Thursday, April 26, 2007

SEJARAH NAGARA KEDAH - Bahagian II

Orang Melayu Keturunan Siam

Oleh anaianai

Dari mana pula kita hendak memastikan bahawa raja-raja kita mengamalkan adat siam sedangkan selama ini pembaca termasuk saya sebelum pada ini tidak mengetahui perkara ini. Untuk itu kita perlu melihat sebuah manuskrip lama yang di bukukan bertajuk Undang-Undang Kedah, terjemahan Maryam Salim, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,2005. Ia merupakan sebuah teks penulisan jawi perlembagaan Nagara Kedah dahulu (bukan negeri Kedah yang kecil seperti hari ni). Manuskrip ini baru dipulangkan oleh Inggeris sekitar tahun 2003/2004 setelah dirampas di Kota Beruas sewaktu mereka menyerang dan membakar istana raja siam islam disana. Inilah sikap penjajah yang cuba menutup kebesaran dan kemaraan agama islam di nusantara ketika itu. Manuskrip ini ditulis berperingkat-peringkat dan pada penghujung manuskrip di tulis seperti berikut,

“Tamat al kalam bilkhair wassalam, hijratun nabi sallah alaihi wasalam,dua ratus dua puluh tahun, pada bulan Rabiulawal, pada hari Selasa, zaman Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir duduk diatas takhta kerajaan di negeri Acheh Darussalam yang mashyur dibawah angin…….”

Sekiranya manuskrip ini telah mula ditulis sejak tahun 220 hijrah (800 M) lagi, ini bermakna Acheh ketika itu sudah mempunyai raja yang beragama islam bernama Sayyidina Ali. Ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, bersemayam di Bukit Tereh, Muar Johor. Sultan Sayyidina Jamalul Alam ini pula ialah anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa yang berkerajaan di Kuala Muda, Merbok Kedah. Istana Merong Mahawangsa terletak di Bukit Choras, Kulim Kedah (dikatakan sebagai kuil hindu). Permaisuri Merong Mahawangsa, Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri (keturunan Bani Hasyim) digelar Tok Soh. Makam dan Kg Tok Soh masih ada hingga kini.

Seperkara lagi ialah, jika manuskrip ini memperkatakan tentang undang-undang Kedah, mengapa pula ia ditulis di Acheh. Berdasarkan kepada salsilah diatas (cucu,anak dan datuk) membuktikan jajahan Nagara Kedah Islam ketika itu sedang membesar dan ia termasuk juga Acheh, semenanjung tanah melayu (disebut Melaka) dan Ligor.

“Hikayat Merong Maha Wangsa and The History of Kedah or Kedah Annals described Langkasuka as covering the Isthmus (se genting ke ra) from sea to sea, from the port of Pattani to Kedah, with Gunung Jerai as the centre of the kingdom.” :
Zulkifli Mohamad, “Evanescent Kingdoms, Everlasting Spirit,Seeking Langkasuka”,ms6.


Inggeris sewaktu menjajah negara kita, telah cuba menghilangkan bukti sejarah dengan membina loji air di dua kawasan ini iaitu di Bukit Choras dan Bukit Tereh sekaligus memusnahkan tinggalan istana disitu. Saki-baki tinggalan kota istana masih lagi terdapat di dua bukit ini. Malangnya, sejarah kita dah pun tertulis seperti yang kita ketahui hari ini, berversi barat. Manuskrip Undang-Undang Kedah ini samada kita setuju atau tidak membuktikan islam telah sampai ke Semenanjong Tanah Melayu dan Acheh (dalam Nagara Kedah) jauh lebih awal dari Melaka.

Petikan seterusnya,

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”.(ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut.

Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,
“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam.”


Mengikut manuskrip ini lagi, Maharaja Siam ini disebut Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia (diikuti nama mereka), sementara raja-raja daerah disebut Paduka Seri Sultan (diikuti nama mereka). Ini jelas kekal sehingga kehari ini.

“ Pada tarikh seribu enam puluh tahun, tahun Zai, pada tujuh belas hari bulan Jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah dititah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk Besar di Hulu alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit”, m.s.1.

Lagi bukti berkenaan Paduka Seri Sultan yang menjadi menteri,

"Maka adat ini daripada raja-raja duhulu sampai pada Marhum Naga turun pada Datuk Besar , turun pada Datuk Seri Tuan Tuha, turun kepada Datuk Maharaja Encik Yusuf dikurnia Paduka Marhum Kimbang akan Datuk Maharaja segala adat ini dan suatu dikurniai kepada Datuk Seri Bongsu, iaitu Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Tamat/" (m.s 40)

Marhum Naga ialah Almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Dalam sejarah Thailand baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II. Di Melaka, baginda bergelar Parameswara Melaka (1424-1448).

Ayahanda baginda, Tunku Mohammad Chan memakai gelaran Sultan Mohammad Johan Syah III dan bergelar Tok Temong di Beruas (Perak). Baginda pernah menjadi Raja Kota Beruas
(1388 - 1395). Sejarah Kedah ditulis dengan nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah sebagai satu nama sedangkan nama Muhammad Syah adalah nama ayahanda baginda !!

Seterusnya ayat, '...Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit', membuktikan bahawa Perdana Menteri Kedah menetap di Anak Bukit dan bergelar Datuk Seri Bongsu. Gelaran ini diberikan kerana Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang berkahwin dengan adinda bongsu Syarif Yang Di Pertuan. Pada hari ini, Istana di anak bukit adalah tempat bersemayamnya Sultan Negeri Kedah.

(Jika anak cucu Perdana Menteri kepada Maharaja menjadi Sultan Kedah, kemana perginya pulak keturunan Maharaja Siam (Syarif Yang Di Pertuan) Islam pada hari ini?)

Seterusnya,

“Hijrat Al Nabi sallallahu alaihi wasallam pada seribu tujuh puluh delapan tahun, tahun Dal, pada bulan / Rabbiulawal, hari Isnin, zaman hidirat Maulana Syah Alam semayam di Kota Palas pada ketika itu titah Syah Alam Yang Maha Mulia pada segala pegawai yang tua-tua suruh perbuat undang-undang”. ms 17.

Datuk besar di hulu ialah memanda menteri yang menjadi paduka raja kepada Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, Maharaja Benua Islam Siam yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

“Itulah asal nakhoda dalam negeri Melaka dengan titah Duli Yang di Pertuan Yang Maha Mulia, ialah mengatakam segala hukum itu tatkala pada zaman negeri Melaka.”(ms98)

Di muka surat yang sama,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hijrah Nabi sallahahu alaihi wasalam seribu enam puluh tujuh.”

Kita lihat pula perjanjian Raja Pulau Pinang Paduka Seri Sultan Abdullah, dengan Inggeris pada kali pertama dalam tahun1786 yang mana baginda tidak dibayar satu sen pun oleh Inggeris. Paduka Seri Sultan menyerang Inggeris dalan tahun 1791 tetapi tewas. Inggeris enggan membuat bayaran kerana mereka tahu Paduka Seri Sultan Abdullah tidak ada kuasa untuk mewakili Pulau Pinang, setakat raja daerah sahaja, bergelar Paduka Seri Sultan. Perjanjian kedua pada 20 April 1791 terpaksa dibuat kerana Inggeris telah pun mendudukki Pulau Pinang semenjak 11 Ogos 1786. Perjanjian kali kedua (1) ini mempunyai 9 syarat, dimana 3 syarat membuktikan kewujudan Maharaja Besar Benua Siam iaitu,

Fasal kedua, menyebut,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah bersetuju tidak akan menghalang atau mengenakan cukai keatas apa-apa bekalan yang dibeli di Kedah bagi keperluan Pulau Pinang dan kapal-kapal Syarikat Hindia Timur.

Fasal kelima,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membenarkan mana-mana kuasa Eropah yang lain mendudukki mana-mana tempat di Kedah.

Fasal kesembilan,
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Negeri (Nagara) Kedah tidak akan membekalkan apa-apa barangan keperluan kepada mereka yang bermusuh dengan Syarikat hindia Timur.

Berdasarkan kepada beberapa contoh yang diberikan diatas, pengkaji dan persatuan sejarah tempatan tidak seharusnya menafikan kewujudan Maharaja Benua Islam Siam ini. Mereka juga tidak sepatutnya berdolak dalih lagi. Jangan sekali-kali menggunakan perkataan titah dan Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Paduka Seri mana-mana raja daerah yang memerintah ketika itu kerana adalagi kuasa yang lebih besar yang mereka bernaung dibawahnya.

Baginda Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Nagara Kedah, Maharaja Besar Siam, Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak mendapat apa-apa bayaran kerana fasal satu mengatakan Syarikat Hindia Timur akan membayar 6 ribu ringgit Sepanyol kepada Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang. Perjanjian ini pula dimansuhkan dalam tahun 1800. Pada tahun 1821(tahun musuh bisik), Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Permaisuri baginda Puteri Sultan Langkat Pasai dan 4 orang putera baginda telah dibunuh tentera Buddha thai, Raja Rama Chakri I di istana Kota Meang Kuang, Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.

PS : Maklumat terbaru mengatakan bahawa Khalifah Sharif Abu Bakar Syah tidak pernah menandatangani perjanjian dengan Inggeris atau mewakilkan sesiapa pun untuk pergi menendatangani perjanjian itu. Nampak gayanya macam ada konspirasi antara Paduka Seri Sultan Abdullah dengan Inggeris.



(1) Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987, ms63,64.

3 comments:

Anonymous said...

sekiranya benar apa yg didakwa, knpakah sejarah ini di hapuskan..bleh bg pnjelasan..

anaianai said...

Very Good Question.Banyak sebab sebenarnya. Sila baca artikel2 yg lain, mmg ada kaitan. Tuanku Sultan pun tau,sebab masa remaja dulu dia biasa kot Titi Hj Idris dan Tualang, tempat adik beradik dia, takkan dia dah lupa kot.Saya jumpa Tuanku masa Bthday tuanku, saya sebut pasai ayah mak mertua saya (Cik Gayah), Kerani Mahmud yg berkerja dalam istana dia masih ingat lagi !!! Tu cerita masa Tuanku budak-budak, takkan yg masa remaja dia lupa kot.

Sultan Badlishah pun baik dengan Tuanku Nai Long Mahmud (datuknya Tuanku Nai Long Kassim)sebab mereka membesar sekali disana setelah disisihkan oleh Sultan Abdul Hamid dulu.Sultan Badlishah tinggal dgn Nik Muhammadiah dan Datuk Nai Mariam (ex Sultan Legeh dan Sultanah) Baik betul2 nih... macam dua beradik. Semua nih terhenti apabila Sultan Badlishah mangkat dan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, faham2lah.Habis semua keistimewaan dia tarik balik, Kota Meang Kuang pun dgn arahan dipecahkan tahun 1964 dulu,takkan dia tak tau istana tu bukti sejarah Kedah.Lagi pun kita dah merdeka, nak takut apa lagi. Takut rahsia tok Wan dia terbongkar kot?. Datuk Tengku Hamdi pun tahu sebab dia jemput TNL Kasim p dinner kerabat d raja kedah tahun 2001 dahulu. Cadangan i, u try sembang dengan dia tengok, kot-kot dia boleh cerita detail lagi.

pesfreak said...

kalo camtu tok temong tu bukan la pompuan?