Friday, January 11, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Salam hormat dari kami untuk semua pembaca blog ini. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas kunjungan saudara/i selama ini dari semasa ke semasa. Buat masa kini kami masih lagi meneliti beberapa fakta sejarah dari aspek lain yang berkaitan dengan Sejarah Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Kami juga sedang melihat sejauh manakah Empayar Islam Benua Siam Kedah ini ditutup dari sejarah negara melalui penulisan-penulisan yang dapat kita rujuk hari ini. Kita semua sedia maklum bahawa banyak buku-buku sejarah kita telah diedit oleh mereka-mereka yang mempunyai pengaruh dan sumber kewangan di zaman dahulu (agak-agak siapa, sudah pasti bukan rakyat biasa) sepertimana di sebut diawal kata pengantar buku-buku tersebut. Aktiviti sebegini berlaku sekitar 1800 +, - setelah Inggeris mula berkuasa.

Bukanlah tujuan kami untuk menyalahkan sesiapa, akan tetapi diatas prinsip kebenaran sejarah bangsa siam Islam dari rumpum melayu ini (begitu juga yang lain), kami terpaksa dedahkan juga apa yang sebenarnya berlaku. Selagi penulisan sejarah ditulis berlapik-lapik untuk mencantikkan suasana yang keroh ketika itu, untuk menjaga muka hidung mereka hari ini, selagi itu lah kita terpedaya dengan agenda sejarah versi lama ini. Jangan lah budaya minda dijajah diteruskan setelah 50 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggakan penulisan kita turut juga bersifat demikian.

Mungkin saudara/i pembaca yang berasal dari tengah atau selatan semenanjong tidak pernah mendengar mengenai sejarah Kedah Tua yang diperkatakan oleh generasi tua di Kedah sekitar tahun 1970an dahulu. Inilah dia sejarahnya, banyak lagi akan didedahkan dengan izin dan petunjuk dari Allah. Sejarah negara yang ditulis seolah-olah Raja Siam dan bangsa Siam itu sebagai ‘separate entiti’ adalah bertujuan untuk menutup bukti-bukti yang ada. Sekiranya begitu, ramai penulis-penulis sejarah di Kedah ini pun boleh menulis sejarah orang Jawa, orang Bugis misalnya sebagai ‘separate entiti’ juga, padahal serumpun. Ini berlaku, mungkin kerana mereka menyangka bahawa bangsa Siam dan bangsa Tai itu adalah sama, pada hal tidak. Itu kami perjelaskan disini. Berkemungkinan juga mereka mahu menulis sejarah mereka sendiri berikutan negeri Siam Islam telah pun ditawan tentera Tai Buddha.

Bangsa Siam dan pemerentah Siam beragama Islam dan negeri Siam dibuka oleh Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa (lihat bawah blog). Nagara Siam ini telah ditawan oleh puak Burma Sukhotai yang beragama Buddha dalam tahun 1767 dahulu. Seandainya mereka ini seagama (Siam dan Tai) sudah pasti serangan itu berbentuk lain. Ini tidak, mereka membakar dan meruntuhkan masjid-masjid didalam bandar Ayuthia. Pada rutuhan bangunan itu mereka didirikan patung-patung bagi menutup bukti keislaman Kerajaan Siam di ibu negerinya, Ayuthia. Hari ini, sejarawan mereka sendiri mengaku terdapat 21 buah masjid dalam bandar Ayuthia (lihat dibawah).

Mereka ini adalah penjajah negeri Siam bermula dari Yotfa Chulalok, bergelar Rama I. Chulalok bermaksud anak menteri. Serangan Siam keatas negeri Kedah dahulu (1821) adalah serangan tentera Tai yang menjajah negeri Siam, bukan serangan tentera Siam. Oleh kerana tentera Tai ini datang dari negeri Siam yang dijajah mereka, sejarah kita pun mengatakan mereka ini orang Siam. Setelah selesai menghancurkan bukti sejarah di Kedah, orang Tai ini menukar nama negeri Siam kepada Thai-land sempena nama puak mereka Sukho-tai. Dalam bahasa Siam Kedah, Sukho bermaksud ‘suku atau puak’ dan tai bermaksud ‘kafir’. Bahasa Siam Kedah adalah bahasa resmi yang dituturkan oleh raja-raja Ayuthia dahulu, ia bukan bahasa tai. Pengkaji bahasa dinegara kita patut menjalankan kajian mengenai bahasa Siam Kedah ini sebelum ia lupus.

Pada masa yang sama kami berterima kasih dan amat bersyukur ke hadrat Allah SWT diatas maklum balas terbaru yang kami terima dari Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Adalah diharapkan selepas ini akan muncul lebih banyak lagi pengkaji dan penulis sejarah untuk meneliti semula sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam Islam yang telah mula digali semula ini.


Surat bertajuk "Bukti-bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah" dari Pesuruhjaya Warisan merupakan satu penghormatan dari segi pengiktirafan pihak Kerajaan melalui Jabatan Warisan Negara bahawa wujud sebuah Empayar Islam di Kedah di satu ketika dahulu. Surat-surat kami sebelum ini tidak pernah menyebut perkataan empayar walaupun kami tahu begitulah hakikat sebenarnya. Empayar Islam ini telah digelapkan melalui konspirasi sejarah oleh pihak tertentu dizaman dahulu. Terima Kasih dari kami.


Tujuan kami bukannya nak merampas Thailand, bukan nak rampas mana-mana wilayah (seperti e mail bodoh yang kami terima) tetapi nak memperjelaskan sejarah supaya semua orang tahu punca berlaku sesuatu itu yang telah membawa kepada adanya keadaan seperti hari ini. Semuanya terkambus dalam sejarah yang telah disembunyikan. Sebagai rakyat mana-mana negara ASEAN kita berhak tahu apa yang berlaku kerana dulu kita serumpun, adanya. Malah, sebutan agama seperti diatas adalah bertujuan supaya pembaca lebih mudah faham perbezaan antara kedua bangsa ini. Itu sahaja. Kami bukan anti mana-mana agama namun kami tetap pro Islam.

Semoga Allah SWT yang maha segala-galanya membantu membetulkan sejarah bangsa Melayu dahulu demi kebenaran agama Islam yang diredhai Allah SWT, demi para syuhadah dahulu yang pergi tidak bernama, demi “...memartabatkan lagi sejarah awal negara”, iaitu sejarah kedatangan dan pemerintahan Islam rumpun Melayu Siam di Nusantara ini.

Ingatlah, bahawa bangsa Melayu hari ini bukanlah satu bangsa yang tercorot, malas, lemah seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Ia satu bangsa yang jauh lebih baik dari itu.

Selamat Menyambut Maal Hijrah
Salam Hormat.

2 comments:

Anonymous said...

ketuanan wilayah nusantara ini adalah merupakan ,wilayah ketuanan minan kabau ,sebagai penerus syariat yang bermula dari nabi adam alaihissalam ,nabi ibrahim alaihissalam,nabi muhammad s a w,seterusnya raja minang kabau yang meneruskanya kerajaan sedaulat dunia dari matahari sampai terbenam ,masyariq wal magharib

Anonymous said...

sumber rujukan rasmi kajian DNA itu : https://yentown.us/wp-content/uploads/137/1.pdf
penerangan lengkap kajian DNA itu : http://humpopgenfudan.cn/p/A/A1.pdf
• Data di atas membuktikan, raja minang kabau /kerajaan pagaruyung/,raja sedaulat dunia,tuan raja di asia timur ,sudah selayaknya masyrakat dunia seluruhnya beraja kepada raja minang kabau.sebagai pewaris raja islam ,dari keluarga junjungan besar nabi Muhammad S A W ,nabi dan rasul,penghulu seluruh alam .

universiti yang terlibat dalam kajian DNA yang membuktikan bahawa bangsa di timur Asia itu berasal dari DNA Melayu
1) Chinese National Human Genome Center, Shanghai, CHINA
2) Institute of Genomics and Integrative Biology, New Delhi,
3) University of Tokyo, JAPAN
4) Center for Genome Science, Korea National Institute of Health, Seoul, KOREA
5) Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA
6) Genome Institute of SINGAPORE
7) Institute of Biomedical Sciences, Academia Sinica, Taipei, TAIWAN
8) Affymetrix, Inc. USA