Thursday, June 5, 2008

Antara Hak dan Realiti

Salam hormat untuk semua pembaca blog ini.

Kami telah menceritakan semula banyak perkara mengenai bukti-bukti sejarah yang dipinggirkan yang mana sekiranya kita gabungkan bukti-bukti yang masih ada barulah kita mendapat jawapannya. Akan tetapi tidak semua yang kita boleh dapat kaitkan kerana kunci utama terletak kepada,

1) Wasiat yang diperturunkan kepada Tuanku Nai Long Kassim ibni Nai long Ahmad, waris mutlak, Maharaja Empayar Islam Benua Siam Kedah.

2) Manuskrip Undang-Undang Kedah bertulisan jawi yang telah dibukukan dalam teks rumi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka , 2005 sebagai bukti bertulis.

Terdahulu, sepertimana pengkaji sejarah lain, penkajian kami mengenai sejarah Kedah diperingkat awal turut menemui jalan buntu. Soalah-olah ada persoalan yang belum terjawab. Kami merasakan seolah-olah kami menulis semula sejarah yang telah sedia ada, versi penjajah yang mana bila kita lakukan “check and balance, it doesn’t make sense”. Lalu penulis teringat kepada Nai Long Kasim abang pupu yang cekap menceritakan semula sejarah Kedah disuatu masa dahulu. Mungkin dia dapat membantu.

Setelah berbincang dengan beliau, penulis sendiri tercengang dan teringat semula kisah-kisah yang di pernah diwasiatkan kepada penulis seketika dahulu (sekitar tahun 1969 dan 1973 dan 1976) oleh arwah datuk. Kisah yang diriwayatkan kepada penulis yang mana penulis menganggap sebagai cerita sahaja kini menjadi wasiat yang sudah jatuh hukumnya keatas penulis. Penulis terharu setelah mendengar semula kisah ini rupa-rupanya benar, apatah lagi setelah meneliti dan mengkaji semula Undang-Undang Kedah berkali-kali.

Lebih terharu lagi apabila mengetahui Long Jaafar itu adalah Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh di Gurun Kedah dalam tahun 1876 dahulu. Baginda ketika itu sudah pun mengetahui berada diambang maut kerana ada surah yang sering baginda amalkan sebelum tidor tidak lagi dapat dibaca hampir sebulan sebelum baginda ditangkap oleh tentera Thai dengan izin Inggeris. Turut hadir sama ketika baginda ditangkap itu ialah Sultan Abdul Hamid (yang memihak sebelah tentera thai), juga dari kaum keluarga baginda kerana berkahwin dengan Nai Sofiah. Tidak lama selepas mengadakan perbincangan dengan Nai Long Kasim itu, datanglah petunjuk dari Allah swt, satu demi satu, ditunjukkan kebenaran sejarah ini.

Saudara, ramai dikalangan pembaca blog ini juga mengalami apa yang di panggil “...ahhaaa.. experience” apabila membaca artikel-artikel yang kami muatkan didalam blog ini. Penulis juga sudah pasti turut mengalaminya diawal pengkajian ini. Ada diantara pembaca setia yang sanggup balik kampung bertanya kepada orang-orang tua mereka mengenai sejarah keluarga mereka, setakat mana yang masih diketahui. Ada juga yang lantas menghubungi kami untuk mengesahkannya. Banyak persoalan mereka yang selama ini tidak terjawab, mereka menemui jawapannya disini.

Malah ada seorang pembaca yang memaklumkan kepada penulis bahawa datuk kepada datuknya adalah seorang China akhirnya terjawab apabila membaca artikel diblog ini. Rupa-rupanya moyang nya itu adalah salah seorang daripada 34,000 tentera China Manchu yang beragama Islam yang dihantar oleh Maharaja China Manchu iaitu bapa mertua kepada Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Hari ini, sudah pasti pembaca tersebut adalah seorang berbangsa Melayu yang berasal dari Langgar, Kedah, bukan lagi dianggap berketurunan China.

Ada yang mengucapkan tahniah diatas pendedahan sejarah realiti ini dan tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina kami. Mungkin kerana kedudukkan mereka terancam lalu mereka menghantar emel yang sebegitu rupa. Kami bukanlah bertujuan untuk menghina sesiapa pun akan tetapi sebagai generasi hari ini kita harus sedar sejarah yang sedang dipelajari oleh genarasi baru rakyat Malaysia hari ini penuh dengan kepincangan, tergantong kisahnya dan tidak munasabah dan harus didedahkan kebenarannya.

Kadang-kadang kami terfikir, “......macamlah orang melayu zaman dahulu tidak cerdik untuk menangani masalah” sedangkan kita bangsa yang bertamadun, ada peraturan, ada undang-undang Kedah iaitu undang-undang Islam, ada kerajaan, ada sistem bermasyarakat, sosial dan politik, kenapkah kita dijajah? Kenapa sejarah kita digelapkan? Kepentingan siapakah yang masih kita lindungi hari ini, rakyat atau segolongan elit yang sudah tiada tetapi dulunya mereka bersekongkol dengan penjajah memadamkan sejarah bangsa. Adakah dengan mendapat pingat dan gelaran Datuk, kita lupa tanggung jawap kita sebagai seorang Islam? Segeralah bertaubat kerana hukum Allah masih lagi berjalan. Selagi kita tidak berterus terang selagi itulah kita tidak akan dapat memahami sejarah realiti, tentang apa yang sebenarnya berlaku. Ingatlah tuntutan Qutbah Wida sekiranya kita terus bersubahat dalam hal ini menidakkan yang hak.

Di samping itu kami tidak menyuruh sesiapa pun membenci Raja Thailand atau mana-mana Sultan di negeri-negeri yang bernaung dibawah Malaysia. Kita tahu bahawa kita sekarang berada dalam zaman moden namun harus ada ruang untuk sessi perbincangan dan muzakarah, sekiranya diperlukan. Ruang harus diberikan untuk penilaian semula sejarah negara kita. Sebagai rakyat Malaysia hari ini, kita berhak tahu kenapa Inggeris memecah dua Semenanjong Melaka kepada Tanah Thai (Thailand) dan Tanah Melayu, dari satu kerajaan Empayar Islam yang besar dan seterusnya mencanangkan ketuanan Melayu. Inilah yang dilaungkan oleh pemimpin kita hari ini. Tahukah mereka sejarah sebenar asal bangsa Melayu itu? Sekiranya kita berhak tahu sejarah realiti yang telah diwasiatkan dimanakah pula hak waris mutlak ini, haruskah kita pinggirkan dia apabila kita mengetahui sejarah realiti, ibarat mendapat madu sepah dibuang? Fikirkanlah saudara, hukum masih berjalan.

Kita di Malaysia hari ini harus ingat bahawa kaum Melayu, India dan China adalah berasal dari satu kerajaan, sebuah empayar Islam yang kukuh lagi digeruni disuatu masa dahulu. Rakan-rakan kita dari kaum China sudah kehilangan Maharaja Sai Tee Sung tetapi keturunannya masih ada dalam waris mutlak Empayar Islam Benua Siam Kedah. Begitu juga rakan-rakan dari kaum India, mereka sudah kehilangan Raja Monggol India, Zahiruddin Bahadur Syah akan tetapi warisnya juga ada pada waris mutlak ini, iaitu Nai Long Kasim Nai Long Ahmad. Beliau adalah simbol perpaduan kaum di Malaysia samada kita bersetuju mahupun tidak. Kewujudan beliau tidak hanya mewakili kaum Melayu sahaja di Malaysia hari ini, malah untuk tiga etnik majoriti.

Sekiranya kita tinjau di Thailand, menurut rakan penulis, penguasaan bahasa Inggeris sangat lemah walau pun diperingkat IPT mereka. Tidak mungkin rakyat mereka akan faham sejarah sebenar sekiranya kita dedahkan sejarah realiti menggunakan bahasa Inggeris sekali pun, mungkin ia akan mengambil masa seketika. Ahli akademik mereka mungkin faham, namun janganlah kita merasa hairan sekiranya pemimpin mereka sudah faham sejarah sebenar setelah mengunjongi blog ini atau mendapat maklumat dari sumber lain. Malah ada pemimpin mereka hari ini telah berani bertindak menghina raja Thai. Mungkin mereka sudah mengetahui sejarah, siapa itu Raja Siam dan siapa itu Raja Thai sebenarnya. Nampak gayanya, penulisan diblog ini tidak hanya sampai kepada saudara sahaja.

Pengsejarahan mereka yang dipelajari disekolah-sekolah mereka masih lagi mengatakan bahawa Siam adalah sebuah kerajaan Buddha dan bersambung kepada Raja Chakri Sukhothai hari ini. Sekiranya begitu kenapa dalam bahasa Siam Islam Kedah su-kho-thai bermaksud, puak-musuh-kafir. Kenapa manuskrip Undang-undang Kedah menceritakan sebaliknya yang kita telah pelajari disekolah dahulu? Kenapa peta Siam meliputi hingga ke Pulau Jawa dan Sumatera? Di Thailand pula ada undang-undang Le Majeste dimana taraf raja mereka tidak boleh langsung dipertikaikan atau di persoalkan. Mungkin mereka takut rahsia mereka akan terbocor. Untuk maklumat saudara pembaca, terdahulu sejarah mereka telah diedit semula oleh Mongkut dan Chulalongkorn dan banyak lagi manuskrip bertulisan jawi yang dirampas sewaktu menawan Ayuthia dalam tahun 1767 masih lagi disimpan didalam arkib raja mereka.

Kepada mereka semua, ALLAH yang dulu masih ada, biarlah DIA yang memberi petunjuk mahupun balasan sewajarnya. Kami tidak perlu merasa takut sesama makhluk yang merasai maut kerana kami lebih takut kepada Allah yang menjadikan makhluk itu.

Doa kami,

“Ya Allah Ya Habibullah Ya Sayyidina Muhammad Rasul, bantulah kami, lindungilah kami, beri petunjuklah kepada kami kejalan Mu yang benar lagi lurus. Sesungguhnya dirimulah yang menguasai yang awal (huwalawallu), yang akhir (huwalakhiru), yang zahir (huwalzahirru) dan yang batin (huwal batinu). Waris mu dari Bani Hasyim dari keturunan baginda Rasulullah SAW masih ada dikalangan raja-raja melayu hari ini, namun dinafikan hak mereka. Bukalah hati mereka-mereka yang berkuasa hari ini, juga hati-hati mereka yang yakin kepada kebenaran mu dan agama mu Ya Allah, dan musnahkanlah musuh-musuh yang menentang agama mu, Ya Allah…”

Kami akui bahawa kami juga "bersifat la haula wala" (tidak ada daya upaya), kami tidak ada jawapan untuk kesemua permasalahan sejarah, namun pembaca dan peminat sejarah tetap berkunjong juga kerana mereka berhak untuk mengetahui sejarah nenek moyang mereka, sejarah realiti tanah tumpah darah mereka, tanah ibu pertiwi ini. Semoga saudara pengunjong yang berhati mulia dan berniat baik turut di beri petunjuk oleh Allah swt. Amin.

2 comments:

Syahir said...

Assalamualaikum rakan! Terima kasih kerana menulis balik sejarah asal Nusantara ini! Blog ini memang mengejutkan saya pada seblum ini!

Pada bulan lepas, saya kembali ke Kampung saya di Langkawi atas desakan maklumat yang saya ingin korek ttg keturunan saya dari kedah! Alhamdulillah! Saya dapat jawapannya bro!

Patutlah muka saya ada rupa Cina. Memang salasilah nenek moyang saya asal dari Langkawi..dekat2 Padang Matsirat, bkt Kemboja, Kedawang, Pantai Chenang & persekitarannya!

Terima kasiH!

Kerana blog ini, saya semakin sayang pada bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air!!

anaianai said...

The OWL, Salam Perkenalan

Alhamdulillah...banyak persoalan akan terjawab. Saudara tahu tak, bukan saudara seorang sahaja yang berkata begitu, malah ramai lagi rakan-rakan lain yang membaca penulisan di blog ini. terima kasih kerana meruangkan masa untuk singgah ke blog kami. Kami tahu di Pulau langkawi pun ada orang Melayu/kampung yang masih lagi bertutur dalam bahasa Siam Kedah.

Oh Ya, pasal rupa paras Cina ini memang ye, di Pendang lagi lah ramai. Pupu2 kepada TNL Kassim begitu juge. Syukur kepada Allah.