Friday, December 13, 2013

Undang-Undang Kedah - 2


Oleh Dato Mohd Ramalan Yunus
World Islamic Chamber of Commerce


Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan bukti yang cukup 'authentic' mengenai kewujudan
sebuah empayar Islam di benua timur ini. UUK juga menjadi satu bukti yang 'authentic' bahawa telahberlaku hukum syariat di benua timur ini.

Ia juga menjadi bukti bahawa setiap titisan darah yang mengalir untuk mempertahankan kedaulatannya adalah titisan darah para syuhada. Para syuhada yang terkorban kerana mempertahankan aqidah, khalifah dan watannya (ada pihak yang cuba menutup sejarah ini)

Dengan munculnya kembali UUK di negara ini maka sudah semestinya seluruh umat Islam di benua timur ini wajib mengambil tahu dan memahami apa yang sebenarnya tersirat disebalik kemunculannya? Dan apa pula semangat dan kewajipan yang turut dibawa bersama dengan kemunculannya itu?

Inilah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam dibenua timur. UUK bukan hanya sekadar satu dokumen sejarah. Malah ianya jauh lebih dari itu. Tuntutan dan kewajipan yang dibawanya cukup besar. Ia mencabar keimanan dan ketaqwaan kita sebagai umat Islam. Oleh itu kenalilah UUK. Mengenalinya adalah ibarat mengenali diri kita sendiri.

Menurut pendapat para ulamak, sesebuah negara Islam itu tetap kekal statusnya sebagai sebuah negara Islam biarpun ia telah dijajah. Statusnya hanya berubah menjadi NEGARA ISLAM YANG DIJAJAH.

Sebagai contoh negara Sepanyol yang dahulunya dikenali sebagai Andalusia. Semasa ianya dikenali sebagai Andalusia, Andalusia adalah merupakan sebuah negara Islam yang mengamalkan syariat Islam. Biarpun ia telah dijajah dan namanya ditukar menjadi Sepanyol namun ianya tidak mengubah statusnya sebagai negara Islam. Ia hanya berubah menjadi NEGARA ISLAM YANG DIJAJAH.

Begitu juga dengan apa yang terjadi kepada Empayar Islam Othmaniyyah yang berpusat di Istanbul. Apabila Khalifah Empayar Othmaniyyah yang terakhir ditumbangkan pada tahun 1924 maka para ulamak seluruh dunia sepakat mengeluarkan fatwa bahawa mulai dari saat itu maka tertanggunglah disetiap bahu kaum muslimin diseluruh dunia kewajipan untuk mengembalikan sistem Khilafah.

Fatwa para ulamak ini jelas menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam diseluruh dunia untuk mengembalikan sistem Khilafah. Dan kewajipan itu adalah kerana untuk mempertahankan aqidah umat Islam. Fatwa itu sesungguhnya terbukti benar apabila setelah kejatuhan Khalifah Islam Empayar Othmaniyyah para penjajah kafir laknatullah itu telah memetakan semula sempadan dunia. Banyak negara-negara kecil yang diwujudkan bagi melaksanakan dasar ' divide and rule ' mereka.


Adakah anda pernah menentang dan menolak manuskrip Undang-Undang Kedah, menghina waris mutlak Almarhum Tuanku Nai long Kasim dahulu. Cermin-cermin lah diri anda kerana adat istiadat dan kisah raja-raja yg bergelar Khalifah bukan aras anda untuk dipertikaikan. Andalah proksi penjajah yang beminda sekular dan menolak sejarah Khalifah Islam. Tak perlu pun pengiktirafan dari anda jika anda mahu menentang, keredhaan Allah lebih utama berbanding anda.


Negara-negara kecil ini seterusnya diikat didalam satu gagasan yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan yang diasaskan untuk menjadi pemerintah tertinggi kepada negara-negara yang khususnya telah diwujudkan oleh mereka. Ianya adalah sebuah pertubuhan yang didalam perlembagaannya ditulis secara jelas tidak mengikhtiraf kekuasaan yang lain selain dari kekuasaan PBB.

Perlembagaan PBB ini dengan terang dan jelas telah menjadikan setiap negara yang menganggotainya menjadi kafir kerana takluk kepada perlembagaan PBB yang jelas menentang kekuasaan Allah SWT.

Negara-negara kecil yang dulunya adalah merupakan wilayah-wilayah Islam telah dikafirkan secara halus oleh para penjajah dengan cara menekan dan mengikat mereka didalam PBB.

Oleh itu dengan fatwa para ulamak dunia serta dengan segala bukti yang terang dan jelas didepan mata maka setiap umat Islam wajib mengadakan perlawanan dari segenap penjuru dan dengan segala macam cara bagi mengembalikan sistem pemerintahan Islam.

Umat Islam juga wajib memberikan perlawanan pada setiap masa kepada para penjajah kafir laknatullah dan proksi-proksi mereka biarpun hanya sekadar memberikan perlawanan secara ideologi. Ini penting bagi memelihara kebenaran dan kesucian Islam serta bagi memelihara aqidah setiap umat Islam itu sendiri.

Tunduk menyerah dan patuh kepada penjajah akan hanya mengakibatkan aqidah seseorang umat Islam itu menjadi rosak dan batal. Inilah hakikat yang wajib difahami oleh seluruh umat Islam.

No comments: