JAMUAN MAKAN MALAM TERTUTUP PERSATUAN KELUARGA SYARIF ABU BAKAR SYAH, YANG DIPERTUAN KEDAH PASAI MA KE II.
Oleh Waris Syarif Yang Di Pertuan
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya baru-baru ini Persatuan Keluarga Syarif Abu Bakar Syah PKSABS telah selamat mengadakan jamuan makan malam tertutup disebuah Hotel terkemuka di Sungai Petani sempena menyambut bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri.
Majlis tersebut yang telah sekian lama dirancang oleh Ahli Jawatankuasa persatuan telah selamat disempurnakan dengan penuh Adat Istiadat di Raja sepertimana termaktub didalam manuskrip Undang Undang Kedah. Majlis tersebut turut dihadiri kerabat diraja, Dato-dato, pembesar, penyokong, ahli persatuan dari jauh dan dekat.
Secara simboliknya, bagi meraikan majlis makan malam itu, Pengerusi persatuan sebagai Syarif Yang Di Pertuan Kedah Pasai Ma II telah bersetuju bersama-sama ahli jawatankuasa persatuan untuk menganugerahkan ‘Selempang Kebesaran Bergelar’ kepada penyumbang tabung persatuan dan majlis makan malam tersebut. Sesungguhnya, segala sumbangan dan sokongan mereka selama ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disamping itu, persatuan ini yang ditubuhkan hampir 2 tahun lalu telah mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan diantaranya pembersihan kawasan makam-makam lama yg bernesankan Batu Nesan Aceh, mengadakan Mesyuarat Agong dan mesyuarat AJK, perjumpaan dan Hari Keluarga bagi mengeratkan lagi silaturrahim diantara ahli-ahli keluarga dan penyokong persatuan.
Adalah juga dimaklumkan bahawa persatuan tidak berminat untuk membuat sebarang tuntutan takhta atau kuasa yang boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian dan kehidupan seluruh rakyat Malaysia. Sebagai sebuah persatuan yg asalnya adalah dari keluarga Khalifah Islam, persatuan berpegang teguh kepada saranan dalam "Qutbah Wida", Khutbah terakhir Baginda Rasulullah SAW, terutama sekali, "kembalikan yg hak kepada yg berhak". Bagi kami, kembalikan bukanlah bermakna dengan cara membuat tuntutan. Hubungan silaturrahim kekeluargaan sesama Islam lebih penting. Kesalahan mereka terdahulu bukanlah kesalahan mereka yg ada hari ini. Sejarah diceritakan demi kebenaran untuk dijadikan iktibar dan tauladan agar ia tidak berulang lagi. Dengan itu, persatuan lebih berminat dengan aktiviti bercorak kemasyarakatan, keagamaan yg menjadi landasan Khalifah Islam kita dizaman dahulu.
Melalui pengumuman ini juga harap maklum bahawa mulai tarikh ini tidak akan ada lagi mana-mana persatuan atau majlis lain yang mewakili Majlis Yang Di Pertuan Kedah Syarif Abu Bakar Syah yang berkaitan dengan blog Empayar Islam Benua Siam Kedah. Keputusan ini adalah muktamad dan ia telah direstui oleh waris-waris yang paling tua dari dalam persatuan ini. Sekian.
Mengucapkan tahniah diantara satu samalain selepas selesai majlis
Para Hadirin mula mengambil tempat.
Jamuan makan malam sebaik selepas selesa imajlis