Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my
jumaat 3 april 2009
dipetik dari, *My Metro.
KEMPEN bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak ini semakin hangat apabila sudah menjangkau empat hari dengan pelbagai taktik dilakukan oleh parti politik bertanding dan calon Bebas tunggal ‘beraksi’.
Namun di sebalik kehangatan itu sewajarnya direnungi sejarah terlakar di sekitar kawasan Parlimen berkenaan yang memiliki tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.
Di Parlimen inilah tercatatnya sejarah landasan kereta api terbina di Malaysia apabila beroperasi 1 Jun 1885 di Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld dan berdekatan dengan bandar Taiping yang terkenal dengan lombong bijih timah satu masa dahulu.
Mengikut sejarah juga Bukit Gantang satu ketika dahulu pernah dijadikan pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar selepas dilantik sebagai Raja Larut melalui pelantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III yang dikenali sebagai Panglima Bukit Gantang dan juga Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada 1856.
Ketika diera pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam.
Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping.
Apabila Syed Alang Alauddin mangkat pada 1862, Long Jaafar dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Muadzam Syah dan baginda melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut yang memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sungai Limau.
Bagaimanapun, pergolakan dan campur tangan penjajah Inggeris bermula pada era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikannya dihukum buang negeri kerana terbabit dengan komplot pembunuhan Residen British pertama di Perak iaitu Sir James Birch.
Begitulah bibit sejarah yang pernah tercatat di kawasan ‘pertempuran’ tiga penjuru dalam pilihan raya kali ini.
Kini Parlimen Bukit Gantang mempunyai satu lagi tarikan baru iaitu mi udang yang cukup dikenali di Kuala Sepetang kerana terdapat puluhan kedai mi udang di kawasan itu dengan pelbagai menu berasaskan udang segar nyata membuatkan pekerja parti tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya.
Dengan keadaan itu, peniaga dilimpahi durian runtuh apabila tidak menang tangan melayan pelanggan yang memenuhi kedai mereka hingga menyebabkan seorang rakan penulis begitu teruja mengira keuntungan diraih mereka itu.
Mengikut rakan yang berselera masakan mi udang goreng istimewa yang berharga RM13 sepinggan, peniaga mampu meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit pada satu hari.
**********************************************************************************
PS ; Memang ada Sultan Jaafar lain dalam Sejarah Kesultanan Perak, akan tetapi Sultan Jaafar yang kami maksudkan ialah "yang melantik Ngah Ibrahim menggantikan tempatnya dalam tahun 1862". Inilah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Yang Di Pertuan Negara Kedah, Sultan Jaafar Muadzam Syah.
Dari buku "Cempakasari, Sejarah kesultanan Perak", M.A Fawzi Basri, ms148.
Sebagai menteri inilah baginda dikenali sebagai Long Jaafar dalam sejarah Perak. Setelah ayahanda baginda Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang mangkat dalam tahun 1862, baginda telah menggantikan tempat ayahanda baginda sebagai Yang Di Pertuan Kedah. Kekosongan jawatan beliau di Larut kemudiannya baginda serahkan kepada Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad. Jangan tersilap, Raja Ngah Ibrahim adalah anakanda baginda Sultan Jaafar dan bukannya Enche@Nai Ngah Ibrahim bin Nai Ngah Lamad.
Anakanda baginda sebenarnya ialah Raja Ngah Ibrahim yang meninggal di Singapura dan dibawa balik ke Perak dengan kapal TLDM baru-baru ini. Raja Ngah Ibrahim berniaga barang-barang kemas dan berpindah ke Singapura apabila berlaku kekecohan di Perak. Beliau meninggal dunia di sana. Abang sulungnya ialah Raja Sulaiman dan adik perempuannya ialah Raja Alang Sapiah. Bonda mereka bertiga ialah Ngah Sepora.
Ngah Sepora pula ialah adik perempuan kepada ayahnya Ngah Ibrahim yang bernama Nai Ngah Lamad bin Megat Terawis (Ngah Ibrahim bin Ngah Lamad bin Megat Terawis).
Dalam lain perkataan Ngah Ibrahim ialah cucu kepada Megat Terawis dan Ngah Sepora (bonda kepada Raja Sulaiman, Raja Ibrahim dan Raja Alang Sepiah adalah anak Megat Terwis) adalah mak saudara Ngah Ibrahim. Raja Ngah Ibrahim dan Ngah Ibrahim adalah saudara sepupu. Maklumat ini diperolehi dari waris yang masih ada di Kedah.
Yang pastinya, mereka semua adalah waris Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ( @ Raja Nambang-air telok @ Raja Bakar @ Syarif Abu bakar) bergelar Boromoraja Ekataat V, Mahadammahayaza, dan permaisurinya Tunku Suriya Marin ibni Tok Pasai (Tok Pasai adalah cucu Narai Iskandar Mahkota Alam @ Hang Tuah).
Baginda berdua adalah Maharaja Benua Islam Siam Dinasti Ayuthia yang ke 33 (terakhir) , diusir bersama pengikutnya dari Ayuthia dalam serangan Sukhothai tahun 1767 dan akhirnya dibunuh oleh tentera thai di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 (lihat salasilah dan artikel kami dibawah).
Hari ini, barulah jelas kepada kita sejarah bangsa kita. Yang kita ada di Perak hari ini adalah dari keturunan raja boneka lantikkan penjajah Inggeris bermula dari tahun 1874 dan mula berkuasa sepenuhnya melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang mereka tandatangani pada 31 Januari 1948 sahaja. Pada tarikh inilah mula wujudnya raja-raja melayu di semenanjung tanah yang telah di "melayu" kan.
Terdahulu dari itu siapakah Yang Di Pertuan Agong kita di Semenanjung Melaka?
71 comments:
Entri ini diposkan sesuai pada masanya.
Wassalam.
Syukur...
Saya bersyukur sangat..
Terima Kasih Saudara Nai Mazlan dan rakan - rakan..
Terima kasih The Malay Press..
Terima kasih Naim Firdausi
dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nai Long Kassim..
Terima kasih kembali Leenoh dan dragsuperstar...
Mungkinkah ada kesilapan? Megat Terawis (Koya Ngah) dan Sultan Mudzaffar Syah III (Koya Long)adalah adik beradik (saya merujuk kepada salasilah yg anda berikan di dalam blog ini juga). Maka Ngah Sepora adalah Nenek Saudara Sepupu kepada Raja Ngah Ibrahim.
Opppsss.... Silap daa... Long Jaafar (Sultan Jaafar Muadzam Syah) berkahwin dengan Ibu Saudara Sepupu nya iaitu Ngah Sepora, jika mengambil perkaitan di antara Sultan Mudzaffar Syah III (Panglima Bukit Gantang)dan Megat Terawis? Betul tak?
Saydara Jose yang silap...Sultan Mudzaffar Syah III bukan Panglima Bukit Gantang. Anakanda baginda SMS III adalah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang.
x yah terima kasih la dragsuperstar...benda belum abis lagi. :-)
Artikel Hmetro ni version mana punya, puas aku cari kat internet dan beli senaskah kat kedai tapi cari tak jumpa. Edisi utara punya kot?
Baguslah kalau akhbar harian dah boleh terima sejarah realiti. Yang aku tak puas hati ialah dalam liputan pilihanraya Bt. Selambau, depa masih label orang Thai sebagai orang Siam. Bukankah lebih tepat kalau guna terminologi Thai sahaja untuk puak Buddha ni? Tak dak sapa nak komplen. Aku dah hantar e-mail kepada salah seorang pengarang Harakah, depa pun sama juga tak mau nak faham-faham.
Satu lagi kesilapan... nak cepat sgt.... OK. Tapi dr segi pangkat tu betul tak? Long Jaafar (Sultan Jaafar Muadzam Syah) berkahwin dengan Ibu Saudara Sepupu nya iaitu Ngah Sepora, jika mengambil perkaitan di antara Sultan Mudzaffar Syah III dan Megat Terawis? Betul tak?
Juga nak mintak sedikit pandangan... bagaimana dengan versi sejarah Perak berkaitan Sultan Muzaffar Syah sebagai Sultan Perak yang pertama yang diceritakan mendarat di Beting Beras Basah dari Kampar (Sumatera) dan Sultan2 selepas itu dari perspektif Sejarah Realiti?
Jika tidak silap juga, jika merujuk Cempakasari, ada perbezaan cerita kerana di dalam Cempakasari, Sultan yang pertama Perak bukan Sultan yang datang dari Kampar (Sumatera) itu.
Salam.
Am wondering mengenai salasilah kesultanan perak niii... are they not the real bloodline or sipih sipih ada darah juga?
Please elaborate..
Thank you
Salam,
This subject are timely for latest situation in our country now.
Nevertheless, am trying to understand which is which, the sultan of perak now doesnt have the real sultanate bloodline thoroughly or ada sipih sipih?
Please elaborate and keep up the wonderful work.
Now that we have known secara nyata, Malaysia is negara yang berkah dengan penamaan dari raja pertama dan perdana menteri pertama, juga turutan nama pemimpin R.A.H.M.A.N berarti segala peristiwa sejarah negara kita ini mempunyai rahsia yang penuh hikmah untuk kejayaan gemilang ummah ke depan. And this is on hijrah 1430, dimana date 1 muharam tahun ini jatuh pada hari isnin dan juga bermula tahun dalam angka 1. Brilliant.. Alhamdullillah
Saudara2 semua Salam...saya nak tambah sikit leh!.PRK Bt Gantang menarik.DUN Cangkat Jering dulu.Penduduk2 Kg Bukit Gantang,Air Kuning dan pekan Changkat Jering kebanyakannya adalah kaum kerabat dan pengikut2 Syed Alang Alauddin yang asal.Tok Nenek depa dari asal cakap loghat Kedah.Manakala Kg. Jelutong,Cheh Changkat Ibol,Bendang Siam, Bt 8 dll cakap telo Patani. Masa Thai perut hijau serang patani depa lari mai ikut Gerik, Lenggong. Disitu berpecah ada pi Bt Gantang dan ada pi sampai Batu Kurau,Jelai dan Selama. DUN Kuala Sepetang pula pengikut asal yang jaga pelabuhan Sungai Limau dan kuala Jaha, Kuala Terong dan Kuala Sepetang.Jaga takut orang serang dari laut. Depa ni semua termasuk Tok Nenek sayalah semua mai dari Kedah. Orang DUN Kuala Sepetang tok nenek cakap loghat Kedah. sebab tu nama Sg Limau. Orang Sg Limau Kedahlah kami berasal. Syed Alang Alauddin mendarat di Sg Limaulah. Masa tu Panglima Nayan, Panglima Hitam dll berkampung di situ. Berperang sakan dulu disitu jadi padang jarak padang terkukur di Matang Gelugor.Pelabuhan Sg Limau bertukar ke Port Weld pasai British nak bawa keluar barang depa bukan En Ngah Ibrahim yang nak tukar ini soal pertahanan, pasai tu pilih Bt Gantang. DUN Terong pulak pecahan dari orang Sg Limau dan dari Beruas pakat pakat jaga pelabuhan takut pulak serangan dari Acheh. Depa ni cakap loghat Kedah. Jadi PRK Bt Gantang ni cerita anak beranak kita dalam blogni lah. Sepanjang pilihan rayani saya dok pi kempen kat depa pasal sejarah kita. Sapa kita? sejarah panglima BT Gantangni Klasik tak pernah tenang dan aman asyik dok kena naya ja, dari Syed Alang Alauddin ,Syed Long Jaafar sampai ke Panglima BT Gantang Abd Wahab. Tolong Saudara Anai anai bantu saya sikit....betulkan saya...salam...
Anai2,
Pernah saya katakan dulu, jgn dicampur adukkan salasilah Raja Daerah Perak dengan salasilah EIBSK. Ia menimbulkan kekeliruan terutama kepada pembaca2 baru sperti Preencess dan Jose Yusri.
Raja daerah Perak biarkanlah mereka dengan salasilah mereka. Tiada kene-mengena dengansalasilah Maharaja Nagara Kedah. Perlu huraikan secara jelas dan mudah diterima supaya Kesultanan Perak sekarang tak 'diganggu' dan martabat SMIII, Sultan Jaafar Madazam dan lain2 tak "jatuh" setaraf dengan Raja Daerah. Harap jgn melenting dahulu dengan kenyataan saya, baca dlm2 dan fahami maksud kebaikan yang saya cuba bawa
Salam untuk semua rakan rakan diatas...Wah..habat demam pilihanraya disini pun, sampai ke bandar Sungai Petani banner dan banting, luas betul kwsn Bukit Selambau N25 ni. Nagasari, mcm di Bukit gantang juga sini pun, hebat !!!
Saudara Shahrizal, sebenarnya pada setiap artikel saya, saya menjawap emel yang saya terima. Ada terselit juge sb nk jwp banyak sangat..menyelam sambil minum air. Soal raja yang setaraf ka, melenting ka tidak timbul.. haha. (sejarah Kesultanan Perek ni dah ramai bertanya semenjak isu politik disana baru-baru ini). Masalahnya ada sesetengah pembaca blog ini baru je baca satu artikel tapi dh bagi komen...tak sabar-sabar,haha.. Dengan sb tu bnyk yg tak berapa faham dan timbul banyak persoalan yang tersasar.
Masa tidak menyebelahi saya dan rakan-rakan akhir-akhir ini. Semua komen saya baca baru saya released disini. Bagi semua sahabat yg dh paham tolong-tolong la bagi komen yang membina dan kalau ada blog jemput-jemput la ke blog saudara. Boleh masukkan link sekali dari sini.
Terima kasih diatas teguran dan untuk semua kenalan semoga sentisa dimurahkan rezeki dan dipelihara Allah hendak Nya.Amin
Kenkawan. Operation: Awakenings The Malay Press dah bermula. Mari melihat sejarah realiti dari konteks global dan kaitannya dengan Empayar Islam Benua Siam Kedah.
Cuma satu je...bak kata Leman Dawi Cendol "politik tak main"... Maaf le.
Saya juga bersependapat dengan Tuanku Syeikh Anai-anai :-) yang perlunya pembacaan dan pemahaman kepada sejarah realiti baru buleh komen. Kalau tidak SNK akan menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali.
Dan janganlah kita menjadi kan SNK sebagai scapegoat untuk menghalalkan aliran politik kita...bertanggungjawab la kita dalam menggunakan sejarah realiti
Sejarah realiti lebih besar dan tidak setara dengan politik...
Salam...setuju pendapat Mohd Shahrizal tu tapi urus tadbir Raja Daerah Perak takat Kuala Kangsar saja tak ganggu Larut kerana sebelah utara bawah kuasa Raja Kedah.Masa zaman Syed Alang Alauddin Dan Syed Long Jaafar tak ada sapa berani ganggu sebab depa tau sejarah dan ada hubungan sanak saudara. tapi selepas Tuanku syed Long Jaafar dibunuh di GERUN depa dah mula berani bertindak. Hampa perasaan tak kenapa Datok Sagor ,datok Maharajalela Dll digantung di Matang bawah pokok mempelam tak jauh dengan balai penghulu. Kenapa tak gantung di Ipoh, Pulau Pangkor atau di Kuala Kangsar (macam depa gantung Tok Janggut di Kelantan)sebab nak tunjuk kat anak beranak Syed Long Jaafar dan panglima panglima melayu pengikut Syed Long Jaafar di Parlimen Bukit Gantang. Depa juga nak tunjuk kat En Ngah Ibrahim dll. Masa tu pembesar pembesar raja dan kaum kerabat raja Perak buat apa....maaf cerita lama yang takkan saya lupa. Moyang saya tukar trade dari Pahlawan jadi Pawang Teh @ Tok Teh Gemok...Spy spy raja pemerintah berkampung disebelah kampung kami.Sebab itu sampai harini ada nama Kampung Perak di DUN Kuala Sepetang dan satu lagi Kg Perak di Batu Kurau Parlimen Larut. Kalau Anai Anai tau hal ni tolong pebetoi sikit. Bila ilham mai baru bolih tulis ni.
jurai si pitung yang bunuh birch tu ada dengan kita...
The Malay Press Salam...bab politik ni kita sentuh sikit sikit tapi tidak menyebelahi mana mana atas dasar tarik rambut dalam tepung.Kita tahu bloggers politik ni ramai tumbuh mcm cendawan tapi bila politik reda depa akan cari satu hala baru.Klau ditakdir sport light suluh blok ni depa akan masuk bertalu talu.Sekarang ni sapa sapa dikalangan kita yg faham dan tahu keseluruhan sejarah realiti ni kena bersedia utk menjawab segala mcm soalan nanti.Kita beri peluang Tuan Anai Anai free sikit dan move forward dan kita yg lain menjawab, defend and attack. Perkara mcmni pasti berlaku. Jangan marah klau tak bersetuju.Saya defend takat Perak Utara bolehlah yang lain lain tuan tuanlah....Salam.
Whatever... Tapi dr segi pangkat tu betul tak? Long Jaafar (Sultan Jaafar Muadzam Syah) berkahwin dengan Ibu Saudara Sepupu nya iaitu Ngah Sepora, jika mengambil perkaitan di antara Sultan Mudzaffar Syah III dan Megat Terawis? Betul tak?
p/s: Buat pengetahuan saudara Shahrizal, saya rasa saya dah baca semua artikel yg ada di blog ini dan versi EN semenjak sekian lama cuma saya tidak pernah memberi komen. Lebih menjurus kepada pemerhati. Makanya, sy juga cuba untuk memahami "context" SNK dengan lebih tepat dan lebih rasional tanpa "terlalu berpihak" kepada mana2 versi sejarah. Dan kerana itu jua, saya bertanya kepada AnaiAnai untuk kepastian bagi setiap fakta. Dan saya juga ketika ini sedang mencuba sedaya mungkin untuk memperkuatkan hujah2 SNK kerana ketika ini saya berpendapat terdapat banyak "angles" yg tidak kukuh dan perlu diperkukuhkan.
Tentang soalan saya
"Juga nak mintak sedikit pandangan... bagaimana dengan versi sejarah Perak berkaitan Sultan Muzaffar Syah sebagai Sultan Perak yang pertama yang diceritakan mendarat di Beting Beras Basah dari Kampar (Sumatera) dan Sultan2 selepas itu dari perspektif Sejarah Realiti?
Jika tidak silap juga, jika merujuk Cempakasari, ada perbezaan cerita kerana di dalam Cempakasari, Sultan yang pertama Perak bukan Sultan yang datang dari Kampar (Sumatera) itu."
saya inginkan penjelasan lebih sedikit (jika ada), itu sahaja.
saya sebenarnya tak de masalah dengan politik cuma satu je bak kata Tok Alim:
Kuasa politik penting tapi Orang 'politik zaman moden' ni kena ada tiga sifat ni untuk jadi sebenar 'orang politik':
1. cakap bohong
2. mungkir janji
3. pecah amanah.
SATII dan SAH ada sifat2 diatas..
Yang ni kalau ada orang x setuju ngan saya pun saya x kisah...x jadi kudis.
Anyway nagasari i have no heart feeling..:-)
mengikut pemerhatian saya, bloggers politik ni x kan kemana kalau x ikut sejarah realiti. politik malaya ni pun base on fantasy sebab tu jadi huru hara buat menda seme tak kena.
jadi orang2 yang dah faham macam tuan nagasari ni kenalah channel derang betul2 supaya mereka ada 'stand' yang betul. itu sahaja.
dan kalau dah seme folo sejarah realiti 'politik' akan automatik jadi tawar...percayalah.
get unplugged!
Mana boleh tak terima kasih abang herman oii,
korang semua bekerja keras nak bagitau untuk anak - anak muda akan sejarah sebenar..supaya kenal asal - usul kami..takdak la kita nak malu sgt konon kita ni kalah perang pakai KERIS?? cait bikin malu saja..
dulu saya pelik bila tgk seni bina balai besar kat Alor Setar, Muzium Negara, bangunan PNB, plaza - plaza tol milik PLUS..semuanya hampir - hampir serupa..bila saya tahu akan sejarah sebenar barulah saya tahu..
Sekarang apabila saya tahu, baru rasa semangat. Malah bekas pensyarah saya Hishamuddin Rais juga telah mengatakan sememangnya apa Saudara Nai Mazlan dan rakan - rakannya beritahu itu betol..khasnya mengenai buku MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE sememangnya wujud dan dia tunjukkan kepada saya..sememangnya gerakan menjatuhkan empayar - empayar yang menentang kekuatan blok - blok kanan (kapitalis) akan terus - menerus berlaku..Islam menentang sistem puak pemodal..dia juga cakap buku DGE Hall itu memang benar..
malah dalam artikel barunya mengenai ekonomi juga ada mengatakan pasal sejarah realiti walaupun dia mengatakan thai itu sebagai siam (salah type hehe)
jadi buat abang - abang yang master dalam isu sejarah realiti ini teruskan..saya terhutang budi dengan usaha kalian..
Tambahan,
Sebab tu jangan hairan kenapa Sultan - sultan sekarang tak pernah nak bela rakyat..
Dengan kemudahan yang ada sudah pasti mereka semua boleh menolong rakyat..
Kenapa tak tolong? Jawatan yang mereka pegang ini hanya wujud selepas penjajahan Thai dan British bermula..mereka dari Raja Daerah ada peluang nak jadi Sultan..
Sudah tiada semangat mahu menolong rakyat..Almarhum Sultan Nai Long Jaafar sanggup mati dipijak gajah kerana mempertahankan prinsip..Almarhum tidak rela melihat rakyatnya dijajah..
Kita?? biar rakyat derita asal elaun aku dan anak - anak aku yang pegang jawatan tak hilang..
Mohon maaf....inilah apa yang terjadi..
Mustapha Husain dalam memoirnya menceritakan perihal seorang tua berumur 80an yang mengajarnya menjala udang semasa 1930an semasa Mustapha masih kanak-kanak di kampungnya di Matang. Orang tua itu menurutnya seorang pendekar yang hebat, bertutur dalam bahasa Kedah yang pekat dan pernah terlibat dalam gerakan pemisahan Larut sehingga terpaksa melarikan diri ke Perlis mengelak diri di tangkap British. Cuma setelah tua dan orang tidak kenal dia lagi baru dia kembali ke Matang.
Ini membuktikan pernah terjadinya gerakan pemisahan Larut selepas era Perjanjian Pangkor.Sebelum Perjanjian Pangkor, Daerah Larut dan Bukit Gantang digambarkan seolah-olah ada pemerintahan sendiri dan Long Jaafar dan Ngah Ibrahim diceritakan sebagai sangat kaya.
Pernah ada seseorang yang membela kesultanan Perak sekarang dalam blog ini dengan mengaitkan dengan kesultanan Acheh dan Siak. Kalau anda membaca keseluruhan artikel dalam SNK dan faham, ini tentu tidak menghairankan kerana lambang kerajaan Siak lama ada naga dan anakanda Merong Mahawangsa pun pernah menjadi raja Acheh (tahun UUK mula ditulis iaitu 222 Hijrah).Cumanya raja-raja daerah Perak yang dilantik atas persetujuan British pasca Perjanjian Pangkor bukannya jurai Khalifah Sharif seperti mana Syed Alang Alaudin, Long Jaafar, Syed Ismail Kinta, Ngah Ibrahim dan lain-lain.
Saudara Jose Yusri,
Seperti yang diketahui ramai pengunjung Blog ini, takde kaitan antara Sejarah Realiti Nagara Kedah dan Sejarah Kesultanan Perak, ataupun secara yang lebih jelas, tiada kaitan antara sejarah Maharaja Benua Siam islam dengan sejarah raja-raja daerah Perak.
Kebelakangan ini, selepas timbul ketegangan politik di Perak, bnyk pihak tiba-tiba jadi rajin untuk mengkaji salasilah Raja-raja Perak. Atas tujuan apa sekalipun, ianya adalah baik, tapi harapnya jgnlah sehingga melampaui batasan.
Saya sendiri sudah lama mengkaji sejarah Kesultanan Perak, Selangor dan Johor secara peribadi. Adakalanya, banyak kisah dan sejarah yang "dihitamkan" dan tidak diketahui banyak pihak. Kita mungkin rasakan kajian kita tepat berdasarkan maklumat dalam apa2 bahan bacaan dan tapak2 sejarah, namun bagi saya, tiada siapa yang lebih mengetahui sejarah keturunan melainkan anak cucu keturunan itu sendiri (seperti mana Anai2, TNL Kassim dll memahami SNK). Oleh sebab itu, suka saya nasihatkan supaya, untuk mengelakkan kekeliruan, jganlah pengkajian/pembacaan sejarah dibuat untuk menjatuhkan mana-mana pihak (terutama dalam politik). Sebaiknya pengajaran diambil atas apa yang berlaku satu masa dahulu, untuk tidak diulangi generasi sekarang.
They who 'stand' for nothing will fall for anything...
so stand up and defend the Historical Reality, just once in your life time...for the sake of your religion and 'freedom'.
It doesnot require you to be al-hafiz or rocket scientist to understand it...it is just common sense and logic and less ego.
salam ziarah...
saudara sharizal: Sebaiknya pengajaran diambil atas apa yang berlaku satu masa dahulu, untuk tidak diulangi generasi sekarang.
without prejudice-
apa pengajaran yang saudara dapat dari 'sejarah' dulu yang tidak patut diulangi dimasa hadapan?
minta tolon explain...saya memang nak tahu...at least tolong bagi satu ulasan yang konkrit mengenai kajian saudara...
Saudara Shahrizal,
Saya faham dan tidak menjadi masalah kerana saya tidak berminat dengan politik pun. Tetapi lebih kepada mencari salasilah keluarga saya juga.
Bahkan, saya sendiri berkahwin dengan keturunan Kesultanan Langkat yang juga berkait dengan Suria Marin.
Sekian
Semoga Allah bersama pejuang-pejuang sejarah realiti...
Semoga Allah bersama pejuang-pejuang sejarah realiti...
Saudara TMP. Saya xpandai untuk ulas secara panjang lebar. Mungkin bnyk lagi yg TMP sendiri lebih tahu. Cukuplah kalau dikatakan, kebanyakannya (mungkin bukan semuanya) adalah kurangnya pegangan dan penghayatan kepada ajaran dan panduan dari Rasulullah SAW.
Saya kurang pasti adakah Panglima Bukit Gantang Abd. Wahab yang terlibat dalam perjuangan merdeka 1957 melalui UMNO itu dari jurai Syed Alang Alaudin kerana tak ada namanya dalam salasilah blog ini.
Lagi pun selepas Perjanjian Pangkor, jawatan seperti Menteri Larut dan PBG ini dilantik atas persetujuan British. Gelaran tertentu seperti Datuk Maharajalela pula dihapuskan.
Salam... Diharap dapat dijelaskan tentang maklumat dalam blog di bawah.. Ada kawan saya suruh baca juga dengan minda terbuka... Antara maklumat dalam blog tu mengatakan org Tai lah pewaris ebenar Ayuthia dan Makcik Majalara itu bukan anak Rama V... Terima kasih.
http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/
Salmi, mungkin Anai2 dan team SNK boleh mengkaji lebih detail mengenai perkara ini kalau berkaitan.
Namun pada pandangan peribadi saya, Dato' Hj Wahab bin Toh Muda Aziz adalah Panglima Bukit Gantang dari keturunan bangsawan Perak "yang lagi satu". Ini kerana, Selepas perjanjian Pangkor 1874 yang menyebabkan Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Ja'afar Muazzam Shah terbuang ke pulau Sychelles, British telah melantik Raja Yusuf sebagai Raja Muda dan pemangku Sultan selama 10 tahun. Dlm masa 10 tahun ini sebenarnya Perak tidak berSultan. (Dan tak ramai yang mengetahui sebenarnya sebelum peristiwa pembunuhan Birch, Terdapat perselisihan antara Raja-raja bergelar berkenaan dengan Takhta tinggalan Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal.)
Dalam masa 10 tahun tidak berSultan, British telah mengambil bermacam2 tindakan untuk "melupuskan" tinggalan Sultan Abdullah dan menaikkan keturunan yang ada kaitan "direct" dengan Sultan Perak ke-18 (Sultan Ahmaddin) yang berdarah Acheh + Bugis. Penyandang gelaran orang besar ber-4 dan ber-8 juga ditukar kepada salasilah "yang satu lagi" (kecuali keturunan Laksamana Raja Mahkota dan Orang Kaya Sri Adika Raja). British tahu bahawa kalangan keturunan yang "digelapkan" ini lebih berbahaya untuk mereka. Apa yang bahayanya? Rasanya ramai yang disini tahu kenapa...
Salam Jose Yusri, saya rs keturunan sy mungkin ramai disini xbrapa suka, sbb campuran jurai keturunan dr salasilah Beruas + jurai keturunan Raja Reman..
;-)
http://www.angelfire.com/ia/sangrajuna/wasilah_ku/IskandarMuda.jpg3.bmp
iskandar muda
http://1.bp.blogspot.com/_ZuDWHxo62Bw/SZy-HVWBDFI/AAAAAAAAAxg/JUkUtmvJGNM/s1600-h/siam-ayuthia1.jpg
hormat siam islam
..assalamualaikum,
Hak kesultanan tahan melayu ini wajib diserahkan kepada waris yang berhak...!! end...
Salam Ziarah...
Saya ada satu pendapat dan teori.
Bila saya pandang berkali-kali binaan candi ini...Saya terfikirkan sesuatu.
Tapi saya tidak tahu samaada teori saya ini betul atau tidak. Sebelum itu kepada sesiapa yang tahu di sini berkenaan candi2 tersebut,saya ingin bertanya kepada mereka yang sudah melihat candi tersebut dengan lebih dekat.
1. Berapakah banyakkah bilangan candi pada satu kawasan? 1? 2? atau berapa?
2. Berapa jauhkah jarak candi2 di antara satu sama lain?
Saya berteori,candi candi ini ialah asas @ foundation untuk mendirikan tiang tiang istana. Saya berkata begini kerana melihat kedudukan candi yang sangat rapat dengan gambar tinggalan bangunan di ayuthia di blog SNK ini.
Ataupun saya berteori pembinaan candi candi ini sebagai asas @ foundation kepada pembinaan menara menara berkubah?
Kemungkinan besar sang kafir meruntuhkan bangunan istana @ menara lalu di tinggalkan asas @ foundation saja.
Kalau tidak,untuk apa pembinaan candi-candi ini di lakukan.?
saya memohon hidayah Allah dan bantuan rakan rakan untuk menghuraikan sejarah benua siam islam yang di timbus pengkhianat.
sekarang Thai bergolak..
Mungkin ini balasan buat mereka yang merampas sejarah kita dengan kekerasan dan penipuan yang dahsyat..
si thaksin ni sah gang2 luciferian...tengok le poster dia.
haaa kenkawan..macamana nak tackle yang ni...
"Utusan Malaysia harus mengambil iktibar sejarah Si Kitul, pencacai yang bertanggungjawab di atas kejatuhan empayar Melaka pada tahun 1511. Politik adu domba dan menyemai kebencian adalah faktor utama jatuhnya empayar terhebat Melayu satu ketika dahulu. Apakah Utusan Malaysia mahu menobatkan diri mereka selaku Si Kitul Moden?"
Israel rampas Palestin..terus bergolak hingga sekarang..
thai rampas KEDAH..rakyat dia sendiri bikin kacau bilau..
sapa rampas cara kejam maka bergolaklah bumi itu..
Saya mendengar secara langsung titah ucapan Paduka Seri Sultan Perak sempena Keputeraan Baginda di Kuala Kangsar semalam.. Kalau anaianai boleh dapatkan teks penuh (bukan teks sekerat2 spt yang keluar dalam suratkhabar hari ini), cukup menarik untuk membaca peringkat permulaan titah baginda yang mengandungi huraian baginda tentang sejarah negeri Perak semasa dibawah naungan Nagara Kedah... Ini bermakna, sejarah realiti sememangnya turut diakui secara langsung oleh Raja-raja Melayu sekarang...
salam saudara2...! Panglima Bt Gantang Abd Wahab bukan jurai Syed Alang Alauddin.Syed Alang Alauddin mendpt gelaran Panglima Bt Gantang selepas satu peperangan dengan tentera Kedah yg diterajui olih tentera Thai awal tahun 1800 di kawasan Selinsing,Bgn Serai (Skrg). Tempat itu bernama Samagagah dan Telok Medan tak jauh dengan Kuala Gula(Skrg). Pertempuran itu merebak ke Kuala Sepetang, Kuala Jaha , Matang dan Kuala Sg Limau.Tentera Thai gagal naik ke darat sampai ke Bt Gantang. Pada masa itu pelarian Patani dari Hulu Perak sudah menetap di persekitaran Bt Gantang iaitu Kg Cheh, Jelutong, Changkat Ibol, Changkat Jering dan Bendang Siam datang membantu Syed Alang Alauddin. Kaum Patani drp Bt Kurau, Jelai dan Selama menyusuri Sg Kurau ke Kuala Kurau. Strategi Syed Alang Alauddin mengepong tentera Thai menyebabkan Thai gagal menawan Perak. Selepas itu Syed Alang Alauddin bertahta di utara. Pemerintahan Syed Long Jaafar lebih aman dan mula membangun Perak Utara. Bila bijih dijumpai, baru British masuk daun. Sebelum ini JWW Birch tak pedulipun pasal Larut. Untuk menawan Larut mereka terpaksa hapuskan Syed Long Jaafar kerana British tau Larut dibawah kuasa Raja Kedah. Selepas kemangkatan Syed Long Jaafar baru British dan Thai mecorak politik Tanah Melayu habis habisan. Kemangkatan Long Jaafar adalah titik permulaan kemusnahan kegemilangan Melayu di sini sampai hari ini.
Sejarah Realiti ini akan muncul juga dan akan diterima pakai suatu hari nanti dan itulah penanda aras kemunculan kegemilangan Melayu yg baru. Percayalah.
Banyak yg menarik pengaruh zaman Empayar Benua Siam Islam sampai ke Perak Utara. Sekolah sekolah agama pesat membangun di persekitaran Bt Gantang,Taiping dan Daerah Krian. Apatah lagi Gunung Semanggol menjadi Institusi terpenting. Sekolah2 pondok dan madrasah adalah diasaskan dari Kedah dan sebelah utara. Bijih timah di Larut bukan yg mula di Semenanjung wahal teknoloji Syed Long Jaafar telah diimpot drp Benua Siam.Bersawah padi di Daerah Krian adalah adaptasi drp Kedah. Sehingga di zaman 60an Ghazal Parti pun ala ala Kedah.Maknanya sistem penghidupan tersendiri yg tidak ditiru dari mana mana pihak.
Salam.
Pada suatu masa di zaman dahulu terdapat sebuah negara monarki nun jauh di penghujung benua. Rajanya bergelar Sultan yang Berdaulat kerana salasilah baginda bersambung terus kepada cucunda baginda Rasulullah s.a.w. Daulah Islamiyyah tertanggung di bahu kanan baginda dan kesejahteraan rakyat di sebelah kiri bahu baginda. Dahinya hanya bersujud kepada Allah s.w.t. Baginda memerintah secara adil menurut syariat Islam dan rakyat hidup aman damai.
Raja England ingin merompak negara tersebut yang kaya dengan hasil bumi. Maka digunakan sebuah syarikat GLC untuk merasuah seorang lagi ahli kerabat yang tidak berhak. Raja England tahu pemberontakan dalaman berunsur rasuah akan melemahkan pengikut baginda sultan. Kemudian berlakulah rampasan kuasa dengan pembunuhan segala kaum kerabat sultan yang berdaulat sepertimana peristiwa Karbala'. Raja yang tidak berdaulat naik takhta dengan mandat Raja England. Beberapa pembesar yang setia memberontak keluar istana . Mereka dilabel pemberontak Raja England padahal mereka sebenarnya memberontak terhadap raja baru yang tidak berdaulat. Kebatilan ditutup rapat-rapat dan semua fakta sejarah dimanipulasi sehinggalah Raja England dilabel sebagai Penjajah walhal Penjajah sebenar ialah raja baru yang rasuah dan tidak berdaulat. Pada hari ini kerajaan monarki di negara tersebut telah digulingkan oleh rakyat. Negara tersebut telah menjadi sebuah republik. Nama negara tersebut terpaksa dirahsiakan untuk mengelak aib kepada keturunan mereka. Tidak ramai yang juga tahu kisah ini sebab fakta sejarah di manipulasi. Sehingga kini para pengkaji sejarah masih keliru kerana semua bahan penulisan dan bahan pengajian telah dimanipulasi secara sistematik. Oleh kerana faktor masa yang terlalu lama berlalu, fakta sebenar yang hanya disampaikan secara lisan semakin terhakis.
Semoga sejarah realiti dijadikan pedoman.
Komen menarik dalam Malaysia-today:
"Even renowned historians like Emeritus Professor Dato' Dr Khoo Khay Kim would find great difficulty in disagreeing that the line of succession for most of the nine Malaysian thrones has been broken and those who now sit on the throne are no longer the legitimate successors ‘appointed by God’."
Ni utusan pulak nak mengarut...aku tahu depa amik ni kat mana tapi depa sudah pusing bila masuk bab Melaka sebab nak halalkan Kesultanan Melayu Melingkup Melaka...
ni kes nak ngaku raja depa dulu raja hindu la ni.
UUK (syariah Islam), SAAD BIN WAQAS, MERONG MAHAWANGSA nak campak mana bang Zin Mahmud?
Kalau nak tulis kasi tulis elok-elok laaaa...
"Hanya setelah membina pelbagai terusan bagi membawa bekalan untuk bala tenteranya, maka China dapat diperluaskan dan menawan wilayah Vietnam purba. Bangsa Vietnam purba pula terdesak dan lari ke selatan membawa sekali kerajaan-kerajaan mereka.
Maka menghala ke selatan, sudah tentu mereka bertempur dan menakluki bangsa-bangsa Funan, Champa, Khmer dan lain-lain, termasuklah bangsa Melayu purba.
Kerajaan-kerajaan Melayu purba ini turut bergerak ke selatan memindahkan kerajaan-kerajaan mereka ke Kemboja, Vietnam Selatan hinggalah ke Pattani dan Semenanjung Melayu.
Di situ, mereka bertembung pula dengan kerajaan Ayuthaya yang sedang memantapkan kerajaan Siam di mana ia mahu menguasai keseluruhan semenanjung Asia Tenggara hingga ke selatan iaitu Temasik.
Kemunculan Parameswara sebagai pewaris kepada Seri Wijaya kemudian mengembalikan negeri-negeri Melayu, daripada Temasik hinggalah ke Pattani untuk berada di bawah Kesultanan Melaka. Pengaruh kesultanan ini juga sampai ke Brunei dan Sulu.
Keupayaan Kesultanan Melaka dapat menapak di mercu tertingginya berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah dengan Tun Perak menjadi Bendahara dan Hang Tuah sebagai Laksamana."
Tengahari tadi di berita tv1 aku terbaca 'subtitles' yang dok bergerak di bahagian bawah skrin: Hari ini dalam sejarah,pada tahun 1823 Tengku Abdullah telah mengepalai tentera Kedah menyerang tentera Siam di Kedah. Lepas tu aku cari di arkib.gov tapi tak dak pun.
Kelentonglah tu....1821 dah tahun musuh bisik, Tengku Abdullah yang dimaksudkan tu kalau raja Pulau Pinang dia dah serah pulau tu kepada Francis Light 1786 lagi.Kalau 1823, puak-puak seangkatan Tengku Ahmad Tajuddin dah lari ke pelabuhan Melaka selepas dikejar tentera Siam bawah Syed Alang Alaudin.
Adalah diharapkan kepada rakan-rakan yang menyokong sejarah realiti supaya kita dapat sama-sama menyebarkan kebenaran ini kepada rakan-rakan sekeliling selain daripada kita berjuang melalui alam cyber ini.
Bila bersembang-sembang kita boleh selit mula dengan sikit-sikit. Kadang kadang feebback daripada mereka pun sangat logik dan boleh diterima pakai.
Baru-baru ni seorang kawan tu kata dia pun tak belajar sangat ilmu sejarah masa sekolah dulu tapi teori asal-usul nenek moyang ugama Hindu memang dia tolak mentah-mentah.
Dia kata kita tengok di Malaysia sekarang ini, populasi orang-orang India ugama Hindu taklah banyak sangat tapi di mana saya kumpulan depa ada walaupun sikit asyik nak buat kuil saja, mula dengan kecik lepas tu perbesar.
Habis tu kalau dulu orang Melayu kita ni ugama Hindu habislah seluruh pelosok segala kampung penuh dengan kuil Hindu tapi tak ada pula kesan-kesannya hari ini. Satu lagi kenapa di India sana tak ada pula candi macam kat Merbuk tu.
Yang aku masih dok hairan kenapa orang-orang media perdana macam Zin Mahmud ni masih nak menegakkan benang basah.Bila mengarang lagak macam cerdik pandai. Dia bangga sangatkah asal-usul ugama Hindu ni?Kalau suka tengok cerita Hindi/Tamil pun janganlah nak babitkan bangsa sendiri asal ugama macam depa.
sy nk tny sket..
parent sy pown org Kedah..
mksdnya kte ni bgsa Siam b'agama Islam..
bkn Melayu..
adakah begitu?
minx saudara penulis jelaskan..
terima kasih...
Salam..
Ada maklumat mengatakan Yusry KRU nak buat filem epik Merong Mahawangsa Chronicles
>> http://www.thefilmcatalogue.com/catalog/FilmDetail.php?id=7356
Harapnya diorang study betul2 cerita ni. Keturunan Merong Mahawangsa masih ada untuk dirujuk.
Dia kata kita tengok di Malaysia sekarang ini, populasi orang-orang India ugama Hindu taklah banyak sangat tapi di mana saya kumpulan depa ada walaupun sikit asyik nak buat kuil saja, mula dengan kecik lepas tu perbesar.
logik hang first class...
Dear Langat Boy,
Asalnya kita semua yang dipanggil Melayu sekarang atau lain-lain suku Melayu ni memang asal Siam yang dah berugama Islam sejak di Yunnan lagi, sebelum Islam pun dah berugama tauhid syariat rasul-rasul terdahulu.
Saya cadangkan saudara baca kesemua artikel-artikel dalam blog ini dan themalaypress baru mudah faham.
Saya tak pasti saudara ni kat Hulu Langat atau Kuala Langat. Kalau kat Hulu Langat, imam masjid Dusun Tua Hj Salleh itu daripada keluarga waris Tok Moris seorang pahlawan Siam menentang Thai dan cucunda kepada Sultan Mudzaffar Shah III yang menabalkan Raja Lumu menjadi Sultan Selangor.Hj Salleh itu asal Kedah, masih fasih berbahasa Siam dan pangkat datuk saudara kepada saya.
Tuan Nai Mazlan
minta hubungi KRU Production...mereka bakal membuat filem mengenai Langkasuka...mereka ada kata susah nak cari info pasal Merong Mahawangsa
Sumber : Sinar
Martabatkan Sejarah Siam Islam Kedah!!!
Kalau buat filem mesti Box Office punya. Tambahan pula terbitan KRU.
Cuma yang tak syoknya part-part tertentu mesti banyak kena potong dek Finas. Banyak part realiti yang sensitip! Almaklumlah usaha menyelongkar sejarah yang sengaja 'ditimbus' bukanlah perkara mudah di nagara ni. Kalau dapat produser Hollywood lagi baik laa sebab ada freedom.
peta2 lama dapat dilihat disini www.davidrumsey.com, kiranya tuan berminat.
Depa kata susah nak cari info sebab tak rajin cari dalam internet, kalau search sejarah kedah saja mudah jumpa blogsite ni.
Sepatutnya depalah menghubungi Nai Mazlan melalui e-mail atau komen dalam blog ni, supaya boleh arrange jumpa TNL Kassim.
Bagaimanapun ini peluang baik nak counter balik filem Langkasuka yang puak Thai tu buat.
Salam khas buat waris Merong Mahawangsa.
Berikut adalah sinopsis filem KRU tersebut. Harapnya difahami sedalam-dalamnya:-
"Based loosely on the 16th century historical document entitled The Malay Annals, The Chronicles of Merong Mahawangsa is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveller who came to Asia several hundred years ago.
The year is 120 AD a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian " one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia... one hundred years before the period of the Three Kingdoms.
As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.
However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsas fleet was attacked by Gerudas forces while stopping at a small island to replenish supplies.
Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilisations from the East and West?
Join KRU Studios in The Chronicles of Merong Mahawangsa where his journey will be revealed."
Sinopsis di atas diringkaskan dari skrip asal yang berasaskan The Malay Annals karangan Tun Sri Lanang. Semestinya skrip tersebut amat bercanggah dengan HMM dan UUK malah Sejarah Realiti hasil usaha murni TNL dan Anaianai.
Merujuk sinopsis diatas, bila pula Merong Mahawangsa diarah mengiringi putera Rom mengahwini puteri negara Cina? Bila pula MM dibawah telunjuk Raja Rom?
Filem ini setelah ditayang kepada umum akan menjadi box office dan sejarah palsu dari skrip akan mempengaruhi penonton yang akan menganggap kepalsuan itu realiti.
Saya syorkan Sdr Mazlan hubungi penerbitnya Norman KRU dan penulis skripnya untuk membuat bantahan.
Itu pun sekiranya Sdr Mazlan berfikir ianya perlu. Cuma peringatan ikhlas dari saya.
wassalam.
Assalamualaikum...
Saya nak cari buku Undang-undang Siam kot Monthieraban...Dah cari kat UTM, UTHM dan UKM tapi tak ada. Boleh sesiapa bagi maklumat ini?
Thanks saudara Zaidi...geram juga bila baca. Tapi bila fikir balik, kalau ikut khayalan dan fantasi penerbit filem Cicakman memang la sesuai jalan cerita yang begitu.
Tetapi kalau mengikut realitinya mestilah ada Panglima Saad Abi Waqas..Maharaja Sai Tee Sung dan Merong @ Sultan Muzaffar Syah...
Kena jadi filem bercorak AGAMA sebenarnya kisah Merong Chronicle ni..
Tapi kalau nak lawan Queen of Langkasuka...buleh la buat suka-suka...walaupun menipu satu Malaya.
Saya setuju dengan saudara Zaidi Ali. Kebanyakan orang la ni belajar sejarah daripada filem2. Kalau menarik barulah depa nak merujuk ke sana sini.
Filem apa pun kalau tak buat ikut versi betul akan menambahkan propaganda/pembohongan.
Ada tulisan rencana dalam BHarian baru-baru ni tentang Ngah Ibrahim pun banyak sangat tersasarnya:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20081221042447/Article/index_html
oleh: azis@harian.com.my
PENJAJAH Inggeris cuba mengaitkan Ngah Ibrahim Long Jaafar (1836-1895) dengan kematian JWW Birch tetapi tiada bukti kukuh menyebabkan mereka menggunakan muslihat dan menahan pejuang kemerdekaan terawal, intelektual, pemikir dan berwawasan jauh dalam membangunkan ekonomi bangsa Melayu itu di Singapura.
Ngah Ibrahim akhirnya dijatuhkan hukuman dibuang ke Pulau Seychelles dan dipindahkan ke Sarawak sebelum kembali ke Singapura dan meninggal dunia pada 4 Februari 1895. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Al Junid, Singapura sebelum dibawa pulang ke halamannya pada 2006.
Perbincangan mengenai Ngah Ibrahim sebagai seorang daripada pahlawan serta jutawan Melayu terkenal pada abad ke-19 di Tanah Melayu tidak perlu dipertikaikan.
Dia orang yang bertanggungjawab membina Kota Ngah Ibrahim, yang kini berusia 150 tahun yang dijadikan pusat pentadbiran bersilih ganti diletakkan di bawah pemerintahan British, Jepun hinggalah akhirnya diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti pada 1985 untuk dijadikan Kompleks Sejarah Matang.
Kawasan kota itu dibina menggunakan batu bata yang dicampur simen lama dikenali Lime Motar dan mempunyai menara kawalan utara dan selatan, pelabuhan Melawati, kubur, tugu peringatan kemasukan tentera Jepun.
Bahkan, tembok yang runtuh akibat rempuhan pesawat Jepun yang terhempas di situ ketika Perang Dunia Kedua dikekalkan sebagai bahan sejarah. Pada tembok itu terdapat satu lubang kecil pada jarak setiap lima kaki dipercayai bagi tujuan pertahanan.
Ini kerana, Ngah Ibrahim pernah melantik Kapten Speedy mengetuai pasukan polis mengawal kubu berkenaan terdiri daripada orang Melayu dan tentera Gurkha.
Di satu sudut berhampiran menara selatan, terdapat satu perigi lama yang digali semula oleh arkeologi dan hasilnya membuktikan seni bina yang menarik. Susunan bata diletak dengan tiga corak iaitu melintang, menegak dan bentuk V atau tulang belut.
Kota Ngah Ibrahim jadi kompleks sejarah
KOMPLEKS sejarah Matang, Perak yang terletak di Matang (dulu dikenali sebagai Permatang) di Mukim Bukit Gantang, Perak dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.
Beliau adalah anak kepada Che Long Jaafar, iaitu orang Melayu pertama yang membuka perusahaan lombong bijih timah di Larut, Matang dan Selama pada 1840.
Kompleks ini adalah sebuah bangunan yang dijadikan rumah, kota dan pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan daripada batu bata saja.
Selepas Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, kota ini diletakkan di bawah pengawasan Inggeris sehinggalah ia dijadikan Maktab Perguruan Melayu Matang pada 1913 hingga 1922.
Selepas itu, ia dijadikan sebagai Sekolah Melayu pada 1923 hingga 1941. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942 hingga 1945), ia berperanan sebagai markas tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1946, rumah itu dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946 hingga 1983).
Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai 1985 selepas ia diserahkan kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Biodata Ngah Ibrahim:
Dilahirkan pada 1836 di Bukit Gantang, Perak dan kawasan kelahirannya adalah daerah pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga pembinaan Kota Long Jaafar.
Ngah Ibrahim adalah anak hasil perkahwinan Long Jaafar Datuk Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pura Datuk Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin.
Long Jaafar adalah pengusaha bijih timah terkenal bermula pada 1840. Beliau juga pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang serta pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping.
Part ni paling katun:
"Ngah Ibrahim adalah anak hasil perkahwinan Long Jaafar Datuk Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pura Datuk Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin."
Mana rujukan mamat ni dapat pun tak tau.
Assalamualaikum!
Moga Allah Taala merahmati dan memberikan kelapangan masa buat para pejuang sejarah. Tahniah saya ucapkan buat saudara/ri semua kerana berkongsi maklumat dengan orang awam seperti saya.
Saya dapat info blog ni melalui perbualan singkat di kedai kopi di Pandan Indah, KL. Melopong bila mendengarkan cerita daripada perbualan tersebut sebabnya memang tak tahu langsung. Cuma hati ini terlalu musykil perihal asal agama nenek-moyang saya yang dikatakan Hindu. Sememangnya saya amat-amat bersetuju akan hujah salah seorang penghujah di sini yang menolak agama asal penduduk tanah melayu (Siam) ini ialah Hindu.
Saya minat sejarah. Dan sememangnya saya musykil bilamana baca buku teks sejarah tanah melayu ni. Banyak kawasang lompong yang tidak punya kesinambungan dalam penceritaan. Nak ulas panjang sangat.
Bila nak update blog? Tak sabaq rasanya nak baca lagi. Saya ni lahir di Kg Jebong, Matang, Perak. Dulu bangunan Kompleks Sejarah Matang tu adalah bangunan sekolah rendah saya. Memang tempat permainan saya la kat situ.
skang ni saya ada la buat research sikit2 untuk tolong tokok tambah. Masalahnya kesibukan jadual harian menyebabkan masa tu tidak memihak kepada saya.
Saya rasa, eloklah diperkemaskan lagi penulisan dan bukukan segala apa maklumat yang masih ada. Masalah kita di bumi bawah angin ni, cukup lemh dan tidak sistematik dalam membuat catatan dan menyimpan maklumat.
Dengan kelemahan yang ada, membolehkan benggali putih bersama bantuan penulis upahan berbangsa siam (ikut istilah hari ni orang Melayu) dengan senangnya memutarbelitkan fakta tanah yang barakah ini.
Assalamualaikum marn! selamat datang kesejarah realiti....sebagai orang Matang (mcm aku)kita kena faham betul2 sejarah tok nenek kita.Kota Ngah Ibrahim adalah sekolah rendah aku drp tahun 1963 - 1968. Aku harap hang baca dari awal hingga akhir dan fahami betul2 sejarah realiti ini.hang siasat keturunan hang, bahasa nenek moyang hang dan depa mai drp mana dan sebab apa depa mai sini. Hang semak komen aku dulu di atas.Bila hang balik Matang hang pi kg En Tarudin(bapa Siti Nurhaliza)kg Hujung matang, Matang Gelugor, Sg Lang, Matang Road, Kg Melawati, Kuala Sepetang, Matang Pasir,Jaha ,Kg Perak dan Sg Limau. Ada banyak sejarah di situ. Selamat mencari........salam
Menurut TNLK, keluarga waris Ngah Ibrahim ada pergi bertemu beliau pada tahun lepas. Masing-masing mengaku sanak saudara.
Kepada penulis-penulis akhbar perdana, sebelum menulis dan siarkan elok rujuk kepada sumber daripada waris-waris ini yang masih menyimpan salasilah asal. Jangan hanya berpandukan thesis penulis-penulis bukan Melayu yang lebih kepada mendapatkan MA atau PhD tanpa semangat membetulkan sejarah bangsa.
Salam perjuangan
datuk saya bernama Hasan bin Awang Besar, bin Abu bin Ismail bin Pedu. dia tinggal di selama perak. saya pernah diberitahu bahawa kami adalah keturunan Long Jaafar. dari perkara ini saya minta tuan berikan apa saja maklumat berkaitan sisilah di atas dan dakwaan keturunan long jaafar tersebut. wassalam
Setakat ini saja yang boleh kami berikan.
Post a Comment