Sunday, June 22, 2008

Sultan Zahiruddin Bahadur Syah



Sultan Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India ialah ayahanda Nai Hisbu Muadzam Syah. Baginda bergelar Mahathammaraja dalam sejarah Ayuthia . Maha-tham-ma-raja bermaksud pembesar-buat-mari-sebar nasihat. Baginda adalah dari keturunan TimurLang @ Semahan (Inggeris menyebut Tamerlane) dan sebelah ibunya dari keturunan Monggol Dinasti Yuan China. Sejarah yang mengatakan Dinasti Yuan adalah bukan beragama Islam adalah karut. Contoh duit mereka bertulisan jawi terdapat disini,

http://www.mongoliancoins.com/site.php

Permaisuri Zahiruddin Bahadur Syah dikenali sebagai Aisyah Begum. Menurut TNL Kassim nama yang di wasiatkan kepada beliau ialah Tunku Nur Aisyah selari dengan Aisyah Begum dalam sejarah India. Hari ini pun keluarga Begum di Malaysia adalah dianggap dari kelas atasan, dari keturunan yang baik-baik.. Di Ayuthia baginda Tunku Nur Aisyah dikenali sebagai Mah In Tiral dan di Burma sebagai Bavainung. Istana baginda Tunku Nur Aisyah di Burma disebut sebagai “the Queens Palace” (lihat catatan Winstedt, A History of South East Asia).

Tentang panggilan atau gelaran ini, kita harus lihat kepada diri kita sendiri sebagai contoh yang mudah. Kita pun mempunyai nama dan gelaran yang berbeza-beza, begitulah juga pembesar-pembesar kita dizaman dahulu. Disebelah keluaraga isteri, kita mungkin dipanggil Pak long sementara di sebelah keluarga kita sendiri, mungkin kita dipanggil Pak Cik pula. Isteri kita memanggil kita dengan nama lain sementara di pejabat kita dikenali dengan nama rasmi. Bagi mereka yang menulis sejarah pula, kita perlu lihat siapa yang menulis sejarah itu, waktunya dan dimana sejarah itu ditulis kerana ini akan menyebabkan penggunaan gelaran yang berbeza keatas diri kita. Walaupun gelaran berbeza, orangnya tetap sama. Inilah diantaranya yang menjadi punca kekeliruan dalam sejarah kita.

Sejarah Myanmar, sebagai negara yang baru membangun kebanyakkannya menurut sahaja catatan sejarah kerabat raja Thailand. Malangnya rekod ini diolah dan direkodkan semula oleh Raja Chakri Sukhothai bermaksud chakri-bangsa, sukk-musuh, kho-puak, tai-kafir) sebaik sahaja mereka menawan Ayutthaya. Kita tahu Mongkut banyak berbaik dengan penjajah Inggeris, mengamalkan budaya mereka dan sudah pasti mereka memberi idea untuk mengubah rekod-rekod kerajaan Siam Islam yang telah dirampas di Ayutthia.

Menurut Prof Datuk Dr Siti Hawa Salleh sebagai ahli panel "Forum Sejarah Realiti Kedah" pada 13hb September 2006, masih terdapat banyak lagi manuskrip bertulisan jawi di simpan dalam bilik kebal Raja Thailand hari ini. Ini terbukti apabila pembuat filem sejarah Thailand perlu merujuk kepada mereka dahulu agar betul jalan cerita sejarah Siam dahulu dengan kehendak mereka (yang mengatakan bangsa Siam beragama Buddha). Dalam pada itu pun terlepas juga satu babak yang menunjukkan pembunuhan menggunakan keris, senjata tradisional orang-orang Melayu (sila rujuk the malay press).

Rekod palsu mereka mengatakan Bavainung sebagai lelaki adalah karut semata-mata. Jika Bavainung seorang lelaki, kenapa istananya di gelar “the Queens Palace” bukannya “the Kings Palace”? atau mungkinkah King Bavainung adalah merujuk kepada suaminya iaitu Mahathammaraja Zahiruddin Bahadur Syah itu sendiri? Jika kita lihat peta lama, pengaruh kerajaan Monggol India ini turut meliputi kawasan Ayodha di India menunjukkan bahawa ianya pada suatu ketika dahulu adalah dibawah satu pemerentah atau kerajaan Islam yang mungkin bersatu Kerajaan Islam Ayuthia di Siam.

Ada pula timbul catatan seperti diatas untuk kita renungkan kembali pada hari ini.

Dari segi bahasa pula, kami turut dimaklumkan oleh saudara Salmi yang pernah kesana bahawa sebutan maki hamun “..haram jadah” (dengan maaf) turut digunakan oleh mereka hingga ke hari ini. Itu baru satu contoh. Dengan itu, jika saudara/i kesana jangan main lepas cakap sahaja, manalah tahu buatnya difahami apa yang telah diperkatakan. Saudara Salmi juga sempat merakam gambar teratai pada hiasan dalaman istana monggol disana (gambar bawah).

Istana monggol...

diatas ruang imam masjid Xian...

....pada dinding

dan juga siling masjid Xian di China.

Kehebatan Gangga Nagara sebagai pusat perdagangan dirantau Nusantara bukanlah bermula dari zaman Nai Hisbu Muadzam Syah. Ia telah diasaskan oleh Tok Temeng sebelum tahun 1400 lagi namun banyak perkara mengenai undang-undang ketika itu tidak berapa jelas barangkali, lalu diperkemaskan (revised) secara berperingkat-peringkat.

Dengan sebab itulah ditambah undang-undang baru seperti keperluan khidmat jawatan Syahbandar yang menjaga pelabuhan di zaman Nai Hisbu Muadzam Syah (lengkapnya, Syed Hisbullah) kerana bertujuan untuk menimba pengalaman dan menyelaraskan undang-undang perkapalan dan pelabuhan dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang berada dibawah kerajaan Islam Monggol India. Pokoknya, undang-undang Kedah telah mula ditulis tahun 222 hijrah bersamaan dengan tahun 812 masihi dizaman Sayyidina Ali wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi raja di Acheh. Yang pasti, undang-undang lain seperti U-U Laut Melaka, U-U Belayar, U-U Perahu, Kanun Pahang, U-U Johor dll, ditulis kemudian.

Kehadiran kapal-kapal dari Gujerat dan Kalinga juga disebut beberapa kali dalam UUK menunjukkan betapa kuatnya pengaruh kerajaan Monggol India ketika itu. Pada masa yang sama Ayuthayya (bermaksud tempat bersemayamnya raja) juga menggunakan khidmat Syahbandar untuk menjaga pelabuhan. Ini sekali gus membuktikan peta ‘Empire of the Great Monggol’ dan peta Kerajaan Siam adalah releven dalam sejarah realiti yang kami tulis ini.


Di samping itu penemuan hikayat, syair dan penulisan Melayu klasik bertulisan jawi begitu jauh di sebuah pulau di Lautan India iaitu Pulau Sri langka (Ceylon) membuktikan bahawa Empayar Monggol dan Nusantara ini sering berkerjasama bukan sahaja dari aspek perdagangan malah kesusasteraan juga. Jumlah yang dijumpai di Jabatan Arkib Negara Sri Langka bukannya sedikit tapi melebihi 10 buah.

Jawatan Syahbandar bukanlah satu jawatan yang bersendiri malah memerlukan sokongan jawatan lain seperti Panglima Bandar Tengah, Pangima Negeri dan Panglima Kuala yang harus dihadapi oleh seorang nakhoda kapal yang ingin memasukki ke pelabuhan. Pada masa yang sama rekod juga disimpan untuk memastikan ketepatan pembayaran levy atau cukai pelabuhan. Jika sebuah Negara Islam menggunakan khidmat Syahbandar, apa hal pula dengan Ayuthia di Siam yang turut menggunakan khidmat jawatan yang sama.

Perdagangan di Beruas melibatkan banyak barangan dagangan seperti bijih timah, rempah ratus, pinggan mangkuk dll sekali gus membuktikan bukanlah Long Jaafar yang mula-mula menjumpai bijih timah di Perak, dalam daerah Larut. Sengaja diada-adakan cerita. Ia telah dilombong sejak zaman kerajaan Gangga Nagara lagi. Kota Beruas yang didirikan disitu dikenali sebagai Kota Kulit Kerang dengan ketinggian antara 7-8 kaki, panjang ¾ batu dan mengadap kearah Laut Selat Melaka.

Untuk kajian terperinchi sila saudara/i teliti kesan-kesan peningalan sejarah di Beruas dalam buku bertajuk Beruas Kerajaan Melayu Kuno di Perak karya Dr Othman Mohd Yatim dan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, terbitan Persatuan Muzium Malaysia.

1 comment:

Salmi said...

Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang dikatakan pernah menguasai Srilanka, tetapi apakah buktinya? Berdasarkan hikayat dan syair berbahasa Melayu seperti di atas membuktikan kehadiran Melayu Islam kerana ada kisah-kisah Nabi dan unsur dakwah. Srivijaya ini ada yang kata Hindu dan ada yang kata Buddha Mahayanna? Melayu Islam yang hebat menguasai nusantara zaman dahulu tentunya Siam sehingga nama-nama tempat pun banyak bahasa Siam.