Ada juga yang sanggup menyokong mereka-mereka yang bimbang akan hilang kepentingan walaupun mereka tahu hakikat sejarah realiti. Ada yang bijak dan menerima sebagai pecambahan ilmu sejarah yang harus di rekodkan untuk generasi akan datang, walaupun kami tahu mereka tidak bersetuju sepenuhnya.
Yang peliknya, ada yang masuk campur berlebihan sangat tanpa tahu ekor kepala.
Bagi yang bersusah payah membongkar semula sejarah bangsa melayu dari etnik Siam Islam ini kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah berserta saudara/i dalam menempuh dugaan yang bakal menyimpang, amin.
Bukanlah menjadi kegemaran kami untuk mendedahkan aib sesaorang, malah tak suka pun tetapi kami terpaksa bertindak sebegitu untuk membuktikan kewujudan sejarah realiti yang telah dipadamkan.
Dalam usaha itu, kami menerima komen-komen yang mencaci malah dipermainkan dengan kata-kata sindiran, sebagai pembalasan dari mereka. Alhamdulillah, agaknya mereka terlupa selama 133 tahun keluarga Yang Di Pertuan Kedah dihina, dicaci, diusir, dan dibunuh. Musuh Islam ini membunuh keturunan termasuk ibu yg mengandung dan bayi dalam buaian. Hak-hak mereka dinafikan, harta benda, tanah-tanah dirampas dan sejarah mereka di ghaibkan sehinggalah manuskrip melayu Undang-Undang Kedah dipulangkan dan diterbitkan pada tahun 2005 baharulah boleh kami mendedahkan sejarah realiti.
Pewaris kepada kesultanan hari ini telah tunduk kepada penjajah Thai dan Inggeris, megenepikan agama islam hanya untuk mereka mendapat tampuk kuasa sepertimana hari ini. Ini buktinya.
Siam yang dimaksudkan disini ialah bangsa Thai Buddha yang telah menjajah negeri Siam islam bermula dari tahun 1767 tetapi masih menggunakan nama negeri Siam. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam itu kepada Thailand (tanah thai), sempena nama bangsa mereka, Sukho-thai. Mudahnya, Siam itu islam dan thai itu Buddha.
Malangnya, ada juga diantara mereka-mereka ini yg telebih kuah dari nasi kerana salasilah keluarga sendiri pun mereka tidak tahu tetapi sanggup komen salasilah kami bagai nak rak. Syukur Alhamdulillah, begitulah ketentuan illahi, bukan senang memperjuangkan sejarah islam, undang-undang islam yang ditinggalkan oleh nenek moyang terdahulu. Yang pastinya, sesiapa yg menegakkan semula sejarah khalifah Islam ada ganjarannya dari Allah SWT di akhirat besok.
Ada pula diantara mereka yang mengatakan apalah yang ada pada nama. Lupakan saja tuntutan kepada kerajaan dan pihak berwajib. Biarkan yang sudah itu berlalu. Nasihat yang kami kira bagus tapi tak bertempat, dan jahil hukum agama Islam . Sekiranya tidak ada apa pada nama, sila tukar je nama tanah, nama pada apa-apa geran kepada nama kami dengan rela hati. Biar kami lelongkan dan sedekahkan kepada sekolah agama rakyat, sekolah pondok yg dhaif dan sangat-sangat memerlukan bantuan. Kuasa yang ada pun serahkanlah balik, mengikut kehendak Qutbah Wida.
Pada masa yang sama, ada pula pihak yang mengatakan hanya 70% sahaja penulisan diblog ini yang boleh diterima pakai. Mereka lupa bahawa sepatutnya, penceritaan semula sejarah haruslah diterokai oleh mereka disebabkan merekalah yg bergelar pakar, dikatakan berkelayakkan dalam bidang sejarah, akan tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Yang asyik membantah, pergi sana sini makan angin sambil ambil gambar tanpa apa-apa keputusan mcm kelab fotografi sekolah, terlepas peluang untuk merekodkan maklumat apatah lagi untuk berkenalan dan beramah mesra. Tak ada habuanlah. Sementara itu sedekah Al Fatihah saudara/saudari kepada Amarhum, kami dahului dengan ucapan terima kasih, sebagai tanda ingat dan tanggungjawab kita sesama islam.
Kami masih ingat, sewaktu Almarhum bercerita tentang Zahiruddin Bahadur Syah, almarhum menyebut nama Tunku Aisyah yg merupakan permaisuri beliau. Tunku Aisyah adalah anakanda Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah telah di kahwinkan dengan Zahiruddin oleh ayahandanya. Apabila kami membuat siasatan, memang sah ada nama tersebut dan dikenali sebagai Aisyah Begum.
"During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champa were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Ch½n, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. "http://sheikyermami.com/2009/02/07/islam-in-laos-cambodia-vietnam/ Petikan diatas dengan ejaan lain pula dan juga disini, http://bdeen.blogspot.com/2008/12/cham-people.html .
Semasa bersemayam di Kuala Kangsar ayahanda baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah melantik baginda sebagai Datuk Bendahara.
Sebaik tiba disini, Po Chan atau Koya Long ini dilantik oleh ayahanda baginda, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah ketika itu untuk menjadi raja di Perak bergelar Sultan Mudzaffar Syah III merangkap Datuk Bendahara.
Dengan gelaran yang sama jugalah baginda menggantikan ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah setelah Syarif Abu Bakar Shah dibunuh oleh tentera Thai atas arahan Raja kafir Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Baginda menggunakan nama Sultan Muzaffar Syah III kerana baginda tahu baginda adalah dari keturunan Raja Merong Mahawangsa bergelar Sultan Muzaffar Syah I.
Makam baginda Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Muzaffar Syah I terletak di Kg Langgar, Lembah Bujang,Kedah. Kisah yang mengatakan bahawa makam ini adalah malam Maharaja Debar Raja dalam Al Tarikh SALAH-silah Negeri Kedah hanyalah kisah yang debar-deburkan oleh raja pemfitnah yang minum air sami bagi menghalalkan pemerintahannya sahaja.
Kami berpendapat inilah istana Sultan muzaffar Syah III yang menggantikan ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah sebaik sahaja ayanda baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah mangkat di bunuh tentera thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Yang Di Pertuan Kedah ialah Yang Di Pertuan Agong kita dahulu dan hari ini sultan-sultan yang waris mereka dahulu tunduk kepada penjajah Inggeris dan thai, bergilir-gilir memegang jawatan ini seperti rumah tidak bertuan. Amat bersesuian jika Istana Negara berada di Kuala Kangsar ketika itu dan tujuan ia dirobohkan adalah bagi menutup tinggalan bukti sejarah YDP Kedah di Perak yang masih ada.
Usah bertanya kepada kami kenapa salasilah di Perak terjadi sebegitu rupa kerana kami hanyalah pemegang wasiat sejarah realiti. Namun begitu, nama Syarif Abu Bakar dan nama anakandanya masih ada tercatit dalam buku Cempakasari Sejarah Perak dimuka surat 140. Nama-nama mereka di sebut dalam sejarah Perak kerana Perak dahulunya sebahagian dari Kedah.
Ini bermakna jika di sebut undang-undang ini berkuasa hingga ke Johor, sudah pasti Johor bernaung di bawah naungan penguasa yang sama. Hairan sungguh bila teks jawi digunakan untuk mengeja bahasa Siam, itu pun pengkaji hari ini masih tak jelas. Kerap-kerap lah melakukan solat hajat dan istiqarah, semoga beroleh petunjuk dari Nya.



.jpg)


















