Wednesday, May 9, 2007

Peperangan Kedah dan Siam (sebenarnya Thai Buddha telah menguasai negeri Siam Islam)

Dalam tahun 1767, Alaungpaya dari Sukuthai telah menawan Ayutthaya yang diperintah oleh orang-orang siam Islam. General Ayuthia yang berpaling tadah bernama Thaksin telah memerintah buat seketika sebelum digulingkan kerana dikatakan gila lalu digantikan dengan keturunan Chakri Rama I yang beragama Buddha.Peperangan Musuh Bisik 1821 berlaku di zaman beliau memerintah dan mangkat dalam tahun 1824 dan digantikan dengan Chakri Rama II.

Peperangan 1838 adalah peperangan yang berterusan dalam mempertahankan Kedah. Tapi ingat saudara/i sila baca Siam sebagai orang thai di sini,kerana orang-orang siam beragama Islam. Ini lah kebodohan bangsa penjajah yang tidak faham bangsa dan bahasa. Sejarah yang ditulis oleh mereka beratus tahun dahulu kita masih pelajari disekolah-sekolah hari ini walaupun kita sudah merdeka selama 50 tahun. Orang-orang Melayu Kedah adalah dari bangsa Siam yang berjuang mempertahankan Kedah dan berusaha untuk mengambil tanah jajahan hingga ke Satun dan Singgora (Songkhala). Kekejaman bangsa thai di Patani bukan baru berlaku saja, malah semenjak beratus tahun dahulu dimana mereka dilabelkan sebagai orang Burma.

Ikuti pengalaman Sherard Osborne disini,

http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/kedah1.htm

No comments: