Friday, May 18, 2007

Mohor Sultan Melaka di Riau

Oleh anaianai

Saya pasti saudara/i pembaca yang saya hormati sekalian ada membaca lapuran ini di dada akhbar tempatan baru-baru ini. Sekiranya belum, saudara/i boleh lah membacanya dalam lampiran yang saya sediakan dibawah. Saya juga ada membuat sedikit ulasan dibahagian akhir. Ikuti lapuran ini,


Mohor Sultan Melaka di Riau
Oleh Masni Ros Pakir Mohamad

MELAKA: Cop mohor yang didakwa digunakan Sultan Mahmud Shah yang memerintah Melaka antara 1488 hingga 1528 bagi membuktikan lambang kuasa pemerintahannya dikatakan disimpan seorang petani di Riau, Indonesia.

Cop mohor yang didakwa disimpan sejak lima generasi itu ditunjukkan petani terbabit kepada Exco Pelancongan, Warisan dan Kesenian negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim yang melawat Riau, minggu lalu.

Berikutan itu, bagi mengelak cop mohor itu dijual kepada pengumpul barang antik, terutama dari Eropah, kerajaan negeri akan meminta beberapa wakil agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) ke Riau secepat mungkin untuk membuat kajian.

Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Arkeologi dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan bekerjasama bagi membantu menilai kesahihan cop mohor didakwa milik Sultan Mahmud Shah.

Ab Rahaman berkata, kerajaan negeri akan mengutus surat kepada kementerian dan agensi terbabit dengan segera dan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, bahan sejarah terbabit perlu dibuat kajian segera bagi memastikan lambang Kesultanan Melayu Melaka tidak terlepas ke tangan orang lain.

Katanya, cop mohor bertulisan jawi itu dipercayai milik Sultan Mahmud Shah kerana atasnya tertera perkataan ‘Khalifahtullah Sultan Mahmud Shah Akhirul Zaman’.

“Cop mohor diperbuat daripada tembaga manakala pemegangnya daripada perak. Petani yang saya temui itu turut menyatakan ada menyimpan peralatan lain milik Sultan Mahmud Shah,” katanya ketika dihubungi.

Petani itu juga menunjukkan kepadanya cop mohor berbentuk seperti ‘buah jering’ bertulisan jawi tetapi ukiran sukar dilihat kerana terlalu kecil.

Katanya, petani terbabit turut mendakwa makam Sultan Mahmud Shah berada di Riau.

Menurutnya, semua cop mohor dan peralatan Sultan Melaka terakhir itu didakwa disimpan dengan baik oleh keluarga petani berkenaan sejak turun-temurun dan sempurna mengikut adat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.

“Bagaimanapun, kepastian perlu dilakukan untuk meneliti dan mengesahkan cop mohor serta peralatan lain milik Sultan Mahmud Shah itu adalah tulen atau sebaliknya. Kerajaan negeri juga berharap KeKKWa dapat membantu,” katanya.

Ab Rahaman berkata, jika cop mohor dan beberapa peralatan diraja lain milik Sultan Mahmud Shah tulen dan berjaya dibawa pulang ke Melaka, ia akan dapat membantu sektor pelancongan negeri serta menambah khazanah warisan Kesultanan Melayu Melaka.

Katanya, pengkajian lebih mendalam mengenainya juga boleh dilakukan kerana cop mohor itu menandakan lambang kuasa sultan dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negeri ketika zaman itu.

Sultan Mahmud Shah adalah Sultan Melaka keenam. Pemerintah Melaka yang pertama Parameswara/Iskandar Syah (1402-1424), Sultan Muhammad Syah (1424-1444), Sultan Muzaffar Syah (1444-1459), Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) dan Sultan Mahmud Shah (1488-1528).

Ulasan saya,

Terlebih dahulu saya memuji usaha Exco Pelancongan, Warisan dan Kesenian negeri Melaka, Datuk Ab Rahaman Ab Karim, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Arkeologi dan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), KeKKWA untuk mendapatkan semula cop mohor tersebut. Memang benar cop mohor yang di temui dalam simpanan seorang petani di Riau itu adalah milik Sultan Mahmud Syah Melaka.Akan tetapi, Sultan Mahmud Syah yang mana yang memiliki cop mohor tertera ‘Khalifahtullah Sultan Mahmud Shah Akhirul Zaman’ ini. Mengikut penyelidikkan saya di Melaka, terdapat 2 orang Sultan Mahmud Syah,

1) Paduka Seri Sultan Mahmud Syah, Raja Daerah (Bandar Hilir), 1488-1528, dan
2) Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah Pasai Ma, 1656-1688.

Cop mohor yang ditemui adalah milik Sultan Mahmud Syah yang ke 2. Sila rujuk salsilah Maharaja Benua Islam Siam yang ditulis oleh saya terdahulu di sini,

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/empayar-benua-islam-siam-ayuthia-nagara.html

Bukti seterusnya, adalah berasaskan kepada manuskrip Undang Undang Kedah, Maryam Salim, Dewan bahasa dan Pustaka, 2005, ms 98,

“Bermula di suruhnya Duli Yang Dipertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahu alaihi wasallam seribu enam puluh tujuh, tahun jim, bulan ramadhan hari Arba’a, fasal pada menyatakan undang-undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.

Tahun 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tahun 1657 masihi bukannya antara tahun 1488 – 1528 masihi. Perbezaannya terlalu ketara, sehingga melebihi 130 tahun. Sultan Mahmud Syah ini lah yang berkahwin dengan Tun Teja. Tun Teja bukan nama khas kerana dalam bahasa siam ia bermaksud, zaiton yang diceraikan setelah berkahwin dia tidak dapat memberikan zuriat lalu diceraikan oleh baginda.

Baginda kemudiannya berkahwin dengan Puteri Saadon Nang Kemuning ibni Sultan Ismail jambu Patani dan memperolehi seorang putera dan dua orang puteri. Putera baginda ialah Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau langkawi. Jika Bandar Hilir terletak di Melaka, Ulu nya terletak di Pulau Langkawi. Hari ini, makam baginda di Langkawi dikatakan sebagai makam purba oleh Persatuan Sejarah negeri Kedah, walaupun mereka mengetahui hakikat sebenarnya, seolah-olah menyembunyikan sejarah nagara Kedah demi mempertahankan periok nasi mereka.

Seperkara lagi, sekiranya cop mohor itu disimpan selama 5 generasi dan dikali dengan purata 70 tahun hidupnya satu generasi itu sudah pasti jumlah nya ialah 350 tahun. Kemudian tahun 2007 hari ini di tolak jumlah generasi 350 tahun, ialah bersamaan dengan tahun, 1657. Tak mungkin cop mohor ini milik Paduka Seri Sultan Mahmud Syah, Raja Daerah Bandar Hilir kerana tahunnya tidak sepadan.

Sultan Mahmud Syah bersemayam di Kota Lukud, bukan di Bandar Hilir Melaka. Kota Lukud masih ada sehingga hari ini dan disitulah mereka mempertahankan Melaka dari serangan belanda dalam tahun 1641, namun tewas. Turut terkorban dalam serangan Belanda ialah Hang Jebat, Sultan Riau yang dimakamkan di Kota Lukud. Barangkali sewaktu inilah cop mohor itu dilarikan/diambil/dicuri. Itu kita tidak pasti. Serangan Belanda di bantu oleh pelombong bijih dari Minang dan mereka memperolehi kawasan sendiri yang pada hari ini dkenali sebagai Negeri Sembilan. Baginda Sultan Mahmud Syah kemudiannya berpindah ke Kelang dan mendirikan Istana Alam Syah. Ban Ting di buka oleh baginda untuk puteri baginda bermaksud Kampung Cik dan putera baginda ketika itu Tuanku Mhiyuddin Mansur Syah bersemayam di Jugra. Dalam Bahasa Kedah, Cik adalah gelaran untuk anak perempuan kesayangan individu.

Baginda Mangkat di Kelang dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas. Makam baginda terletak bersebelahan makam Tunku Mohammad Chan (@ Tok Temeng) ibni Tuanku Nazreen yang membuka Gangga Nagara dalam tahun 1388 terdahulu. Tunku Mohammad Chan adalah ayahanda kepada Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (semak Undang Undang Kedah,ms 88) yang membuka Melaka dan bergelar Parameswara Melaka. Sejarah penjajah yang mengatakan Parameswara beragama Hindu, putera majapahit adalah karut dan fitnah semata-mata.Ketika itu orang Melayu kita, dari keturunan siam islam ini sudah bijak dan pandai untuk berkerajaan.

Gelaran Khalifah bukan saja digunakan oleh baginda malah oleh cucu baginda Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang terakhir memerintah dari Ayuthia yang kemudiannya berpindah ke Kedah dalam tahun 1767 apabila Ayuthia ditawan Thai. Khalifah Sharif dibunuh Thai di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman dalam tahun 1821 setelah diberi maklumat kepada thai oleh 2 orang si pengkhianat bangsa dan agama, Tunku Anum dan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Mereka berdua ini dicatit dalam sejarah Kedah sebagai wira kedah, sekolah dinamakan atas nama mereka, pada hal sejarah sebenar adalah sebaliknya. Kepada pihak berwajib, akuilah hakikat sebenar sejarah, jangan menipu rakyat lagi.

Banyak lagi maklumat yang disimpan oleh Raja Chakri Bhumiphol Adulyadej thailand hari ini. Saya yakin dan percaya cop mohor Khalifah Sharif, beratus dokumen dan manuskrip-manuskrip lama yang dirampas oleh Thai semasa mereka menyerang istana Kota Meang Kuang dan membunuh baginda dulu masih tersimpan didalam sebuah bilik khas. Bunga mas yang dihantar oleh raja-raja kita turut juga dirampas di Istana Kota Meang Kuang (bermaksud istana nagara luas). Hari ini, apabila kita mengkaji sejarah, kita pasti menyangkakan bunga mas dulu dihantar kepada mereka(thai), walhal tidak sama sekali. Ia dirampas di Kota Meang Kuang. Namun Allah Maha Adil, Mahkota Ayuthia, berbentuk cone dengan kalimah pada lilitan kepala masih berada di Kedah. Ini yang mereka cuba dapatkan dulu tetapi gagal. Bukti keislaman kerajaan Siam Ayuthia masih dalam tangan kita. Sampai masanya kita akan dedahkan juga tipu helah mereka.

Sepatutnya usaha untuk mendapatkan semula cop mohor itu turut dijalankan oleh Kerajaan dan Exco berkaitan dari Negeri Kedah diatas nasihat Persatuan Sejarah negeri Kedah yang sepatutnya lebih rasional menangani situasi ini.