Thursday, September 6, 2012

WANGSA ITU HARIMAU MALAYA




Salam hormat kepada semua pengkaji sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Kami harap saudara pembaca sekalian berada dalam peliharaan Allah SWT hendak Nya. Dalam masa beberapa bulan ini banyak perkara yang berkait dengan sejarah Kedah dan Benua Siam (bukannya negeri Siam) sepertimana  maklumat yang tertera dalam blog ini telah mula hangat di perbincangkan dikalangan penulis dan pengkaji sejarah, Alhamdulillah, syukur.

Ada pembaca yang dapat menerima fakta sejarah dan ada yang menolaknya bulat-bulat. Ada juga yang menolak kerana ada kepentingan, sanggup dibeli dan di bodek dengan bermacam-macam anugerah dunia agar menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Yam Tuan Sharif Syah (tak ingat nk mati ke, DWS?).

Ada juga yang sanggup menyokong mereka-mereka yang bimbang akan hilang kepentingan walaupun mereka tahu hakikat sejarah realiti. Ada yang bijak dan menerima sebagai pecambahan ilmu sejarah yang harus di rekodkan untuk generasi akan datang, walaupun kami tahu mereka tidak bersetuju sepenuhnya.

Yang peliknya, ada yang masuk campur berlebihan sangat tanpa tahu ekor kepala.

Bagi yang bersusah payah membongkar semula sejarah bangsa melayu dari etnik Siam Islam ini kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah berserta saudara/i dalam menempuh dugaan yang bakal menyimpang, amin.

Jika kita lihat situasi hari ini, betapa beruntungnya mereka yang kini berada diatas takhta kekuasaan sebagai raja-raja negeri kerana mereka tidak perlu membuktikan apa-apa, sedangkan pihak waris Yang Di Pertuan Kedah terpaksa mencari kembali bukti-bukti sejarah silam.

Bukanlah menjadi kegemaran kami untuk mendedahkan aib sesaorang, malah tak suka pun tetapi kami terpaksa bertindak sebegitu untuk membuktikan kewujudan sejarah realiti yang telah dipadamkan.

Dalam usaha itu, kami menerima komen-komen yang mencaci malah dipermainkan dengan kata-kata sindiran, sebagai pembalasan dari mereka. Alhamdulillah, agaknya mereka terlupa selama 133 tahun keluarga Yang Di Pertuan Kedah dihina, dicaci, diusir, dan dibunuh. Musuh Islam ini membunuh keturunan termasuk ibu yg mengandung dan bayi dalam buaian. Hak-hak mereka dinafikan, harta benda, tanah-tanah dirampas dan sejarah mereka di ghaibkan sehinggalah manuskrip melayu Undang-Undang Kedah dipulangkan dan diterbitkan pada tahun 2005 baharulah boleh kami mendedahkan sejarah realiti.

Pewaris kepada kesultanan hari ini telah tunduk kepada penjajah Thai dan Inggeris, megenepikan agama islam hanya untuk mereka mendapat tampuk kuasa sepertimana hari ini. Ini buktinya.

Nasib baik hari ini kita masih Islam(klik untuk besarkan).


Siam yang dimaksudkan disini ialah bangsa Thai Buddha yang telah menjajah negeri Siam islam bermula dari tahun 1767 tetapi masih menggunakan nama negeri Siam. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam itu kepada Thailand (tanah thai), sempena nama bangsa mereka, Sukho-thai. Mudahnya, Siam itu islam dan thai itu Buddha.


Malangnya, ada juga diantara mereka-mereka ini yg telebih kuah dari nasi kerana salasilah keluarga sendiri pun mereka tidak tahu tetapi sanggup komen salasilah kami bagai nak rak. Syukur Alhamdulillah, begitulah ketentuan illahi, bukan senang memperjuangkan sejarah islam, undang-undang islam yang ditinggalkan oleh nenek moyang terdahulu.  Yang pastinya, sesiapa yg menegakkan semula sejarah khalifah Islam ada ganjarannya dari Allah SWT di akhirat besok.

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (At-Taubah 41)

Ada pula diantara mereka yang mengatakan apalah yang ada pada nama. Lupakan saja tuntutan kepada kerajaan dan pihak berwajib. Biarkan yang sudah itu berlalu. Nasihat yang kami kira bagus tapi tak bertempat, dan jahil hukum agama Islam . Sekiranya tidak ada apa pada nama, sila tukar je nama tanah, nama pada apa-apa geran kepada nama kami dengan rela hati. Biar kami lelongkan dan sedekahkan kepada sekolah agama rakyat, sekolah pondok yg dhaif dan sangat-sangat memerlukan bantuan. Kuasa yang ada pun serahkanlah balik, mengikut kehendak Qutbah Wida. 

Walaupun perisian blog ini tidaklah sehebat mana, namun ia telah berjaya membuka lembaran baru penceritaan semula sejarah negara melalui wasiat. Sesiapa yang mempertikaikan wasiat, silalah rujuk tuntutan agama islam mengenai wasiat. Almarhum Tuanku Nai Long Kasim juga mewasiatkan kepada waris-waris yang hampir dengannya, bahawa penggantinya kelak sebagai Tuanku Nai Long Muhammad Zaki. Kami tunaikan wasiat itu.

Pada masa yang sama, ada pula pihak yang mengatakan hanya 70% sahaja penulisan diblog ini yang boleh diterima pakai. Mereka lupa bahawa sepatutnya, penceritaan semula sejarah haruslah diterokai oleh mereka disebabkan merekalah yg bergelar pakar, dikatakan berkelayakkan dalam bidang sejarah, akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Namun mereka tidak memilih untuk berjaga-jaga kerana tulisan mereka sudah cukup untuk membuktikan perasaan tidak puas hati mereka terhadap penulis-penulis diblog ini. Dulu kami pernah memaklumkan kepada Almarhum situasi ini dan beliau merasa sungguh kecewa dengan sindiran mereka namun tetap yakin bahawa suatu hari, sejarah realiti akan tersohor juga. “Kita tak baca lagu tu, biag p kat depa, depa tak terima  wasiat lagu kita, mereka tidak ada UUK lagu kita” antara ungkapan yang sering digunakan Almarhum.

Sebenarnya, kami tidak mengharapkan penghargaan dengan penilaian 70% itu. Terima kasih sajalah. Yang kami harapkan ialah agar saudara/i bersama memperjuangkan sejarah negara yang dipendamkan oleh penjajah Inggeris dan penjajah thai dan kini, oleh tali barut mereka dapat di ketengahkan semula. Rugilah sejarah Melayu jika skopnya dikecilkan, setakat nusantara sahaja atau lompat ke Kemboja tanpa melihat kepada Benua Siam. Sepatunya berbaik-baik sangkalah dahulu, jangan terpengaruh dgn agen-agen mereka yang menyamar sebagai Melayu dan cuba menulis sejarah negara kita dengan versi mereka.

Namun ada pengkaji sejarah yang sanggup turun ke Kedah utk berjumpa dgn Almarhum TNLK, selepas sembahyang jumaat, berjumpa dan berbincang dan balik ke KL pada malam itu juga. Katanya gerak hati begitu kuat sewaktu bersembahyang jumaat. Beruntunglah beliau dapat mengenali Almarhum semasa hayat Almarhum masih ada.

Yang asyik membantah, pergi sana sini makan angin sambil ambil gambar tanpa apa-apa keputusan mcm kelab fotografi sekolah, terlepas peluang untuk merekodkan maklumat apatah lagi untuk berkenalan dan beramah mesra. Tak ada habuanlah. Sementara itu sedekah Al Fatihah saudara/saudari  kepada Amarhum, kami dahului dengan ucapan terima kasih, sebagai tanda ingat dan tanggungjawab kita sesama islam.

Almarhum Tuanku Nai Long Kasim sewaktu bercakap berkenaan sejarah tidak merujuk kepada mana-mana buku sejarah, seolah terkhatam di ingatan. Komputer dan internet memang almarhum tidak tahu dan tak ada pun dirumah, beliau tulis tangan dan minta orang lain tolong taipkan.

Kami masih ingat, sewaktu Almarhum bercerita tentang Zahiruddin Bahadur Syah, almarhum menyebut nama Tunku Aisyah yg merupakan permaisuri beliau. Tunku Aisyah adalah anakanda Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah telah di kahwinkan dengan Zahiruddin oleh ayahandanya. Apabila kami membuat siasatan, memang sah ada nama tersebut dan dikenali sebagai Aisyah Begum.

Seterusnya, Almarhum pernah mengatakan sejarawan Kedah dan ruangan Pendahuluan dalam UUK telah melakukan satu kesilapan apabila meletakkan zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai sekitar tahun 1650. Nama sebenar beliau, Sultan Rijaluddin Mohammad Syah telah ditafsirkan sebagai satu nama pada hal nama baginda ialah, Sultan Rijaluddin IBNI Muhammad Syah. Nama sebenar ayahanda baginda ialah Tunku Mohammad Chan bergelar Sultan Muhammad Syah III, dalam UUK, ms 10 sebagai Seri Johan Pahlawan dan di ms87, sebagai  Johan Berdaulat zilullahu fil’ Alam.

Sultan Rijaluddin bersemayam di Kota Naga dan bergelar Parameswara Melaka dan sejarah Melaka bukan berlaku di Melaka Bandar Hilir tetapi di Kota Kuala Kedah yang dibina Portugis. Tunjukkan kepada kami di mana istana dan tapak Sultan Melaka jika ada tinggalannya.  Dakwaan yang salah? Menarik bukan? Silalah buat kajian semula. Selidik juga siapa itu Pastor John dan bagaimanakah tulisan jawi utk Johan (yg menjadi John). 

Seterusnya sewaktu Almarhum Tuanku Nai Long Kasim bercerita tentang Po Chan yang pernah menjadi Raja di Kemboja Cempakasari. Pochan @ Koya Long ini adalah anakanda kepada Sharif Abu Bakar Syah. Sewaktu Syarif Abu Bakar Syah menjadi raja di Ayuthia baginda menggunakan gelaran Boromoraja Ekataat V. Sewaktu baginda  memerintahlah, Ayuthia di serang oleh puak Sukhothai Buddha dalam tahun 1767. Dalam sejarah thai mengatakan mayat baginda tidak ditemui, ada yang kata baginda jadi sami. Kisah sebegini hanyalah fitnah untuk menghalalkan pemerintahan Rama I yang beragama Buddha ketika itu. (Di Thailand, mana-mana ulamak dikira sebagai sami atau "monk", termasuk ulamak beragama islam)


Salasilah Wasiat Tuanku Nai Long Kasim muka 4, menunjukkan nama Koya Long yang bergelar Po Chan di Kemboja Cempakasari, gelaran sewaktu baginda memerintah disana dahulu sebelum diserang tentera thai. Beliau kembali ke Kedah dan ayahandanya melanti baginda menjadi raja di Kuala Kangsar bergelar Sultan Mudzaffar Syah III. Dalam sejarah Kedah baginda juga di gelar Putera (kepada) Raja Ligor.

Berbalik kepada kisah PoChan diatas, Almarhum menceritakan Po Chan kembali bersama pengikutnya ke Kelantan dari Kemboja Cempakasari. Puas kami mencari maklumat ini sehinggalah kami membuat “cross reference”, kami terjumpa dalam satu website dimana nama Po Chan itu di eja,  Po^Chan, telah kembali bersama pengikutnya ke Kelantan. Jika kita teliti juga, gelaran Koya dan Po Chan adalah gelaran yang digunakan oleh pembesar di Kemboja. Dengan sebab itulah juga, "Cempakasari Sejarah Negeri Perak" mengambil nama dari Sultan Muzaffar Syah III yang pernah menjadi pemerintah disana. Orang Cham islam disana hari ini adalah merujuk kepada Cham-Pakasari itu (dgn ejaan lama).

"During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champa were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô  Ch½n, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham"http://sheikyermami.com/2009/02/07/islam-in-laos-cambodia-vietnam/ Petikan diatas dengan ejaan lain pula dan juga disini, http://bdeen.blogspot.com/2008/12/cham-people.html .

Semasa bersemayam di Kuala Kangsar ayahanda baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah melantik baginda sebagai Datuk Bendahara.

“Maka telah sudah muafakat Datuk Bendahara (Po Chan Koya Long Sultan MuzaffarSyah III) dan Datuk Paduka Maharaja (Koya Nai Chau Abu Kasim Megat Manja) dan Datuk Ku Raja Cenak (Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang) dan Datuk Paduka Raja (Koya Fai Megat Iskandar) dan Datuk Seri Raja Putera (Tengku Long Putera) dan Paduka Seri maharaja Jalil (Koya Ngah Megat Teraweh) dan hakim-hakim dititahkan, adat inilah dipohonkan titah Yang Maha Mulia dikepala surat ini.” UUK,ms43.




Masih ada tercatat nama baginda pada nama tempat

Sebaik tiba disini, Po Chan atau Koya Long ini dilantik oleh ayahanda baginda, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah ketika itu untuk menjadi raja di Perak bergelar Sultan Mudzaffar Syah III merangkap Datuk Bendahara.

Dengan gelaran yang sama jugalah baginda menggantikan ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah setelah Syarif Abu Bakar Shah dibunuh oleh tentera Thai atas arahan Raja kafir Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Baginda menggunakan nama Sultan Muzaffar Syah III kerana baginda tahu baginda adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I.

Makam baginda Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Syah I terletak di Kg Langgar, Lembah Bujang,Kedah. Kisah yang mengatakan bahawa makam ini adalah malam Maharaja Debar Raja dalam Al Tarikh SALAH-silah Negeri Kedah hanyalah kisah yang debar-deburkan oleh raja pemfitnah yang minum air sami bagi menghalalkan pemerintahannya sahaja.




Gambar Istana Negara di Kuala Kangsar sekitar tahun 1897. Istana Negara atau Istana NAGA-ra?


Sebelum tahun 1930an terdapat sebuah istana yang dinamakan Istana Negara di Kuala Kangsar, Perak. Dari pengamatan kami, Istana ini menggunakan senibina Siam dan ia kelihatan seperti senibina Cina. Malangnya istana ini telah dirobohkan  dan didirikan sebuah  istana baru iaitu Istana Iskandariah. Persoalannya kenapa istana Negara berada di Kuala Kangsar? Bukankah Istana Negara sepatutnya berada di Lembah Kelang? Lagipun pada masa itu, siapakah negarawan yang bersemayam di Istana tersebut?

Kami berpendapat inilah istana Sultan muzaffar Syah III yang menggantikan ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah sebaik sahaja ayanda baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah mangkat di bunuh tentera thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Yang Di Pertuan Kedah ialah Yang Di Pertuan Agong kita dahulu dan hari ini sultan-sultan yang waris mereka dahulu tunduk kepada penjajah Inggeris dan thai, bergilir-gilir memegang jawatan ini seperti rumah tidak bertuan. Amat bersesuian jika Istana Negara berada di Kuala Kangsar ketika itu dan tujuan ia dirobohkan adalah bagi menutup tinggalan bukti sejarah YDP Kedah di Perak yang masih ada.



Makam Koya Long@Po Chan Sultan Muzaffar Syah III Perak di Kedah. Lihat batu nisan yang sengaja dipatahkan oleh pihak yang ingin menutup sejarah.


Sejarah Perak hari ini di manipulasikan sebegitu rupa sehingga hilang pertaliannya dengan Kedah. Nama Megat Traweh pula timbul dalam dua abad iaitu abad ke 15 dan abad ke 17. Long Jaafar dikatakan hanyalah seorang pembesar yang menjumpai bijih timah, jadi faham-faham saja lah.

Usah bertanya kepada kami kenapa salasilah di Perak terjadi sebegitu rupa kerana kami hanyalah pemegang wasiat sejarah realiti. Namun begitu, nama Syarif Abu Bakar dan nama anakandanya masih ada tercatit dalam buku Cempakasari Sejarah Perak dimuka surat 140. Nama-nama mereka di sebut dalam sejarah Perak kerana Perak dahulunya sebahagian dari Kedah.  

Bukan itu sahaja, di muka surat 34-43, tercatit, Adat Raja Johor dengan fasal-fasal tertentu dan lebih jelas lagi di ms 36 berkaitan Adat Raja Johor tercatat,"Pada adat raja-raja di benua Siam gelar demikian bahasa Siam Cau Phaya Kersan (teks jawi)”.

Ini bermakna jika di sebut undang-undang ini berkuasa hingga ke Johor, sudah pasti Johor bernaung di bawah naungan  penguasa yang sama. Hairan sungguh bila teks jawi digunakan untuk mengeja bahasa Siam, itu pun pengkaji hari ini masih tak jelas. Kerap-kerap lah melakukan solat hajat dan istiqarah, semoga beroleh petunjuk dari Nya.

Friday, July 20, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA juga katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

Bersyukurlah kita kehadrat Allah SWT kerna dengan izin Nya dapatlah kita menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan baraqah ini sekali lagi.  Sesungguhnya,  tiada bulan seindah Ramadhan, tiada kata seindah zikirullah. Semoga kita semua sentiasa beroleh kejayaan dalam meniti ujian kesabaran dari Nya,  amin.

MARHABAN YA RAMADHAN.

Saturday, May 26, 2012

AL FATIHAH

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Adalah dimaklumkan bahawa Yang Mulia Tuanku Nai Long Kasim ibni Tuanku Nai Long Ahmad, Waris Mulak Yang Di Pertuan Kedah dari jurai Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah kembali ke rahmatullah sebaik saja menunaikan solat Maghrib pada 25 Mei 2012.

Aruah pada usia 75 tahun masih kelihatan sihat dan petang semalam, membantu kerja-kerja di sekeliling rumah. Aruah mengadu sakit belakang sebaik selesai solat maghrib, batuk beberapa kali dan menghembuskan nafas terakhir diatas tikar sembahyang disisi isteri nya.

Blog ini ingin mengucapkan terima kasih diatas ucapan takziah dari Waris-waris Tunku Long Putera Syah ibni Sultan Muhammad Jiwa II, Waris-waris Tunku Nik Chik, Waris-waris Datuk Awang Osman, Warisan Tok Cepoh dan Tok Bidan Susu Lanjut, Waris-waris Kebangkitan Kesultanan, Waris-waris Kesultanan Nusantara, Majlis Silsilah Tok Ku Kedah/Perlis dan semua sahabat handai, penyokong yang dikasihi dari jauh dan dekat.

Begitu kental hatinya sehinggakan beliau berjuang menegakkan kebenaran sejarah yang telah diwasiatkan kepadanya sehingga ke nafas yang terakhir.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, aminn...

Thursday, February 2, 2012

RAJA DAN SULTAN

Raja berperlembagaan adalah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berpelembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua Negara. Ini bermaksud Raja hanyalah ketua simbolik di dalam rangkaian eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan sesebuah negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil "absolute monarchy".

Di Malaysia, begitu pentingnya istilah raja ini hinggakan ia juga merangkumi kehidupan seharian masyarakat setempat dan juga pada nama-nama tempat seperti Parit Raja, Istana Raja, Jalan Raja, Masjid Raja, Bendang Raja, Bukit Raja dll. Pasukan keselamatan kita turut juga menggunakan istilah raja seperti Polis Di Raja Malaysia, Tentera Udara Di Raja Malaysia dll. Adakah ada kemungkinan dimasa depan akan diadakan Parit Sultan, Bukit Sultan atau Polis Di Sultan Malaysia sebagai satu kaedah menutup sejarah khalifah Islam, kita tunggu dan lihat..

Kenapakah istilah Raja ini begitu penting dalam negara kita? Kenapakah tidak disebut sultan sedangkan sultan merupakan gelaran bagi setiap monarki (kecuali Perlis) di Malaysia hari ini. Dalam sejarah kita, Raja Iskandar Zulkarnain pun digelar raja, bukannya sultan. Lebih mudah utk kita fahami, Raja itu bermaksud “King” dan bukanya Sultan seperti gelaran yang digunakan pada hari ini.

Manuskrip Melayu “Undang-Undang Kedah”, sebuah manuskrip melayu yang tidak diedit, dirampas oleh Inggeris dan di pulangkan sekitar tahun 2003 lalu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005 mempunyai interpretasinya yang tersendiri,

“ Fasal pada menyatakan faedah raja-raja di dalam negeri. Maka tiap-tiap raja itu mengadakan ia perkerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu dan pada majlis istana Raja iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang..” UUK,ms49.

Jelas di zaman UUK ditulis, apabila disebut raja-raja didalam negeri seperti diatas ia bermaksud banyak dan mereka ini menyediakan peluang perkerjaan untuk Khalifah yang memerintah. Raja-Raja yang memakai gelaran Paduka Seri Sultan hanyalah raja kecil atau raja daerah sahaja dan menjadi penghulu kepada Khalifah. Gelaran Khalifah adalah khusus untuk Raja yang lebih besar tarafnya dan memerintah sebuah negara Islam. Hari ini, contoh gelaran Paduka Seri Sultan hanya digunakan di Negeri Perak dan Brunai namun negeri-negeri lain sudah menggugurkan gelaran Paduka Seri ini.

Raja yang mutlak disebut sebagai Raja Maha Besar dan pada ketika itu memakai gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia dan sebaik jatuhnya negeri Siam Islam kepada ketua pemberontak General Thaksin dengan bantuan puak Sukhothai Buddha dalam tahun 1767, gelaran itu ditukar kepada Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia sepertimana tercatat dalam UUK,ms 43.  Dengan sebab itu, dalam membicarakan adat istiadat pertabalan raja, bentara berkata,

"Titah Duli Yang Di Pertuan, Datuk Bendahara titah dipanggil dan Maharaja titah dipanggil. Lepas itu segala datuk-datuk titah di panggil". Maka sakelian menteri hulubalang itu menjawab kata bentara,"Daulat Tuanku" lalu naiklah masing masing duduk pada tempatnya." UUK,ms33

Sejarawan sepatutnya mencari penjelasan siapakah yang dahulunya memakai gelaran ini (sepanjang 6 tahun UUK di terbitkan oleh DBP) dan bukannya mempertikai mana-mana waris yang masih ada. Fakta dalam UUK jelas di depan mata namun masih ada mereka yang buta sejarah, menolak manuskrip Melayu UUK apa tah lagi utk berusaha, mencari dan mengkaji. Pengkaji sejarah sekadar hanya mencungkil semula bukti-bukti yang ada untuk kita semua renungkan bersama. Bukan sejarah bangsa sahaja yang penting, sejarah islam pun penting juga.

“Maka adat ini daripada raja dahulu sampai pada marhum maka turun temurun pada Datuk Besar, turun kepada Datuk Seri paduka, turun kepada Datuk Maharaja Encik yusuf, dikurnia Paduka Marhum mambang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurnia pada Datuk Paduka Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Inilah keturunan gelar menteri, pegawai, hulubalang adat raja-raja yang sudah dahulu-dahulu itu di peraturkan; pertama gelar paduka itu ertinya saudara kepada raja dan gelar maha itu di dalam kitab Allah taala besar maknanya dan gelar Seri itu ertinya keluarga kepada raja dan gelar Raja itu ertinya sahabat kepada Raja dan gelar Tun itu ertinya sejamu dengan raja dan gelar Sang itu ertinya si anunya aku beri nama, enam jenis inilah keturunan gelar. Akan kweng itu ertinya anjing pada raja. Kepala segala paduka itu Paduka Raja. Akan Datuk Bendahara itu tidak di masukkan kerana ia tunggal seorangnya.” UUK,ms47.



Bergelar Paduka Seri Sultan..

Seterusnya,
“Inilah keturunan gelar menteri pegawai hulubalang adat raja-raja yang sudah dahulu itu. Peraturannya, pertama-tama di gelar “paduka”, ertinya saudara pada raja dan gelar “Maha” itu didalam kitab Allah taala besar maknnya dan gelar “seri” ertinya keluarga kepada raja dan di gelar ini ertinya sahabat pada raja dan kalutan itu ertinya sejamu pada raja dan gelar “sang” itu ertinya si anu. Aku beri nama enam jenis inilah keturunan gelar. Akan kweng itu ertinya anjing pada raja dan nadil itu orang pada raja” UUK,ms30

Maksud saudara dan keluarga kepada raja ini besar maknanya bagi mereka yang memahami soal kekerabatan. Ingatlah, bukannya raja itu keluarga kepada paduka tetapi paduka itu keluarga kepada raja, begitulah juga gelaran seri yang bersaudara dengan Raja. Dari segi hairaki, kita tahu siapa yang lebih besar di sini. Dengan sebab itu, Ahmad Tajuddin Halim Syah ketika mengadap Raja Maha Besar ke Benua Siam hanyalah bergelar Paduka Seri Sultan (UUK,ms 27). 

Persoalannya, jika hari ini mereka bergelar Paduka Seri atau Seri Paduka dan mereka ini saudara dan keluarga kepada Raja, dimanakah Raja kita hari ini? Kenapa mereka bergilir-gilir memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong ibarat Malaysia ini sebuah rumah yang tidak bertuan?

Anehnya hari ini, bangsa kweng dan tandil ini pula yang terlebih kuah daripada nasi. Mungkin mereka terlupa asal usul mereka, namun kita ingatkan mereka kembali,

“Demikian lagi seperti yang bangsa raja itu, jika miskin sekali pun dipertengku dan di perpatik juga; maka duduknya pun keataslah kerana ia bangsa raja.”

Hati mereka yang ditutup oleh Allah swt biasanya akan menolak apa bentuk fakta dan alasan sekali pun, lebih-lebih lagi yang mana mereka anggap menentang arus sedia ada hari ini. Mereka sangkakan soal agama dan sejarah itu terpisah, soal kekerabatan dan kedaulatan itu perkara remeh kerana bagi mereka raja yang tidak berkuasa tidak dapat mengapa-apakan mereka dan mereka boleh campur tangan dan mengatakan apa saja sesedap mulut mereka ingin berkata-kata. Tidak mengapa, sedikit pun para waris tidak terjejas, Allah kan ADA.

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).
Al-Anfal: 22

Disebabkan akal, manusia menjadi bodoh. Ditambah pula dengan pekak dan bisu cukuplah sifat mereka. Antara fakta dan petunjuk Allah mereka asingkan dalam pengkajian, lalu pening lah mereka.Perkataan “maha” yang disebutkan diatas maksudnya besar dalam kitab Allah Taala. Persoalannya Raja Maha Besar yang manakah Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pergi mengadap pada tahun 1802 itu. Yang kami pasti, Raja Maha Besar itu beragama islam dan baginda ialah Syarif Yang Di Pertuan dan pada ketika itu bersemayam di Istana Kota Mengkuang berhampiran Bandar Darulaman sebelum dibunuh tentera musuh pada tahun Musuh Bisik 1821.

Kita juga tahu bahawa baginda Yang Di Pertuan Syarif Syah berkuasa penuh sekitar tahun 1779 sepertimana tercatat dalam UUK,ms 43 dan bagindalah yang melantik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah sebagai Tengku Laksemana kerana Ahmad Tajuddin Halim Syah adalah cucu saudara Yang Di Pertuan Syarif Syah dari isteri bukan gahara Sultan Mohd Jiwa, Perdana Menteri Kedah ketika itu. Tidak perlu untuk kita mengagungkan seorang raja yang kafir jika ia menggunakan gelaran Maha sekali pun kerana ia bukan beragama islam.

“Dan, kebesaran syarif dan menteri pada masa membaca surat utusan duduknya diatas panglima negeri. Pada masa itu ialah raja” UUK,ms42.

Raja Maha Besar ke Benua Siam di sebut di muka surat 28 lantas penjelasannya dapat dilihat ms45 fasal aturan duduk di balairong seri.

“..jikalau asal menteri khas bergelar Seri, jikalau asal menteri am bergelar Paduka, sama tara duduknya. Jika bergelar maha menteri am sama tara (duduknya) dengan menteri khas (tapi) bergelar raja”.

Contohnya, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Raja Kuala Muda, hanyalah bertaraf menteri bukannya sultan. Ini dapat dilihat dalam UUK,ms 15 dimana disebut Raja Pattani, Raja Perak, Raja Ligor, Raja Merdelang, dan Raja Singgora. Jelas, dizaman dahulu gelaran Paduka Seri Sultan dan diikuti dengan nama mereka adalah raja daerah bertaraf menteri dan bukannya Sultan Kedah. Tujuan Yam Tuan Syarif disebut sebagai Raja Ligor dalam sejarah Kedah selama ini adalah untuk menutup taraf kebesarannya dan kewujudannya.

Memang mudah mengatakan biarkan sejarah yang lepas berlalu pergi namun, akuilah dulu peranan Syarif Yang Di Pertuan Kedah (juga disebut Yamtuan) dalam Sejarah Kesultanan Kedah. Elok juga mereka ini sekiranya mengaku beragama Islam menyemak semula apa itu Khutbah Widak.Lagi pun umur semakin meningkat, apa salahnya memperjuangkan sejarah Khalifah islam, pahala pun dapat, keredhaan Allah pun dapat, melainkan mereka ada agenda tersembunyi.