Raja-raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini. Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada,
1) Al Quran, Surah Al Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin
Al Quran, Surah Al Kahfi
Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Surah Al-Kahfi, Ayat 96
Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.
Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda.
Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak mempunyai zuriat adalah karut. Apakah mereka ingat orang yang sudah mempunyai anak tidak boleh mengambil anak angkat? Apakah mereka fikir sekiranya hari ini mereka berkuasa mereka dengan mudah boleh menghapuskan sejarah dan salasilah orang lain? Semua ini hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah, sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.
Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50an, bermisai tebal dengan rambut kemas disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan baru-baru ini. Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas apabila William Farquhar cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari ini?
Setelah diusir oleh tentera thai diketuai oleh anak angkatnya Long Senik, baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti Haji Naik Kayu, Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid baginda.
Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerentah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan Tengku Long Putera, anak saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu, lihat UUK). Permaisuri baginda Sultan mohammad I ialah Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul Hamid.
Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong (bahasa Tai menyebut sebagai nat). Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.
Jubah Maharaja China dengan simbol naga
Laksemana Cheng Ho dengan jubah berlambangkan naga
Mural yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Cyrrus the Great’. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada 'Cyrrus the Great'sebagai Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula merujuk kepada 'Alexander the Great' sebagai iskandar Zulkarnain.
Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut mengenai Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,"..dan pada majlis Raja iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu distas sembilan hukum." Secara ringkasnya kefahaman kami, adat istiadat raja-raja hari ini berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa adat istiadat, peradaban dan ketamadunan kepada Sheikh Huang Ti.
Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud, Ger-kenderaan, dem-dahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua orang Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom dan Parsi.
Shih @ Sheikh Huang Ti
Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada Shih atau Sheikh Huang Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius. Dikatakan juga bahawa Empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan Empayar ‘Jin’ sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.** Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah (belum lagi islam) dan dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam.
(**cara sebutan, rapatkan gigi atas dengan gigi bawah anda, cuba sebutkan chin dengan menggunakan bibir anda, bunyinya bergema, seperti Jin bukan?)
“During his reign, Shih Huang ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor - entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.
Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah ketika itu walaupun diterima oleh Allah, ia masih belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini diperturunkan kepada setiap maharaja china hinggalah kepada Maharaja Sai tee Sung. Kedatangan utusan baginda Rasulullah SAW adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT sebagai agama yang diredhai oleh Nya disambut baik oleh Maharaja Sai Tee Sung.
Walau bagaimanapun Sheikh huang Ti berjaya menyatukan negeri china dibawah satu payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini bukannya tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini.
Diriwayatkan bahawa beberapa ratus tahun kemudian, ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama islam bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama islam ini dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.
Manuskrip Undang Undang Kedah
Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia boleh dijadikan bukti sejarah
Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah sebuah manuskrip melayu lama yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.
Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS 40329. Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah buku.
1. Undang –Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms 13, ms 15, ms 17 dll).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan
(1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan)
Di mukasurat 49
Disebutklan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu.
Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.
Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim Khalilullah yang mana merupakan sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang (drum beat) bagi menaikkan semangat tentera untuk pergi berperang (sepertimana rentak marching)
Salalatus Salatin
Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China. Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahsa Siam.
Perkataan Chey-Na bermaksud, ‘datuk-petunjuk’. Sudah pasti ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada bangsa Saimen yang bermaksud, ‘kawasan dia’.
Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, ‘Nya Juj’ dan ‘Ma Juj’. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini.
Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
Setelah itu maka Raja Suran
pun kembali ke benua Keling.
Telah sampailah ke negeri Keling
maka raja Suran pun berbuat
sebuah negeri terlalu besar
kotanya daripada batu hitam
tujuh lapis
serta dengan tebalnya
dan tingginya
sembilan depa
daripada pandainya segal utas berbuat dia itu
tiadalah kelihatan rapatannya lagi
rupanya seperti dituang
pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.
Syahdan luasnya kota itu
tujuh gunung didalamnya
dan pada sama tengah negeri itu
ada sebuah tasik terlalu luasnya
seperti laut rupanya
jikalau gajah berdiri
diseberang tasik itu
tiada kelihatan dari seberangnya
dan serba ikan dilepaskannya
didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu
ada sebuah pulau terlalu tinggi
sentiasa berasap
seperti disaput embun rupanya
maka diatas pulau itu
ditanaminya pelbagai kayu-kayuan
dan buah-buahan
dan bunga-bungaan
segala yang ada di dunia ini
semuanya adalah disana
dan apabila raja Suran
hendak bermain
kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu
diperbuatnya hutan besar
maka dilepaskannya
segala binatang yang liar
dan apabila raja Suran
hendak berburu atau menjerat gajah
pada hutan itulah ia pergi.
Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut,
"Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh sultan Mansur syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja iskandar zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’
Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua keling itu sebagai hanya di India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini, dahulunya belum ada dan mungkin dizaman itu, yang dikatakan jajahan Benua Keling itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini. Malah perkataan In-dia bermaksud, ‘pusat pemerentahan’. Adakah ini ada hubungannya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja.
Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada ‘Cyrus the Great’ berbanding ‘Alexander the Great’ dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini. ‘Cyrrus The Great’ dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di Empayar Rom dan Parsi.
Begitulah serba sedikit untuk kita renungkan bersama. Wallahualambisawab.
17 comments:
Saya berpendapat elok sekiranya dimuatkan artikel mengenai:
1. sejarah mengenai Langkasuka dan Kedah Tua dan jajahan takluknya serta kaitan denga Srivijaya.
2. Mengenai raja keturunan Merong Mahawangsa.
3. Penjelasan mengenai Istilah Kedah Pasai Ma.
4. Peranana Daeng Perani dan Bugis dalam rebutan kuasa di Kedah
Salam
Terima Kasih ,akan kami usahakan. Perkara 2 dan 3 sudah kami jelaskan sedikit sebanyak dalam artikel kami sebelum ini.
Saya ada membaca Salatus Salatin versi pelajar yang sama seperti di atas.Mengikut penyelenggaranya A.Samad Ahmad, terdapat 3 versi berlainan yang beliau kaji. Ada penambahan dalam satu versi sekitar 1800an ke atas (tajaan James Low?.
Saya percaya ada maksud tertentu menulis manuskrip ini yang jelas memadamkan kebesaran Benua Siam Islam. Penulis asalnya pun dipertikaikan iaitu mungkin bukan TS Lanang yang sibuk dengan tugas-tugas Bendaharanya, boleh jadi orang suruhannya saja.
Ada satu kisah memperlekehkan seorang raja Kedah (saya kira hanya raja daerah) yang makan nasi sisa hidangan bendahara Melaka, kononnya kerana menghormati status bendahara tersebut - dianggap seperti ayahanda baginda.
Ada satu lagi perkara dibangkitkan A.Samad Ahmad tentang sultan Melaka kedua yang dinamakan Sultan Megat Iskandar oleh sesetengah pengkaji sejarah bukan Melayu. Kerana kurang arif dengan adat istiadat Melayu dan tidak mahir tulisan Jawi (mungkin huruf Khaf nampak seperti Ga dalam manuskrp lama selepas terkena tahi lipas) maka tulisan mim khaf ta yang sepatutnya dibaca makota telah jadi megat.
Malang sungguh nasib sejarah kita dan pelajar-pelajar menengah rendah terpaksa menghafal nama Sultan Megat Iskandar ini padahal itu cuma nama jawatan iaitu Sultan Mahkota seperti dalam baris pertama lagu negeri Kedah "Allah selamat Sultan Mahkota".
Adakah Iskandar Zulkarnain ini anak kepada Nabi Ibrahim? Sebab dari kecil sudah di doa oleh Nabi Ibrahim didepan Kaabah. Dan Iskandar juga membawa syariat Ibrahim didalam pentadbirannya sebelum datang syariat Muhammad S.A.W.
Kerana saya ada mendengar cerita yang Nabi Ibrahim ada mempunyai seorang lagi isteri bernama Siti Batutah.
Oleh itu Ishak - melahirkan bani Israel , Ismail - bani Arab dan seterusnya Iskandar - Bani Jawi (sebab itu Saad di utus ke sini) dan kisah bani Jawi diakhir zaman pula sedang dibongkar kembali - dalam blog ini.
boleh komen bab ini?
Sorry salmi terlepas pandang komen u. betul bila kita baca kimen dia orang barulah kita tahu. yang hairannya Sejarah itu dibawa dari india dan diedit oleh Ahmad tajuddin halim syah lah siapa lagi.
Terima kasih kerana membuat analisa dan berfikir semula pasal kesahihan sulalatus salatin.
Saya tak pasti la MP bab anak nabi Ibrahim nie. Tapi yang pasti bab bani jawi tu memang betullah. Orang Arab pun panggil orang Siam sebagai Sumu Ul Amir- satu bangsa darjat yang tinggi. hari ni dipanggil melayulah kita. bijak kau dapat tangkap bab bani jawi nie.
Melayu bukannya bangsa asalnya. Ia bahasa perdagangan dan juga bahasa dakwah Islamiyah semua bangsa /rumpun di Nusantara ini.Itu pasti.
owh,,patutulah senang parameswara mendapatkan bantuan dari negeri china dari majapahit.
DAULAT TUANKU!
Kepada mereka yang telah menyeleweng dan memutar belit fakta sejarah selama ini...ingatlah segala anggota tubuh badan kita akan menjadi saksi utama di akhirat nanti. Ingatlah, Janji Allah itu Benar dan Kiamat itu Benar.
Semoga segala niat suci murni dan fakta-fakta benar ini demi untuk pembongkaran penyelewengan dan fitnah besar selama ini akan dirahmati dan dilindungi Allah senantiasa. Insyaallah!
bolehkah ceritakan mengenai tok ku mat(mngikut cerita nenek moyang) yg merupakan org kanan Sultan Abdul hamid? beliau juga adalah keturunan raja kedah. beliau terkenal dgn kekuatannya.. antaranya mengangkat bongkah batu dijadikan jambatan di yan kedah, menarik akar pokok buluh sehingga terbentuk sungai di satun.terdapat juga sebuah perkampungan yang menggunakan namanya di daerah satun... adakah beliau ini wujud?
Sejarah mengiggatkan bahawa kita harus mengigati pahlawan negara kita dan juga kita harus ingat british dan siam datang ke negara kita untuk mendapatkan bahan galian yg ada pada kita...
Salam Anaianai,
I come across your blog. Interesting.
However, one should think of how to get the accurate information regarding the past history. It is not difficult actually. Just invite the real Iskandar Zulkarnain and ask. He will tell us the real story if we were to correct the untrue facts. Many people nowadays think that those who are dead are dead and will not be able to communicate with them.
The truth is in the Quran. Just read Surrah Al Baqarah, Ayat 154: Allah berfirman " Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang mati/terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya mereka hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya." or in English " And say not of those who are slain in the way of Allah, 'They are dead'. Nay, they are living, though y perceive it not."
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Saya amat berbesar hati jika saudara/i dapat berkongsi pandangan dengan telus dan tepat.
Yang HAK itu perlu dipertahankan dan ditegakkan kembali..Bukan setakat kita sahaja yang perlu tahu.
Teruskan perjuangan anda..
sila lawati juga laman blog ini :
http://kebangkitan1924.blogspot.com/2010/04/dengan-nama-allah-yang-maha-pemurah-dan.html
Segala Puji Bagi Allah,Tuhan Semester Alam.
Iskandar Dzulkarnain adalah Cucu kepada nabi Khidir.CYRUS D GREAT ATAU ALEXANDER D GAY ADALAH CIPTAAN PENDUSTA-PENDUSTA NASRANI, MAJUSI DAN YAHUDI.2 Tanduk yang dimaksudkan ialah Topi yang ada Tanduk Kerbau. @ Minangkabau.Nama bapa Iskandar Dzulkarnain.. Insyaallah aku rujuk pada orang2 tua nanti.
Walaupun post dah lama tapi kebenaran sebenar belum tersingkap nyata.
Tapi dalam hal ini betul ker hembusan api itu ialah daripada naga? Ada x apa2 bukti konkrit yang boleh menjelaskna kewujudan raja dizaman tersebut berserta kewujudannya di lokasi tersebut?
Adalah amat ralat sekali bagi saya untuk mempercayai bahawa dinding tersebut berada di China.
Persoalannya, jika benar dinding tersebut berada di China, mengapa Saydina Umar dan Khalifah al-watiqh, masing2 menghantar rombongan ke kaspia bagi mengakji dinding zulqarnain?
Kedua ialah, melihat dari aspek tujuan tembok tersebut itu dibangunkan. Apakah tujuan pembinaan Tembok Besar Cina itu dengan tujuan Tembok Zulqarnain. Lain kan tujuannya?
Ketiga tentang kaedah pembinaan tembok itu sendiri. Adakah sama?
Boleh terangkan dengan lebih lanjut?
Aslmk...Saya ingin bertanya mengenai Sultan Kedah bernama Sultan Iskandar dan Panglimanya yg bernama Datuk Bustamam. Mrk ni wujud semasa Perang Lukut. Saya ada mencari di internet, so far tak ada apa2 maklumat mengenai mrk. Sekiranya sesiapa yg ada info mengenai mrk, sila hantar kepada saya: anuar240793@yahoo.com....Wassalam
Maaf saya mencelah; Satu sejarah yang jarang dapat diketengahkan tapi pada kenyataan
"baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan"
Saya merasakan tidak tepat; coz ketika zaman Iskandar Zulkarnain .. ugama yg dibawa bukan ugama Muhammad aka Islam tapi ugama Nabi Ibrahim yakni Ugama Tauhid .. jd tiada pengucapan DUA kalimah syahadah .. cuma Kalimah Tauhid..
Btolkan kalu saya silap .. cuma pandangan peribadi
p/s pd Penghulu; kalu dpt berita dari org TUA² .. bab Iskandar tu biarkan jerlaa dulu k .. cuma topi kerbau itu tiada sangkut paut dengan Minang..Kabau .. yg bersangkutan adalah Minang, bukan kerbau tu
Alam takombang jua jd guru
Salam, sebuah blog yang menarik untuk dibaca, walaubagaimanapun, jika anda betul2 ingin menggali sejarah, anda seharusnya mula berbicara tentang tarikh, tahun dan abad, kerana itu amat penting sekali, kalau tidak kita hanya membincangkan sesuatu dalam waktu yang samar. Menarik sekali sebenarnya untuk memecahkan sempadan di dalam membincangkan sejarah, lebih menarik lagi kalau kita tidak terlalu prejudis terhadap agama dan bangsa lain, barulah kita dapat mencari sejarah yang sebenarnya. FYI, Rom dan Greek adalah dua dunia sejarah yang berbeza dalam waktu yang juga berbeza. Alexander adalah dari Greek, manakala Rom pula adalah dari dunia lain. Merong Mahawangsa juga hanyalah sebuah rekaan, bukan sejarah seratus peratus.
Post a Comment