Wednesday, March 25, 2009

Selamat Datang Pengunjung dari Tranungkite.

Salam ukhwah, salam hormat dan terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Nampak gayanya petikan yang di petik oleh saudara matmin30 agak tersasar, separuh jalan lalu membawa maksud yang agak berlainan dalam Tranungkite. Tidak mengapa. Terima Kasih juga dari kami kepada saudara matmin30 kerana membantu meng'hilite'kan blog kami yang tidak seberapa ini. Walaubagaimana pun saudara/i dijemput untuk membaca sejarah NEGARA Kedah yang dikaji dan telah ditulis semula disini. Mulakanlah pembacaan saudara/i dari April 2007.

Semoga Allah membantu memberi petunjuk dan hidayah dalam pembacaan saudar/i seperti mana mereka yang terdahulu hingga blog ini berjaya mencapai hits sebanyak lebih 360ribu, amin.

PS: Ada yang membacanya berterusan hinggga 2 hari 2 malam. Tak tidor ke di malam hari? Thanks anyway for your support (Herman and the gang ler ni!!)

dari anaianai1,anaianai2,anaianai3 dan anaianai4

13 comments:

Shitsurei Shimashita said...

salam tuan,

saya sentiasa mengikuti perkembangan blog tuan. Tambahan lagi saya amat meminati sejarah dan blog ini membantu saya mengenali dan mengetahui sejarah negara sendiri.
Namun adakah kajian dan penyelidikan tuan mendapat perhatian sewajarnya dari mereka yg punya kuasa?
Amat malang andai mereka membiarkan apa yg kita ada dan patut ada menjadi lipatan sejarah yg tidak akan terburai lagi.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

pada new readers, teruskan membaca berkali2 sehingga paham...baru baru bule flush-out karat yang lama2 tu...

ya syeikh anai-anai lawa jam..hehe

(ana ni pun kira baharu juger...)

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

kenkawan, kalau kita perati dan amati ucapan para pemimpin politik dari kerajaan, sudah kurang yang mahu bcerita pasal melaka 1511, kecuali si oldtimer 'thamby' orang melake...dalam hujah tv9 ari tu...beria-ia dia. si sethamit x pulak...

cu dengor je...

Bintang Emas said...

Salam, Saudara Anai2 Untuk Mgetahui lebih Lanjut sila Check Kitab-kitab macam sirus salikin dan beberapa kitab lain yang saya rasa ianya dari sejarah kita wasalam

istuza said...

Sehingga ada pemimpin tertinggi negara kata jangan memutarbelitkan fakta sejarah. Samada dia tahu pasal sejarah atau tak tahu..

Wassalam

anaianai said...

Elok dia singgah sini dan baca pasal sejarah realiti. Kalau tidak pun pesan la Manuskrip Undang Undang Kedah yang dibukukan(bukan Hikayat)dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salmi said...

Kalau difikirkan betul-betul pihak yang masih glorify Melaka versi 1401-1511 itu hanya membodohkan diri sendiri dan menyempitkan ilmu sejarah.

Begitu banyak bukti menunjukkan tamadun kita lebih awal dari itu termasuk penemuan terkini di Lembah Bujang.

Tarikh 1401-1511 adalah lewat untuk dibanggakan sangat dan tempoh 110 tahun itupun terlalu singkat.

Kononnya sebelum 1401 semenanjung ini hanya dipenuhi antara lain, pelanduk yang berani menendang anjing (sebab tak pernah jumpa manusia dan anjing), orang asli, orang laut, biawak dan binatang-binatang lain. Semuanya hidup bebas kerana tidak ada kerajaan untuk mengawal selia apa-apa pun.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

bukan tu aje mi..singa pun ada nu kat singa pura..kira macam zoo negara la ni.. hehe

PANGLIMASEMERAH said...

salam...sejarah ni telah banyak membuka mata....boleh ker sedara anai2 hurai mengenai kesultanan kelantan dan perak...sebab cerita lama2 cuma menyebut raja sakti dan mani kemeyan hanya dari buluh betung dan buih..dan mereka hanya anak angkat kepada raja bersiong...minta pendapat kawan2 mengenai asal nya raja sakti n mani kemeyan ni...siapa ibubapa sebenar mereka..mengenai perak pula...susur galur kesultanan sekarang dari raja mana?adakah berkaitan gangga negara? from panglimasemerah http://www.gayong-polimas.blogspot.com/

PANGLIMASEMERAH said...

salam sedara anai2...saya ingin membuat 1 soalan tambahan...walaupun agak tersasar....kekeliruan saya mengenai keturunan mendeleng...harap membantu kerana dalam banyak artikel mendeleng hanya berbahasa indon...saya langsung tak paham...tq.

from panglimasemerah http://www.gayong-polimas.blogspot.com/

Katon said...

Salam
Adakah filem the queen of langkasuka juga ada kena-mengena dgn kerajaan benua kedah siam ?

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Masih ada yang tidak mahu ambil berat istilah Sejarah Realiti!

"Bukit Selambau: Masyarakat Siam sokong Pakatan Rakyat
Mohd Sabri Said
Mon | Mar 30, 09 | 8:34:42 pm MYT
BUKIT SELAMBAU, 30 Mac (Hrkh) - Masyarakat Siam sekitar Pekan Bukit Selambau bertekad akan memberi sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau pada pilihan raya kecil kali ini."

Diharap perkara ini diperbetulkan dengan segera oleh pihak kerajaan negeri Kedah dan juga dipihak media samada kerajaan atau pembankang.

Sepatutnya minoriti masyarakat Thai disekitar Pekan Bukit Selambau...

Muhamamd Firdaus said...

terbaru dari tranungkite..ada pengkaji melayu kita dapat jumpa professor sejarah melayu di Rusia..banyak lagi harta kita yg disembunyikan rupanya..



http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4208