SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAHKIR
DINASTI AYUTIA KE-33,TAHUN 1767
KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
“Boromoraja” di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak berpengetahuan penyebar dakwah agama islam" dan ekataat bermaksud, "beta taat kepada allah dan rasul”. Gelaran Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk UUK ms16,17) suami kepada Puteri Raja China Hang Li Poh.
“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam islam dan ibunya pula adalah berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China Hang Li Poh berasal dari Dinasti Yuan yang berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun 1294. Baginda digelar Dammaiyaza sewaktu menjadi Raja Siam Toung Oo di Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di Istana Mandalay (rujuk artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat pada Batu Bersurat Trengganu). Terdahulu, Istana Mandalay ini telah dibina oleh nenek baginda yang bernama Aishah Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah permaisuri kepada Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang bergelar Maha Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.
Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.
Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun 1686 masihi (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis yang membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman Narai Tun Saaban memerentah di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban menurut waris adalah adinda Khalifatullah Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka. Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan thailand hari ini jangan mimpi mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk besarkan)
"As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go to war to regain our land especially as there are Malays living there." Tun Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det,perkara 9, jawapan kepada Saudara Hanan.
Selepas serangan keatas Mandalay, baginda Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam ke Kota Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah “A history of South East Asia; 1995; DGE Hall”. Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya dalam buku transliterasi Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka surat 42 dan 43 dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda disebut sebagai Raja Bakar @ Raja Nambang.
Raja Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam Hikayat Patani.
Pada tahun 1767 pula, Boromoraja V Ekataat Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah diserang kali kedua oleh tentera Raja Buddha Burma Aluang Phaya dari Kota Ayuthia dan baginda berundur ke Istana Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur Nambang Siam di Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si Tammarat di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia Ke-31, Maulana Sultan Muhiyuddin mansor Syah.
"Dalam tahun Masehi 1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu." di petik dari Sejarah Kerajaan Melayu Patani.
Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali dengan nama sebenarnya iaitu Raja Bakar @ Raja Nambang (bermaksud air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah juga pernah tinggal di Istana Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawi pada tahun 1668 Masihi. Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17.
"Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat."
Sila rujuk di sini, tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai Buddha,
http://www.geocities.com/prawat_patani/pengenalan.htm
Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke Padang Madsirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Wara Wangsa (1548) Sultan Yaakob Jalil Syah yang dikenali juga sebagai Raja Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah. Hari ini, Makam Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala Titi Limbung Kapal (pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman dalam keadaan terbiar. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu di bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah menetap di Kota Naga, Raja Jalil Putera menjawat jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya Alor Setar telah pun lama wujud dari yang telah diwartakan.
Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada tahun 1754 dari Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Kota yang pertama adalah Kota Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya Tammaraja), kota kedua adalah Kota Kuala Kedah dan yang ketiga adalah Kota Pagoh di Johor yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua Siam Kedah.
Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota Istana ini masih wujud lagi di Na Khun Sitammarat (asalnya tammaraja) berdekatan Segenting Kra, Thailand.
Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri Champa @ Kemboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis pula anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan Megat Shuib Syah. Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Megat Manja Abu Kasim Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya. Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di dalam Negara Burma (Myanmar).
"Keturunan Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama penyandang gelaran Bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,...". Rujuk Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri,ms140.
Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja Sultan Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat Iskandar)Iskandar pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik ipar kepada Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran untuknya adalah Raja Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Datuk Seri Raja Putera ialah Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long Putera Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga kepada Datuk Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan Kedah, mungkin tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah seperti diatas. Pada muka surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah, jika diteliti dengan jelas, Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya, bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka Seri Sultan adalah gelaran bagi raja-raja daerah). Siapa pula yang menjadi raja ketika itu kalau sudah ada Perdana Menterinya? Tak lain tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.
Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang Setia Lela Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila Filipina Putera yang kelima.
Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota Ligur Nambang Na Khun Sitamrat pada tahun 1778 Masihi. Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak Rama I Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya merampas kuasa daripada General Taksin di Ayutia Siam.
Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan tentera islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan tentera islam siam yang terkorban telah digelar “cherat” dalam bahasa siam yang bermaksud “tanah perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand” dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari ini.
Pada tahun 1782 Masihi pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina Kota Meang Kuang @ Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun 1788 Masihi pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah.
Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah inggeris bermula pada tahun 1788 dan Australia itu seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat buangan banduan dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tinggal di Istana Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia.
Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh 1851 diatas, puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak mengusai Selatan Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra kebawah masih berada dibawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (1825-1862). Peta diatas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana setelah menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ. Sekiranya begitu, raja siam manakah yang berjaya ditipu muslihat oleh Tunku Anum kalau bukan raja siam Islam. Kenapa pengkhianat kepada Raja Maha Besar diakui dan dikatakan wira dalam Sejarah Kedah?, dinamakan sekolah atas namanya?, dimana pengiktirafan kita hari ini terhadap Khalifah Syarif Abu Bakar Syah?(click untuk besarkan)
Peta tahun 1851 ini membuktikan bahawa mereka ketika itu sibuk merampas semula wilayah siam islam di Champa yang enggan bernaung dibawah Raja thai Buddha. Mereka menangkap, menyiksa dan membunuh raja-raja islam yang enggan tunduk kepada mereka dan berjaya berkuasa disana sahaja, tidak diselatan Siam. Wilayah di Champa, Laos ini kemudiannya dirampas oleh Perancis. Manakala Inggeris pula sudah menguasai Semenanjung Melaka dan menukar nama semenanjung ini kepada Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai masyarakat disini pun bermula. (click untuk besarkan).
Pada tahun 1819 pula, pihak tentera raja inggeris telah menyerang Timor Leste dan kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga Sultan Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun 1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.
Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh 1222 tahun alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, ia telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun 1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan Laksamana dan (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.
Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Benua Siam Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan Kota Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di Kedah.
Pada tahun 1821, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa masuk tentera-tentera musuh Chakri Sokho Thai Raja Buddha Rama II secara senyap dan menyerang Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh di istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah tahun serangan tahun 1821 digelar “tahun musuh bisik”, ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada dicatit sebagai bukti oleh ahli sejarah inggeris iaitu Robert Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di Pertuan seperti Bunga Emas dan membawa balik ke Bangkok. Dengan itu, hari ini sejarah kita mengatakan bahawa Bunga Emas di hantar kepada mereka di Bangkok, pada hal ia di rampas di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau Pinang (bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan Kedah. Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada penjajah Inggeris Francis Light pada tahun 1786 Masihi. Dia berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota Meang Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah.
Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun 1821 adalah seperti makam Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua, makam Permaisuri Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat Sumatera Pasai (makamnya digelar makam Tok Jame berada di Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).
Ketiga adalah makam Sultan Marin Langkat Sumatera Pasai yang makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar makam Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada Tun Saaban yang bergelar Iskandar Mahkota Alam semasa menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelar Hang Tuah dan ketika menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar Narai).
Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu Sultan Iskandar Koya Fai yang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar) iaitu Sultan Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu Kasim yang berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa musuh bisik. Antaranya termasuk makam Raja Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.
Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan Sultan Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala Sultan Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja Mindanao Sultan Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin yang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang Kota Setar Kedah.
Selain itu ialah makam Laksamana Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh Tunku Long Taha yang berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan makam isterinya Tunku Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.
Terdapat juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani Radin Megat Tam Tunggal yang berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam Perlis Nai Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedah yang turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan makam Sultan Idris Jammu Patani dan Puteri Majapahit yang berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam Raja Siam Kota Setar Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah yang berada di Kampung Alor Siam, Mukim Tajar.
Pada tahun 1821 ini lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam Songkhla. Baginda telah mendapat bantuan tentera china Manchu memandangkan baginda adalah menantu kepada Maharaja itu. Kemudiannya angkatan tentera China Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit Chandan Perak untuk menjemput Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar III Kedah (juga disebut Putera Raja Siam Ligor) untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana Alor Ganu Kedah.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk Panglima Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin. Selepas itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Wilayah pemerentahan baginda adalah seperti peta semenanjung di atas. Pada ketika inilah Ahmad Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan dihantar oleh Inggeris ke Melaka. Disana sebagai penaung penulisan sejarah dan dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris (mereka membawa agenda freemason), Ahmad Tajuddin Halim Syah telah bertindak menulis semula Sejarah Melayu (agenda inggeris, tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah dll. Beginilah kita semua mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini, tersasar dari hakikat sejarah islam sebenarnya.
Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah Ku Din Ku Meh bagi menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis hari ini). Kedua adalah Tunku Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran Sultan Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalah Syed Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri Perlis, Nai Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik menjadi Raja Kubang Pasu, Nai Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Sultan Kota Setar, Tunku Ibrahim Tunku Meh dilantik menjadi Raja di Kuala Muda, Nai Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang, Nai Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. Kemudiannya Nai Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik sebagai Raja di Kinta dan Raja Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun 1825 di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah selama 4 tahun sahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian selepas kemangkatan baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Datuk Ku Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ketika itu menjadi Raja Siam Songkhla ditabal menjadi Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda menetap di Istana Kuning Berahman Indera Alor Setar Kedah pada tahun 1825 dan memerentah sehingga tahun 1862 dan dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota Setar Kedah. Anak lelaki baginda Nai Long Jaafar kemudiannya kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar Sultan Jaafar Mad Azam Syah dan baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut Perak pada tahun yang sama menggantikan tempatnya.
Pada tahun 1875, penguasa penjajah inggeris, J.W.W. Birch yang mula menguasai negeri Perak telah dibunuh di Sungai Pasir Salak oleh Datuk Maharajalela. Fikirkan lah saudara pembaca budiman, arahan siapakah yang menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak sedemikian rupa? Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak Perjanjian Pangkor 1874 yang mengenepikan peranan Yang Di Pertuan Kedah. Penjajah kemudiannya telah memohon bantuan tentera penjajah Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula Luang Khun agar menyerang Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada masa itu berada di Istana Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah. Istana ini asalnya adalah istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Siamen. Selepas itu pada tahun 1876 Masihi, Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam almarhum kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kedah.
Mayat baginda telah dibawa didalam dulang besar dalam keadaan berkecai dipijak gajah oleh tentera China Manchu dari Gurun ke Kampung Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu yang beragama islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China dan tentera Manchu islam ini dihantar oleh Maharaja Cina Manchu untuk mengawal baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina di Kg Tualang Kedah untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan tentera China Manchu Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari ini mereka dikenali sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang tempatan, dengan paras rupa berwajah bujur sireh, berkulit putih kemerah-merahan. Kekecohan yang dilakukan oleh Inggeris di China untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu itu kemudiannya tidak memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan ke Benua Siam.
Ahli sejarah Inggeris Colonel James Low diminta menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand Chula Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan bahan bukti Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu telah menjalankan pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang Raja Perempuan Thai, Mak enche Manjalara dinegeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid dan beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.
Tentera-tentera thai telah ditempatkan diseluruh negeri kedah untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini mereka bangun menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama islam. Keturunan tentera thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai orang siam (beragama Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah di Melayukan oleh penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang dari negeri Siam yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh raja Thai dengan sebab itu mereka masih lagi dipanggil orang-orang siam. Malahan di Kedah dan Malaysia amnya, rakyat negara ini masih memanggil Thailand sebagai Siam. Situasi yang sama berlaku di Patani dimana orang-orang Melayu Patani begitu marah dengan tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana mereka pun sudah pun di melayukan sepertimana kita yang berada di Malaysia.
Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (1876-1881) adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan juga masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah disekitar Lembah Bujang, Kedah. Kebijaksaan orang-orang kedah dahulu pula antara lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Pulau Langkawi.
Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda ada disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan makam tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini. Terkini, saudara pembaca sakelian para penyelidik dari USM, Pulau Pinang menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang diterbalikkan dan dikambus dizaman dahulu oleh penjajah Inggeris dan thai sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari makam Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Madzaffar Syah I.
Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau Tiga Sungai Merbuk daerah Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah untuk kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang hanya tinggal nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang Kuang, Kota Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.
Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan semula oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, siksaan, dihina dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam langsung dari sejarah bangsa Melayu hari ini, mereka hilang pengiktirafan oleh sejarawan dan pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita mula merdeka lagi.
Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami kini ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang melantik mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun kemudiannya mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan lantas mengenepikan undang-undang Islam. Orang kebanyakkan tidak menerima wasiat dan kefahaman sejarah mereka amatlah terhad (dengan maaf) jadi amat sukar untuk mereka meriwayatkan semula sejarah realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya. Raja-raja daerah zaman dahulu telah bertindak megenepikan Maharaja Benua Islam Siam yang bergelar Khalifah, Kaifa dan Maulana sepertimana tercatat dalam Undang-Undang Kedah. Sehingga hari ini, sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan penjajah dan mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah bangsa Melayu hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.
Saudara pembaca sekelian, sama-samalah kita insaf dan merafak sembah berdoa kehadrat Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di masukkan dalam golongan para syuhadah kerana mereka sanggup menempah maut dalam memperjuangkan kebenaran agama islam. Haruslah kita sedar bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan sejarah islam di negara Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan zaman kegemilangan empayar Islamnya, kewibawaannya, manakala sejarahnya telah dicaturkan semula oleh penjajah, pada hal di suatu masa dahulu kita semua adalah bangsa yang disanjung tinggi oleh kawan dan lawan. Renungkanlah.
38 comments:
TUAN
tahniah atas ketelitian telaah
Padat..memang padat.
"Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Saimen di Pulau Tiga Sungai Merbuk..."
Adakah ini bermakna Raja Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam surah Al-Kahfi itu pernah sampai di sini?
"Sama-samalah kita insaf dan merafak sembah berdoa kehadrat Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di masukkan dalam golongan para syuhadah kerana mereka sanggup menempah maut dalam memperjuangkan agama islam. Haruslah kita sedar bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan sejarah islam di negara Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan zaman kegemilangan empayar Islamnya..."
Amin, semoga Allah S.W.T membuka hati seluruh umat Islam di nusantara ini. Mudah-mudahan senang mereka memahami dan menerima kebenaran ini dengan keinsafan dan kesedaran. Dan semoga Allah s.w.t menggerakkan mereka di atas jalan yang lurus dan melindungi mereka dalam perjuangan menegakkan kebenaran melalui sejarah Islam ini.
Dengan timbulnya kembali kebenaran ini maka segala pengorbanan mujahid2 terdahulu akan terbela. Mereka tidak akan mati dengan sia-sia, itu janjiNya.
Saudara,
Tahniah kerana berjaya membuka minda pembaca yang selama ini ditipu oleh sejarah buatan Inggeris.
Untuk pengetahuan saudara, Pulau Tiga di Kuala Muda adalah tempat permainan saya ketika kecil.Pernah diberitahu bahawa terdapat sebuah istana di situ pada masa dahulu.Tetapi saya tidak mempercayai kerana tidak terdapat bukti sejarah dalam pelajaran di sekolah ataupun kitab-kitab sejarah tentang kewujudan istana di situ.Baru sekarang saya yakin akan cerita-cerita daripada orang-orang lama di tempat saya tentang kewujudan istana di situ.
Saya harap saudara dapat meneruskan usaha saudara untuk mencelikkan mata masyarakat di negara ini tentang sejarah realiti.Saya menyokong penuh usaha saudara.
*semakin hari semakin ramai orang yg tau kisah ni.Saya pon kadang-kadang dok promote gak kat kawan2 n depa interested.Alhamdulillah
Tuan SNK
Apa pendapat tuan tentang blog http://rajaahmad.blogspot.com ?
tuan...
cerita sejarah ni kadang kadang menarik..tapi bila masuk bab raja australia sana...jadi macam cerita fantasi pulak...hahahaha...
Tahniah...
MMg Benar apa yang dikatakan saudara anai-anai, dan keturunan maharaja siam islam berselerakan di seluruh negara....
Hanya keturunanya saja dapat merasa keterbukaan hati dengan segala jalan petunjuk untuk membongkar sejarah yang sebenar
tahun musuh bisik 1821 adalah sejarah yang sengaja dilupakan...dan setiap keturunanya membuang nama pangkal agar tidak diketahui thai...
dan sebagaimana sejarah istana yang senget di Sedim yang kononnya oleh daulat pijak sultan..dan sejarah gajah putih kuku 9
Assalamualaikum
Salam Ihya,
Menurut kajian saya, mengenai perbandingan salasilah, SNK mengambil punca direct dari saad waqas dan iskandar zulkarnain manakala 'Tun' (refer uuk) banyak bercerita tentang 'bendahara' mengikut version kesultanan melaka.
persamaan kedua-duanya adalah tentang masalah melayu yang dikacau bilau oleh Ingris.
kedua-duanya juga memperjuangkan Islam.
Tapi SNK ni version Duli Yang Dipertuan...
Macam nilah Pakngah. Baru rasa panas.
Cuba tengok kesan sejarah yang dijumpai di Merbok oleh USM didalam muka depar "the Sun" bertarikh hari ini 5 March 2009. Apa ulasan tuan?
salam tuan-tuan semua,
saya baru sahaja menjumpai blog ini.
masih lagi baru merangkak-rangkak membaca post yang lepas2.
tahniah saya ucapkan kerana membuatkan saya rasa bangga menjadi diri saya sekarang. selama ini bila saya membaca sejarah kerajaan rom, mesir, parsi, china, india, dll tamadun besar dunia, membuatkan saya terasa rendah diri bila teringat balik apa yang saya pelajari di sekolah dulu. betapa kecilnya kerajaan melayu melaka di pentas sejarah dunia pada ketika itu.
tapi kini tidak lagi. dari apa yang saya baca di laman blog tuan, sejarah kita sebenarnya lebih hebat dari apa yang ditulis di dalam buku2 teks sejarah sekolah malaysia. kita sebenarnya sudah mempunyai sistem bermasyarakat yang utuh, lama sebelum zaman 'kesultanan melayu melaka.' terima kasih saya ucapkan kerana telah membuka minda saya.
sebenarnya dari laman blog ini, banyak perkara yang memusykilkan saya (dari pembelajaran masa sekolah dulu) sudah terjawab. kenapa hikayat hang tuah mengarut? kenapa sejarah melayu macam cerita dongeng? dari muntah lembu boleh plak kluar bayi manusia.. semuanya terjawab dalam blog ini.
memandangkan saya belum lagi habis membaca blog ini, saya tak berani la nak ulas apa2 lagi berkenaan fakta yang ditimbulkan. cuma saya sangat berharap pihak tuan dapat melipat gandakan usaha mengetengahkan fakta & bukti kukuh bagi menyokong cerita2 di dalam blog ini, kerana lawan tuan2 merupakan pakar dalam memutarbelitkan fakta (sapa tak kenal mi6 & konco-konconya).
akhir kata, teruskan perjuangan tuan2. saya iringkan doa, semoga pihak yang berhak mendapat kembali bahagiannya. amin.
Kepada Sdr. Al-Bogaki,
Berita tentang penemuan baru di Lembah Bujang itu disiarkan dlm hampir semua akhbar-akhbar perdana hari ini.
Penemuan ini selari dengan kajian kami.Bahawasanya Lembah Bujang Kedah merupakan tamadun paling tua di Asia Tenggara! Kalau nak dibandingkan dengan sejarah Melaka versi 1401-1511 yg dibanggakan pihak tertentu orang utara kata "tarak apalah".
Kalau difikirkan kenapakah dlm banyak-banyak tempat Merong Mahawangsa memilih datang ke Kedah. Rupanya sudah ada establishment sejak beberapa kurun sebelumnya. Raja Iskandar Zulkarnain pun sudah ke sana dan tentunya membawa gelombang awal orang-orang Siamen dari Yunnan.
Seawal kurun ketiga masehi kita sudah ada teknologi kilang besi dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnain.Ingatkah kita teknologi metallurgy dalam surah Al-Kahfi?
Tidak hairanlah wang siling Rom juga menggunakan timah dari semenanjung dan Ptolemy sudah kenal tanahair kita sebagai semenanjung emas.
Penemuan baru ini semakin menghangatkan sejarah realiti yang kita perjuangkan.
Petikan berita Harian Kosmo! 7 Mac 09:
Bangkok-Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva semalam bersetuju untuk menimbangkan semula undang-undang yang melindungi institusi beraja negara berkenaan susulan pelancaran satu kempen antarabangsa.
Persetujuan dibuat selepas ramai pengkritik undang-undang itu mendakwa peraturan tersebut digunakan untuk tujuan politik.
Sesiapa yang mengkritik atau menghina Raja atau kerabat diraja Thailand akan dibicarakan sebagai penjenayah dan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun. -AFP.
(Ada perkembangan terbaru nampaknya)
salam,
quote
"Pada tahun 1788 Masihi pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah."
ya lah sejarah Raja Islam Benua Siam Kedah Australia amat menarik. Inggeris menghantar Captain James Cook pada tahun yang sama menjajah Australia dan menghalau, membunuh penduduk peribumi (Aborigines). Di Queensland [tempat saya tinggal sekarang], Australia terdapat tempat yang bernama TANAH MERAH.Adakah ada kaitan dengan Raja Australia Islam Benua Kedah?
Terima Kasih semua
Tanah merah di Australia? Kalau tempat berlakunya peperangan di kedah ni dengan penjajah thai ialah Tanah Merah di Jitra kini ditukar kepada nama kepada Bandar Darulaman dan Tanah Merah di Pendang. Interesting...
salam
Tuan/saudara Anai-anai,
nama tempat tersebut memang TANAH MERAH dan ada lagi NERANG.Tuan boleh google [google map Australia] di http://maps.google.com.au
taipkan tanah merah, Insya'Allah akan jumpa lokasinya
terjumpa maklumat berkitan Bahasa Siam (Bukan Bahasa Thai) oleh Naim Firdausi dari http://www.mykedah.org/Menjejak-Sejarah/nama-tempat.html
-- sebahagian petikan nama tempat----
[b]Mungkin ada yang tidak sedap hati dan memohon nama tempatnya ditukar, seperti Kg Mani (mai sini) minta ditukar kepada Kg Manis, Sungai Ma (sungai anjing) ditukar kepada sungai Mas. Pendekatan Linguistik dapat menjelaskan hal-hal tersebut. Berikut nama-nama yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu daripada mereka yang arif dan fasih dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai).
Merong Maha Wangsa- Naga pembesar bangsa Harimau
Jitra-Berhenti rehat Pendang- senapang berbunyi (ada mengatakan Pendang adalah dari perkataan pendiat, namun ia masih kurang tepat)
Sik-empat
Nami - muka beruang
Changloon - gajah jatuh (gajah duduk)
Gurun - gerun, ngeri
Tajar - Pengkalan gergasi
Jerai /Che rai - nama apa?
Kokbah - pulau gila
Kokdiang - pulau merah
Chenang - nama puteri
Arau - kami
Perlis - bedak
Kangar -betis patah
Tobiar - heboh maklumkan
Ayuthiya, (Ayuthiya di Thailand dan Ayodhiya di India) - istana
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah 1060 Hijrah didapati banyak kata pinjaman dari bahasa Siam seperti:
Kweng - pegawai
Raja Tui Yangkam Yukbad - Raja ynag derhaka enggan serah kuasa
Ka - Bunuh
Menura - kesenian
....
Ikut cerita orang tua-tua Sultan Badlisyah pun berbahasa Siam ketika menziarahi adik-beradiknya di Mukim Tajar. Perlu diingat di sini, bahasa Siam di Kedah sangat berbeza dengan bahasa Thai sekarang. Mungkin di situ kita boleh beza dan bertemu kembali dengan bahasa tok nek kita....
Nama-nama tempat semacam bahasa Siam di sini dulu saya cuba terjemah daripada orang tua-tua. Mereka bagitau, saya salin ja. Betul kah tidak Wallahuaklam... sekadar tinjau-tinjau... Orang terdahulu berpesan “Nya Pein Kiat Jou Tai Keperok” (Jangan jadi Katak di bawah tempurung).
Naka – bendang lengkuas
Nako Nambua – bendang rumpun padi air mata air
Nawa – bendang keriang
Kuala Muda (Mua Dat) – himpun belerang
Kethon – jeram
Tekai & Tokai – saudagar
Sik – empat
Padang Sanai (Ser nai) – tentera dalam negeri
Tanjung Dawai (Than Wai) – pertahanan awal
Choras – mashyur bersemanyam
Palantik – bawa pindah tempat
Jit Niang – berhenti diam
Bedong – riuh rendah
Kokhap – minta lauk
Kurong Hitam – Kreang Hitam (lopak air tempa besi)
Burma (sekarang ditukar kepada Myanmar) – puak pendatang
Derga – yang hukum pancung
Pengkalan Kakap – saya menyanyi/berzanji
Baling (Banling) – kampung kera
Siung – empat ekor Dekan/Panda?
Maha Podiset – pembesar lelaki terbaik
Ban Nai – Kampung dalam/ kampung penghulu
Bedor – riuh di sana
Kampar – langkah hutan Beruas – puak kaya
Lenggong - turun duit
Gangga - persisiran perniagaan
Kangsar - tepi harimau/tentera/laksamana
# Tok nenek saya juga mahir BERBAHASA SIAM sebeah ibu dan ayah. Pesan Allahyarhamah Tok saya "hang jangan cakap ..tak betoi nanti 'Siam' marah", ketika bertugas di Padang Besar. Saya hanya ingat perkataan asas dalam kehidupan seharian, tetapi tak mahir berbahasa Siam. Di Guar Chempedak, Daerah Yan, ada sebuah Kampong bernama Kg. Tok Kau, di mana majoriti orang-orang tua mahir berbahasa SIAM. aDAKAH INI SEBAHAGIAN DARI wARISAN nEGARA iSLAM sIAM kEDAH? sama seperti masyarakat di Nawa dan Bukit Payung, mahir berbahasa yang depa panggil "Bahasa Arab'.
salaam,
saya ada cerita baru tentang makara sg mas. dah jumpa abang dia. (bapak sama, mak lain).
bumilangitblog.com
Saya memang selalu teruja bila baca blog ni..saya pasti blog ini akan jadi paling sensasi dan paling benar di masa akan datang.Kg.Tokwan saya ialah Labu Besar Kulim Kedah tapi kata orang-orang dulu sebenagnya bukan buah labu tapi Pelabuhan Besag.Satu lagi katanya tok nenek saya bela lembu banyak,ambik dari Kelantan(Legeh kut?.Dulu zaman takdak highway tapi mungkin betui sebab ada sungai besag.
nak tanya sikit....dato panglima bukit gantang dilantik oleh sultan perak..... sedangkan sultan perak berketurunan sultan melaka dari kerajaan johor riau....
macam mana ada 2 datuk panglima bukit gantang...? satu kerajaan kedah satu kerajaan perak?
dalam sejarah perak di bukit gantang....panlima bukit gantang(perak) berperang menentang kerajaan kedah(siam) yang cuba menjajah kawasan bukit gantang sekarang.....
long jaafar dan anaknya ngah ibrahim dikurniakan jajahan larut matang oleh sultan perak....
mohon penjelasan....
MasyaAllah...penulisan yg mengangumkn sekali.penjelasan yg btl2 teliti...tq krn mberi pemahaman.smga diri ini tdk sesat lg dlm menilai peristiwa sej...
Saudara Besi,
Hanya terdapat satu saja Datuk panglima Bukit Gantang, bukan dua. Utara Perak dulu berada dibawah jajahan Kedah. Sehingga ke Bukit Merah, Taiping bahasa melayu loghat Kedah masih lagi dipertuturkan disana.
Kerajaan kedah pada masa itu diserang tentera thai kerana Siam itu adalah Datuk Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alauddin (melayulah hari ini).
Ngah Ibrahim bukan lah anak Long Jaafar.
Anakanda baginda sebenarnya ialah Raja Ngah Ibrahim yang meninggal di Singapura dan dibawa balik ke Perak baru-baru ini. Raja Ngah Ibrahim berniaga barang-barang kemas dan berpindah ke Singapura apabila berlaku kekecohan di Perak. Beliau meninggal dunia di sana. Abang sulungnya ialah Raja Sulaiman dan adik perempuannya ialah Raja Alang Sapiah. Bonda mereka bertiga ialah Ngah Sepora.
Ngah Sepora pula ialah adik perempuan kepada ayahnya Ngah Ibrahim yang bernama Nai Ngah Lamad bin Megat Terawis (Ngah Ibrahim bin Ngah Lamad bin Megat Terawis).
Dalam lain perkataan Ngah Ibrahim ialah cucu kepada Megat Terawis dan Ngah Sepora (bonda kepada Raja Sulaiman, Raja Ibrahim dan Raja Alang Sepiah adalah anak Megat Terwis) adalah mak saudara Ngah Ibrahim. Raja Ngah Ibrahim dan Ngah Ibrahim adalah saudara sepupu.
Saudara Besi,
Hanya terdapat satu saja Datuk panglima Bukit Gantang, bukan dua. Utara Perak dulu berada dibawah jajahan Kedah. Sehingga ke Bukit Merah, Taiping bahasa melayu loghat Kedah masih lagi dipertuturkan disana.
Kerajaan kedah pada masa itu diserang tentera thai kerana Siam itu adalah Datuk Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alauddin (melayulah hari ini).
Ngah Ibrahim bukan lah anak Long Jaafar.
Anakanda baginda sebenarnya ialah Raja Ngah Ibrahim yang meninggal di Singapura dan dibawa balik ke Perak baru-baru ini. Raja Ngah Ibrahim berniaga barang-barang kemas dan berpindah ke Singapura apabila berlaku kekecohan di Perak. Beliau meninggal dunia di sana. Abang sulungnya ialah Raja Sulaiman dan adik perempuannya ialah Raja Alang Sapiah. Bonda mereka bertiga ialah Ngah Sepora.
Ngah Sepora pula ialah adik perempuan kepada ayahnya Ngah Ibrahim yang bernama Nai Ngah Lamad bin Megat Terawis (Ngah Ibrahim bin Ngah Lamad bin Megat Terawis).
Dalam lain perkataan Ngah Ibrahim ialah cucu kepada Megat Terawis dan Ngah Sepora (bonda kepada Raja Sulaiman, Raja Ibrahim dan Raja Alang Sepiah adalah anak Megat Terwis) adalah mak saudara Ngah Ibrahim. Raja Ngah Ibrahim dan Ngah Ibrahim adalah saudara sepupu.
sy ingin btanya, bnr ke dinasti chakri merupakan waris kepada dinasti ayuthia??
Tidak Izzan, Dinasti Ayuthia di bwah pemerentahan Raja Siam Islam sementara Dinasti Chakri berasal dari puak Sukhothai yang beragama Buddha dengan Rama I Yotfa Chulalok sebagai pemerentah pertama.
Terima ksh bbnyk pd saudara anaianai...sy smmgnya sdh lm mcri jwpn ini.TQ again...smga tarbiah yg baik utk kt yg mcari ilmu.
Ada some info yg hanya berupa cakap2 org lama berkenaan kubur Megat Terawis yang mengatakan kubur sebenar Megat Terawis di Kuala Dipang berhampiran dengan KAMPAR.
Kuala Dipang dulu mmg bnyk waris2 sebelah kesultanan perak.
(Kampar – langkah hutan Beruas – puak kaya. Merujuk kepada posting Afandi)Kuala Dipang?
Tak jauh dari Kuala Dipang ada nama tempat Tualang Sekah.
Saudara anai2 tak mahu mencuba utk menulis situasi di Perak ke? Maksud saya, penulisan artikel secara jelas dan terpeinci ttg bagaimana naiknya kesultanan Perak yg ada skrg sepertimana penulisan tuan mengenai SAT II dan SAH di Kedah dan SM II (Long Senik) di Kelantan. Bagi saya ini penting memandangkan kepincangan dan kekeliruan fakta sejarah yg ada skrg menyebabkan pembaca keliru terhadap nama2 tokoh yg sama yg digunapakai oleh sejarah yg dicipta dan sejarah realiti.
penerangan yg cukup memberangsangkan bagi orang muda mcm saya..
aha rasa menyesal pun ada sbb malas belajar sejarah dulu2..kalau ada trip pg buat review atau kajian ttg siam kedah bgtau saya ya saya nak ikut!tahniah saudara anai anai!
quote tun dr mahathir yg dimuatkan dalam juga antara yg terbaik dan menyemarakkan semangat bagi saya:) walaupun saya bukanlah seorang penyokong beliau
terimakasih!
-mimin
Pada tahun 1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor."
Siapa Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor ini? Adakah baginda org yg sama dgn watak 'Sultan Ali Iskandar (Tengku Ali 1835)' yg ditulis dlm sejarah Johor sbg Sultan terakhir dr jurai bendahara yg menyerahkan kuasa pemerintahan Johor kpd Temenggung Daeng Ibrahim akibat dr tekanan pihak Ingris?
Kalau menurut penulisan sejarah Johor tersebut, kuasa memerintah Johor diserahkan oleh Sultan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan Ali Iskandar (1855). Sultan Ali Iskandar ini pula anak kpd Sultan Hussein yg merebut takhta Johor dr adik tirinya Sultan Abdul Rahman yg kemudian menjadi Sultan Lingga.
Manakala saudara anai2 pula menulis Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor tlh diusir oleh penjajah Ingris dgn bantuan pengkhianat. Jadi ada kaitan ker? Bukankah Pagoh tu kat Muar?
As Salamu Alai Kum
Dulu masa kat Langkawi pernah tertanya - tanya Hulu Melaka inikah tempat Hang Tuah disembunyikan Tun Perak dahulu dan kenapa Utara Malaysia yang gantikan diri kedua sebagai Hang..
Salam semua, inilah kali pertama saya respond ke ruangan ini.
Baru tahun lepas saya bercakap secara terbuka dengan Koya Nai Long Kassim (KNLK)tentang sejarah salasilah keturunan kita ni, satu line dengan Anaianai (Nai Long Mazlan),
Masa kecik-kecik dulu hairan juga, sebab adik beradik semua bercakap Siam, tapi cuma keluarga kami cakap Melayu. Banyak yang tok nenek cerita tentang keturunan kami dari keturunan Raja Ligor/Legeh, tapi tak ambil perduli pun. Tapi bila jumpa dan mendapat penjelasan dari KNLK barulah nampak jelas.
Nai Long Kassim banyak bawa saya melawat Makam Diraja di Tualang, Makam Raja di Tanjung Inggeris di Langgar. Chandi di langgar, Kemudian beliau bawa saya melawat Kampong Maharaja di Jitra.
Kemudian dengan panduan dari Nai Long Mazlan (Anaianai) dan KNLK saya telah menziarah makam Raja di Merbuk dan Chandi di lembah Bujang. Akhir sekali saya telah menziarah makam Sultan Mahayuddin Mumansor Shah bersama Permaisurinya Puteri hang Li Poh di Ulu Melaka Langkawi.
Menurut Koya Nai Long Kassim, nama sebenar saya ialah Nai Chau Saad ( Chau; sebab anak ke empat). Kami adalah dari keterunan Megat Manja (Koya Nai Chau Megat Manja Abu Kassim)iaitu Raja terakhir Tenasirim. Baginda juga adalah salah seorang mangsa pembunuhan di Kota Meng Khuang semasa "zaman Musuh Bisik" tahun 1821.
Sebagai seorang ahli akademik dalam profession farmasi(USM), saya tak begitu mahir dengan sejarah. tapi saya sangat menghormati dan berasa sangat kagum dengan pengtahuan NL Mazlan dan NL Kassim dalam sejarah ini.
Semoga Allah Taala terus memelihara KNL Kassim dan NL Mazlan serta memberikan mereka segala pertolongan dan bantuan untuk meneruskan usaha ynag murni ini demi maruah agama dan bangsa yang sudah banyak tercalar sejak akhir-akhir ini.
salam
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah SWT,
salam hormat, salam lalu dan salam singgah kepada saudara anaianai yang saya hormati lagi saya kasehi,
telah lama saya mengikuti dan mengamati penceritaan tuan,
sungguhlah terasa amat sedih pedih dihati jikalaulah benar seperti apa yang telah diungkapkan,
terpanggil dengan cerita-cerita yanag telah diutarakan, minggu lepas, saya telah diberi cadangan oleh seorang sahabat yang juga turut sama mengikuti blog tuan,
beliau meminta saya mencari CD cerita 'ong bak 2' ceita siam, ada sesuatu disana, nama kerajaan ayuthia, sukhotai disebut2 kembali? adakah perkara ini semua terjadi diatas satu dasar? iani: 'tiadalah Allah SWT itu menjadikan sesuatu dengan sia-sia',
jadi pada penceritaan 'ong bak 2', banyak nampaknya sejarah sudah dimanipulasi oleh merka yang tidak bertanggungjawab,
banyak sekali persoalan yang bermain di lubuk hati saya seperti:
1. kenapa pakaian penglima nya sama seperti pakaian laksamana melayu?
2. ketua lanun, berpakaian seperti arab turki, pedangnya (pedang arab) banyak mirip kepada keIslaman,
3. kalau panglima tentera thai, pakaian mereka tak sama dengan arab turki kerajaan othmaniah,
4. kerajaan terakhir yang dibunuh itu? adakah seperti yg tuan maksudkan?
dan berbagai-bagai persoalan lagi,
lalu, setelah saya menonton cerita 'ong bak 2' itu, sahabat saya kemudian meminta saya lagi mencari cerita dari siam juga, tajuknya: 'the queen of langkasuka', kata dia, cerita tu mereka telah manipulasi juga dari cerita asal tentang sejarah 'meriam timbul', petang nanti saya akan cuba mencari CD itu nanti,
jadi pada penemuan tersebut,
apalah salahnya jikalau kita menulis buku, akan membuat lakon layar tentang pensejarahan 'nagara kedah'? atau apa2 tajuk yang berkaitan,
jikalau mel gibson rakyat australia boleh membikin filem 'braveheart' sebuah cerita pensejarahan orang scotland menentang inggeris, kenapa orang malaysia tidak boleh membuat cerita apa-apa saja tentang apa-apa sahaja (yang baik),
jikalau tidak boleh buat cerita yang secara maksud langsung, kita buat sahaja secra 'satira' jikalau tidak boleh juga secara 'satira', kita bikin secara 'eksperimental' tak boleh juga eksperimental, kita terus buat 'abstrak', banyak cara, dan pakar-pakar tersebut juga telah ada disini,
apa kata tuan?
[mohon ampun maaf kepada tuan NL, banyak sungguh bicara saya walau buat kali pertama, mohon ampun dan maaf juga andai saya sudah terlebih bicara]
salam hormat,
zul rahman
kebenaran begini yang perlu ditekan kan diminda anak2 kita sekarang yg rata-rata nya semakin buta sgn sejarah usul silah melayu...
namun saya bangga ada yg berani tampil mengetengahkan dan seharus nya org melayu buka lah minda untuk menerima bahawa selama ini lah kita berfantasi dgn sejarah sendiri...kesihan kita..salam //teruskan perjuangan anda!
Waalaikumsalam, memang benar kata saudara, kebanyakan keturunan telah dibuang nama pangkal agar tk dpt dicari oleh siam.. Ada yg ditukar kepada Che, Wan dll.. ::Kata marhum nenek sy pada sy anak cucu.. Marhum nenek dr keturunan Kerabat Setoi (saturn thailand)..
Post a Comment