Wednesday, October 8, 2008

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.

UPDATED

1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah Darul Aman.

2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh di Permatang Harimau, Mukim Lesung Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda

3. Nai Long Ibrahim Putera Sultan Nai Long Abu Toha Raja Siam Selama, Perak mati dibunuh dan dimakamkan bersama para syuhadah yang menentang penceroboh iaitu tentera raja Buddha Rama V Chula Luang Khun. Mereka dimakamkan ditanah perkuburan Islam Kubur Panjang (kubur beramai-ramai), Mukim Rambai, Pendang Kedah.

4. Pada tahun 1876 masihi juga Laksemana Khweng Wi dan para Syuhadah dibunuh Di Kampung Alor Berhala, Padang Besar Tobiar, Tobiar, Pendang Kedah.

5. Di Bukit Raya daerah Pendang juga mereka membunuh cucu Sultan Idris Jammu Patani iaitu Radin Megat Haji Osman Ibni Radin Megat Mad. Beliau dimakamkan di Makam Diraja Patani, masjid Kampung Sena, Mukim Tobiar Pendang. Warisnya berjaya disembunyikan dan masih ada hingga kini.

6. Laksemana Tunku Ibrahim menemu ajalnya dengan dibunuh di Kampung Sungai Mas, Kuala Muda Kedah. Makamnya terdapat di Makam Langgar, Sungai Emas, Kuala Muda Kedah.

7. Manakala Raja Siam Negeri Salama Benua Islam Siam Kedah Sultan Nai Long Abu Toha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (adinda Long Jaafar) dibunuh di Kampung Ayer Melintas, Kepala Batas Pulau Pinang (ayahanda Nai Long Ibrahim). Salasilahnya membawa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

8. Sultan Ismail Raja Kinta dan Sultan merangkap Menteri Larut Matang Nai Ngah Ibrahim,ditangkap di Kampung Raja Berlindung, Sidim Baling Kedah oleh Inggeris setelah kembali dari majlis pengkebumian Almarhum Sultan Jaafar Muadzam Syah dan dibuang ke benua Afrika. Maklumat kedudukkan mereka di Baling ini diberikan oleh Sultan Abdul Hamid bakal Sultan Kedah yang mahukan kuasa dan sanggup berpakat dengan thai untuk membunuh Nai Long Jaafar @ Sultan Jaafar Muadzam Syah, Raja Besar Benua Siam terakhir, dari waris Bani Hashim.



Paduka Seri Sultan Abdul Hamid : Cantikkan pakaian ala barat ini? segak dan bergaya tanpa jubah mahu pun serban. Pelaris di kedai-kedai?... betulkan iqtikad anda dahulu. Cuba bandingkan dengan pakaian rasmi Rama V Chulalongkorn yang memerentahkan agar Sultan Jaafar Muadzam Syah dibunuh dalam tahun 1876 dahulu. Tak banyak bezanya, bukan. Dah tengok gambar Sulltan Selangor yang pertama? berbaju melayu, bertanjak atau Sultan Yusuf Al Mahdi yang segak bersongkok. Cuba anda buat perbandingan.


9. Selain membunuh sultan dan pembesar negeri, penjajah raja Buddha juga memusnahkan banyak harta-harta peninggalan yang membuktikan sejarah keagongan Islam Benua Siam Kedah. Antaranya,

i. Istana Raja Iskandar Zulkarnain dan masjid di Lakhokna (Laguna Merbok) Pulau Tiga Sungai Merbok. Masjid tersebut adalah tempat perlindungan Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah pada tahun 1876 Masihi. Ini sudah pasti tidak diceritakan akan tetapi yang di ceritakan bahawa Ahmad Tajuddin Halim Syah pun pernah singgah di istana ini sebelum berangkat ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka.

ii. Penceroboh juga memusnahkan Istana Pho Diset Sultan Saidina Jamalul Alam Badrul Munir di Ayut’ia Pinang Tunggal, Kedah Darul Aman.

iii. Istana Sultan Syed Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir yang terletak di puncak Bukit Choras dan gudang yang terdapat di Bukit Gedong juga dimusnahkan.

iv. Mereka memusnahkan istana Sultan Saidina Hussin Ali Rah yang terdapat di Kota Pagar Ayer, Mukim Limbong, Kedah

v. Istana milik Sultan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussin Syah Ali Rah yang berada di Alor Raja, Mukim Langgar, Kedah turut dimusnah. Makam Sulltan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi dijumpai ditimbus bagi mengelak ia di musnahkan oleh penjajah thai dan kini berada di Tanjong Inggeris, Langgar.

vi. Di Alor Ganu, Anak Bukit Kedah, iaitu di Kota Sarjana mereka memusnahkan istana Sultan Mohammmad Syah Yang Adil bergelar Baba Ghiyai.

vii. Istana Kota Naga milik Sultan Rijaluddin ibni Mohammad Syah yang Adil. Baginda bergelar Rama Tibodi II Dinasti Ayut’ia dan tapak istana itu terletak di Kampung Naga, Jenan, Kubang Pasu Kedah juga turut jadi sasaran penjajah ini. Baginda Sultan Rijaluddin ini lah yang bergelar Parameswara sewaktu semenanjong ini masih bergelar semenanjong Melaka.

viii. Selain itu istana di Kampung Kota Siputih, daerah Kubang Pasu Kedah juga dimusnah. Istana tersebut ialah milik Aishah Begum @ Mah In Intatiral dari Dinasti Ayut’ia 1530 masihi. Baginda adalah permaisuri Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Bahadur@Babur, Raja Monggol India.

ix. Istana Raja Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja Abu Kasim yang terdapat di Kota Kerengga Gunong, Kedah turut dimusnahkan.

x. Istana Kota Meang Kuang yang terletak di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu, Kedah milik Maharaja Siam dinasti Ayut’ia ke 33 iaitu Boromoraja V Ekataat Maha Dammai Yaza Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah.

xi. Istana Persinggahan Tong Bau Kerut Raja Siam Songkhla milik Nai Lang @Syed Alang Alauddin yang terdapat di Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah juga turut menjadi mangsa kemusnahan.

xii. Istana milik Sultan Tunku Long Taha iaitu raja negeri Legeh juga turut dimusnah. Istana bernama Kota Burha tersebut terletak di Kampung Chelong, Mukim Padang Kerbau, Pendang Kedah.

xiii. Istana Kota Bukit yang terdapat di Kampung Kota Bukit, Jeniang Kedah milik Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah juga dimusnahkan.

xiv. Istana Kota Ruman milik Radin Megat Tamtunggal, Radin Megat Tamtunggal ialah putera Raja Jammu Patani. Istana tersebut didirikan di Kampung Kuala Ruman, Sik Kedah juga jadi sasaran penceroboh untuk melenyapkan keagongan Benua Islam Siam Kedah.

xv. Di Kampung Pelantik, Sik Kedah terdapat Istana Kota Aur milik Sultan Idris Jammu Patani juga turut dimusnahkan tentera mereka.

xvi. Di Kuala Ketil, Kedah Istana Tanjung Puteri milik Tunku Dayang, (juga turut dibunuh).

xvii. Istana Kota Palas, Gunong Raya, Padang Mad Sirat Langkawi Kedah ialah milik Sultan Muhiyuddin Mansor Syah turut dimusnahkan (rujuk Undang-undang Kedah ms 17). Makam baginda ditimbus dengan tanah dan baru sahaja ditemui semula. Taktik yang sama digunakan untuk menggaburi mata penceroboh Buddha Thai sepertimana mana pada makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi. Namun begitu walau telah hampir 2 tahun didedahkan diblog ini, masih tertera "MAKAM PURBA" pada makam baginda.

xviii. Istana Raja Siam Khun Waran Wangsa dinasti Ayut’ia tahun 1548 M iaitu Sultan Jalil Yaacob Syah (UUK,ms2) yang terletak di Tanjung Kuah, Pulau Langkawi Kedah juga jadi sasaran kemusnahan oleh penceroboh.

xix. Istana ayahanda Raja Negeri Kubang Pasu Nai Doi. Manakala istana Sultan Maharaja negeri Siam Tenasirim Nai Chau Abu Kasim @ Megat Manja yang terdapat di Kampung Pulau Maharaja Mukim Padang Perahu daerah Kubang Pasu juga turut dimusnahkan.

xx. Dengan kekuatan peledak (bom) yang dibekalkan oleh penjajah Inggeris kepada penceroboh, mereka terus menerus cuba melenyapkan bukti-bukti kegemilangan pemerintahan raja Islam Benua Siam di sini. Mereka terus memusnahkan Istana raja Siam Kamboja iaitu Pho Chan Koya Long Sultan Mud Zafar Syah III Kedah yang terletak di Dusun Raja, Padang Sanai, daerah Padang Terap Kedah.

xxi. Di belakang masjid Kampung Alor Ganu, Anak Bukit Kedah ada terdapat Istana Putera Maharaja Siam Ligor Pho Chan Koya Long Mud Zafar Syah III Kedah. Istana tersebut juga turut dimusnah.

xxii. Di Kampung Pengapit Batu, Mukim Tajar Kedah istana raja daerah Kota Setar iaitu Sultan Datuk Tajuddin Yahya (Nai Inderajaya) ibni Sultan Mudzafar Syah III Kedah juga dimusnahkan. Ada yang mengubah sejarah dengan mengatakan bahawa baginda adalah Ahmad Tajuddin Halim Syah II. Ini tidak benar.

xxiii. Istana Bukit Mariyam (merujuk kepada Syarifah Mariyam, permaisuri Raja Merong Mahawangsa) di Kuala Muda Kedah juga dimusnahkan oleh penceroboh raja kafir Thai. Hari ini bukit tersebut ditukar nama kepada Bukit Meriam bagi menutup sejarah realiti.

(Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk dapatkan maklumat ini untuk tatapan saudara/i. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh para syuhadah yang berjuang menegakkan agama islam dizaman itu - Al Fatihah)

51 comments:

Mohd Shahrizal said...

Assalamualaikum
Terima kasih atas posting terbaru ini.. Ada beberapa persoalan yg mungkin elok untuk saudara kaji...
Berdasarkan kajian, banyak kesan2 keagungan Kesultanan Melayu (Aceh, Samudera, Pasai, Melaka, Johor Riau Lingga dll) dimusnahkan oleh pehjajah barat. Ini dikatakan berkaitan dengan pengaruh islam yg kuat ditempat2 berkenaan, dan ia menjadi kesinambungan kepada Perang Salib di Timur Tengah sebelum itu.
Melihat kepada apa yg terjadi keatas Empayar Islam Kedah, yang kebanyakannya dihancurkan oleh Thai, adakah perseteruan itu adlh disebabkan agama atau disebabkan oleh perbezaan bangsa? Ataupun adakah memang hakiki sifat org2 Thai suka menjajah? Kenapa kuasa barat cuma membantu mereka, tapi tidak campur tangan sepenuhnya? apa kaitan org2 Thai ini dengan permusuhan Yahudi, Nasrani dengan Islam dari dahulu? Atau adakah mereka sekadar mengambil kesempatan?

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

siapa nak jawab seme ni?
Pembunuh dan pensubahat mesti dihadap ke muka pengadilan.

CSI Realiti in works...

donmny said...

TUAN

molek rasanya kalau disertakan dengan 'videonya' sekali.

harap sesangat tuan usahakan

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Bagi mereka yang mengkaji - Perang Sabil bermula dari Barat ke Timur.

Asia Tenggara adalah the 'Last Frontier' bagi pejuang2 Salib...mereka masih mencuba sehingga sekarang. Pejuang Sabil (ulama2 nusantara sunnah ) disini masih lagi bertahan...tapi nampak goyah sejak kebelakangan ini.

Secara logiknya semuanya bermula dengan huruf MIM...Mekah Madinah...Melaka...Manila..Maluku..Melayu...Monggol Mughal...Mancu..Moor Malaya etc

Jika dikaji, Sultan Long Jaafar adalah mangsa pembunuhan politik yang terakhir...1821 tu pemula operasi lalang tajaan Inggeris dan Thai.

Anonymous said...

Apa Khabar Orang Kampung!!

Bagus dengan artikle yang diterbitkan oleh Saudara. Masih ada lagi tinggalan Sejarah di Kampung Kunluang, Mukim Binjai,Jitra Kedah - Yakni Kubur Zaman Purba Dari Keturunan Sheikh Abdullah yang dikatakan Berkahwin dengan Puteri Siam. Dari keturunan Beliau lahir susur Galur Nai Ali memerintah mukin daerah kubang pasu pada ketika itu.
Tanda pada batu nesan bercabang tiga & lain masih lagi utuh di KG KUNLUANG(ORANG KERAJAAN DALAM BAHASA SIAM) dikatakan kawasan tersebut mempunyai keramat.
Dimana pohon binjal yang terletak pada kawasan kubur tersebut.

Mohon Siasat akan kebenaran cerita ini oleh kerana ianaya hanya disampaikan turun - temurun dan hanya tinggal makam purba tersebut serta sepohon binjal dikawasan terbabit yang dikatakan terdapat keramat Buaya putih.

Jumpa lagi.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Mengikut cerita seorang ulama hikam.

"Soltan Abdul Hamid pernah melutut ka seorang ulama bernama Tuan Hussin Kedah, dan Tuan Hussin Kedah ni pula pernah tinggal negeri kerana Soltan cuba nak memperkotak-katik agamanya".

Ni cerita ulama pewaris nabi..dia tak heran kat soltan ka, pangkat ka, harta ka...

Siapa yang tahu cerita detail buleh sambung...

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Assalamu'alaikum wbt.

Mungkin tidak terlewat untuk saya menegaskan dan memutuskan secara ringkas dan simple bahawa Bangsa Melayulah sebenarnya penguasa daerah Asia Tenggara melalui Kerajaan Islam Benua Siam Kedah.

Untuk bagi jelas kepada pengunjung blog ini (walaupun saya hanya menumpang) perlu ditekankan bahawa orang Siam itu adalah Melayu, sama konsep yang difahami hari ini - Melayu Minang, Melayu Aceh, Melayu Banjar, Melayu Pahang, Melayu Banjar, Melayu Arab dsb.

Kita jijik kepada Siam kerana sifat orang Thai yang memakai nama Siam semasa menjajah Kedah. Lalu mindset kita Melayu mengangap Siam itu musuh padahal Siam itu Melayu lah, sebab Sultan kita pakai Adat Siam (refer UUK).

Yang musuh itu Thai..bukan Melayu Siam. Jika kita anti kepada Melayu Siam, serupalah seperti kita anti kepada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mud Azam Syah sekarang ini...

Jadi, ownerhsip tetaplah Melayu, tetapi Melayu yang macamana?

Saya claim macamnilah.
1. Merong Mahawangsa (Melayu Siam) membuka Kedah.
2. Keturunannya membawa kepada Sultan2 Kedah hari ini. Dan sultan Kedah inilah yang membuka Ayodhia melalui Rama Ti Bodi 1.
3. Lalu Ayodhia dijadikan pusat memerintahan yang baru (contoh dulu kompeks kerajaan kat KL sekarang kat Putrajaya - Pak Lah bila x jadi PM baliklah Kepala Batas, macamtulah).

4. Melaka-Pahang dan Pegu dijadikan pelabuhan kepada Empayar Siam Islam ini - ini kerana kedudukan Semenanjung yang terlindung dari Tsunami dan angin taufan, dan juga berperairan kiri kanan.
5. Orang2 Kedah (Melayu Siam) jugalah yang empunya Empayar Siam Islam Kedah yang meliputi Kemboja, Burma, Vietnam dan seluruh asia tenggara selama beratus tahun lamanya. Menjalinkan kerjasama dengan Benua Keling dan Benua China.
6. Setelah diserang oleh Alaungpaya Buddha Burma 1767, sultan2 Melayu Siam - Sultan Muzaffar Syah III dan Khalifah Sharif Abu Bakar (bapanya) kembali semula ke Kedah kerana disitulah pemulaan (root) empayar yang diasas oleh Merong Mahawangsa.
7. Bendaharanya Sultan Muzaffar Syah III balik ke wilayah Perak dan dalam pada itu berkenan kepada perlantikan sultan Wilayah Selangor Raja Lumu.
8. Dan Maharajanya Khalifah Syarif balik ke Kota Mengkuang sebelum dibunuh pada tahun 1821.
9. Dalam abad ke18, Inggeris sudah mula masuk ke daerah Nusantara - Penang adalah mangsa pertama kerana Sultan Abdullah menggadainya sebab bengang tak dapat jadi Perdana Menteri. (melawan Khalifah Syarif)
10. Keturunan Sultan Abdullah inilah yang bercita2 mengambil takhta kerajaan Kedah dan bersekongkol dengan Inggeris dan Tahi.
11. Cita2 keturunan Sultan Abdullah tercapai melalui S.Ahmad Tajudin Laksemana Kedah dan S.Abdul Hamid raja daerah Kuala Muda.
12. Peperangan diketuai oleh Tengku Muhammad Saad yang dibanggakan oleh sejarawan Kedah hari ini (tetapi mendatangkan konfius kepada saya), adalah sebenarnya pemberontakan dalaman tajaan Thai untuk melemahkan Maharaja Siam Islam.
13. Terkemudian dari itu, hasilnya pembunuhan segala pembesar negeri dan Sultan Long Jaafar seperti yang terdapat dalam ruangan ini.
14. Selama 5 tahun dijajah Thau, sejarah Kedah diubah jadilah sejarah seperti yang kita pelajari hari ini.
15. Oleh kerana mentaliti berasal dari raja daerah, maka sejarah sebenar Kedah telah diputuskan dari sejarah Siam, dan juga telah dikecilkan untuk mewakili daerah Kedah sahaja. Yang penting tahkta kerajaan Kedah dia yang empunya. Puas hati, misi terlaksana.
16. Selepas terbunuhnya Sultan Long Jaafar maka terlerailah ikatan segala wilayah Siam dan raja2 daerah tadi secara Otomatik menjadi Sultan yang diperkenan Inggeris. Lalu terjadilah sempadan negeri seperti hari ini.
17. Walaupun sejarah Melayu Siam Islam telah diputuskan, sejarah Kedah hari ini masih mengambil Merong Mahawangsa sebagai pemula cuma telah di 'channel' mengikut jalan cerita yang lain.
18. Tetapi jika di kaji balik siapakah Merong Mahawangsa? Baginda adalah Sultan Muzaffar Syah I - Sultan Melayu Siam Islam.

Kesimpulannya.
1. Oleh kerana mengikut UUK - Raja2 Melayu hari mengamalkan adat istiadat Melayu Siam Islam maka Melayu Siamlah penguasa asal kerajaan Semenanjung. Bukannya seperti Melayu Minang yang mengamal adat Perpatih yang tidak terpakai dinegeri lain.

2. Orang Melayu hari ini patut sedar dan berbangga bahawa empayar mereka bukannya sekadar Empayar Melaka dari keturunan pembesar Melayu Hindu Sumatera tetapi sebenarnya meliputi seluruh Asia Tenggara yang memerintah melalui keturunan Melayu Siam Islam dari waris Bani Hashim.

3. Apakah yang cuba disembunyikan oleh sejarah hari ini adalah Islam melalui Kerajaan Melayu Siam telah lama bertapak dan di nusantara dan peranan Islam itu dikecilkan supaya bersesuaian dengan agenda New Order Secularism dalam masa penjajahan Inggeris ke Asia tenggara.

4. Kita lihat semua negeri bekas jajahan Siam Islam telah dicantas dan di kunci daripada dunia luar - vietnam, kemboja, burma, patani, mindanao dan umat Islamnya rata2 tertindas.

5. Kenapa Malaya masih bertahan? Kerana benihnya masih ada dan tunas baru sudah mula bercambah dengan segar. Bila masa nak besar dan berbuah? Wallahulam.

6. Kenapa Sultan Ayodhia balik ke Kedah? Kerana Kedah itu adalah Surat Watikah yang asal , ada rahsia dan amanah perlu dijaga lebih penting dari Ayodhia yang hanya dibuka kemudian. Kalau tidak baik Merong Mahawangsa membuka Ayodhia sebab dekat denga China berbanding Kedah betul tak?

7. Baik aku tulis panjang ni kat blog aku je..:-)

Sekian.

Hamba Miskin said...

Assalamualaikum wbt..

saya amat tertarik melihat sgala fakta dan bukti yng di berikan di dalam blog ini. Alhamdulillah..saya sentiasa mendoakan agar pihak tuan sentiasa menemukan kejayaan dalam pencarian. Baru baru ini,saya meronda di dalam internet untuk mencari tentang kewujudan benua islam siam kedah ini sehingga saya terjumpa bermacam penemuan baru seperti penemuan kerajaan aru @ haru di sumatera utara,lihat sini--> http://www.mediaindo.co.id/berita.asp?id=167752 dan juga videonya http://www.youtube.com/watch?v=eGcr-CRXsCY . Cuba perhatikan video itu dan bandingkan batu nisan itu yang hampir 100% serupa dengan apa yang didapati di blog saudara. Saya amat teruja dengan penemuan ini. Juga lihat link ini http://www.mediaindo.co.id/berita.asp?id=167958 tentang penemuan batu berukir di kota sapa,negara vietnam. Vietnam menjemput pakar ekskavasi indonesia untuk meneliti batu-batu berukir tersebut. Adakah kerajaan islam benua siam ada pertalian dengan kota sapa itu sebagaimana kuil atau wat yang di dakwa thai laknatullah sebagai hak miliknya sehingga membawa peperangan sementara di sempadan kemboja-thailand. saya bukannya apa,cuma mahukan kebenaran dan keadilan dalam salasilah keturunan kita. sebagaimana benua siam islam yang di nafikan juga suku saya yang di nafikan hak dalam menjadi Dato Undang Luak Johol,saya begitu mengharap agar pihak tuan dapat mengkaji apa yang saya pastekan di dalam komen ini. Akhir kata,doa insan teraniaya tiada hijab dengan Robbul Jalil..Ameen.

Mohd Shahrizal said...

Baru perasan ada sedikit pembetulan dalam muka utama blog ini...
Sebab kalau xsilap saya nama menteri besar kedah yang baru ialah Ustaz (sekarang Datuk Seri) Azizan Abdul Razak, bukan Azizan Abu Bakar kan?

Salmi said...

Kampung yang kat Mukim Lesung tu orang kampung panggil Permatang Limau bukan Permatang Harimau.Tapi kalau dirujuk kepada sumber resmi mungkin betui jugak.

anaianai said...

Semua komen saye dan kawan-kawan bace...baru published. Terima kasih, terima kasih..tapi tak larat la nk jawap semua komen anda semua. Walau apa pun, bagi kami ia menunjukkan kepekaan anda semua mengenai sejarah tanah air dan bumi Melayu hari ini.

TMP punya analisa kami kira bagus. Dulu masa baru kenal siap tulis kefahaman atau kesimpulan di blog ini..dan e mail kepada kami.HEBAT, teruskan usaha anda!!!!!

Yang lain tu telah banyak mencorakkan semula sejarah kita di masa lampau berdasarkan kefahamn anda. Pengalaman hidup anda di kampung masing-masing banyak membantu mengesahkan banyak perkara.

Terma kasih sekali lagi...ni ada surat gn kertas kerja sejarah ni nak kene buat ni..peringkat ASEAN pula.

anaianai said...

ye la kn....Genggam bara api biar sampai jadi arang, Alang2 selok pekasam biar sampai ke pangkal lengan...kami go all out pasal sejarah bangsa Melayu kita hari ni..sudah cukup fitnah bidaah penjajah ni semue berkenaan agama Allah yang kita sanjungi.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Logik Tafsir. Tolak cerita evolusi orang Asli. Begini,

Nak jadi cerita, jikalau dahulu anak Nabi Nuh A.S pun pilih Gunung Ju Rai buat tempat bersemayam, dan bahtera Nabi Nuh A.S pun siap singgah sini untuk pickup anak dia masa banjir besar, tidak ke logik yang selepas banjir besar anak dia balik rumah balik?

Juga, mestilah yang turun dari bahtera Nabi Nuh itu berpasang2...yang menjadi root kepada seme bangsa di muka bumi hari ini.

Termasuklah'RAS' Orang Semenanjung ni. Tidak lain dan tidak bukan yang tinggal di atas puncak gunung Jerai tu lah...

Maka, boleh dikatakan dari keturunan Nabi Nuh jugalah orang asal Semenanjung ini...iyala takkan dah biasa makan nasi nak makan roti pulak..mestilah dia balik umah dia balik...

Orang melayu mana buleh x makan nasik...

Dan lagi, Nabi Nuh ni umurnya dia panjang 900+ tahun...berapa orang anak dia boleh dapat dalam masa tu? Mestilah macam2 kaler ada...

Fikirkanlah...


*steady ASEAN...

Mohd Khairul Anwar said...

Seronok la baca posting kali ini. Insya-Allah kalau kita pakat baik-baik akhirnya kebenaran akan terserlah selepasnya sirnanya kebatilan dan persekongkolan pencandu Barat atau Buddhist-Sukutai yang menerajui Thai modern yang didominasi kafir dewasa ini.

Mereka memaksakan Pattani & wilayah Melayu-Islam selatan supaya tunduk kepada sukutai (we just can't simply replace our walaa' from Muslim yet Hashemite-Moghul origin kingdom, Great Kingdom of Siam Islam Kedah to Buddhist dynasty because they rule our country and displace their original sovereign rulers).

Easily understandable that Muslim of Southern today Thailand, dissatisfied with their alien power, Buddhist Thai.

No wonder, Syed(Nai) have significant role in many Royal court, be it Kedah or Terengganu, for instance. Previously l quite puzzled why Perlis's Raja an Arab descendant.

Perhaps, this phenomenon explain why most royalty in modern Malaysia quite friendly with Western's culture and lifestyle (just flip through the Malaysian Tattler magazine).

PS: TMP how to contact you, dude?

ongbak said...

checkout new thai movie..langkasuka
http://www.youtube.com/watch?v=c9u58rRr8-c&feature=related

Salmi said...

Memang aku pun tertarik dengan komen TMP kali ini juga welcome to newly joined member saudara Ihya.

Kebenaran semakin terserlah. Lihatlah di Thailand hari ini. Bala sudah menimpa mereka dengan kekacauan di Bangkok. Mereka menghentam rakyat sendiri sesama Buddha sampai mati dan putus kaki. Memang mereka ini puak kurang tamaddun dan kejam, mereka juga telah menganiaya rakyat Kedah Tua dan Patani dengan cukup brutal tanpa sifat kemanusiaan.

Kalau mahkamah antarabangsa sudah beri hak Prasat Preah Viar kepada Kemboja pada 1969 kenapa sekarang baru nak serang cuba ambil balik istana lama ini, melainkan hendak menutup sejarah. Dalam berita disebut wat dan patung Buddha baru masih berkilat diletakkan dalam bangunan usang. Nampaknya depa pun ada ikut perkembangan blog anai-anai campur dengan penyelidik depa sendiri pun dah tau cerita sebenar.
Jika istana ini milik Po Chan atau Koya Long dulu iaitu pemerintah Kemboja Cempaka Sari , kenapa kedudukannya begitu dekat sempadan Thailand? Jawapannya ialah puak Thai ini telah menelan banyak wilayah Kemboja Cempaka Sari dulu sepertimana mereka menelan banyak wilayah Kedah Tua dan keseluruhan Patani dengan sokongan pihak barat yang membekalkan senjata tambahan.

Tentang komen TMP mengenai raja-raja Ayuthia dan Sharif Yang Dipertuan yang kembali ke Kedah semula kerana watikah asal juga selari dengan kepulangan waris Sultan Riau terakhir (Sultan Yusuf Al Mahdi) yang dibawa pulang ke Kedah. Begitu juga dengan Sultan Syed Ismail Kinta yang dibuang negeri selepas ditangkap di Baling pada 1876 (Professor Abdullah Zakaria, Jabatan Sejarah UM menyebut baginda dibuang ke Johor), sekarang cicitnya Hj. Man menjadi imam masjid Kg. Alor Pak Ngah.

Sultan Nik Muhammad I Kelantan juga kembali ke Kedah dan warisnya Bahadur aku jumpa di rumah TNLK pada hari raya ke 3 baru-baru ini.

Bukan pihak Thai sahaja mula tahu tentang sejarah realiti ini tetapi juga pihak istana raja-raja di Semenanjung, persatuan sejarah juga professor-professor IPTA. Royalark sultan Kedah dan Perak sudah tidak boleh dimasuki dalam internet. Pada malam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, seorang professor dalam wawancara channel Awami Astro dengan tidak semena-mena merujuk kepada pertelingkahan Melayu di Perak era Perjanjian Pangkor di antara keturunan Siam utara Perak (merujuk kepada Ngah Ibrahim, Sultan Ismail Kinta, Panglima Semaun dan lain-lain) dengan pihak Sultan Abdullah (yang membawa British masuk) di selatan.

Persatuan Sejarah Kedah masih membisu dalam media cetak atau elektronik selepas seminar Sejarah Realiti Nagara Kedah 2006. Tetapi dalam diam-diam mereka terus membuat kerja penggelapan sejarah. Aku perasan semasa balik raya baru-baru ini papan cerita sebelah pintu gerbang Kota Kuala Muda sudah mereka ubah. Dulu papan lama background hitam kata telah berlaku perang saudara pada tahun 1824 sehingga sultan terpaksa memindahkan ibunegeri ke Alor Setar. Oleh kerana Tahun Musuk Bisik 1821 dan kejahatan Sultan Ahmad Tajuddin didedahkan dalam blog, sekarang cerita bertukar atas papan batu baru kepada tahun 1821 Siam menyerang Kuala Muda dengan bantuan Tengku Yaakob dan Sultan Ahmad Tajuddin (kononnya hero) terpaksa memindahkan ibunegeri ke Alor Setar.

Penemuan-penemuan baru seperti di Aru dan Vietnam meneguhkan bukti penguasaan Empayar Islam Benua Siam Kedah seperti dalam peta tahun 1730 dalam blog ini. Sebelum ini batu nisan bersurat atas makam Fatimah binti Maimun di Gersik, Jawa Timur bertarikh 1086 Masehi yang diakui oleh sumber Indonesia sebagai seorang puteri raja dari Kedah menyokong peta tersebut.

Walaupun disebut sebagai pendakwah terawal di sana tetapi itu juga yang dikatakan kepada makam Sultan Husin Shah Alirah di Langgar (guru agama).

Boleh jadi Fatimah ini juga seorang raja perempuan sama seperti Phumintaraja dan Ratu Minye Acheh. Reka bentuk batu bersurat ini dikatakan ada persamaan dengan batu nisan di Champa dan batu bersurat Terengganu. Berdasarkan kepada batu nisan dan kehidupan beliau yang dibantu 9 orang dayang (salah seorang dayang bernama Putri Kemboja) bolehlah diandaikan bahawa beliau juga ada kaitan dengan keluarga maharaja benua Siam Islam Kedah yang dihantar menyebarkan Islam di Pulau Jawa dan memerintah. Beliau dikatakan meninggal dunia pada 864 Masehi walaupun tarikh batu nisan diukir pada 1086 Masehi. Doa-doa pada batu nisan dikatakan ada unsur Parsi dan mazhab Syiah. Ini juga seperti ada titik persamaan dengan Raja Mandalika.

Ukiran patung wayang kulit Jawa itupun ada banyak persamaan dengan wayang kulit Siam.Memang betul TMP menyanggah Khoo Kay Kim baru-baru ni. I salute you bro.

Aku ni tulis semakin banyak pula. Nak tulis blog sendiri macam TMP tak ada. Tetapi sejarah realiti ini memang semakin menarik dan kita go all out, ok!

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Blog yg menarik, unik dan sarat dgn fakta.

Saya link drpd blog waadat.

Jemput ke blog saya bagi bertukar pandangan.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

"... pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini, seorang professor dalam wawancara channel Awami Astro dengan tidak semena-mena merujuk kepada pertelingkahan Melayu di Perak era Perjanjian Pangkor di antara keturunan Siam utara Perak..."

1. Yang atas ni aku perasan. Tetiba je masuk bab Siam.... Tapi prof. tu x cerita abis dan pastu dia sibuk cerita dari seberang jaya ke putrajaya...berangan tajuk buku dia yang baru...

2. Ya salmi...all out! Siam Lancang tu nama tempat..penerokanya Rama Ti Bodi I tu Melayu Kedah. Jadi lah orang Melayu Kedah yang buka negeri Siam. Tu yang depa marah sangat kat Melayu tu...

3. Sebab itu jugalah kat Ser Genting Kra tu ada batu sempadan 'sebenar' Tanah Melayu...mungkin sebelum Ayuthia di buka, sempadan kerajaan Merong Mahawangsa sampai ke situ la gamaknya...

4. Asalnya blog aku memang nak cerita perang sejarah Islam, tengah2 pikir borak2, terjumpa plak Sejarah Nagara Kedah ada Pak Cik tu bagi url...naik berasap jugakla kepala aku nak memaham nye nih...bukan senang nak menyusun ni bro...siang malam aku main tetris dalam kepala...nak buang propaganda hak darjah 5 tu bukan senang...

5. Ni nanti aku nak masukkan transkrip Dato Dr Wan Shamsudin dalam blog aku...dia ada bagi ceramah dulu dalam satu forum, aku rekod...betul2 konfius aku bro. Esp. bab penang tergadai..macam ko cakap tu la...SATII tetiba jadi hero plak..lepas tu dapat royalti duit sepanyol kalau x silap dsbnya...aku x puas hari betul sebab x paham. x dapat keputusan. Dalam entry baru aku, dah aku putuskan siapa SATII..baru puas hati.

5. Soalan aku cuma satu je...besar mana agak-agaknya Panglima Syed Alang tu eh? Sebab aku rasa
panglima2 Melayu dan orang Syed ni seme kecik2 je kot...tapi berani dan terer bersilat (sebab asal tanah Melayu)

6. Mi, walau ko xde blog, tapi ko ada can jumpa seme waris kerabat DiRaja Siam...aku belum ada rezeki...

7.Tambahan :
"Dulu papan lama background hitam kata telah berlaku perang saudara pada tahun 1824 sehingga sultan terpaksa memindahkan ibunegeri ke Alor Setar"

Itu maksudnya SIAM vs SIAM jadi secara lansung SATII pun siam tak pun Melayu.

Jadi bila di tukar kepada papan tanda yang baru maknanya ahli2 sejarah cuba melabel dan menjauhkan team Melayu Kedah dari side Maharaja Syarif itu SIAM yang refer kepada Thai dan Melayu Kedah dari side SATII itu gang Sultan Melayu yang menjadi penyelamat. Barulah nampak bezanya.

walau apapun, tembelang dah pecah...rahsia terbongkar, cerita yang asal dapat disusun kembali. Tima kasih SNK dan UUK.

Mohd Shahrizal said...

Salmi,
Perak Royalark masih boleh diakses... www.sultan.perak.gov.my
alamatnya aditukar selepas naiktaraf akses yg dibuat dibawah kerajaan negeri yg baru...Lain2 rujukan mengenai sejarah Perak boleh dirujuk kepada 3 jilid buku yg ditebitkan 2 tahun lalu bertajuk "Berpetualang Ke Aceh Jilid I,II dan III" Oleh Radzi Sapiee.

Perjanjian Pangkor melibatkan bnyk muslihat bukan sahaja penipuan terhadap Kerajaan Negeri Perak oleh Inggeris,tetapi juga penglibatan Kongsi gelap Cina, pembukaan Taiping, dan kerajaan Perak sendiri tidak bersultan selama 10 tahun yg mengekibatkan pemansuhan banyak gelaran org2 besar melayu oleh Inggeris(gelaran utama spt Raja bendahara - pewaris utama takhta, Dato' Maharajelela- mufti kerajaan, Dato' Sagor- org besar adat).
Sultan Abdullah Muhammad Shah yg menandatangani perjanjian Pangkor berkenaan juga terpedaya berikutan kekalutan yg timbul dikalangan kerabat2 Diraja negeri perak ketika itu...
Kesan langsung yg paling besar (kalau dilihat lebih luas dari luar konteks Empayar Benua Siam Islam) ialah, itulah titik mulanya Inggeris dan kaum lain masuk campur dlm pentadbiran dan pemerintahan Semenanjung Tanah Melayu, disitu lah kesan2 keagungan melayu (diluar Kedah) mula dilenyapkan, bandar2 mega milik melayu (spt Teluk memali di Perak, Bandar baru di Perak juga, Bandar Lukut di NS dan bnyk lagi) di hapuskan dan bandar2 'moden' yg dikuasai kaum lain dinaikkan (lihat apabila Taiping dijadikan sebagai contoh 'bandar moden' oleh Inggeris)

Puncanya?....
Kita sendiri....

Salmi said...

Kepada sesiapa yang membeli Mingguan Malaysia minggu lepas 19 Oct 08, ada rencana Preah Vihear dalam muka tengah Pancaindera. Dulu kata wat Buddha sekarang kata kuil Hindu pulak. Inilah kalau dah tak betul. Wartawan kita pun main ikut hentam saja tanpa buat research.

Kalau kita perhatikan ada satu gambar pintu gerbang kecil yang dijaga oleh askar Kemboja, di situ ada tulisan khat Jawi seperti ayat Quran. Ini bukti sahih dulu puak kita yang punya, istana Koya Long.

IJC dah bagi Kemboja tahun 1962 (aku silap tulis 1969 dlm komen dulu), baru la ni dok sibuk puak kafir Thai ni nak pi ubah sebab dah tak senang duduk.

Satu lagi dalam akhbar Kosmo! 2 hari lepas ada rencana tentang Pak Teh Mid dan gendangnya.Sekarang baru aku tau kampung dia Kg. Kuala Lanjut memang dekat saja dengan kampung aku. Kampung Pak Teh Mid ni pun bahasa ibundanya bahasa Siam. Masa aku kahwin 1992 dulu pun gang dia juga pi main gendang silat. Dulu tak perasan.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Mi, satu lagi bukti atau teori yang orang PULAU sumatera berasal dari tanah besar:

"Di sini, ada hal yang istimewa yang tidak dimiliki oleh bangsa lain di kawasan Dunia Melayu. Bangsa Minang dikenal sebagai suatu bangsa yang paling unik tatanan masyarakatnya dalam rumpun bangsa Melayu, sebab sistem kekeluargaan yang mereka amalkan berdasarkan sistem “Matrilinial” (dimana kaum wanita lebih tinggi dan dimuliakan status sosialnya berbanding kaum lelaki). Sistem kekeluargaan seperti ini kemungkinan besar dipercayai berasal dari Kombodia yang merupakan asal-usul dari kehidupan Melayu tua yang berpindah ke Sumatera. Salah satu Suku yang hidup di Kambodia memang menerapkan sistem kekeluargaan Matrilinial dalam masyarakatnya. Diketahui juga bahwa salah satu bangsa yang paling setia memelihara adat-istiadat adalah bangsa Minangkabau. Bahkan menurut Zent Graaff, seorang penulis Belanda menyifatkan bahwa “Minangkabau adalah bangsa yang paling kental rasa ke-Sumateraan-nya”. Ranah Minang sangat kaya dengan hasil bumi seperti Batubara, balak, pupuk dll."

* kalau ada artikel bagus nak aku upload ke TMP bagi tahu jelah..

http://www.asnlf.net/asnlf_my/my/komentar/iqbal/kesultananacheh.htm

amirulhusnitekpi said...

assalamua'laikum

laaa...salmi...hang kenai Pak Teh Mid?? boleh la kija jumpa nanti. Aku pi haritu rumah dia. Memang syok tengok gendang2, wayang kulit dia. Memang 'a living cultural heritage' Pak Teh tu.

Salmi said...

Amirul,
Aku tak la kenai secara peribadi. Tapi oleh kerana kampung dekat senang la nak cari dia, orang tua aku tentu kenai sebab sesama gang cakap Siam dekat-dekat kampung.

Kalau diperhatikan mata Pak Teh Mid ni dalam gambar tu agak typical dengan puak Siam Islam yang aku tulis dalam artikel dulu. Kalau hampa tengok mata Pah Lah Badawi pun ada ciri yang sama, dekat nak sepet tapi bukan sepet macam Cina kebanyakan tu.

Dalam artikel anai-anai ada disebut moyang Pak Lah yang syahid di perang sabil Tanah Merah 1876 disemadikan di Kubur Panjang.

Perlu dijelaskan di sini nama tempat Kubur Panjang tu ada cerita tersendiri yang asal 2 beradik mati berbunuhan sesama sendiri selepas menyabung ayam. Kubur itu masih ada dekat simpang tiga, dekat rumah Tok Wang Weng si pandai besi pakar membuat keris dan senjata-senjata warisan Melayu.

Masa aku sekolah rendah kubur itu masih solo tapi selepas kubur sebelah masjid dah penuh barulah kubur-kubur lain mula memenuhi kawasan itu.

Persatuan Sejarah Kedah ada mementaskan drama asal Kubur Panjang ini semasa majlis tahunan beberapa tahun dulu. Tapi nama 2 beradik itu sudah ditukar menjadi nama orang Melayu biasa, sedangkan ikut cerita versi asal seperti pernah disiarkan dalam majalah tahunan Sek. Men. Kubur Panjang 2 beradik itu bernama Siam (aku dah lupa nama itu).

Orang-orang generasi lama masih menggunakan nama timangan Siam seperti Nooi, Thing, Ding, Bau, Bai, Mat Do, Mat Hua Deng dan lain-lain.

Kalau Persatuan Sejarah Kedah guna nama Siam masa tu tentu menimbulkan banyak persoalan sedangkan kubur itu berbatu nisan cara Islam. Nanti kalau sebut Siam Islam terbongkar pula cerita lain. Sebab itu nama pahlawan Tok Moris pun disebut sekali lalu saja dalam buku teks Sejarah Form 2 terkini tanpa cerita lebih-lebih. Tok Moris (atau Tok Mo Rih) ni cucu Koya Long seperti TNLK bagitau aku.

Menurut ayah aku, Ketua Hakim Nagara Kedah dulu pun tinggal di Kubur Panjang. Nama dia Tok Abu Samah.Ini sebenarnya Nai Long Abu Samah adinda Sultan Long Jaafar menurut TNLK.

Sekian dulu, wassalam.

Hamba Miskin said...

Salam..

Cik salmi..boleh minta prtolongan? Boleh dapatkan gambar yang ada khat jawi itu untuk saya dan linkkan ke blog saya? Jasa cik amat saya hargai...

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Setelah melihat kembali salasilah 1. Negara Kedah Pasai Ma Kaeg Tesh dan 2. Benua Islam Siam Kedah. Timbul persoalan dan jawapan tak pasti.

Jadi minta tolong betulkan saya:

1. Keturunan Merong Mahawangsa membuka Kedah dan Siam Lancang lalu dari keturunnya juga menjadi Maharaja Islam Ayuthia pertama Rama Ti Bodi 1.

Tetapi lama selepas itu nampaknya takhta kerajaan Ayuthia berpindah pula kepada keturunan Sultan Akhbar Monggol kerana berkahwin dengan Tunku Nur Aisyah dari bloodline MM (sebelah pompuan).

Adakah ini bermakna titisan Maharaja Siam selepas MM berpindah pula ke bloodline Raja Monggol India menyebabkan benua Siam Islam itu termasuk dalam jajahan Empayar of Monggol? (Dalam istilah politiknya perkahwinan dua Empayar Islam dalam peta 1744).

---------------------------

2. Apakah perhubungan Khalifah Syarif dan Sultan Muhammad Jiwa, adik beradik atau SMJ tu setakat adik ipar je sebab bekahwin dengan Puteri Nang Che Puan. (kalu setakat adik ipar tapi dapat menjadi PM kira beruntunglah tu)

Jika adik ipar, dari bloodline manakah pula SMJ ni datang? Pir Abu ke? Isteri kedua SMJ ibu Raja Abdullah pula dari mana datangnya?

Tetapi, jika SMJ adik kandung kepada Khalifah Syarif bermakna persengketaan tahkta ini adalah cerita adik beradiklah...

Jadi konsepnya, kalau Abang jadi Maharaja adik sekadar jadi PM je le...anak Maharaja akan jadi Bendahara..

Oleh itu, sewaktu Koya Long jadi Maharaja, sepatutnya adiknya pula jadi PM (x de sorang pun sempat jadi PM sebab semuanya jadi korban MBisik) dan anaknya Syed Alang sempat jadi Bendahara sekejap dan seterusnya...

Kalu begitu logiklah jika SAT11 cuba menghapuskan bloodline Khalifah Syarif sebab dia nak title Maharaja mutlak kepadanya.

(Tak mungkin agenda jahat ini datang dari Nang Che Puan kalau dia adik Khalifah Syarif...idea ini mesti samada dari SMJ atau isteri keduannya...)

Jadi kes Syed Alang melantik SAT11 sebagai raja daerah Kuala Muda kira betulah, sebab link SAT11 tu dah terputus masa zaman Raja Abdullah gadai pulau pinang sebab x dapat jadi PM, dan 2 abang tirinya (anak Nang Che Puan) jadi korban musuk bisik...

Kalau ikut Syed Alang x yah layan mamat ni pun xpe...dan SAT11 tak patut dapat apa2 title pun...

ATAU adakah title PM ni hasil perkenan dan lantikan Maharaja...sesiapa pun boleh jadi?

aku soal aku jawab...:-) tolong adjust mana patut.

Anonymous said...

Apa Khabar Saudara Anai Anai!
Di sini saya mendapat keraguan dari penulisan blog anda dimana saya telah membuat beberapa kesimpulan dari apa yang saya paham melalui penulisan blog ini. Saya mendapat satu sumber lisan yang diceritakan sejak turun – temurun mengenai beberapa individu berkaitan yang membawa kepada sejarah negeri Ligor/Langkasuka dan sewaktu denganya.
Sumber ini diperolehi daripada keluarga dan saya antara generasi ke-6 yang tidak lagi boleh berbahasa siam seperti mana zaman seangkatan dengan almarhum bapa saya. Cerita lisan ini berkisar tentang susur galur Almarhum Sheikh Kadir Jailani seorang Ulama dari Pulau Jawa – Indonesia yang menyibarkan syiar islam sehingga ke semenanjung tanah melayu. Beliau mempunyai 3 orang adik beradik dan antara salah seorang zuriat beliau ialah Sheikh Abdullah yang dikatakan mempunyai Karahmah (keramat) seperti berjalan merentasi laut. Sheikh Abdullah dikatakan berhijrah dari Pulau Jawa – Indonesia dan berkahwin dengan Puteri Raja Ligor yang hanya dikenali sebagai Nang (bermaksud puteri dalam bahasa melayu) dalam rumpum keluarga tersebut. Pada waktu itu berlakunya pergolakan dalam istana dimana pihak terbabit telah menangkap Sheikh Abdullah dan menyiksa beliau berulang – ulang kali termasuk merejam, menanam hidup – hidup serta menembak dengan meriam. Oleh kerana ketakwaan beliau pada Allah S.W.T beliau diberi pilihan untuk meninggalkan Ligor dengan menyeberangi lautan bertujuan untuk menamatkan riwayat beliau. Takdir telah menentukan beliau dapat merentasi lautan dengan menaiki seekor anak gajah peliharaanya dan sampai ke Kedah, seterusnya membuka penempatan baru di Mukim Binjal daerah Kubang Pasu.
Melalui perkahwinan beliau dengan Puteri Ligor beliau dikurniakan anak dan diantaranya dilantik oleh rakyat sebagai Penghulu kampong atau daerah pada zaman itu, maka dari situ lahirlah susur galur keturunan dan antara tokoh yang dikenali ketika ini ialah bekas Menteri Kewangan Negara Dato Affifudin Omar. Manakala dari salah seorang anak Sheikh Abdullah iaitu NAI ALI – NAI membawa maksud ketua dalam bahasa melayu (Bapa kepada Moyang Saya) dilantik menjadi penghulu mukim terbabit dan perlantikan beliau dilakukan sendiri oleh NAI KASSIM. Dikatakan pada zaman itu beliau (NAI ALI) berkuasa dari mukim binjal sehingga ke Kawasan Bukit Pinang – Kedah. Diwaktu pemerintahan beliau sehingga zaman ke anak beliau (moyang saya) mereka masih menggunakan dayang – dayang sebagai pembantu seperti mana adat istiadat istana zaman Raja melayu walaupun Moyang saya ini (anak kepada Nai Ali) tidak lagi dilantik menjadi Ketua atau penghulu kawasan terbabit dan tidak lagi memakai gelaran NAI pada pangkal nama.
Akan tetapi Anak kepada Moyang saya (yakni Datuk saya) memakai pangkal nama CHE sebagai tanda perhubungan dengan keluarga terdahulu sehingga ke zaman kini. Untuk mengekalkan pangkal nama terbabit hanya boleh dijalankan dengan perkahwinan dengan kaum kerabat yang terdekat dimana bukan sahaja dapat mewarisi harta pusaka bahkan dapat mengekalakan bahasa siam dialek kedah dalam institusi kekeluargaan.
Untuk rekod penggunaan pangkal nama WAN pun telah dibuat oleh Dato Wan Mohd Saman – menteri Besar kedah dimana hanya waris terdekat sahaja menggunakan pangkal nama terbabit.

Kesimpulan dari cerita diatas dan berpandukan penulisan blog saudara saya dapat simpulkan disini bahawa beberapa faktor dibawah harus dikaji semula seperti:
1. Sheikh Abdul Kadir Jailani seorang Sultan??? sedangkan beliau hanya seorang Ulama’. Penggunaan pangkal nama Sheikh @ Syed berasal dari timur tengah manakala sistem kesultanan Raja – Raja MELAYU hanya mengekalkan nama Raja atau tengku – tengku.
2. NAI bermaksud Syed??? Penggunaan pangkal nama NAI dari bahasa siam atau dimelayukan sebagai Ketua atau Penghulu. Digunakan oleh individu selepas dilantik secara rasmi sebagai ketua atau penghulu. Disini tidak mungkin Raja Perlis sekarang berasal dari keturunan dari Raja Melayu. Oleh kerana kita sedia maklum sistem Raja – Raja Melayu hanya mengekalkan pangkal Nama Tengku atau Raja.
3. Bangsa Melayu dan Siam satu Entity?? Apa bezanya Buah Orange dan Epal??? Pada pandangan saya mungkin berlakunya perkahwinan campur seperti zaman sekarang, akan tetapi ianya tidak boleh mengubah terus sesuatu bangsa dengan sekelip mata. Ini kerana Allah S.W.T telah menciptakan sejak AZALI, dimana ada kebanyakan orang India maka lahirlah negara India, dimana ada kebanyakan orang cina maka lahirlah Negara Cina dan dimana ada kebanyakan Orang MELAYU maka lahirlah TANAH MELAYU (bahasa budaya bangsa)
Diharap apa yang saya sampaikan disini dapat membina kita sebagai masyarakat yang berilmu supaya segala maklumat dapat dikongsi bersama.
Wassalam.

Hamba Miskin said...

Salam..

Sebelum kita semua terlanjur menyebut perkataan 'sumu ul amir',ingin saya perbetulkan ayat yang sebenarnya haq ke atas ayat 'bangsa yang darjatnya mulia'.
Dengan menggunakan bahasa arab tinggi,perkataan yang 100% sama maksud dengan 'bangsa yang darjatnya mulia' ialah 'simuw al amir' صمو(baca-sod,mim dan wau bersabdu dan cuba perhatikan ayat ini dan kalau di pendekkan,bukankah ianya menjadi perkataan SIAM?? Dan ayat 'Siam' dalam bahasa arab bermaksud puasa..
Lagi satu,saya ada mendapat maklumat dari pekerja saya berbangsa lombok sasak. Dia mengatakan ada satu lokasi di lombok barat,mataram indonesia di mana penduduk2 di seluruh kepulauan lombok sering menziarahi makam tersebut. Dan mengikut cerita pekerja saya ini,nisan batunya berbentuk nipis dan terletak di celah akar-akar pokok.(sama macam makam di kedah yang kat celah pokok tu). saya sedang menunggu wakil pekerja saya mengambil gambar nisan tersebut dan insya Allah,,akan saya send pada saudara anai2 dan tmp untuk tatapan semua. Untuk pengetahuan,makam tersebut berusia ratusan tahun dan kepulauan lombok juga pernah di gelar pulau rempah oleh saudagar2 arab yang singgah dan bermaustatin di situ.

Salmi said...

Kepada Ihya dan TMP, bagilah e-mail address supaya boleh berhubung.

Kepada Jay, penggunaan CHE dipangkal nama itu ada benarnya. Ada sebahagian drp. keluarga kami keturunan penghulu (Nai) dan Dato Lela Indera menggunakan Che tapi malangnya tidak berterusan dan tidak menyeluruh.

Mungkin juga ini kesannya masa Thai mengganas 1876-1881 dulu, ramai tak berani menggunakan title apa-apa takut kena ambil sebelah malam oleh kafir Thai dan hilang. Kalau Wan mungkin selamat sebab Wan Mat Saman jadi PM bawah SAH.

Ada seorang kawan saya kata, ramai peniaga dulu terpaksa menggantung gambar Sultan Abd Hamid atas sebab yang sama, takut dianiaya dan tanda menyokong Sultan yang Thai lantik - kalau tidak bahaya.

Malangnya ada yang menganggap gambar itu sebagai pelaris (sehingga sekarang). Ini tahyul...

Salmi said...

Tambahan...

Gelaran Sheikh tidak semestinya seseorang berketurunan Arab sahaja sebab ada di kampung saya orang yang bergelar Sheikh setelah bertahun-tahun belajar di jazirah Arab dan menjadi ulamak. Ada di antara Sheikh ini juga keturunan raja Siam Islam.

Ada juga kenalan saya keturunan Sheikh Arab di Penang, yang muka pun masih macam Arab kalau perempuan biasanya ada Siti dipermulaan nama.

Sheikh Abdul Kadir Jailani seorang wali Allah itu tidak sama orangnya dengan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah seorang sultan.

Mohd Khairul Anwar said...

jay said...


Jay saya dulupun pikiaq sama dengan Jay jugak pasal raja perlis. Malah beranggapan bahwa merekalah (Perlis' Rajas) raja yang paling kurang sebab mereka bukan Tengku atau Sultan).

Sama jugak dengan NAI-ingatkan makna dia penghulu sahaja TETAPI ia adalah version SYED dalam bahasa Siam.

Syed and variations: Habib, Tuan, Wan (Sarawak), Engku (Penyimpan Mohor Besar raja-raja dari Terengganu, kebanyakan ahli keluarga mereka ada dua nama satu engku @ SYED).

Memang agak payah nak terima hakikat jika ada pihak mengatakan bangsa Melayu adalah konsep yang cuba disogokkan oleh orientalist/British.

Tiada istilah Melayu yang saya faham dalam bahasa Siam melainkan Khaeq, khun khaeq.

Yang peliknya orang Sarawak memanggil mereka Melayu sama dengan Brunei tetapi tidak Sabah (Bajau, Iranun dsbnya melainkan melayu Brunei).

Pada saya Melayu umpama SINGAPORean, New Zealanders, Tahitian, Cuban, Australian... yang wujud daripada konsep NATION-STATE, a 1900s concept by Western political scientist/historian. Saya masih ingat ajaran profesor saya semasa di MU 1990s.

Apabila kita masuk dalam gelanggang Barat yang lengkap dengan sistem pendidikan yang berguna untuk menjustifikasi alasan serta "kajian ilmiah" yang lemah tetapi dikuatkan oleh sebab manuskrips yang nmereka kutip daripada anak-anak jajahan mereka di Timur Tengah, Asia, Timur Jauh dan Afrika.

Saya kira tulisan anai2 tentang SATll yang menulis sejarah melayu di bawah tutelage British ada benarnya. Masakan kita begitu koman tanpa kesan-kesan relic istana zaman silam?

Banyak lagi yang kita boleh bongkar untuk tatapan anak bangsa jika kita punya waktu untuk melihat kembali manuskrips lama.

Jika UUK yang satu boleh bongkarkan sejarah seperti ini, bayangkan jika kita ada banyak lagi?

Karl

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

salmi. saya boleh dihubungi di modmant@yahoo.com (personal) themalaypress@yahoo.com

bab gantung gambar tu: terima kasih sebab logiknya sebagai 'lesen' tu ada....

Hamba Miskin said...

salam bloggers..saya boleh di hubungi di email ihya_ullumuddin@yahoo.com

Mohammad Roslan said...

Salam,
Terima kasih dengan paparan sejarah yang dilupai atau dilenyapkan dalam dunia Islam.Usaha-usaha harus diperkukuhkan untuk membuat kajian mendalam untuk dibukukan.Fakta sejarah perlukan bukti yang kukuh!.

terima kasih sekali lagi.Wassalam.

bumilangit said...

minta tolong update blog ni.

keduanya, dalam interview tok guru nik aziz dalam majalah Off the Edge,
ada disebut tentang kerajaan melayu langkasuka. cuba baca, memang menarik!

aficiozado said...

saya dengar blog ini disebut di khutbah jumaat di masjid mmu cyberjaya..

donmny said...

salam buat SALMI drp DON

1. ...ituhari hang ada tanya aku dari keturunan mana.

2. aku pun tak jelas susurgalurnya kerana ayah aku tak berapa mau cerita pasal keturunannya. aku pun tak tau pasal pa.....utk pengetahuan salmi ayah aku umurnya dah 80 lebih, pernah tinggal dimekah dihantar oleh ayahnya.

3. dia bagitau....tok wannya adalah penghulu mukim rambai dulu. maknya juga keturunan dari situ....bila aku tanya lebih lebih dia suruh cari sendiri.

4. aku tinggal di bukit lada. boleh dikatakan di kampung paya, pulau keramat, perupuk, bendang raja adalah adik beradik ayah aku.

5. lain lain tu walahualam. kalau hang ada maklumat aku berbesar hati nak tau.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan,

Mohon diletakkan tarikh kejadian pada setiap peristiwa tu...senang untuk dirujuk dan buat kajian lanjutan

Satu lagi..mohon buka perbincangan perkaitan antara perjanjian Pangkor dan Pembunuhan Long Jaafar...saya ni buta sejarah sikit..adakah perjanjian Pangkor diadakan sejurus selepas pembunuhan Long Jaafar dan Thai Buddha menjajah Kedah serta Utara Perak?

Adakah pihak yang menjadi wakil orang Melayu dalam perjanjian Pangkor tu adalah penderhaka kepada Long Jaafar?

Terima kasih.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu).

Sekarang baru tahu kenapa Jalur Gemilang lebeh kurang the Stars and Stripes.

UK - AMIRIKA - MESIA sama je kaler..13 stripes juge. Ke dalam jugak aku ni kang..:-)

IPOH MALAY said...

bagus paparan blog ni...

teruskan usaha anda~

Salmi said...

Donmny,
Penghulu Mkm Rambai sekarang dah ikut kelulusan. Dulu Penghulu Nai Leman sebelum tu Nai Mat dan sebelum tu Nai Thing. Mungkin keturunan hang tu ikut Nai Thing sebab Nai Mat tu pangkat Panglima sebelum jadi Penghulu. Atas sebab-sebab tertentu jawatan Penghulu dikembalikan kepada keturunan Nai Thing iaitu Nai Leman yang masih ada tapi dah pencen. Nai Mat tu tok nek menakan aku.

Waris sebenar Tok Mo Rih ialah Pak Long Aziz, dulu meniaga kantin sekolah. Aku tak tau masih ada atau tidak sekarang.

Mak menakan pupu aku berkahwin dengan orang Bukit Lada iaitu Mahmud tapi kami panggil Cu Leh. Aku tengok mata hang tu ada iras-iras dia.

Mungkin hang ada kaitan degan Tok Guru pondok Bukit Lada.

Salmi said...

Kepada Sdr. Mokhtar Ismail,
Pembunuhan Long Jaafar berlaku selepas Perjanjian Pangkor dan selepas pembunuhan Birch sebab semasa Sultan Ismail Kinta berundur ke Kedah dia sempat menziarah jenazah Long Jaafar di Tualang.

Sultan Ismail Kinta tidak hadir Perjanjian Pangkor sebab dia menerima surat jemputan lewat.Yang pasti Sultan Ismail dan Ngah Ibrahim ada kaitan keluarga dengan Long Jaafar.

Mohd Shahrizal said...

Selamat Menyambut AidilAdha

to' nai sim said...

kpd JAY

sy ingin bertanya sesuatu

setahu saya Nai Sim(nai kassim sprt anda mksudkn) atau nama sebenarnya penghulu haji hashim(menurut cerita secara lisan nenek saya-cicit pertama nai sim yg pernah tggl brsama nai sim d istananya d kg tebing mukim hosba) bhawa nai sim tlah dibuang negeri oleh sultan kedah(sy xpasti siapa tp pernah disebut nenek sy tgku ahmaed tajudin pernah dtg ke istana nai sim d kg tebing mukim hosba-mgkin ayananda tgku ahmaed tajudin yg mmbuang nai sim ke luar negeri)

disebutkan bhwa nai sim tlh mnggal dunia smsa di usir ke luar negeri(tidak pasti dimana)
jd bagaimana nai sim boleh mlantik nai ali?
setahu sy nai sim tiada anak lelaki
dan slpas beliau dibuang negeri kerana mmbunuh 2org cina(xdpt dipastikan kenapa dan apa hbgn cina trsebut dgn sultan)
sgala alat kbesarannya tlh dikembalikn kpd sultan kedah
dan tiada pgganti pemerintahan nai sim slpas itu

dan keturunan nai sim inilah yg byk bertebaran sekitar kg kunluang mukim binjal(masih rmai yg boleh berbahasa siam dialek setempat) dan kg tebing mukim hosba(pusat pemerintahan nai sim)

jd mohon penulis blog ini boleh mgkaji salasilah nai sim yg dikatakn raja samsam(org siam yg beragama islam)

seperkara lg mmg tiada istilah melayu disebut oleh kami keturunan nai sim
'khon khaek' istilah yg dgunakan untk refer kpd org melayu

mohon siapa yg tahu sjarah nai sim berkgsi pngetahun di sini

Anonymous said...

Mohon kebenaran dari Penulis Blog nie menjawab soalan dari saudara "to' nai sim".

Mengikut Sumber lisan yang boleh dipercayai Nai Kasim@Hasim seperti yang sebut berperanan seperti seorang Raja Daerah dari Kerajaan Ligor berpusat di sekitar Surat Thani.

Perlantikan dibuat keatas penghulu - penghulu mukim yang terbahagi kepada seluruh kawasan/jajahan taklukan Kedah.
Manakala KG.Kunluang itu sendiri membawa maksud orang kerajaan yang berkhidmat dibawah pemerintahan kerajaan Siam pada ketika itu.
Dasar pemerintahan SIAM seperti mana Dasar pemerintahan British : PECAH & PERINTAH, dapat dilihat dengan membahagi-bahagikan Pola Penempatan Penduduk yang berbahasa Siam di sepanjang Bukit Kayu Hitam sehingga Jitra (pekan jitra),Ini kerana dapat memudahkan lagi perhubungan antara pemerintah pusat dengan jajahan takluk (kedah)

Mengenai Salahsilah Ketua Penghulu Nai Kassim@Hashim tidak dapat dipastikan oleh kerana mereka yang benar x2 tahu akan cerita ini telah lama meninggal dunia.
Akan tetapi masih ada tinggalan batu nisan @ kubur purba (seperti mana gambar dimiliki oleh penulis blog ini) dilaluan Sungai KG.Kunluang yg tidak diambil peduli oleh sesiapa walaupun waris sendiri.

Walaubagaimanapun Besar kemungkinan perlantikan yang dibuat oleh Nai Kassim keatas semua penghulu - penghulu dibuat atas dasar "kroni" oleh kerana kebanyakan dari mereka terdiri dari kalangan sanak-saudara & sahabat handai.

karami said...

Untuk pengetahuan semua....nasab keturunan syed 'alJamalulail' di Perak sukar untuk disambung

La Salle said...

Merujuk kepada Malaypress, Tuan Husin berasal dari Yaman Hadralmaut. Beliau datang untuk berdakwah dan berdagang di Kedah. Nama beliau adalah Syed Hussin dan anaknya Syed Ahmad merupakan Hakim pertama di Kedah yang telah memperkenalkan Mahkamah Syariah dan juga dikenali sebagai Syed Ahmad Bauk( bauk dalam Kedah itu adalah jambang@beard kerana bauknya yang amat panjang). Pada masa itu Syed Ahamd Bauk dan ayahnda beliau giat mensyiarkan Islam kepada golongan kerabat di Raja Kedah dan mengutuk tindak-tanduk Sultan berbaik dengan British dan tindak-tanduk Sultan menyimpan gundik@dayang.

Untuk pengetahuan semua, saya menyokong blogger ini. My utmost thanks to you for your dedication in gathering facts and evidences in subtantiating your facts in this blogs.

Warmest regards, Hamba Allah orang Kedah

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Tuan Hussein Kedah dan anaknya Sheikh Ahmad adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari Panglima Perang Musuh Bisik 1821 bersama dengan Tok Bendang Daya dan Sheikh Daud Al-Fatani.

Mereka ini semua ulama2 beraliran SWJ dari Mekah sebelum kota suci di jahanamkan oleh Inggeris dengan bantuan puak Badwi Saud secara halus...

joo said...

Salmi,Nak tumpang tanya sikit pasal Tok Nai Mat dan Tok Nai Sim.Adakah salah saorang ni yang tugas dia memancung kepala orang salepas di hukum sultan.JOO

joo said...

Salmi,Nak tanya sikit pasal Tok Nai Mat dan Tok Nai Sim.Adakah salah saorang ni yang memancung kepala orang salepas dihukum sultan.Joo

liveorbit said...

Manila(Fllipina) maksudnya MinAlla, wallahualam (ayah kwn ada brcerita ttg sana dulu) .. mungkin kt sana pun dulu pemerintahan dari agama Islam amat kuat

Nasaruddin Bin Rahmat said...

Assalamualaikum,admin. Saya ingin mohon izin untuk menggunakan isi kandungan ini untuk kesedaran buat anak-anak muda kita, boleh?