LE Magnificent E.T Supreme Roy de Siam (tidak berapa jelas). Nai Hisbu Muadzam Syah, wajahnya iras ayahandanya Zahiruddin Bahadur Syah (gambar bawah), Raja Monggol India- dipetik dari rekod Peranchis.
Raja Kota Beruas yang juga Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah sekitar tahun penghujung tahun 1500 dan awal 1600 dahulu ialah Nai Hisbu Mad Azam Syah ibni Sultan Zahiruddin Bahadur Syah. Baginda Nai Hisbu bergelar Intharaja II di Ayuthia. Intaraja bermaksud, kamu-sebar nasihat (dakwah islamiyah).
Sebagai abang yang sulong, baginda Nai Hisbu (atau Syed Hisbullah) disayangi oleh 3 orang adinda lelaki nya iaitu Tengku Hassan (atau SANtubong), Tengku Shaari (Shaari panjang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah) dan Penggiran Mustapa Kecil Bongsu (Raja Brunei). Keempat-empat beradik mereka dikenali sebagai Sin-ga-po-ra bermaksud empat-taring-lelaki-duduk situ. Mereka menggelar abang sulong mereka sebagai Phe-raq, bermaksud abang-yang dikasihi. Be-ruas pula adalah juga dari bahasa Siam Kedah (bukan bahasa Thai) iaitu Bo-rois yang bermaksud, puak-kaya yakni merujuk kepada Raja Kota Beruas ketika itu.
Dari penyelidikkan kami, gelaran Mad Azam Syah ini adalah gelaran yang pernah digunakan oleh Raja Monggol India tetapi sudah di padamkan catatan ini dalam sejarah kita. Tidak menghairankan kerana Nai Hisbu adalah juga anakanda kepada Zahiruddin Bahadur Syah. Hari ini, gelaran ini masih diguna pakai dengan sedikit perbezaan ejaan (Muazzam Syah) oleh Tuanku Sultan Kedah.
Baginda Nai Hisbu Muadzam Syah telah dikahwinkan dengan sepupunya iaitu Nang Khun Wara Wangsa. Pada ketika itu Khun Warawangsa ibni Sultan Rijaluddin yang merupakan abang kepada Tunku Nur Aisyah (bonda Nai Hisbu, juga disebut Aisyah Begum dalam sejarah India) menjadi Syahbandar di Kota Setar.
Ini sekali gus membuktikan Kota Setar (hari ini Bandaraya Alor Setar) wujud jauh lebih awal dari tahun yang diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah, kononnya dikatakan bermula dari zaman Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin menjadi Sultan Kedah. Sebenarnya baginda bukan sebagai Sultan Kedah tetapi sebagai Perdana Menteri Kedah sahaja, bergelar Paduka Seri Bongsu .
Khun Warawangsa ini dikenali dalam sejarah Kedah sebagai ‘Langkasuka’. Sebagai bapa saudara, Pak Lang adalah panggilan anak saudaranya Nang Che Yam yang kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani (lihat salasilah 2). Dengan itu Lang-ka-su-ka dalam bahasa Siam Kedah bermaksud, Pak Lang-bawa-barang-dagangan.
Jika kita kaitkan nama anakanda Nai Hisbu yang sulong yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Siapakah itu Sri Su Tammaraja ini? Tak lain tak bukan ialah Sultan Mahmud Syah Melaka Khlifatullah Akhirul Zaman. Baginda Sultan Mahmud Syah ketika muda pernah menjadi raja di Seri Lanka yakni Ceylon. Se-ri-lan-ka bermaksud, laksemana-duduk disitu-cucu-beta. Ini adalah ungkapan Zahiruddin Bahadur Syah yang menjadi raja Monggol India kepada cucunya Sultan Mahmud Syah Melaka. Dengan itu tidak hairanlah banyak hikayat Melayu dengan perisian agama Islam untuk tujuan dakwah islamiyah dengan teks jawi turut di jumpai disana.
Disinilah, menurut wasiat yang diterima TNL Kassim berlakunya kisah Puteri Gunong Ledang yang mana asalnya ialah Adams Peak, gunong yang terdapat di Pulau Seri Lanka. Kisah Puteri Gunung Ledang bukan melibatkan Sultan Mahmud Syah (mangkat di julang) raja wilayah yang terpaksa berpindah apabila Portugis dikatakan menawan Melaka. Ia bersangkutan dengan Sultan Mahmud Syah yang menjadi Maharaja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah (bersemayam di Kota Lukut, Port Dickson). Tidak hairanlah jika kita membaca Sejarah Melayu diawalnya dikatakan ia dibawa dari India.
Makam Khun Warawangsa di tepi sungai bersebelahan TDC (Bangunan Mahkamah Lama) Alor Setar masih ada hingga kini . Ia terletak tak sampai 50m dengan Sungai berdekatan. Bagindalah yang menjadi Raja Langkasuka bertapak di Kota Setar. Nama baginda turut tercatat dalam sejarah Ayuhthia. Tidak diketahui siapakah yang mengecat batu nisan Acheh dalam gambar diatas.
Nang Che Yam (nang bermaksud puteri) ini kemudiannya ditabal menjadi Raja Patani dan dikahwinkan dengan Sultan Ismail dari Jammu Kashmir, anak saudara Zahiruddin dari
Sultan Ismail tiba dengan beberapa kapal bersama pengikut-pengikutnya membawa kain-kain ela pelbagai jenis, permaidani, barang hiasan tembaga dll sewaktu pertama kali hendak bertemu dengan tunangnya, Puteri Che Yam. Setelah mendarat bersama pengikut-pengikutnya di pelabuhan, baginda pun pergi ke istana untuk bertemu dengan Nang Che Yam. Baginda Sultan Ismail pun bertanya kepada tunangnya Nang Che Yam, "Meng chi au pha phan phre?, bermaksud kamu nak kain macam mana?" Nang Che Yam pun menjawap, "Pha-taa-ni" bermaksud, kain-corak-ini. Begitulah lebih kurang kisahnya yang diriwayatkan, tak tahulah pulak ada penterjemah atau tidak semasa pertemuan itu berlaku. Dari perkahwinan kedua mempelai ini, terdirilah negeri Patani, berdikari dan terpisah ia dari Kerajaan Langkasuka yang berpusat di Kedah.
Secara ikhlas kami tidak mengetahui nama penuh Nang Khun Waran Wangsa yang dikahwinkan dengan Nai Hisbu MuAdzam Syah. Nang hanya bermaksud Puteri kepada Khun Wara Wangsa dan begitu jugalah dengan kisah Nang Che Yam diatas. Namun begitu nama sebenar Khun Wara Wangsa ada tercatit dalam UUK sebagai Raja Jalil Putera (ketika baginda muda dan setelah itu naik pangkat dari Syahbandar dan bergelar pula Maharaja Jalil Yaacob Syah).
Nama Raja Jalil Putera, ketika itu mungkin diusia yang muda memegang jawatan Syahbandar ada tercatit dalam UUK, ms 2. Pada ketika itu telah disebut bahawa Kedah adalah sebuah negeri islam dan sudah pun mempunyai adat dan gelaran untuk pembesar- pembesarnya. Akan tetapi harus kita ingat bahawa Kedah dizaman dahulu bukanlah negeri Kedah yang kecil seperti hari ini. Kedah dahulu adalah Langkasuka. Jika sekiranya kita (termasuk Siam di Semenanjong Melaka dan Acheh) sudah bertamaddun, mempunyai undang-undang Kedah, sistem sosial bermasyarakat, sistem beraja dan berkerajaan semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain, kenapakah kita masih dijajah dan dilenyapkan sejarahnya?
Ikuti penulisan the malay press di link sebelah kanan untuk mendapatkan jawapannya.
9 comments:
Terangnya spotlight...:-)
tmp..assalamualaikum,
dah dia orang antar emel tanye kat aku, bila sampai SERU hhmmm dia keluar perau..perau...perau la...macam mesin gun TNL Kassim juge lah aku nie...hahaha..
wa'alaikumsalam. kalu dah waris camtulah...
Raja2 hari ini banyak tersangkut dengan sejarah monggol-india-parsi tanpa disedari...macam 'Syah' Iran.
Kalau pengaruh Arab depa x pakai syah..macam 'Al'-Gore...:-)
opp tambah lagi satu...kalu tidak kerana nama Iskandar Zulkarnain, mana nak dapat nama Sultan Iskandar Syah betul tak?
Lagipun Amir2 bangsa Arab ngan Turki jarang pakai Iskandar ni...kecuali orang2 negeri bawah angin je..
oleh itu, link sultan2 disini dengan Sultan Zahirudin Bahadur Syah memang kuat la...pengaruh tu ada.
aduh..aku nak p pekena Pilau Moghul la lepas ni...:-)
Betul..betul dari situlah datang nya gelaran mahkota alam, alam syah dll.
Pasal Al Gore tu dah lama jadi senget dan sengal bertukar dengan sendirinya menjadi Al Kali, Al Kohol dll. d;) hikhikhik.
saudara boleh tolong cerita tak kisah puteri Gunung Ledang ni. Supaya saya dan anak cucu tidak dibohongi lagi. Ini satu amal jariah ni. Semuga dapat pahala.TK
Saudara Themalaypress,
Saya tertarik dengan artikel tentang ulamak Tok Bendang Daya. Amalan beliau membaca banyak-banyak surah al-Ikhlas tu memang diajar guru Silat Gayung. Murid silat digalakkan membaca sampai 90,000 kali surah ini semoga mendapat bantuan semasa terdesak. Tapi saya tak pasti berapa orang murid yang ikut (saya tidak..he..he). Tapi saya pasti ia perlu juga sekali amalan tidak meninggalkan yang wajib dan menjauhi maksiat termasuk yang kecil.
Silat Gayung ini diasaskan Datuk Meor Rahman, keturunan bangsawan Bugis dari Pokok Asam, Taiping. Ikut ceritanya beliau dikhatamkan ilmu silat oleh Hang Tuah semasa tertidur dalam hutan dekat Kuala Nerang, Kedah. Tentu kita terfikir kenapa tidak di Melaka atau lain-lain tempat ye? Kota Sarang Semut pernah menjadi headquarter silat ini sebelum berpindah balik ke Taiping.
Lambang silat ini juga ada naga. Ikut cerita naga ini kembarnya semasa dilahirkan. Kita tahu sekarang naga ini sinonim dengan sejarah Siam (Melayu).
Saudara Yazid,
Kalau ikut bog ini, cerita putri Gunung Ledang tu berlaku di Sri lanka jadi gunung tu bukan Gunung Ledanglah tapi Adams Peak (nabi Adam turun di Srilanka dulu daripada syurga), pulau-pulau kecil di utara dinamakan Adam's steps. Rajanya perangai sama jer macam cerita versi Melaka, siksa rakyat nak buat hantaran kepada puteri jin.
Sultan Mahmud I raja daerah yang last di pelabuhan Melaka orangnya tak sama dengan seorang lagi Sultan Mahmud II yang mangkat dijulang di Johor.
Sdr Salmi.
Berbanyak terima kasihlah pada arwah Syeihk Wan Mohd Saghir, sebab dia banyak himpunkan cerita2 ulama2 nusantara ni (alfatihah). Kalau xde dia susah juga kita nak korek sejarah Ulama yang dipadamkan...
Raja Ali Haji @ Marhum Teluk Ketapang juga seorang bugis yang syahid ditembak oleh Belanda dalam perang pertengahan abad ke 18. Menurut cerita tasbih ditangan kiri dan pedang ditangan kanannya...
Dan saya cuma mencantumkan sahaja crita yang berlaku tahun 1821-1828 dan memang tally kisah peperangan tu (musuh bisik).
Bab Naga dan ijazah dalam mimpi ni terpulang pada empunya badan sama ada hendak percaya atau tidak...sebab dalam kes Sejarah Nagara Kedah ni saya cuba membuang kisah dongeng dan hikayat lebih2 lagi bab yang menyelubungi kisah Hang Tuah...jadi dengan itu sejarah akan nampak lebih bersih dan jelas dari unsur tahyul kurafat. itu sahaja.
Bab amalan ni saya pasti ulama2 nusantara seperti Tok Bendang Daya tak akan bergantung pada amalan mereka...90,0000 panas tu bang!:-)
Salam perkenalan. Saya baru berkenalan dengan blog ni. Entry ni sebut tentang Kerajaan Patani. Keturunan mereka bertebar di serata Kelantan dan Terengganu dan masih menggunakan pangkal nama Nan(g) untuk puteri dan Long untuk putera.
Post a Comment