Thursday, October 4, 2007

SALASILAH MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM AYUTHIA, NAGARA KEDAH PASAI MA

Berikut adalah salasilah Maharaja Benua Islam Siam Ayuthia, Nagara Kedah Pasai Ma yang disimpan oleh waris dan keluarga Sultan Jaafar Muadzam Syah. Salasilah TERPERINCHI ini dimulakan dari Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah yang bergelar Parameswara Melaka membawa kepada Tuanku Nai Long Kasim. Kami harap dengan adanya salasilah ini akan terjawablah banyak persoalan dalam sejarah bangsa Melayu hari ini.
Salasilah asal bertulisan jawi, jadi kenalah kami tulis semula dan sedikit sahaja penambahan maklumat untuk meningkatkan kefahaman pembaca di blog ini. Lagi pun tidak ramai yang boleh membaca tulisan jawi dewasa ini. Pada masa yang sama kami turut menjadikan buku Undang-Undang Kedah sebagai rujukkan utama. Gambar salasilah yang lebih besar terdapat dibawah artikel blog ini. Di persilakan download untuk kajian dan perbandingan (cross reference) dengan catatan sejarah sedia ada. Sama-sama kita ikuti,


Bermula dari Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah membawa kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Makan Sultan Muhiyuddin Mansor Syah terletak di Pulau Langkawi namun catitan pada papan kenyataannya menyatakan ia makam purba yang tidak diketahui siapa dan mungkin seorang wanita berketurunan Acheh. Makam Puteri Hang Li Po terletak di lokasi yang sama namun telah dicabut batu nesannya.
Istana baginda telah dimusnahkan oleh tentera Burma sewaktu mereka menyerang Pulau Langkawi. Namun begitu nama baginda dengan gelaran yang lengkap, Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Muhiyuddin Mansor Syah bersemayam di Kota Palas Pulau Langkawi ada tercatit dalam buku Undang -Undang Kedah. Ibarat sebilah Keris Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah, Ulu Melaka (nama tempat) terletak di Pulau Langkawi sementara hilirnya, terletak di Bandar Hilir, Melaka.


Dari Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan yang Maha Mulia Nagara Kedah membawa kepada Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Syed Alang Alauddin adalah Maharaja dan juga Panglima Perang Kerajaan Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma. Semasa menjadi Raja Songkhala beliau adalah juga Cau Pija yang bermaksud, Timbalan Maharaja dan dikatakan pernah menjadi orang besar 8 di Perak. Orang Besar 4 dipegang pula oleh bapa saudaranya (4 orang Megat bersaudara). Perlu dingat gelaran bahasa Siam Islam ialah Cau Pija sementara bahasa thai yang menjajah negeri Siam Islam menggunakan gelaran Chau Phraya.


Dari Sultan Jaafar Madazam Syah membawa kepada Tuanku Nai Long Kasim. Semasa menjadi Raja Larut, baginda Sultan Jaafar Madazam Syah bergelar Long Jaafar. Raja yang memerentah daerah dizaman dahulu digelar Penghulu. Tetapi kita perlu ingat bahawa baginda adalah juga Cau Pija semasa ayahandanya Syed Alang Alauddin menjadi Maharaja Benua Siam Islam Nagara Kedah (1825-1862). Contoh yang paling mudah ialah Raja Perlis yang pertama digelar Penghulu Arau. TNL Kassim pula adalah waris mutlak dan merupakan generasi ke 4 Sultan Jaafar Madazam Syah. Beliau pernah menjadi usahawan yang berjaya. Perniagaannya masih lagi diusahakan oleh pembantunya. Sekarang beliau banyak berehat (pencen) dan menumpukan perhatian kepada sejarah Kedah yang cuba dilupuskan.

PS : Kami menerima e mail dari saudara Firdaus yang mengatakan bahawa Tunku Nur Aisyah Mahin Intiral @ Bavainaung, pemerentah Burma itu King bukannya Queen. Wasiat diatas pula mengatakan Queen. Terima kasih kami ucapkan kerana mengingatkan kami. Akan tetapi sekiranya baginda ini King kenapakah istana miliknya di Mandalay itu, yang masih ada berdiri kukuh hingga kini dinamakan "The Queens Palace" bukannya, "The Kings Palace"? Ini adalah catatan Winstedt, bukan dari kami. Harap maklum.

Ini gambarnya, "Queens Palace" atau "The Queens Golden Monastery" dari buku "A History of South East Asia", Winstedt.

Dan ini gambar terbaru, diperbuat keseluruhannya dari kayu.

3 comments:

syamsul anuar ismail said...

skdr utk makluman, baru2 ini saya berkesempatan ke library um & mencari tesis bertajuk "ngah ibrahim in larut, 1858-1874" oleh wee choon siang yg ditulis pd 1952. tesis ini telah digunakan olh kerajaan malaysia utk mengenalpasti lokasi makam ngah ibrahim & singapura.

apa yg menarik perhatian saya, dalam tesis ini turut dicatat jurai keturunan long jaafar. spt mana yg anai2 nukilkan dlm artikel di atas, saya juga turut menjumpai maklumat mengenai keturunan long jaafar melalui perkahwinannnya dgn ngah pura @ ngah sapura.

ngah pura merupakan cucu kpd panglima kinta. jawatan orang kaya panglima kinta seri amar bangsa diraja & merupakan orang besar lapan kesultanan perak.

dalam jurai keturunan tersebut dicatat bahawa ngah pura mempunyai 3 orang anak iaitu kulop sulaiman (raja sulaiman), ngah ibrahim (raja ngah ibrahim) dan alang sapiah (puteri alang sofiah).

sedikit sbyk menunjukkn salasilah long jaafar melalui perkahwinan dgn ngah pura adalah benar & dpt disokong melalui penemuaan tesis tersebut.

sungguhpun begitu juraian keturunan long jaafar ini diperolehi oleh Wee Choon Siang melalui sumber ke 2 iaitu R.O winstedt. justeru tidaklah menghairankan apabila dlm tesis tersebut long jaafar di'bin'kan kpd tuk paduka setia long abdul latif & bukannya kpd syed alang alaudin.

anaianai said...

Kalau begitu, banyak fakta lah yang ada betulnya. Saya ada dimaklumkan mengenai tesis tersebut tetapi tidak merujuk kepadanya sepenuhnya kerana beberapa fakta adalah bercanggah.

Sekiranya Wee Choon Siang merujuk kepada Winstedt bermakna sudah pasti ada pindaan yang dibuat lebih awal terutama sekali berkenaan siapa ayahanda Long Jaafar itu. Takanlah saudara mara baginda di Kedah tidak mengetahui salasilah mereka kerana ini bukan cerita seribu tahun yang lalu, baru 131 tahun sahaja. Jangka hayat orang kampung pula lama, lebih 70 tahun baru meninggal dunia dan mereka sempat menurunkan pengetahuannya kepada waris terdekat.

Menurut Datuk Dr Siti Hawa Salleh tidak ada satu pun buku sejarah yang tidak melalui meja Winstedt untuk dicetak dan diluluskan untuk penerbitan.

Terima kasih diatas usaha anda.

Koboi BM said...

Tentng adik Cheng Ho -Dalam sejarah Melayu Kota Deli ada mengatakan kakak Puteri Lindungan Bulan bernama Puteri Hijau di kahwinkan dengan anak Sultan Deli Medan. Anaianai kena check dalam cerita Puteri Hijau versi Kota DELI. Tq