(telah diedit semula dengan maklumat tambahan)
Serangan, penjajahan dan kekejaman tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai dengan bantuan tentera Burma sewaktu menyerang negeri-negeri Benua Islam Siam Kedah pada tahun Musuh Bisik 1821, masih lagi segar dalam ingatan ramai penduduk-penduduk dari keturunan Melayu di negeri Kedah hari ini. Walaupun cerita ini cuba dipadamkan dari rekod sejarah bangsa ia telah diperturunkan agar dapat dijadikan tauladan dimasa hadapan atau direkodkan semula seperti yang tertulis di blog ini.
Kekacauan dan peperangan di Kedah ini tidak diingati oleh generasi tua di negeri tengah dan selatan semenanjong kerana ia tidak sampai berlaku ke sana. Lagipun mereka telah pun selesa berada dibawah negeri-negeri selat. Ini menyebabkan sejarawan kita merujuk kapada bahasa Jawa dll dalam menkaji sejarah tanah air. Oleh kerana tidak tahu, generasi kita di sana beranggapan bahawa orang-orang siam adalah juga orang-orang thai. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana kemelut sejarah sebegini sememangnya telah dirancang sejak mula lagi oleh penjajah.
Tidak begitu tanggapan di negeri Kedah dimana generasinya masih ingat apa yang sebenarnya berlaku dizaman dahulu. Sejarah yang ditulis bukanlah sejarah realiti kerana ia ditulis seolah-olah orang Siam Islam yang tinggal dinegeri Kedah dan orang-orang thai adalah kaum yang sama, padahal tidak begitu. Orang-orang Siam Islam hari ini menjadi orang Melayu Kedah sementara orang Thai berasal dari puak Sukhothai. Mereka menawan negeri Siam Islam dalam tahun 1767 sahaja. Sejarah Kedah ditulis tunggang terbalik dengan tidak dapat membezakan tentera Siam Islam yang syahid mempertahankan negara Kedah, tentera thai dan tentera Burma yang bergabung menyerang Kedah. Contohnya, boleh kita lihat dalam buku "Kedah Sepintas lalu" pada muka surat 68 hingga muka surat 90 (mungkin kerana mereka tiada uniform di zaman itu). Sedangkan dalam blog penulisan sejarah Sabri Zain, ada ditunjukkan gambar tentera Burma yang berjaya ditangkap oleh tentera Kedah.
Banyak kekeliruan yang berlaku dalam pemerhatian kami. Jika kita fikirkan, siapakah yang memimpin tentera Benua Siam Islam Kedah kalau bukan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang menjadi Maharaja dari tahun 1821-1862. Sebelum pada tarikh itu baginda menjadi Raja Singghora dan mempunyai satu lagi jawatan iaitu sebagai Timbalan Maharaja, Benua Islam Siam Kedah dan baginda turut terlibat dalam peperangan dengan tentera thai dan tentera Burma (Biasalah tu, sekarang pun Perdana Menteri kita mempunyai 2 portfolio/jawatan). Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang dikatakan Sultan Kedah (padahal Raja Pulau Pinang) ketika itu sedang makan angin di Melaka. Tak patut kalau kita katakan peperangan besar yang berlaku ketika itu tidak ada pemimpinnya untuk menjalankan strategi peperangan. Bagaimana pula kita nak membuktikan orang Melayu di Kedah dan ditempat lain adalah pada asalnya orang-orang siam Islam(campuran orang china Islam dan penduduk tempatan)?
1-Bahasa yang digunakan oleh penduduk Melayu hari ini dikampung-kampung di Kedah, yang mana mereka ini terdiri dari Pak Haji dan Pak Lebai adalah bahasa Siam, bukannya bahasa Thai. Bahasa dan keturunan mereka ini hingga meliputi seluruh Semenanjong Tanah Melayu atau dulunya di panggil Melaka. Ma-la-ka bermaksud ,marilah niaga. Catatan Maharaja Ming pada awal abad ke 15 mengatakan bahawa Malaka adalah dibawah wilayah Siam bermaksud Semenanjong Tanah Melayu bukannya Melaka yang kecil seperti hari ini. Dalam peta lama, Semenanjong Tanah Melayu turut dikenali sebagai Melaka. Bahasa Melayu tetap ada sebagai lingua franca Nusantara dan sebab itulah kitab agama Islam, Syair, cerita rakyat, Hikayat ditulis dalam bahasa Melayu agar difahami oleh semua rumpun yang mempunyai bahasa daerah masing-masing.
2-Dari segi kebudayaan dan permainan tradisional, Wayang Kulit, Menora, Mak Yong , Main Puteri, Sepak Takraw , Wau, Gasing, adalah kebudayaan yang sama dengan penduduk di Thailand hari ini.
Makara Naga pada alat gamelan dari Indonesia menunjukkan pengaruh Mahraja China turut sampai kesana kerana ia turut dimainkan pada majlis raja-raja.
3-Dalam buku Undang Undang Kedah, disebut bahawa adat Siam adalah adalah adat raja-raja Melayu seperti berpayong kuning, berpakaian kuning,dll. Perlu diingat bahawa kuning adalah juga warna Maharaja China. Lagu Melayu seperti lancang Kuning adalah Bahtera Di Raja, Perahu Naga di Pantai Timor, Logo Kesultanan Langkat dan Siak turut mempunyai simbol Naga, makara yang dijumpai di Sungai Mas, simbol naga di Istana Jugra, malah perkataan naga itu sendiri membuktikan bahawa Raja Merong Mahawangsa adalah Putera Raja China yang datang berkerajaan disini, sementara anaknya Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir membuka negeri Siam Lancang. Dimanakah terletaknya negeri Siam Lancang ini?,sila lihat peta lama kerana ia berada di sebelah kanan, atas Kota bangkok. Begitulah luas nya negeri Siam Islam ini hingga ke Hujung Tanah (Johor).(Rujuk catitan china dalam"Mainland Powers On The Malay Peninsular AD 1000-1511",David K Wyatt and J.S Bastin.
Gambar Perahu Naga dari negeri di Pantai Timor semenanjong iaitu Kelantan dan Trengganu menunjukkan bahawa pengaruh Raja Merong Mahawangsa dan Raja Mandalika turut sampai ke sana.
Baju atau jubah Maharaja China berwarna kuning dan mempunyai simbol naga di bahagian hadapannya.
Masjid Tan Hock Liang di Indonesia adalah senibina orang-orang China Islam masa kini.
Masjid Inderapuri di Acheh adalah senibina China dizaman dahulu.
Senibina China dalam pembinaan masjid jelas dapat dilihat pada Masjid Tanquerah di Melaka.
Sudah pasti Masjid Kampung Laut di Kelantan yang dibina oleh orang-orang Islam dari Kemboja Cempakasari turut mempunyai senibina yang sama.
4-Nama tempat-tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam (bukan bahasa thai) yang boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu (Tunggu penerbitan kamus dari kami dalam sedikit masa lagi).
5-Adat dan pantang larang seperti membasuh kaki sebelum tidor, pantang memegang kepala, hantar sirih pinang sewaktu meminang adalah adat orang-orang Siam Islam yang beragama Islam.
Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767. Aluangphaya ini dikatakan berasal dari Burma. Akan tetapi janganlah kita lupa, mereka bukan berasal dari Burma kerana mereka telah menawan Kerajaan Islam Toung Oo, Burma dalam tahun 1757/8 dan mula bertapak disana, dengan itulah mereka dikatakan berasal dari Burma dan menyerang Ayuthia pada tahun 1767. Bagaimana boleh mereka berasal dari sana kalau kerajaan Toung Oo Islam masih berkerajaan sebelum pada itu. Baca perjanjian mereka dengan penjajah Inggeris terutama sekali perkara 6, 8 dan 9 disini,
http://web.soas.ac.uk/burma/pdf/Treaty1.pdf
Luang Phrabang di Utara sebelah kanan dalam wilayah Laos. Ayuthia terletak di atas Bangkok sebelum tulisan Thailand.
Sebelum menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma, mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang Chieng Mai namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana termasuk orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China Islam. Hari ini pun masih terdapat ramai orang Islam di Chieng Mai yang bertutur Bahasa Melayu tetapi berkulit cerah dan wajah mereka seperti orang China. Kami tidak tahu situasi di negeri lain akan tetapi di Kedah mereka datang untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mencari rezeki dan daripada merekalah kami turut mendapat banyak maklumat.
Mengapakah mereka menyerang kerajaan Islam Toung Oo (di Burma) dalam tahun 1757/8? Faktor pertama, serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi (rujuk Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan agama dan faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan perdagangan yang lumayan.
Di Burma ketika itu anakandanya, Sharif Yang Di Pertuan masih muda dan baginda memerentah di Toung Oo dan disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari bahasa Arab bermaksud, ‘raja dari berlainan darah’. Apakah yang dimaksudkan dengan berlainan darah ini? Maksudnya bonda kepada baginda Syarif ialah Puteri Hang Li Po (berketurunan China Islam), permaisuri kepada ayahandanya, Boromokot @ Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Berikutan serangan itu Mahadammayaza berundur ke Ayuthia dan di sana baginda digelar sebagai Boromoraja Ekataat V.
General tentera Ayutthaya yang berpaling tadah kepada pihak musuh bernama Hussein (dikatakan murtad) telah dilantik oleh mereka menjadi pemerentah Ayuthia bergelar Phya Tak Sin pada 28 Dis 1767. 'Phaya Tak' adalah gelaran sahaja semasa menjadi raja daerah dan Sin adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama penuh Mokhtar Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin tidak menyerang Ligor kerana tahu mantan Maharaja Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan tahun 1767 dan masih bersemayam di Ligor.
Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin telah menghadapi masalah yang sama dengan maharajanya dahulu apabila beliau sendiri digulingkan oleh Generalnya, Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak Sin (melutut, kepala dibungkus dan belakang kepala dipukul dengan kayu) dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I, sudah pasti dengan restu Burma .
Dari tarikh tersebut bermula usaha mereka untuk meluaskan kawasan, dan mengambil kembali kawasan jajahan Siam yang telah hilang. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam Islam lantas menutup ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa semasa jajahan Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja dinasti Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot yang tamak. Jika dizaman dahulu tidak hairanlah dikatakan Hamzah Fansuri pun pernah pergi menuntut ilmu agama Islam di Ayuthia kerana Ayuthia ialah sebuah negara Islam. Kedatangan pedagang-pedagang dari Parsi dengan begitu banyak sekali untuk berdagang dan terus menetap disana adalah diatas faktor keagamaan juga.
Apabila Rama I mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang Di Pertuan telah kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang yang baru saja siap dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas dan besar kawasannya, bermula dari Segenting Kra dan diperentah oleh Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam. Baginda adalah juga Mahadammayaza dan Boromoraja Ekataat V, semua ini bergantong kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana sejarah itu ditulis. Bukti status baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka surat 43, Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005, Transliterasi Teks Penyenggara Mariyam Salim.
Pada tahun 1812, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (sejarah hari ini mengatakan baginda ialah Sultan Kedah, ini tidak benar kerana ia ditulis menurut acuan mereka yang berkuasa) dinaik kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah(rujuk Undang-Undang Kedah), Syarif Yang Di Pertuan menjadi hulubalang dan sepatutnya membantu mengusir tentera Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet), dalam wilayah Satun. Tindakan ini bertujuan untuk membantu Paduka Seri Sultan Bisnu ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang mana pada ketika itu menjadi Raja Satun dan merupakan bapa saudara kepada Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot kepada Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Apabila beliau mendapat kuasa dari Syarif Yang Di Pertuan, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah memberi bantuan kepada tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang. Lokasi sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan Tengku Anum) dan serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang hendap (lihat "Sejarah Kedah Sepintas Lalu", Haji Ibrahim Ismail).
Mengapakah sejarah kita tidak menceritakan peristiwa ini? Serangan keatas Kedah bukan setakat Kedah yang ada hari ini, malah termasuk wilayahnya di Selatan Thailand. Sempadan yang ada hari ini cuma wujud dalam tahun 1909/10, berikutan perjanjian Inggeris dan thai. Untuk mendapat "title Sultan Kedah" dari penjajah Inggeris, beliau sanggup menggadaikan Pulau pinang (Inggeris mengatakan sebagai syurga dunia) dan mengahwinkan anak perempuannya dengan Francis Light. Elok juga kalau tengok siapa itu William Light yang membuka Adelaide. Cari catitan ini, dalam internet, kami dah jumpa. Ini buktinya,
Dan ini pula kulit bukunya,
Ini pula dari buku "Warisan Mahawangsa Kedah" terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dimana Francis Light dipanggil "....anak kami Light Kapitan Dewa Raja..."
Penulis sejarah negeri Kedah menceritakan peperangan tahun (Musuh Bisik) 1821 sebagai serangan keatas Kota Kuala Kedah, lantas mengalih pandangan kita dari tujuan sebenar serangan itu. Serangan keatas wilayah Kedah diselatan negeri Siam (utara Kedah hari ini) termasuklah juga Pulau Langkawi dan negeri Kedah (hari ini). Serangan ini dirancang agar serentak dengan serangan Burma keatas Chieng Mai dan membunuh raja Islamnya Paduka Seri Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib Ibni Syarif Yang Di Pertuan.
Gambar menunjukkan panji-panji tentera Benua Islam Siam Kedah pada tahun Musuh Bisik 1821 yang di rampas. Peperangan ini dipimpin oleh Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang yang juga menjadi Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma dari tahun 1825-1862. Dimanakah Paduka Seri Ahmad Tajuddin Halim Syah ketika tentera dan rakyat Kedah diserang oleh tentera Thai/Burma?...dengan pertolongan Inggeris dia menetap di Melaka !!.
"According to the interrogation of Zeya Suriya Kyaw, a Burmese military officer who was arrested by the Siamese, Bodawhpaya ordered one of his palace chamberlains, Atwinwun, to assemble an army of 30,000 men to wage war against the Siamese southern provinces (masa ini negeri Melayu Islam lagi) in the years 1809-1810. It is evident that the Burmese general, on this occasion, sought to establish an alliance with the East India Company at Penang and urged the Sultan of Kedah to resume sending the gold and silver “flowers”, which are symbol of submission, to Ava (di Burma), in return for permission to collect the revenue derived from the bird nests on the lands between Junk Ceylon or Thalang island and Kedah".As cited in Sunait, 2005: 4,"The changing nature of conflict between Burma and Siam as seen from the growth and development of Burmese state from the 16th to tha 19th centuries",Pg33,Pamaree Suraikat, Asean Research Institiute working papers.
Ini menunjukkan bahawa pasa masa itu Burma lah yang berkuasa berbanding thai yang hanya menguasai negeri Siam setakat segenting Kra sahaja. Rama I hanyalah anak kepada menteri mereka sahaja dan tidak berkuasa penuh lagi diketika itu. Pakatan mereka (Burma dan Thai) telah bermula jauh lebih awal dari yang dijangkakan oleh kita dalam usaha mereka untuk menjajah wilayah-wilayah dalam negeri Siam Islam. Apabila mereka berkuasa di Burma mereka tidak menekan Thai yang baru mula menjajah negeri siam.
"However, according to a contemporary Burmese inscription in the 17th century (SHMKM V, 1998: 148), Ayutthaya was not included in the mandala or the realm of power of the restored Toungoo kings. In fact, the strong kings of the dynasty did not launch any grand-scale attacks on Ayutthaya, as Lieberman remarked."Page 8 & 9.
Nama-nama negeri dan pemerentah yang disenaraikan disini adalah bukti bahawa wilayah Kedah adalah jauh lebih besar sebelum tahun 1909/10. Perjanjian Inggeris/Thai ini telah mengecilkan Negera Kedah menjadi negeri Kedah sepertimana hari ini. Wilayah Kedah iaitu Kayang (Perlis) berpisah dan kekal diperentah oleh seorang raja dari keturunan Syarif Yang Di Pertuan ia itu Syed Mohammad Hatta. Berikut adalah negeri-negeri diselatan Thailand hari ini yang pernah berada dalam wilayah Benua Islam Siam Nagara Kedah dan nama raja-rajanya yang turut dibunuh sewaktu serangan tahun Musuh Bisik 1821.
1) Negeri Chang Mai-Rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib Ibni Syarif Yang Di Pertuan.
2) Negeri Tenangserim-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Nai Cau Abu Megat Manja Ibni Syarif Yang Di Pertuan (sebelum pada itu Raja Kubang Pasu).
3) Negeri Surattani-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Fai Megat Iskandar Ibni Syarif Yang Di Pertuan.
4) Negeri Ranong-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan Ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Keluarga Muslim Samranak dari Ranong.
5) Negeri Legor-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Ngah Megat Terawis Ibni Syarif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia.
6) Negeri Satun-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu Ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin.
7) Negeri Songkhala rajanya ialah Paduka Seri Sultan Nai Lang @ Syed Alang Alauddin, bergelar Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzafar Syah III. Ban Nai Lang disana hari ini merujuk kepada baginda, Ban-Nai-Lang bermaksud Kampung-Syed-Alang.
8) Negeri Bangnara Narathiwat rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Ibni Paduka Sultan Tunku Long Putra @ Laksemana Datu, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah tahun 1778 masihi hingga 1821 masihi.
9) Negeri Legeh (Yala) ialah Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera @ Laksemana Datu (Perdana Menteri Kedah).
10) Negeri Jammu Patani rajanya ialah Sultan Idris Ibni Paduk Seri Sultan Sallehuddin keturunan Raja Jammu Patani Patih Siam Ibni Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Patani.
Artikel ini ditulis bukan untuk menuntut wilayah tersenarai seperti diatas itu kembali. Malaysia dan negara jiran pun sudah merdeka. Akan tetapi, masyarakat hari ini perlu tahu kemelut sejarah yang digelapkan oleh penjajah dan bagaimana ia berlaku. Paling tidak, sedikit sebanyak kita mula mengerti kenapa berlaku kekocohan di Patani hari ini. Sebelum ini kita mungkin tidak mempedulikannya. Cerita orang-orang tua dahulu bahawa Kedah sebagai sebuah negara yang jauh lebih besar dari hari ini terbukti kebenarannya.
13 comments:
"...Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak Sin (melutut, kepala dibungkus dan belakang kepala dipukul dengan kayu) dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I, sudah pasti dengan restu Burma."
Ini adalah cara pembunuhan diraja mengikut adat raja Thai seperti yang saya pernah tengok dalam satu filem sejarah Thai dalam Astro. Tukang pukul diraja menari-nari dengan belantan sambil diiringi muzik (gendang dan serunai) sebelum memukul tanpa belas kasihan dari arah belakang kepala mangsa yang dibungkus kain coklat.
Ada satu peristiwa peringkat awal Dinasti Chakri, anak gundik yang merampas takhta membunuh raja yang masih kanak-kanak dengan cara ini.
Luang Prabang sekarang ini dalam negara Laos. Nama-nama orang Laos sangat mirip kepada nama-nama orang Thai.
saya x pasti adakah sdr anai2 melayari web dibwh ini. ejaan linknya hampir nak sama tapi berlainan pandangan mengenai sejarah kedah. saya beranggapan blog tersebut dipnyai oleh org siam yg bukan islam di kedah. sebagai ahli akademik saya mengalu2 kewujudan blog tesebut sbg satu lagi exercise academia bg mencari titik temu perdebatan mengenai sejarah negeri kedah. sbg peminat sejarah kedah, yg penting bg saya adalah utk mencari kebenaran yg hakiki. tq
Kami tahu mengenai link tersebut tetapi untuk makluman saudara, maksud perkataan yang berlainan sedikit dengan Kedah itu ialah 'alat kelamin wanita'!!! dengan itu kami tidak mahu melibatkan diri dengan mereka.
Kami terima saranan yang bercorak akademik tapi dengan maki hamun, mencarut dan memperlekehkan penyelidikkan orang lain bukan caranya. Zaman untuk mereka memperkecilkan kebolehan kita sudah berakhir. Bukan untuk membalas dendam tapi sekarang giliran kita pula mendedahkan segalanya, termasuklah apa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.Patutkah kita mendiamkan diri?
Dulu, sekiranya orang melayu bertindak menulis artikel sebegini, sudah pasti akan ditangkap oleh mereka ini yang menjadi spy maharaja thai di Kedah. Ini bukan 'statement' kami tetapi apa yang diriwayatkan semula oleh orang-orang tua di Kedah.Tapi sekarang kita sudah 50 tahun merdeka, pengkajian sejarah melayu sentiasa menemui jalan buntu, bukan? Dengan itu, kita perlu membuat pengkajian semula sejarah bangsa melayu agar dapat mendedahkan realiti sejarah dan tamaddun Islam,secara tidak langsung (samada suka atau tidak) mendedahkan kepincangan mereka dahulu.
Sebelum ini mereka tidak mahu mengaku bahasa siam dan thai itu berbeza, tetapi sekarang mereka mengaku pula. Setiap yang kami terjemahkan ke bahasa Siam, mereka bandingkan dengan bahasa thai.Lainlah maksudnya. Memanglah berbeza. Tahukah saudara untuk generasi muda mereka menjadi sami pun, mereka perlu pergi ke thailand dan dimestikan mempelajari semula bahasa thai, sebab ia tidak sama dengan bahasa siam!!!Ini mereka tidak dedahkan.
Semasa Forum Realiti Sejarah Kedah pada 13 Sept 2006, bertempat di Dewan Seri Negeri Kedah, ahli panel forum, Prof Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, pakar sejarah negara kita telah mendedahkan bahawa banyak lagi manuskrip melayu tulisan jawi disimpan diistana thailand!! Persoalannya kenapa dan bagaimana manuskrip ini semua boleh berada ditangan raja thai?? Cuba berhubung dengan Dr Othman Md Yatim dari USM, apa pandangan beliau sebagai pengerusi pada malam itu. Kami pun ada rakaman forum tersebut.
TNL Kasim turut mendedahkan segalanya dihadapan Sultan Kedah dan Tengku Mahkota Kedah yang merasmikan majlis tersebut. Siap cabar pergi ke Mahkamah lagi!! Sekiranya Sultan dan kerabat diraja Kedah pun tahu, apa kita nak takut atau percaya dengan blog yang sememangnya telah hijack sejarah kita dan masih lagi gemar memperlekehkan kita?? Mereka fikir mereka memperlekehkan kami yang menulis diblog ini tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya mereka menghina sejarah bangsa Melayu!!.
Fikirkanlah, kalau sejarah yang diceritakan disini tak betul, takanlah sehingga mereka sanggup menubuhkan blog untuk membangkang setiap artikel kami. Memang mudah bagi mereka untuk membangkang dan memperlecehkan kami tetapi lebih sukar bagi kami yang mencari maklumat dari responden yang belum tentu mahu menceritakan segalanya.
Bagi kami rahsia sejarah realiti banyak terdapat dalam buku Undang-Undang Kedah, sebuah buku mengenai undang-undang Maharaja Kedah yang berkuatkuasa ketika itu. Selamat membaca, "cause this is where the Malay history doesnt check and balance itself".
terima kasih atas jawpan yg diberi. tp sedikit pembetulan terhadap pengerusi forum tersebut. forum tersebut dipengerusi oleh pm dr mohd isa othman dari usm bukannya dr othman yatim (profesor um). tuanku sultan x hadir perasmian forum tu. baginda mewakilkan kpd raja muda (bukannya tengku mahkota).
kpd tuan semua, teruskan usaha murni anda ini. sebagai peminat & pencinta sejarah kedah boleh dikatakan hampir setiap mlm saya akan melayari blog ini utk mengikuti info selanjutnya drpd tuan semua.
di kubang pasu terlalu byk kg2 yg dinamakan sempena nama sebuah kota sbg cth kota padang saujana, kota giam, kota rentang dll. mohon kiranya dpt info lanjut drpd tuan mengenai kota2 tersebut. utk info, saya sdg berusaha menerbitkan buku mengenai kota2 di seluruh negeri kedah yg sudah lama terbengkalai hampir 6 tahun yg lalu. tq
betul betul, terima kasih banyak-banyak. Kalau dah ngantok bulan puase nie, tulis pagi-pagi buta, macam tu lah jadinya.
sdr anai2
saya memetik intipati artikel mengenai kota long jaafar oleh halim nasir dlm bukunya berjudul kota-kota melayu terbitan DBP pd 1990 yg menyatakan bhw pada awal kurun ke 19, bukit gantang mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sbg alang idin @ alang alaudin. alang idin ini adalah anak kpd paduka setia pandak jamaluddin (johan pahlawan) yg berketurunan nyak berbangsa acheh.
beliau adalah seorang org besar perak pd awal pemerintahan sultan abdul malik mansur syah di negeri perak iaitu kira2 pd tahun 1806. alang idin menjadi ketua masyt melayu di bt gantang. maklumat ini diperolehi oleh halim nasir melalui daftar orang kaya panglima bt gantang yg disimpan oleh temenggung diraja perak.
pd thn 1818, beliau bersama2 panjang talib bin seri maharaja lela uda tahir (tok janggut) telah bersatu menentang angkatan perang kedah yang dipaksa oleh siam utk menyerang perak melalui bt gantang. hasil kebijaksanaan panjang talib, peperangan tersebut dpt dihentikan melalui satu penyelesaian kedua2 belah pihak. tengku yaakub & bendahara kedah yg mengetuai angkatan perang kedah tlh berkahwin dgn anggota keluarga panjang talib, manakala alang idin pula mengahwini dgn anak seri maharaja lela uda tahir.
sbg mngenang jasa alang alaudin, sultan perak, sultan malik mansur tlh menganugerahkan gelaran panglima bt gantang yg diwujudkan bt pertama kalinya & beliau bergelar orang besar lapan negeri perak.
menurut halim nasir (1990) lg, kira2 tahun 1840'an anak saudara beliau yg tinggal di lubuk merbau bernama long jaafar bin paduka setia long abdul latif dtg ke larut utk bekerja dgn panglima bt gantang alang alaudin sbg pemungut cukai di krian & kurau. seorang drpd sdr lelaki long jaafar pula tlh berkahwin dgn anak panglima bt gantang & long jaafar pula berkahwin dgn cucu panglima bt gantang yg bernama ngah pura.
hasil pembukaan lombong bijih timah & kemasukan beramai2 buruh cina ke larut,long jaafar akhirnya tlh menjd seorang yang terkaya di perak malah melebihi kekayaan sultan perak sendiri. pd 6 nov 1850, raja muda ngah ali putera almarhum sultan syahabudin yg mengaku sbg wakil sultan perak tlh mengurniakan daerah larut kpd long jaafar.
6 tahun kemudiannya (nov 1856), raja ngah jaafar yg menggelar dirinya sbg sultan perak telah mengukuhkan lg surat akuan olh raja muda ngah ali dgn memberikan surat kuasa yg lain yg juga mengandungi maksud yg sama. pd 1857 apabila sultan abdullah muhammad syah 1 mangkat, raja ngah jaafar yg menggelar dirinya sbg sultan sblm ini telah dilantik menjadi sultan perak yg baru dgn gelaran sultan jaaafar muaazam syah & mula memerintah perak pd hujung tahun 1865.
sdr anai2
disini ada 3 tokoh yg berbeza latar ttp mempunyai ceritanya yg tersendiri spt mana yg dihujahkan oleh sdr dlm blog ini iaitu 1) lang alaudin, 2) long jaafaar & 3)sultan jaafar muaazam syah.
dua tokoh yg awal (alang alaudin & long jaafar) mempunyai talian persaudaraan (bapa saudara - anak saudara) ttp berbeza dgn versi sdr yg menyatakan bhw long jaafar adalah anak kpd alang alaudin. manakala sultan jaafar muazam shah seolah2 sezaman dgn sultan jaafar madazam syah spt mana dlm versi sdr.
kedua2 fakta halim nasir & sdr anai2 sgt mnarik mengenai ketiga2 tokoh tersebut. mohon pandangan drpd sdr anai2 mengenai fakta halim nasir ini.
p/s merungkai yg kusut, mencari satu titik pertemuan. tq
Syamsul Anuar Ismail tolong hubungi saya di email Koboi.bm@gmail.com untuk bergabung bersama kami dalam penerbitan buku saudara. terima kasih
Begitulah jadi nya bila sejarah dukusutkan oleh penjajah padahal waris mereka2 yang disebutkan ini masih ada hari ini.Kami pun sememangnya dah study maklumat diatas termasuklah buku Cempakasari yang turut menyebut nama-nama ini.Yang menyerang Perak tu bukan Siam tetapi Thai yang menjajah negeri Siam.Ini pun penulis sejarah kita dah confused. Beliau bergelar orang besar 8 kerana orang besar 4 adalah bapa2 saudaranya juga.
Yang sahihnya nama2 mereka memang wujud, akan tetapi kenapa tidak diceritakan dalam sejarah.Alang Alaudin adalah Syed Alang Alauddin yang pernah menjadi Raja di Singgora (Songkhala) dan Ban Nai Lang atau Kampung Syed Alang adalah sempena nama baginda. Long Jaafar adalah nama bagi Sultan Jaafar Muadzam Syah sebelum menaikki takhta menjadi Maharaja Besar Benua Siam Islam.
Hari ini kita pun kerja ada naik pangkat, takan zaman dahulu tak ada kot. Lagi satu pasal siapa yang tulis sejarah masa itu dan dimana penulis itu berada turut juga memainkan peranan.Kalau orang di perak tulis sejarah, dia akan panggil Alang Alauddin tapi kalau di Kedah sudah pasti nama penuhnya Syed Alang Alauddin. Kalau Long Jaafar yang tulis dia akan panggil ayahanda pula lah, takan dia nak sebut Syed Alang Alauddin. Kalau sebelum naik takhta Maharaja, mereka ini dipanggil Cau Pija atau Tengku Mahkota/Raja Muda.
Saya rasa dalam kisah Long Jaafar saya dah bagi cukup penerangan dan waris mereka duduk sekali menceritakan riwayat sebenar, termasuk waris Sultan Ismail Kinta pun ada diKedah sebab Perak adalah dulunya wilayah Kedah. Kalau Halim Nasir tak cerita (walaupun kurang tepat)sejarah Kesultanan Perak sebegini, sejarah Perak akan menjadi pendek dan baru sangat bermula.
Kami ada menyimpan salasilah lengkap Maharaja Benua Islam Siam sebelum blog ini ditulis lagi. Kami akan publishkan salasilah Maharaja Benua Islam Siam, bermula dari Zahiruddin Babur/Bahadur Syah, Raja Monggol India dalam sedikit masa lagi sehingga ke TNL Kassim dalam sedikit masa lagi.
Kami amat berharap dalam susur galur salasilah tersebut pasti salasilah akan lebih jelas lagi untuk difahami. Terima Kasih diatas pendapat/komen anda diatas.
terima kasih sdr anai2 atas penjelasan tersebut.
saya suka mencadangkan agar satu bentuk penulisan yg lebih jitu dpt dizahirkan bg memperkukuhkan lg tesis sdr mengenai sejarah maharaja benua siam islam. penulisan tersebut mestilah berwasit & dinilai sendiri oleh penilai luar (sama ada dlm btk jurnal @ buku). ini bertujuan bg membendung sumber lisan mengenai sejarah kedah lenyap begitu shj disamping memperbanyakkan lg sumber akademik mengenai sejarah kedah.
sudah pasti pihak yg antitesis thdp penulisan sdr akan memberi pelbagai hujah utk menolak @ menyangkal tesis sdr. ttp itu tdk mengapa, selagi mana kita berhujah dgn memberi fakta yg tepat & berlandaskan metod kajian yg betul.
cara memperlekeh, mencerca, memaki tanpa pedoman olh blog yg satu lg tdk akan membawa kemana2. berhujah dgn cara tidak beradab & tdk memberikan fakta yg konkrit akhirnya akan menyebabkan org semakin menjauhi mereka. kita jgnlah pula terikut2 dgn rentak mrk.
sumber bertulis mengenai sejarah kedah adalah terhad. penulisan sejarah kedah byk bergantung kpd buku altarikh salasilah negeri kedah, hikayat merong mahawangsa & undang-undang kedah. sudah tiba masanya sejarah mengenai kedah & yg berkaitan dengannya ditulis semula dlm sebuah buku yg lebih lengkap & terperinci.
usaha perlu dilakukan scr kolektif agar kt mempunyai tenaga kerja yg lebih komited dgn tujahan kajian masing2 yg memfokuskan kpd sejarah kedah. setiap tujahan kajian yg dijalankan akan menjadi pelengkap antara satu sama lain & seterusnya berupaya menerbitkan satu KITAB sejarah negeri kedah yg lebih tersusun.
besarlah harapan saya dpt kiranya sdr anai2 membantu sy utk berhubung dgn tnl kassim secara bersemuka. saya boleh dihubungi melalui emel syamsul@uum.eu.my. saya akan pulang ke sp ari jumaat ini. kiranya kelapangan bolehlah kita berkenal2an & berbual panjang mengenai sejarah negeri kedah ini. tq
Untuk semua cadangan diatas, terima Kasih banyak-banyak dan salam perkenalan dari kami.
MaKLuMKaN KePaDa SaYa SeKiRaNYa KaMuS BaHaSa SiaM SuDaH DiTeRBiTKaN...
eMeLKaN KePaDa iluv_bubu@yahoo.com
TeRiMa KaSiH.
^_^
Teruskan perjuangan tuan insyalah asa hikmahnya
Post a Comment