Thursday, August 30, 2007

FORUM, OH FORUM !

Oleh anaianai 1, 2, 3, dan 4

Kami telah dihentam secukupnya dalam satu ruangan forum oleh pengunjung forum tersebut yang sememangnya kami selalu monitor. Kami sebenarnya malas nak layan forum tetapi untuk kali ini sahaja diatas permintaan pembaca kami terpaksa layan juga. Ikuti jawapan rakan-rakan kami yang sememangnya nak jawap penulis forum ini (dan lain-lain) yang dikatakan berasal dari Alor Setar. Maaf, kerana tulisan ini tidak diedit, jadi semua yang terbuku sejak dulu nak di keluarkan oleh penulis-penulis diblog ini. Sila ikuti apa yang dipersoalkan dalam forum tersebut dibawah ini berserta jawapan dari kami. Siapa makan cili dia rasa pedaslah.

...................

Setelah membaca laman blog tu. Saya menafsirkannya sebagai agak menarik dan boleh diperbincangkan. Terdapat banyak fakta yang menimbulkan persoalan. Saya senaraikan beberapa fakta yang boleh di bahaskan.

a) Narai yang dikatakan Hang Tuah itu turut dikatakan orang yang sama dengan Tun Saban dan Sultan Iskandar Muda Thani dari Acheh. Sedangkan umum tahu bahawa ketiga-tiga orang tersebut adalah orang yang berbeza ,malah hidup di zaman yang berbeza.Hang Tuah atau nama sebenarnya Daeng Yahya hidup dizaman kesultanan Melaka.Iskandar Muda pula ialah raja Acheh di zaman kegemilangan Acheh.Tun Saban pula ialah bendahara negeri perak yang memberontak akibat anaknya diambil sultan Perak.Tun Saban telah berjaya ditumpaskan oleh Megat Terawih yang kemudian menjadi Bendahara Perak. Dalam artikel tentang Kedah pasai ma ini ada di ceritakan tentang Narai@ Hang Tuah telah berjaya membunuh Raja Bersiong atau dinamakan Tengku Sulaiman.Tentang ini saja telah mengelirukan ahli sejarah.

JAWAPAN

Yang ni tak payah ceritalah. Dalam blog kami, kami dah cerita habis dah. Itu Tun Saban, yang kami cakap diblog ini Tun Saaban. Pasal fakta tak betul ini, tak terfikirkah kita bagaimana dalam Undang undang kedah mengatakan Sultan Mahmud Syah memerentah di Melaka dalam tahun 1641 sewaktu Belanda menyerang Melaka? Kalau Portugis menyerang Melaka dan menjajah Melaka dalam tahun 1511, bagaimana pula Sultan Mahmud Syah masih lagi bersemayam di Melaka dalam tahun 1641, sepertimana tercatat dalam undang-undang Kedah? Melaka manakah yang dimaksudkan ketika itu.

Bagaimanakah pula seorang petani di Riau menyimpan cop mohor Sultan Mahmud Syah bertulis “Khalifatullah Akhirul Zaman” selama 5 generasi sahaja yang mana kalau kita backdated kita akan kembali ketahun 1657, zaman Sultan Mahmud Syah memerentah Melaka seperti tercatit dalam Undang-undang Kedah. Bagi kami, raja yang tercatit dalam sejarah Melaka antara tahun 1400-1500, adalah Sultan Mahmud Syah yang menjadi raja daerah Melaka, bukan Maharaja Benua Islam Kedah. Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Benua Islam Kedah ini, berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani, bukan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Raja Daerah Melaka itu. Adakah sejarah kita diselewengkan dimana peristiwa sekitar tahun 1600 di Melaka ditolak ke sekitar tahun andaian 1400? Beli lah buku Undang-Undang Kedah ambik baca.

Kami pun dah sebut sejarah kita telah diedit oleh Marhum Melaka yang menjadi penaung penulisan sejarah melayu semasa di Melaka dengan peruntukkan dari penjajah Inggeris. Sebab itu lah terbitnya hikayat- hikayat seperti Hikayat Hang Tuah yang mana nama pengarangnya pun tidak ada, tapi binding, hiasan tepi, sememangnya cantik dan indah. Jalan ceritanya masih ada tapi telah diedit. Taktik ini sama digunakan oleh Rama I apabila mengambil alih pemerentahan di Ayuthia terdahulu. Marhum Melaka ini pun ada pergi berpakat dengan Rama I untuk membunuh Sharif Yang Di Pertuan terdahulu dalam tahun musuh bisik 1821. Bacalah buku Kedah Sepintas lalu, simpan buat apa. Strategi ini diulang semula oleh Long Senik @ Sultan Muhammad II beberapa tahun kemudian.

b) Artikel ini juga dikatakan Kesultanan Melaka dan Acheh itu kecil dan berada dibawah empayar Kedah Pasai Ma. Nampaknya penulis artikel mahu melupuskan sejarah kegemilangan Melaka dan Acheh dengan meletakkan kedua-dua Kerajaan tersebut dibawah Ayuthia.Sedangkan umum sudah tahu Melaka dan Acheh pernah mencapai kegemilangan tersendiri.

JAWAPAN

Siapa cakap Kesultanan Acheh dan Melaka itu kecil. Kami kata ia wilayah dibawah Benua Islam Siam, besarlah maksud kami, bagaimana boleh kami nak lupus sejarah kegemilangannya. Sebab itu lah kami tunjukkan peta Melaka dalam blog. Hari ini kegemilangan Melaka dah pun dicantas oleh sejarah Kedah. MB Kedah pun dah buat statement dalam akhbar. Ini semua orang dah tahu, kecuali hang seorang sahaja dok bengong lagi, macam katak bawah tempurung. Hari ini, dimana dia Istana Sultan Melaka? Tolong tunjuk mai. Dimana waris Kesultanan Melaka kalau hebat sangat dulu. Kenapa kita tak cari dan restore semula, since hari ini kita bangsa yang merdeka?

Kenapa tak sokong warisnya untuk naik semula menjadi raja, kalau dah mengaku hebat sangat. Kalau hang dah pandai sangat, hang siasatlah, buat kajian, macam kami buat, lepas itu aku boleh komen hang pulak. Kalau tak ada wasiat mana boleh tulis sejarah macam kami, nak mula research pun pasti tenggelam punca. Lagi pun, kenapa hari ini setelah 50 tahun merdeka kita masih letak Gabenor ikut penjajah zaman dulu di Melaka dan Pulau Pinang? Nak tebus balik apa, sedangkan penjajah dah berambus balik, jawatan Gabenor masih ada lagi. Bagi lah balik Pulau Pinang kepada Kedah. Tak mahu bagi balik?, ini baru boleh kita kata pelik.

Pasal Tunku Sulaiman, apa yang nak keliru kalau dah tahu apa makna ‘Yangkam Yukbat’ seperti tercatit dalam undang undang Kedah. Yangkam yukbat ini pun ditulis dalam teks jawi.

c) Penulis artikel juga dilihat mahu membuktikan bahawa Bangsa Melayu tidak pernah mempunyai kerajaan Hebat kerana ditulis bahawa seluruh kerajaan melayu berada dibawah Ayuthia iaitu Kerajaan Siam Islam. Apa yang boleh dibanggakan oleh org melayu. Siam Islam berbeza dengan Melayu. Contohnya Jeneral Shondi sekarang. Mereka beraliran Syiah.

JAWAPAN

Tak payah bagi contoh General Soonthi tu, kami tahu dia orang islam berasal dari Ayuthia, keturunan Bunnag pun. Di Perlis guna mazhab lain hari ini kenapa hang tak bising. Memang lah sejarah melayu tu hebat, tujuan kami nak bagi jadi lagi hebat, biar sensasi dari bangsa Thai yang curi tamadun orang siam Islam ini. Tapi siapa melayu tu sebenarnya hari ini. Kalau ikut macam hang kata hang tu orang Jawa di Selangor, orang Bugis di Johor, orang Banjar di Perak, orang Minang di Negeri Sembilan tak boleh lah berbangga dengan Melaka sebab ikut kata hang mereka bukan orang melayu. Itulah maksud hang kat atas tu. Apa, hang ingat senang ka nak jadi Melayu? Ambik masa lebih seribu tahun, hang tahu tak. Bahasa melayu adalah bahasa Nusantara dan bahasa masing-masing adalah bahasa etnik dalam rumpun melayu itu sendiri. Dengan sebab itu, hikayat dan kitab lama ditulis dalam bahasa Melayu supaya coveragenya jauh lebih besar dan mudah difahamipenduduk setempat berbanding bahasa daerah/wilayah dalam Benua Siam islam ini.

d) Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah di katakan antara Raja Kedah yang terawal. Dalam sejarah yang diterima sekarang, beliau merupakan seorang pendakwah Islam. Memang betul beliau telah membawa Islam ke Kedah lebih awal dari tahun 1136 spt yang di war warkan sebagai tahun Islam ke Kedah. Namun begitu pendakwah-pendakwah dari Hadramaut berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan fahaman Ahli sunnah waljamaah ke Dunia Melayu. Maka datanglah Sheikh Abdullah Yamani lalu mengikis fahaman Syiah yang dibawa oleh pendakwah terdahulu spt Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein. Oleh kerana Ulama Ahli Sunnah pada waktu itu tidak menerima pakai langsung ajaran Syiah maka kedatangan Islam dicatatkan bersamaan dengan tahun kedatangan aliran sunnah wal jamaah. Keadaan ini juga berlaku ketika Melaka baru menerima Islam.

JAWAPAN

Ajaran Syiah ke, Ahlil Sunnah Wal Jamaah ke, Sunni ke, itu tidak penting. Yang penting bagi kami tarikh kedatangan Islam itu sendiri jauh lebih awal dari yang dijangkakan sebelun ini dan sudah pasti bukan zaman Melaka sekitar tahun andaian 1400 masihi. Hanya institusi beraja sahaja yang telah memelok Islam akan diikuti oleh rakyatnya. Ini umum sudah tahu, apa yang dipersoalkan lagi.

Lagi satu pasal gelaran ibni dan Syah ini bukan orang biasa-biasa yang pakai di zaman dahulu, hari ni mungkin lah dah biasa. Sheikh melambangkan ulamak agama Islam. Di Kedah, ulamak Islam pun turut mendapat gelaran Sheikh. Orang Melayu zaman dulu, nama mereka bukan macam gitu, kecuali pembesar Melayu saja yang pakai nama macam itu. Nama-nama orang Melayu dulu hanyalah seperti Cik Bunga, Melati, Melor, Cik Putih, Pak Hitam, Kundor, Pak Pandir, Mak Andeh, Pak Malau, Pak Belalang adalah kot barangkali. Nama-nama yang mereka gunakan ringkas sahaja.

Lagi satu kenapa Maharaja Debar Raja ni tidak ada dalam rekod mana-mana negeri yang bersebelahan seperti Acheh, Pasai dll. Tidakkah di hantar utusan atau anaknya berkahwin dengan anak raja negeri bersebelahan? Ini semua berlaku di sebabkan cerita tahyul saja. Puak kami kenal sangat Pak Wan Hassan yang tulis Al Tarikh yang Salah tu. Buku itu di tulis dizaman Sultan Abdul Hamid memerentah, taring masih ada lagi, menantu Raja Thai pulak tu. Semua rakyat takut kepada dia ketika itu, kata putih,putih lah, kalau hitam, hitamlah. Kalau tidak, “Titah !” terus di tangkap oleh pengawal peribadinya.

e) Perkataan Bujang iaitu penderhaka dalam bahasa Siam Kedah wujud dalam Bahasa Melayu dengan maksud yang lain, begitu juga Gurun yang dikatakan berasal dari gherun atau gerun, mempunyai maksud lain dalam bahasa melayu.dalam artikel itu dikatakan kedua tempat itu berasal dari perkataan Siam Kedah.

JAWAPAN

Kalau dah kata tak tahu bercakap bahasa siam kedah, buat apa nak kupas lagi, tunggu saja kamus Melayu Bahasa Siam Kedah yang sedang diusahakan oleh pihak lain. Tak puas hati, pergilah berkereta ke luar bandar, bertanya orang kampong yang boleh cakap Siam. Apa susah sangat. Orang Gurun yang boleh bercakap siam pun tahu kisah ini.

f) Nama tempat iaitu Tualang di Kedah dikatakan berasal dari Tuan Nai Long. Namun yang lebih logik adalah perkataan tersebut berasal dari Pokok Tualang. Dan memang dahulunya Kawasan Tualang mempunyai hutan. Fakta Tualang berasal dari nama orang mungkin boleh diterima jika tempat yang bernama Tualang itu berada di pinggir laut di Alor Setar tetapi tidak.

JAWAPAN

Logik kepala otak hang. Bila masa kami tulis Tuan Nai Long. Setahu kami, yang kami tulis ialah Ban Nai Lang di Thailand hari ni. Ia bermaksud Kampung Syed Alang iaitu Syed Alang Alauddin Panglima bukit Gantang yang pernah menjadi Raja Singghora kemudiannya menjadi Maharaja benua islam Siam Negara Kedah (1824-1862). Buka peta Thailand tengok dan cari lah. Kalau tak tahu sejarah Tualang tak payah cakap, mana ada hutan di situ. Zaman dahulu pun memang tak ada hutan. Kalau ada hutan, aku dah jadi tauke balak dah sekarang ni. Sultan Kedah pun tau pasal Kg Tualang, tempat kampung halaman dia. Bukan jauh mana dengan makam diraja Langgar, jalan/laluan yang sama juga.

g) Bahasa yang digunakan ketika itu dikatakan Bahasa Siam Kedah. Adakah ini boleh diterima. Jika dilihat di Kedah ketika ini bahasa ini dituturkan oleh orang Kedah yang asal keturunan datang dari wilayah Siam. Orang Kedah yang asal dari Kedah lansung tak boleh bertutur dalam bahasa ini kecuali mempelajarinya dari masyarakat Thai di Kedah.

JAWAPAN

Memang boleh diterima. Tapi orang yang tak boleh cakap siam nak kupas bahasa siam, boleh terima kah? Kata ada sayap ghaib, terbanglah pergi tengok rakyat Kedah macamana. Zaman dulu lagi ramai orang cakap siam. Almarhum Sultan Abdul Hamid memang sah boleh bercakap Bahasa Siam Kedah, sebab dia selalu datang jumpa dengan TNL Mahmud, tengok keadaan anakandanya Tunku Badlishah yang tinggal dengan tok saudaranya Datuk Nai Mariam, permaisuri kepada Sultan Muhammad I Kelantan. Mereka tinggal berhampiran rumah sahaja. Pergi lah tanya Sultan Kedah, dia pun membesar disana juga dulu.DIA PUN TAHU BERCAKAP BAHASA SIAM KEDAH.

d) Sultan Kedah terpaksa memohon bantuan British dari ancaman Siam pada 1700an.
Kenapa pula Ayuthia yang dikatakan Islam itu mengancam wilayah sendiri. Pelik.

JAWAPAN

Pelik apanya, Thailand pun boleh serang Patani hari ini, padahal wilayah sendiri, rakyat sendiri mereka boleh bunuh. (Tapi sekarang dah berubah banyak dah, dengar kata puak lain pula buat hal, wallahualam). Mudah saja kemelut ini boleh berlaku, sebab yang datang dari negeri Siam itu bukan lagi bangsa siam tapi bangsa thai yang telah menawan Ayuthia Siam. Ayuthia ini dulunya di perentah oleh Maharaja Siam yang beragama Islam. Tengok lah sejarah Thailand apa yang berlaku dalam tahun 1767, serangan Aluangphaya. Pasal mengancam wilayah ini, anak-anak kita pun kalau jahat kita pukul juga, faham-faham sajalah.

e) Tuan Syed Long Jaaffar atau Syah Alam yang Maha Mulia Sultan Jaafar dikatakan telah pergi melawat rakyatnya di Gurun dan disambut oleh org lelaki tanpa seorang wanita pun. Baginda dikatakan di perdaya oleh Sultan Sungai Petani iaitu Sultan Abdul Hamid. Adalalah tidak logik seorang raja besar pergi melawat kawasan tanpa para pengawal seperti yang diceritakan dlm artikel itu. Dikatakan org yang menyambutnya telah memberkas Long Jaafar dan di bunuh dgn dipijak dengan gajah.

JAWAPAN

Mana ada Sultan Sungai Petani? Hang kutip kat mana? Hanglah yang pakai hentam. Sungai Petani adalah Bandar dalam daerah Kota Kuala Muda hari ni. Kami kata jadi Raja Kota Kuala Muda bertempat di pekan Kota Kuala Muda. Kami tak kata jadi Sultan Sungai Petani. Siapa cakap dia pergi seorang. Masalahnya, escort dan bodyguard dia outnumbered by the thai forces of Siam. Oleh kerana dia tengok Tunku Abdul Hamid yang berkahwin dengan Nai (Syarifah) Sofiah ni ada bersama sambut dia, dia turun jumpalah. Sebab Nai Sofiah itu saudara dia, bonda kepada Tunku Badlishah. Dari keluarga keturunan Raja Siam Islam juga. Lagi pun banyak tentera musuh yang menyamar sebagai orang awam yang sedang menunggu baginda. Jadi nampak macam rakyat biasalah. Pergi tempat lain pun ramai rakyat tunggu juga. Seperkara lagi, pengawal peribadi dialah yang balik bagi tau bahawa Sultan Jaafar telah ditangkap oleh tentera thai yang masuk melalui Ruat berhampiran laut Yan di Kedah.

f) Kesimpulanya Fakta yang diceritakan dalam blog tersebut agak menarik bagi Tamadun Islam namun bukan bagi orang melayu. Tidak ada apa yang dapat dibanggakan oleh orang melayu kerana yang memerintah Ayuthia Kedah Pasai Ma adalah Siam Islam.malah seluruh alam melayu diletakkan atau di hubungkait dengan Kerajaan tersebut.

Empayar Kedah Pasai Ma yang disambung dengan Empayar Moghul dalam peta blog tersebut juga menimbulkan keraguan.Takkan lah pihak penjajah dapat memesongkan semua bukti sejarah Empayar Kedah psai Ma.Takkan tak ada langsung catatan dari sejarawan atau Penulis dari wilayah Islam terutama Arab dalam bab ini.

JAWAPAN

Kenapa tak bangga pula? Siam Islam itu Melayu lah hari ni. Di Thailand hari ni bangsa Thai, bukan bangsa siam. Mereka asalnya dari puak SUKHOTHAI. Raja yang memerentah pun raja thai, bukan raja siam. Sebab itulah mereka tukar nama dari Siam jadi Thailand dalam tahun 1939, sebab bangsa thai yang memerentah negeri siam, bukan lagi bangsa siam seperti dulu. Bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam, dan Raja Bhumiphol sekarang ini adalah Raja Thai, bukan Raja Siam. Penjajah Inggeris pun bodoh tak dapat nak bezakan Siam dengan thai sebab mereka ada pakatan dengan Thai nak musnahkan Islam.

Peta itu original, tak payah nak ragu-ragu. Carilah sendiri. Peta itu lah yang tidak dapat dipesongkan oleh penjajah. Bagus lah hang mengaku. Banyak lagi penulisan dari Parsi sedang diterjemahkan. Tunggu sajalah. Kenapa kita tak boleh berbangga pulak dengan sejarah orang siam ini? Kisah ini bukan berlaku hari ini. Kenapa letak perspektif hari ini untuk mengkaji sejarah dulu.

Keturunan aku dulu memang orang siam Islam, tapi hari ni aku orang Melayu lah, Macamlah kawan baik aku Prof Dr Tamyez Haji Baijuri, MB Selangor Datuk Dr Khir Toyo tu Jawa Islam, tapi hari ni dia Melayulah. Ex MB Kedah, Datuk Sanusi Junid tu Acheh Islam, hari ni dia Melayulah. Najib, TPM itu Bugis, hari ini Melayu Islam lah. Awat poyo sangat minda hang tak boleh faham. Tak bercampur dengan orang Melayu kot. Hang ni mesti Thai, mengaku Melayu, tulis melayu pandai tapi sampai tak tau beza etnik rumpun Melayu di Malaysia, apa hal?. Pentadbiran Awam Kedah pun hang tak faham, lokasi tempat pun hang tak tau, memang sah dah.

g) Jadi fikir fikirkanlah.adakah penulis blog ini syok sendiri?.entahlah .anda timbang timbangkanlah. Bagi saya. saya percaya Kerajaan Ayuthia itu Islam.Tapi tidaklah mempunyai empayar yang terlalu besar spt yg digambarkan. Bukan nak melatah, cuma menerangkan beberapa perkara yang sangat mengelirukan. Bagaimana Long Jaafar yang menguasai Larut itu boleh dikatakan sebagai Raja Kedah Pasaima. Bagaimana pula kawasan Tualang didaerah Pokok Sena itu dikatakan berasal dari perkataan Tuan Nai Long sedangkan itu nama sejenis pokok.Memang ada cerita benar yang diutarakan.Tetapi terlalu sedikit dan tiada perkaitan.Penulis artikel telah menunjukkan bukti-bukti seperti batu nesan yang boleh dipertikaikan kesahihannya.Tiada juga catatan ahli sejarawan dari China tentang kerajaan Kedah Pasaima ditemukan.

JAWAPAN

Hang lah yang melatah dulu. Aku pun melatah juga. Hang jual, aku berani beli. Baguslah hang percaya Ayuthia itu Islam. Hamzah Fansuri pun percaya juga, bukan hang seorang. Sebab itulah dia pergi menuntut ilmu agama Islam di Ayuthia. Kami kata Ban Nai Lang, di Singghora/Patani sana lah, bukan disini. Hang lah syok sendiri, lokasi pun tak tahu kat mana. Kalau kami syok pun sebab kami masih ada tanah beratus relong, sawah padi, kebun getah tinggalan Almarhum Sultan Jaafar dulu di Bendang Raja, Pendang. Kami bukan orang susah. Kalau tak betul, macamana boleh ada tanah ni semua? Fikirkan lah, terjun mai dari langit ka?

Pasal Tualang ini, aku cabar hang pergilah tanya Sultan Kedah, betul atau tidak sebab dia sendiri pernah mengaku dia orang Tualang. Kalau hang nak kata bukan, makna kata, hang perasan hebat sebab lagi tau daripada dia. Pasal batu nesan didalam blog, kalau aku tak tunjuk batu nesan aku nak tunjuk apa kat pembaca? Habis semua dimusnahkan tentera thai dalam tahun 1876-1881 dulu. Kota Naga, Kota Muang Kuang, Kota Sarang Semut, Kota sungai Mas dan bermacam-macam lagi kota, tapi mana dia? Nasib baik ada batu nesan boleh tunjuk buat bukti, kalau tidak ada nak tunjuk apa? Tunjuk punggong? Dr Othman Mad Yatim pun tunjuk gambar batu nesan saja dalam buku Batu Acheh karyanya, dapat PhD pulak tu. Bacalah buku dia. Kalau kau tak nak percaya tak mengapa, no hal, tapi jangan kata aku salah sebab apa yang ditulis ini adalah wasiat yang diturunkan untuk dihebahkan.

h) Namun Perkara terbesar ialah bagaimana Sultan Abdul Hamid bapa kepada Tunku Abdul Rahman itu dikatakan sebagai sultan sungai petani. Sejarah Sultan Abdul Hamid ditulis dalam artikel tersebut sebagai dalang kepada pembunuhan Long Jaafar.Sejarah Pemerintahan Sultan Abdul Hamid terlalu baru. Baginda adalah Nenda sultan Kedah sekarang. Namun sejarah baginda pun telah diputarbelitkan didalam artikel ini. Tunku Abdul Rahman juga disifatkan sebagai seorang yang telah memusnahkan beberapa bukti peninggalan Kedah Pasaima.Artikel ini boleh disifatkan satu dakwaan berat terhadap Institusi Kesultanan Kedah sekarang, dakwaan artikel ini terhadap Kesultanan Kedah sangat berat malah turut melibatkan seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra yang telah memimpin dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan Negara ini.

JAWAPAN (ini anaianai lain pulak)

Aku bukan macam TNL Kasim, cakap berlapik. Aku tak dak nak takut lah dengan dakwaan artikel kami sebelum ni, berat ka ringan ka aku peduli apa, sebab memang betul pun. Memang dia Raja Kota Kuala Muda, bukan Raja Sungai Petani macam hang kata tu. Budak berhingus macam hang ini, tak faham lah. Contohnya, Raja Perlis, sebagai tinggalan bukti untuk kita hari ni. Kenapa tak panggil Sultan Perlis?

Sultan Abdullah dengan Ahmad Tajuddin Halim Syah di tabal oleh Syarif yang Di Pertuan. Tahun 1943, Tok Wan kami, generasi ke 5 Sharif, telah menabal Sultan Badlishah menjadi Sultan Kedah. Kalau dia, Tok Wan kami ini, boleh tabal Sultan Badlishah, hang ingat-ingat martabat keturunan aku berada di atas ka atau berada bawah orang yang kena tabal tu? Hang kot lah penakut dengan depa. Depa ada daulat, kami pun ada daulat juga. Lagi besar punya daulat kami ada. Pasai hang tak dak daulat, hang takutlah. Aku sebagai waris Maharaja Siam Islam, tak dak nak takut macam hang tu. Dengan hang lagi aku tak takut. Berat ringan kami tanggung. Hari ini, aku tahu keturunan aku siapa, hang tau ka keturunan hang? Kalau hang tau bagus lah, hang boleh tunjuk salasilah sampai tahun 800 masihi, hang buka blog, bagi aku komen diblog hang pulak.

Lagi satu pasal wasiat ini, sebagai orang Islam patut tahu bahawa ia bukan boleh dibuat main. Semua pengunjung tak pertikai pun perkara ini kecuali hang seorang sahaja, mesti hang tak tau hukum-hakam agama Islam. Semua orang Islam tahu, wasiat ini satu amanah yang pasti dilaksanakan, pasti dituntut oleh Allah Subhanawataala diakhirat kelak. Tak kira samada secara bertulis mahu pun oral, ia tetap wasiat. Sekiranya kami berbohong, berapa banyak pembaca yang membaca blog ini, kami jatuh berbohong kepada semua, jadinya. Besar dosanya, jangan dibuat main.

Aku bukan nak besaran aku siapa, tapi hampa kutuk aku rapat aku kena lah defend keturunan aku. Puak Raja Siam Islam Kedah sememangnya dari zaman dulu dilarang sembah Raja daerah bila berjumpa. Jadi, yang hang dengan kawan hang tulis pasal aku dengan keturunan aku tu, hampa panggil aku apa, gila esein, bukan derhaka ka nama nya tu? Aku sumpah hampa 2 ekor jadi kera dalam hutan baru hampa tau. Jangan hang nak ajar aku pasal bab derhaka ni. Jangan hang ingat daulat kami tak ada. Sultan Kedah pun hampa kena panggil Tuanku, sedangkan puak kami panggil nama sahaja, lagi pun dia peringkat bapa saudara aku, kenapa aku nak takut dengan dia?.

Hormat kami tetap hormat, sebab pertalian darah, sebab tugasnya sebagai simbol bangsa melayu hari ini dan jawatan yang disandang adalah tanggungjawab serta tuntutan agama dan negara. Kami tetap mengatakan kesalahan mereka-mereka terdahulu bukan kesalahan kita hari ini. Sejarah Realiti akan tetap kami tulis juga, ini penting sebab ia sejarah bangsa melayu hari ini. Hang dok peleceh kami ini hang siapa dengan orang yang hang kena panggil tuanku Sultan ni, tolong bagi tau mai hang sangkut/berkait sebelah mana. Sekarang ni hang dah tau, pasai apa aku berani tulis Sejarah Realiti Nagara Kedah ini. Kalau rakyat biasa sudah tentu tak tahu dan tak berani tulis sejarah sebegini mengenai raja-raja dan orang Siam Islam zaman dahulu.

Pasal TAR kami tetap berkata, kami puji usaha dan titik pelohnya memerdekakan Negara, itu kami ikhlas dan jujur. Memang tak ada siapa boleh lawan kemahiran dia. Masa itu siapa yang hidup gaya penjajah pasti akan mudah menuntut kemerdekaan Negara. Ini wajib ketika itu untuk mendapat kepercayaan penjajah bahawa gaya hidup kita macam depa. Bersesuaian dengan kehendak ketika itu, takkan lah pula kita nak hantar Pak Haji dengan Pak Lebai pergi jumpa dengan penjajah di London, yang sememangnya memandang rendah dengan kita yang beragama Islam untuk menuntut kemerdekaan negara.

Kami dulu pun menentang Malayan Union, begitu juga Sultan Badlishah, kami pun sokong TAR untuk memerdekakan Negara. Keluarga kami sama-sama dengan keluarga Pak Lah Badawi mainkan peranan masing-masing untuk memerdekakan Negara, sehinggakan rumah pun menjadi markas. Akan tetapi, selepas merdeka cerita lain pula yang berlaku. Istana Kota Meang Kuang dirobohkan tahun 1964, iaitu 7 tahun selepas kita merdeka. Penjajah dah pun balik, kita sudah pun berkuasa, kenapa harus kita robohkan istana itu?, satu-satu nya tinggalan bukti sejarah yang masih ada. Bukan boleh dapat balik dah. Itu sahaja pasal TAR yang kami pertikaikan, yang lain tidak.

Tak dengar ke Pak Lah buat statement baru-baru ni, “kita kena faham sejarah”. Kenapa ada statement sebegitu dari seorang Perdana Menteri. Kalau hang makan nasi, hang mesti tahulah. Kami pun sentiasa berhubung dengan beliau. Lagi pun bukan orang lain dengan kami, dia abang pupu kami sahaja. Jangan dok nampak aku dengan kawan-kawan aku saja kat blog ini, networking kami banyak lagi dari yang disangkakan. Itu baru sedikit saja kami tunjukkan. Waris Raja Siam Kedah ini ramai yang hebat-hebat dari Peguam, Doktor falsafah dan perubatan, Ahli Politik, Prof Universiti, Datuk, Ahli Perniagaan, Pengurus Besar Bank, Kadhi, Ustaz, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Kanan Tentera dan banyak lagi. Semua mereka mengetahui dan sentiasa monitor blog ini. Kami go all out sekarang ni. Apa hang ingat aku seorang saja ka dok tulis mengenai sejarah disini? Hampa bimbanglah, counter web meter sebelah tu dok meningkat !!!

PENUTUP

Untuk maklumat kepada semua pembaca yang supportive, yang membantu, memberi cadangan dan pandangan, terima kasih daun keladi kami ucapkan. Sokongan sdr/sdri selama ini hanya Allah sahaja yang dapat memberi ganjaran diakhirat kelak. Sebenarnya orang Melayu kita ini baru sahaja mengetahui pasal Sejarah Realiti Nagara Kedah iaitu semenjak sekitar bulan Apr/Mei 2007, melalui penulisan di blog ini. Masalahnya, ada pengacau yang baru tahu saja dah mula nak melompat, seolah-olah ada niat lain disebalik komentar yang mereka berikan. Tak kan nak sambung tugas keturunan dulu kot, kalau macam itu rukunnegara nak letak kat mana. Dah jadi rakyat Malaysia, setia lah kepada Malaysia. Kepada rakan-rakan yang menyertai forum sejarah berhati-hatilah sebab kita tidak dapat tahu melalui penulisan/komentar mereka yang menyamar sebagai orang Melayu ini.

Pasal sejarah yang dikemukakan di blog ini, masyarakat Islam dan bukan Islam di Thailand hari ini dah tahu semenjak 6 tahun yang lepas melalui penyelidikkan yang mereka jalankan sendiri disini.
Sebab itulah ada pihak yang mulai bimbang sekiranya rakyat Malaysia pula mengetahui sejarah sebenar bangsa Siam ini.

Sunday, August 26, 2007

Keiko Kuroda’s writings on the Siamese in Kedah

By anaianai 3

We refer to Mr Keiko Kuroda paper titled “The Siamese In Kedah Under Nation State Making” from Kagoshima University. Our understanding from what Mr Keiko Koroda wrote is that he failed to study and understand that the Siamese language and the Thai language are two different languages. In your researched you seems to have interviewed the wrong people and ended up barking the wrong tree. The Malays of Kedah who are known as Sam sam is a humiliating name approved by the late Tunku, which most certainly reflects the tunku as well (he thinks he's siam + thai).

The rural Malays of Kedah DOES NOT speaks Thai but they actually speak Siamese, the language of their former kings from the multi racial, multi religion Ayutthaya Kingdoms who ruled the peninsular as well from 1350-1767. The thai themselves are colonist from Luang Phrabhang who invade Muslims Ayutthaya in 1767. The Thais are not Siamese, they are Sukhothais. With help from the confused British colonist, they ruled Siam as a Buddhist Kingdom after 1767. You should attend the seminar on Sheikh Ahmad Qomi in Bangkok to find out more. Why is Siam change to Thailand? Why is the Siamese language replaced by thai language? The answer is simple, the current king reigning in thailand today is thai, and so is his ancestors. They are not siamese. Thais are Buddhist and Siamese are Muslims. Thats why Persians and the Moors came to trade with Ayutthaya. Theres a huge cover up here,got it?

In case you dont know, there were no Thai Wat’s in Kedah, not until the year 1876 onwards when the Thai armies conquered Kedah from 1876-1881. The soldiers who stayed back on instructions from their superiors, remained Malaysians until today. Not effected by the Phibul Songgram and Rathinayok Policy, being across the border they continue to used the Siamese language, while in Siam the country was rename Thailand and the language and education was also changed to the Thai language. Until today, the Siamese language is almost obsolete in Thailand, but not so in the northern state of Malaysia. Putting in proper perspectives, the Ayutthaya Kings who are actually Siamese, spoke the Siamese language in the old days (before 1767), not the current Thai language spoken in Thailand today.

The rural Malay villagers with Patani dialect in Baling are Patani resident who moved to Kedah when Patani was attacked by the invading Thai armies in 1823 led by Long Senik who was appointed as the new Sultan by them. The Patani people, upon the attacked moved to Kedah with their Sultan, Nik Muhammadiah or better known as Sultan Muhammad I (1800-1835). The Patani people did not only ended up in Baling but also elsewhere in Kedah. We have met so many people in Kedah claiming their descendent is from Patani. Today Tak Bai or Keramat Tok Lebai actually refers to Nik Muhamadiah who became an islamic religious teacher in Kedah. His descendent, Mohammad Bahadur is now living in Kedah.

Why was Long Senik appointed as the Sultan and later known as Sultan Muhammad II? Simply because he was entrusted to prepare the bunga Mas to be delivered to Sharif yang Di Pertuan in Kota Meang Kuang but instead absconded with it to Bangkok and met with Rama Chakri and pledged his suzerainty. He was appointed as the new Sultan and returned to Patani with the Thai armies to claim his so called right. What an ungrateful stepson to Nik Muhammadiah he is.

And please stop calling our Malay warrior Panglima Nayan as a robber (just because he fought against the colonist masters) if you don’t know the true fact of history in Kedah. The sufferings of the people in Kedah during Thai occupancy is not even known to the elders in other states in Malaysia today, how could you imagine their younger generation to have the slightest idea what really happen then?. Thai invasion in 1879-1881 is worse than the japanese!!!, and when the colonist British masters returned in 1945, their propaganda campaign says otherwise.

Well Mr Korada, enough said than done, we think you better get your fact right in the first place when starting your researched. We, the descendents of the Siamese Muslims Kings of Ayutthaya are still around in Kedah. We know our ancestors more than you do, and so does your late Emperor Meiji who recognized and gave us the sword of authority long before the Japanese armies arrived (through Mr K.Shiba)in Malaya . It is people like you who forget history and make a mockery of our Malay history, with your worldwide coverage but wrong information.


King Boromoraja Ekataat V tombstone in a Muslim cemetary in Kampung Tualang in Kedah. He is the last King of Ayutthaya. He is also known as Mahadammayaza Dipati in Toung Oo or Burma today. He was killed by thai forces who invaded Kedah in 1821 to silence and closed all the evidence regarding Siamese being Muslims Kings. The Thais forces also confiscate and burn the Malay "Hikayat Merong Mahawangsa" which states the country of Siam is opened by Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, son of Raja Merong Mahawangsa. Raja Merong Mahawangsa is the grandson of Emperor Sai Tee Sung of Tang Dynasty in China. Your late Emperor Meiji knows about this, how come you dont?

Korada's writings can be found at the following URL,
http://www.uni-muenster.de/Ethnologie/South_Thai/working_paper/Kuroda_Kedah.pdf

Sedikit tambahan maklumat,

PS: Nik Muhammadiah (lihat gambar makam di bawah blog ini) yang berkahwin dengan Datuk Nai Mariam sememangnya mempunyai zuriat dan membawa kepada Saudara Bahadur yang telah kami temui di Kedah baru-baru ini. Salasilah Nik Muhamaddiah bergelar Sultan Muhammad I ini dipadamkan oleh keturunan Long Senik yang memerentah Kelantan hari ini. Long Senik dilantik (bukan di tabal) oleh Thai menjadi Sultan Kelantan sepertimana Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Sultan Kedah. Sila baca disini,

http://www.4dw.net/royalark/Malaysia/kelant5.htm

Berikutan kemangkatan Sultan Abdul Hamid dalam tahun 1943, TNL Mahmud (lihat gambar)selaku waris Maharaja Benua Islam Siam Kedah, telah menabal Sultan Badlishah di Balai Besar, Alor Setar sebagai Sultan Kedah. TNL Mahmud adalah datuk kepada TNL Kasim. Sejarah penabalan ini, ramai diantara kita tidak mengetahuinya.


Berikutan kemangkatan Sultan Abdul Hamid, Sultan Badlishah di tabal sebagai Sultan Kedah oleh waris Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah, Tunku Nai Long Mahmud ibni Tunku Nai Long Haji Yassin di Balai Besar Alor Setar dalam tahun 1943. Sebelum pada itu Jepun telah membuat siasatan terperinchi kerana Mak Cik Manjalara inginkan anakanda sulongnya menaikki takhta Kesultanan Kedah sementara TNL Mahmud mengatakan Tunku Badlishah adalah waris sebenar kerana ibu baginda, Nai Sofiah (ibu gahara)adalah waris Maharaja Benua Siam Islam. Dakwaan Mak Cik Manjalara mengatakan Nai Sofiah itu bukan gahara kemudiannya didapati tidak berasas lalu ditolak.

Tentera jepun yang berkuasa ketika itu telah membenarkan upacara ini dilangsungkan kerana mereka tahu sejarah sebenar dan telah menghantar spy mereka, K Shiba yang berniaga pinggan mangkuk yang diimpot di kedai bernombor 36, Jalan Raja semenjak tahun 1936 di Alor Setar Kedah. Kedai ini sering dikunjongi oleh golongan kerabat di raja Kedah ketika itu. Lihat, Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, ms 180. Sekembalinya Inggeris dalam tahun 1945, mereka menutup semula sejarah ini. Sejarah versi Inggeris inilah yang kita pelajari di sekolah-sekolah hari ini dan sudah pasti direstui oleh pemimpin kita yang tahu sejarah asal negerinya.


K. Shiba menghantar tentera sebagai penyiasat untuk menyiasat dakwaan TNL Mahmud bahawa Tunku Badlishah berhak menaikki takhta Kesultanan Kedah dan pada masa yang sama meneliti Salasilah Maharaja Benua Siam Islam Kedah dan melawat makam-makam lama.

Rupa-rupanya, dizaman dahulu kita mempunyai Maharaja seperti mana Maharaja di Thailand, seperti mana Ratu di England dan juga Maharaja di Jepun. Tetapi, apa yang terjadi dengan waris Maharaja kita di Malaysia hari ini. Hari ini baru kita tahu sedikit sebanyak siapa itu TNL Kasim. Sebab itulah kami ceritakan semula sejarah yang dipendamkan itu. Banyak lagi belum didedahkan. Tunggu.

Thursday, August 23, 2007

Bahasa Siam Kedah harus dibuat kajian

Oleh Mohd Salmi Baharom

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan terbongkarnya rahsia Sejarah Realiti Negara Kedah, saya berpendapat adalah perlu untuk berbuat sesuatu kepada bahasa Siam yang semakin hari semakin pupus penggunaannya di negeri Kedah. Ini kerana bahasa Siam Kedah sebagai bahasa pertuturan raja-raja Melayu dahulu kala (mungkin lebih seribu tahun) mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi sehingga banyak nama-nama tempat di merata pelusuk nusantara menggunakan bahasa ini. Kalaulah Professor Asmah Haji Omar sanggup tinggal di rumah panjang dengan segala kepayahan selama berbulan-bulan untuk menyiapkan thesisnya tentang bahasa Iban sebagai satu bahasa suku Melayu, diharapkan ada sarjana lain yang dapat melakukan kajian serupa terhadap bahasa Siam di kampung-kampung di utara semenanjung.

Bahasa Siam yang menjadi bahasa ibunda di kampung-kampung di Kedah seperti Kokdiang, Jitra, Hosba, Changloon, Titi Haji Idris, Tualang, Pokok Sena, Kubur Panjang, Tokai, Gurun dan lain-lain adalah bahasa suku Melayu juga dan banyak mempunyai perkataan yang hampir sama dengan bahasa Melayu seperti ada yang ditulis dalam blog tuan seperti berikut, khrun=gerun, kasut=kasut, jaman=jamban, susah, kayta=kereta dan lain-lain. Saya ingin menambah beberapa perkataan asas kegunaan harian yang hampir-hampir sama seperti (dalam urutan bahasa Kedah/Melayu/Siam) pi/pergi/pai, mai/mari/ma, hang=kamu/kamu=mu/meng, aku/aku/ku, abang/abang/bang, kak/kakak/kak, mak/emak/mak, pak/bapa/pak, tok lebai/tok lebai/tok bai sekadar yang saya ingat sekarang ini.

Walau pun ada perkataan Melayu, bila orang-orang yang tidak biasa dengan bahasa Siam mendengarnya tidak akan perasan langsung lalu tidak memahaminya. Ini boleh di ibaratkan orang-orang Kedah mendengar orang bercakap Jawa atau Acheh, langsung tidak dapat memahaminya. Pasti kerana sebutan bahasa tersebut mempunyai intonasi dan panjang pedek yang tersendiri yang mana hanya orang-orang yang biasa dengannya sahaja dapat menangkap perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu. Kalau orang Kedah mendengar orang Kelantan atau Petani bercakap mungkin tidak susah sangat sebab kita di Kedah juga sudah biasa dengan sub-dialek di Kedah sendiri daripada rakan-rakan dari Baling, Kg. Paya Rawa, Guar Kepayang, Tanjung Musang dan sebagainya yang ada pengaruh pantai timur (mereka ini asalnya orang Patani yang lari ke Kedah dizaman Sultan Muhammad I @ Nik Muhammadiah diserang tentera thai dahulu).

Bahasa Siam sangatlah unik dan memang tidak sama dengan bahasa Thai. Kalau ada persamaan dengan bahasa harian orang-orang Thai Kedah itu adalah kerana mereka juga sudah lebih seratus tahun bermastautin dan bergaul dengan orang-orang Kedah. Mereka bagaimana pun terpaksa belajar semula bahasa Thai moden yang diajar di wat-wat Thai supaya tidak ketinggalan daripada bahasa ibunda seperti yang didengar di siaran radio atau tv di Thailand (o,rupa-rupanya mereka kena belajar semulalah ye? kalau gitu,tak samalah bahasa thai dengan bahasa Siam Kedah). Perkataan yang sama dalam bahasa Siam jika disebut dengan nada dan panjang pendek berlainan akan berubah maknanya. Sebagai contoh dalam ayat, "Siapa jual telur ayam demam?",semuanya menggunakan perkataan "khai" tetapi disebut dengan lain-lain nada dan harakat supaya timbul maknanya. Hanya orang-orang yang faham bahasa Siam sahaja yang faham sepenuhnya maksud saya ini.

Berbalik kepada pemeliharaan bahasa Siam itu tadi sejak ratusan atau ribuan tahun adalah melalui perkahwinan sesama suku Siam. Ini juga diamalkan oleh raja-raja kita dahulu iaitu perkahwinan sesama sepupu, dua pupu atau tiga pupu untuk merapatkan kembali keluarga yang jauh dan harta pusaka tidak jatuh kepada pihak lain. Paling tidak pun, perkahwinan sesama kampung yang berbahasa ibunda Siam dengan harapan bahasa Siam menjadi bahasa pertuturan di rumah turun menurun.

Pada era globalisasi ini tentulah perkara ini sukar dipelihara. Apabila belajar atau bekerja di luar daerah, di luar negeri dan berjumpa pula dengan orang-orang tempat lain, tradisi perkahwinan sesama sendiri itu tidak diikuti lagi. Apa lagi kalau sudah berpindah ke tempat lain. Anak-anak sudah tidak memahami lagi bahasa Siam yang dianggap terlalu asing. Kadar merosotnya penggunaan bahasa Siam ini juga tidak sama daripada satu tempat ke satu tempat mengikut masa dan keadaan. Contohnya di kawasan-kawasan perumahan di Jitra, hampir tidak ada orang berbahasa Siam lagi kerana kemasukan orang-orang luar yang membeli rumah untuk menetap kerana bekerja di sana. Saya tidak pasti kalau DYMM Sultan Kedah sekarang boleh berturur bahasa Siam (datuknya, memangnya mahir). Tapi saya yakin Sultan Badlishah tentu boleh walau pun serba sedikit kerana baginda pernah tinggal di Kg. Alor Pak Ngah, Langgar semasa disinggir sementara oleh Sultan Abdul Hamid. Kampung tersebut memang tebal amalan bahasa Siam sehingga hari ini.

Mungkin ada yang bertanya kalaulah bahasa Siam itu dipertuturkan oleh raja-raja dan ramai pegawai-pegawai serta rakyatnya, kenapa pula undang-undang dan hikayat tidak menggunakan bahasa Siam tetapi bahasa Melayu juga. Jawapannya sangatlah mudah. Bahasa Melayu memang sudah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara sejak dahulukala lagi dan di fahami oleh majoriti orang-orang di setiap pekan dan bandar seluruh nusantara. Bahasa standard yang saya maksudkan ini adalah bahasa Melayu baku, bukan seperti anggapan sesetengah orang yang ingatkan bahasa orang-orang di Kuala Lumpur dan selatan semenanjung sebagai bahasa standard hanya kerana bahasa itu banyak digunakan di tv dan radio.

Itulah sebabnya sejak zaman dahulu lagi ulamak-ulamak di Aceh, Kalimantan, Petani dan sebaginya menghasilkan kitab-kitab bertulisan jawi dalam bahasa Melayu supaya sampai kepada khalayak ramai di seluruh nusantara dan tidak menggunakan bahasa dialek mereka sendiri yang sukar orang lain pelajari. Penulis-penulis yang hebat seperti Hamka dan Pramoedya Ananta Toer juga menggunakan bahasa Melayu untuk berkarya dan setiap buku dapat dicetak ratusan ribu naskah untuk pembaca di nusantara. Bayangkan kalau Buya Hamka menggunakan bahasa Minang dan bapak Pram menggunakan pula bahasa Jawa, rasanya karya mereka tidak terkenal sampai ke sini.

Di Kedah, orang-orang Cina generasi lama(sekitar umur 50an ke atas)di pekan-pekan kecil pandai berbahasa Siam seperti di Kubur Panjang dll. Mereka mudah menguasai bahasa Siam dengan baik kerana bahasa itu menjadi bahasa jual beli harian. Menurut bapa saya yang turut menguasai bahasa Hokkien, apabila ditanya kepada orang-orang Cina itu bagaimana mereka mempelajarinya, mereka menjawap ada persamaan dalam perbendaharaan kata yang membolehkan mereka pelajari dengan cepat. Ini tidaklah menghairankan kerana mereka juga berasal daripada benua Cina, sama seperti orang-orang Melayu,Thai dan lain-lain bangsa di Asia Tenggara hari ini.

Generasi baru orang-orang Cina agak kurang berminat mempelajari dan menggunakan bahasa Siam kerana pengaruh belajar atau bekerja di luar sepertimana orang-orang Melayu juga. Sebahagian juga sudah kurang berminat berniaga kedai runcit lagi seperti generasi terdahulu. Saya masih ingat, beberapa tahun dahulu pihak GAPENA ada membuat lawatan ke Yunan untuk mencari kesan-kesan tinggalan dan kaitan wilayah itu dengan bangsa Melayu. Memanglah tidak ada apa yang ditemui, lebih-lebih lagi kalau orang-orang yang dihantar itu tidak menguasai bahasa Siam atau mana-mana dialek bahasa Cina, mereka pasti tiada clue.

Sekian, wassalam.

PS : Mohd Salmi Baharom adalah seorang peminat sejarah dan pembaca tetap blog ini dan sering berhubung dengan kami. Berasal dari Kedah, beliau bertugas sebagai seorang jurutera di Petaling Jaya dan sememangnya mahir berbahasa Siam Kedah. Di sini kami siarkan artikel beliau untuk tatapan semua pembaca di blog ini. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dari pengalaman peribadi dan penulisan beliau.

Wednesday, August 22, 2007

Di mana Ngah Ibrahim disemadi? Perak, dakwa anak

Kami akhirnya telah terjumpa lapuran yang dimaksudkan dalam nota kaki artikel kami dari dari akhbar Utusan Malaysia. Sila likuti kandungannya.

BATU GAJAH 3 Sept. – Seorang lelaki yang mengaku dirinya anak bongsu kepada Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim mendakwa pahlawan Melayu itu mati dan dikebumikan di Kampung Dendang, dekat Beruas dan bukannya di Singapura seperti yang tercatat dalam sejarah.

Yacob Ngah Ibrahim, 80, yang mendakwa mempunyai salasilah keturunan Ngah Ibrahim hingga kini berkata, dia berusia 10 tahun ketika Ngah Ibrahim meninggal dunia kerana sakit tua pada tahun 1936 di Kampung Dendang.

“Ngah Ibrahim tidak mati di Singapura pada 1895. Dia melarikan diri ke Johor dengan bantuan saudaranya, Panglima Sameon yang membantunya balik bertemu saudara di Kampung Tepus, Tanjung Belanja, Parit sebelum berkahwin dengan mak saya, Pahtamah Alang Palit.

‘‘Mereka kemudiannya berpindah dan mendirikan rumah di Kampung Dendang, Beruas sebelum Ngah Ibrahim meninggal dunia di sana selepas sakit selama seminggu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Batu 8, Batu Gajah di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dua pahlawan yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891, Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin akan dibawa pulang dari Singapura dan dikebumikan semula di negeri ini pada 9 September ini.

Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini. Jenazah mereka akan dibawa pulang dengan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana.

Katanya lagi, anak Ngah Ibrahim dengan isteri terdahulu, Wan Halimah iaitu Wan Mohd. Isa pernah melawat pusara pahlawan Melayu itu di Kampung Dendang.

Dakwanya, kepulangan semula Ngah Ibrahim ke Perak dari Singapura hanya diketahui oleh saudara mara terdekat bagi mengelak dijejaki Inggeris.

“Sultan Perak yang terdahulu, Sultan Iskandar pernah datang ke Kampung Tepus untuk mengajak Ngah Ibrahim balik ke istana tetapi dia tak mahu,” ujar bapa kepada 10 orang anak itu.

Kesimpulan

Mengikut siasatan kami lagi, abang kepada Ngah Ibrahim yang menjadi Raja Larut ini bernama Nai Ngah Had dan menetap di Kedah, menjadi penghulu di Kg Tualang. Kami telah bertemu dengan cicit kepada Nai Ngah Had ini iaitu Nai Ngah Noh bin Nai Ngah Salleh. Beliau yang lebih mesra dipanggil Tok Su Noh ini mempunyai salasilah lengkap keluarga mereka.

Mengenai pemakaman dan penghormatan yang diberikan kepada Raja Ngah Ibrahim baru-baru ini tidak lah menjadi masalah kerana baginda adalah anakanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah atau Long Jaafar. Sekiranya begitu, memang benarlah Raja Ngah Ibrahim (bukan Ngah Ibrahim) dibinkan kepada Long Jaafar.

BERTEMU PEMIMPIN

Oleh anaianai

Blog Sejarah Realiti Nagara Kedah maju setapak lagi dengan pertemuan empat mata (sebenarnya lebih) bersama Yang Berhormat Datuk Dr Afifuddin Hj Omar, ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang yang juga bekas TImbalan Menteri Kewangan bagi membincang mengenai sejarah realiti nagara Kedah yang telah dipinggirkan. Pertemuan disebuah Hotel di Alor Star tempoh hari, pelbagai kisah benar dari orang tua-tua zaman dahulu telah dibangkitkan semula bagi menjejaki kebenaran yang telah dikuburkan oleh pengkaji sejarah terdahulu. Agak mengejutkan bagi kami yang hadir bahawa Yang berhormat Datuk begitu mahir (well versed) dengan sejarah negara kita, khususnya negeri Kedah.

Untuk maklumat semua, Yang Berhormat Datuk adalah waris dari Nai Shim, Raja Kubang Pasu. Nai Shim ini adalah cicit kepada Sharif Yang Di Pertuan, Maharaja Kedah yang dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun musuh bisik 1821 dahulu. Sharif Yang Di Pertuan, sepertimana disebut dalam Undang Undang Kedah, muka surat 43 adalah juga Boromoraja Ekataat V dan merupakan Maharaja Benua Islam terakhir Dinasti Ayuthia. Baginda di usir dari Ayuthia berikutan serangan tentera Alaungphaya keatas Ayuthia dalam tahun 1767 lantas menawan Kota itu. Bukti kewujudan Raja Kubang Pasu adalah selari dengan kewujudan Raja Perlis (dulunya Raja Kayang) dimana ia turut menjadi wilayah Kedah seketika dahulu.

Secara ringkasnya salasilah keturunan Nai Shim Raja Kubang Pasu adalah seperti berikut,
Nai Shim ibni Nai Doi ibni ibni Koya Nai Chau Abu atau Megat Manja ibni Sharif Yang Di Pertuan. Dalam bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai ), Nai bermaksud syed sementara koya pula bermaksud putera.

Sila baca artikel kami sebelum ini di URL berikut,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/07/megat-manja-raja-kubang-pasu.html

Yang Berhormat Datuk amat berminat mengenai sejarah dan beliau berpendapat pelbagai usaha boleh dijalankan bagi mempromosikan peninggalan sejarah di negeri Kedah, negeri yang tertua di semenanjong Malaysia. Di samping itu ia dapat merancakkan lagi ekonomi masyarakat setempat sekiranya di rancang dengan betul melalui aktiviti dan promosi perlancungan seperti mana yang dilakukan di negeri Melaka.


TNL Kasim memberi penerangan kepada Yang Berhormat Datuk di sebalik gerimis yang mulai turun pada petang tersebut.

Beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat beberapa makam yang tersembunyi didalam hutan. Dalam lawatan ringkasnya selepas perbincangan dengan pihak kami, beliau terkejut melihat keadaan beberapa makam yang dibiarkan begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh pihak berkuasa walaupun nama-nama makam tersebut tersimpan dalam sejarah warisnya hari ini. Beliau berjanji untuk membawa perkara ini ketengah agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memelihara tinggalan bukti sejarah ini. Beliau turut mencadangkan agar satu pertemuan keluarga dan waris Syarif Yang Di Pertuan, Yang Maha Mulia Negara Kedah dahulu, lengkap dengan salasilah masing-masing diadakan dalam masa terdekat ini. Adalah dijangkakan jumlah yang akan hadir melebihi 2000 orang waris dan keluarga.


Beliau turut meredah hutan bagi melihat dengan sendiri makam Sultan Sayyidina Ali wa maulana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, Maharaja Kedah yang ketiga.


Akibat tersembunyi didalam hutan, bahagian atas bunga teratainya masih elok dan tidak dipatahkan berbanding makam Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Mudzaffar Syah di Merbok. Hampir 3/4 batu nesan baginda terbenam didalam tanah.

Bagi kami yang menjejaki semula sejarah bangsa, walau apa pun yang dikatakan oleh sejarah Thailand dan sejarah yang kita pelajari hari ini, kami tetap berpegang bahawa negeri Siam sebelum tahun 1767 adalah sebuah negeri Islam. Sekiranya ini tidak dihebahkan, maka sukarlah kita mencari riwayat dan sejarah bangsa Melayu kerana sejarah kita dan mereka saling berkait dan kita dulunya serumpun. Selain dari itu generasi kita hari ini sepatutnya melihat kepada persamaan, bukan perbezaan bagi menjalin semula perhubungan dan mengeratkan lagi persahabatan kedua buah negara diatas dasar perhubungan kerajaan dan sejarah terdahulu.


Yang Berhormat Datuk Dr Afifuddin Hj Omar bersama waris Maharaja Benua Islam Kedah bergambar di makam Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Syah Alirah.

Pada masa yang sama usaha kedua kerajaan (atau tiga) seperti Wilayah pembangunan, IMT- GT (Indonesia, Malaysia Thailand – Golden Triangle), lawatan PM Thailand dan usahasama akan menjadi lebih berkesan lagi bagi membangunkan ekonomi wilayah-wilayah ini. Kerajaan Malaysia saya yakin pasti akan membantu. Pada masa yang sama, makam-makam yang terdapat disini adalah juga makam pemerentah Ayuthia dan ia sememangnya berkait rapat dengan sejarah Thailand dan harus di pelihara oleh kedua-dua kerajaan.

Kami juga sebelum ini telah memaklumkan pembaca blog ini bahawa dari 33 Maharaja yang memerentah Ayuthia hanya 3 sahaja makam mereka terdapat disana kerana ketiga-tiga raja ini mangkat sewaktu memerentah disana. Jawatan mereka dahulunya digilirkan dari Raja Raja wilayah di semenanjong sementara waris sebenar kekal ditampuk pemerentahan. Konsep inilah yang digunakan oleh Tunku Abdul Rahman sewaktu menderafkan perlembagaan Negara Malaysia dimana jawatan Yang Di Pertuan Agong dan Timbalannya digilirkan.

Sekiranya kita, generasi hari ini melihat kepada persamaan (menjauhi perbezaan), banyak hal boleh diselesaikan secara rasional diantaranya mengeratkan perhubungan dua hala yang lebih baik, kekeruhan yang berlaku di Patani akan mudah diselesaikan dan dibendung, pelancung diantara kedua negara akan meningkat, ekonomi masyarakat setempat di Malaysia dan Selatan Thailand turut juga akan meningkat.Apabila ekonomi meningkat, kualiti hidup akan menjadi lebih baik lantas mengurangkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat setempat di kedua-dua negara. Tidak ada sesiapa yang ingin merampas jajahan atau wilayah sesiapa kerana negara masing-masing sudah merdeka dan bernaung di bawah semangat ASEAN. Apa yang diperlukan ialah landasan yang lebih kukuh untuk kita sama-sama berdiri.. Menyelesaikan masalah dengan cara rundingan, perbincangan dan bantuan latihan teknikal, pendidikkan dll adalah yang terbaik seperti sedang diusahakan oleh kedua-dua kerajaan sekarang ini.

Bagi kami, sejarah akan tetap menjadi sejarah, kita tidak boleh mengubah sejarah realiti dari hakikat kebenaran yang telah berlaku dizaman dahulu, kerana hari ini, kita sudah tahu kesan dan akibatnya. "It doesnt work".. Lebih baik kita menceritakan sejarah realiti, secara ikhlas dan kita mula memupuk semula persahabatan yang sedia terjalin bermula dari situ. Sejarah yang dulunya ditulis tanpa merujuk kepada rakyat yang ditutup mulutnya adalah sejarah fantasi. Begitu juga dengan sejarah yang ditulis dengan hanya merujuk kepada pembesar yang memerentah ketika itu, tak lain tak bukan hanyalah memperelokkan sejarah versi mereka sahajalah.

Apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat zaman dahulu, bukan kesalahan kita hari ini. Kenapa harus kita pertahankannya sekiranya muncul bukti-bukti baru dalam pengkajian sejarah bangsa? Adakah kita mempunyai agenda yang tersembunyi? Bukan kah kita sebagai generasi baru hari ini, 'the so called civilized society' mahukan perpaduan dalam masyarakat, mahu menjadi leader instead of follower. Tidakkah kita mahu menikmati qualiti hidup yang lebih baik bersama keluarga, membesarkan anak-anak, bebas beribadah dengan agama masing-masing, bebas bergerak kemana sahaja tanpa sebarang gangguan atau rasa ketakutan dinegara masing-masing?

Untuk itu kita perlulah beteraskan kepada kebenaran dalam meriwayatkan semula sejarah bangsa. Begitu jahilnya kita hari ini sehinggakan orang yang bercakap benar dengan bukti yang ada, dilabelkan sebagai pembohong. Berbohongkah kami, sekiranya kita perhatikan betul-betul, semenjak zaman dahulu lagi bukti rumpun yang sama bukan sahaja dalam perdagangan malah terletak juga dalam aktiviti kesenian harian seperti Mak Yong, Menora, Sepak Takraw, menyabung ayam dan Wayang Kulit. Bagaimana mungkin aktiviti sebegini kekal dalam masyarakat melayu di utara semenanjong hingga ke hari ini jika kita bukan serumpun?

Terlalu banyak kepincangan yang berlaku menyebabkan ada ‘loophole’ dalam pengkajian sejarah bangsa. Apabila kebenaran didedahkan, tiada lagi yang tersembunyi atau terbuku di hati maka keikhlasan dan kejujuran pun akan terserlah dan generasi baru akan mempelajari sejarah versi kita bersama (Malaysia dan thailand) sebagai serumpun walaupun hari ini kita berlainan agama. Generasi ini pula seterusnya diharapkan akan menerima hakikat kebenaran dan persahabatan sedia terjalin sejak zaman dahulu sudah pasti akan menjadi lebih akrab lagi. Inilah yang kita harapkan selama ini untuk generasi kita dimasa akan datang.

Sunday, August 19, 2007

Ramadhan Bulan yang Mulia

Saudara/i yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh

Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang Mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda. Untuk itu, kami penulis-penulis di blog ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca dan pengunjong blog ini yang beragama Islam. Pada masa mengerjakan yang wajib, jangan lupa amalan-amalan sunat seperti berpuasa di bulan Syaaban ini.

Dalam lipatan sejarah bangsa, Maharaja Besar kita yang memerentah dizaman dahulukala juga turut mengamalkan dakwah Islamiyah. Contohnya, Sultan Muhammad Syah Yang Adil sering berulang alik belayar ketanah suci Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Disana baginda bertemu jodoh dan telah berkahwin dengan Puteri Di Raja Parsi. Anakandanya bergelar Raja Mandalika, terpahat namanya di batu bersurat Trengganu secara tidak langsung menyatakan bahawa agama Islam telah sampai ke situ jauh lebih awal dari Melaka. Yang bergelar ulamak pula seperti Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussein Syah Alirah, dengan batu nesan bertarikh 904 masihi di Langgar, Kedah.

Sultan Mahmud Syah Melaka pula bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman. Sharif Yang Di Pertuan turut berkunjung ke Tanah Suci Mekah dan di hadiahkan pedang oleh Sharif Mekah kerana baginda adalah dari keturunan Bani Hasyim. Nik Muhammadiah bergelar Sultan Mohammad I Kelantan atau Keramat Tok Bai di Patani juga seorang ulamak dan low profile sehinggalah kemangkatannya di Kedah. Baginda mengajar ramai anak murid yang kemudiannya menjadi ulamak sewaktu hayatnya masih ada di Kedah. Di kalangan pendakwah di Kelantan, nama Muhammadiah cukup terkenal di sana hingga kehari ini. Yang terakhir dan tidak kurang pentingnya, buku Undang Undang Kedah adalah buku perlembagaan sebuah negara Islam bersandarkan kepada hukum-hukum Islam.

Nasihat kami untuk saudara dan kepada kami juga, sama-samalah kita gunakan bulan ini sebaik-baiknya untuk mendapat keredhaan dari Allah, memohon keampunan agar sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Nya. Kami juga ingin mencadangkan satu website untuk kita dengar bacaan ayat-ayat suci Al Quran dimasa lapang. Di samping membetulkan bacaan dan sebutan, ia boleh juga dijadikan sebagai tutor kepada anak-anak untuk memperbaikki lagi bacaan dan kefahaman mereka (tajwid).

Semoga hati kita semua sama-sama diberikan Nur Muhammad sebagai cahaya petunjuk kejalan yang benar dan lurus serta mendapat taufik dan hidayah dari NYA. Kalau tak silap kami rakaman bacaan ayat-ayat suci Al Quran ini dibaca oleh Imam Masjid Mekah Al Mukaramah. Salah seorang dari kami, masih mengingati suaranya sewaktu mengerjakan Umrah sedikit masa dahulu. Maafkan kami kalau tersilap.Ini URLnya,

http://www.atlantamasjid.com/listen.asp?topic=quran

Di samping itu kita ikuti bacaan Surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 12 dari adik yang berusia 4 tahun setengah ini, mendayu dan menghiris kalbu tempat bersemadinya rohani kita. Ini URLnya

http://blip.tv/file/291508

Terima kasih sekali lagi kerana mengunjong dan bertanya khabar, memberi cadangan yang bernas untuk kebaikkan bersama. Semoga Allah memberi ganjaran pahala diatas setiap niat yang baik, usaha murni serta cadangan saudara/i semua.

Thursday, August 16, 2007

BUAT WARIS NGAH IBRAHIM BIN NGAH LAMAD DAN RAJA NGAH IBRAHIM IBNI SULTAN JAAFAR MADAZAM SYAH KEDAH

BAHAGIAN I

Oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad

Kami, keluarga di Kedah menyambut dengan rasa gembira dan penuh terharu lapuran akhbar bahawa 500 orang waris Ngah Ibrahim telah berkumpul baru-baru ini. Perjumpaan yang besar sebegitu tidak mungkin dapat diatur dengan begitu mudah. Namun dalam keharuan ini kami juga merasa keliru kerana Ngah Ibrahim telah di binkan kepada Long Jaafar. Sepatutnya Raja Ngah Ibrahim (bukan Ngah Ibrahim) di binkan Long Jaafar yang kemudiannya bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah apabila menaikki takhta kerajaan sebagai Maharaja Kedah. Bagi keluarga di Kedah, Ngah Ibrahim dan Raja Ngah Ibrahim adalah dua individu yang berbeza,anak saudara dan bapa saudara.

Izinkankan kami memberi penjelasan kerana kami keluarga di Kedah sedikit sebanyak mengetahui bagaimana kekusutan ini boleh berlaku. Semua ini menjadi celaru kerana sejarah negeri Perak telah dijadikan sebuah negeri terlalu awal dari sepatutnya. Ia sebenarnya di perentah oleh raja-raja daerah yang bernaung dibawah Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Sehingga kini jika kita lihat, penduduk di Taiping, Bukit Merah dll masih bertutur bahasa melayu dalam loghat Kedah. Penjajah inggeris pula telah menjalankan banyak usaha-usaha bagi menutup bukti sejarah nagara kita. Untuk menghurai kekusutan ini perlulah kita lihat scenario sejarah yang jauh lebih awal.

1. Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia dibunuh oleh tentera Thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821. Baginda adalah Maharaja Benua Islam Siam yang terakhir yang memerentah dari Dinasti Ayuthia dalam tahun 1767. Khalifah Sharif mempunyai lima orang putera iaitu,

1) Koya Long, bergelar Sultan Mudzafar Syah III
2) Koya Ngah bergelar Megat Terawis (dibunuh thai dalam tahun musuh bisik 1821)
3) Koya Shuib bergelar Megat Shuib (dibunuh thai, 1821)
4) Koya Nai Chau Abu bergelar Megat Manja (dibunuh thai, 1821)
5) Koya Fai bergelar Megat Iskandar, Putera Kapas (dibunuh thai, 1821).


Pending atau Kepala tali pinggang milik Tengku Marin, Puteri kepada Sultan Langkat, Permaisuri kepada Sharif Yang Di Pertuan masih disimpan oleh warisnya di Kedah. Inilah yang dipakai baginda sewaktu menjadi Permaisuri kepada Boromoraja Ekataat V dahulu. Ayahanda baginda, Sultan Langkat ini mangkat di Kuala Kedah sewaktu serangan tentera thai dan makam baginda hari ini dikenali sebagai Makam Tok Pasai.


Motif hiasan dari bunga teratai jelas ditengah-tengah, terletak di bahagian kiri dan kanan.

2. Anakanda baginda Sultan Mudzaffar Syah III ibni Sharif yang di Pertuan Yang maha Mulia adalah Raja Kuala Kangsar dan sejarah Perak hari ini mengatakan bahawa baginda adalah Sultan Perak (belum lagi negeri, mana mungkin). Baginda juga adalah Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Benua Siam Islam Kedah. Baginda juga di gelar Koya Long (Putera Sulong) dan pernah menjadi Raja di Kemboja Cempaka Sari bergelar Po Chan (Raja kemboja). Baginda mangkat dalam tahun 1824. Permaisuri bagindalah yang bergelar Puteri Seri Andalas. Jangan terkejut dengan nama Koya kerana di Georgetown, Pulau Pinang ada masjid yang dinamakan Masjid Koya.

Kami telah menulis salasilah ini jauh lebih awal.Sila rujuk disini untuk salasilah terperinchi,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/sultan-mudzaffar-syah-iii-perak.html

3. Anakanda baginda bernama Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzaffar Syah III pernah menjadi Raja Singgora (Songkhala) dan mempertahankan Perak dari serangan tentera Thai yang turun dari negeri Siam dengan bantuan Raja daerah, bukannya Sultan Kedah. Baginda menjadi Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah berikutan kemangkatan ayahanda baginda dan memerentah dari tahun 1824-1862. Baginda pula melantik anakanda baginda bernama Long Jaafar (dikatakan menjadi Menteri di Larut@penghulu) menjadi Raja Larut merangkap Bendahara@Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Benua Siam Islam. Di Kedah, baginda di kenali sebagai Nai Long Jaafar atau Syed Long Jaafar, sementara perempuan bergelar Sharifah.

4. Berikutan kemangkatan ayahanda baginda dalam tahun 1862, Long Jaafar menggantikan tempat ayahanda baginda bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah dan ditabal di Berahman Indera (kini Balai Besar) di Alor Setar.

Dua orang putera Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang ini ialah,
1. Nai Long Jaafar @ Syed Long Jaafar
2. Nai Long Abu Toha @ Syed Long Abu Toha.

Bukti bertulis terdapat dalam buku Cempakasari muka surat 140 tetapi agak terbalik pengisiannya seperti berikut,

“Keturunan megat menguasai jawatan orang besar empat, diantara nama penyandang gelaran bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar, Megat Pendia, Megat Abu Kasim, Megat Said dan Megat Lamba Makan. Apabila berlaku krisis istana, Sultan Mudzafar syah III (1728-1756) meninggalkan Berahman Indra (nama lama untuk Balai Besar di Alor Setar, tempat pertabalan raja-raja) dan bersemayam di Kuala Kangsar, disinilah baginda melatih Megat Pintal Pandia sebagai orqng kaya besar dan Megat Muktabar sebagai Temenggong.

Manakala Raja Alang, putera raja dari Kedah (Syed Alang Alauddin lah ni) menjadi Bendahara. Setelah tamat krisis politik Perak itu, Megat Pendia Pintal dilantik memegang jawatan warisan dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Setelah kematian Bendahara Megat Pendia, Sultan Muzaffar Syah telah melantik Sharif Abu Bakar sebagai Bendahara. Kenyataan Winstedt ini bertentangan denagn catatan dalam riwayat negeri Perak 1952”.


Kesilapan yang jelas bagi kami, Sharif Abu Bakar bukannya Bendahara. Namun begitu, nama-nama yang telah disebut dalam artikel di blog ini berbulan-bulan yang lepas sememangnya ada walaupun buku ini baru saja kami jumpa dan baca. Winstedt ada membuat kajian tetapi tak lengkap, mungkin sebab dia menemuduga orang yang salah pada ketika itu. Sekiranya semasa tu dia jumpa orang yang betul, sejarah pasti menjadi betul. Akan tetapi selepas dia balik kena bunuhlah orang yang bagi maklumat betul itu. Riwayat negeri Perak pula ditulis tahun 1952 (sebelum merdeka) dan pasti ada kepentingan seperti Al Tarikh Salasilah negeri Kedah juga yang mengatakan Maharaja Debar Raja memelok Islam tahun 1179 masihi !!

Baginda Sultan Jaafar Madazam Syah, apabila naik takhta kemudiannya membuat perlantikkan berikut,

1. Melantik adindanya Nai Long Abu Toha menjadi Raja Selama Perak. Nai Long Abu Toha membawa kepada Salasilah PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Seri sememangnya sedia maklum dengan salasilah ini.Sila baca disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/salsilah-pak-lah-badawi.html

2. Melantik adik iparnya Ngah Ibrahim bin Ngah Mad @ Lamad bin Koya Ngah Megat Terawis ibni Sharif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia menjadi Raja Larut menggantikan tempat baginda. Koya Ngah bermaksud Putera tengah.

Perkara yang menjadi kemusykilan kami ialah,

1.Ngah Ibrahim telah di binkan Long Jaafar. Sekiranya Ngah Ibrahim yang dimaksudkan itu adalah orang yang dibuang ke Pulau Seychelles, ini agak pelik kerana ayahnya bernama Ngah Mad @ Lamad ialah Datuk Paduka Setia berasal dari Kedah. Dalam rekod keluarga kami di Kedah, anakanda sebenar Long Jaafar ialah Raja Ngah Ibrahim bukan Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim dan Ngah Sapura ini (dua beradik) adalah cicit Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Maharaja Benua Islam Siam Kedah melaui anaknya Megat Terawis @ Koya Ngah.

Kota Ngah Ibrahim dibina oleh Long Jaafar dalam tahun 1856 sewaktu baginda Long Jaafar menjadi Raja Larut. Ia kemudiannya diduduki pula oleh Ngah Ibrahim apabila menggantikan Long Jaafar dalam tahun 1862. Ganti bukan sebarang ganti kerana ia melibatkan upacara pertabalan rasmi di Berahman Indera, nama lama bagi Balai besar di Alor Setar hari ini. Turut di tabal ialah Nai Long Abu Toha adinda Long Jaafar, sebagai Raja Selama, Perak yang membawa kepada salasilah YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bukti bertulis terdapat dalam buku Cempakasari ms 48, dari Winstedt, “A History of Perak”, seperti berikut,

“Bagaimanapun dalam tahun 1862, Sultan Jaafar memberi jawatan Menteri itu kepada Cik Ngah Ibrahim, iaitu anak pembesar gelar Paduka Setia, orang besar enam belas”.

Kefahaman kami,

Pertama : jawatan itu bukan sebagai Menteri sahaja tetapi juga sebagai Raja Larut (satu orang dua jawatan)
.
Kedua : Ngah Ibrahim, iaitu anak pembesar gelar Paduka Setia, bukan anaknya Cik Long Jaafar.

Ketiga : Long Jaafar dan Sultan Jaafar Madazam Syah adalah orang yang sama !.


Keempat : Datuk Paduka Setia adalah Ngah Lamad cucu Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Negara Kedah.

2.Siapakah yang dimakamkan sebagai Cik Long Jaafar di Taiping itu? Ini kami tiada jawapan. Sekiranya kami tidak tahu kami cakap kami tidak tahu. Mungkin satu cover up. Akan tetapi ada kisah disebalik itu yang baru saja kami ketahui, tetapi tidak cukup bukti untuk kami tulis disini.

3. Kami pasti, sekiranya yang menjadi Raja (atau Menteri) di Larut penama tersebut ialah Ngah Ibrahim bin Ngah Mad @ Lamad, bapa saudara kepada Raja Ngah Ibrahim ibni Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah. Tidak mungkin Raja Ngah Ibrahim menjadi Menteri atau raja kerana beliau hanya berusia 5++ tahun sewaktu Sultan Jaafar Madazam Syah (sebelum itu Long Jaafar) dibunuh tentera thai di Gurun Kedah dalam tahun 1876 sementara abangnya Raja Sulaiman berusia sekitar 7++tahun.

BUAT WARIS NGAH IBRAHIM BIN NGAH LAMAD DAN RAJA NGAH IBRAHIM IBNI SULTAN JAAFAR MADAZAM SYAH KEDAH

BAHAGIAN II


Gambar Sultan Jaafar Mudazam Syah dalam simpanan keluarga di Kedah, tidak jauh bezanya dengan gambar baginda dari blog Kamunting.


Keris milik Sultan Jaafar Madazam Syah masih disimpan oleh TNL Kasim. Hulunya pecah dipijak dengan gajah. Baginda dibunuh dengan kerisnya, simbol kekuasaannya tersisip di pinggang sebagai satu tanda penghinaan, seolah-olah berkata,"siapa yang berkuasa sekarang ini?". Maafkan saya, saya nak bercerita lagi. Jenazahnya dibawa balik ke Kampung Tualang diatas talam dalam keadaan perotnya terburai dan kepalanya yang hampir pecah. Jenazahnya dikebumikan dalam keadaan syahid. Saya katakan disini sekali lagi, hanya bangsa yang tidak ada tamadun dan peradaban (lalu merampas tamadun orang-orang Siam Islam di Ayuthia dan mengaku sebagai orang-orang siam) sanggup bertindak sebegitu rupa. Paling mengaibkan lagi, Sultan Abdul Hamid turut menyaksikan pembunuhan itu.

Isteri isteri Sultan Jaafar Mudazam Syah atau Long Jaafar dan anak-anaknya ialah,
1.Nai Sofiah (isteri pertama), 5 orang anak.
a. Nai Piah
b. Nai Cik Lah
c. Nai Siah
d. Nai Long Hj Yassin>>Nai Long Mahmud >> Nai Long Ahmad dan>>Nai Long Kasim, waris mutlak.
e. Nai Long Ahmad

2.Nai Asiah isteri kedua, seorang anak.
a. Nai E Ting

3 Ngah Sapura Isteri Ketiga, 3 orang anak
Ngah Sapura binti Ngah Lamad (Datuk Paduka Setia) bin Koya Ngah @ Megat Terawis ibni Sharif Yang Di Pertuan, Raja Besar Benua Siam Kedah, . Adik Ngah Sapura ini bernama Ngah Ibrahim dilantik menjadi Menteri di Larut dalam tahun 1862 menggantikan tempat Long Jaafar setelah baginda menjasi Sultan Jaafar Madazam Syah. Tiga orang anak mereka ialah
a. Raja Sulaiman
b. Raja Ngah Ibrahim berkahwin dengan Toh Puan Halimah (Halimah adalah juga adik ipar Nai Long Hj Yassin). Menjalankan perniagaan barang-barang kemas dan banyak merantau. Bapa saudaranya Ngah Ibrahim lah yang menjadi Menteri (@ Raja) di Larut, yang juga adik ipar Sultan Jaafar.
c. Raja Alang Sapiah

4. E Nuan (Muallaf) Isteri keempat, seorang anak.
a. Nun (Shabanun)
Sedang mengandung sewaktu Sultan Jaafar Mudazam Syah dibunuh tentera thai di Gurun Kedah dalam tahun 1876 dengan cara dipijak dengan gajah. Thai yang datang dari negeri Siam menjajah Kedah dari tahun 1876-1881. Dalam ketakutan ketika dijajah, E Nuan kembali kepada keluarganya dan menganuti agama asal. Walau pun keluarga mereka hari ini berlainan agama, mereka masih mengganggap keluarga yang beragama Islam sebagai keluarga mereka juga.


Makam dua beranak, Syed Alang Alauddin dan Sultan Jaafar Madazam Syah di Kg Tualang Kedah. Jenazah baginda ditindankan diatas makam ayahanda baginda kerana dikebumikan diwaktu darurat, iaitu bermulanya penjajahan thai keatas negeri Kedah.

Begini sedikit sebanyak scenarionya.

1.Dalam mengkaji sejarah kita tidak boleh melihat semenanjong ini mempunyai negeri-negeri seperti hari ini. Di awal 1800, Perak Utara, Kedah, Kelantan, Trengganu, Singgora, Satun, Ligor Pahang Johor, Selangor adalah dibawah nagara Kedah. Penjajah telah memisahkan Sumatera dan Riau dari Nagara Kedah. Negeri- negeri lain diperentah oleh Raja Daerah atau Bendahara yang bernaung kepada Maharaja Negara Kedah..

2. Selangor yang dulunya dibawah Melaka telah dilantik Raja yang baru oleh Sultan Mudzaffar Syah III , Raja Kuala Kangsar (merangkap Timbalan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Kedah) dibawah pemerentahnya yang pertama iaitu Raja Lumu. Sebelum itu Selangor berada dibawah Melaka, kemudiannya dibawah Johor.

3.Berikutan perjanjian sulit yang dinamakan Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874, penjajah Inggeris melantik Raja Abdullah menjadi Sultan Perak. Di waktu yang sama Sultan Jaafar Mudazam Syah sebagai Yang Di Peruan Yang Maha Mulia masih lagi memerentah sebagai Maharaja Kedah dimana wilayahnya termasuklah Perak, diperentah oleh raja-raja daerah. Konsepnya sama seperti hari ini dimana dibawah Yang Di Pertuan Agong bernaung raja-raja negeri. Campurtangan Inggeris ini sudah pasti menimbulkan kemurkaan baginda kerana merampas Utara Perak dari baginda, begitu jugalah dengan adik iparnya Ngah Ibrahim yang menjadi Raja Larut turut juga hilang kekuasaan. Pembunuhan Birch oleh Datuk Maharajalela adalah diatas perentah Sultan Jaafar Mudazam Syah atau Long Jaafar.

4. Dimana pula dikatakan salasilah Kesultanan Kedah ketika itu? Mereka pada ketika itu adalah Raja Daerah sahaja bernaung dibawah baginda. Sultan Mohammad Jiwa II adalah Perdana Menteri Kedah. Sultan Abdul Hamid hanya dilantik oleh Penjajah Thai dalam tahun 1881 (selepas Kedah di jajah) sahaja dan berkahwin pula dengan kerabat Thai. Sultan Abdullah yang mengadai Pulau Pinang kepada Inggeris bukanlah Sultan Kedah tetapi Raja Pulau Pinang (baginda anak pertama dari ibu ke2, bukan gahara) yang dilantik oleh Sharif yang Di Pertuan. Baginda Sharif turut melantik kekanda Sultan Abdullah iaitu Tengku Long Putera sebagai Raja Legeh merangkap Perdana Menteri menggantikan Sultan Mohd Jiwa II yang mangkat,adinda kedua Tengku Anjang Johan menjadi Raja Ranong (dari ibu gahara, anak pertama dan kedua).Nama kedua-dua mereka telah di"delete"kan dalam sejarah Kedah setelah dibunuh tentera thai.

5. Di Kelantan, kehilangan wilayah Patani menyebabkan Sultan Mohammad II dilantik oleh Thai, sedangkan Sultan Mohammad I @ Nik Muhammadiah (Keramat Tok Bai) masih ada, berpindah bersama rakyat dan pengikutnya, menetap dan mangkat di Kedah. Baginda menjadi guru agama dan anak-anak muridnya terkenal di Kedah. Warisnya masih ada hingga kini merupakan waris Kesultanan Kelantan yang sebenar. Mereka tidak menuntut apa-apa tapi dipersilakan sesiapa pun yang hendak membuat kajian sejarah realiti untuk rekod generasi masa hadapan.

6. Di Johor, kehilangan Singapura dan Kepulauan Riau menjadikan pemerentahnya bergelar Maharaja. Sultan Riau, Yusuf Al Mahadi dibunuh oleh Inggeris akan tetapi dua orang anak-anaknya sempat dilarikan ke Kedah. Warisnya pun ada hingga kini.

Penutup

Dengan itu saya memohon kepada mana-mana waris Ngah Ibrahim atau pun waris Raja Ngah Ibrahim yang membaca artikel ini untuk menghubungi saya di Kedah melalui alamat e mail diatas tajuk blog ini bagi mengeratkan kembali hubungan silaturahim yang telah terputus. Keluarga kami disini bersangkut di kedua-dua belah pihak dan mengetahui salasilah ini bertahun-tahun lamanya, namun kami tiada daya untuk bertindak.

Semua saluran dulunya ditutup bagi kami termasuklah media massa yang ada pada ketika itu. Artikel yang dihantar tidak diterbitkan. Harta Pesaka dirampas individu yang berkuasa. Akan tetapi sebagai orang Islam kami yakin doa orang-orang yang teraniaya ini suatu hari pasti akan Allah tunaikan walau pun 5 generasi telah berlalu. Dengan kemajuan internet, kami mendedahkan perkara ini, dan semua yang kami tahu untuk semua peminat sejarah, semua golongan rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran sejarah bangsa hari ini.

TNL Kasim ibni TNL Ahmad
Waris Mutlak, Sultan Jaafar Madazam Syah.

(Ada pihak menghubungi kami mengatakan terdapat satu lapuran akhbar seketika dahulu mengenai satu keluarga yang mengatakan Ngah Ibrahim yang dibuang daerah itu adalah keluarga mereka dan telah kembali ke Perak secara senyap, berkahwin semula, meninggal dan di kebumikan di Kota Beruas. Jika ini benar, jenazah yang dibawa balik dari Singapura ialah Raja Ngah Ibrahim ibni Sultan Jaafar Madazam Syah [berbondakan Ngah Sapura]).

Tuesday, August 14, 2007

KISAH SEJARAH SITI ZUBAIDAH DAN SULTAN ZAINAL ABIDIN

JAUH LEBIH DALAM DAN MELUAS DARI APA YANG KITA KETAHUI...

Oleh TNL Kasim ibni TNL Ahmad
Waris Mutlak, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah

Baca dulu Kisah Syair Siti Zubaidah disini,
http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=16300&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

Saya ingin menceritakan semula sejarah diatas untuk pembaca blog ini seperti mana yang telah diwasiatkan kepada saya. Terpulanglah kepada pembaca blog ini untuk mempercayainya atau tidak, tapi jangan katakan ia salah kerana ia wasiat yang saya terima hampir 60 tahun yang lalu. Saya dipaksa menghafalnya, tanpa buku untuk saya rujuk kerana semua buku/manuskrip telah dirampas dan dimusnahkan oleh penjajah. Tujuan saya, dengan ikhlas ialah supaya wasiat ini dapat direkodkan dan diketahui oleh orang ramai mengenai kebesaran bangsa Siam Islam dari negara Kedah yang membawa kepada bangsa Melayu hari ini. Penulis-penulis di blog ini pandai pula mencari bukti kerana pada usia ini, saya ketandusan semua itu.

Bismillahirrahmaanirrahim,

Ikuti kisah ini seperti yang telah diwasiatkan kepada saya,
Zaman Khalifah Umaiyah – Sultan Zainal Abidin adalah dari kerabat di Raja Parsi yang belayar ke negeri China diatas urusan perdagangan dan hubungan dua hala kedua negara. Baginda pada masa itu sudah pun berkahwin dengan Puteri Zubaidah. Sewaktu mengadap Maharaja China baginda telah terpikat dengan Puteri Raja China bernama Puteri Pa Pua lalu mereka pun dikahwinkan oleh Maharaja China ketika itu. Sultan Zainal Abidin bersama puteri barunya pun berhijrah kesebuah Pulau Maka yang mana hari ini di gelar Pulau Pa Pua (bawa laki) New Guinea. Mereka pun membuka sebuah kerajaan baru dan hasil perkahwinan tersebut mereka mendapat seorang putera di beri nama Putera Al Bani. Kealpaan Sultan Zainal Abidin ini kepada isteri pertamanya membawa kepada kisah Siti Zubaidah yang menyamar sebagai lelaki untuk mencari suaminya. Kisah ini ada direkodkan dalam syair dan lagu Siti Zubaidah dalam sejarah kesusasteraan Melayu Nusantara.

Setelah dewasa putera mereka berdua yang bernama Putera Al Bani pun mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan juga dengan salah seorang Puteri Raja China. Maharaja dahulu sememangnya mempunyai ramai anak perempuan kerana berkahwin ramai. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka sebuah negara baru. Pelayaran ini membawa mereka ke sebuah kawasan baru lalu dibina Istana Ayut’ia Al Bani terletak di Australia hari ini. Sekiranya kita teliti, perkataan Australia bukannya bahasa Inggeris malah adalah dari bahasa Siam bermaksud, penempatan lebih luas. Hari ini, Albani di Australia terletak ke Utara Bandar Perth. Perth juga adalah merupakan bahasa Siam. Keturunan Sultan Australia Al Bani membawa kepada Raja Chulan Man Bau.

Sekitar tahun 1350-1400 masihi

Raja Chu Lan Man Bau (@ Osman Putera disanjungi cucu-cucu) mempunyai dua orang Putera dan seorang Puteri iaitu,

1. Putera Sulong Saidina Ali menjadi Raja di Al Bani Australia.

2. Putera Kedua Saidina Cheng Ho atau San Bao,
“Cheng Ho, who was said to have been seven feet tall, was given greater power…..”
http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/chengho_2.htm

3. Puteri Naga adinda kepada Cheng Ho berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah yang bergelar Rama Tibodi II (Ayuthia) dan Parameswara (di Melaka)

Sultan Rijaluddin atau Parameswara Melaka tahun 1414 ini, bersemayam di Ayut’ia Kota Naga Jenan Daerah Kubang Pasu Kedah Malaysia. Baginda adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa, Nagara Kedah (Lihat gambar makam dibawah sekali blog ini). Dalam Undang-Undang Kedah, ms 14,

“Maka undang-undang ini diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah semayam di Naga, muafakat dengan sekelian menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya supaya tetap adat ini, janganlah berubah-ubah.”



Laksemana Cheng Ho sering berulang kerantau ini kerana perentah Maharaja China Yong Le dan turut mempunyai hubungan darah dengan pemerentah disini.
“It's likely that a detachment of one of Cheng Ho's fleets sailed to northern Australia during one of the seven voyages based upon the Chinese artifacts found as well as the oral history of the Aborigine”.
http://geography.about.com/od/historyofgeography/a/chengho_2.htm


มัสยิดมุฮัมหมัดเจิ้งเหอ สุราบายา อินโดนีเซีย
Muhammad Zheng He Mosque, Surabaya, Indonesia
มัสยิดมุฮัมหมัดเจิ้งเหอ ที่สุราบายา อินโดนีเซีย ใช้ศิลปะจีนตามชาติกำเนิดของเจิ้งเหอ
สร้างเลียนแบบ มัสยิดหนิวเจี่ย ปักกิ่ง

Baca mengenai Cheng Ho disini,
http://www.muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=218

Perkahwinan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Rama Tibodi II @ Parameswara (1414m) ini dengan Puteri Naga ibni Raja Chulan Man Bau telah dianugerahkan 3 orang putera dan seorang Puteri iaitu,

1. Puteri Bavin Noung Siputeh Tengku Nor Asiah berkahwin dengan Maha Thammaraja, Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Babu India Monghul). Baginda di sebut sebagai Aishah Begum dalam sejarah India.

2. Putera Sulong di gelar Kaifa Tamim Sheikh Ali menjadi Raja Di Tong Oo (Burma Myanmar) bersemayamdi Istana Ayut’ia Ananda Pagan. Sejarah Thailand menyebut baginda sebagai Tabimshewati.

3. Putera kedua di gelar Khun Woran Wangsa Putera Yaacob Jalil menjadi Sultan Langkasuka bersemayam di Istana Ayut’ia Kota Palas Gunong Raja Pulau Langkawi Kedah.

4. Putera bongsu di gelar Sultan Mohd Yusof Pasai menjadi Raja di Sumatra Pasai(Chakraphai, tarik bawa pergi).

Pada tahun 1459 Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah di tabal menjadi Maha Tammaraja Dinasti Ayut’ia dan dikahwinkan dengan Puteri Bavin Nong yang menjadi Raja Perempuan Dinasti Ayut’ia bergelar Mah In (Inta Tiral). Mereka berdua membina sebuah Istana Di Toung Oo Mandalay digelar Istana Raja Perempuan Mandalay, Istana tersebut masih wujud di Mandalay Burma atau Myanmar hari ini. Semasa inilah Empayar Monggol India mula berkembang seperti peta "Empire of the Great Monggol " diatas blog ini.


Queen golden Monastery, Mandalay. Mandalay ialah sempena nama Raja Mandalika seperti tercatat pada batu bersurat trengganu sewaktu baginda berdakwah disana.

Istana Raja Perempuan Siam Mandalay Bavi Noung Tungku Nor Aisah Si Puteh Ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Syah Parameswara Melaka Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia ( DI Mandalay Burma @ Myanmar). Disinilah tempat bersemayam Raja Siam Islam Terakhir Maha Dammaiyaza (Sharit Yang Di Pertuan)tahun 1752. Diusir oleh tentera Raja Buddha Aluang Phraya Burma ke Ayut’ia Bangkok pada tuhun 1752 dan kemudiannya berpindah ke Ayuthia.



Istana Ananda Pagan (anakanda bawa wang), milik Raja Mandalika Sultan Mad Zafar Syah III bergelar ‘Rama Tibodi I’ tahun 1300 masihi ibni Sultan Mohammad Syah Yang Adil bergelar ‘Narasuan’ Benua Siam Kedah Kheag Tesh . Raja Mandalika adalah nama raja yang tercatat pada batu bersurat trengganu. Istana ini kemudiannya menjadi tempat bersemayam Raja Eva Tong Oo Maharaja Siam Quifatabin Sheikh Ali (Kaifa Tamin Sheikh Ali). Kaifa Tamin Sheikh Ali pula ialah ayahanda kepada Raja Perempuan Nang Che Yam Jammu Patani yang berkahwin dengan Sultan Ismail.


Hasil perkahwinan Raja India Sultan Zahiruddin Mohd Bador Syah (Maha Tammaraja) dengan Raja Perempuan Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia Benua Siam Kedah Kheag Tesh mendapat empat putera.

1. Putera pertama di gelar Raja Beruas Perak Nai Hisbu Mad Azam Syah @ Intaraja II (Song Tam Ayut’ia 1605 masihi).

2. Putera kedua digelar Raja Borneo Santubung, Sultan Saidina Hassan Syah, Dinasti Ayut’ia (bergelar Jetta/Chetta tahun 1610 masihi).

3. Putera ketiga digelar Raja Riau Sultan Shaari Riayat Syah Johor (Atthinawong Dinasti Ayut’ia tahun 1628).

4. Putera keempat digelar Raja Berunai Sultan Mustafa Kecil Bongsu (Dinasti Ayut’ia bergelar Prasat Thong 1630 masihi. Baginda garang orangnya dan sewaktu menjadi Maharaja Besar Ayuthia dia pernah menyerang Patani kerana engkar perentahnya. Ini kita harus terima sebagai konflik dalaman kerajaan Benua Islam Siam ketika itu).

Kedatangan Inggeris menyebabkan Australia dijadikan tempat buangan banduan dari England pada tahun 1788 masihi selepas mereka mengusir umat Islam Australia ke Pulau Timor Liste di zaman Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah Kheag Tesh dan penjajah Inggeris membunuh Raja Islam Australia di Albani Australia iaitu Sultan Sayid Ali Paduka Seri Sultan Chulan pada 1200 hijrah bersamaan 1789 masihi. Anakanda baginda Sultan Yusuf Al Mahadi turut juga dibunuh terkemudiannya (lihat gambar disebelah kanan, berjanggut putih).

Inggeris sepertimana yang kita ketahui bukan sahaja menjatuhkan Empayar Benua Islam Siam malah Empayar Islam Monggol India, Empayar Raja China Islam Manchu dan Empayar Islam Ottaman di Turki.

Begitulah wasiat yang saya terima. Wallahualam.

Monday, August 13, 2007

Lambang Kerajaan Langkat, Siak dan Makara Naga

Terima Kasih kepada pembaca blog ini yang telah menghubungi kami. Sudah pasti seperti yang saudara/i katakan setelah membaca blog ini banyak salasilah saudara/i yang diceritakan oleh keturunan terdahulu mula menunjukkan kebenarannya. Ini kerana disini diceritakan SEJARAH REALITI, BUKAN SEJARAH FANTASI !!, versi rakyat, mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah negara kita.

Untuk pembaca lain, ada diantara rakan pembaca kita mulai faham kenapa ada generasi mereka yang dikatakan berketurunan China Manchu, Bae dengan surname Ma. Ada yang berbangga menjadi orang Siam Islam di Kedah kerana mereka asalnya rakyat nagara Benua Islam Siam Kedah, berasal dari Kemboja dan menetap di kelantan dan banyak lagi. Jika saudara/i ada mempunyai apa-apa kaitan dalam salasilah saudara/i, jangan lupa menghubungi kami.

Rakan kami pula telah menjumpai logo kerajaan Langkat ini sewaktu meneliti salasilah Kerajaan Langkat dan ingin berkongsi dengan saudara pembaca blog ini. Sila teliti dan buatlah andaian sendiri. Patutlah warna kuning yang menjadi warna rasmi Maharaja China sehingga kehari ini menjadi warna raja-raja kita.

Ini URLnya,
http://www.4dw.net/royalark/Indonesia/langkat.htm


Hidung naga laut dalam logo tersebut (kanan) tinggi seperti Makara yang dijumpai di Sg Mas. Malangnya Makara yang di jumpai di Sg Mas kehilangan bahagian mata dan dahinya.


Sdr Salmi memaklumkan kepada kami bahawa Kesultanan Siak turut menggunakan lambang Naga. Ini gambar 'Siak Arms'yang dimaksudkan. Terima Kasih atas saranan dan keperihatinan saudara.



Andaian pelukis kedudukkan makara Sg Mas sekiranya diperlengkapkan bahagian yang hilang. Tidak berapa tepat tapi kemungkinan tetap ada. Tempayan Air untuk membasuh kaki dihadapan tangga makara tesebut.

Selamat membaca dan membuat penilaian terbaik.