Saudara/i pembaca berhak untuk membuat penilaian sendiri dengan merujuk kepada mana-mana rujukkan lain atau pengalaman yang telah sedia ada. Bagi kami, yang akan menunjuk kebenaran kepada saudara/i ialah Allah swt juga, bukannya kami kerana itulah kebenaran agamanya, zaman Empayar Islam milikNya.
Sila klik untuk membesarkan imej diatas
Kami amat bersetuju dengan penulis artikel tersebut memandangkan banyak makam-makam lama sejarah kita terpinggir dengan begitu sahaja terutama sekali di Beruas. Ini berikutan tindakan pemerentah dahulu yang menjemput penjajah Inggeris membuka ladang-ladang getah dan penempatan baru tanpa menghiraukan samada ia tapak bersejarah atau tidak. Dengan sebab itulah, hari ini kita mendapati banyak makam-makam lama yang bersejarah milik kita berada ditengah laman rumah penduduk, dalam dusun, dalam ladang getah dsbnya.
Jemputan untuk membuka ladang-ladang getah tanpa menghiraukan kesan-kesan sejarah dikawasan-kawasan Lubuk Pusing Sungai Merbok menyebabkan Makam Raja Merong Mahawangsa berada dalam ladang getah.
Di Malaysia hari ini seolah-olah ada trend dimana peninggalan sejarah tidak begitu dititikberatkan sehingga ia terhad kepada pengkaji tertentu sahaja. Jangan katakan peningalan sejarah yang lama, yang agak terbaru pun di buang/dimusnahkan begitu sahaja tanpa memikirkan apakah generasi akan datang akan dapat berpeluang menikmati atau mengetahui mengenai sesuatu sejarah itu. Di Pulau Pinang, contohnya keretapi tram membawa penumpang sepertimana di
Perumahan kakitangan kerajaan di Jalan Pegawai, Alor Setar dirobohkan dan didirikan kompleks kedai 3 tingkat dan nama jalan pun turut ditukar. Penulis berpendapat banyak kesan sejarah kita walaupun masih baru lebih baik dikekalkan. Diatas nama pembangunan untuk rakyat, kerajaan harus membina bandar baru di tempat lain demi untuk membesarkan kawasan bandar. Setakat ini di Sungai Petani yang pesat membangun belum lagi berlaku tindakan sedemikian rupa.
Berbalik kepada sejarah Bruas, dikawasan makam-makam peninggalan sejarah ini bukanlah terdapat satu makam sahaja tapi terdiri dari banyak makam-makam lain yang telah dibuang batu nesannya untuk dijadikan penempatan baru penduduk. Namun begitu bagi makam-makam yang unik rekabentuk seperti berbatu nisan Acheh, ia tidak diusik walaupun generasi hari ini yang tinggal disitu tidak lagi mengetahui makam siapakah itu.
Situasi sebegini samalah sepertimana yang berlaku di Sungai Mas dimana ditemui Istana Raja Merong Mahawangsa yang diletupkan oleh tentera Thai antara tahun 1876-1881 sewaktu mereka menjajah Kedah, Istana Kota Naga yang kini menjadi ladang getah, Istana Kota Mengkuang (Meang Kuang bermaksud Nagara luas) yang dijadikan kuari, Istana Pinang Tunggal (jadi permaisuri tunggak Negara) telah dijadikan loji air.
Seterusnya Istana Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Madzaffar Syah I di Sungai Mas, berhampiran Kota Kuala Muda telah dijadikan penempatan penduduk, Istana Bukit Tereh di Johor yang turut dijadikan loji air, Istana Kota Aur, Kota Sarang Semut, Kota Raja Kuala Ruman, Istana Pulau Tiga di Bandar Laguna Merbok Sungai Petani yang kini hanya tinggal sebutan nama sahaja (tiada papantanda) walaupun kesannya masih ada dan banyak lagi contoh-contoh yang boleh kami berikan.
Sekitar tahun 1821, Istana Pulau Tiga ini masih ada kerana Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pernah tinggal buat sementara waktu (melarikan diri dari Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang) sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka. Kemudian, sekitar tahun 1876, Sultan Jaafar Mad Azam Syah pernah juga bersemayam disitu sebelum berlepas ke Merbok dimana baginda ditangkap, di siksa di Ruat, dan dibunuh di Gurun.
Pintu Gerbang
Di petik dari,
http://www.vcoins.com/ancient/ancientcoinscanada/store/listCategoriesAndProducts.asp?idCategory=194
Apabila adanya kaitan sejarah kita dengan Raja Monggol India dalam berkerajaan, kita tak perlu hairan lagi kenapa ada Mamak Bendahara di Melaka, mengapa Tun Seri Lanang pengarang Sulalatus Salatin berketurunan India Muslim, begitu jugalah dengan raja-raja Patani.
Nai Hisbu Mad Azam Syah adalah cicit kepada Tok Temeng, Raja Gangga Nagara (Tei-meng, bermaksud tempat-kamu) yang membuka Gangga Nagara. Gan-ngga adalah dari bahasa Siam Kedah bermaksud, barang-perdagangan.
Tok Temeng hanyalah gelaran dalam bahasa Siam sahaja. Nama sebenar baginda ialah Tunku Mohammad Chan dan baginda memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah
Baginda datang dari Acheh berserta pengikutnya untuk membuka lombong-lombong bijih disekitar Pantai Remis (re-meh bermaksud, kaya-perahu). Bonda baginda adalah Ratu Minye Acheh yang berkahwin dengan Tunku Nazreen (bergelar Ramesuan di Ayuthia). Ratu Minye Acheh adalah puteri raja Parsi berketurunan Arab yang beragama Islam. Dengan itu tidak hairanlah mereka berkuasa keatas Kedah dan Pasai sepertimana catatan pada batu nesan Ratu Minye Acheh (Gusta barubahsa...). Mereka tidak perlu menyerang Kedah atau semenanjong melaka kerana pemerentahnya bersaudara.
Batu nesan Ratu Minye Acheh (Gusta barubahsa...).
Nama Muhammad Syah ada termaktub dalam UUK, di ms 14. Kesilapan pengkaji sejarah kita barangkali ialah membaca secara terus sebagai satu nama. Ia sepatutnya, Sultan Rijaluddin ibni (bin) Muhammad Syah. Muhamad Syah ialah nama sebenar Tok Temong. Sultan Rijaluddin (1424-1428) inilah yang bergelar Parameswara Melaka dan bersemayam di Istana Kota Naga, Jitra Kedah. Parameswara bermaksud, bawa ditempatkan kamu kaya atau ringkasnya membawa orang-orang Kedah untuk berlombong bijih timah di Kota Lukud ketika itu. Lukut terletak berhampiran dengan Port Dickson dan dulunya berada dibawah Melaka. Lu-kut bermaksud, masyur-korek iaitu melombong bijih timah. Disinilah terdapat istana yang mana kemudiannya keturunan baginda iaitu Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman bersemayam sewaktu belanda menyerang dalam tahun 1641 dahulu.
Bilakah zaman Sultan Rijaluddin itu? Tahun masihi 1414-1424 bukannya terkemudian. Sebab itu kami sebut ia ditulis berperingkat peringkat, tulis hari ini rujuk zaman pemerintah terdahulu. Penghujongnya, tercatata tahun 812 masihi (222 hijrah) tarikh mulanya undang-undang ditulis, kerana pada masa itulah tarikh asal UUK mula termaktub menjadi undang-undang, lebih dahulu dari zaman Sukhothai sekitar tahun 1100-1200 sahaja. Maharaja kita membuat penambahbaikkan mengikut zaman mereka memerintah namun tarikh mula-mula termaktubnya undang-undang itu tetap tidak ditukar.
Makam Sultan Rijaluddin bergelar Parameswara Melaka dan permaisurinya Puteri Lindungan Bulan di Kota Seputeh (sebenarnya Si Puteh). Putri Lindungan Bulan ini adalah adinda kepada Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam, segak, puteh melepak lalu baginda digelar Si Puteh.
Sekiranya kita meneliti semula, ketika itu Semenanjong Tanah Melayu masih lagi bergelar Melaka. Dengan itu, minda kami mula terfikir zaman kegemilangan Melaka ketika itu berada di mana? Adakah berada di Melaka Bandar Hilir sekarang ini ATAU di Kedah (termasuk Beruas) atau seluruh semenanjong Melaka? Di permulaan manuskrip UUK, ia menceritakan suasana pelabuhan di Kedah lengkap dengan nama tempat (Tanjong Pauh, Ampang Jajar) yang masih ada hingga ke hari ini. Bagi kami, kemasyuran Melaka ketika itu bukan saja terletak di Pelabuhan Melaka malah seluruh Semenanjong Melaka (nama lama bagi semenanjong Tanah melayu).
Undang-undang Kedah dikatakan ditiru dari Undang-Undang pelabuhan Melaka, tetapi Melaka yang mana satu? Di Kuala Muda Kedah kami telah berjumpa dengan orang-orang China yang datang kesini lima ratus tahun yang lampau, wajah mereka mirip orang-orang melayu tempatan. Generasi mereka dahulu telah membawa batu yang diukir naga (seperti jenis batu pengisar tebu) dari negeri China. Mereka ini nampak gayanya bukan terdiri dari gelombang terakhir yang berhijrah ke Semenanjong Melaka. Batu pengiisar tebu turut juga ditemui di Beruas, bukan sahaja di Lembah Bujang.
Jika kita nilai semula angkatan Laksemana Cheng Ho untuk berjumpa dengan Sultan Rijaluddin yang bergelar Parameswara ini, dimanakah lokasi sebenarnya, di Melaka Bandar Hilir atau di Kota Naga? Sedangkan kita baru tahu Sultan Rijaluddin adalah adik ipar Cheng Ho melalui perkahwinan Sultan Rijaluddin dengan adindanya yang dikenali sebagai Puteri Lindungan Bulan (disebabkan putih kulitnya) . Lagi pun Laksemana Cheng Ho beragama Islam pun kita baru saja mengetahuinya.
Kalau benar pertemuan berlaku di Melaka Bandar Hilir, dimanakah Istana Sultan Melaka hari ini? Replika yang ada hari ini hanyalah berdasarkan kepada pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja, lalu dihasilkan rekabentuk istana tersebut. Kota yang ada di Bandar Hilir pula adalah Kota Portugis bukannya Kota Melaka. Kota melaka sebenarnya berada di Kota Lukut tetapi sudah pun dimusnahkan bangunannya. Pada ketika itu Lukut berada dibawah wilayah Melaka kerana Negeri Sembilan belum wujud lagi. Patutlah Istana Kota Naga boleh dimudikki melalui sungai ke Makam baginda Sultan Rijaluddin di Kota Seputeh.
Istana ini dimusnahkan oleh tentera thai sepanjang 5 tahun mereka mula menjajah Kedah (Terdahulu mereka telah membunuh Sultan Jaafar Muadzam Syah di Gurun Kedah dalam tahun 1876). Malah berhadapan pintu masuk jalan besar ke Kota Seputeh terdapat sebuah Wat Buddha. Mereka ini adalah keturunan dari tentera thai yang diarahkan berkampung disini sewaktu Kedah dijajah mereka antara tahun 1876-1881. Ingatlah, sebelum daripada tarikh 1876, tidak ada Wat Buddha di negeri Kedah ini. Mereka kekal beranak cucu disini dan menjadi rakyat Malaysia. Sewaktu mereka berada disini dahulu, jangan lah berdetik apa-apa bentuk penghinaan kepada Sultan Abdul Hamid kerana mereka diarah oleh raja thai di Bangkok untuk menjaga baginda memerentah di Kedah, dan dengan itu diwaktu inilah terhasil buku Al tarikh Salasilah Negeri Kedah yang karut itu. Bukan satu wat sahaja yang ada di kedah malah jumlah nya melebihi 10, di pelbagai lokasi demi menjaga kepentingan dan kekuasaan baginda.
Istana Kota Naga juga boleh dimudikki hingga ke Alor setar (belakang Istana Anak Bukit) dan seterusnya ke Kuala Kedah, pelabuhan yang dimaksudkan dalam UUK. Pun begitu banyak data dan rekod perkapalan lebih banyak merujuk kepada Melaka di Bandar Hilir. Mungkin, rekod perkapalan disini dimusnahkan oleh penjajah untuk membesarkan kewujudan Melaka Bandar Hilir. Walau apa sekali pun andaian kita hari ini, kita tetap dibawah satu kerajaan ketika itu dengan Bandar Hilir di Melaka dan ulunya terletak di Ulu Melaka, Pulau Langkawi Kedah.
PS: Kita sebagai orang Melayu hari ini (dulunya Siam) adalah satu bangsa yang telah lama hidup bertamaddun semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain dan hari ini kita beragama Islam. Bangsa Siam islam ini digelar Summu Ul Amir oleh Raja Parsi Iskandar Zulkarnain yang bermaksud, satu bangsa darjat yang tinggi lagi mulia. Ketika Undang-undang Kedah milik kita termaktub sebagai undang-undang pada tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi di Acheh, kita sudah pun bertamaddun. Ketika itu, Raja bangsa musuh puak kafir masih lagi belum bertamaddun, masih tinggal dalam gua dan diatas pokok. Hanya meraka yang baru nak faham erti ketamadunan sahaja sememangnya tidak akan faham undang-undang orang yang telah lama bertamaddun kerana mereka tiada petunjuk dari ALLAH SWT.
5 comments:
Kalau mengikut cerita orang tua2, lebih2 lagi pakar cerita rakyat, Pak Arippin Said, Naga memang ada peranan dalam pikiran orang melayu.
Contohnya Naga Seri Pahang yang berperang dengan Naga Seri Kemboja di Siam...
Adiknya Naga Seri Gumum dikatakan ada diTasik Chini nak revenge balik kekalahan Seri Pahang di tangan Seri Kemboja...tu pasal masa banjir besar dulu orang2 tepi sungai Pahang kata naga nak keluar...
Tu yang jadi nama Naga Tasik Chini...entah2 tasik China..:-)
Jadi Naga ni memang dah jadi darah daging orang sini...mana depa dapat 'gene' tu?
ini cerita otai2 sahaja xde kena mengena dengan Beruas...:-)
TMP
'Gene' kita dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya yang menganut agama Allah...kemudian kita diislamkan oleh Raja Merong Mahawangsa...itu teori aku dan rakan-rakan.
kao la patut citer sikit pasal naga Tasik Chini nie..aku rasa ramai pembaca kiter nak tahu nie..aku pun sama jugak la..Cepatlah bro...hahaha citer pasal negeri kao...mesti best nyer kalao kau tulis nie
hahaha..citer ko lagi la bestnya...ada relevan dengan orang Melayu dari keturunan IZ yang membawa syariat Nabi Ibrahim A.S. sejuk perut 'orang kita' dengar tu...entah2 IZ ni anak dia kot? :-)
Ok, citer Naga Tasik Chini ni pula dongeng je, cerita rakyat. Naganya sampai sekarang depa dok cari x jumpa...depa jumpa bijih besi, buat lombong haram...tu yang Khaider TV3 pergi serkup, masuk tv tadi ni ha...
Oh ya, Seri Pahang tu kalah sebab masa dia betapa badan dia baru betukar Perak, dia patutnya jadi sisik Emas baru boleh kuwar fight dengan Seri Kemboja. Tak cukup syarat la nih kiranya...
Seri Kemboja menang sebab dapat bantuan dari askar Siam (xde kena mengena la dengan story blog ni) . Trick dia, bila Seri Kemboja songket Seri Pahang kuwar dari air, nampak kilau Perak baru boleh bedil. Jadi SP ni kalah sebab dia kena bedil dengan meriam. Tu yang kalah tu...
Seri Kemboja main tipu la kiranya ni, dia dah hantar mesej awal2 lagi minta bantuan raja (melalui mimpi). Masa tu Seri Kemboja ni nak kalah dah, kulit dah abih kena siat dengan Seri Pahang...nyawa2 ikan dah masa tu..
Ni yang Seri Gumum ni pulak, masa brader dia kuwar ari tu baru sisik tembaga...tak tahu la sekarang dan sisik apa...bila nak revenge ntah. Dok tunggu gak ni...
Cerita tu je le pasal mahkluk Naga ni...bedtime story masa budak2 dulu.
Kira Lochness Malaya la ni. Manala tau TNL Kassim ada citer versi lain plak...:-)
Oh ya, kat pahang ni ada juga daerah nama Lanchang...
assalamualaikum,
saya ni ada kemusykilan sikit. dulu tokcik saya(adik opah saya) cerita yang moyang dia tu long jaafar. maknanya great-great grandfather saya la(mcm tu la lebih kurang), sebab tu saya ikuti blog ni hari2.
cerita dia pun ada masuk dlm mastika(saya tak ingat bila).utk pengetahuan, opah saya ni tinggal di pengkalan baru ,pantai remis. mengikut cerita mak saya, memang moyang saya ni org berkedudukan la. sampai kan masak nasi hari2 berkawah2.tanah dan harta pun banyak(saya tak merasa la).mengikut ceritanya, diaorg ni regular dgn istana di kuala kangsar. saya yang tak tahu sgt.
tapi saya musykil jugak, adakah dia long jaafar lain? takkan masa tu long jaafar sorang aja kot?macam nama shafiq yg popular satu masa dulu.
terima kasih
tangoo is probably a Burmese Muslim empire that is under monghul india muslim empire;
covering siam; malaysia; indonesia indocina etc
not at all a siamese empire muslim or otherwise
if u really look into the history clearly!@
salaam
terima kasih
Post a Comment