Thursday, June 5, 2008

Surat dari Pejabat MB Kedah

Ramai berpendapat Nai Long Kasim akan mendiamkan diri dalam suasana kemelut politik yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Namun tidak begitu, beliau masih lagi berhubung dengan beberapa pihak untuk menuntut kembali hak-haknya.

Kami kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh beliau, tidak sepadan dengan usia beliau, tidak mengerti maksud keletihan. Pasal bercakap mengenai sejarah Kedah, udahlah lancar, ibarat peluru mesingan keluarnya. Apabila menziarahi mana-mana makam pun, beliau sendiri akan memandu Pajero milik nya dan menghulurkan sedekah yang kami kira agak berlebihan kepada penduduk tempatan untuk membersihkan makam-makam disitu. Begitulah sikap beliau.

Terkini, beliau menyediakan semula salinan bukti-bukti yang cukup lengkap lalu menulis kepada Menteri Besar Kedah yang baru. Beliau berkata sekiranya kerajaan BN yang memerentah dahulu membawa keluar kesemua surat-surat yang pernah dihantarnya, sudah pasti MB Kedah yang baru tidak tahu menahu mengenai tuntutan hak-haknya. Dengan itu, beliau berusaha menulis semula surat baru untuk MB Kedah.

Baru-baru ini beliau mendapat jawapan melalui satu salinan surat yang dialamatkan kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah oleh Setiausah Sulit Kanan Menteri Besar meminta persatuan tersebut untuk memberi penjelasan. Inilah kandungan suratnya.


Yang dituntut bukannya takhta Sultan Kedah sekarang tetapi takhta dan eset Sultan Jaafar Mad Azam Syah (1862-1876). Sila 'click' pada imej ini untuk dibesarkan.


Kami kira kerajaan PAS yang memerentah Kedah bertindak berani untuk mendapatkan penjelasan sejarah dari Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah berbanding kerajaan BN yang memerentah dahulu (akuan penerimaan surat pun tidak ada). Maklum sajalah, tuntutan Qutbah Wida. Tahniah dari kami.

Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

(Salam untuk Nana dari Swiss Inn, Pian U. Zahari dari KL, pengunjong terbaru blog ini)

16 comments:

Unknown said...

cari cerita SUROYOYHAI....cerita thai ada cerita sejarah

ongbak said...

Salam,
Setakat manakah tuntutan yg TNL Kassim mahu dapatkan? Jika dikaji oleh Sejarah mmglah besar empayar Islam Benua Siam dahulu, tetapi sebahagian telah dijajah oleh Sukhothai dan sebahagian lg di dalam Msia yg berpelembangan (raja berpelembagaan). Jadi dimanakah tahktha TNL Kassim jika mahu dituntut? Mahukah kerajaan skrg (yg amat puas hati sejak 50thn merdeka) mengiktiraf TNL Kassim sebagai waris mutlak? Apakah strategi-strategi untuk mendapatkan pengiktirafan ini? mahukah melalui mahkamah antarabangsa? Sebagai rakyat, kami kalau boleh tidak mahu pinggirkan waris Empayar Islam Benua Siam ini, dgn tapi keadaan geopolitik semasa, bagaimanakah pengiktirafan ini di reconized?

Unknown said...

dalam cerita suriyothai ada memasukkan unsur2 sejarah dari siam sudahkah saudara menonton cerita itu dan mungkin ada penjelasan untuk cerita itu.

anaianai said...

Salam Seljuks,

Saya ringkaskan ye...

SOALAN: Setakat manakah tuntutan yg TNL Kassim mahu dapatkan?
JAWAPAN:Tak pasti,yang mana yang masih tinggal lakot.

S Jika dikaji oleh Sejarah mmglah besar empayar Islam Benua Siam dahulu, tetapi sebahagian telah dijajah oleh Sukhothai dan sebahagian lg di dalam Msia yg berpelembangan (raja berpelembagaan). Jadi dimanakah tahktha TNL Kassim jika mahu dituntut?
J Mungkin Malaysia saja tapi pun kata beliau peliharalah rakyat Islam Patani, Yala Narathiwat dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand sebab banyak orang Melayu beragama Islam disana…masjid-masjid pun banyak.

S Mahukah kerajaan skrg (yg amat puas hati sejak 50thn merdeka) mengiktiraf TNL Kassim sebagai waris mutlak?
J Tak taulah pulak, kita sama-sama tengoklah setakat mana yang kata kita nie mengamalkan Islam.

S Apakah strategi-strategi untuk mendapatkan pengiktirafan ini?
J Blog ini juga kalau nak katakan strategi ok jugak kot, orang tua-tua mintak tolong, kami tolong lah. Maklumat banyak dapat daripada beliau pun meyuluh kembali jalan penyelidikkan kami yang hampir muram.

S mahukah melalui mahkamah antarabangsa?
J Perlu ke? kalau dalaman, tak perlu kot sampai tahap itu. Tu pun tak tahu la pula.

S Sebagai rakyat, kami kalau boleh tidak mahu pinggirkan waris Empayar Islam Benua Siam ini, dgn tapi keadaan geopolitik semasa, bagaimanakah pengiktirafan ini di reconized?

J Itulah…rakyat mahukan leader, simbol ketua agama yang ada pengaruh..ada roots…ada sejarah, ada hubungkait semua bangsa utama di Malaysia hari ini agar dapat menyatukan bukan memecah belahkan rakyat..tapi kita harus ingat ada juga orang yang tak nak, takut hilang kuasa dan pengaruh.

Susah juge nak cakap ye. Yang penting kita rujuk kepada yang empunya HAK sebab petunjuk dari Nya, jelas, disuruh tuntut kembali. Yang lain kata TNL Kasim kita duduk sama-sama, kita bincang buat keputusan la kot.

Pendapat saya raja-raja yang ada kekal, jawatan Yang Di pertuan Agong dirotate oleh raja-raja negeri, jawatan Syah Alam Yang Maha Mulia kekal. Ini konsep di Ayuthia @ Ayutthaya dahulu (bermaksud tempat bersemayam nya raja) Ataupun jawatan Syah Alam yang mulia adalah juga jawatan yang Di Pertuan Agong dan raja-raja negeri tidak di ‘rotate’kan. Ini pendapat sahaja.

Akan tetapi semua raja-raja negeri SUDAH MENGETAHUI TUNTUTAN TNL KASIM kerana beliau menghantar surat-surat, CD, print out dari buku sejarah, begitu juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Menteri-menteri Besar semua negeri dan Perdana Menteri sekarang ini.

Jangan pula mereka buat don’t know, takut azab dari Allah akan menimpa-nimpa. Sekarang kalau kita tengok kerajaan BN pun dah goyang dah lepas PRU12, tak macam dulu-dulu. Dari segi ilmu Agama Islam, gerak siapakah ini?

anaianai said...

berlegar...

Good info..nanti kami check. Terima Kasih banyak-banyak.

Unknown said...

terima kasih atas usaha keras saudara2 untuk membuat kajian tentang sejarah kedah.. sejak tahun lepas lagi sy xpenah miss baca semua posting2 baru dlm blog ni untuk kefahaman...dan jika diteliti semua maklumat dgn hati yang tidak bias rsnya semua orang boleh faham.. sy penat dok cari buku uuk mmg susah nak jumpa.. harap2 nanti ada stok utk sy teliti nanti.. harap kebenaran akan ditunjukkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa juga... yang sy geram tu kat satu mamat yadeh ni.. da la xfaham(atau buat2 xpaham) lagi mau bg orang sesat.. hangin sy satu badan.. lain orang ckap lagi mau putaq. kaki putaq alam rsnya.. sekian terima kasih pada saudara2 anai2..harap teruskan usaha murni ni.. rajin2 la update blog ni dgn info2 terbaru.. wassalam..

anaianai said...

Terima Kasih Khairul kerana mengunjongi blog kami…kami sibuk dengan benda-benda lain pasal tu tak posting tapi sibuk pun berkaitan dengan sejaah juge lah.

Pasal mamat tu kau jangan pedulikan dia sebab dia tu Siam Kafir Laknatullah, menyamar sebagai Melayu. Dia kata kita curi sejarah raja Thai padahal dia tak cermin muka dulu, sebenarnya raja thai yang curi sejarah Siam Islam, sebab tu kena rujuk arkib raja thai yang ada banyak lagi manuskrip tulisan jawi bila nak buat filem. Bangsa Thai wujud tahun bila, sedangkan bangsa Siam Islam wujud jauh lebih awal dari bangsa thai. Bukti pun ada. Kalau sejarah Siam Islam berkisar setakat di Ayuthia saja kenapa ada peta menunjukkan Siam jauh lebih besar sampai ke Pulau Jawa. Bukan peta lama pun, peta tahun 1700++ saja. Suruh dia tunjuk mana lagi makam 30 raja siam (kesemuanya 33) kalau ada di Thailand hari ini, yang ada pun 3 sahaja, tu pun sebab mangkat disana. Kenapa U-UK sebut adat Siam tapi dalam teks jawi, ada undang2 agama Islam pulak tu didalamnya? Orang macam tu memang tak ada prinsip, tak ada otak, kau cakap macamana pun tak jadi apa, tunggul bebal, suka cakap kotor dan penuh dengan maki hamun. Logik xade, fikir guna kepala lutut. Ajak berbincang tak mau. Kau biarkan je, nanti dia tahu la langit tinggi rendah, dia nak lari p tang mana, Malaysia ni pun bukan besag mana pun. Dia ingat dia hebatlah, megah, dia belum kenai lagi, tak pa. Jangan kata dia, Raja Bhumiphol Adulyadej pun dah panas, menggelupur duduk tak senang dah, inikan pula dia. Itulah mentaliti pekerja basuh kandang anjing kat kedai di Kampung Pandan tu, jaga pam minyak shell, buang masa je kau layan.

Allah masih ada, kau doakan saja, kebenaran tetap Allah tunjuk kejalan yang benar dan lurus. Wassalam kembali.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

ini info baru. sapa itu mamat yadeh kg. pandan? bole kasi terang sket?

Salmi said...

Suriyothai pernah disiarkan dalam Astro.Memang saya tengok kesemuanya tapi ini ikut versi mereka.Kononnya dipertengahan ada percubaan anasir Dinasti Toung Oo diketuai seorang perempuan cuba menggulingkan Dinasti Chakri tapi gagal.Ada ditunjukkan hukuman bunuh adat raja Thai yang sangat kejam bila raja kanak-kanak dipukul dengan belantan dari belakang setelah kepala disarung kain warna gelap.SiAlgojo menari-nari ikut muzik tradisional sebelum dilaksanakan, semua di tonton oleh raja baru yang merampas kuasa (beliau bukan anak gahara).

anaianai said...

TMP,
sorilah, bos kami kata cukup, so terpaksa akurlah.

anaianai said...

Bagus ceriter tu. Pengeluar filem mereka banyak menghasilkan filem yang bermutu akhir-akhir ini. Jalan cerita versi merekalah tapi itu bukan objektif kita tengok cerite itu pun. Tetapi kita perlu tengok juga sebagai satu pendedahan.

Pasal kaedah pembunuhan ini kami ada terbaca juga, catatan penjajah Inggeris, teknik yang sama juge digunakan oleh Aluangphaya di Burma. Kalau digambarkan sebegitu memang betullah seperti catatan sejarah.

Bercakap pasal pendedahan ini, kita perlu pergi tengok sendiri suasana kehidupan disana. Mereka, kami kira dari rakyat biasa, polis, kastam dan imigresen sangat ramah dan mesra (sebelah pantai barat la kot, sebelah Yala, Narathiwat dan Patani buat masa kini, elok elakkanlah pergi).

Nak singgah sembahyang masjid pun banyak terutama sekali di Phattalung, Trang, Krabi dan Hatyai, tapi kena carilah. Di Padang Besar sebelah Satun lagilah ramai orang melayu.

Di Phuket bersebelahan sebuah hotel di Patong Beach ada kawasan pemakaman Islam yang besar, seluas padang bola, batu nisan seperti mana di Malaysia, ia terletak ditepi jalan namun ditutup dengan dinding yang tinggi.

Ada juge rakan kami yang memandu terus hingga ke Chiengmai. Jalan pun elok, double lane, tanpa TOL sehingga ke Bangkok. Dia bawa famili lagi. Hotel baru RM60 sudah cukup elok dah deco nya.

Kata rakan kami ini lagi, jauh perjalanan luas pengalaman.

Islam In Us said...

Assalamualaikum,

Apa pendapat tuan?: Sheik Wan Mohd Syaghir tulis yg baik2 pasal Sultan/Tgku Mohd Jiwa, berkawan dgn Sh Jalil Mahdani bapa kpd Sh Abd Samad Palembang?

anaianai said...

Tulis yang baik-baik? kami tak ada masalah. bukan kah dia Perdana Menteri kedah ketika itu bergelar Paduka Seri bongsu? Dia juga adik ipar Syarif yang Di Pertuan. Cuma konflik bermula apabila Sultan Abdullah, anak gundik Sultan Mohammad Jiwa menggadai Pulau Pinang kepada Francis light tanpa kebenaran Syarif.

Islam In Us said...

OK. Kalau takda kontroversi bagus la:

http://muhammadjiwa.blogspot.com/

saya tak pandai sangat, cuma promote ulama zaman dulu.

wassalamualaikum - islaminus

jazlianet said...

setahu saya pada 1854-1879 kedah diperintah oleh H.R.H Al-Azizzu ul-Mulk al-Qadir al-Ghalib Ghahr al Maghlub, us- Sultan Khalifatu'llah 'Ala Da'irah Kedah, Paduka Sri Sultan Ahmad Taj ud-din III al-Mukarram Shah ibni Al-Marhum Sultan Zain-al Rashid al-Muazzam shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kedah Dar ul-Aman.

yang menjadi mushkil tiada terjumpa pun satu bahan bacaan yang menyatakan pada 1862-1876 kedah diperintah oleh almarhum sultan jaafar mad azam syah.

pada hemat saya, adakah masih wujud lagi aset almarhum sultan jaafar?

tiffalia said...

Assalamualaikum, dedahkan lah sbb rakyat pun nk tahu jugak sejarah yang tersembunyi sebelum ini