Thursday, November 29, 2007

Kenapa Hikayat Merong Maha Wangsa di bakar?

Didalam naskah Hikayat Merong Mahawangsa ada tercatat bahawa negeri Siam Lancang dibuka oleh Podiset Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir, (lihat dibawah blog ini) iaitu anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang beragama Islam. Sekaligus ia menafikan bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa Thai hari ini kerana terdapat ke dua bangsa ini bertutur dalam dua bahasa yang berbeza. Pendek kata, jika Bahasa menunjukkan bangsa, orang-orang Siam beragama Islam sementara orang-orang thai (dari puak Sukuthai) pula beragama Buddha.

Dalam tahun 1767, ibu negeri Benua Siam Islam Ayuthia telah ditawan puak musuh yang beragama Buddha. Raja atau pemerentah mereka, Rama I adalah dari bangsa Sukuthai yang beragama Buddha. Ini berbeza dengan situasi sebelumnya dimana Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam yang diperentah oleh raja-raja Siam Islam. Ini yang disembunyikan oleh sejarah menyebabkan sejarah negara kita dan sejarah orang-orang Melayu dari rumpun Siam menjadi tidak tepat.

Hari ini kita dapati sejarah menjadi kucar-kacir apabila orang-orang Thai di Thailand pula mengakui mereka adalah orang Siam padahal raja mereka adalah dari bangsa Sukuthai yang menjajah negeri Siam bermula dari Rama I Yotfa Chulalok. Memang asalnya mereka orang Siam, rakyat negara Siam tetapi hari ini mereka dijajah oleh Raja Rama Thai, bukan Raja Siam yang beragama Islam seperti dizaman Ayuthia. Dengan sebab itu, apabila penguasaan mereka telah menyeluruh, mereka menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama suku kaum mereka.

Sekiranya diberi peluang, entah-entah, seluruh semananjong ingin di taikan oleh mereka. Langkah Inggeris menukar nama Semenanjong Malaka (jajahan Siam Islam) kepada Semenanjong Tanah Melayu adalah bagi menghentikan kemaraan ini dan menjaga kepentingan ekonomi mereka seperti bijih timah, ladang getah, lombong emas dll. Ada kemungkinan apabila Raja Thai berkuasa di Ayuthia, kemudiannya Bangkok mereka berhak kepada keseluruhan wilayah yang dulu berada dibawah Benua Siam Islam. Mereka lupa tentang perbezaan agama itu.

Kesemua maklumat-maklumat ini jika dianalisa dengan teliti ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur dalam tahun 2005, selenggaraan Mariyam Salim. Undang-Undang Kedah merupakan manuskrip asal perlembagaan Benua Siam Islam Kedah. Ia mula ditulis berperingkat-peringkat semenjak tahun 222 Hijrah bersamaan tahun 812 masihi. Buku tersebut mula ditulis di zaman Saidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir (anakanda Podiset) berkerajaan di Acheh Darul Salam. Sebagai sebuah perlembagaan negara ia pasti di buat ‘amendment’, mengikut kehendak dan keperluan dari masa ke semasa.

Teks asal tulisan jawi Undang Undang Kedah ini telah tersimpan sekian lama di perpustakaan ‘School Of Oriental And African Studies (SOAS) London’, nombor rujukan MS 40329 dalam bentuk microfilm dan ia telah dibawa balik ke Malaysia untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

6 comments:

pongkodan said...

Salam,

kalau dapat ditunjukkan terbitan dari teks asal pun sangatlah di hargai.

anaianai said...

Akan saya usahakan
Terima kasih

IzuanIzani said...

saya amat menyokong...

HaRRiS said...

aku pelik..kenapa kita tak boleh terima nenek moyang kita dulu beragama hindu-buddha,sebelum kedatangan islam.merong maha wangsa asalnya agama hindu,memeluk islam Sultan Mudzafar Shah.come on laa terbuka laa sikit,orang arab sendiri boleh terima nenekmoyang mereka jahilliah dulu.

anaianai said...

kau nk mengaku go ahead laa...nenek moyang kite orang yg bertamaddun sejak zaman Raja iskandar Zulkarnain ni tak mcm gitu.

serindit said...

Assalamualaikum...pembuka kata.. sungguh mengkagumkan apa yang diperkata.. walaupun belum kesemuanya dapat aku teroka.. namun usaha saudara amat membuka mata.. yang sebelumnya kita hanya menerima apa yang ingin dipercaya dan menidakkan apa yang terbenam bersama masa.. teringat saya kisah yang terjadi di benua cina.. yang difilemkan.. malangnya aku terlupa apa pula tajuknya.. kisahnya berkisar seorang maharaja yang mahu menyatukan seluruh bangsa cina dalam apa segi adanya.. takala budaya dan bahasa.. maka dititah seorang penyajak agungnya mengaturkan kata dan nada agar menjadi satu alunan untuk seluruh bangsa dalam satu irama.. sang pencipta irama pula agak tidak keruan dalam terpaksa kerana jika tidak diturut maka setiap hari akan terkorbanlah jiwa dan raga setiap orang salah sehingga merahnya sungai yang mengalir gagah.. dipendekkan cerita.. setelah siap nada dan irama maka dipersembahkan pada maharaja namun sang pencipta yang mendekati maharaja bukannya berniat mengalunkan lagu merdu buat santapan halwa telinga sang maharaja.. akan tetapi beliau bertindak memukul kepala maharaja dengan alatan muzikanya.. sang pencipta dengan bangga berkata.. "Hari ini akan tertulis di dalam sejarah negara.. aku telah memukul kepala seorang maharaja".. akan tetapi sang maharaja pula tersenyum dan dengan nada angkuh bertitah.. "Sejarah tidak akan tertulis sebegitu rupa kerana akulah yang menulis sejarahnya.."
dan kesimpulannya.. itulah yang kita percaya.. bukan percaya ceritanya akan tetapi percaya apa yang ditulisnya.. kebenarannya..? Biar masa yang menentukannya.. mungkin juga tidak terungkap sampai bila-bila jika kita masih terus percaya apa yang ingin kita percaya.. teruskan usaha saudara.. menggali apa yang terpendam untuk menambah ilmu di dada.. percayalah apa yang ingin dipercaya.. dengan segala kudrat yang ada.. dan buat aril si si joker adanya.. andalah sepatutnya yang terbuka mindanya.. di luar sana masih banyak yang terpendam dan tertimbus bersama masa.. galilah.. carilah.. untuk kita sama-sama cari kebenarannya.. bukan sekadar menelan sebulat suara.. dibimbangi kita akan tercekik dengan apa yang kita terus percaya.. bak kata sang joker.. "Why so serious..?" akhir kata.. semoga aman dan sejahtera..
Wassalam...