Sunday, August 12, 2007

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR DAN MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM KEDAH - BAHAGIAN II

Istana Bandar, Jugra – Kami telah mendengar mengenai kehebatan rekabentuk Istana Bandar di Jugra yang mana pada hari ini tidak lagi digunakan. Untuk itu kami berangkat ke Jugra melalui Bandar Di Raja Kelang yang mengambil masa tidak sampai pun satu jam perjalanan. Setelah kami melepasi pekan Banting, kami melihat sebuah papan tanda, Kathong disebelah kiri jalan. Mungkin perkataan ini dulunya adalah bahasa Siam (atau Jawa) yang ditulis menggunakan perkataan rumi pada hari ini. Pelbagai andaian datang dari sahabat kami yang boleh berbahasa siam Siam Islam Kedah dan berbahasa thai, dari kisah bendera dan panji-panji ke lagu rakyat berlirikan Tanjung Katong airnya biru, namun ia bukanlah matlamat kami ke mari.


Papan tanda ‘Kathong’ di tepi jalan menuju ke Jugra menjadi topik perbualan kami

SEJARAHNYA

Wasiat Sultan Muhammad I Kelantan, kepada cucunya (sebelah bonda, Tunku Isau) TNL Mahmud dan seterusnya kepada TNL Kasim, mengenai salasilah DYMM Sultan Selangor, dinyatakan seperti berikut,

Sejarah menyatakan bahawa Raja Lumu telah ditabal oleh Sultan Mudzaffar Syah III, Sultan Perak ketika itu sebagai Sultan Selangor yang pertama. Jika kita fikirkan kenapa baginda ditabal oleh Sultan Perak? Perak belum ujud sebagai sebuah negeri lagi, malah sebuah daerah sahaja ketika itu. Ini adalah kerana Sultan Mudzaffar Syah III , Raja Kuala Kangsar adalah anakanda kepada Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (Boromoraja V) Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah (ms 43, Undang-Undang Kedah).

Baginda lah yang disebut sebagai Raja Kemboja bergelar Koya Long (atau Po Chan di Kemboja) ketika menjadi Raja di negeri Kemboja Cempakasari sebelum diserang oleh tentera-tentera Alaungphaya. Baginda bersama rakyat dan tenteranya kembali ke Kedah dalam tahun 1758. Ayahanda baginda menabal baginda sebagai Raja Kuala Kangsar merangkap (Timbalan) Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Maharaja Besar Benua Siam Islam Kedah. Hingga kini masih ada rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga di Kemboja atau mendengar dari ahli keluarga bahawa mereka berasal dari sana. Koya dalam bahasa Siam Kedah bermaksud Putera dan Koya Long bermaksud Putera Sulong. Di Pulau Pinang terdapat sebuah masjid lama yang dipanggil sebagai Masjid Koya dan ia masih digunakan sehingga ke hari ini.

Permaisuri baginda Sultan Mudzaffar Syah III adalah dari keturunan Bugis (bahasa Siam Islam Kedah bermaksud, puak portugis) dan dikenali sebagai Puteri Seri Andalas. Nama ini masih lagi digunakan di Kelang hari ini, sempena nama sebuah taman perumahan, iaitu Taman Seri Andalas (Andalas atau Andalusia adalah dulunya Negara Islam Sepanyol). Sempena pertabalan ini dan bagi mengeratkan lagi pertalian darah, anakanda Raja Lumu iaitu Raja Ibrahim telah dikahwinkan dengan puteri Tengku Anjang Johan, Raja Siam Ranong. Putri ini adalah anak saudara Sultan Muzaffar Syah III sementara Raja Ibrahim adalah anak saudara kepada Puteri Seri Andalas.

Terdahulu baginda Raja Lumu dari Kota Langgu Sulawesi telah dikahwinkan dengan puteri bongsu kepada Paduka Sri Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah, Raja Riau ketika itu. Puteri ini (nama tidak di ketahui) adalah sepupu kepada Sultan Mahmud Syah Melaka yang bergelar Sri Su Tammaraja di Ayuthia. Nama sebenar Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah ialah Tunku Shaari Riayat Shah. Nama jajahannya Ri-au, bermaksud Shaari Panjang disebabkan ketinggiannya. Raja Lumu (bermaksud bongkok-sabut) adalah juga kekanda kepada Puteri Seri Andalas, Permaisuri Sultan Mudzaffar Syah III.

Tunku Shaari adalah anakanda ke tiga Sultan Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Raja Monggol India yang berkahwin dengan Puteri Mah In Inta Tiral, Raja Perempuan Islam Ayuthia. Selain dari Tunku Shaari anakanda sulong mereka berdua ialah (1)Nai Hisbu Mad Azam Syah bergelar Inta Raja II di Ayuthia atau Tok Temong di Perak, Raja Kota Beruas,(2) Putera Has san (San tubong), Raja Borneo dan (4) Penggiran Mustafa Kecil Bongsu, membawa kepada kesultanan Berunei hari ini.


Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar Lama).

Istana ini dibina oleh Sultan Mahmud Syah setelah baginda berpindah ke Kelang dari Kota Lukut berikutan serangan Belanda keatas Melaka dalam tahun 1641.Baginda membuka Ban Ting, bermaksud Kampung Cik untuk permaisurinya Puteri Nang Kemuning dan membina Istana Bandar untuk putera baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Sultan Mahmud Syah mangkat dalam tahun 1668 di istana ini dan dimakamkan di Kota Beruas.



Istana Alam Syah, Kelang Bandar Di Raja (Gambar baru)

Dalam tahun 1641 Sultan Mahmud Syah ibni Nai Hisbu Madazam Syah (cucu Sultan Zahiruddin) telah membina Istana Alam Syah di Kelang berikutan serangan Belanda keatas Kota Lukud yang merupakan Kota Melaka. (Hari ini Kota Portugis Porta De Santiago pula dikatakan Kota Melaka). Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning dari Patani. Pada masa yang sama, anakanda baginda yang bernama Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah membina Istana Bandar di Jugra dan bersemayam disana.

Berikutan kemangkatan baginda Sultan Mahmud dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas Perak, anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah pun berpindah dan membina Istana Kota Palas di Pulau Langkawi (Dibakar hangus sewaktu serangan Thai keatas Pulau Langkawi).Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ditabal menjadi Maharaja Benua Islam Siam dan bergelar Boromokot di Ayuthia. Secara tidak langsung Sultan Selangor yang pertama telah diizinkan untuk bersemayam di kedua-dua istana ini sehinggalah ke hari ini kerana keturunan baginda juga adalah keturunan Sultan Mahmud Syah Melaka.

Gelaran bagi Maharaja Benua Islam Siam ini ialah Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (selepas 1767) seperti mana tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah. Tidak hairanlah Bandar Shah Alam didirikan di negeri Selangor Darul Ehsan menggunakan nama ini sebagai satu penghormatan. Pertalian darah, mengikut agama islam tidak semestinya dari waris lelaki sahaja malah waris perempuan juga kerana mengikuti salasilah baginda Rasullullah SAW iaitu Siti Fatimah yang membawa kepada cucu baginda, Hassan dan Hussein.

BERSAMBUNG....

SEJARAH KESULTANAN SELANGOR DAN MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM KEDAH - BAHAGIAN II

Hasil perkahwinan yang direstui oleh Maharaja Benua Islam Siam, Raja Lumu telah memperolehi seorang putera bernama Sultan Ibrahim Shah. Sultan Ibrahim Shah sebagai waris mutlak dan penyambung tali persaudaraan, telah dikahwinkan pula dengan seorang puteri dari Kedah bernama Tunku Chik ibni Tunku Anjang Johan ibni Sultan Mohammad Jiwa II, Nai Nal Adilin, iaitu Perdana Menteri Kedah merangkap Raja Kota Setar (baginda bukan Sultan Kedah).

Permaisuri Sultan Mohammad Jiwa II bernama Puteri Nang Che Puan adalah adinda kepada Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia (mereka berdua adalah Datuk dan nenekanda Tengku Chik). Puteri Nang Che Puan pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia dan di gelar Phumintharaja. Ketiadaan baginda Sultan Mohammad Jiwa II kononnya dikatakan belayar mencari ilmu (mengikut sejarah Kedah) sebenarnya adalah mengikut permaisurinya yang menjadi Raja Perempuan Siam Islam di Ayuthia.


Arch pada tingkap dibahagian atas, kiri dan kanan, berbentuk V terbalik adalah senibina orang-orang Siam Islam.


Tingkap ditingkat bawah ini pula adalah dari bentuk senibina China.



Istana Bandar di Jugra dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah (bergelar Boromokot di Ayuthia), setelah baginda dan ayahanda baginda berpindah ke Selangor dari istana Melaka di Kota Lukut. Baginda mangkat di Pulau Langkawi dalam tahun 1758 dan dimakamkan disana. Anehnya makam baginda dikategorikan sebagai makam purba, satu maklumat yang tidak tepat.


Pelbagai motif hiasan turut menghiasi ruang dalaman Istana Bandar di Jugra


Relief naga laut di kiri kanan bahagian hadapan bangunan Istana Bandar membuktikan bahawa raja yang memerentah adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa.


Bentuk arch pada pintu gerbang ini sama seperti pintu gerbang Kanchaburi di Kota Kuala Kedah dan profil batu nesan Tok Soh di Pinang Tunggal.Sultan Alaud-din Sulaiman Shah telah ditabal diistana ini pada 17 Februari 1898 tapi Istana ini dikatakan siap dibina dalam tahun 1914, perbezaan sebanyak 16 tahun. Bagi kami, tarikh ini telah diletakkan terkemudian.

Generasi seterusnya, perhubungan persaudaraan ini berterusan hingga ke Sultan Muhammad Syah dan seterusnya Sultan Abdul Samad yang turut berkahwin dengan Raja Aisha binti Sultan 'Ali 'Ala ud-din Shah, puteri kelima of Paduka Sri Sultan 'Ali I 'Ala ud-din Shah ibni al-Marhum Raja Kambodja, Yang di-Pertuan Muda Riau. Untuk maklumat semua , Sultan Ali adalah anakanda ke empat kepada Sultan Muzaffar Syah III (Raja Kemboja) ibni Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia.


Hari ini, Paduka Sri Sultan Sharaf ud-din Idris Shah ibni al-Marhum Sultan Saleh ud-din 'Abdu'l Aziz Shah al-Haj, Sultan Selangor adalah waris mutlak Kesultanan Selangor dari keturunan Bani Hashim, Raja Merong Mahawangsa, Raja Zahiruddin Babur Syah (Raja Monggol India) dan Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah.


Tidak jauh dari Istana Bandar terletak sebuah masjid iaitu Masjid Sultan Alaeddin yang mana mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik lagi unik.

Menara Masjid yang terletak dihadapan dan terasing dari Bangunan utama Masjid mengingatkan kami kepada menara masjid Acheen Street di Pulau Pinang (lihat gambar disebelah kanan). Rekabentuk menara tersebut ibarat pagoda yang meninggi. Ini tidak menghairankan kami kerana Islam juga turut sampai ke negeri China semenjak tahun 650masihi dan kemungkinan besar generasi mereka yang datang terkemudian turut juga membantu membina masjid ini.



Pada pagar ‘cast iron’ asal yang diwanakan merah terdapat motif bunga teratai dan awan larat. Motif ini turut diguna pada pintu gerbang masuk ke Masjid Xian dinegeri China. Kami turut mengerjakan solat bersama jemaah masjid ketika masuk waktu sembahyang. Kami kemudiannya duduk bersembang dengan qariah masjid tersebut sambil menikmati keindahan masjid tersebut.

Lawatan ini telah membuka persperktif baru kepada kami mengenai kedatangan dan perkembangan agama Islam di negeri Selangor Darul Ehsan, bermula ia dari sebahagian jajahan Melaka, lalu dibuka oleh Raja Lumu seterusnya menjadi sebuah negeri paling maju di Malaysia hari ini.

SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (BERGELAR BOROMOKOT DI AYUTHIA)



Kami telah melangkah lautan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi yang menyimpan seribu kisah sejarah bangsa Melayu hari ini. Namun kali ini bukan Mahsuri yang kami cari tapi sebuah makam bersejarah yang dinamakan makam purba. Gambar atas ialah makam tersebut yang tidak purba bagi kami. Inilah makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah yang membina Istana Bandar di Jugra dan kemudiannya baginda bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka di Pulau Langkawi bermula tahun 1668 berikutan kemangkatan ayahanda baginda. Makam ini dilabelkan sebagai makam purba, terbiar tanpa pagar dan penyelenggaraan sepatutnya. Lebih mengaibkan ia di katakan sebagai makam seorang perempuan. Tidak nampakkah kita hari ini mengapa Ulu Melaka terletak di Pulau Langkawi dan hilirnya terletak di Bandar Hilir Melaka?

Makam ini ditimbus dari penglihatan sewaktu serangan tentera thai dari Siam keatas Pulau Langkawi oleh pengikut baginda agar tidak dimusnahkan oleh tentera thai. Bagindalah yang dikatakan berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Makam Puteri Hang Li Po terletak disebelah makam baginda walau bagaimana pun telah dicabut batu nisannya. Tak payah lah pengkaji sejarah nak susah-susah mencari makam Puteri Hang Li Po yang beragama Islam di Bandar Hilir kerana bukan disana terletaknya makam baginda.

Dibawah kerajaan Benua Islam Siam, baginda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dikenali sebagai Boromokot. Dengan kemangkatan baginda dalam tahun 1758 barulah Alaungphaya dari Sukuthai berani menyerang kerajaan Islam Toung Oo Burma, sebahagian dari jajahan Kerajaan Ayuthia Islam yang diperentah oleh Mahadammayaza (gelaran sahaja, bahasa Arab bermaksud darah dari berlainan raja).

Baginda Mahadammayaza adalah anakanda kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Baginda kembali ke Ayuthia dan dikenali sebagai Boromoraja Ekataat V. Alaungphaya pula menyerang Ayuthia dalam tahun 1767 dan baginda kembali ke Kedah dan menetap di istana Kota Meang Kuang (nagara Luas). Di Kedah baginda dikenali dengan nama sebenar baginda iaitu Syarif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia. Walau pun 3 nama yang berbeza tapi orangnya tetap sama mengikut wasiat yang telah diperturunkan kepada TNL Kasim.

Mengenai makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Ulu Melaka ini, walaupun waris nya yang ada pada hari ini memberi kenyataan mengenai makam ini ia tetap tidak dihiraukan dan masih lagi di labelkan sebagai makam purba. Batu nesan baginda sama rekabentuk nya dengan batu nesan Sharif Yang Di Pertuan yang Maha Mulia di Kampung Tualang, Kedah.




Lihatlah persamaan kedua-dua batu nesan Acheh ini, diatas makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah (Boromokot) terletak di Ulu Melaka Pulau Langkawi dan dibawah batu nesan anakanda baginda Syarif Yang Di Pertuan (Boromoraja V) di Kg Tualang Kedah.

Di muka surat 17 Undang Undang Kedah dicatit,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasalam pada seribu tujuh puluh delapan tahun (1668 masihi), tahun Dal, pada bulan Rabiulawal hari isnin, zaman hadirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu bahawa titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”

Kalau sejarah kita sudah ada bukti bertulis seperti di atas, kepentingan siapa yang kita jaga sehinggakan warisan sejarah bangsa Melayu hari ini menjadi kabur dan tidak pasti. Kita tidak perlu menunggu 136 tahun sebelum Makara Naga Laut di istana Raja Merong Mahawangsa dijumpai semula di Sungai Mas setelah dimusnahkan oleh tentera thai dalam tahun 1876 dahulu. Sejarah kita hari ini penuh konspirasi dan fantasi penjajah. Ia harus diceritakan berdasarkan kebenaran SEJARAH REALITI, tidak ada siapa yang akan dipersalahkan hari ini dan semua rakyat dari pelbagai kaum di Malaysia hari ini berhak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah bangsa Malaysia terdahulu.

Monday, August 6, 2007

MAKAM TOK SOH DI PINANG TUNGGAL


Pinang Tunggal – Hujan yang turun berterusan beberapa hari yang lalu tidak mematahkan semangat kami untuk menjejak sebuah makam bersejarah yang dikatakan makam Tok Soh, di Kampung Tok Soh. Kampung ini terletak di Pinang Tunggal berhampiran Sungai Petani Kedah. Tok Soh di katakan sebagai Permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa. Nama sebenar baginda ialah Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri. Nama keturunan Al Jefri masih ada hingga ke hari ini dan mereka banyak terlibat dalam aktiviti perniagaan, keagamaan dll.

Tinjauan kami sebelum ini mendapati terdapat juga sebuah makam guru agama di Butterworth yang meninggal sekitar tahun 1970an bernama Syed Umar Al Jefri masih ada dan dijaga rapi sehingga hari ini. Sementara itu sebuah sekolah di Sungai Patani telah dinamakan sebagai Sekolah Syed Jan Al Jefri mengingati nama keluarga tersebut. Walau apa pun, nama-nama dari keturunan Syed ini sememangnya mendapat tempat dalam kerajaan negeri dibawah pimpinanan Menteri Besar Kedah dan pemerintahan DYMM Sultan Kedah. Ini sememangnya diakui ramai rakyat Kedah semenjak dahulu lagi.

Ketika kami sampai kami dapat melihat sebuah kawasan loji air yang mana kedudukkan nya yang cantik diatas bukit mengadap sungai berhampiran. Sungai ini adalah sebahagian dari Sungai Muda yang mengalir ke tepi pekan Kota Kuala Muda dan cabangan nya melalui lokasi Sungai Mas dimana sebelum ini dijumpai makara dan runtuhan istana baru-baru ini. Pemandangan dari bukit menghala ke Sungai sungguh indah dengan airnya tenang. Sudah pasti Sungai Muda yang masih mengalir ini menyimpan seribu rahsia khazanah negeri Kedah. Terdapat sebatang jalan yang menjadi seolah-olah jalan menuju ke jeti ditebing sungai, namun kawasan jeti itu sudah dipagarkan. Tinggalan batu-batu bata leper dan lebar seperti di Kota Kuala Muda masih lagi jelas kelihatan. Bakinya telah digunakan oleh penduduk tempatan untuk membuat binaan lain.



Loji Air Pinang Tunggal, Jabatan Bekalan Air.

Disinilah diriwayatkan Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Mudzaffar Syah II membina sebuah kota istana baru dan menetap disitu. Kami juga di fahamkan terdapat sebuah lagi istana yang dibina oleh baginda terletak di Bukit Tereh berhampiran Muar Johor dalam usaha baginda menyebarkan dakwah islamiyah. Muar dalam bahasa Siam Islam Kedah bermaksud, topi atau mahkota. Bonda baginda datang untuk tinggal bersama baginda berikutan kemangkatan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I. Raja Merong Mahawangsa telah dimakamkan di Kampung Langgar berhampiran Merbok. Anakanda kepada Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir iaitu Sayyidina Ali atau Sultan Alirah telah menjadi Raja di Acheh dan disana baginda telah menulis teks jawi Undang Undang Kedah, sebuah perlembagaan Negara Islam Kedah. Sekiranya berdasarkan kepada maklumat ini tanah jajahan Kedah telah pun mula berkembang hingga ke negeri Acheh dimana dakwah islamiyah menjadi perkara pokok. Seperkara lagi, tanah perkuburan pembesar-pembesar di Perlis, Sg Mas, Kelantan dan Kedah semuanya di tempat yang bernama Langgar. Ini di sebabkan dalam bahasa Siam Islam Kedah perkataan Langgar bermaksud, ‘putus dunia’.

Sekiranya diteruskan perjalanan tanpa berhenti di Pinang Tunggal, sebuah jambatan baru yang merentasi Sungai Muda telah siap dibina akan membawa kita terus ke Kepala Batas, kawasan parlimen Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ketika kami mencari kawasan permakaman, tidak ada papan tanda yang menunjukkan kepada kami arah jalan menuju ke makam tersebut dari jalan besar, namun juruarah kami memaklumkan persimpangan dihadapan untuk kami membelok.

Kami meneruskan perjalanan lagi hampir 2 km dan disini disebelah kiri jalan barulah kelihatan papan tanda yang mengatakan makam Tok Soh. Hanya pada jarak 40m kami menjumpai makam tersebut terletak disebelah kiri lorong kecil, di belakang dapur sebuah rumah penduduk tempatan. Kawasannya dipagari dan dipasang dengan pagar besi, cantik tetapi pohon-pohon kecil sudah mula mengubah lanskap tersebut. Terdapat sepasang batu nisan yang mengadap kearah Qiblat dan rekabentuknya ibarat pintu gerbang Kanchapuri yang dulunya terdapat di Kuala Kedah. Pintu gerbang itu telah runtuh namun replikanya telah didirikan semula di Muzium Alor Setar.

Semasa kami mengamati makam tersebut terdapat ayat-ayat suci Al Quran yang dipahatkan pada bahagian batu nisan tersebut. Yang jelas ditengah-tengah adalah surah Al Fath, surah pembukaan negeri. Kami turut membantu membersihkan kawasan makam tersebut, seterusnya membaca surah Al Fatihah sepertimana makam-makam lain yang pernah kami kunjungi.


Batu Nesan Tok Soh di Kg Tok Soh , Pinang Tunggal berhampiran Sungai Petani Kedah

Kami juga turut diperkenalkan dengan seorang penduduk tempatan iaitu Tuan Haji Ahmad bin Hashim. Beliau yang pernah bertugas sebagai guru dibeberapa sekolah disekitar Sungai Petani merupakan penduduk asal Pinang Tunggal. Menurut beliau makam tersebut lengkap dengan nisannya, sudah ada disitu semenjak beliau masih kecil lagi. Pada usia 70 tahun beliau mengesahkan bahawa orang-orang tua terdahulu pernah menceritakan kewujudan sebuah kota disitu dan beliau sendiri sewaktu kecil pernah melihat runtuhan istana tersebut.


Tuan Haji Ahmad bin Hashim menceritakan kewujudan sebuah kota di Pinang Tunggal.

Diantara tahun 1876 hingga tahun 1881, tentera thai yang menguasai Kedah telah memecahkan ukiran-ukiran ayat suci Al Quran. Tidak cukup dengan itu dalam tahun 1910 Inggeris pula merobohkan bangunan kota istana ini setelah mereka menguasai Kedah dari kerajaan Thai berikutan perjanjian tahun 1910. Penjajah Inggeris dengan askar sepoi dan buruh-buruh yang dibawa dari India telah datang untuk merobohkan saki baki kota istana yang masih ada. Apabila Inggeris memulakan projek loji air, dengan itu dirobohkan terus kota istana dan lebihan-lebihan batu-bata dari Kota istana itu digunakan oleh penduduk kampong yang tidak megesyakki apa-apa untuk membaiki rumah rumah mereka.

Berikut adalah kenyataan pada sisi makam tersebut,

Kubur bersejarah Kg. Tok Soh
Berdasarkan kepada jenis batu nisan dan ukiran ayat Quran yang terdapat padanya adalah dipercayai kubur ini merupakan kubur seorang pembesar atau orang ternama yang dihormati pada suatu masa dahulu. Walau bagaimanapun hingga kini tidak dapat dipasti siapakah sebenarnya yang telah dikuburkan disini.


Ulasan

Setahu kami tidak ada sesiapa pun yang berani membuat tuntutan siapakah yang dimakamkan disini kecuali seorang saja iaitu TNL Kasim dan waris mereka, lengkap dengan kisah bagaimana Tok Soh boleh dimakamkan disitu. Namun begitu maklumat yang diberikan oleh beliau tidak direkodkan. Persatuan Sejarah negeri Kedah masih tidak mahu mengakui apa yang diriwayatkan oleh beliau yang diterima secara wasiat. Apabila dijemput ke Forum Realiti negeri Kedah pada 13 September 2006, beliau mengambil peluang menerangkan segala-galanya, mendedahkan secara terbuka, namun ada pihak yang masih terus memekakkan telinga.

Dalam agama Islam perkara wasiat tidak boleh dibuat main kerana ia merupakan satu amanah, pasti akan dituntut diakhirat kelak. Bagaimana mungkin TNL Kasim menyimpan bukti bertulis sedangkan semua bukti bertulis, Bunga Mas, peralatan istana telah dirampas di istana Kota Meang Kuang untuk dibawa balik ke Bangkok oleh tentera thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Hari ini pula, kita menyangkakan Bunga Mas dihantarkan kepada mereka (Raja Thai ) pada hal mereka merampasnya dari Istana Sharif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia dan membunuh baginda dan 4 orang putera baginda. Pedang yang digunakan untuk membunuh baginda, yang dulunya dihadiahkan oleh penguasa Mekah Al Mukarammah masih ada tersimpan oleh keluarga baginda hari ini.

Bagindalah Raja Siam Islam terakhir Ayuthia bergelar Boromoraja Ekataat V yang diusir dalam tahun 1767 terdahulu. Di Toung Oo Burma baginda bergelar Mahadamayaza atau raja dari berlainan darah. Munculnya buku Undang-Undang Kedah telah mengesahkan wasiat yang diterima oleh TNL Kasim berpuluh tahun yang lampau ada kebenarannya. Beliau tidak bersuara sebelum ini kerana tidak ada bukti bertulis. Hari ini dah ada bukti bertulis, beliau telah memulakan langkah, apa yang kita tunggu lagi?

Untuk maklumat pembaca TNL Kasim bukanlah orang lain dengan Almarhum DYMM Sultan Badlishah, ayahanda kepada DYMM Sultan Kedah sekarang ini, ada pertalian. Baginda Tuanku Sultan pun turut mengenali TNL Kasim sejak kecil lagi, malah Sultan Abdul Hamid pun turut mengenali keluarga mereka secara peribadi dan kunjung mengunjung kerumah mereka disuatu ketika dahulu. Bagi beliau, Tuanku Sultan sedia ada harus kekal menerajui pemerentahan negeri Kedah Darul Aman.

Pendapat kami tetap satu. Sejarah yang penuh dengan konspirasi tidak harus dinilai berdasarkan kepada fakta sejarah, bukti penulisan dan akeologi semata-mata. Generasi terdahulu telah pun pergi meninggalkan kita, haruskah kita membiarkan yang masih ada berlalu pergi begitu sahaja sedangkan sejarah negara kita masih dikaburi oleh bayang-bayang penjajah yang telah menjahanamkan sejarah bangsa kita. Dengan bukti-bukti yang anda boleh baca diblog ini, dan mungkin turut membuat kajian-kajian lain, kami amat berharap kekusutan sejarah bangsa Melayu dan kedatangan agama Islam ini akan terungkai juga akhirnya.

PS: Kita tidak akan hidup buat selamanya diatas muka bumi Allah yang fana ini. Paling tidak, "katakan lah yang benar walau pahit sekali pun"(Sabda baginda Rasulullah SAW). Dengan itu, tanggungjawab kita sebagai mukmin telah pun kita laksanakan sebelum kita rapat memejamkan mata. Wallahualam.

Saturday, August 4, 2007

Gelaran "Long" dalam masyarakat Melayu

Kami akhirnya diakui sebagai pakar oleh pihak yang sememangnya tidak pakar dalam menilai usaha kami. Anehnya, hanya satu pihak ini sahaja yang begitu sibuk berkokok, sedangkan pihak lain yang begitu banyak disentuh disini, tidak. Ini kerana pihak kedua mengetahui kebenaran yang tersirat bukan yang tersurat. Kami masih tetap terus membuat kajian dan mendapati sejarah bangsa melayu mengelirukan. Kehebatan bangsa Melayu dizaman dahulu tidak seimbang dengan bukti sejarah yang ditemui kerana bukti itu telah dimusnahkan. Contohnya, dimanakah istana raja-raja kita yang begitu hebat memerentah Melaka dahulu, sehingga hari ini tidak kita temui. Binaan istana di Bandar Hilir Melaka, yang dibina semula dikatakan berdasarkan kepada Hikayat Hang Tuah.

Diblog ini, kami menceritakan kebenaran yang cuba disembunyikan oleh mereka yang bertopengkan kejahilan. Apabila bangsa dipisahkan (thai dan Siam), agama dipisahkan, Islam dan agama mereka, kebenaran mula jelas. Kami tidak anti mereka, namun hakikat SEJARAH ADALAH KEBENARAN DAN PERLU DIPERJELASKAN. Bagi kami, kesalahan orang dahulu bukan kesalahan keturunan mereka hari ini. Untuk itu pula, kami menyediakan bukti-bukti untuk pembaca renungkan dan fikirkan. Jangan lupa, mohonlah petunjuk dan hidayah dari NYA. Saudara pembaca pasti ditunjuk kerana ALLAH adalah MAHA dalam segala-galanya termasuk memberi petunjuk kejalan yang lurus dan benar.

Mengenai gelaran 'Long' dalam masyarakat Melayu, kami petik dan catatkan disini makna gelaran tersebut yang masih digunakan hari ini.

"Long" berasal dari perkataan "sulong" iaitu anak sulung. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu (blog ini blog melayu), anak sulong dipanggil "long", "kak Long" atau "abang long". Sudah menjadi adat dikalangan raja-raja Melayu pula, putera sulung mereka akan mewarisi takhta. Jadi Long Gaffar adalah putera sulong Raja negeri Reman (yang terletak di Yala, Selatan Thailand hingga Hulu Perak sekarang).

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Long" itu berasal daripada perkataan Siam yang bererti "Putera". Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi pangkal nama "Long" tanpa mengira sama ada anak sulung atau tidak. Anak-anak perempuan diberi pangkal nama Tuan di Kelantan, atau "Nan" atau "Nang" di Terengganu (dipercayai dari perkataan "Nae" bererti "puteri' dalam bahasa Siam i.e Puteri Saadon Nang Kemuning, Raja Kuning).

(PS : Kalau itik yang bodoh bercakap dengan ayam yang pandai dimana itik bodoh tak buat kajian tapi cedok kajian orang tanpa bukti, makna perkataan ‘long’ (bukan loong)ialah panjang !!)

Monday, July 23, 2007

Undang-Undang Kedah dan Sejarah Bangsa Siam Islam Dari Rumpun Melayu

Buku dari Manuskrip Undang-Undang Kedah

Manuskrip Melayu lama bertajuk Undang-Undang Kedah adalah sebuah undang-undang negara Kedah yang digunakan dizaman dahulu dimana prinsip-prinsip Islam ditulis sepenuhnya menggunakan teks jawi. Ia diterjemahkan oleh Maryam Salim dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 2005. Buku ini adalah bukti kukuh mengenai kehebatan perkembangan ketamadunan bangsa Melayu dan hukum Islam.

Manuskrip ini telah dirampas oleh Inggeris di Kota Bruas dahulu dan disimpan oleh mereka selama lebih seratus tahun. Kita pula mempelajari sejarah bangsa dari versi yang ditinggalkan oleh mereka, tanpa ketamadunan yang pasti. Pada hari ini, bukti-bukti ketamadunan itu telah mula dijumpai di Sungai Mas berhampiran Sungai Petani. (Sila lihat artikel kami dibawah mengenai penemuan artifak sejarah di Sungai Mas).

Mengenai penemuan artifak sejarah dan Undang Undang Kedah ini, Pensyarah Sosiologi dari sebuah Universiti tempatan, Puan Arbaiyah Abdul Aziz berkata, “Penemuan ini sudah pasti membawa kepada kefahaman baru mengenai ketamadunan, sejarah Kedah khususnya dan sejarah Malaysia amnya”. Sementara itu peminat sejarah Kedah, Zakaria Awang berkata, “Kalau setakat negara jiran pernah berbangga dengan kerajaan pimpinan Rama Khamheng yang bermula sekitar tahun 1200 masihi, kita pula patut berbangga dengan penemuan di Sungai Mas kerana penemuan artifak ini adalah 500 tahun lebih awal dari sejarah bangsa mereka”. Katanya lagi, “Hari ini jika kita lihat usaha Raja Ligor dahulu membakar manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa bagi menutup bukti sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam Islam ini, usaha itu adalah satu perbuatan yang sia-sia sahaja”. Baca disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html


Masjid Xian di negeri China dibina di zaman Dinasti Tang sebaik sahaja utusan Baginda Rasullullah SAW diketuai oleh Saad bin Waqas mengislamkan Maharaja China Sai Tee Sung dalam tahun 650 masihi.

Ramai berpendapat, buku Undang-Undang Kedah juga adalah bukti bahawa Kerajaan Siam Islam adalah pemerentah Melaka termasuk seluruh semenanjung dizaman dahulu, bukannya orang-orang Thai yang memerentah Thailand hari ini. Bangsa Saimen berasal dari Yunnan China (Xian, dipolemikan menjadi siam), beragama Islam dan berkahwin campur dengan penduduk tempatan dizaman dahulu dan ini membawa kepada bangsa Siam Islam dan seterusnya hari ini mereka adalah sebahagian daripada rumpun Melayu.

Ada diantara pembaca yang tidak yakin bahawa Maharaja Siam Islam itu adalah dari kerajaan Melayu Kedah zaman dahulu yang beragama Islam. Jawapannya maharaja-maharaja Ayuthia termasuk yang pertama, Rama Tibodi I atau Sultan Mad Zaffar Syah III ibni Sultan Muhammad Syah yang Adil. Baginda juga bergelar Sheikh Ahmad Qomi sempena nama Rom di Parsi tempat baginda menuntut agama Islam terdahulu. Baginda mendirikan Masjid TonSue Khlong Tue yang masih ada hingga hari ini di Bangkok.

Binaan makam baginda Rama Tibodi I atau Sultan Mad Zaffar Syah III ibni Sultan Muhammad Syah yang Adil di Ayuthia adalah seperti binaan masjid.

Nama-nama tempat di Malaysia pula adalah dalam bahasa Siam yang boleh diberi makna ke dalam Bahasa Melayu. Perkataan 'Ma la yu' bermaksud, mari lah sini sementara 'Ma la ka' bermaksud, marilah niaga. Pihak yang cuba memberi terjemahan bahasa Siam sebagai bahasa Thai membuktikan betapa jahilnya mereka dari aspek kefahaman bahasa Siam itu sendiri. Untuk pengetahuan mereka bahasa asal rakyat negara Siam dahulu masih lagi digunakan oleh penduduk di Kedah, Kelantan, Perlis dan di Seberang Perai Pulau Pinang. Datanglah menjenguk sendiri untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat apa-apa tuduhan melulu.

Bangsa

Bangsa Thai hari ini tidak dikategorikan sebagai rumpun Melayu. Mereka diletakkan dalam kategori orang-orang Mon Khmer. Oleh kerana orang-orang thai ini dianggap sebagai orang Siam (setelah menawan Ayuthia Siam Islam) orang-orang Siam ini pun turut menjadi Mon Khmer, pada hal jika dibandingkan dari aspek bahasa membuktikan Siam dan Thai itu amat berbeza. Bangsa Thai ini masih baru kerana bermula dari Raja Sami Buddha Aluang Phaya Dalai Lama, Tibet dan menubuhkan kerajaan Lanna Thai, Chakri Sokho Thai di Luang Phrabang dalam tahun 1736 sahaja. Dengan itulah mereka amat memerlukan peradaban dan ketamadunan orang-orang Siam Islam di Ayuthia sebab mereka ketandusan tamadun. Orang yang tidak bertamadun boleh dilihat dari sikap mereka apabila menyerang Kedah, jelas tanpa peri kemanusiaan, membunuh wanita mengandung dan kanak-kanak tanpa belas kasihan(atau mungkin kurang xxxx ketika memasukki chat box kami).

Dalam tahun 1758, berikutan kemangkatan Boromorokot Sultan Muhiyuddin Mansor Syah mereka mula menyerang Kerajaan Islam di Toung Oo, Burma dan seterusnya menyerang Kerajaan Islam Ayuthia dalam tahun 1767. Jika kita lihat peta tahun 1744 (lihat gambar atas,atau bawah), sebelum serangan ini, peta tersebut menunjukkan Ayuthia Islam masih bersama Empayar Monggol yang beragama Islam.

Bahasa

Bagi penduduk di negeri Kedah hari ini, bahasa Siam bukan bahasa thai. Bagi mereka bahasa Siam untuk orang Siam dan Bahasa Thai untuk orang-orang Thai. Jelas,kerana mereka masih menggunakan bahasa tersebut. Umumnya, hari ini orang-orang Thai berada di Thailand sementara orang-orang Siam berada di Kedah, Perlis dan Kelantan dimana bahasa ini masih lagi tetap digunakan. Hari ini orang-orang Siam ini dikenali sebagai orang-orang melayu, sebab itu lah sekiranya kita ke kawasan luar bandar di Kedah, Kelantan, Seberang Perai Pulau Pinang dan Perlis kita boleh mendengar masyarakat disana, tua dan muda masih lagi bertutur dalam bahasa Siam Kedah.

Sekiranya kita membawa mereka ini ke Thailand, orang-orang Thai pasti tidak faham bahasa yang mereka tuturkan. Begitulah yang terjadi kepada Abdul Rahman Sani yang bercuti ke Thailand baru-baru ini, “Selama ini saya sangkakan bahasa Siam yang saya tuturkan akan difahami di Thailand, tetapi tidak rupa-rupanya. Pekedai yang menjual barangan yang saya mintak dalam bahasa Siam terpinga-pinga merenung saya, tanda tidak faham apa yang saya perkatakan,” ujarnya sambil tersenyum lebar. Bahasa Siam Kedah juga mempunyai makna bagi nama-nama tempat di Malaysia dan juga nama-nama bagi Raja Islam Ayuthia walaupun sesetengah perkataan seperti tok wan, kasut dan kayta (kereta) adalah sama dengan bahasa Melayu.

Di Awal Sejarah

Bagaimana kemelut sejarah boleh berlaku? Dalam artikel terdahulu kami telah menceritakan bahawa Kerajaan Ayuthia di perentah oleh orang-orang Siam Islam yang juga menjadi pemerentah Melaka. Kami juga telah menyenaraikan nama-nama Raja Siam Islam ini dengan nama Melayu Islamnya. Raja-raja yang memerentah seperti Sultan Mahmud Syah, anakandanya Sultan Muhiyuddin Mansor Syah adalah Raja Siam Islam seperti tercatat dalam Undang-Undang Kedah.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/salasilah-kesultanan-benua-islam-siam.html

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/empayar-benua-islam-siam-ayuthia-nagara.html

Dimana pula istana mereka pada hari ini?

1)Kita tidak menjumpai istana-istana mereka kerana mereka bukan bersemayam di Bandar Melaka seperti yang kita sangkakan kerana Melaka adalah sebahagian daripada Kerajaan Benua Islam Siam sahaja. Sebagai kiasan, jika kita melihat pelabuhan Pulau Pinang yang maju akan tetapi Perdana Menteri Malaysia hari ini tidak tinggal di Pulau Pinang tetapi di Putrajaya. Begitu jugalah di Melaka dimana Maharaja nya tinggal di Ayuthia Kota Meang Kuang (nagara luas lah, katakan) sementara raja-raja daerah bergelar Paduka Seri Sultan memerentah di Melaka sebagai wakil Maharaja Islam ini.

2)Istana-istana Maharaja Benua Islam Siam telah dimusnahkan oleh penjajah yang datang menjajah dahulu.

Apabila Burma dibawah Sukuthai menyerang dan menawan Ayuthia yang diperentah oleh orang-orang Siam Islam dalam tahun 1767, mereka telah mengambil alih pemerentahan Ayuthia. Tentera-tentera Thai ini kemudiannya telah turun menyerang Kedah dalam tahun 1821. Kurangnya media massa pada zaman itu menyebabkan penduduk Kedah tetap memanggil mereka orang Siam kerana mereka datang dari negeri Siam akan tetapi Maharaja dan tenteranya telah bertukar kepada tentera General Rama Chakri I yang beragama Buddha dan berbangsa thai, bukan lagi Siam Islam seperti zaman dahulu.


Makam Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Boromoraja Ekatat V, Suriyamarin di Kedah. Baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Kenapa peristiwa ini tidak direkodkan dalam sejarah Malaysia? Apa sebenarnya hendak disembunyikan?

Diantara tahun 1767 - 1821, Maharaja Siam yang terakhir, Sharif Yang Di Pertuan (ms 43, Undang Undang Kedah) telah kembali ke Kedah dan menetap di Istana Kota Meang Kuang berhampiran Bandar Darul Aman (lihat gambar). Terdahulu, di Ayuthia Sharif Yang Di Pertuan ini dikenali sebagai Boromoraja Kaha Ekataat V, Suriyamarin. Tahukah anda dari 33 Maharaja yang memerentah Ayuthia, hanya 3 sahaja mempunyai makam disana. Makam 30 Maharaja yang lain berada di Kedah, Perak dan Sumatera. Dari kajian kami, tentera-tentera Thai menyerang Kedah dalam tahun 1821 dan 1876 dengan 2 tujuan utama.


Lokasi asal Kota Meang Kuang, yang tinggal hanya nama Kampungnya. Meang Kuang bermaksud, 'Nagara Luas'.


Peta kawasan istana Kota Meang kuang. Gambar besar dibawah.

1. Untuk membunuh Maharaja Benua Islam Siam Sharif yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang, anak-anaknya dan keturunannya dalam tahun 1821, tetapi gagal membunuh Sultan Mudzaffar Syah III (bersemayam di istana Kuala Kangsar), anak sulong baginda Sharif. Sultan Mudzaffar Syah III ini menjadi Sultan Perak dan ini membawa kepada Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (Ban Nai Lang semasa menjadi Raja di Singgora) dan anakandanya Sultan Jaafar Madazam Syah. Sebelum ditabal menjadi maharaja Kedah, Sultan Jaafar Madazam Syah dikenali ramai sebagai Long Jaafar dan menjadi Raja Daerah Larut di Perak, bukan menteri seperti tercatat dalam sejarah (Perak dulunya jajahan Kedah).

Gambar Long Jaajar dari website Kamunting. Bandingkan dengan gambar Sultan Jaafar disebelah kanan yang disimpan oleh keluarganya di Kedah.2.

Untuk menghapuskan bukti-bukti sejarah seperti tinggalan istana lama yang berada di Negeri Kedah termasuk Istana Merong Mahawangsa di Sungai Mas dan kubu-kubu tentera Saimen yang hari ini dijumpai tertimbus dan dipanggil sebagai kota candi.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/06/musnahnya-istana-maharaja-benua-islam.html

Bukti

Dimanakah bukti yang mengatakan raja-raja Siam itu beragama islam. Untuk itu kita perlu lihat Buku Undang-Undang Kedah yang memang nyata sebuah perlembagaan kerajaan Islam zaman dahulu. Penggunaan bahasa Siam digunakan dalam mengkisahkan Raja Sulaiman (lebih dikenali sebagai Raja Bersiong) yang engkar kepada perintah Maharaja Siam Islam ketika itu iaitu Sultan Muhiyuddin Mansor Syah @ di gelar sebagai Boromokot di Ayuthia seperti tercatit di muka surat 24,

“Maka apakala sampailah Phra (VIP @ raja-raja) makan itu diangkat naik keatas istana, yang hendak dirajakan itulah pergi/menyambut sendiri dibawa letak diatas geta emas itu akan dipersalini derma kurnia balut dan surat kuasa itu yukbat (surat kuasa) masuk masa itu mengiringi Phra makan tatkala diletak raja diatas geta emas. Masa itulah Raja tui (derhaka) dengan belat Yukbat (balut surat kuasa) Demikianlah adat raja dahulu kala yang datang enggan menyerahkan negeri serta memberi nama segala raja-raja itu. Surat ini disalin daripada tambera Datuk Seri Paduka Tuan dan akan segala perkakasan kerajaan itu bentera keempat meninggalkan dia. Tamat”.

Hari ini pun kita tahu bahawa perkataan Phra dan belat Yukbat bukannya bahasa melayu. Ianya adalah bahasa Siam Kedah yang digunakan ketika itu dan hari ini juga oleh penduduk-penduduk Melayu Islam di pendalaman Kedah. Hari ini juga, anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran ke Universiti pun masih ada yang boleh bertutur bahasa Siam, apatah lagi yang tinggal dikampung-kampung.

Kita lihat ms 36 Undang Undang Kedah dalam memperkatakan Adat Raja Johor,

“Fasal pada menyatakan adat raja-raja yang besar dahulu dahulu itu jika bergelar Paduka Seri perdana Menteri Mangkubumi. Demikianlah adat raja-raja di benua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan (teks jawi)”

Disamping itu undang-undang pelabuhan yang menggunakan khidmat syahbandar turut juga digunakan di pelabuhan Ayuthia dan didalam Undang-Undang Kedah, jawatan syahbandar ini disebut berpuluh-puluh kali, satu muka surat sehingga 8 kali. Jawatan syahbandar ini juga turut digunakan di Melaka sewaktu zaman kegemilangannya dahulu. Jawatan ini berasal dari Parsi dan di alam Melayu hanya Maharaja Islam yang mengamalkan hukum agama islam menggunakan perkataan dan khidmat syahbandar.

"A similar (to Ayutthaya) situation prevailed with other states on the Indian Ocean rim such as Malacca on the Malay Peninsula and Masulipatam, where officials with the Persian title Shahbandar were to be found.” Subrahmanyam, "Iranians Abroad" p. 345; Barbara Watson Andaya, "Malacca"

Penggunaan perkataan kafir juga disebut beberapa kali antaranya, ms 15,

“….Allah subhanu wa taala menetapkan madasan jika raja-raja kafir sekali pun”

Di perenggan seterusnya, mengenai sambutan kepada pembesar asing menggunakan bedilan meriam,

“..sama raja-raja menyambut dia kerana kafir yang jenis tersebut itu terlebih mulianya pada bedil”.

Perkataan kafir atau kufur (bukan Islam dan engkar kepada Islam) ini tidak akan digunakan dalam Undang-Undang Kedah sekiranya raja-rajanya tidak mengamalkan hukum-hukum Islam dan menganuti agama Islam.

Seterusnya dalam buku “A History of Siam”, muka surat 255, Assoc Prof. Plobplung Kongchana dari Srinakharinwirot University ada menyebut seperti berikut,

“Such a calling does not depend on race, similar to the calling of Thai people ( Siam atau Melayu) people of Muslims from the Eastern Asia Khaeg Tesh”.

Hanya orang yang jahil saja mengatakan perkataan 'khaeg tesh' itu tidak wujud, dan direka-reka. Tidak kiralah bagaimana ejaannya, mereka-mereka ini tetap berada di Kedah hingga hari ini setelah berkahwin dengan orang-orang Melayu Islam tempatan dan keturunan mereka menjadi Melayu. Perlu diingat Kedah dahulu lebih besar dari Kedah hari ini, sehingga ke Perak.

Bagi kami, orang yang cuba menggunakan bahasa Thai untuk menterjemahkan perkataan dari bahasa Siam adalah ibarat itik cuba bercakap dengan ayam. Untuk pengetahuan semua, bangsa Siam Islam belum pupus lagi di Kedah, walaupun berlaku asimilasi dalam masyarakat setempat. Tiada Dasar Rathinayok yang diperkenalkan disini. Sementara itu, ada diantara orang-orang Siam Buddha (mereka tinggal di Kedah semenjak zaman penjajahan dahulu, 1876-1881) tidak mahu dikenali sebagai orang Thai tetapi sebagai orang Siam sebab mereka tahu mereka asalnya dari negeri Siam Islam iaitu Ayuthia yang mana masyarakatnya majmuk. Mereka tetap mahu dikenali sebagai orang Siam, bukan orang thai.

Dari aspek bahasa, adalah tidak tepat membandingkan bangsa melayu dahulu dalam konteks hari ini yang belum lagi menjadi sejarah . Memang hari ini kita semua dipanggil Melayu. Tapi dalam blog kami, kami menceritakan tentang sejarah zaman dahulu, bukan sejarah hari ini. Dalam penulisan sejarah kami, objektif pengklasan rumpun Melayu seperti Siam, Jawa, Bugis, Banjar, Minang dll adalah bertujuan untuk lebih mudah difahami oleh semua pembaca.

Baru-baru ini dalam rangka lawatan ke Indonesia kita boleh lihat pengakuan Timbalan Perdana Menteri kita bahawa beliau adalah dari keturunan Bugis. Datuk Mohammad Rahmat bekas Menteri Penerangan pun pernah mengakui bahawa dia adalah dari keturunan Jawa dan bekas Menteri Besar Kedah dahulu, Datuk Seri Sanusi Junid juga pernah mengaku bahawa dia adalah dari keturunan Acheh. Semua rumpun-rumpun Melayu ini pada hari ini dipanggil orang-orang Melayu. Dengan itu orang-orang Patani yang dulunya Siam Islam, secara otomatiknya pun turut juga di panggil Melayu Patani pada hari ini.

Ketuanan bangsa melayu hari ini tidak terjejas kerana bangsa Melayu ternyata mempunyai ‘roots’nya, ketamadunannya dan agama Islam menjadi tunggak segala-galanya seperti juga Undang-Undang Kedah yang mengamalkan peraturan seperti dikehendakki oleh agama Islam. Kebudayaan kita berteraskan agama Islam bertitik tolak dari zaman kerajan Islam Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah membuka kerajaanya di Sungai Mas, Kedah.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Di petik dari FTSM, UKM, semak 'Page 39' adalah muka surat 37. Ini URLnya,

http://www.ftsm.ukm.my/ftsm/IRPA/EA0036/Arkib/MMahawangsa/HMMwangsa.htm


Petikan ini menjelaskan negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Merong Maha Podiset, bukan oleh orang-orang Thai sebab itulah Hikayat ini dibakar oleh Raja Ligor dari keturunan Thai dahulu. Lihat Gambar besar dibawah.

Di dirikan kota pagar dan kubu-kubu tentera (candi) lalu dipanggil penduduk tempatan (proto malays) untuk tinggal di dalam kawasan Kota yang dijamin lebih selamat. Pengikut-pengikut dan angkatan tentera Saimen Islam digalakkan berkahwin campur dengan penduduk tempatan dan ini bukan amalan penganut agama Buddha atau Hindu ketika itu. Sultan Mudzaffar Syah turut berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri.


Makam Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri @ Tok Soh terletak di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal. Pi Nang Tun Gal adalah bahasa siam bermaksud, 'Jadi Permaisuri Tunggak Negara'. Baginda adalah permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa. Anakanda baginda Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir telah membuka Istana di Pinang Tunggal (hari ini kawasan loji air, lalu Inggeris merobohkan istana tersebut). Berikutan kemangkatan Raja Merong Mahawangsa di Sungai Mas, baginda permaisuri tinggal bersama anakanda baginda di Pinang Tunggal dan mangkat disana. Di Batu nisan tertera surah Al Fath, surah yang menceritakan pasal pembukaan negeri. Batu keterangan dipenjuru kiri sebelah atas menyatakan bahawa ini adalah makam pembesar yang tidak dikenali. Bagaimana pula dikatakan tidak dikenali sedangkan warisnya masih ada dan sudah berkali-kali membuat kenyataan namun tidak dipedulikan atau dibuat kajian..

Untuk itu, menjadi Melayu hari ini bukannya mudah. Ia mengambil masa lebih dari 1200 tahun, diambil kira dari zaman Raja Merong Mahawangsa mula berkerajaan di Sungai Mas. Anakanda Merong Mahawangsa, Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir turut membina Kota Istana di Bukit Tereh berhampiran Muar di Johor dan kahwin campur turut berlaku disana. Tinggalan istana baginda masih ada lagi di Bukit Tereh walau pun Inggeris membina loji air seperti juga dikawasan Istana Pinang Tunggal di Sungai Petani bagi menutup bukti sejarah.

Makara

Kami berpendapat kita tidak perlu bimbang dengan Makara yang dijumpai di Sungai Mas baru-baru ini kerana ia sekadar lambang sahaja dan bukan memuja makara tersebut. Hari ini pun ada bendera negeri yang menggunakan lambang Kancil, lambang kerajaan Malaysia dengan dua ekor harimau kiri dan kanan, makara penyu di tengah bulatan di Kuala Trengganu, makara kucing di Bandar Kucing Sarawak, maskot-maskot dan banyak lagi yang boleh dijadikan contoh, hanyalah sekadar lambang sahaja dan bukan untuk dipuja-puja. Lagi pun tafsiran Islam dizaman dahulu pada pendapat kami lebih tipis berbanding hari ini.


Makara yang dijumpai di Sungai Mas adalah Naga Laut (gambar atas), lambang kepada Raja Merong Mahawangsa.

Lokasinya yang dijumpai disebelah tempayan menunjukkan bahawa ia dijadikan hiasan pintu masuk kerana air dari tempayan digunakan untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah dizaman dahulu. Mungkin ada ukiran kayu telah reput ditelan zaman. Walaupun apa sekali tanggapan pembaca, kami tetap berpendapat bahawa kita sebagai orang-orang Islam hari ini, kita perlu mengagongkan sejarah kedatangan tamadun Islam ke negara kita, bukan agama lain dan ia bukan bermula di Melaka dalam tahun andaian 1400, atau cuba mengaitkan penemuan artifak-artifak bersejarah dengan perkembangan agama lain di Kedah.

Kesimpulan

Orang-orang melayu hari ini, sememangnya mempunyai rumpunnya yang tersendiri dan patut berbangga dengan asal usul keturunan asal masing-masing. Jelasnya kaum lain tetap terjamin hak mereka mengikut perlembagaan negara. Akan tetapi, selagi tidak menganuti agama Islam, tidak mengamalkan adat resam, kebudayaan bangsa Melayu dll, walau fasih mana sekali pun berbahasa Melayu, mereka tidaklah boleh dianggap sebagai Melayu, tetapi tetap sah sebagai 'malaysians'. Namun begitu hak-hak kaum lain, sebagai rakyat dan warganegara Malaysia ini, yang juga lahir disini, haruslah dipelihara sepenuhnya seperti tercatat dalam perlembagaan oleh kerajaan yang memerentah.

Sekiranya ketuanan bangsa Melayu dicabar (bukan saja dari dalam, malah dari luar juga), sememangnya kita patut berjuang habis-habisan menegakkan ketuanan bangsa Melayu ditanah ini. Maksud berjuang disini adalah dengan akal logik dan justifikasi, bukan emosi. Ini adalah kerana kita waris mereka-mereka yang terdahulu, kombinasi tempatan dan orang-orang Islam Saimen (dari Xian) yang menambah peradaban baru dan membuka ketamadunan Islam. Kitalah ‘output’nya, waris mereka terdahulu dan kita menjadi penegak agama Islam dari bangsa melayu di bumi Malaysia hari ini.

Kita bukan lagi bangsa yang dijajah seperti dahulu, kita Melayu baru, satu bangsa yang merdeka dan kita bebas menyuarakan pendapat kita sekiranya kita menjumpai sesuatu fakta yang baru, lengkap dengan buktinya sekali. Buktinya jelas dan kami kemukakan disini untuk anda membaca dan menilainya. Walaupun ada yang cuba menakutkan dan menggunakan bahasa yang kesat, kami sebesar zahrah pun tidak gentar kerana Allah berserta kami, begitu juga ramai pengunjung ke blog ini. Sekiranya kami penakut, kami tidak akan buka blog ini untuk saudara/i membaca dan menilai kembali sejarah bangsa yang disembunyikan. Kami sanggup meyalinkan salasilah kepada YAB Perdana Menteri serta surat-surat lain kepada Menteri di kementerian berkaitan dan sememangnya blog ini mendapat perhatian beliau.

Namun begitu orang-orang Melayu hari ini bijak dan yakin kepada perpaduan dan sanggup berkongsi kuasa dalam kerajaan kerana pada pendapat kami orang Melayu adalah satu bangsa pribumi yang sangat unik dan melalui proses perkembangan identitinya yang tersendiri. Walaupun kebanyakkan 'skill' dan kebolehan kita telah hilang dirampas penjajah, dengan latihan semula dan semangat jati diri Melayu baru, kita mampu bangun semula sebagai satu bangsa Malaysia memajukan negara dalam tempoh masa 50 tahun sahaja. Buatlah perbandingan dengan negara serantau yang merdeka jauh lebih awal dari kita, dimana tahap mereka berbanding kita. Untuk itu kami ulang lagi ungkapan ini, "..sempena menyambut 50 tahun kemerdekaan negara, marilah sama-sama kita mencari kembali permata yang telah hilang itu."

PS: Prinsip kami,"Awaluddin Makrifatullah","Berani kerana benar" dan "Katakan lah oleh mu perkara yang sebenar, walau pahit sekali pun",Sabda baginda Rasulullah SAW.

Thursday, July 19, 2007

ARTIFAK SEJARAH YANG DINANTI-NANTIKAN

OLEH JAAFAR AHMAD

Sungai Petani – Penemuan artifak-artifak bersejarah di kawasan Sungai Mas berhampiran Bandar Sungai Petani Kedah telah membuka lembaran baru dalam pengkisahan semula sejarah negeri Kedah dan juga sejarah Malaysia. Penemuan-penemuan ini amat disambut baik oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah dan ahli-ahlinya, sejarawan Kedah, peminat sejarah dan penyelidik-penyelidik dari institusi tempatan. Kewujudan sebuah Kota ketamadunan atau kerajaan lengkap dengan pelabuhan menjadi isu hangat di perbincangkan hingga kini dikalangan mereka di negeri Kedah.

Selain dari manik-manik dari pelbagai bentuk warna dan rupa, turut dijumpai batu-batu pelapik tiang, batu binaan dan yang menarik sekali sebuah makara yang masih elok. Makara tersebut berbentuk seperti Naga dan ia kebiasaannya di letakkan di pintu masuk ke istana atau bangunan yang runtuh tersebut. Di percayai terdapat dua makara di tapak tersebut (kanan dan kiri), satu telah ditemui (lihat gambar) dan satu lagi berada dibawah tapak rumah penduduk kampung. Makara ini dijumpai tertiarap disebelah sebuah tempayan batu yang masih lagi belum diangkat dari lokasi asalnya kerana terlalu berat. Walau bagaimana pun tiada patung-patung agama lain setakat ini di jumpai di kawasan tersebut kecuali sebuah kalung penganut agama Buddha. Bagi melancarkan kerja-kerja ekskavasi akeologi, penyelidik dan pelajar dari Universiti kebangsaan Malaysia, kawasan tersebut akan segera di ambil alih oleh pihak Muzium dan Antikuiti.


Makara ini dikatakan simbol Raja Merong Mahawangsa dan istananya didirikan sekitar tahun 720 masihi. Dalam bahasa Siam Kedah, Me rong bermaksud naga laut, Maha ialah pembesar dan wangsa ialah (puak) tentera harimau.



Turut ditemui ialah Datuk Seng, Ketua penduduk China dari Kota Kuala Muda, sebuah pekan kecil terletak 1 km dari tapak ekskavasi bersejarah ini. Menurut beliau generasinya telah datang ke Kedah semenjak tahun 1595 lagi . Orang-orang China yang menganuti agama Buddha mendirikan Tok Kong Poh Seng Tai Teh untuk penduduk agama Buddha sementara orang-orang China Islam pula mendirikan masjid, berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di kawasan Sungai Mas. Di Tok Kong tersebut ditemui sebuah batu dari negeri China yang dipahatkan lambang Naga, simbol Maharaja China dari Dinasti Ming. Menurut beliau lagi Makara yang ditemui di Sungai Mas adalah dari jenis kepala Naga air atau laut.


Dua batu berukir yang dibawa dari negeri China tersimpan di To kong Poh Seng Tai Teh, Kuala Muda. Amalan ini bukan amalan baru malah telah dipraktikkan jauh lebih awal dari tahun 1595.



Walaupun kedatangan mereka jauh lebih lewat dari binaan dan artifak yang ditemui di Sungai Mas yang dianggarkan berusia lebih 1,200 tahun. Ini membawa kepada zaman Raja Merong Mahawangsa yang pernah memerentah Kedah dan diriwayatkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Beberapa penyelidik yang ditemui mengatakan bahawa Raja Merong Mahawangsa beragama islam, adalah cucu kepada Maharaja China Sai Tee Sun dari Dinasti Tang. Sejarah negeri China juga ada menyebut bahawa utusan baginda Rasulullah S.A.W , Saad bin Abi Waqas pernah ke negeri China untuk menyebarkan syiar agama islam disana.

Menurut Abdul Ghani Lat, lulusan ekonomi kelas pertama Universiti Malaya yang juga ahli Persatuan Sejarah negeri Kedah, “ Penemuan artifak bersejarah ini bagi kami merupakan satu rahmat yang amat dinanti-nantikan. Begitu banyak sejarah dizaman silam hanya didengari dari mulut orang tua-tua, akan tetapi pada hari ini banyak bukti baru telah di temui lantas banyak mengiyakan apa yang diperkatakan oleh mereka sebelum ini”, ujar beliau yang fasih berbahasa thai dan juga bahasa Siam Kedah. Katanya lagi,"Bahasa Siam Kedah lebih mirip dengan bahasa Melayu berbanding bahasa Thai dan Almarhun Sultan Abdul Hamid juga fasih berbahasa Siam".

Tidak sampai 200 meter dari tapak tersebut terdapat sebuah makam yang dinamakan makam Langgar. Tunku Ibrahim adalah nama yang masih diingati oleh penduduk tempatan dimakamkan dikawasan perkuburan itu. Beliau terbunuh sewaktu berjuang menentang tentera Siam (thai) dalam tahun 1876 dahulu. Kawasan perkuburan tersebut luasnya anggaran setengah ekar namun terdapat hanya beberapa batang nesan sahaja. Penduduk tempatan mengatakan beratus orang dimakamkan disitu kerana mereka syahid dalam peperangan menentang Siam (thai) dan nisan tidak sempat didirikan lalu digantikan dengan ketulan-ketulan batu sebagai tanda.

Seorang penduduk tempatan yang enggan namanya disebut, turut cuba beberapa kali merapati kami bagi menceritakan sejarah dari pengetahunnya. Beliau mengatakan bangunan tersebut dulunya berdiri megah. Tentera thai dengan pertolongan Inggeris bertanggung jawab merobohkan bangunan tersebut dan menimbusnya sewaktu mereka menjajah Kedah dahulu. Buktinya, satu-satunya kalung milik mereka telah ditemui dikawasan tapak tesebut. Sekiranya ini benar-benar berlaku anggaran sewaktu Siam (thai) menjajah Kedah adalah sekitar tahun 1876-1881.

Walau apa pun pendapat yang kita dengar, rujukan yang dibaca, penemuan-penemuan baru ini merupakan satu titik permulaan naratif baru dalam sejarah bangsa Melayu yang mana ketamadunannya tidak lagi boleh dipertikaikan seperti dahulu. Ia juga telah membuktikan bahawa sejarah bangsa melayu bermula jauh lebih awal dari tarikh yang dijangkakan (tahun 1400, satu andaian sahaja) oleh pengkaji sejarah tempatan dan luar negara sebelum ini.

Wednesday, July 18, 2007

ARTIFAK BARU DITEMUI DI SG. MUDA


"Cornice" sebagai hiasan bangunan turut ditemui. Sejarah mengatakan istana ini didirikan oleh raja-raja daerah adalah mengarut dan satu fantasi. Setahu saya mereka turut terlibat memberi izin merobohkan istana ini sekitar tahun 1876-1881 dahulu sewaktu Kedah dijajah oleh Thai yang menawan dan memerentah negeri Siam semenjak tahun 1767.


Kawasan yang di jalankan kajian jauh lebih luas dari yang dijangkakan. Tahniah kepada usaha gigih Universiti Kebangsaan Malaysia dan pelajar-pelajarnya.


Air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum menaikki istana. Di sebelahnya dijumpai sebuah Makara/ukiran hiasan kepala tangga Istana, lambang Merong Mahawangsa.


dari Utusan Malaysia

ALOR STAR – Pakar arkeologi dan kaji sejarah Jabatan Muzium dan Antikuiti menemui lagi bukti sejarah peninggalan zaman sebelum kedatangan Islam ke Kedah di Sungai Mas, Kuala Muda. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehubungan itu, pihaknya bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti kawasan sekitar tapak penemuan khazanah sejarah silam itu yang dipercayai membuktikan kewujudan kota purba di kawasan tersebut.

Katanya, jawatankuasa khas itu akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Koperasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Khalidah Adibah Ayob.
‘‘Pakar arkeologi tempatan percaya bahawa artifak yang ditemui itu memperlihatkan reka bentuk bangunan pra Islam dan cara bahan sejarah itu ditemui seolah-olah membuktikan adanya sebuah kota purba, struktur bangunan dan wujudnya tamadun di kawasan itu (memang tentera thai dan inggeris meletupkan dan menimbuskan dengan kerahan buruh yang dibawa dari India).

‘‘Penemuan awal itu cukup untuk meyakinkan kita agar meneliti semula lokasi sekitar Sungai Muda untuk melihat seluas mana lokasi penemuan artifak pra Islam itu yang perlu digazetkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Penyelidikan arkeologi di Sungai Mas sejak tahun 1980-an menemui artifak termasuk pelapik tiang granit, bahan binaan, batu giling, seramik, kaca, manik dan batu sima iaitu batu yang dipercayai untuk menandai sempadan daerah atau sesuatu kawasan pada zaman silam.

Penemuan itu membuktikan Sungai Mas sebagai penempatan awal sejak zaman pra sejarah dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan purba zaman proto sejarah pada tahun 5 hingga 19 Masehi apabila kegemilangan Kota Kuala Muda dan Istana Pulau Tiga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan dimusnahkan oleh Siam(thai).

Catatan saya,
Sebelum artifak-artifak ini dijumpai lagi saya telah menulis dalam artikel saya diblog ini mengenai kwujudan sebuah kota yang besar, didirikan oleh Raja Merong Mahawangsa. Kota ini telah di letupkan dan ditimbus oleh penjajah bagi menutup sejarah bangsa Melayu sepertimana diriwayatkan oleh orang-orang kampong dari keturunan baginda di Kedah. Bukan itu saja, Raja Ligor (setelah siam ditawan thai) turut membakar Hikayat Merong Mahawangsa bagi menutup bukti sejarah bangsa melayu dari keturunan Siam Islam ujud lebih awal dari bangsa thai.
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html

Inilah konspirasi mereka dizaman penjajahan dulu. Betapa besarnya kawasan ini dari Sungai Mas hingga ke Lembah Bujang di Merbok. Arkeologis menjumpai kubu-kubu tentera diseberang sana sungai di Merbok terdahulu dan hari ini menjumpai tinggalan istana baginda di seberang sini sungai di Sungai Mas. Banyak lagi yang ada, hanya menunggu masa untuk dibongkar sahaja. Janji Allah untuk membantu orang-orang teraniaya, yang menyebarkan agama islam milikNYA, telah dan sedang dimakbulkan.

Tuesday, July 17, 2007

Archaeologists to bead up the history of Sungai Mas



SUNGAI PETANI:

Thousands of beads of various colours and shapes have been unearthed at the Sungai Mas archaeological site, leaving the researchers with the mammoth task of beading up its history and pride of place in ancient history.
Situated about 21 km from here, the two-hectare site along Sungai Mas or "Gold River" has yielded almost 207,000 beads, the highest number found at a place in Southeast Asia, since excavation work started in 1980.
The obvious conclusion from the find is that it was a bead-producing centre in those days of antiquity. What is also known is that beads were widely used in ornaments such as chains and bracelets in those days.
Preliminary findings place the bead production at between the sixth and 14th century AD.
The bead galore has thus far made its way into the Malaysian Book of Records, while receiving wide attention of the archaeological world.
Curator of the Sungai Mas Archaeology Museum, Shamsul Rizal Md Saman, said excavation works at the site were done in stages beginning 1981 and up to now, they had gone into 10 phases covering 148 grids.

Archaeologists from the Bujang Valley in Merbok, the Museum and Antiquities Department, the Department of History of Universiti Kebangsaan Malaysia and Universiti Malaya had carried out the excavation works.
Back in 1985, based on data, theories, hypothesis and its potential, the site was chosen for the Intra-Asean Archaeological Excavation and Conservation project in Bujang Valley, which was participated by Brunei Darussalam, the Philippines, Thailand, Singapore and Indonesia.
Several plans were proposed, including acknowledging the potential of Sungai Mas as a proto-historical site before the arrival of Islam.
Apart from beads, also found at the site were clay ceramics of which some were decorated, imported ceramics of celadon, porcelain, and stoneware - all believed to originate from Persia, China and West Asia. Shamsul said the recovery of broken, incomplete and uncompleted beads denoted clearly that Sungai Mas was at one time the centre for bead production.

The presence of uncompleted beads and raw materials used in making beads further added weight to this belief, he said.
"Further research shows the beads discovered were not only produced here but were also brought in from China and Persia," he said.
Shamsul said evidence present also showed that Sungai Mas was a bead-producing centre that was at par with other bead-producing centres like in Mantai (Sri Lanka), Khlong Thom (Thailand) and Oc-eo (Vietnam).
According to Samsul, the beads uncovered come with an aperture in the centre, are durable and brightly coloured without losing their luster. They also had multiple uses.

He explained that beads at time were considered ornaments of grandeur that were widely used in religious and customary rites or as personal accessories in those old days. It is said to possess mystical powers and has its own myth.
"Every bead has its own role and function according to its size and colour. The colour of the beads used is said to represent one's social standing," he said.
The beads were also used as monetary units in trade as discovered in Sarawak. However, such uses of beads in Sungai Mas were still being studied.
He said they have so far classified the beads found in Sungai Mas into 57 shapes, like cylinder, cube, coil, pentagon, hexagon, square and rings.
"Apart from the myriad of bright colours like red, blue and so on, the beads are also characterised by motifs or certain decorations, often highlighting fine craftsmanship practised by the ancient society," he said.
Shamsul also said the beads found here were made from carnelian, stones, bones, clay and glass.

The Sungai Mas archaeological site, discovered in 1980, is a historical treasure trove and is estimated to be 1,600 years old. It is believed to be the remnants of the ancient civilisation known as `Katahanagara' (or Olden Kedah), a contemporary of the Srivijaya empire.
Due to its significance, the site would be upgraded for conservation purposes and archaeological investigations would continue.
For this purpose, Shamsul said, several elements like the entrance, landscape, pedestrian walkway, digging areas and temporary exhibition areas would be upgraded.
"The process of rebuilding and upgrading these elements and the building of a museum would showcase the oldest known civilisation in the land," he said. - Bernama

Historical remains show Kg Sungai Mas was a trading centre







SUNGAI PETANI

After nine phases of excavation works in Kampung Sungai Mas since 1993, local archaeologists are convinced that the area was a trading port in ancient times.
The excavation project was undertaken by the Bujang Valley Archaeological Museum and the Museum and Antiquities Department in collaboration with the history department of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Universiti Malaya.
The artefacts unearthed at the site showed that it was a trading port in ancient times, excavation project head Kamarudin Zakaria said.
He said the findings made at the site in Kuala Muda district have had an important bearing on history in the region.
"The discovery of the site in 1980 has significantly changed the face of history not only in Kedah but also Southeast Asia," he said.
Kamarudin said among the important findings were ceramics with intricate designs, some believed to have originated from China during the Tang and Sung dynasties and West Asia.
"They are different from the Bujang Valley ceramics which mostly do not have motifs," he said.
The project has also led to one of the biggest discoveries of ancient beads in Southeast Asia apart from the one made in Kuala Selingsing, Perak.
The finely crafted beads bearing certain designs were made of glass, precious stones, bones and gold. Kamarudin said some of the beads were believed to have been produced at the settlement itself. "We also found some unfinished beads and the raw materials for making beads," he said.

Other findings like ruins of buildings and wave breakers also strengthened the belief that Sungai Mas was a trading port, he said. "We believe Kampung Sungai Mas was an active entrepot in the 5th century. Its present location of some 10km from Pantai Merdeka (the nearest beach) may have been caused by movements of the earth surface," he said. He said the ongoing 10th phase excavation, which will end this month, involved 40 students from UKM.

"This round of excavation work is mainly to verify the researches done by UKM lecturers using the satellite-based geo-physic method," he said. This method reportedly can detect building structures buried up to six metres deep. He said the excavation project might extend beyond the 25 years originally envisaged because the 100.2ha Sungai Mas was a huge area to be covered. "After almost 10 years of intensive excavation, only one hectare has been explored. The lack of manpower and other problems like financial constraints may delay the completion of the project," he said. "This undertaking can be described as a mega excavation project. Apart from the high costs, observations, studies and preparation of reports also take up a lot of time," he said. There are plans to develop Sungai Mas for "archaeo-tourism" based on the in situ concept of preserving the building ruins and other historical remains in their original state for tourists to see.

"An agreement on this has been reached with several parties like the Kedah state government, Culture, Arts and Tourism Ministry, representatives of nearby resorts and other agencies. It will be an integrated project," he said.
However, he said this project might only be completed in the year 2010.
"If it cannot be fully completed, we hope the half-way mark would be good enough for a start. There are many matters to be worked out," he said.
The idea was to let the villagers go about their usual activities and develop the site without destroying its historical remains, he said.

IDEOLOGI KOLONIAL NAFIKAN IDENTITI

Oleh A. MURAD MERICAN

DALAM usaha mengkaji dan mencari naratif baru mengenai penempatan Melayu di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light, soalan-soalan dengan nada sinis dilemparkan seperti meminta bukti, dan fakta.

Malah, terdapat salah tanggapan tentang siapa yang dulu. Persoalannya bukan siapa dulu. Siapa buka Pulau Pinang dulu tidak relevan. Itu mainan cerita yang lapuk.

Dengan tidak disengajakan, ialah telah melagakan beberapa orang sarjana, pengkaji dan waris yang diajukan soalan-soalan seolah-olah ada pertikaian. Tidak ada pertikaian sebenarnya. Siapa dulu tidak penting. Soalan siapa dulu mencerminkan pemikiran yang masih dijajah, pemikiran yang dibelenggu oleh ilmu kolonial, pemikiran yang mementingkan siapa pengasas, dan pemikiran yang mengandaikan orang-orang tempatan tidak mempunyai sejarah dan tamadun sebelum kedatangan Eropah.

Akibatnya terdapat reaksi daripada pihak-pihak tertentu yang menegakkan teori pengasas, dan seterusnya mengekalkan persejarahan yang tersedia ada. Jika begitu, kita boleh tafsirkan bahawa sebahagian besar sejarah Kedah telah dipinggirkan oleh persejarahan kini.

Kita mesti ingat bahawa konsep-konsep imperialisme dan kolonialisme merentasi pelbagai disiplin pada pelbagai tahap, dan sering kali dengan maksud yang diterima tanpa soal. Penekanan kepada wacana alternatif bagi menangani Eurosentrisme dan bentuk pengetahuan Orientalisme belum lagi merangsang pemikiran para intelektual di Malaysia. Lihat saja buku Orientalisme (1978) oleh mendiang sarjana Palestine Edward W. Said. Terjemahan buku itu ke bahasa Melayu pun belum lagi wujud dalam gagasan kesedaran pemikiran nasional.

Masalah yang kita hadapi kini lebih besar daripada kajian siapa lebih dulu ke Pulau Pinang. Ini adalah kerana ideologi kolonial telah menafikan identiti, budaya dan pandangan alam kita. Jika ini berlaku, bagaimanakah dapat kita memahami masa lalu (yang lebih lama dari ulang tahun Malaysia selama 50 tahun), menangani masa kini dan menilai masa depan?

Kita mesti berdepan dengan sejarah dan menebus semula masa lalu sebagai sebahagian dari proses dekolonisasi pemikiran. Seperti biasa, usaha ini juga akan dicabar.Sejarah yang mendominasi persejarahan Malaysia masih lagi wujud dalam takuk ilmu kolonial. Paradigma kolonial juga telah mencipta wilayah geopolitik dan serantau yang kita labelkan sebagai ‘Asia Tenggara’ dan di dalamnya wujud negara-bangsa baru pascakolonial seperti Malaysia dan Indonesia.

Implikasinya ialah terpinggir dan tersasarnya sejarah yang berusia beribu tahun kerana mengikut persejarahan dominan, sejarah negara hanya bermula selepas kuasa Eropah tiba di rantau ini. Jelas, dalam kita menghampiri ulang tahun kemerdekaan yang ke-50, kita memerlukan sebuah naratif yang baru bagi sejarah negara.

KEUNIKKAN SYILING BERTAHUNKAN TAHUN 121 HIJRAH


Oleh: YUSMAN YUNUS

SEKEPING duit syiling bertahunkan 121 serta mempunyai tulisan Allah, Muhammad dan Yassin dalam tulisan jawi yang mungkin tidak ternilai harganya telah dijumpai dengan beberapa lagi duit syiling serta artifak lain semasa penggalian ekskavasi arkeologi dijalankan.Selain dari itu pertemuan artifak lain seperti sebatang senjata besi, rantai tembaga, tembikar, tulang binatang dan kayu telah membuka lembaran baru bahawa kedua-dua negeri Kedah dan Perlis mempunyai sejarah silam yang tidak ternilai.

Baru-baru nini satu kerja ekskavasi arkeologi fasa kedua telah diadakan di sebuah tapak seluas 100 x 200 kaki bersebelahan kawasan makam Almarhum Kayam Dua kira-kira empat kilometer dari jalan lama Kangar - Kuala Perlis.Pada awalnya kawasan berkenaan telah dirancang untuk pembangunan tetapi setelah meneliti dan mengkaji kawasan itu, pihak Muzium serta pihak kerajaan Negeri Perlis telah bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi arkeologi bagi mengesan dan menyelamatkan artifak kalau ada.
Pada amnya kawasan itu merupakan kawasan hutan belukar sehingga 1960 dimana penanaman padi secara kecil-kecilan telah mula diusahakan oleh penduduk tempatan sehingga awal 1975.

Fasa pertama kerja-kerja ekskavasi telah dimulakan pada bulan Jun hingga bulan Disember 1997 manakala fasa kedua telah dimulakan pada bulan Mei hingga Jun 1998.
Seawal bulan November 1997 artifak yang tidak ternilai harganya telah mula dijumpai di tapak yang diusahakan oleh kakitangan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah yang diketuai oleh Pengarah Kuarator Drs. Mohd. Supian Sabtu.Di antara paling menarik yang dijumpai ialah sekeping duit syiling sebesar 5 sentimeter berwarna perak yang mempunyai ukiran kupu-kupu atau rama-rama yang amat jelas.Duit itu juga mempunyai ukiran Yassin di bahagian atas, manakala tulisan Allah diukir di sebelah kanan dan tulisan Muhammad di ukir di sebelah kiri dan di bawahnya pula tertulis tahun 121, kesemuanya merupakan dalam tulisan jawi serta jelas dilihat.

Di belakang duit itu pula diukir sebuah bentara seakan kapal dari Timur Tengah dan diukir pula perkataan seakan berbunyi Nuh serta terdapat pula ukiran bendera yang tidak berapa jelas di hadapan bentara itu.Di sebelah kiri pula terdapat ukiran bulan dan bintang manakala di bawahnya pula terdapat ukiran yang berbunyi seakan ejaan Mahaddinah.Selain dari pertemuan duit yang mungkin tidak ternilai ini, pihak muzium juga telah menjumpai tiga keping duit lama yang tidak dapat dilihat dengan jelas kerana di katakan diperbuat dari tembaga.Pihak muzium masih lagi menyelidik mengenai tarikh sebenar duit-duit syiling itu dikeluarkan dan abad keberapa ia digunakan.
Selain dari itu, pihak muzium telah menjumpai acuan membuat duit atau mould seperti berukiran pokok yang mempunyai persamaan simbol logo yang digunakan oleh Bank Simpanan Nasional sekarang.Acuan itu sedang diproses dengan telitinya agar ia tidak rosak kerana telah berada di perut bumi sekian lama.

Pihak muzium juga telah menjumpai sebatang senjata besi yang dipanggil tekpi iaitu sebatang senjata besi yang mempunyai tiga cabang seperti yang digunakan oleh Seniman Agung P. Ramlee dalam filem Sitora dan Enam Jahanam.Satu lagi artifak yang masih lagi disiasat ialah pertemuan sebatang kayu bulat setinggi 12 sentimeter di mana di tengah-tengahnya mempunyai sebuah lubang empat segiBagi fasa kedua pula pelbagai jenis artifak telah dijumpai seperti tulang binatang yang dikatakan sebagai tulang lembu atau kerbau, kayu tiang rumah, rantai tembaga dan batu-batan yang mempunyai ciri-ciri sama yang pernah dijumpai di Lembah Bujang, Kedah.Menurut Drs. Supian kerja-kerja fasa ke tiga akan hanya dimulakan selepas beliau membuat laporan lengkap serta mempunyai kepastian mengenai artifak yang dijumpai.

Ini ialah dengan adanya fakta yang lengkap, kerja-kerja ekskavasi akan datang akan lebih menyenangkan serta lebih berkesan.Pertemuan oleh kakitangan Muzium Arkeologi ini amat berharga kepada sejarah negara dan kegigihan mereka membanting tulang di tengah-tengah panas mentari dalam keadaan berlumpur seharian harus diberi kepujian kerana ditangan merekalah terletaknya kenalan sejarah silam.Sejarah yang tidak boleh diputarbelitkan oleh penjajah. Sejarah yang mungkin menguatkan teori bahawa kita pernah wujud serta mempunyai hubungan perdagangan mungkin beberapa ratus tahun lalu.