Wednesday, September 3, 2008

SAAT YANG DINANTIKAN UMAT ISLAM


IKHLAS DARI KAMI UNTUK SEMUA PENGUNJONG BLOG INI, SALAM HORMAT

8 comments:

alang said...

assamualaikum.selamat berpuasa.ingin saya ajukan soalan berkenaan dimana letaknya makam sultan muhamad syah 1?

JEFFROCKERS said...

Anai-anai,

Salam ramadhan. Selamat Berpuasa

(1) Bolehkah dipaparkan maklumat mengenai penulisan Syair Siti Zubaidah : Perang China kerana saya yakin ia amat berkaitan dengan kedudukan dinasti raja-raja Melayu di sebelah Cham-Pa (Kemboja) yang mungkin ada kaitan dengan kerajaan Islam Siam.

(2) Bolehkan tuan paparkan perbandingan mengenai penabalan Sultan Perak yang pertama seperti mana diperkatakan adalah dari nasab kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Johor.

Terima Kasih

alang said...

anai-anai,

assamualaikum.

Dimanakah letaknya makam Sultan Muhammad Syah1?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Editor,

Selamat Berpuasa dan Selamat Mengarang menegakkan yang hak dan mendedah yang batil!

Semoga usaha murni tuan tuan semua diberkati Allah Azza Wa Jalla!

Amin!

Wassalamualaikum wr wb.

anaianai said...

Sultan MudZaffar Syah III adalah dari keturunan Raja Besar Benua Islam Siam Kedah.

Baginda dulunya bukan raja daerah tetapi raja wilayah Kemboja CempakaSari, besarlah. Nak banding dengan puak raja daerah ini tak sepadan dan buang masa aku saja. Raja Daerah dalam sejarah hari ini sepatutnya link kepada baginda.

Lagi pun baginda berjawatan Bendahara (@ Raja Muda), pengganti atau orang no2 dalam pemerentahan Raja Besar beanua Siam ini.

Kenapa diberi gelaran SM III kpd baginda? tgk lah siapa SM I iaitu Raja Merong Mahawangsa, SM II sila baca habis blog ini.

Seperkara lagi, Blog ini berkaitan dengan Raja Besar Benua Islam Siam. Lain lain link hendaklah datang ke sini, kami tak payah ceritalah semua.

Kalau sekiranya SEJARAH PERAK meletakkan SM III memerentah lebih awal, catatan mereka adalah salah.

DISINILAH TEMPLATE SEJARAH BANGSA MELAYU BARU HARI INI. KAMI TIDAK IKUT SEJARAH VERSI LAIN, YANG LAIN ITU PATUT LINK SEMULA DENGAN SEJARAH VERSI KAMI. INI LAH BLOG SEJARAH RAJA BESAR DAN BENDAHARA. SENANG CAKAP, BLOG YANG DI PERTUAN AGONG LAH.

Sekiranya kami salah, masakan puak keluarga kami yang dikasihi dari Perak datang bertemu kembali dan berjaya menemui link yang telah lama hilang. Mereka bukan saja keluarga malah terlibat dalam penulisan sejarah Perak.

(ADE SDR TGK FORUM KHOO KK DGN IBRAHIM SYAH BARU2 NI KAT TV? KATANYA,ORANG MELAYU SENDIRI MENGIKUT SEJARAH TULISAN BARAT DAN ENGGAN MENUKAR SEJARAH REALITI BANGSA SENDIRI).

Mohd Shahrizal said...

Assalamualaikum,
Terima Kasih atas penjelasan tuan. Penjelasan tuan anaianai dan salmi ada kebenarannya dan sedikit sebanyak membantu menguhuraikan kekusutan.. Dan berdasarkan penerangan berkenaan, kesimpulan dan cadangan dibawah boleh saya buat:
1. SMIII (Raja Mansur) dalam salasilah perak dan SMIII (Po Chan)dalam sejarah benua islam siam kedah mungkin orang yang berlainan (memetik kata salmi). Walaubagaimanapun, sekiranya mereka org yg sama, SMIII (Po Chan) tidak sepatutnya muncul dalam salasilah sultan/ raja daerah Perak. Dan tidak wajar dianggap sebagai sebahagian dari kesultanan Perak apatah lagi dianggap sebagai Sultan/ Raja Daerah Perak ke-13. Ini secara tak langsung menjatuhkan martabat SMIII (Po Chan) sebagai Maharaja Besar, Nak banding dengan puak raja daerah ini mmg tak sepadan (memetik kata anaianai). SMIII Perak Raja Mansur adalah tidak layak dibandingkan dengan baginda kerana dia hanyalah Raja Daerah.
Petikan2 berkaitan makam dan alat kebesaran baginda yg terdapat dlm posting sblm ini adalah kurang wajar sebab benda2 itu hanyalah milik seorang raja daerah, bukan seorang Maharaja Besar. Di cadangkan supaya tuan tidak lagi mengaitkan SMIII (Po Chan) ini dengan apa yg terdapat di Perak. Ini sedikit sebanyak dapat menyelamatkan maruah baginda dari terjerumus tanpa sengaja dalam sejarah hitam dan pertikaian yg pernah melanda kesultanan Perak.
2. Rujukan/ Link yg disediakan dalam posting sebelum ini yg merujuk kepada Wikipedia.org adalah tidak wajar. Nama Sultan Muzaffar Shah III Ibni Almarhum Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Shah tidak sepatutnya berada di situ. Pertamanya kerana sudah tentunya wikipedia.org ini adalah tulisan barat dan bukan tulisan bangsa kita sendiri (memetik kata2 anaianai). Keduanya, sekali lagi kesilapan dalam wikipedia.org telah menyebabkan jatuhnya mertabat seorang Maharaja Besar sebuah benua apabila disamatarafkan dalam senarai bersama2 34 org Raja daerah di Perak. Sesungguhnya apa yg dibuat oleh wikipedia.org adalah fitnah yg dasyat dan berniat jahat. Adlh dicadangkan agar tuan tidak lagi merujuk kepada wikipedia.org kerana amatlah jelas itu adalah tulisan org barat yg cuba menjatuhkan martabat seorang Maharaja Besar Islam dan menyamatarafkan Baginda dengan Raja-raja daerah yg berjaya mereka 'gula-gulakan' (spt kata Anwar Ibrahim). Saya bersetuju dengan pendapat saudara supaya sejarah tidak dirujuk kepada sumber barat.
Segala kesimpulan dan cadangan diatas diharap dapat memberikan sedikit-sebanyak bantuan kepada tuan untuk meneruskan usaha murni dalam perjuangan memertabatkan bangsa. Diharap tuan dapat berhati2 dalam setiap kajian dan rujukan kerana setahu saya, ramai yg diluar sana menanti2 utk mencantas usaha2 murni ini..
Adlh dicadangkan juga tuan turut merujuk sejarah-sejarah ini (termasuk pertabalan Raja Lumu) dengan karya2 agung bangsa kita yang lain seperti Misa Melayu, Sulalatus salatin, Hikayat Samudera pasai, Hikayat raja-raja Aceh, Hikayat Awang Sulung dan lain2 yg banyak menceritakan tentang kehebatan bangsa nita satu ketika dahulu. Rujukan kepada sumber barat adalah tidak seharusnya berlaku sama sekali.

Terima Kasih

Mohd Shahrizal said...

Mungkin agak terlalu awal, tapi walaubagaimanapun "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua... moga apa yg diusahakan akan mendapat keberkatan dan diredhai selalu hendaknya.. InsyaAllah

dokpikiaq said...

asalamualaikum,salam pengenalam..
:D... saya nak email tuan editor x leh plak..
camno huh??