Sunday, October 7, 2007

Salasilah Sultan Muhammad I Kelantan

NOTA : KMB 1821-Korban Musuh Bisik 1821

1.Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin, Perdana Menteri Benua Islam Siam Negara Kedah berkahwin dengan Nang Che Puan (Phumintharaja) Paduka Seri Bongsu. Nang Che Puan adalah adinda kepada Syarif Yang Di Pertuan, Benua Islam Siam, Negara Kedah.
1.1. Tengku Long Putera
1.2. Tengku Anjang Johan menjadi Raja Ranong.
(Ralat pada salasilah, Tengku Puteri Dayang adalah anakanda Tengku Long Putera.)

2. Tengku Long Putera bergelar Laksemana Datu menjadi Raja Legeh, KMB1821
2.1.Isteri pertama dari Puteri Acheh
2.1.1. Tengku Long Taha menjadi Raja Legeh (menggantikan ayahanda), KMB1821
2.1.2. Tengku Puteri Dayang berkahwin dengan Raden Megat Mad ibni Raden Megat Tam Tunggal (KMB1821, lihat rakaman video diatas) ibni Sultan Idris Jammu Patani ibni Sultan Zainal Abidin Jammu Patani ibni Sultan Salehuddin Jammu Patani ibni Pateh (Pak Teh) Siam ibni Sultan Muzaffar (Uthompon) ibni Sultan Ismail Jammu Patani (berkahwin dengan Nang Che Yam). Baginda berdua bersemayam di Istana Tanjong Puteri sebagai Raja Kuala Ketil, Kedah.
2.1.3. Nong Chik menjadi Raja Bang Nara (Narathiwat)

2.2. Isteri Kedua dari Puteri Brunai
2.2.1. Tunku Ali menjadi Raja Mindanao, KMB1821
2.2.2. Tunku @ Koya Abu menjadi Raja Sulu, KMB1821
Kapal laut tentera kedua beradik ini masih ada terbenam di dalam kawasan sawah padi di Pendang. Mereka datang menentang tentera Thai dan Burma dalam tahun 1843.

3. Tengku Long Taha
3.1. Tunku Mohammad Chan, berkahwin dengan Puteri Raja China Islam Manchu (adik) sementara kakak kepada Puteri Raja Cina Manchu ini dikahwinkan pula dengan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang. Pertalian darah inilah yang menyebabkan Maharaja China menghantar seramai 36,000 bala tenteranya (berkelamin) ke Kedah untuk menentang tentera Thai dan Burma. Dari segi sejarah, Kedah dapat bertahan dari tahun 1825-1876 kerana bantuan ini.

Dalam lain perkataan, Long Jaafar atau Sultan Jaafar adalah juga cucu kepada Maharaja China Manchu yang beragama Islam. Tidak hairanlah baginda pernah membawa masuk pekerja lombong bijih beragama Islam (khaek)berketurunan China yang mempunyai pengalaman melombong bijih. Kekalahan Kedah dalam tahun 1876 adalah disebabkan pembunuhan Sultan Jaafar secara mengejut akibat tipu helah penjajah dan sekutunya lantas menghapuskan waris Maharaja Benua Siam Islam ketika itu (sangkaan mereka).
3.2. Tunku Yaacob
3.3. Tunku Asiah

4.Tunku Mohammad Chan (hanya 9 dari 13 diketahui)
4.1. Tengku Nik Haji Osman
4.2. Tengku Nik Haji Muhammadiah @ Nik Diah @ Keramat Tok Lebai (Tak Bai)
4.3. Tunku Nik Haji Ismail
4.4. Tunku Nik Haji Yaacob
4.5. Tunku Nik Dini
4.6. Tunku Nik Dinai berkahwin dgn Tengku Long Abu Toha, adinda Sultan Jaafar membawa kepada Salasilah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia yang ke V.
4.7. Tunku Nik Asiah
4.8. Tunku Nik Siti Hawa (puteri bongsu) berkahwin dengan Raja Ibrahim ibni Sultan Ismail Kinta ibni Syed Mohammad Hatta ibni Sultan Mudzaffar Syah III ibni Syarif yang Di Pertuan, Maharaja Benua Islam Siam Negara Kedah.

5. Nik Muhammadiah bergelar Sultan Muhammad I Kelantan, berkahwin dengan permaisurinya, Datuk Nai (Syarifah) Maryam ibni Syed Sheikh Abdul Latif. Di usir dari Legeh/Kelantan sewaktu serangan tentera Thai. Terdahulu anak angkatnya yang ditugaskan membuat bunga mas untuk dihantar kepada Syarif Yang Di Pertuan, Maharaja Benua Islam Siam Kedah yang bersemayam di Istana Kota Meang Kuang telah berpaling tadah lalu menghantar bunga Mas yang disiapkan kepada Maharaja Thai di Bangkok dan melafazkan tanda taat setianya. Dia kemudiannya dilantik sebagai pemerentah oleh Raja Thai bergelar Sultan Muhammad II, lalu membawa tentera Thai menyerang Patani dan Legeh.
5.1. Tunku Nik Haji Omar
5.2. Tunku Nik Haji Saad.
5.3. Tunku Isau (berkahwin dengan Tunku Nai Long Haji Yassin, rujuk catatan di bawah artikel ini)

6. Tunku Nik Haji Omar
6.1. Tunku Nik Haji Hassan .

7. Tunku Nik Haji Hassan berkahwin dengan cucu Sultan Jaafar @ Long Jaafar
7.1.Tunku Nik Haji Saad
7.2.Tunku Nik Putih, berkahwin dengan Tuanku Nai Long Mahmud.

8. Tunku Nik Haji Saad
8.1. Tengku Nik Haji Bahadur Syah
WARIS MUTLAK SULTAN MUHAMMAD I KELANTAN
.
8.2.Tengku Nik Hajjah Rokiah

CATATAN :
1.Tunku Isau, dikahwinkan dengan Tuanku Nai Long Haji Yassin ibni Sultan Jaafar Muadzam Syah
1.1 Tuanku Nai Long Mahmud
1.2 Tuanku Nai Long Haji Yassin dikahwin dengan Nai Sepora dari waris datuk Nai Inderajaya, Penghulu Balai Besar.

2. Tuanku Nai Long Mahmud dikahwinkan dengan Tunku Nik Putih
2.1 Tuanku Nai Long Ahmad
2.2 Tuanku Nai Long Muhammadan
2.3 Tuanku Nai Long Zain

3. Tuanku Nai Long Ahmad dikahwinkan dengan Tunku Nai Long Bashah binti Nai Long Saman ibni Sultan Muhammad Yusuf Al Mahadi (Sultan Riau Lingga) ibni Sultan Ali Riau Lingga @ Long Ena ibni Sultan Muzaffar Syah III @ Raja Kemboja ibni Syarif Yang Di Pertuan, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah.
3.1 Tuanku Nai Siti Dermawan
3.2 Tuanku Nai Long Kasim
WARIS MUTLAK MAHARAJA BENUA ISLAM SIAM NAGARA KEDAH

No comments: