Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.
Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagai Tok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.
Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.
http://mindaahad.wordpress.com/2010/09/22/sri-wijaya-kerajaan-islam-yang-disepikan/
3 comments:
Assalammu'alaikum..wrt,
Pada zaman Yarfis anaknda nabi Nuh a.s. adakah orang siam telah wujud?
Begitu juga, adakah orang @ bangsa siam telah wujud semasa zaman Iskandar Zulkarnain sehinggakan nama anaknya juga dalam bahasa siam?
Bolehkah kita muzakarah dengan lebih lanjut tentang sejarah bangsa siam?
Hamba mohon hurain lanjung dari pihak tuan dan sesiapa sahaja yang mengetahui tentang bangsa siam.
Sekian wassalam.
jadi sejarah merong mahawangsa yang diketahui sebelum semuanya dusta belaka ke???? he's already moslem???
arrayah.info - Laporan Bergambar dan Video Konferens Negara Islam - Dunia menuju Khilafah
Post a Comment