Friday, December 13, 2013

Undang-Undang Kedah - 1

Oleh Dato Mohd Ramalan Yunus

Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan perlembagaan Nagara Kedah yang di asaskan oleh Raja Merong Mahawangsa. Cucu kepada Maharaja Benua China iaitu Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Raja Merong Mahawangsa telah datang ke Tanah Semenanjung dengan membawa watikah (Kedat dalam bahasa Siam) dari datuknya untuk dijadikan Raja besar dibenua sebelah sini. Baginda telah membangunkan kerajaannya dikaki Gunung Jerai.

Baginda telah membawa bersamanya adat istiadat dan upacara-upacara kebesaran Raja-raja yang di warisi dari Raja Iskandar Zulkarnain. Adat istiadat inilah yang seterusnya diwarisi dan diamalkan sehingga kehari ini oleh Raja-raja Melayu diseluruh nusantara.


Segala adat istiadat, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang diguna pakai telah ditulis oleh cucu Raja Merong Mahawangsa iaitu Saidina Ali Wa Maulana Ibni Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir (juga bergelar Maharaja Podiset@lelaki yg terbaik yang membuka Negeri Siam Lancang ) .yakni anakanda Raja Merong Mahawangsa.

Teks UUK ini telah di tulis pada tahun 222 Hijrah bersamaan dengan tahun 837 Masihi ketika baginda Saidina Ali Wa Maulana menjadi Raja di Aceh.

UUK ini telah dijadikan perlembagaan sehinggalah kepada zaman Khalifah Nusantara yang terakhir iaitu Tuanku Syed Long Jaafar, Yang Di Pertuan Kedah yang telah dibunuh dengan kejam di Gurun pada tahun 1876 oleh tentera Sukhothai dengan bantuan pembesar-pembesar yang telah mengkhianati baginda.

Setelah Sultan Abdul Hamid Halim Syah II Ibni Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dilantik menjadi Sultan Kedah oleh Raja Thai pada tahun 1881 maka bermulalah era Kedah baru yang lebih dikenali sebagai Negeri Kedah Darul Aman.

Manuskrip UUK ini telah dibawa ke England dan disimpan di perpustakaan ' School Of Oriental And African Studies (SOAS) London ' dengan nombor rujukan MS 40329 dan dalam bentuk mikrofilem.

Dengan izin Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya dan tidak ingin bangsa yang dirahmatiNya ini terus ditipu oleh para penjajah kafir laknatullah maka pada tahun 2003 manuskrip tersebut telah dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun Dr Mahathir) .

Manuskrip tersebut telah diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk diterjemahkan dan sekaligus untuk diterbitkan.

Alhamdulillah, akhirnya pada tahun 2005, dibawah selenggaraan Puan Maryam Salim, UUK telah berjaya diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.

Pulangnya UUK (dokumen resmi sejarah Islam dan nusantara) ke tanahair adalah merupakan satu bukti sahih sejarah yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ini kerana dokumen tersebut adalah merupakan dokumen resmi kerajaan Malaysia mengenai sejarah Islam dan sejarah sebenar nusantara.

UUK adalah merupakan batu asas Kedaulatan Benua Islam Nusantara. Ia juga menjadi penanda aras kepada kedaulatan dan kemerdekaan Benua Islam Nusantara. Selama mana ia belum dikembalikan ketempat asalnya iaitu sebagai perlembagaan sebuah Daulah Islamiyyah di nusantara maka selama itulah benua ini masih dijajah. Dijajah oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah. Dan kini penjajahan tersebut diteruskan oleh anak-anak pribumi nusantara yang menjadi proksi-proksi mereka.

Kehadiran manuskrip UUK akan meniupkan kembali semangat jihad dikalangan umat Islam di seluruh nusantara. Kehadirannya juga akan memungkinkan kebangkitan kembali Sistem Khilafah Islam di benua nusantara ini. Ini kerana pewaris yang mutlak kepada kesinambungan sistem beraja yang ditinggalkan oleh Khalifah yang terakhir iaitu Shariff Yang DiPertuan Maharaja Benua Siam masih kekal terpelihara sehingga ke hari ini.

Kini terpulang kepada umat islam di nusantara khususnya di Malaysia untuk mengembalikan UUK ditempatnya yang hak. Tugas dan tanggung-jawab itu terpikul di atas bahu seluruh umat islam dinusantara. Ini kerana UUK adalah perlembagaan sebuah negara Islam. Menolak dan meminggirkannya adalah kufur.

Kepada pihak-pihak yang tidak mengenali sejarah sebenar benua nusantara dan UUK diharap berhati-hatilah dalam memberikan sebarang pendapat dan komen. UUK bukan sekadar satu isu biasa tetapi menyentuh aqidah kita sebagai umat Islam dinusantara.

UUK adalah dokumen resmi dan dokumen sejarah yang sangat tinggi nilainya. kalau ianya tidak bernilai masakan seorang tokoh besar seperti Tun Mahathir sanggup bersusah payah untuk membawanya kembali ke tanahair.

Dan kalau ianya tidak penting dan tidak bernilai masakan Dewan Bahasa Dan Pustaka yang dipertanggung-jawabkan untuk menerbitkannya ? Tidakkah ini semua membuktikan bahawa UUK adalah satu dokumen yang sangat penting dan bermakna kepada kita semua ?

Kenalilah UUK dan sejarah sebenar kita agar kita tidak terus ditipu dan dimanipulasi oleh penjajah dan proksi-proksi mereka.

6 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.. sy ingin mendapatkan teks UUK samada dlm bentuk hard copy ataupun soft copy. Boleh bantu sy dgn memberi info di mana sy boleh perolehi. Terima kasih.

Unknown said...

Sultan Abdul Halim adalah dpd keturunan Sultan Ahmad Tajuddin yang dilantik oleh British setelah British dan Thai membunoh Sultan Merong Mahawangs pada tahun 1876. Mereka ini adalah talibarut British dan Thai.

Adakah Sultan Ahmad Tajuddin ini dpd keturunan mamak India?

Unknown said...

Boleh di.beli melalui dewan bahasa atau agennya

anaianai said...

Wan Solehah al Halbani, hahaa..tak lah.

anaianai said...

Ya betul, melalui DBP...terima kasih Nayzulkefli Naysin

Unknown said...

Beli UUK dan baca serta fahami isinya....ambik masa sedikit untuk faham kerana penggunaan Bahasa Melayu klasik...perlu rujuk artikel2 SejarahNagara Kedah baru boleh faham.