang benda bakal membentuk atom sekalipun, pada kami biarlah Allah yang tentukan kerana kita akan BALIK kepada DIA juga pengakhirannya, wallahu’alam bisawab…


Ps: Wangi sungguh penjaga Istana Kuala Kangsar yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah. Hanya waris sahaja yang biasa bau wangian itu. Dah pernah tercium wangian itu ke?


Thursday, July 4, 2013

Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah



Bismillahhirrahmanirrohim,
Alhamdulillahirobbil' alamin, Alhamdulillahirobbil' alamin, Alhamdulillahirobbil' alamin.

Segala puji bagi Allah yang menguasai sekian ALAM. Pujian yang memadai nikmat-Nya yang selaras dengan kebaikan-Nya. Ya Allah Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji yang layak bagi keAGONGan dan kebesaran keKUASAan-Mu. Selawat serta salam semoga tetap dilimpahkan kepada junjungan kami, Nabi Besar Baginda Sayyidina Muhammad Rasul S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat semuanya.

Kami bersyukur ke hadarat Allah Subhanawataalla kerana dengan izin Nya juga Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah telah berjaya didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri oleh penyokong, ahli keluarga dan WARIS MUTLAK baginda.

Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini usaha-usaha murni untuk membersihkan nama baginda dan keluarga baginda, sejarah khalifah islam di Benua Islam Siam dan didalam lipatan sejarah negara, akan kami teruskan.

Sesungguhnya kami, adalah waris sebenar dari keturunan Raja Merong Maha Wangsa, dari Ahlul Bait dan kami memperolehi petunjuk dari Nya tanpa perlu tercari-cari mahu pun meminta-minta dengan sesiapa pun yang bernafas dan bakal merasai maut. Kami juga telah mula menulis mengenai sejarah Raja Merong Maha Wangsa semenjak blog ini dinaikkan ke alam maya pada tahun 2007 . 

Kami bukan dari keturunan Maharaja Debar (Debur) Raja yang kononya diislamkan oleh pak sheikh dari Arab tapi menggunakan gelaran Parsi. Kami juga bukan dari pihak yang menubuhkan persatuan tanpa waris mutlak menyertainya.

Sandaran kami ialah Manuskrip Melayu Undang-Undang Kedah yang telah diklasifikasikan sebagai sebuah karya Agong dan merupakan dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2005. 

Semoga Allah SWT terus memberikan petunjuk kejalan yang benar dan lurus, Amin.


Thursday, February 14, 2013

MAKAM TUAN HAJI SALLEH PENAGA DAN KHUN WARA WANGSA


Saya merujuk kepada blog yang tertera di bawah ini,



Tanpa prajudis kepada blogger diatas, saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Tokoh Sejarawan Kedah, Dato Wan Shamsuddin Mohd Yusof yang mengatakan makam Ulama Kedah, Tuan Haji Salleh Penaga terletak bersebelahan pejabat TDC di Alor Setar hari ini. Makam sebenar beliau berada di Lahak Kabot, Mukim Penaga. Haji Salleh atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Tok Perak mempunyai beberapa orang anak diantaranya Haji Zainuddin dan Haji Hamid. 

Haji Zainuddin berkerja dan meninggal dunia di Perlis dan jenazahnya dibawa balik ke Penaga untuk dikebumikan. Beliau boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Siam. Haji Hamid pula seorang guru agama menjadi imam di Lahak Tabut dan turut di simpan di tanah perkuburan yang sama. Haji Hamid membawa kepada Tok Lang Razak dan Pak Cik Sabri. 

Lahar Tabut, Penaga.

Untuk makluman semua, saya juga adalah generasi ke lima dari keturunan Haji Zainuddin bin Haji Salleh. Keluarga kami mempunyai geran tanah untuk membuktikan dakwaan kami selain dari kedua orang tua yang masih ada berusia 76 tahun yang sememangnya mengetahui perkara ini dan juga ahli keluarga yang masih ramai di Lahak Kabot, Penaga.Jadinya, jangan nak memandai buat cerita, puak kami dok ada lagi.


Carilah sendiri dalam kawasan tanah perkuburan ini.

Makam yang berwarna kuning bersebelahan TDC Alor Setar sebenarnya ialah makam Raja Jalil Putera bergelar Khun Wara Wangsa sepertimana tercatat didalam Manuskrip Melayu Undang-Undang Kedah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 2. Raja Jalil putera ini bergelar Khun Wara Wangsa. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Syah III, Marhum Kota Naga.

Makam Raja Jalil Putera@Putera Jalil Yaacob Syah  ibni Sultan Rijaluddin, bergelar Khun Wara Wangsa

Menurut sejarah Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah dikatakan hidup sekitar tahun 1650. Agaknya pihak mereka terlupa bahawa Muhammad Syah bukanlah sebahagian nama Sultan Rijaluddin tetapi nama ayahanda baginda.

Muhammad Syah ialah Sultan Muhammad Johan Syah III. Zaman baginda memerintah di sebut sebagai zaman Seri Johan Pahlawan (UUK ms10). Dalam sejarah Perak, baginda bergelar Tok Temeng dan makam baginda berada di Beruas bersebelahan dgn makam Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia (UUK,ms98). Jika kita teliti UUK, ms 10 perenggan kedua (diatasnya di sebut “…zaman seri Johan Pahlawan”) ada dicatatkan mengenai  bijih timah kerana itulah sumber perdagagan di zaman Tok Temeng@Sultan Muhammad Johan Syah III . 

Bagi kami, mana-mana catatan sejarah yg mengatakan Tok Temeng@Tok Temong adalah seorang wanita adalah karut sama sekali.

Dengan itu, nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (UUK ms 14) harus di interpretasikan  sebagai Sultan Rijaluddin IBNI Muhammad Johan Syah III. Kenyataan ini sekali gus menafikan bahawa pemerintahan baginda Sultan Rijaluddim ialah pada sekitar tahun 1650 masihi kerana Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran penuh) yang dimaksudkan dimuka surat 1, UUK adalah merujuk kepada Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman dan bukannya merujuk kepada Sultan Rijaluddin.

Baginda Sultan Mahmud Syah adalah Syah Alam Yang Maha Mulia yang mengarahkan agar UUK, "..suruh salin ambil taruh". Gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia tidak ada sangkut paut dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (sepertimana dakwaan seorang pencacai) yang hanya bergelar, Paduka Seri Sultan.

Gelaran Khalifatullah Akhirul Zaman bukan milik Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yg pernah memerintah Bandar Hilir dengan Sg Melaka nya selebar longkang besar sahaja. Memang selayaknya baginda dibunuh kerana sikap dan perbuatan diluar tabiinya itu. 

Sila lihat UUK, ms 98, Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah MASIH LAGI  MEMERINTAH pada tahun 1067 Hijrah bersamaan dgn tahun 1641, sedangkan Melaka Bandar Hilir telah ditawan Portugis pada tahun 1511. 

Dengan itu Sultan Mahmud Syah yang di maksudkan di ms 98,UUK adalah Khalifatullah Akhirul Zaman, Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah (bergelar Sri Su Tammaraja) ibni Nai Hisbu Muadzam Syah (bergelar Songtham Ayuthia). Sila rujuk salasilah 2 dan 3 dibawah blog ini.

Wednesday, January 2, 2013

Ayuthia Siam sebuah negara Islam


Ceramah Ustaz Zainul Asri

Perhatikan ucapan bermula pada minit yang ke 1:23

Akhirnya, ulama juga yang perlu bercakap mengenai sejarah Islam. Ulamak yang tidak ada imbuhan dan kepentingan duniawi melainkan menegakkan islam. Nak di harapkan sejarawan mahu pun pencacai, tak berani pula nk buka mulut, bimbang "shorru miss" atau tak dapat anugerah kelak nanti. Kalau ada yang berani pun yang jenis dah dapat imbuhan untuk menentang habis-habisan apa saja yang ditulis di blog ini.

Ingat sikit, mati tak tunggu tua, yg tua patut ingat lah, rumah dah kata pergi kubur dah kata mari. Imbuhan itu semua tidak ada "added value" pun di sisi Allah SWT, your datukship ke, ketokohan ke, means nothing to him. Yang penting, samada anda sebagai sejarawan ada ke tidak menegakkan kebenaran sejarah Islam dan Khalifah Islam di Nusantara Benua Siam ini. Kalau waris Ahlul Bait hari ini pun mereka masih nak ranapkan, siaplah kau nanti. Allah sentiasa merestui doa mereka yang dianiaya.