Tuesday, July 8, 2008

Sejarah sedang ditukar?

Terbaru, kami dapati ada usaha-usaha mereka yang berkepentingan yang cuba menukar sejarah dengan mengatakan Raja Lumu (Sultan Selangor pertama) di tabal oleh Sultan Mahmud Syah.

Padahal, sebelum pada ini kami telah pun meneliti banyak artikel yang menyebut Sultan MudZaffar Syah III Perak telah menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama dan baginda bersemayam di Kuala Selangor. Pertabalan itu dikatakan telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan adat istiadat diraja serta dipersetujui oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah kerana Raja Lumu adalah anak saudara kepada permaisuri (isteri) Sultan Mud Zaffar Syah III iaitu Permaisuri Sri Andalas (ingat Andalusia di Sepanyol, dulunya beragama Islam) yang berketurunan Bugis.

Tak hairan lah kalau sekiranya di Kelang Selangor terdapat perumahan yang besar iaitu Taman Seri Andalas malah nama bandaraya Shah Alam adalah menurut gelaran kepada Raja Besar Benua islam Siam sepertimana yang termaktub dalam Undang-Undang Kedah dan juga lagu Seri Andalas adalah merujuk kepada permaisuri baginda Sultan Mud Zaffar Syah III, menantu kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.

Dalam mengkaji semula sejarah, kami melihat ada pihak tertentu yang mungkin mengetahui sejarah realiti, namun enggan berterus terang. Adakah mereka takut kehilangan kuasa ? Entahlah, sukar bagi kami membuat andaian.

Bagi kami, situasi Kesultanan Selangor adalah sah, langsung tidak tergugat kerana perlantikkan dan pertabalannya adalah resmi dan diakui Raja Besar Benua Siam Islam ketika itu dan diwakil kepada anakandanya, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak. Namun begitu apa yang berlaku dizaman penjajahan Jepun dan kembalinya penjajah Inggeris adalah agak rumit dan terkemudian untuk kami pertimbangkan.

Tindakan memetik nama-nama tertentu dari rekod arkib mereka untuk dijadikan nama tempat dan sebagainya seolah-olah ada udang disebalik batu. Masakan mereka yang berkepentingan ini tidak tahu, sebagai contohnya untuk menamakan sebuah bandar baru sebagai bandar Shah Alam sedangkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat nama Syah Alam Yang Maha Mulia, hanya dikembalikan oleh Inggeris dalam tahun 2003 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005.

Mungkin juga dalam sangkaan baik, mereka ini bukan pakar sejarah dan hanya sekadar meneliti nama-nama tertentu dalam mana-mana rekod yang ada sebagai rujukkan sahaja, wallahualam. Namun yang jelas, rekodnya mungkin masih ada.

Sekiranya Inggeris tidak memulangkan manuskrip ini, adakah kita sebagai rakyat Malaysia hari ini akan tahu sejarah realiti? Kami difahamkan bahawa salinan manuskrip ini ada disimpan oleh pihak istana tertentu semenjak zaman berzaman.

Yang menanggung cemuhan orang yang tidak berpengetahuan mengenai sejarah bukannya kita, akan tetapi TNL Kassim dimana wasiatnya pernah dipertikaikan disuatu masa dahulu. Malah ada pihak yang mempertikaikan kenapa TNL Kassim dijemput untuk menjadi panel "Forum Sejarah Realiti Kedah" pada 13 September 2006 dahulu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Masakan tidak, kehadiran beliau pasti akan mencemaskan banyak pihak.

Hari ini ternyata ramai diantara mereka menghormati beliau setelah meneliti tulisan sejarah realiti yang tidak seberapa diblog ini dan mengkaji sendiri perisian manuskrip Undang-Undang Kedah.

Interesting reading can be found here,
http://www.mdks.gov.my/v2/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=40

lihat senarai Sultan ke 13 dan 23 (bukan diedit oleh kami) di sini,
http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_of_Perak

PS : Nantikan artikel seterusnya, artikel yang merujuk kepada Masjid Koya di Pulau Pinang. (Koya Long atau Po Chan di Kemboja Cempakasari, kembali bersama pengikutnya dan memakai gelaran Sultan Mud Zaffar Syah III, Perak).

25 comments:

Salmi said...

Perihal Sultan Mahmud Shah menabalkan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor ini ada ditulis Raja Petra Kamarudin(sepupu Sultan Selangor sekarang) dalam blog Malaysia-Today baru-baru ini 21/5/08. Dari mana dia mendapat maklumat ini, wallahualam.

"A little bit of Selangor history"

...Selangor used to be under the protection of the Sultan of Perak until 1766 when Sultan Mahmud Shah, the 16th Sultan of Perak, installed Raja Lumu as Sultan Salehuddin Shah, the First Sultan of Selangor. Raja Lumu was the son of DaengChelak, the Second Yamtuan Muda of Riau. Daeng Chelak, in turn, was the son of Upu Tenribong Daeng Rilaka, theRaja of Riau, who was in turn the son of Upu Lamadusalat...

Menurut TNL Kasim, wakil Sultan Selagor juga ada menemuinya baru-baru ini juga bertanyakan perihal salasilah baginda.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Kenapa Inggeris mengembalikan Manuskrip UUK? Kerana dituntut oleh kerajaan Malaysia atau memang dibenarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat kajian mendapatkannya sebagai sumber rujukan, lalu dengan secara tidak sengaja menjadi sumber utama Sejarah Nagara Kedah?

Dan dari mana dapat tahu bahawa memang ada satu manuskrip diberi nama UUK? Ada salinan lain dalam simpanan orang persendirian di Malaya ni ke?

minta jawapan...tq :-)

anaianai said...

Betul salmi yang itu aku gn member kat sini ada terbaca jugak. Sebelum pada itu website Kuala Selangor dll ada menyebut Sultan Mudzaffar Syah III yang melakukan adat istiadat pertabalan.

anaianai said...

TMP,

Kalau tak silap kan masa itu TDM diujong premiership sebagai PM telah melawat ke UK dan dia mintak manuskrip lama-lama di kembalikan dan salah satu daripadanya ialah UUK. manuskrip lain tak pasti, sebab itu lah TDM suruh kaji semula sejarah,ada statement dia dulu dalam akhbar.

Yang mula dapat kalau tak silap ialah Naim Firdausi lalu ditunjukkan kepada TNL Kasim. UUK ini sukar difaham kalau tak ada petunjuk dari Allah hahaha macam baca sekali lalau sahaja je lah.

Pasal salinan lain ini kalau kita tengok ada penguasa yang membuat undang2 baru diSetoi berdasarkan kepada UUK. Ini jelas menunjukkkan salinan nya memang ada.

Fikir2 balik, bagamana nama Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah boleh dimasukkkan dalam salasilah Sultan Kedah sekarang kalau salinannya tidak ada.

Tapi yang tidak tahu mesti sangkakan satu nama tapi sebenarnya dua nama, anakanda dan ayahanda digabungkan.

anaianai said...

Untuk semua peminat sejarah yang dah jadi member kat sini....sebenarnya kami tak sempat nak jawap semua..sibuk sikit r pasal keje ISO nie...anyway, cadangan dan tajuk perbahasan anda amat kami hargai dan disanjung tinggi, terima kasih. Teruskan lagi.

Salmi said...

Dalam senarai Wikipidea tu Sultan Mudzaffar Shah III diibnikan kepada Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Shah yang tidak ada dalam senarai Sultan Perak. Bagi pengkaji yang teliti, ini satu clue yang menonjol.Saya pun terjumpa web page ni tahun lepas.

Sama macam batu bersurat Terengganu, tidakkah pengkaji awal lain terfikir siapakah dia Raja Mandalika yang namanya tertulis di situ?

Alhamdulillah, hanya sejarah realiti ada jawapannya.

donmny said...

cadangan;

cuba kaji satu kampung dekat kubur panjang. kmpg perupuk. diktakan kmpg kurniaan sultan. x payah bayar cukai tnh selagi ada bulan dn mtahari. ada kubur tokoh lawan thai

Salmi said...

Donmny,
Memang benar, di perkuburan dekat masjid Kg. Perupok ada makam Tok Mo Rih, pahlawan silam yang berjasa dan banyak membunuh tentera Thai.

Tanah kurniaan sultan itu dekat dekat situ juga Kg. Bendang Raja, memang satu geran sahaja tak payah bayar cukai tanah.

TNL Kasim pun tahu cerita Tok Mo Rih ni. Diharap anai-anai boleh cari bahan untuk artikel ni pulak. Aku kat KL ni susah sikit.

khairul said...

cukup hebat blog ni..teringin sgt nk jumpa anai2.aku pon dari pendang.TOBIAR.pe makna TOBIAR ha anai2?pe ar...

donmny said...

LAGI CADANGAN

kalau boleh pelbagaikan gaya penyampaian terutama melalui video youtube. ia akan mendorong mereka yang tidak mencari tapi terjumpa, lalu menjadi jatuh cinta dengan blog ini.....saya pun mulanya begitu dulu.

donmny said...

LAGI-LAGI CADANGAN

kalau pihak tuan berhajat untuk bertandang ke kpg perupuk dan kpg bendang raja, boleh maklumkan kepada hamba. 'kami' bersaudara. berasal dari penghulu mukim rambai.

donmny said...

LAGI-LAGI CADANGAN

kalau pihak tuan berhajat untuk bertandang ke kpg perupuk dan kpg bendang raja, boleh maklumkan kepada hamba. 'kami' bersaudara. berasal dari penghulu mukim rambai.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Tok Mo Rih atau dikenali dengan nama Tok Moris...memang ada panglima ni tak silap 7 orang member dia semuanya...(macam mangnificent seven la plak...:-))

Kalu mengikut cerita kenkawan yang pi mengkaji, depa ni penah naik sampai penjara Bangkok nu, abih berterabur panglima2 Thai depa kerjakan.

Kalau silap cerita tolong betulkan...mungkin panglima lain...

donmny said...

TUAN

saya merasakan 'counter meter' yang pihak tuan gunakan 3 kali lebih lambat daripada blog lain. mungkin cara pengiraannya tidak sama. boleh kiranya pihak tuan 'belek-belek' tengok.

Salmi said...

Donmny,
Hang keturunan Tok Nai Mat atau Tok Nai Leman?

Mohd Shahrizal said...

Assalamualaikum tuan,
Sedikit persoalan, kenapa bnyk petikan dalam blog tuan yg mengaitkan dengan Sultan Mudzaffar Shah III sahaja (Sultan di Perak yg ke-12)? Bagaimana dengan keturunan2 lain baginda selepas itu? Adakah yg lainnya jg terus ditabalkan sebagai sultan diperak?

Jika dikaji salah satu bab dalam Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak yg terpakai hingga kini, setiap sultan perak yg akan ditabal itu mestilah datang dari keturunan sebelah bapa dari darah keturunan Sultan Perak ke-18 iaitu sultan Ahmaddin. Ini kerana, mengikut sejarah perak, sultan Ahmaddin Shah telah berkahwin dengan satu watak bernama Che Pusa Putih anak Tok Jambu, menantu kepada seorang lagi watak penting dalam sejarah Perak bernama Nakhoda Hitam ataupun Keramat Kuala Bidor. Mufti pertama Perak ialah Daeng Sedeli yang digelar Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Kerana dapat anugerah dari sultan untuk melaksanakan sendiri hukuman terhadap pesalah. Daeng Sedeli juga Temenggung Perak.
Daeng Sedeli dan Nakhoda Hitam adalah adik beradik yang ayahnya Orang Kaya Laksamana Maharaja Melayu Aceh Daeng Abdul Rahman Ibni Daeng Ahmad yang berkahwin dengan Ratu Sedinding iaitu Puteri Raja Bugis Sultan Muhammad Wali Muhzaruddin (Opu Panjung Luwuk).
Opu Panjung Luwuk beradik beradik dengan Opu Daeng Biasa dan Opu Daeng Tanderi Buring Rilaga.
Nakhoda Hitam ini juga bersaudara dengan Daeng2 bersaudara yang terkenal satu tika dulu iaitu Daeng Chelak, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak, Daeng Parani dan Daeng Kemasi, dan Opu daeng berlima ini adalah watak2 penting dalam sejarah selangor. Menurut sumber, perkara dalam undang-undang tubuh negeri perak ini wajib ditaati untuk memastikan darah diraja perak tidak akan putus dari darah keturunan Acheh dan Bugis yang terkenal satu ketika dulu.

Ini menunjukkan kaitan rapat antara Istana Perak dan Selangor, tapi kemana menghilangnya kaitan keturunan Sultan Mudzaffar Shah III sehingga Sultan Ahmaddin ini?
Adakah perkara berkenaan undang2 ini juga bertujuan untuk memutuskan hubungan antara keluarga diraja Perak dgn Kedah?
Adakah golongan bangsawan bugis/acheh yg digelar oleh Inggeris sebagi LANUN ini juga terlibat dalam komplot memadamkan kehebatan sejarah empayar islam benua islam kedah?

Baru2 ini Raja Muda Raja Nazrin telah dikahwinkan dengan Cicit Sultan Kedah (Sultan Abdul Hamid) yg dianggap sebagai penyebab kematian Sultan Jaafar (Anakanda kepada Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alauddin). Pada pendapat saudara, adakah ini juga sebahagian dari plot untuk memadamkan atau menafikan kaitan antara keluarga diraja Perak dengan Kedah?

maaf sebab terkeluar sikit dari tajuk utama tapi apa dah jadi?

Mohd Shahrizal said...

Assalamualaikum
Ada sedikit kekeliruan Kesultanan Perak

1. Tentang siapa sebenarnya Sultan Mudzafar Shah III ini. Berdasarkan salasilah rasmi kesultanan Perak, Sultan Mudzafar Shah II ini nama penuh baginda ialah Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah III Jalalullah Ibni Almarhum Raja Mansur (Marhum Pulau Tiga) ataupun nama sebenar baginda Raja Inu. Baginda ditabal menggantikan kekanda baginda Paduka Seri Sultan Alauddin Mughayat Ria'ayat Shah Ibni Almarhum Raja Mansur (Marhum Sulong) ataupun nama sebenar baginda ialah Raja Radin. Mereka berdua ini adalah Anakanda saudara kepada Sultan Perak sebelum itu Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah (Marhum Jalilullah).

Adapun maklumat diatas adalah berdasarkan salasilah rasmi kesultanan perak yg disimpan di Istana Iskandariah Kuala kangsar yg disimpan turun temurun oleh setiap sultan perak yg memerintah. Sedangkan nama Sultan Mudzafar Shah III ibni Khalifah Sharif Abu Bakar Syah ini hanya didapati dalam www.wikipedia.org sahaja. Persoalannya, sumber mana yg harus dipercayai, Istana atau www.Wikipedia.org ?

2. Sejak dari zaman Sultan Mudzafar Shah I, setiap sultan Perak yg di tabal akan menjalani upacara pertabalan tersendiri antaranya Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarahi makam-makam, mengambil air bersiram tabal dll (boleh dirujuk kepada laman rasmi istana Perak di www.perak.gov.my/sultan) . Kenapa tiadanya proses pertabalan yang berkait terus dengan Kerajaan empayar Islam benua siam? Adakah upacara perlantikan sebagai Raja daerah keatas sultan perak oleh Maharaja Benua Islam Nagara Kedah itu tidak penting?


Harap dapatlah tuan merungkai kekeliruan yg bermain dibenak saya ini.

Terima Kasih

Ustazah Homestay said...

Hai,
Aku mula berminat dengan blog ni. TNL Kasin selalu lepak kat umah ayah aku. Kalau dia cerita sejarah kedah, korang kene sedia satu jag air kopi la. memang tip top. Sebab ada sedara aku yang kurang berminat dgn apa yang sedang dijuangkan oleh beliau. Ada sapa2 pi tak kenduri raya korban 2007 kat paya pahlawan?

Salmi said...

Saudara Mohd,
Saya pernah terbaca somewhere bahawa salasilah dalam Perak royalark itu ditulis atau disusun semula cuma pada 1952. Begitu juga dengan sistem penggiliran sultan di kalangan kerabat sekarang hanya disahkan mulai 1953. Sistem penggiliran semasa Sultan Abdullah menuntut takhta sehingga berlaku Pejanjian Pangkor dulu berlainan pula mengikut buku sejarah.

Sempadan negeri Perak sekarang hanya diwujudkan British mulai dengan Perjanjian Pangkor. Ada riwayat mengatakan semasa keturunan Sultan Mahmud Melaka menjadi sultan, baginda tidak mencampuri urusan utara Perak yang dikuasai Tok Temong dan keturunan.

Kalau kita perhatikan negeri tanah besar semenanjung yang pertama dinaungi (takluki?) British adalah Perak selepas Negeri-negeri Selat iaitu P.Pinang, Singapura dan Melaka yang lebih kepada pusat dagangan dan pelabuhan. Ini kerana
keinginan British menguasai bijih timah. Perak juga dijadikan negeri pantai barat terbesar.

Keberadaan Sultan Mudzafar Shah III di Perak selepas berundur daripada Kemboja Cempakasari lebih kepada segi taktikal kerana dihantar ayahanda baginda maharaja Khalifah Sharif Abu Bakar, disamping turut mentadbir sebagai timbalan maharaja. Ini membawa kepada penabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor. Pada ketika itu tanahair kita diasak hebat oleh musuh kafir dari utara. Anakanda baginda Khalifah Syarif yang lain juga dilantik menjadi orang besar berempat di Perak.

Mohd Shahrizal said...

Terima kasih atas ulasan berkenaan...
Namun kekeliruan masih bersarang kerana, kebanyakan sumber yg diperolehi (samada rasmi mahuppun tak rasmi) menyatakan Sultan Mudzafar Shah III adalah Anakanda Raja Mansur (Marhum Pulau 3). Tiada satu sumber pun yg dapat mengesahkan persoalan yg dibawa berdasarkan maklumat dari Wikipedia, iaitu baginda adalah anakanda kepada Khalifah Sharif Abu Bakar...

Melihat kepada penyusunan salasilah, sejarah dan penggiliran takhta (sebenarnya sudah bermula pada tahun 1825 bukan 1953, diperkenalkan oleh sultan ke-19, Sultan Abdul Malik Mansur Shah), salasilah kesultanan perak tidak menunjukkan kecondongan ke-arah kuasa barat, Thai, Siam melainkan lebih cenderung kepada Samudera/Pasai/Acheh/Perlak hingga terbawa kepada Kerajaan BatuBara.
Ini berikutan syarat yg terkandung dalam Undang2 tubuh itu sendiri untuk memelihara titisan darah dari MerahSilu (Sultan malikul Salih) dan Seri Paduka diBukit Seguntang berdasarkan apa yang diriwayatkan dalam buku "Sejarah Raja-raja Pasai."

Adakah ini kerana Kesultanan Samudera/Pasai/Acheh/perlak lebih dominan dari Kesultanan Siam Islam itu sendiri?

*Maaf kalau ada fakta yang tidak berapa tepat dalam soalan kali ini, tidak ada sebarang buku rujukan semasa mengutarakan soalan, melainkan 100% berdasarkan ingatan terhadap bahan bacaan sebelum ini....


Keliru melihat apa yg sebenarnya direbutkan....

Salmi said...

Perbezaan dalam sistem penggiliran yang saya maksudkan ialah seperti berikut:

1)Masa era sebelum/selepas Perjanjian Pangkor, sultan-raja muda-raja bendahara-raja dihilir
2)Era moden pula, sultan-raja muda-raja dihilir-raja kecil besar-raja kecil sulong-raja kecil tengah-raja kecil bongsu.

Menurut blog anai-anai Sultan Muzaffar Shah III menjadi maharaja benua Siam 1821-1824 selepas ayahanda baginda dibunuh Thai pada tahun Musuh Bisik 1821.

Mengikut salasilah resmi Perak dalam www.perak.gov.my/sultan/pelbagai/salasilah.xls, Sultan Mudzaffar Shah III menjadi Sultan Perak pada 1728-1752. Kalau orangnya sama bermakna umurnya sudah 100 lebih semasa menjadi maharaja!

Jadi adakah tahun dalam salasilah Perak itu salah atau orangnya memang berlainan? Saya pun berharap orang yang lebih arif dapat menolong memberi penjelasan.

Satu lagi Sultan Muzaffar Shah III yang juga dipanggil Koya Long itu mungkin semasa bersemanyam di Perak itu bukan sebagai raja-raja daerah lain yang ada dalam salasilah Perak itu sebab dia adalah timbalan maharaja.Jadi dia tidak terlibat dalam mana-mana sistem penggiliran sultan Perak.

Salmi said...

Perbezaan dalam sistem penggiliran yang saya maksudkan ialah seperti berikut:

1)Masa era sebelum/selepas Perjanjian Pangkor, sultan-raja muda-raja bendahara-raja dihilir
2)Era moden pula, sultan-raja muda-raja dihilir-raja kecil besar-raja kecil sulong-raja kecil tengah-raja kecil bongsu.

Menurut blog anai-anai Sultan Muzaffar Shah III menjadi maharaja benua Siam 1821-1824 selepas ayahanda baginda dibunuh Thai pada tahun Musuh Bisik 1821.

Mengikut salasilah resmi Perak dalam www.perak.gov.my/sultan/pelbagai/salasilah.xls, Sultan Mudzaffar Shah III menjadi Sultan Perak pada 1728-1752. Kalau orangnya sama bermakna umurnya sudah 100 lebih semasa menjadi maharaja!

Jadi adakah tahun dalam salasilah Perak itu salah atau orangnya memang berlainan? Saya pun berharap orang yang lebih arif dapat menolong memberi penjelasan.

Satu lagi Sultan Muzaffar Shah III yang juga dipanggil Koya Long itu mungkin semasa bersemanyam di Perak itu bukan sebagai raja-raja daerah lain yang ada dalam salasilah Perak itu sebab dia adalah timbalan maharaja.Jadi dia tidak terlibat dalam mana-mana sistem penggiliran sultan Perak.

joo said...

salmi,saya nak tanya tentang tok nai mat dan tok nai sim.adakah mereka ini tukang pancung kepala orang selepas dihukum oleh sultan.

dan lagi saya nak tau tentang keturunan saya di kedah.saya difahamkan yang moyang saya adalah tok nai mat dan tok nai sim.nenek saya punya saudara terdekat ada di kg.binjai dan kg.tebing,napoh.Aruah tok doi di pauh,jitra adalah wali emak saya.dan saya mewarisi sabilah pedang yang katanya kepuyaan tok nai mat untuk memancung kepala orang.Sila beri penjelasan jika saudari tahu menahu tentang salasilah ini.saya baru saja menerima pedang tersebut salepas kematian ibu saya minggu lepas.terima kasih.

hisham bin jaafar said...

saya di lahirkan d kg kolot dalam bahasa siam maksud dalam bahasa melayu minta lalu tok wan saya selalu dok cerita kisah tok moris dan tok mo shim sampai sekarang kami masih mewarisi tanah ampun kurnia kata tok wan peta tanah tu ada kat istana anak bukit ditulis atas kulit lembu atau kerbau 7 salinan tolong btul kan kalau silap dan lagi satu klu nak tengok kubur lama mai la kat perupok ada satu lagi perkuburan lama jauh sikit dari masjid perupok .anak jati kubur panjang

hisham bin jaafar said...

kalau nak kaji mai la perupok saya masih mewarisi tanah yang tok moris dapat dari sultan kedah tok wan saya selalu dok cerita peta tanah tu ada kat istana negeri di tulis atas kulit lembu atau kerbau 7 lapis kalau silap tlg betulkan. ada satu lagi kubur lama jauh sikit dari masjid perupok dekat dengan kg kolot, maksud dalam bahasa melayu minta lalu .kepercayaan orang dahulu ada pokok besar menghalang jalan dan jalan tersebut selalu penduduk kg gunakan dan menakutkan bila melalui pokok tersebut daritulah nama kolot timbul dan digunakan sampai sekarang dan ditukar kepada pokok pauh dalam tapi dalam peta masih lagi kg kolot. dari anak jati kubur panjang