Sunday, August 17, 2008

WAT @ ISTANA PRASAT PREAH VI HEAR?


Baru baru ini kita pasti ada terbaca di dada akhbar tempatan mengenai kekecohan perebutan sebuah bangunan bersejarah di sempadan Thailand dan Kemboja yang bernama Wat Preah Vi Hear. Jika kita membaca berita ini sekali lalu, kita pasti akan mengatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan sejarah negara kita. Jangkaan saudara meleset sama sekali.

Prasat Preah Vi Hear bukannya sebuah wat atau kuil malah ia adalah sebuah bangunan istana yang pernah didiami oleh Raja Siam Islam Kemboja Cempaka Sari bernama Po Chan Koya Long. Maksud Prasat-Prah-Vi-Hear ialah, Pertahanan-abang-pusingan-kelima. Sila rujuk salasilah Koya Long yang mempunyai 5 orang beradik dibahagian bawah blog ini.

Sebelum pada ini kami ada menceritakan mengenai anakanda sulong Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang bergelar Po Chan bermaksud Putera Sulong yang pernah memerentah di Kemboja Cempakasari sebelum diusir oleh tentera Raja Buddha Thai dan baginda kembali ke Legeh (Patani, Yala, Narathiwat, Kelantan dan Trengganu) bersama-sama ribuan pengikutnya.


Yang memanjang disebelah kiri dan kanan itu ialah Naga sepertimana terdapat pada tangga Wat Kai (ayam) di Ayuthia. Naga ialah simbol Maharaja China yang beragama islam semenjak dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Contoh naga sebagai simbol di kalangan raja-raja melayu seperti gelang kaki dan peralatan di raja Sultan Ismail kinta dan nama tempat seperti Kota Naga di Bandar Darulaman Kedah masih ada hingga kini.



Ayahanda baginda, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang pada ketika itu bersemayam di istana Nakhon Si Thammarat bergelar Raja Nam Bang (bermaksud Air Telok, kerana kawasan Ranot yang bertelok) telah menabal baginda menjadi raja di Perak bergelar, Sultan Mud Zaffar Syah III Perak.

Kenapa bergelar Sultan Mudzaffar Syah III? Kenapa tidak I atau II?. Mudah sahaja, ini kerana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir bergelar Sultan Muzaffar Syah II.

Bijak juga usaha menggunakan gelaran ini memandangkan nama gelaran Po Chan di Kemboja sebagai gelaran kepada Koya Long mungkin dianggap tidak sesuai di sini lalu diberi gelaran asal usul keturunannya yang amat bersesuaian dengan baginda. Kami kira gelaran ini bertujuan untuk mengingatkan raja-raja daerah yang sudah bermula berbaik-baik dengan penjajah Inggeris bahawa waris raja Merong Mahawangsa masih ada.


Sewaktu memerentah di Perak sebagai Bendahara (dulu Bendahara adalah Raja Muda) baginda menabal Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama, iaitu anak saudara kepada Permaisurinya Puteri Seri Andalas dari keturunan Bugis. Sultan Selangor yang pertama ini pada ketika itu telah bersemayam di Kuala Selangor.

Alangkah satu "privilege" nya ditabal menjadi raja pertama Selangor, menaikki takhta kerajaan oleh waris Bani Hashim
(dari keturunan baginda Rasulullah saw) tidak seperti negeri lain yang di lantik oleh penjajah yang tidak tahu apa pun mengenai agama islam. Contohnya, satu negeri di selatan tanah air dilantik oleh Stamford Raffles setelah menyerahkan Singapura kepada Inggeris pada hal Raja pemberontak itu telah engkar kepada Yang Di pertuan Agongnya yang beragama Islam? Hari ini jika fikirkan semula, sahkah, berbanggakah dilantik oleh kafir Inggeris laknatullah pada tahun 1819 itu?.

(Temenggung hanyalah jawatan Ketua Polis dengan itu hari ini sultan dari negeri tersebut masih ada pasukan polis nya yang tersendiri)



Perlu diingatkan bahawa Khalifah Syarif Abu Bakar Syah juga diusir dari Ayuthia oleh Tentera Buddha Aluang phaya Chakri Sokho Thai sekitar tahun 1767. Sewaktu di Ayuthia dulu baginda di gelar Boromoraja Ekataat V Mahadaimayaza, Maharaja Siam Dinasti Ayuthia ke33. (Sejarah Thailand hari ini mengatakan selepas Ayuthia ditawan mayatnya tidak dijumpai bagi menutup realiti sejarah kerajaan Siam Islam ini).

Ini mengesahkan bahawa Kerajaan Siam dahulu beragama Islam sebelum ia ditawan oleh puak Chakri Sukhothai Buddha Aluangphaya dalam tahun 1767. Dalam Hikayat Patani nama baginda ada tercatat sebagai Raja Bakar yang berkuasa melantik beberapa orang raja daerah termasuk lah cucunya Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang menjadi raja di Singgora @ Songkhala yang bermaksud, menghantar benih (Sila baca artikel kami yang telah lepas).

Ban Nai Lang di Thailand hari ini bermaksud Kampung Syed Alang merujuk kepada Syed Alang Alauddin ini. Baginda berjuang habis-habisan menentang tentera thai yang menyerang Kedah lalu diberi gelaran Panglima Bukit Gantang (Bukit Gantang sebelum 1874 adalah wilayah Kedah).

Berbalik kepada Po Chan Koya Long, baginda pernah bersemayam di istana ini sekitar tahun 1758. Di sekitar tahun yang sama jugalah tentera islam baginda telah berjaya membunuh Aluang Phaya di satu tempat bernama
Taikala bermaksud, Kafir mati dibunuh.



Sekiranya saudara/i pembaca membuat ‘Yahoo’ atau ‘Google search image’, saudara akan mendapati bahawa pada runtuhan bangunan tersebut tidak terdapat pun patung-patung Buddha sepertimana tinggalan sejarah ditempat lain sekitar Thailand. Tidak seperti bangunan di Ayuthia yang didirikan patung-patung bertujuan untuk menutup bukti keislaman kerajaan Islam Ayuthia.

Prasat Preah ViHear telah terlepas dari tindakan raja dari keturunan Buddha Chakri Sukhotthai untuk menutup bukti sejarah kerana lokasinya yang menjadi perebutan dua kerajaan. Sekiranya Ayuthia sebuah bandar kerajaan Buddha, mana mungkin Hamzah Fansuri datang untuk mendalami ilmu agama Islam disana. Mana mungkin ia menjalankan sistem Syahbandar seperti mana pelabuhan Islam yang lain di nusantara Benua Siam.


'A fairly recent Buddha statue placed in the ruined pagoda '

Catatan berbahasa Inggeris pada gambar ini yang kami temui dalam internet, begitulah scenario di Ayuthia sekarang ini.

Walau bagaimanapun hak keatas istana Preah Vi Hear telah diberikan oleh ICJ (International Court of Justice) kepada Kemboja, bukan Thailand semenjak tahun 1962 lagi. Dengan sebab itu usaha untuk membuddhakan kawasan Istana tinggalan Po Chan Koya Long ini tidak kesampaian kerana ia terletak didalam wilayah Kemboja.

Menteri Luar Thailand, Tej Bunnag telah menggesa Kemboja agar tidak membawa perebutan ini ke PBB. Bagi kami jika dibawa pun tidak mengapa kerana ia boleh mendedahkan lagi sejarah realiti Thailand yang sebenar. Sudah pasti merasa takut ibarat cacing kepanasan untuk menghadapi realiti sejarah ini.


'Remains of Prasat Pra Narai Cruciform di Ayuthia', kata ungkapan pada gambar ini.

Prasat Pra Narai adalah Sultan Iskandar Mahkota Alam, Raja Acheh. Baginda adalah adinda kedua kepada Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Sewaktu berusia muda, baginda menetap di Melaka sebagai laksemana dan di gelar Laksemana Hang Tuah (bahasa Siam islam, bukan bahasa thai Buddha).

Bangunan ini telah dikupas 'plaster' nya, begitu juga dengan bangunan lain di Ayuthia yang berkemungkinan besar terdapat tulisan seni khat sebagai hiasan. Lihat bentuk arch tingkap dan pintu yang merupakan senibina Islam Parsi dan Monggol India.

Saudara pembaca harus sedar bahawa rakyat Thailand hari ini tidak berani langsung bercakap mengenai sejarah raja-raja mereka kerana takutkan undang-undang ‘Le majeste’. Sesiapa yang disyakki akan ditangkap oleh Polis @ tentera mereka diwaktu malam dan tidak akan dikembalikan lagi, hilang entah kemana.

Hari ini pun situasinya tetap sama. Inilah diantara punca-punca berlaku perbalahan di kalangan penduduk Islam Patani dimana ramai kenalan mereka hilang begitu saja dibawa pergi oleh pihak berkuasa diwaktu malam.

Interesting readings can be found here (reader wise discretion required)

http://www.puloinfo.net/?Show=Gallery

Di dalam artikel mereka, kerajaan thai disebut sebagai siam. Kenapa jadi begitu? Ini adalah kerana semenjak dari zaman dahulu negara itu memang disebut sebagai siam sehinggakan apabila bertukar ke thai pun masih lagi disebut/dirujuk sebagai siam pada hal yang memerentah di Ayuthia (selepas 1767) dan kemudiannya Bangkok hari ini ialah bangsa tai dari keturunan Sukhothai Buddha dan raja yang memerentah pun Raja Thai.

Malah di Kedah, Perlis, Kelantan dan Pulau Pinang, negara Thailand pun hingga ke hari ini disebut sebagai Siam. Hari ini jika ditanya,"Hendak ke mana?" "Oh,Saya hendak ke Siam". Nama Thailand tidak digunakan. Mereka di Patani telah mengikut situasi di Malaysia dimana bangsanya sudah menjadi bangsa Melayu.

Akan tetapi mereka tidak mengetahui secara mendalam bahawa rumpun Jawa, Minang, Bugis, Banjar, Acheh dll masih ada di Malaysia hari ini. Jika demikian. apakah rumpun kamu wahai saudaraku orang Patani?
Tak lain tak bukan adalah rumpun Siam yang sejak zaman berzaman menganuti agama Islam.

Elok sangatlah jika dikaji semula siapa sebenarnya Khalifah Syarif Abu Bakar Syah yang mana di sebut dalam Hikayat Patani sebagai Raja Bakar berkuasa melantik raja-raja daerah.

Rakyat biasa yang ditemui rakan kami pun tak berani lansung bercakap mengenai sejarah raja thai hari ini. Mereka berbisik-bisik, sambut sedikit percakapan dan terus tukar topik lain. Puji tak mengapa, komen padah jawapnya. Sila saudara baca lapuran 'Human Right's Watch' mengenai Patani.

Penyelidik kita yang menjalankan penyelidikkan bersama penyelidik dari thailand beberapa tahun lepas telah melawat istana dan tinggalan sejarah di sekitar Patani. Penyelidik kita turun dari kenderaan untuk mengambil gambar namun penyelidik dari thailand enggan turun kerana bimbang keselamatannya, takut dijemput di waktu malam.

Lawatan kami ke Songkhala mendapati sebuah Kota/kubu lama dipagari tanpa pintu pagar dan ia terletak dalam kawasan larangan pihak berkuasa tempatan. Pengunjong dilarang masuk dan hanya boleh melihat Kota/kubu ini dari jalanraya sahaja.

Akan tetapi itu situasi di Thailand. Lain pula apabila rakyat Thailand Islam ini apabila mereka berada atau berkerja di Malaysia. Ramai diantara mereka membuka kedai-kedai makanan Tom Yam disekitar bandar-bandar besar di negara kita (terutama sekali di semenanjong).

Dari segi rupa paras tak beza dengan orang Melayu tempatan kerana mereka pun melayu juga dan beragama islam. Mereka mengakui bahawa Raja Siam dizaman dahulu beragama islam tetapi siapakah yang berani membuat pengakuan secara terbuka di Thailand.

Kami menunjukkan kepada mereka manuskrip Undang–Undang Kedah yang dibukukan, rujukkan utama kami. Tahukah saudara apa respon sepontan dari mereka? Jika kami menyimpan buku ini di Thailand, kami pasti akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menyimpan dokumen yang menghina raja ! ! !

Di sekitar kawasan Istana Prah Vi Hear ini masih lagi terdapat orang-orang Siam Campa yang beragama islam menetap disitu terutama sekali disekitar kawasan perkampungan Syed Pew dan Kg Syed Sokun. Kem-bo-ja adalah dari perkataan Siam (Cham) bo-ja yang bermaksud puak penasihat/ubat. Sham-pa-ka bermaksud, puak penasihat bawak perniagaan. Sa-ri bermaksud, Laksemana/harimau-duduk/ditempatkan disitu.

Di lapurkan bahawa terdapat ramai orang-orang Kemboja islam ini yang menjadi rakyat Thailand dan bertutur dalam bahasa Kemboja dengan sedikit perbezaan dari segi sebutan dengan penduduk asal di Kemboja. Bangsa Thai di sekitar Surin , berhampiran sempadan tidak suka negara mereka di sebut Siam kerana ia melambangkan zaman kegemilangan Islam dan mereka lebih suka negara mereka di sebut Thailand.

Apabila sejarah dikuburkan, bahasa Inggeris tidak di kembangkan kita dapati banyak penulisan sejarah raja-raja siam Islam (sebelum 1767, Dinasti Chakri Sukhothai belum berkuasa) didalam internet misalnya ditulis semula dalam konteks seolah-olah raja siam dahulu beragama Buddha. Awas ketika membaca.

Janganlah kita tertipu oleh dakyah mereka ini kerana Raja mongkut dahulu yang berbaik-baik dengan Inggeris dan mengikut peradaban Inggeris telah pun dinasihatkan oleh mereka agar berbuat demikian melalui penulisan semula sejarah bangsa Siam Islam yang berpusat di Ayuithia. Hanya bangsa yang kecundang tamaddun akan merampas tamadun Islam milik Raja Siam Islam sebagai tamadun mereka.

Lalu bermegah lah mereka sebagai bangsa yang tidak pernah dijajah di Asia, padahal mereka, bangsa thai adalah penjajah negeri Siam islam, raja yang ada bukan raja Siam Islam tetapi Raja Thai buddha.......... dan habuan kita, hanyalah menjadi Melayu di Semenanjung ini. Renungkanlah.

PS : Rakan saya baru saja pulang dari Surabaya untuk bercuti dan menyelidik. Menurut beliau disana terdapat ramai orang Jawa, Sulu, Sunda, Madura dll. Yang pasti, mereka tidak mahu dikenali sebagai Melayu kerana Melayu itu bahasa, bukannya bangsa.


17 comments:

donmny said...

TUAN

betapa hebatnya sejarah bangsa kita yang perlu digali kembali

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

salin kulit ada makna niii....:-)

anaianai said...

donmny...mcm tulah..hebat dan gagah berteraskan Islam, tapi sayangnya ramai tidak mengetahuinya. Terima kasih kerana berkunjong

anaianai said...

TMP
hahahahahaha......baju barulah sb nak sambut merdeka 51 tahun...tapi suasana keceriaan begitu hambar hari ini.

Tak mengapa, mereka tolaklah sejarah realiti ini, Allah SAW kn ada dan sedang memerhati tingkah laku kita. Semoga ada sinar dan harapan baru di hujong jalan, Insyallah.

Unknown said...

assalamualaikum tuan,
kenapa dah lama takdak update. tunggu jugak...

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Buat masa ini anggaplah 'Melayu' itu bangsa untuk mudahkan perbandingan.

Persoalan yang saya sendiri perlu kaji dan jawab, seterusnya mungkin utk SNK tipskan:-

1. Mengapa pakaian diRaja Melayu hari ini (seperti pakaian Long Jaafar) tidak mengambil sample dari baju Maharaja Siam seperti Narai. Atau memang asalnya memang ia pakaian diRaja Siam?

2. Bagaimana pula tanjak itu berevolusi? Adakah kerana Mahkota Kerajaan Siam Islam itu telah disembunyi maka diganti dengan Tanjak seperti yang kita lihat hari ini? Tetapi tanjak memang sinonim dengan Melayu, atau mungkinkah Melayu yang mencedok tanjak Siam?

3. Bagaimana pula dengan pakaian, adakah Baju Melayu dan sampin yang kita pakai hari ini juga asalnya dari Siam. (baju kurung Melayu memang ada iras2 Chong Sam Manchuria itu saya pasti)

4. Capal Melayu, sudah pastinya diimport dari pakaian gujerat atau punjab (ini juga saya pasti)

Melayu - hari ini sudah menjadi Bangsa yang penuh terdapat didalamnya segala macam dan ragam budaya yang sudah diasimilasi dari benua barat, utara, selatan dan timur.

Jawapan yang perlu untuk meng iyakan segala kemungkinan di atas adalah membuktikan bahawa Melayu itu sebenarnya Siam.

Yang paling hampir kepada kenyataan tersebut ialah Raja Melayu itu sebenarnya mengamal Adat Siam. Adat berkeris Melayu mengambil adat Raja Iskandar Zulkarnain - tercatit pula sebagai UUK. Yang membuat UUK adalah Raja2 Siam.

Tapi mahuka UMNO bertukar USNO - jawabnya?

Mohd Shahrizal said...

Assalamualaikum,
Ada sedikit lagi pertanyaan, apa pentingnya watak Sultan Mudzaffar Shah II dlam penceritaan kisah-kisah ini? dan yang terlebih besar lagi, apa pentingnya negeri perak dalam empayar siam islam ini? maaf kerana bertanya, kerana sepemerhatian saya, watak Sultan Mudzafar shah III ini seakan terlalu diangkat2 dalam penceritaan ini... Apakah sultan2 perak yang lain sebelum sultan Ahamaddin (sultan ke-18) tidak penting atau tidak ada kena mengena atau kerana mereka ini tidak setaraf? Ada sedikit disebut Sultan Alauddin Mughayat Shah (Raja Sulong atau marhum sulong dalam salasilah perak).. Kemana menghilangnya adinda2 baginda Raja Puteh, Raja Abdul Hamid dan Sultan Muhammad Shah (Marhum aminullah, Sultan Perak selepas baginda)? apakah kerana wilayah dan raja-raja daerah diPerak tidak lagi penting selepas Baginda?

Mengikut sejarah rasmi yg disimpan oleh pejabat Istana Perak, pada zaman Sultan Perak ke-19, sultan Abdul Malik Mansur Shah (Marhum Jamalullah) ditahun 1822, Perak dan Selangor telah bekerja sama menentang tentera Kedah dan berjaya mengusir tentera Kedah keluar dari wilayah Perak, dalam masa yang sama, kerana terlalu menumpukan pehatian dengan peperangan berkenaan, Perak terlepas wilayah Kroh yg berjaya diserang dan diduduki Raja Reman (yg dikatan mengasaskan pusat bandar Grik, mengikut catatan rasmi negeri Perak...

Pada pendapat tuan, adakah ini merupakan titik mula pengasingan Kesultanan Perak dengan Empayar Siam Kedah?

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

tambahan:
Songkok - bukan asalnya Melayu
Kopiah - juga bukan asalnya Melayu

oleh itu harus, baju 'Melayu' yang ada hari ini sebenarnya adalah gabungan dari beberapa pakaian luar - lalu digabung menjadi baju traditional Melayu, khas untuk disesuaikan dengan 'Bangsa Melayu'.

Soalan tambahan:
Boleh cerita sikit tentang Persatuan Masyarakat Siam (PSM). Menurut akhbar Berita harian 21 Ogos, rata2 ahlinya beragama Buddha. Apa tindakan dan ada penjelasan?

salam.

Bogo said...

betoi ke depa duk kata yang comel-comel dan ayu-ayu tu lah melayu. Minta tanya...

tok_wann said...

tok_wann sangat setuju dgn themalaypress..Buat masa ini anggaplah 'Melayu' itu bangsa untuk mudahkan perbandingan supaya tak celaru.lagi pun catatan dari portugis
semasa menawan melaka telah menyebut " the malay's ".jadi tak payahlah nak gi sampai surabaya hanya untuk membuktikan bahawa melayu itu bahasa bukan bangsa.kerana laluan yang di rintis oleh saudara adalah di laluan yang betul.banyak luang kan masa untuk membongkar sejarah2 yang telah digelapkan.

anaianai said...

Hari ni, komen aku, aku nk campur politik sikit

Memang Melayu boleh dianggap sebagai bangsa pd hari ni, walau dulu tidak begitu..dan ramai orang tidak tahu pun hal ini.

Kalau kami tak tulis DALAM BAHASA MELAYU diblog ini, ramai pembaca dari Acheh, Jawa, kemboja, siam, pun takkan tahu jugak kisah sejarah realiti ini. Nasib baik ada bahasa Nu-san-ta-ra ini.

Kalau dah tercatit "the Malays", tu dh jadi B.Inggeris lah, bukan nye bahasa Portugis lagi. Lagi pun zaman Portugis dulu peta-peta lama tahun 15++, semenanjong kita ini masih ditulis sebagai semenanjong melaka.

Memang bijak penjajah Inggeris ini dalam usaha mereka memartabatkan bahasanya untuk menjadi bahasa dunia..'world lingua franca'. Jadilah ia seperti hari ini, digunapakai, dipelajari secara worldwide.

Kami bangkitkan isu ini kerana ada puak tertentu asyik bercakap pasal KETUANAN MELAYU sahaja. Hari-hari kita dengar di radio, tv, akhbar,dll. Naik fed-up aku dibuat nye, sebab tiada perisian.

Tahu kah mereka sejarah realiti kita. Baru berape tahun je ketuanan Melayu ni mula bertapak? Hanya bermula tahun 1786 sahaja, dimulakan dgn kedatangan penjajah Inggeris ke pulau pinang, baru 222 tahun sedangkan ketuanan islam sudah lebih 1000 tahun.

Tgk terbaru kes demo pelajar UiTM...drastik sangat respon mereka itu.. haha ha, mcm la uitm ni, nk di serang dgn pengganas dari kaum lain. Lagi lah geylong suasana aman negara kita. Tu la jadi bila anak-anak kita tak faham sejarah dan di ajar untuk lagi tidak memahaminya.

Ramai pembaca blog ni yg belum tahu dan nak tahu isu Melayu ini. Yg dah tahu ok lah no hal. Ini bedasarkan kepada e mail yang kami terima, so kene jelaskan sedikit utk mereka.

Yang dah pandai hanya dgn duduk di rumah (tak payah pergi buat research,pergi Surabaya ke, mana hala ke),duduklah diam-diam, tak payah nak mengajar kami. Selama ni pun, bukan kami minta duit kau nak kemana-mana cari maklumat.

Jika kita renungkan kembali, yang penting ialah ketuanan islam kerana ia dapat/berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk hari ni semenjak zaman dahulu, bermula dari zaman Raja Merong Mahawangsa, anggaran tahun 750 masihi.

Di Malaysia hari ini, orang-orang bukan Islam pun sudah mula menerima Ketuanan Islam berbanding Ketuanan Melayu. Bagi kami, jika direnung sedalam-dalamnya, Melayulah (raja-raja) yang engkar kepada Maharaja Islam Benua Siam.

Habuan nak bercakap,Melayu inilah yang bersubahat dgn penjajah Inggeris untuk menjatuhkan sebuah empayar Islam. Hari ini, UMNO lah yang masih lagi mencanangkan isu lapuk penjajah inggeris ini, sebab itu lah ia ditolak rakyat.

Sejak dari dulu pun sejarah membuktikan bahawa Maharaja China ini tidak menyerang kita malah mengawal Selat melaka dan menjaga kita kerana kita adalah Middle Kingdom nya.

Kenapa hari ini kita merasa ragu kpd mereka kaum India, kaum China. Aneh,hanya dengan membakar hati kita dgn isu ketuanan malayu sahaja, kita melompat jadi marah tak tentu arah.

Dulu, 1000 tahun yg lampau hingga kini, kita boleh tinggal bersama, berniaga bersama, dll. Hari ini sekiranya kita hidup berbaik2 mane lah tahu terbuke hati mereka, nk pelok agama Islam semula.

(UNTUK ITU, SEDAR LAH BANGSA MELAYU, DULU KAU PUN ASAL DARI YUNAN CHINA JUGE).

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Bab The Malays ni memang payah sket nak explain. Sebab dalam IC ada Melayu, Cina, India dan Lain2 je. Dalam surat beranak pun sama. So kuwar2 je terus dapat cop Melayu kat kepala...payah nak buang tu.

(Kalau kat Indon dapat Endon kalau beranak kat Thailand dapat Thai...mana ada melayu cina india..)

Kalau mengikut pengamatan aku, Melayu yang sebenar kalau ada pun Orang Asli. Sebab tu depa kata (evolutionis mat salleh) Melayu ni asal atas pokok dalam hutan. Kalu mengikut si Johann puak german tu, Negrito tergolong dalam ciri2 spesis Melayu la tu.

Lepas tu aku suspek si stamford raffel and dollah munsyi dok perati Melayu puak negrito ni la. Terus dia kata puak pemalas takde tamadun.

Dalam masa yang sama kerajaan Maharaja Islam Siam di Kedah kena hentak depan belakang dengan Thai dan British. (Kerajaan yang mana adat istiadat raja2 Melayu sekarang ni dok pakai). Lepas kena hentak, sejarah mereka ditutup. Langsung naik puak Melayu Baru.

Kira Melayu Baru ni merampas kegemilangan Maharaja Islam Benua Siam jugak la....panassss

next,
Kalau di N9 pulak, dulu nama ni xde. Depa kata ada sembilan daerah, tapi sebenarnya buleh dipertikai. Sembilan daerah tu hanya diada-dakan sahaja. Depa pun x konfom ada 9 daerah.

Tapi satu yang aku buleh konfom ialah yang penguasa asal daerah N9 ni adalah dari puak Jakun.

Pembesar N9 banyak dari keturunan Jakun. (jangan marah - aku ada buku tahun 60an terbitan utusan melayu untuk tunjuk bukti nyata). Dan sejarah N9 moden ni bermula dari Martin Lister residen Inggeris.

Mughal.
Mughal ni asalnya Monggol campur Turki. Menguasai Benua India semenjak 15++ sampaila Maharajanya yang terakhir dibuang daerah ke Burma. Dan setersunya Queen Victoria mengambil alih kekuasaan Empire Islam Mughal di India pada 18++.

(Ha masa tu la perang Bisik 1821 dan segala ibu perang berakhir di Semenanjung...terakhir yang dihapuskan adalah Sultan Long Jaafar - sapa punya kerja? x lain x bukan - British Freemason menghancurkan empayar islam yang terakhir di tanah jawi)

Soalan pasal kejatuhan Melayu Melaka.
Macamana Portugis buleh bertapak di Goa sedangkan sewaktu itu empire India dikuasai oleh tentera Islam yang berkawan rapat dengan Turkey?

Macamana Portugis buleh menyerang Melaka pada 1511 dengan menggunakan pangkalan di India, sedangkan laut Arab dan Laut Benggal dikuasai oleh tentera Islam dan jalan masuk ke Selat Melaka di kawal Kerajaan Siam Islam ? dan pada 1737 puak Belanda masih lagi melutut kepada King (Sultan Muhiyuddin Mansor Shah @ Boromokot) Maharaja Islam Benua Siam?

Nak mampus gamaknya Antonio Banderas tu datang 3 kapal je, nak lalu selat melaka. Kiri kanan geng Islam tu bro...sumpit kang ha.

last.
Kalau kita perati TV3 slot Jejak Rasul - Rihlah ibn Battutah, kita akan dapat tahu bahawa sebelum Inggeris menjarah India, Kerajaan Islam Mughal sudah pun membina empayar disana. Tapi TV3 pun x berani nak cerita abis. Tapi kita kalau perati betul2 insyaAllah nampak.

Nampak bariani basmati mughal dengan taj mahal...

end
Hidup Melayu Baru :-) cerita sekali lalu.
Selamat Posa

Salmi said...

Tentang Portugis ni aku ada berbincang dengan cerdik pandai di India semasa ke sana tahun lepas. Semasa mereka tiba di Goa, kerajaan Mughal yang disokong banyak raja-raja daerah lain masih kuat. Mereka hanya datang berdagang. Kalau mereka cuba menakluki Goa, tentu sekejab saja mereka dihabiskan.

Portugis juga bukan seperti British dan Sepanyol yang bertaraf kuasa dunia ketika itu dan rakus mencari tanah baru.

Teori pengkaji tempatan yang mengandaikan bahawa Portugis membongkar kubur-kubur raja Melaka sehingga sekarang ini tidak ada kubur raja ditemui di negeri Melaka tidak boleh diterima kerana itu bukan kebiasaan yang diamalkannya semasa di tempat lain.

Keturunan Portugis di Melaka hari ini pun ramai gelap-gelap dan pendek kerana ramai angkatan Portugis itu orang India. Masa aku di Australia pun aku jumpa orang Portugis dari Timur Timur yang serupa dengan Melaka punya.

to' nai sim said...

nk tanya tuan pnya blog

kalo krajaan ayutthaya tu islam sbb apa ada cubaan mnyerang melaka yg pada itu sudah islam dan ia tlah dipatahkn oleh tun perak dgn mggunakan tipu muslihat

sdgkn dlm islam xboleh memerangai saudara sesama islam
dan pada masa kejayaan portugiskn mnumbangkan melaka portugis tlah mympaikn berita yg mmbuatkn kerajaan siam pada waktu itu(ayutthaya la) gembira mnerima kekalahan melaka yg juga pusat pnyebran islam..

jd cuba saudara terangkn
saya sudah konfius

anaianai said...

Kalau raja melaka pergi mengadap raja china dari dinasti yang baru (masih belum tahu sejarah dan wilayah naungan milik siapa) dan berjaya meyakinkan kedaulatan melaka sedangkan melaka berada dibawah kuasa Siam islam, sudah pasti menimbulkan kemarahan maharaja Siam Islam ketika itu.

Kemudian pula setelah beroleh pengiktirafan melaka menyerang Kedah (Pantai Remis kalau tak silap di Perak, dulunya wilayah Kedah) untuk mengambil kawasan bijih timah milik Kedah dan kedah membuat aduan kepada Raja Siam.

Diatas kesilapan itu, Maharaja china terpaksa mengekalkan keputusannya dan armada Cheng ho memastikan selat melaka selamat dan jauh dari peperangan (sb nusantara adalah milik raja china, percaya atau tidak?).

Setelah Cheng Ho meninggal dunia, Siam menghantar portugis islam untuk mengambil kembali Melaka dalam tahun 1511. Mengambil bukan menyerang dengan sb itu semua peniaga berniaga seperti biase apabila Portugis tiba dengan perintah Maharaja besar Benua Siam. Yang lari lintang pukang Sultan Mahmud syah raja daerah.

Sultan Mahmud Syah ini bukannya yang berkahwin dengan Nang Kemuning anak raja Patani, dan bukan bergelar Khalifatullah Akhirul Zaman.

Soal agama tidak timbul, semuanya Islam ketika itu. Yang timbul adalah tamak haloba dan ingin menambah kekayaan duniawi dan wilayah, itu yang betulnya. Lalu mereka engkar kepada Yang Di Pertuan Agong, Empayar Islam Benua Siam ketika itu

to' nai sim said...

satu lg persoalan

kalo siam ayuthayya itu islam knapa ada beberapa cubaan menyerang pattani yg juga islam pd abad ke 16?

boleh saudara tuan pnya blog jelaskan siapa dan asal salasilah tengku kudin pahlawan kedah terhebat melawan siam dlm siri counter attack pd 1831 bermula dr sbrg prai hgga ke singgora dan akhirnya trpksa bertahan d kubu kuala kedah?

dan apa kaitan tengku kudin ini dgn keturunan nai long?
adekah tengku kudin ini sama dgn ku din ku meh pembesar kedah di setul?

Unknown said...

Info menarik.
Allahuakbar.