Thursday, May 29, 2008

Menjejak tinggalan sejarah di Pendang

Kami telah menjejaki beberapa tinggalan sejarah di sekitar Pendang baru-baru ini.Usaha kami ini adalah dengan saranan pembaca blog ini yang ingin kami megenegahkan lagi bukti-bukti yang masih ada setelah hampir 192 tahun tentera raja thai yang menjajah negeri Siam menyerang Kedah bermula dalam tahun 1821 secara senyap. Serangan ini dikenali sebagai Peperangan Musuh Bisik 1821 dimana Syarif Yang Di Pertuan Kedah telah turut dibunuh.

Peperangan kedua berlaku dalam tahun 1839 (zaman Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang) dan peperangan ketiga dalam tahun 1876 dimana Sultan Jaafar @ Long Jaafar ditangkap di Merbok, disiksa di Ruat, Yan dan akhirnya dibunuh di Gurun Kedah. Pada peperangan ketika itulah, bantuan daripada kerajaan yang bernaung dibawah kerajaan Siam Islam turut tiba untuk membantu tentera Sultan Jaafar Mad Azam Syah.

Tentera thai telah dibekalkan dengan senjata api moden oleh penjajah Inggeris dari Pulau Pinang. Di atas kemenangan itu, tentera thai (penjajah negeri Siam) telah menjajah Kedah selama 5 tahun sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh tersebut lah banyak istana lama milik Raja Siam Islam telah dimusnahkan oleh mereka bagi menutup sejarah.

Tindakan ini bertujuan untuk menjadikan bangsa Siam itu sebagai kesinambungan bangsa thai, mereka merampas sejarah siam Islam sebagai sejarah bangsa thai, kononnya beragama Buddha seperti mereka, pada hal tidak begitu. Setelah selesai kerja-kerja ini, mereka kemudiannya melantik Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dalam tahun 1881. Dengan itu, salasilah Kesultanan Kedah hari ini yang dipaparkan dimana-mana laman bblog adalah dari keturunan Sultan Abdul Hamid dan bukannya salasilah Raja Besar Islam Benua Siam Kedah. Kita kena tipu lagi.

Tentera Majapahit turut tiba untuk membantu dalam peperangan besar di Tanah Merah Pendang. Hari ini, mereka menjadi orang Kedah dan menetap di perkampungan mereka sendiri. Aku tunjuk papantanda PAS pula, manalah tahu kerjaan Pas Kedah lebih prihatin berbanding kerajaan BN dahulu dalam bab-bab tuntutan ni. Dulu, ada satu MB Kedah cuba untuk menafikan sejarah realiti. Akan tetapi, tak lama lepas tu terus jatuh sakit, kena lepas jawatan MB. Kebetulan atau apa? Korang buatlah tak tahu, tak nak peduli bab sejarah realiti ni..balasan hanya dari Allah.


Anehnya, pihak MADA yang kami kira buta sejarah cuba menutup bukti yang ada dengan menukar nama alor yang terletak bersebelahan jalan masuk ke kampung tersebut kepada Manjapahit, padahal nama sebenarnya Majapahit.

Ini adalah sebahagian dari kampung Majapahit yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau.

Pekan Tanah Merah terletak hanya terletak beberapa km sahaja dari Pendang. Tanah merah merujuk kepada kesan darah yang tumpah begitu banyak sekali sewaktu peperangan berlaku. Di sinilah peperangan besar tentera Thai dan tentera Siam Islam Kedah diketuai oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Long Jaafar berperang dan tewas. Tentera China Manchu Islam turut berjuang disini kerana mereka menetap disini diatas perentah Maharaja China Manchu yang beragama Islam. Sultan Jaafar@Long Jaafar adalah cucu Maharaja China Manchu Islam melalui perkahwinan puterinya (Maharaja Manchu) dengan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang.


Masjid baru Kg Jelutong yang sedang dibina menuju ke Kubur Panjang ini menggunakan senibina Siam Islam bersesuaian dengan masyarakat setempatnya. Masyarakat Siam Islam di Kedah adalah juga orang-orang melayu Kedah hari ini. Mereka bertutur dalam bahasa Siam Kedah dan Bahasa Melayu loghat Kedah (terima kasih, Mutalib).

Senibina siapakah ini dengan rekabentuk masjid dan mimbar yang sebegini rupa?



Persimpangan Kubur Panjang, Kampung Tualang dan Kebun 500 (bermaksud 500 ekar apabila Inggeris membuka estet tanaman getah). Pembukaan ladang-ladang getah di sekitar Kedah adalah dengan jemputan Sultan Abdul Hamid khas untuk penjajah Inggeris. Catatan ini ada dalam buku Warisan Mahawangsa. Dengan sebab itulah Makam Raja Merong Mahawangsa, bergelar Sultan Muzaffar Syah I dan anakandanya Podiset@ Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir di Kg Langgar, Merbok Kedah kini berada dalam ladang getah.

Sebaik sahaja sampai di kampung Tualang kami berpeluang untulk melihat Alor China yang terletak di Kampung Tualang. Alor ini dikorek oleh tentera Maharaja China Manchu Islam bagi kegunaan saliran air ke sawah padi berdekatan yang turut mengelilingi kg Tualang hingga ke Titi Haji Idris. Ada yang bertanya kemana perginya mereka hari ini. Tentera China Manchu yang beragama Islam telah berkahwin dengan orang Siam Islam tempatan dan hari ini mereka dikenali sebagai Melayu Kedah. Rupa paras mereka mereka berkulit putih kemerah-merahan. Bagi tentera China manchu yang tidak beragama islam pun masih ada, membuka kedai runcit, berniaga dan mereka mesra dengan orang-orang melayu setempat. Ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Siam Kedah kerana menurut mereka ia hampir serupa dengan Bahasa China.

Pandangan sebelah kanan Alor China dari persimpangan diatas.


Masid Kampung Tualang yang siap dibina beberapa tahun lepas bagi menggantikan masjid lama yang perbuat dari kayu. Ramai anak-anak kampung ini berkerja di bandar-bandar besar turut menghulurkan bantuan kewangan. Disinilah terletaknya makam Syarif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Kedah, mangkat 1821 dibunuh oleh tentera Thai Buddha di istana Kota Mengkuang. Kawasan makam disini adalah terdiri dari tanah perkuburan Islam yang beratus tahun lamanya seluas padang bolasepak.


Makam Syarif Yang Di Pertuan, tanpa sebarang perubahan setahun setelah blog sejarah realiti yang dipinggirkan ini dibuka untuk tatapan semua peminat sejarah dan 1 tahun 11 bulan setelah Forum Sejarah Realiti Kedah diadakan di Alor Setar. Kepentingan siapa yang dijaga agar sejarah realiti dikuburkan?

Berhampiran dengan Kebun 500, jalan yang sama ke Kampung Tualang terletak perkampungan orang-orang Minangkabau. Bagaimana boleh kedapatan orang-orang Minang di kedah dengan jumlah yang ramai ini? Keturunan mereka dahulu adalah tentera yang dihantar oleh raja wilayah masing-masing untuk berjuang menentang tentera Raja Thai Buddha. Kewujudan mereka di Kedah telah dinafikan oleh sejarah kita yang ditulis secara versi penjajah.

Oleh kerana disini rata-rata penduduknya bertutur dalam bahasa Siam, syarikat roti yang diusahakan oleh penduduk setempat memilih untuk tidak memasukkan perkataan 'kabau' dalam nama syarikat Roti Minang miliknya. Ini adalah kerana kabau dalam bahasa Siam bermaksud derhaka.

Inilah gelaran yang dihukumkan oleh Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman keatas pekerja lombong bijih baginda keturunan Minang yang membantu Belanda menyerang baginda di Kota Lukut dalam tahun 1641 dahulu. Sebagai habuan mereka di hadiahkan satu kawasan yang dinamakan sebagai Negeri Sembilan oleh Belanda.


Masjid asal di kampung Minangkabau masih kekal tanpa sebarang pengubahsuaian yang ketara.

Roti Minang Sdn Bhd terletak berdepan dengan papantanda Kampung Minangkabau diatas...kenapa tidak Roti Minangkabau Sdn Bhd? Mudah saja, di kampung yang penduduknya bertutur bahasa Siam Islam Kedah, semua orang tahu kabau itu bermaksud, derhaka. Ia tidak bersangkut cerita dengan mana-mana kerbau disawah.


Saya masih ingat sewaktu kecil, ibu mertua kepada mak saudara saya yang sudah tua (90 tahun) bertutur dalam bahasa yang sukar saya fahami...bahasa Melayu tapi bunyinya lain.....rupa-rupanya ia adalah bahasa Minang !!!. Itu pun saya ketahui setelah dewasa, menetap di Selangor dan bercampur dengan rakan-rakan dari Negeri Sembilan.

Begitulah saudara sedikit sebanyak antara tinggalan sejarah yang masih ada di Kedah hari ini. Samada kita suka atau tidak menyedarinya, sejarah realiti tidak dapat dipinggirkan begitu sahaja. Kita harus berbangga dengan warisan yang kita miliki dari generasi dahulu kerana merekalah yang memebentuk generasi kita hari ini.

Insyallah, jika ada kelapangan kami akan menjejak perkampungan orang-orang Kedah dari rumpun Acheh pula.

15 comments:

Hasbullah Pit said...

boleh terangkan apa beza Siam dengan Thai?

Salmi said...

Saudara Sebol,
Siam tu pihak suku Melayu kitalah yang berugama Islam dan Thai tu asal SukuThai beragama Buddha. Takkan tak faham lagi kot..he..he. Siam ada silat, guna keris, pantang pegang kepala dan adat sireh pinang bila meminang manakala Thai tak ada.

Saudara anai-anai,
Sudah dampai di Tanah merah dan Tualang kenapa tak lajak sedikit lagi ke kampung saya Kubur Panjang. Di sana pun banyak kesan sejarah. Ada sejarah Tok Mo Rih di Kg. Perupok. Beliau seorang panglima handalan dipercayai berkhidmat dengan Po Chan dulu. Beliau telah membunuh banyak tentera Thai di Kg. Bunuh Siam dengan mengait telinga mereka pada tali degan mata kail sebagai membalas dendam apa yang diperlaku Thai kepada pihak kita di Patani.Orang-orang tua di sana masih oleh bercerita.

anaianai said...

Panjang lah kalau kami nak ceriter detail Sebol...ringkasnya, siam itu beragama islam dan thai itu Buddha. Hari ini, Raja Thai adalah penjajah negeri Siam yang dulunya beragama Islam. Dengan sebab itulah raja2 kita dulu memberi zakat kepada raja siam yang beragama Islam, hari ini sejarah kita pelajari menyebut ufti.

Negeri Siam Islam diserang dan ditawan dalam tahun 1767 oleh puak Sukhothai Buddha. Nama negeri Siam kemudiannya ditukar kepada THAIland sempena nama puak dan bangsa raja mereka. Sila baca artikel di blog ini dan semoga saudara mendapat petunjuk.

ilzaf said...

Saya peminat sejarah.
saya terpanggil untuk menanyakan tentang sejarah penubuhan Negeri Sembilan kerana apa anda sampaikan sangat berlainan dengan versi yang telah kita pelajari sebelum ini.

Seingat saya (melalui pembacaan) dalam catatan sejarah Johor (saya lupa sumbernya, maaf) Raja dari Pagaruyung telah diperkenankan oleh Sultan Johor ketika itu untuk dirajakan disana. Ketika itu, negeri Sembilan dikatakan sebagai sebagian dari jajahan takluk johor

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

minggu sudah, saya balik pekan. ada kenduri cukul jambul anak.

Sambil itu sempat juga la melawat makam Sultan Muhammad - sultan pertama negeri pahang. Menurut cerita - asalnya dia anak sultan manshor syah melaka (anak raja daerah?) yang membunuh Tun Besar anak Tun Perak pd 1475 (+-), akibat bola takraw terkena destarnya, lalu dihantar ke pahang untuk meredakan kemarahan penduduk melaka.

begitulah cerita yang tertulis di tepi makam tersebut...iya ke? Sultan Muhammad ke Pahang Tua dulu atas arahan Siam ke?

Kampung saya pun nama Langgar la jugak...tempat sekolah Tun Razak dulu. Ada banyak juga parit siam dan peningglan Siam disini...sempat jugala menggali, cuma gambar belum upload lagi...

anaianai said...

TMP
Salam hormat,

O..kampung kat Pekan ke? Bagus kalau ada artikel pasil parit dan sungai yang dikorek ni..

Banyak yang diceritakan sejarah kita entah betul entah tidak, sebab ia di hikayatkan, di editkan terlebih dahulu oleh Winstedt. Semuanya mereka tarik sejarah kita dan fokuskan kepada Sejarah Melaka tetapi Melaka hari ni tidak ada raja. Kalau hebat sangat kemana pergi raja nye? Heran betul!!!

Saya bagi input lagi, pasal korek sungai gan parit nie, input sahih nie…

Sultan Mansor Syah Sultan Pahang yang pertama adalah anakanda kepada Sultan Ismail Jammu Patani, adinda kepada Putri Nang Kemuning yang berkahwin dengan Syah Alam Yang Maha Mulia, Khalifatullah Akhirul Zaman Sultan Mahmud Syah Melaka.

In other words, baginda adalah adik ipar kepada Syah Alam Yang Maha Mulia, Khalifatullah Akhirul Zaman Sultan Mahmud Syah, Raja Besar Empayar Islam Benua Siam Kedah. Seorang lagi anakanda Sultan Ismail ialah Sultan Muzaffar Zyah, pernah menjadi Raja di Ayuthia bergelar Uthompon.

Sultan Mansor Syah ini semasa menjadi raja telah menggorek sungai Jennering untuk menyambungkan Sungai Johor dengan Sungai Pahang. Dalam sejarah ada menyebut (ada saya terbaca) bahawa raja siamlah yang mengorek dan menyambung kedua sungai itu (macam itulah lebih kurang). Raja Siam yang dimaksudkan, tak lain tak bukan ialah Sultan Mansor Syah. Jen-ne-ring dalam bahasa Siam bermaksud, Yoi-itu-tersusun. Yoi ini adalah sejenis rumput yang tumbuh di permukaan sungai dan kita boleh berjalan diatasnya, macam pulau jadinya tapi perahu tapi boleh lalu kalau ia tumbuh dengan banyak.

Sultan Mansor Syah telah dikahwinkan dengan puteri kepada raja Johor dan Pagoh iaitu Shaari Panjang @ Sultan Alauddin Riayat Syah. Maaf nama puteri itu kami tidak tahu. Shaari Panjang ini adalah adinda ketiga kepada Nai Hisbu Muadzam Syah yang menjadi Raja Kota Beruas di Perak. Sila lihat salasilah 3

Kami yakin, kalau dah ada nama Langgar, Parit Siam tu memang adalah peninggalan sejarah disitu.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

terima kasih dan salam hormat kembali.

1st. Saya pun saspek kuat perkampungan Langgar dan Pahang Tua ni ada banyak tinggalan Siam. Dari catatan Pires pun kita dapat tahu yang Pahang adalah salah satu daerah dari kerajaan Siam yang selalu dikunjungi oleh pedagang2 dari pantai timur - kemboja-vietnam-pegu-china-borneo dsbnya.

2nd. Cuma Presiden FAM ni macam tak berminat + tak bangga je nak mengaku salah silah dia dari Siam...tu yang saya tidak faham. padahal kalau ikut dia juga waris asal raja daerah pahang.

3rd. Kenapa pahang-selangor dan perlis tutup mulut dalam bab ini? Lebih2 lagi perlis, patut kesempatan masa raja perlis jadi Agong tu diguna sepenuhnya...dan sementara cicit Nai Ibrahim cucu Abdullah Fahim di masih tampuk kuasa ni...yang sekarang ni nampak pun macam goyang je.

4th. Apa pendirian waris merong mahawangsa yang lain bersabit hal2 politik hari ini? Apa yang berlaku hari ini menampakkan kelemahan ketara...menantunya pulak dari negeri puak derhaka...macamana tu?

anaianai said...

1.
Nampak ada ruang untk dibuat kajian lagi nie.

2.
Kalau sejarah realiti dipinggirkan, siam disangka thai, dll, macam tulah jadinya.

3rd.
Perlis ni kes tukar nama semasa thai menyerang dulu…mereka dah mengaku keturunan Syed dari….siap carta lagi, takkan nak tarik balik, malulah. Pas tu puak TNL Kassim disepikan, generasi baru take over. Namun bukti ada pada nama Jamalulail mereka...yakni merujuk kepada Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir.

Sultan Selangor ada hantar wakil untuk dapatkan kepastian salasilahnya semula. Wakil itu datang berjumpa dan berbincang dengan TNL Kassim.

P. Lah? Hahaha banyak sangat kisah dia aku dengar. Nasib baik bukan ahli politik...kalau anaianai 3 dia pangkah terus je..hehehe. Tu lah, kita sebagai orang Islam ni wajib melihat dengan jalan ilmu, menafikan yang hak begitulah kesannya. Bukan kita kena buat apa pun, buat tak tahu je..Allah yang tunjuk kebenaran ilmu agamamya. Kita buat kerje sejarah kita mcm biasa. Oh ya, bagus artikel pasal freemason tuh.

4th.
Pendirian neutral saje kot tapi sudah pasti banyak yang mahukan kebenaran, ketulusan (accountability) dan keadilan dalam berkerajaan. Kelemahan yang ketara sebelum PRU12 sudah dijangka….tapi hari ini ramai yang mengaku beragama Islam (dengan maaf) tetapi tidak yakin dengan petunjuk Allah. Hal duniawi mereka asingkan dari agama dan….eh, cukuplah kot, hehehe.

Menantu dia nie tak pa lah..dah jodoh dia nak buat macammana, jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan (yang ni ramai guna bila kena batang hidung sendiri..), kena terima aje lah.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Kalau nak ke Kg. Langgar- Pekan buat kajian, jangan lupa bagi tahu. Parit Siam tu x sampai 10 meter dari umah atuk saya. Ada satu lagi di Pulau Rusa - kg. sarimah...

Orang tua2 kata tempat tu ada misteri nusantara, tempat askar Siam campak harta karun...tapi yang pasti dulu ada penemuan batu bata pipih empat segi. Mungkin candi bertingkat. Kena gali la nampak gayanya.

Orang Siam sini kalau ada pun cakap Melayu pun dah telor Pahang dah...orang Kemboja pun sama.

ada lagi nama pelik kat sini:
Kg. Lamir, Kg Ganchong, Kg. Jambu, Kg. Paloh Hinai.

Pasal freemason tu, ni yang best. Sebab mereka ada peranan besar disini, sehingga Pulau Batu Puteh tu terlepas pun angkara mereka juga. Batu asas rumah api Horsburgh diletak wakil Mason...boleh imagine cerita National Treasure? Sesilap ICJ tu pun penuh orang depa...

Panjang kisah freemason ni, dan kaitannya nun sampai zaman Nabi Musa ke atas lagi. InsyaAllah nanti saya up satu lagi artikel khas kalau panjang umur...bahaya juga.

nb: TAR ditentang keturunan Al-jefri (Syed Jan) masa PRU 1 1955 diParlimen Kuala Muda...ada kaitan ke?

anaianai said...

MP

Terima Kasih diatas jemputan...ish Kalau kampung kau tu dekat, aku dengan 3 ekor harimau merupa macam kancil ni kan...hehe...pasti dah sampai dahhhh....siap bukak khemah, camping lagi hahaha...Aku nie orait nyer kaki..mane-mane pun boleh.

Artikel kita nie memang betul bahaye tapi kalu dah kebenaran kena ketepikan semua, takut pada Allah Yanag Maha ESA sahaja.

Aku lagi la, aku gn member siap digelar pakar tukar sejarah tapi bagi aku gn kawan-kawan itu satu penghargaan sebenarnya sebab kami ada bukti bukan cakap/tulis kosong je.

Pasal Syed Jan ini aku kurang pasti, tapi di SP ini memang ada sekolah menengah diatas nama beliau.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

gambau parit siam dah uplod, untuk tatapan melayu-siam kedah dari melayu siam-pahang (tu yang tukang cangkul tu, dia pun x tahu dia asal siam ke bukan). x sempat interview - redah adhoc je tuh.

MoHdiAR said...

SALAM ANAI-ANAI...

SAYA HARGAI SANGAT USAHA SAUDARA UNTUK MEMPERBETULKAN SEJARAH.. DAN AKU PENYOKONG MENYATAKAN SEJARAH YANG DIAJAR DI SEKOLAH@AKADEMIK..

1. ADAKAH BENAR BAHAWA MINANGKABAU ITU ADA BERMAKSUD DENGAN KABAU(DERHAKA)?? SAYA SEBAGAI ORANG MINANG AGAK KURANG BERSETUJU DENGANNYA.. SAYA RASA SAUDARA PERLU KAJI DALAM SKOP NEGERI SEMBILAN DAN ADAT NEGERI SEMBILAN..

2. BERKENAAN DENGAN PENGHAPUSAN SEJARAH OLEH PENJAJAH ADALAH AMAT BENAR.. PUTAR BALIK FAKTA JUGA TERLAMPAU BANYAK YANG MENIPU..

TERUSKAN USAHA MENGGALI PERIGI SEJARAH YANG LAMA TERKAMBUS ITU..

Salmi said...

Saudara Themalaypress,
Saya tertarik dengan artikel tentang ulamak Tok Bendang Daya. Amalan beliau membaca banyak-banyak surah al-Ikhlas tu memang diajar guru Silat Gayung. Murid silat digalakkan membaca sampai 90,000 kali surah ini semoga mendapat bantuan semasa terdesak. Tapi saya tak pasti berapa orang murid yang ikut (saya tidak..he..he). Tapi saya pasti ia perlu juga sekali amalan tidak meninggalkan yang wajib dan menjauhi maksiat termasuk yang kecil.

Silat Gayung ini diasaskan Datuk Meor Rahman, keturunan bangsawan Bugis dari Pokok Asam, Taiping. Ikut ceritanya beliau dikhatamkan ilmu silat oleh Hang Tuah semasa tertidur dalam hutan dekat Kuala Nerang, Kedah. Tentu kita terfikir kenapa tidak di Melaka atau lain-lain tempat ye? Kota Sarang Semut pernah menjadi headquarter silat ini sebelum berpindah balik ke Taiping.

Lambang silat ini juga ada naga. Ikut cerita naga ini kembarnya semasa dilahirkan. Kita tahu sekarang naga ini sinonim dengan sejarah Siam (Melayu).

tiffalia said...

Assalamualaikum, saya teruja dgn kisah sebenar empayar melayu siam islam kita tpi amat sedih dn myakitkan hati dengan pbuatan thai budda, inggeris dan pembelot yang bhati busuk dn meruntuhkan empayar Kedah Siam,mUdah2 an Allah memberi balasan setimpal dengan apa yang mereka telah buat

EksekutifSuri said...

Assalamualaikum

Insya-Allah kami drp Team Misi Sinar Harapan akan ke Kg Majapahit, Pendang pada 3-4Ogos utk jalankan Misi Sinar Harapan Ramadan&Syawalbg mengagihkan bantuan persediaan Ramadan&Syawal.

Mohon izin untuk berkongsi gambar Kg Majapahit yg terdapat dlm blog ini.

Perjuangan kami boleh diikuti dlm blog www.eksekutifsuri.blogspot.com
dan Facebook Elly Nizam

Terima kasih

Elly