Monday, June 23, 2008

Bertemu Sejenak di Pasar Malam

Petang tadi aku pergi ke Pasar malam, macam biasalah kerja aku setiap hujung minggu. Harga barangan sudah mula naik walaupun PM kata harga tak naik. Kalau lah dia ada sama aku, aku nak tanye dia, nie apa, itu apa...dulu berapa harga..sekarang berapa harga, bukan kah sudah naik harga? Tetapi itu bukannya sebabnya aku nak cerita buat korang. Ni pasal seorang anak muda, nampak terpelajar, berasal dari Narathiwat datang untuk mengutip derma pembinaan surau dikampungnya.

Dia menghampiri aku sambil menghulurkan surat dan gambar-gambar surau yang dalam pembinaan. Kami pun bersembang dalam kesibukkan orang membeli barangan di pasar malam, beliau dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan aku dalam bahasa kedah "pure' aku. Masakan tidak begitu, bukankah Patani, Yala, Narathiwat, Kelantan dan Terangganu dulu berada dibawah Kerajaan Legeh dan merupakan sebahagian daripada wilayah Siam Islam. Sembangnya kami agak panjang dan terperinchi. Aku bertanyakan tentang istilah bahasa Siam yang mana aku dan rakan-rakan tulis di blog ini, sah memang betul maksudnya. Jadi, untuk itu kami tahu kami tidak berbohong kepada anda semua sidang pembaca yang budiman.

Begitu juga berkaitan dengan Raja Siam dimana beliau mengesahkan bahawa Raja Siam zaman dahulu beragama Islam dan yang memerentah hari ini adalah raja thai yang beragama Buddha. Namun bagi mereka sejarah tinggal sejarah kerana dari sana mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Ujar beliau, kami orang melayu Islam dari rumpun Siam di Narathiwat amat mengharapkan bantuan dari rakyat Malaysia untuk membina semula Islam dan kekuatan jiwa ummah disana.

Disana ujarnya, siapa pun tak boleh memperkatakan tentang raja thai sewenang-wenangnya, silap-silap kena cekup tak tentu pasal, hilang begitu saja, tak balik rumah dah. Begitu rupanya kaedah yang digunakan, patutlah rakyat banyak mendiamkan diri kalau cakap pasal raja-raja mereka ini, undang-undang nya (Le Majeste) begitu ketat dikuatkuasakan. Inilah yang menyebabkan sejarah mereka dapat dibentuk sedemikian rupa. Pendek kata kedudukkan raja thai tidak boleh dipertikai langsung. Tak boleh pertikai tak apa sebab memang dah berkuasa pun disana, tak siapa yang nak rampas kuasa kau pun. Akan tetapi sejarah korang yang bersangkut dengan sejarah kami tu, ceritakan lah betul-betul.

Saudara dari narathiwat yang baru dikenali ini bersyukur dapat bertemu dengan aku, dan berbincang dengan terperinchi sejarah negerinya yang sudah lama terpinggir. Beliau sama sekali tidak menyangka masih ada lagi hamba Allah di Kedah ini yang mengambil berat kebajikan mereka yang hidup dalam keadaan tertekan disana. Menurut beliau, kerajaan satu hal, puak pemisah satu hal katanya. Tak pasal-pasal rakyat dan orang awam yang menjadi mangsa. Setelah lama berbincang, kami pun berpisah setelah aku menghulurkan derma ku dalam suasana keakraban, ikhlas dari hati masing-masing.

Terdahulu kami pernah menceritakan bagaimana rakan kami telah terjumpa dengan seorang wanita yang menjual mee kari udang, sungguh sedap dan enak rasanya di sebuah pasar malam juga. Rakan kami hairan kerana wanita tersebut rupenya seperti orang China namun memakai tudung, sibuk menyediakan juadah dan karenah pembelinya. Rakan kami menghampiri suaminya untuk mendapat sedikit penjelasan. Suaminya seorang yang peramah menceritakan kepada kami bahawa isternya ini berasal dari Chiengmai dan dari asalnya memang beragama Islam, bukannya saudara baru. Tentang mee keri ini pula, ia merupakan makanan asal mereka, bukan resipi yang baru dipelajarinya disini.

Untuk itu kami sependapat bahawa sekiranya kita manis mulut dengan mengajak mereka (rakyat Thailand yang datang berniaga disini) bersembang, banyak juga maklumat 'pukal' yang kita boleh dapat. Wallahualam.

2 comments:

hjbard said...

saya pun boleh sah kan terjemahan... saya cakap siam kedah pure.. kgbukit, napoh.... keturunan nai soh...
badrulbulat@yahoo.co.uk

anaianai said...

salam BB...ni kire mcm adik pupu aku le nie...salam hormat..terima Kasih kerana berkunjong