Monday, June 30, 2008

KEUNIKAN MASYARAKAT SIAM ISLAM KEDAH:


BUDAYA DAN JUADAH ISTIMEWA

Oleh Mohd Salmi Baharom

Pengenalan

Sekiranya kita merujuk kepada manuskrip Undang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005 (teks asal bertulisan jawi) , terdapat bukti-bukti bahawa adat istiadat masyarakat Melayu di Malaysia hari ini seperti penggunaan sireh pinang dalam adat meminang, penghantaran cincin, membasuh kaki sebelum tidur, pantang memegang kepala dan lain-lain adalah berasal daripada adat orang-orang Siam Islam zaman dahulu yang merupakan akar umbi bangsa Melayu hari ini.

Saya juga adalah salah seorang yang membesar dalam masyarakat Siam Islam Kedah (saya menggunakan terminologi ini pada permulaan penulisan kalau-kalau masih ada pembaca yang tidak dapat membezakan antara Siam dan Thai) dan berasal dari keturunan pembesar yang berkhidmat dengan raja-raja Siam Islam Kedah bergelar Dato’ Nai (Syed) Lela Indera Jaya. Kehidupan kami sekeluarga dikelilingi oleh keturunan tentera-tentera dan pengikut-pengikut setia baginda.

Keberadaan kami disini hari ini sebagai penduduk kampong adalah jelas sepertimana menurut catatan TNL Kasim dalam tulisan beliau (sila rujuk Utusan Malaysia 13 Feb 07), bahawa Po Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzaffar Syah III ada menempatkan tenteranya di Mukim Rambai, Kedah setelah kembali dari Kemboja Cempakasari bersama pengikut-pengikutnya berikutan serangan tentera Buddha. Pada masa yang sama saya juga dapat memerhatikan keunikan masyarakat Melayu dari rumpun Siam Islam yang mana saya kira tidak terdapat dalam masyarakat Melayu di kawasan lain yang sudah pupus atau tidak menggunakan bahasa Siam nya.

Masyarakat Melayu dari rumpun Siam Islam di Kedah ini masih lagi memelihara bahasa Siam sejak turun temurun melalui perkahwinan sesama saudara yang dekat seperti sepupu, dua atau tiga pupu dan daripada kawasan lain yang berbahasa Siam juga. Dengan cara ini budaya tertentu masyarakat mereka yang lebih unik akan tetap turut terpelihara selain daripada bentuk rupa paras yang mempunyai ‘features’ tertentu seperti bola mata dan rambut keperangan, bermuka agak leper dan sedikit sepet .

Saya dapati seni budaya masyarakat setempat seperti wayang kulit, gendang keling dan gendang silat tidak terdapat dalam masyarakat yang tidak menggunakan bahasa Siam. Sesudah 6 tahun saya tinggal di Selangor tidak sekali pun saya mendengar bunyi serunai yang dimainkan bersama gendang silat dan gendang keling di mana-mana majlis perkahwinan atau keraian melainkan paluan kompang sahaja. Alangkah rindunya saya kepada bunyi tiupan serunai yang merdu menyentuh kalbu itu.

Wayang kulit

Wayang kulit merupakan satu permainan rakyat yang menghiburkan dan kerap kali dimainkan dalam ‘funfare’ di kampung-kampung sehingga awal tahun 80an terutamanya selepas musim menuai ataupun pada malam hari perkahwinan. Sekarang ini pertunjukannya begitu kurang dianjurkan oleh penduduk kampung dan kalau ada pun ia banyak dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan sempena majlis-majlis tertentu atau pesta keramaian.

Walaupun cerita dan karektor tertentu asalnya ada unsur-unsur pengaruh Hindu seperti Rama dan Sita dan kitab Mahabhrata dan Mahayana, tetapi pada zaman sekarang sudah banyak diubahsuai mengikut peredaran zaman dan persekitaran tempatan, isu-isu semasa dengan unsur-unsur nasihat dan lawak jenaka yang cukup menghiburkan. Kemungkinan pengaruh ini dibawa oleh pedagang-pedagang India atau hasil interaksi dengan kerajaan Moghul India yang turut mempunyai rakyat beragama Islam dan Hindu.

Thailand yang hari ini majoriti rakyatnya beragama Buddha turut mempunyai wayang kulit semenjak zaman Raja Besar Siam Islam memerentah disana. Walaupun selepas pihak Sukhothai menakluki Siam, melakukan ‘ethnic cleansing’ budaya dan bahasa, menciplak sejarah Ayuthia kononnya sebagai sejarah bangsa Thai, budaya ini terus kekal. Hakikatnya, siapa yang mengambil budaya siapa? Majoriti masyarakat siam di Thailand bertukar agama tetapi tidak budayanya kecuali di Satun (Setol), Patani, Yala dan Narathiwat dimana pengaruh Islamnya begitu kuat lantas mereka menolak agama Buddha yang dibawa oleh pendakwah thai. Penulisan disini tidak cuba menjawab siapa ambil siapa punya tetapi lebih menjurus kepada keunikannya dalam alam Melayu hari ini.

Saya pernah terbaca wawancara dengan seorang dalang wayang kulit Kedah dalam sebuah akhbar yang berkata syarat utama untuk belajar menjadi dalang ialah minat dan kebolehan seni membuat karektor wayang kulit menggunakan kulit lembu di samping mahir berbahasa ibunda iaitu bahasa Siam Islam Kedah.

Kelantan turut mempunyai wayang kulit ini walaupun karektor utama seperti Ekheng dan Etong (nama Siam) telah bertukar menjadi Wak Long dan Wak Dogol. Ini kerana Kelantan turut mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Siam kerana Sultannya dahulu Nik Muhammadiah bergelar Sultan Muhammad I juga adalah dari keturunan raja Siam Islam (Sultan Maulana Muhiyuddin Mansur Syah), Marhum Kota Palas Pulau Langkawi yang berasal dari Kedah (rujuk makam Purba di pulau Langkawi). Pada masa yang sama ayahanda Sultan Muhammad I ialah Mat Sirat dan bondanya adalah juga puteri raja China Manchu, adik kepada kakaknya yang dikahwinkan dengan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (dua puteri dihantar ke sini oleh Maharaja China Manchu).

Di Kedah kumpulan wayang kulit yang masih aktif dan paling tersohor ialah wayang kulit Seri Asun, Jitra sementara yang lainnya seperti wayang kulit Kg. Nawa yang beberapa kali menjuarai Pesta Kedah sekitar tahun 70an dahulu. Hari ini, dalangnya sudah pun bersara. Wayang kulit juga dijadikan alat dakwah Islamiah di Pulau Jawa satu ketika dulu oleh Wali Songo (wali sembilan) dan ada riwayat mengatakan Wali Songo ini asal usulnya daripada benua China (berbangsa China).

Ada versi lain wayang kulit seperti Wayang Purwo dan Wayang Gedek yang terdapat di daerah lain di nusantara seperti di Pulau Bali. Malah pertunjukkan wayang kulit versi masyarakat tempatan turut ada di Kemboja. Akan tetapi dalam konteks wayang kulit Siam Kedah, ia lebih mirip kepada wayang kulit Kelantan.

Saya sengaja tidak membincangkan tentang Menora, Makyung, Hadrah dan lain-lain kerana cuba memberi tumpuan kepada rumpun Siam Islam di Kedah ini sahaja. Malahan ada lagi permainan hiburan rakyat di tempat saya seperti Tajai (mungkin mirip makyung) dan Dikir (bukannya dikir barat Kelantan) yang sinonim dengan masyarakat Siam tetapi sudah pupus dan tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi lagi. Agak hairan juga sekiranya kita fikirkan kenapa dikir barat itu tidak dinamakan dikir timur sedangkan ia dikatakan berasal dari pantai timur.

Gendang Keling

Gendang Keling biasanya dimainkan dalam majlis perkahwinan semasa menyambut atau mengarak pengantin dan kadang-kadang meraikan kedatangan pemimpin ke majlis tertentu. Peralatannya terdiri daripada gendang penganak, gendang pengibu, gendang pribumi, rebana ubi, serunai, gambus, kompang, biola, dan terkini accordion yang sama dimainkan bersama gendang silat dan gong. Kalau dimainkan semasa berjalan, gendang digantung dengan tali di leher umpama gendang tarian Bhangra (Punjabi) dan dipukul dengan rotan. Di Kelantan ada Gendang Tari Inai mirip Gendang Keling yang juga dimainkan semasa majlis perkahwinan.

Di Kedah sendiri budaya ini lebih tertumpu kepada daerah yang ramai masyarakat yang boleh berbahasa Siam. Namun begitu, penulis mendapat maklumat bahawa Gendang Keling juga ada di Perlis dan di Seberang Perai.

Maklumat berikut (termasuk gambar) saya perolehi daripada website berikut,

http://serunaifaqir72.fotopages.com (ulasan saya dalam huruf italic)


As ‘Gendang Keling’ is another form of Malay traditional music that are rarely found in other states except in Kedah. Since now and then, few theories has been adapted to signify its existence since no documentation has been made before this.

i) The first theory referring to the assimilation between Malay and Indian society. It was long, long ago during the Sultanate period. (maybe 400 – 500 years ago).

Memang benar seperti tercatat dalam blog anai-anai, asimilasi ini berlaku melalui perkahwinan Putri Tunku Nur Aishah (sejarah India menyebut Aisyah Begum) dengan Raja Moghul Bahadur Shah di Istana Kota Naga, Kedah. Telah berlaku perarakan disertai beribu-ribu askar mengiringi pengantin ke istana yang diserikan di antara lain muzik Gendang Keling ini.

ii) Others said that it derives from the word ‘Keliling’ (surrounding), during that period when Sultan or his man came to the village, Gendang Keling will be played as a sign of greeting. There you can see ‘Silat Pulut’ is being held by a couples.

Sebagai seorang yang mahir dialek Kedah, agak sukar bagi perkataan “keliling” bertukar menjadi “keling” kerana keling biasanya merujuk kepada kaum India (dengan maaf, ia terminologi yang baik sebenarnya, tanpa sangkaan buruk atau menghina mana-mana kaum). Sementara silat pulut pula diiringi gendang silat, juga biasanya di majlis perkahwinan.

iii) According to my Guru, many of the Indians who are attracted to the sound came over to watch, some how later on the term ‘Keling’ is used to refer to the show or gendang.

Tidak ada orang-orang India di sekitar tempat asal saya yang dipenuhi sawah padi yang luas datang untuk melihat kumpulan Gendang Keling ini. Tidak tahulah kalau dimainkan di tempat dimana terdapat ramai orang-orang India ini jika mereka turut juga berminat. Yang pasti bunyinya tidak sama dengan gendang Bhangra.

Ikuti persembahan Gendang Keling disini,

http://www.youtube.com/watch?v=Q0X0sg0e5MA

Kumbloi

Kumbloi merupakan sejenis tanglung berbentuk cylinder lebih kurang 3 kaki garispusat dan 7 kaki tinggi dibuat rangka dengan buluh dan dikelilingi kertas putih yang sama dengan kertas wau. Menggunakan prinsip seperti belon panas, ada kepingan isi kelapa kering diikat pada bahagian bawah dan dibakar untuk memanaskan udara bagi mengapungkan kumbloi itu di udara dan perlahan-lahan terbang ke atas. Pembuatannya memerlukan kemahiran yang tinggi lebih-lebih lagi isi kelapa perlu dijemur berminggu-minggu dan beratnya mesti kurang daripada berat badan kumbloi itu.

Beberapa bulan lepas saya ada menyaksikan sebuah filem Vietnam dalam siaran Astro yang mengisahkan seorang raja zaman purba memakai jubah dan kopiah hijau yang kematian isteri dikasihi seolah-olah raja zaman Champa yang pernah berkerajaan di Vietnam. Salah satu acara keramaian ialah memasang kumbloi ini pada waktu malam. Jumlah yang banyak dipasang cukup meriah menghiasi kegelapan malam.

Lalu saya terfikir inilah juga yang dimainkan di kampung saya semasa malam raya. Menurut ayahanda saya, semasa beliau muda dahulu kumbloi ini memang menjadi kebiasaan disediakan dan dipasang untuk menyambut malam raya. Semasa menyambut aidilfitri pada 2001, beliau telah membuat kumbloi ini untuk menunjukkan kepada generasi baru budaya tradisi yang sudah terhakis ini (seperti gambar).

Kumbloi mula-mula didirikan


Api dari lilin dinyalakan dibahagian bawah


Kumbloi mula diapungkan


…dan dilepaskan ke udara.

Bukanlah niat penulis untuk membuat tuntutan bahawa kumbloi ini hak mutlak budaya orang Melayu dari rumpun Siam sahaja. Sekiranya ada persamaan dengan kaum utama lain di Asia Tenggara seperti di Kemboja Cempakasari, sudah pasti tidak menghairankan oleh kerana ‘China connection’ itu tetap ada dalam masyarakat Melayu dari rumpun Siam Islam di Kedah hari ini.

Letupan bedil

Blog sahabat kita, The Malay Press ada menyatakan perihal Sultan Pahang yang masih mengekalkan tradisi bedilan meriam 11 das sebelum dan selepas berangkat menunaikan solat sunat hari raya seperti yang ada tercatat dalam UUK, ms45, sebagai adat istiadat raja-raja zaman dahulu.


Ini saya boleh kaitkan dengan beberapa majlis perkahwinan yang pernah dihadiri di kampung di Kedah yang mana ketibaan pengantin disambut dengan bedilan senapang patah ke udara, bahkan ada yang sampai beberapa laras sampai berdentum dentam. Bukankah pengantin itu raja sehari? Pada zaman dahulu rakyat biasa dilarang memakai pakaian kuning tetapi diberi pengecualian untuk majlis raja sehari. Hendak mencari meriam memanglah sukar dengan itu senapang patah atau meriam kabat sahaja menjadi ganti bedilan meriam.

Disamping itu balai-balai dibina dari batang-batang buluh untuk jemputan kenduri. Daun pokok kelapa di potong bagai arch untuk menghiasi dinding balai-balai tetamu sementara balai memasak dinamakan 'rong bau' turut didirikan. Di sini kita dapat lihat semangat kemuafakatan masyarakat Melayu dari rumpun Siam ini apabila tiba majlis perkahwinan. Pendek kata sekiranya kenduri itu tempohnya tiga hari tiga malam, orang-orang kampung tidak akan balik untuk makan nasi dirumah dalam tempoh tersebut, cukup dengan singgah makan dirumah kenduri.

Apabila menyambut hari raya orang-orang Melayu dari rumpun Siam ini secara keseluruhan masih gemar bermain meriam buluh, meriam tanah, mercun dan pelbagai jenis bunga api walaupun dilarang oleh pihak berkuasa. Meriam yang menggunakan kabat (carbide) diletupkan sewaktu berbuka puasa dan sahur disamping pada malam raya. mercun dan bunga api turut digemari oleh kaum-kaum lain di Malaysia terutamanya kaum Cina bila menyambut Tahun Baru. Ini tidaklah menghairankan kerana teknologi mercun dan ‘gun powder’ itu sememangnya berasal dari negeri China.

Keunikan juadah

Mayarakat Siam Islam Kedah turut mempunyai beberapa juadah kegemaran yang diwarisi turun temurun dan tidak terdapat atau sukar diperolehi dalam masyarakat Melayu lain.

Di antaranya ialah gulai daging lembu atau kambing bersama umbut batang pisang yang paling dalam yang biasanya dimasak untuk hidangan kenduri. Gulai yang dimasak dalam kawah besar ini mempunyai aroma yang sangat menyelerakan dan enak dimakan semasa masih panas. Bangsal memasak ini didirikan khas berdekatan rumah dan dikenali sebagai “kedohok” sementara ketua tukang masak lelaki dipanggil “Tok Khrua”. Resepi pelbagai masakan kenduri ini diwarisi oleh beliau secara turun temurun.

Baru-baru ini turut disiarkan dalam harian Kosmo! rencana mengenai gulai ini yang menurut tukang masaknya seorang pak cik di Kodiang, gulai ini lebih sedap kalau umbut batang pisang itu diambil dari pokok pisang hutan yang tumbuh liar. Ada maklumat mengatakan asalnya umbut pisang ini digunakan untuk menghilangkan bau hamis daging kambing tetapi selepas turut dicuba dengan daging lembu ia menjadi sedap juga.

Daging lembu mentah yang sudah dibersihkan juga dijadikan kerabu dipanggil “kerabu daging mentah”. Daging mentah yang dibuang darahnya dipotong halus dicampur dan diadun dengan bahan-bahan lain seperti serbuk lada hitam, santan dan lain-lain herba sehingga pemakannya jika tidak diberitahu tidak akan perasan bahawa daging itu tidak dimasak menurut kaedah biasa. Ia masak dengan sendirinya berikutan campuran (marinate) pelbagai herba tempatan yang panas sahaja.

Daging panggang yang dicicah dengan air asam campur belacan dan bercili api seakan sudah menjadi hidangan harian semasa bulan Ramadhan. Sebelum dipanggang atas bara api, daging itu dibersihkan, dikapit pada batang buluh dan disapu kunyit bercampur garam secukup rasa. Variasi kepada daging panggang ini ialah lidah dan hati panggang yang juga lazat. Di pekan-pekan kecil seperti Tualang, Tanah Merah dan Kubur Panjang memang setiap hari bulan Ramadhan ada disembelih lembu untuk bekalan daging segar yang sangat tinggi permintaannya. Daging yang lebih boleh pula dikeringkan dengan dijemur bawah sinaran matahari dan boleh digoreng sebagai juadah.

Ada lagi sejenis gulai yang unik dibuat menggunakan pucuk juar atau nama lain pucuk joha. Menurut ibu saya yang pernah menghadiri kenduri perkahwinan saudara mara di Patani, gulai pucuk johar menjadi hidangan utama kenduri di samping pulut kuning sementara di tempat kami ia hanya hidangan biasa. Orang-orang Melayu dari rumpun Siam di Kedah hari ini masih lagi mempunyai saudara mara di Patani Yala dan Narathiwat. Kedudukkan tempai ini sebenarnya tidak jauh kerana ia boleh di masukki melalui pekan Durian Burung (lihat peta voyage map di sebelah kanan).

Pelbagai jenis kerabu daripada hasil tumbuhan juga sangat enak dimakan. Di antaranya yang saya kira unik ialah kerabu umbut pokok rumbia, nyiur, dudor (sejenis pohon palma tumbuh di belukar), kerabu udang bendang, siput pahit masak lemak daun kadok, nasi lemak kuning, buah beka dan jantung pisang. Ulam kegemaran pula ialah seperti petai bakar atau rebus, pucuk cemamar dan sejenis pucuk hutan dipanggil setang berasa pahit campur lemak yang perlu dilayur pada api dahulu.

Ada sejenis cendawan dipanggil kulat tahun atau “het pi” yang sangat enak dibuat kerabu bercampur kerisek kelapa dengan rasanya pahit-pahit lemak. Cendawan ini berwarna putih campur kehitaman tumbuh selepas musim hujan di bawah sejenis pokok bakau di darat. Di kawasan yang orang-orang tidak tahu cara memakannya, cendawan ini hanya dibiarkan begitu sahaja kerana tidak tahu ia boleh dimasak dan dimakan.

Satu lagi yang unik ialah sejenis tumbuhan sayur dipanggil daun maman yang dijadikan jeruk. Jeruk maman dicampur dengan menghiris bawang kecil dan cili padi dan di makan dengan nasi. Memang menyelerakan. Juadah ini turut menjadi salah satu sajian di istana Sultan Kedah sekarang. Tak lupa juga ikan sepat pekasam memang tetap menjadi hidangan yang cukup istimewa.

Seterusnya, sejenis ketupat dipanggil chang yang diperbuat dengan pulut dan dibalut dengan daun buluh. Bagaimana pun hanya generasi tua yang mahir membuatnya dan ia sudah mula pupus dalam masyarakat Siam Islam. Orang-orang selatan Thai juga ada ketupat ini tetapi lagi sekali siapa ambil siapa punya? Tidak hairanlah jadi begitu memandangkan mereka juga dari rumpun yang sama dengan orang-orang Siam Islam di Kedah. Sekiranya mereka-mereka ini berada didalam Malaysia sudah pasti mereka dikenali sebagai Melayu.

Selain laksa yang menjadi hidangan keseluruhan masyarakat Melayu, kami juga ada laksam yang berupa kepingan tepung beras kukus yang dipotong seperti koay teaw. Laksam ini juga boleh didapati di Lembah Kelang yang dijual peniaga dari negeri Kelantan tetapi Laksam Kelantan sedikit berbeza kuahnya daripada Laksam Kedah.

Walaupun secara umumnya, juadah Kelantan banyak menggunakan gula tetapi beberapa juadah seperti Daging Bakar, Daging Kering, Laksam dan pelbagai jenis kerabu memang hampir sama dengan masakan orang-orang Melayu dari rumpun Siam Islam di Kedah. Apabila membuat perbandingan dengan Kelantan, perlu diperhatikan bendera kedua-dua negeri ini mempunyai latar belakang merah yang sinonim dengan ‘China connection’ dari sejarah zaman silam. Tidak menghairankan bagi mereka yang mengetahui sejarah realiti.

anaianai:Bercakap mengenai hubungan kebudayaan dengan China saya teringat mengenai satu kepercayaan iaitu sewaktu gerhana bulan dizaman dahulu. Orang-orang kampong di Kedah akan turut memukul periuk belanga sewaktu gerhana sedang berlaku. Kaedah ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa Naga sedang menelan matahari dan harus dihalau dari terus berbuat demikian. Anehnya, kepercayaan ini berasal dari kepercayaan orang-orang China. Seperkara lagi kalendar orang orang Melayu dari rumpun Siam Islam juga mengambil kira tahun-tahun binatang menurut calendar China akan tetapi tahun khinzir telah ditukarkan ke tahun kura-kura.

Pasai makan nie ish ish...rugi hampa dok sana no?....aku nak p pekena dah nie...jom aku belanja..hehehe, terima kasih mi untuk artikel nie.

22 comments:

Mohd Khairul Anwar said...

Sdra Mazlan;

Terliur saya bila baca blog tuan pasal budaya makanan dan juga seni yang dah lama (lebih 20 tahun) ditelan sejarah.

Saya agak sedikit beruntung walaupun saya membesar di Lembah Kelang tetapi saya kerap pulang ke kampung di Tobiar dan mempelajari budaya Melayu Siam; baik dari aspek makanan, budaya serta bahasa yang unik. Saya, sepertimana bapa saya yang terpelajar tidak pernah berasa CIKAI & KOMAN berbahasa Siam yang dipelajari secara automatik dengan nenek saya yang sehingga akhir hayatnya tidak sampai 30% bertutur bahasa Melayu dengan saya. Bahasa Thai dipelajari semasa di Universiti Malaya.

Saya agak emosi dalam bahasa ini memandangkan arwah ibu saya juga berbahasa Siam. Cuma disebabkan datuk paternal saya berbahasa Melayu, ia agak mengehadkan kelancaran sebutan tona bahasa Siam saya yang berlidah Melayu. Harapan saya ibu-ibu bapa yang berbahasa Thai perlu mengajar anak-anak mereka bahasa Siam kerana ini adalah warisan leluhur.

Insya-Allah dalam bulan puasa yang tidak lama lagi dapatlah saya merasa kerabu mentah. DI Turki juga terdapat resepi yang hampir sama.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Sesudah 6 tahun saya tinggal di Selangor tidak sekali pun saya mendengar bunyi serunai yang dimainkan bersama gendang silat dan gendang keling di mana-mana majlis perkahwinan atau keraian melainkan paluan kompang sahaja.

Ada Mi, tapi susah nak cari, ko pandai main ke? Aku ada kaki. Lagipun semenjak Pak Din Lambung tu meninggal, gendang2 ni dah kurang dapat perhatian...tahun cemerlang Pak Din era 1995...

Selangor kat mana Mi?

Unknown said...

lepaih baca description dan blogs nih, baru saya paham pasai apa org malaysia suka sangat makan tomyam,som tam, kerabu apa2 ntah lagi yg org pattani dok meniaga tu. teruskan perjuangan!

zulfaag.fotopages.com

Salmi said...

Sdr Khairul,
Sebelah ibu saya pun orang Tobiar, Kg. Kepala Bukit. Makanan kita yang unik tu susah dapat kat tempat lain di Malaysia ni. Ada 2kawan tempat kerja saya yang beristerikan orang Kedah (Alor Setar dan Tg. Musang) juga sependapat.

Sdr Malaypress,
Aku kat USJ 1.Masa kecik kecik pernahlah cuba gendang silat ni. Nak main serunai tu lagi susah sebab kedua-dua pipi kena berterusan kembung nak pastikan supply udara ke serunai, manalah nak bernafas lagi.Kalau tak diwariskan, permainan ini pun boleh pupus.

Nota tambahan: kedohok (dialek Kedah) dan rong bau (Siam) merujuk kepada bangsal memasak yang sama cuma aku tak tau asal perkataan kedohok tu.

Satu perkara lagi anak-anak aku memang rambut perang masa kecik tapi lebih hitam bila besar. Mata hitam warna perang ni kekal. Ada maklumat kata ini gene dari Parsi.Kalau mata nak sepet ni China punyalah.

Kalau kita semua ni boleh dok sembang-sembang minum teh sambil pekena laksam dgn nasi lemak kuning panas kat best!

amirulhusnitekpi said...

assalamua'laikum

themalaypress, pi kat laman web si serunaifaqir tu. namanya Khairul, kami panggil Abg Chai jer. Dia memang seorang pemain serunai dan kumpulan yang ditubuhnya ialah Kumpulan Gemala Kasturi. Abg Chai banyak kenalan guru2 gendang dan serunai seperti Pak Din Guai Pahang (asal org Kedah), Pak Teh Mat Khir Jitra dan Pak Teh Mid Pendang. Pak Teh Mid ada masuk majalah tempoh hari tapi tak ingat nama majalah tu. Dia bukan sahaja pakar main serunai dan gendang, tapi pakar dalam pembuatan alat2 tu dan juga pandai bermain Wayang Kulit/Siam.

Kalau di Baling, dulu gendang silat semakin berkurangan dan tidak dapat sambutan, tapi sekarang, diatas usaha Pak Guru Silat Kuntau Tekpi, Cikgu Sani, dah semakin bercambah kumpulan gendang silat kat Baling, terutama sebelah Weng dan Kg. Siput.

anaianai said...

Yes Khairul macam tu lah kita bila tinggal jauh diperantauan. Tahiah diatas usaha saudara sendiri untuk mengekalkan saki baki budaya siam islam di kedah ini. Banyak diantara kita yang tau dan amalkan tapi banyak pula yang tidak mengetahui. Teruskan usaha saudara dan dan syabas dari kami.

One plate of kerabu daging mentah on the way for this coming ramadhan !!!!

anaianai said...

Man TMP, kao tau tak si salmi ni dah tak tahan dah tinggal kat sana. Aku kat sana 23 tahun..hahaha..lagi lah berasap dan tak pernah aku jumpa gendang keling kat kenduri d sana...sah kompang memang ada dimana-mana tapi macam tak lengkap.kau kalau ada contact bagus lah boleh buat video masa dia orang buat persembahan..nanti aku boleh linkkan .

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Jap nanti aku aplod satu scene gendang silat. tapi ni Silat Fatani la...ni masa sultan selangor p rasmi Kelab Sultan Sulaiman baru2 ni...(tahun lepas)

Kalau nak tahu ada gene ke xde..cuba dengar lagu Mnasir tuh...intro mentera semerah padi. kalu naik bulu tengkuk tu makna kata ada la tu sedikit sebanyak...:-)


Tapi nak konfom satu ja, kalau siam ada keris makna pakai silat, tu yang muay sembah kera tu sapa punya? Thai punya ka? Yang ni kena bagi pejelas sebab ramai yang rosak akidah bila masuk bab tari Sang Kera Hanuman tu (maaf la sapa yang ada bajar)

anaianai said...

Kalau ada gambar baguslah boleh pakat-pakat share semoga dapat petunjuk. Pasal sembah kera tu depa punyalah sapa lagi,TMP.

Tak mungkin raja-raja kita bawa kot situ...yang ada saki baki hari ni kat keluarga tak bawak ikut jalan itu, jalan ilmu tasawuf adalah...Zat Tarjalli Sifat Muhammad, Sifat Menjadi Kalamullah, cukup la kot, nanti pembaca pening pula. Sah mesti dah tapi memang valid hadis tuntutlah ilmu sampai kenegeri China itu.

Kalau yang berlawanan dengan akidah Islam tu sekilas ikan diair sudah kita tahu jantan betinanya.

Tapi herankan, kita ni semua dizaman dulu tak cukup maklumat sebab itulah sampai hari ini kita masih lagi menyebut thailand sebagai siam...orang kedah pun sebut siam juga, bukannya thailand, pada hal tahun 1767 raja Siam Islam telah diserang dan diusir oleh puak Sukhothai.

Sama-samalah kita bagi sedikit sumbangan betulkan kembali sejarah agama Allah di Nusantara ini.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

seriau nak komen lebih2 bab agama, takut nanti salah faham. yang ni kena cari guru la. cerita sejarah pun dah kira baguslah ni...

tapi kalau maharaja semenjak Merong Mahawangsa (sultan muzaffar syah 1) kita dulu bawak Sifat Muhammad makna okla tu...tak lari dari jalan sunah wa jamaah yang dibawak ulama2 nusantara dulu2.
tak kira la dia mai ikut mana...parsi ka arab ka turki ka...china ka...wali songo ka, ajaran Nabi tu la jugak. tu yang puak2 kafir ni marah sangat ni.

kebanyakkan hari ini silap faham, depa pecaya sejarah, tapi depa ingat merong mahawangsa tu buddha..sebab bagi depa siam tu buddha, macam aku dulu pun berat nak terima. tapi bila tau saja baginda KONFOM Islam, baru semua kajian masuk line cantik punya...esp. bab perang sabil 1821. Lagi satu Siam lagi senang sebut dari Thailand..mungkin depa x suka sebut Thai sebab x nak ngaku kuasa Thai..

aku minat bab sejarah perang jer...ada satu lagi perang Tani..penah dengar?

Mohd Khairul Anwar said...

Sdra semua;

Ok jugak kalau kita ada satu sesi TT ke time saya ada di KL. Tiap2 bulan at least sekali balik KL. Raya tahun ni dalam raya keempat baru sampai Kedah, turn wife di Johor dengan Perak dulu.

Kita kena usahakan macam yayasan ke untuk pelihara budaya2 ni daripada pupus. Kalau tak silap saya kali terakhir saya tengok gendang keling pada sekitar awal 80-an (80-83) di Kepala Bukit, Tobiar (dekat rumah yang turun bukit/guar menghala ke sawah tu dan di Kubur Panjang). Mujur saya selalu minta izin parents untuk stay lebih panjang di Sg Mati/Titi Kera kalau tidak saya miss banyak kerana tinggal jauh dari Kedah.

NOW l can understand better why we have of sort of Chinese looks, Indian, or Thai features. Contrary to our original mother tongue, Thai language/SIAM; we 'quite religious' as we had few pondoks institutions (Tualang, Kg Bukit, etc).

It's not uncommon for us, when our neighbors always confused when my mother's siblings only converse in Thai instead.

I wish l can teach my sons the language beside Chinese as their maternal side strong with Chinese features.

Anai-anai,

We have same alphabets with modern Thai?

amirulhusnitekpi said...

assalamua'laikum

Yang saya paling pelik sekarang ialah bila orang Islam kat Malaysia pi belajar Tomoi tak tutup aurat...lepas tu pi dok buat tari depa macam TMP cerita tu.

Bukan salah nak belajar Tomoi, tapi yg mengajar dan yg belajar tu kena pakat2 fikir balik la adat mana yg bagus, yg mana tak bagus. Boleh apa main Tomoi tutup aurat. Boleh lagi la nak buka tari cara elok, tak perlu ikut budaya Thai. Maaf kepada pengamal dan pengajar/kru Tomoi.

Org Thai dok kata Naresuan sebagai pemerintah yg mempopularkan Tomoi (atau depa panggil Muay Thai...kenapa nak diletak Thai dibelakang Muay/Moi?? dah bukan depa punya :) ).

Kalau dah Naresuan dikatakan pelopor Tomoi, sahih kita (Siam) punya. (patutla tak dipanggil Muay Siam)

nanti nak belajar dgn Pak Teh Mid la Tomoi ni :) ada sapa nak ikut?? :)

Satu perkara nak kongsi dgn rakan2 kat sini. Saya pesilat Silat Kuntau Tekpi yg berpusat di Baling, Kedah. Kalau ikut warisan silat ni, pengasasnya ialah Allahyarham Panglima Taib bin Wan Hussein. Kalau diikutkan cerita pewaris sekarang, dulu ada beberapa 'panglima' sezaman, dan salah seorang dikenali sebagai 'Panglima Ismail'.

Pendapat saya mengatakan kemungkinan 'Panglima' Ismail ni sebenarnya Raja Kinta yg diwasiatkan seperti yg tertulis dalam blog ni iaitu Sultan Ismail. Baginda dikatakan telah diserang hendap di Baling (tolong perbetul jika salah).

Kemungkinan Taib ni salah seorang panglimanya yg terselamat dan telah bermastautin di Baling selepas kejadian itu. Cerita berkenaan panglima2 ini pula mungkin telah diubahsuai untuk tidak diketahui tentera Thai ketika itu.

Ini hanya pendapat saya dan bukan pendapat rasmi perguruan/pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia. wallahua'lam

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

amirulhusni.
kalau pegerakan ada unsur sami buddha bukan Siam la kot...Narai pun pakai keris...

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Oh ya. yang ni sensitif sket.minta maafla awal2 pada pembaca lain.

Dalam bab seni pertahanan diri ni, jika kita buat kaji semuanya berasaskan dari 'root' pegangan agama mereka.

contoh:
Sholin, Kungfu :taosim - confucism
Karate, Taekwondo, Aikido:Shinto
Muay Thai: Buddha,Kera Hanuman
Capoera : tari natang Brazil etc

Memang tidak salah kita belajar dengan alasan untuk menimba ilmu pengetahuan; tapi perlu diingat:

perang antara Siam vs Thai ini adalah Perang Agama (Sabil)!.

Waris2 maharaja Siam telah pun menyatakan asas pegangan agama mereka yang berpaksikan tauhid dan sunah rasul.

Thai Buddha juga tidak akan mengaku bahawasanya mereka merampas ketamadunan Siam Islam, kerana itu mereka mengembangkan Seni Thai mereka keseluruh dunia, untuk menyerapkan fahaman agama mereka secara halus.Ini kita perlu sedar. Tari kera tidak boleh dipisahkan dengan Muay kerana itu 'root' mereka.

Bagaimana mereka boleh mengagungkan King Naresuan sedangkan makam King kebanggaan mereka itu berada di Tanjung Inggeris bawah pokok Manggis (kan)?

Jelas mereka memutar belit sejarah dan cuba menyelitkan unsur dan produk agama buddha untuk dibanggakan.

Dan cuba bayangkan Tok Bendang Daya, Syeikh Daud Fatani dll ulama nusantara mengajar Muay di pondok2 dan guna Muay masa nak berperang. Ada logik ke...?

Asas UUK juga adalah Syariat Islam dan menyatakan dengan tegas tegahan berbuat syirik dan dosa2 besar yang lain...termasuklah zina, mabuk, sembah berhala dan lain2 lagi.

Minyak dan air tak bercampur...Bahasa Siam dan Thai berbeza, begitu jugalah pegangan agama mereka.

Maharaja tonggak agama.

Sekian...fikirkan.

amirulhusnitekpi said...

assalamua'laikum

TMP, macam kita dok baca dalam blog ni, org Thai sudah ambil budaya dan tatacara Siam sebagai depa punya sejak 1767 lagi. Kemungkinan atau keberangkalian seni Tomoi itu dulunya bersifatkan Islam ada. Itulah kita kena kaji. Kajian ini pula tak akan terlaksana kalau kita senang lenang nak 'generalize' kan seni beladiri sekarang mengikut latar belakang agama.

Ambil contoh silat di Bali. Kebanyakkan silat di Bali berlatarbelakangkan agama Hindu. Jadi adakah kita nak 'generalize' Silat sebagai Hindu?

Di China, banyak juga kung fu Islam seperti Bajiquan dan Zhengquan yang diasaskan oleh orang Islam China atau orang Hui. Malah dalam seni kungfu Shaolin pun, pergerakan Tantui yang sekarang Sami Buddha dok belajar kat sana, mereka akui sebagai pengaruh daripada senaman orang China Islam.

Saya cukup tak setuju bila TMP kata Tomoi tak boleh diajar di pondok agama. Pasai apa? Kerana Allahyarham Tok Wan saya sendiri yang mengajar Tomoi di sekolah pondoknya di Jitra dulu. Bukan sahaja Tomoi malah juga Silat. Sudah tentu di dalam suasana pengajian pondok agama mereka semua tutup aurat dan tak mengamalkan tari hanuman ka atau apa2 lagi 'unsur' buddha.

Jadi apa yg saya nak katakan disini ialah perangai orang kita yg tak tahu nak menilai baik buruk apabila sanggup menggadai perkara aurat dan menyambung unsur2 agama lain didalam seni beladiri yg dipelajari. Dah kita kat Malaysia banyak org Islam yg belajar Tomoi, apa salahnya kita meng'Islam'kan semula Tomoi tersebut? Itu yg menjadi persoalan saya.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Tutup buku bab seni pertahanan diri.:-) nanti panjang cerita x abih berjela2.

Emm..sebelum tu, silat kuntau tekpi berasaskan apa ek, saya dok cari web x jumpa daaa...sorry la.

wassalam.

Salmi said...

Satu perbincangan yang menarik. Perlu dijelaskan di Kedah tomoi juga kadang-kadang dipanggil silat tomoi dan ada dimainkan juga di majlis kahwin sebagai selingan dan turut diiringi gendang silat.

Satu lagi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini, tomoi begitu banyak diajar guru Islam di Kedah. Kemungkinan bermula di Ayuthia itu ada. Tapi kalau di Eropah tomoi yang dipanggil kickboxing muridnya pakai seluar panjang kenapa kita juga tak boleh adjust supaya tutup aurat.

Mohd Khairul Anwar said...

Brothers and sisters;

Lets reWRITE both Thai and Malaysia history from true perspective. BTW l still puzzled why we called Siam language as Thai, i.e meng ro fang Thai mai-Kedah Siamese? Do you understand Thai. In Thai, Poot phasa Thai mai pen; l can't speak Thai.

The root of both language definitely share many common BUT the latter have strong influence from other languages

Wiki said...Southern Thai (or Pak Tai) is spoken by about 5 million people, mainly in Southern Thailand. It is part of the Tai family of languages. Mostly found in the 14 southern provinces, from Chumpon to Narathiwat, the language contains many words of Malay origin, in part because many of the speakers are Malay, or Pattani Malay, and because of its proximity to Malay-speaking regions.

Thai, Southern
A language of Thailand

ISO 639-3: sou
Population 5,000,000 (1990 Diller). Population includes 1,500,000 to 3,000,000 or more Muslim Tai (2001).
Region Chumphon, Nakorn Srithammarat; 14 provinces total. Muslim Tai in provinces of Chumporn, Nakorn Srithammarat, Phattalung, Songkhla, Ranong, Phanga, Phuket, Krabi, Trang, Satun.
Alternate names Pak Thai, Pak Tai, Paktay, Dambro
Dialects Tak Bai (Tai Tak Bai), Thai Malay (Tai Islam). A group of dialects more distantly related to other Tai languages. The border dialects are quite distinct from others.
Classification Tai-Kadai, Kam-Tai, Be-Tai, Tai-Sek, Tai, Southwestern, Southern
Language use 81% use Southern Thai in the home, Muslim Tai ('Thai Malay') speak only Southern Thai. 8.5% use Central Tai.
Language development Speakers read Central Thai.

According to wiki source, standard Thai based on Central Thai...Standard Thai, also known as Central Thai or Siamese, is the official language of Thailand, spoken by about 65 million people (1990) including speakers of Bangkok Thai (although the latter is sometimes considered as a separate dialect). Khorat Thai is spoken by about 400,000 (1984) in Nakhon Ratchasima; it occupies a linguistic position somewhere between Central Thai and Isan on a dialect continuum, and may be considered a variant or dialect of either.

Bottom line: We have unique language of Siam, which is very related to our root, Muslim.

amirulhusnitekpi said...

assalamua'laikum

TMP dok kat mana?? Kalau dok KL, boleh pi gelanggang PSSKTM kat Keramat atau boleh pi jauh sikit kat Bandar Tasik Puteri.

Kalau berminat, email saya dan saya akan bagi nombor telefon dan alamat jurulatih2 Wilayah atau Selangor.

Takdak?? ada la. Kalau kat internet, taip kat google 'silat kuntau tekpi'.

Secara ringkasnya, asas Silat Kuntau Tekpi berdiri tegak menghadap musuh dan dengan tenang menewaskan musuh menggunakan pukulan atau kuncian atau kedua-duanya. Pelajaran pelebat, tapak, senjata, tempur, buah pukul, tari dan silat pulut juga diajar. Tekpi merupakan senjata resmi.

wassalaam

Salmi said...

Dari segi sejarah Wilayah Selatan Thailand sekarang bermula daripada Segenting Khra, agak terkemudian dijajah Thai. Selepas Ayuthia ditumpaskan puak Thai, raja besar masih bersemanyam di Nakhon Sithammarat (Ligor)dan menguasai kawasan ini. Jadi penghakisan Bahasa Siam secara nisbahnya kurang daripada kawasan utara Thailand.

Masih ada masyarakat Siam Islam warisan Ayuthia sekitar Bangkok yang berbudaya Melayu Islam tetapi berbahasa Thai sesama sendiri pada hari ini.

Di antara perkataan Melayu lain dalam bahasa Siam di Kedah ialah "rakan" dan "pelik". Perlu diingat perkataan Melayu yang bermaksud sama iaitu "kawan" dan "ganjil" tidak digunakan.

Salmi said...

Berbalik kepada makanan istimewa, satu lagi yang unik ialah pulut kukus makan dengan lauk ikan tamban kering goreng dan nyiur kukur. Selalu dihidangkan sebagai sarapan biasa atau untuk pekerja kenduri waktu pagi. Kena dengan kopi O panas memang terangkat.

Kita orang utara makan durian pun dengan pulut dan santan. Kepada orang-orang Kedah yang masih belum cari calun isteri, hal makanan ni perlu difikirkan juga he..he.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Bandar Tasik Puteri tu baru buka kan? 2 bulan ke 1 bulan lepas betul? Kalau tak de aral, bila free nanti aku ke sana la...

aku ada sorang member, ayah dia Pak Guru Kuntau Tekpi (area wangsa maju). Tapi x pernah citer bab silat dengan dia...kenal2 gitu je.

Ni aku nak cari kamus bahasa siam-kedah la. mana nak cari ni?