Wednesday, December 19, 2007

Lawatan ke Phattalung, Trang dan Krabi


Peta pelancungan Krabi dan Phuket

Salam hormat kepada semua pembaca blog ini. Sudah lama saya tidak bertemu saudara dengan artikel terkini. Baiklah, baru-baru ini saya telah membuat lawatan atas jemputan Konsul Malaysia Thailand untuk melawat Haadyai, Phattalung, Trang dan Krabi.Tujuan lawatan ini adalah untuk memelihara hubungan baik yang sedia terjalin diantara kedua buah negara.

Disana kami telah bertemu dengan Gabenor Krabi dan turut melawat beberapa penempatan orang-orang Islam. Memang terdapat ramai orang-orang Islam yang masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu Kedah dan juga Patani. Untuk makluman pembaca yang bukan dari Utara semenanjong, orang orang Kedah tidak memanggil Thailand sebagai Thailand. Mereka menyebutnya sebagai Siam kerana dari segi sejarah hubungan baik ini sudah sedia terjalin. Persempadanan yang ada hanya wujud 50 tahun sahaja berbanding hubungan sejarah sediada.

Pemandangan dan cuaca disana adalah sepertimana di Malaysia dengan ladang-ladang getah dan juga ladang kelapa sawit dikiri kanan jalan utama bandar-bandar diatas. Jalan utama dua hala kiri dan kanan bukanlah lebuhraya tertutup dan tiada tol yang dikenakan kepada semua kenderaan yang menggunakan laluan tersebut (hingga ke Bangkok). Namun kualiti jalanrayanya baik dan papantanda arah yang mudah difahami ditulis dalam dua bahasa.

Mungkin pemandangan yang kurang enak ialah kabel letrik yang terlalu banyak dan bertingkat-tingkat sepertimana digunakan di Malaysia di sekitar tahun 60an dahulu. Pekan Sadao pula sudah berubah menjadi bandar berbanding lawatan saya sekitar tahun 1973 dahulu. Lawatan terakhir saya pada tahun 2003 adalah melalui Padang Besar.

Masyarakat Islam dan Buddha di sebelah pantai barat ini rata-ratanya mesra dan peramah. Dari pengamatan kami perhubungan kedua kelompok masyarakat ini sudah sedia terjalin sekian lama, dengan itu asimilasi kaum mudah berlaku. Perhubungan kami dengan mereka menjadi mudah dengan rakan kami yang boleh bertutur bahasa Thai. Kami turut mengungjongi beberapa Masid disana dalam usaha mendekati masyarakat Islam secara dekat dan berhemah. Yang saya kira menarik ialah sekitar 60-70% penduduk di Krabi adalah beragama Islam. Malangnya, bahasa Siam Kedah pula sudah tidak difahami lagi disana.



Masjid Amman dalam perjalanan ke Pantai Ao Nang. Antara yang baru dengan yang lama



Dari aspek pemakanan pula, makanan asas seperti nasi berlauk dan ulam-ulaman memanglah sama namun kami tidak terlepas menjamah Tom Yam versi Thailand berhampiran Setesen keretapi Trang. Di samping itu makanan ringan seperti roti canai, roti pisang pun ada dijual oleh penduduk Islam disana. Soal mencari makanan halal tidak timbul bagi kami.


Penyediaan roti pisang pun kena tebar dulu.

Kami juga berpeluang melawat beberapa tempat percutian seperti Nopparat Thara Beach dan Ao Nang Beach. Disini jumlah pelancong dari Barat begitu ramai seolah-olah berada di Tanjong Bunga Pulau Pinang. Bot-bot untuk 'Island Hopping' pun banyak untuk pelancong melihat pulau-pulau kecil di sekitar lautan Andaman ini. Bagi pembaca yang belum pernah ke sana dicadangkan untuk pergi melihat sendiri kecantikkan alam semulajadi disana.

PS: Lawatan ini hanyalah untuk meninjau suasana kehidupan masyarakat Islam disana bukannya untuk mengkaji sejarah.

4 comments:

Salmi said...

Selain daripada bahasa Melayu dialek Patani dan dialek Kedah, ada di antara masyarakat Melayu selatan Thailand masih menggunakan bahasa Siam yang sangat mirip bahasa Siam Kedah. Contohnya seperti yang dapat kita lihat di kalangan peniaga di pekan sehari (Ahad) di Wang Kelian, sempadan Perlis/Setul.

Ada juga pekerja penoreh getah di Kedah daripada Chenak(Chana)yang berbahasa Siam sebagai bahasa ibunda selain masih menggunakan nama Islam dan pakaian tradisi Melayu.

Unknown said...

Saya mengikuti ruangan ini dengan penuh minat kerana saya pernah belajar sejarah lama dan saya mempunyai sanak saudara dalam titisan kekuluaga tersebut. Sehubungan itu saya berpendapat elok diperjeleskan lagi beberapa perkara saperti:

1. Istilah Kedah Pasai Ma.
2. Menhuraikan sejarah raja-ra keturunan merong Mahawangsa.
3. Menhuraikan mengenai sejarah mengenai Langkasuka dan Ketaha Tua termasuk kawan taaloknya.
4. Peranan Daeng Perani dan Bugis dalam rebutan kuasa di Kedah.

Salam

anaianai said...

Memang benar salmi. Satun atau setoi ini hanya balik sana/kembar Perlis sahaja. Bahasa ini hampir sama dengan bahasa siam yang dituturkan di Perlis kerana ia bukan bahasa Tai.

anaianai said...

al hussaini

terma kasih. kami sedang meneliti maklumat yang bertulis dan bandingkan peristiwa sebenar yang berlaku berdasarkan maklumat primary (menemuduga individu).