Sejak akhir-akhir ini, tahun kedatangan Islam ke Nusantara yang dikatakan bermula di Melaka sekitar tahun 1400 telah mula disangkal oleh ramai penulis dan pengkaji sejarah tanah air. Keadaan ini berlaku berikutan penemuan bukti-bukti baru sejarah yang boleh mempertikaikan tahun berangka genap ini. Pengkaji-pengkaji sejarah terdahulu menetapkan tahun 1400 kerana pada ketika itu banyak bukti-bukti sejarah baru masih lagi belum lagi ditemui. Tidak dapat dinafikan penjajah turut juga mempunyai agenda tersembunyi dan ini amat penting dalam usaha mereka memperkasakan penguasaan keatas tanah jajahan dirantau ini.
Ramai diantara kita ketika mempelajari sejarah (Tawarikh) dizaman persekolahan dahulu menerima bulat-bulat penulisan sejarah yang mengatakan bahawa tahun 1400 adalah tahun kedatangan Islam ke melaka, satu tahun andaian dalam angka yang genap, seolah-olah telah ditentukan/ditetapkan (sememangnya pun). Anehnya, catatan lawatan Marco Polo mengatakan bahawa Perlak telah pun menerima Islam dalam tahun 1292. Tidak harus kita lupa, Batu Bersurat Terengganu yang tercatat nama Raja Mandalika bertarikh 4 rejab 702 Hijrah/22 Feb.1303. Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Batu bersurat Trengganu membuktikan kedatangan Islam ke Semenanjong adalah jauh lebih awal dari tahun yang ditetapkan oleh pengkaji sejarah sebelum ini.
Batu Bersurat trengganu bertarikh 4 rejab 702 Hijrah / 22 Feb.1303
Beliau turut menafikan catatan pengkaji sejarah Eropah seperti Harrison dan DGE Hall yang mengatakan Islam tiba dalam abad ke 15. Bukan itu sahaja bukti baru yang telah ditemui malah di Brunei Darussalam ditemui batu nesan pada makam Sultan Abdul Majid ibn Mohamad Syah al-Sultan’s bertarikh 1048M/440 H, di Pekan Pahang batu nesan bertarikh 14 Rabiul Awal 419 H, di Vietnam batu nesan Phang-Rang (Selatan Champa) bertarikh 1039M/431 H dan di Grisek, Jawa Timur, batu nesan Fatimah binti Maimun binti Hibat Allah bertarikh 1082M/475 H.
Batu nesan pada makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi.
Mungkin tarikh-tarikh yang disebut diatas agak baru. Di Kedah, penemuan makam Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 904 masihi di Langgar menimbul pelbagai persoalan kerana ditakrifkan sebagai seorang guru agama mengajar sekolah pondok sahaja (Langgar adalah dari bahasa Siam bermaksud putus dunia). Sebelum pada itu makam baginda dikambus batu nesannya oleh warisnya agar tidak dijumpai penjajah Thai. Taktik yang sama juga digunakan pada Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau Langkawi yang kini masih lagi dilabelkan sebagai Makam Purba. Di samping tarikh yang awal, agar sukar untuk kita menerima individu seperti Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah (dengan nama sebegini indah untuk zamannya), sebagai seorang guru agama sahaja sedangkan rakyat biasa ketika itu mungkin hanya menggunakan nama-nama yang merujuk kepada persekitaran mereka seperti Melor, Kenanga, Melati, Awang, Hitam, Labu, Labi, Cempaka, dll.
Tarikh yang jauh lebih awal ini membuktikan bahawa Islam bermula di Kedah dan merebak ke Nusantara melalui pemerentahnya yang turut menganuti agama Islam. Ramai generasi lama di Kedah yang berusia sekitar 70 tahun mengetahui bahawa Kedah dahulunya adalah sebuah negeri yang besar, disebut mereka sebagai Kedah tua. Jajahannya lebih jauh ke Utara, bukannya setakat di Bukit Kayu Hitam seperti hari ini.
Gambar Bata Ibnu Sirdan, di Petik dari Blog Naim Firdausi
Seterusnya, kita lihat pula penemuan seketul bata candi yang bertulis Ibnu Sirdan 213 hijrah ditengah-tengah longgokan batu candi yang tumbang oleh Dr Othman Md Yatim turut menimbulkan persoalan samaada candi di lembah Bujang itu binaan pemerentah yang beragama Islam atau Hindu. Harus kita ingat, bukan semua binaan candi ini dijumpai patong-patong agama Hindu atau Buddha. Nampak gayanya ada individu tertentu yang beragama Islam telah meninggalkan tandatangannya pada hasil kerja senibinanya. Adakah ini kita hendak takrifkan sebagai seorang ulamak sekolah pondok juga?
Berdasarkan kepada tahun 904 M, dan salasilah raja-raja Kedah, ternyatalah bahawa Islam lebih dahulu tiba ke Kedah dibawa oleh Raja Merong Mahawangsa, cucu Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang (diislamkan oleh Saad ibni Waqas,650 masihi). Di Kedah baginda membuka kerajaan dan berkahwin dengan Syarifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani hasyim. Makam permaisurinya digelar Tok Soh masih ada di Pi-nang Tung-gal, dari bahasa Siam Islam yang bermaksud jadi permaisuri tunggak negara, bukannya pokok pinang sebatang seperti yang kita sangkakan. Suaminya, Raja Merong Mahawangsa pula bergelar Sultan Mudzaffar Syah dan makamnya terletak di Kg Langgar, Merbok. Oleh kerana itu keturunannya, diberi ufti sebagai tanda taat setia oleh raja daerah walaupun dimana mereka bersemayam samada di Kedah, Ayuthia, Beruas, Melaka, Acheh, Kemboja dll.
Pengkaji sejarah dahulu seperti Col. James Low mengatakan bahawa candi adalah binaan penganut agama Hindu sedangkan hari ini ditemui bata dengan catatan Ibnu Sirdan 213 Hijrah. Jika kita renungkan kembali, adakah wujud satu konspirasi untuk menutup perkembangan agama Islam di No-san-ta-ra yang bermaksud, tunas-pendek /muda-tunggu/menanti-merebak. Tunas pendek yang dimaksudkan disini ialah Syiar agama Islam.
“Seorang orientalis, Profesor William R. Roff (University of Edinburgh, Scotland), berkata bahawa ada keinginan besar di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan sehingga ketika ini untuk mengurangkan peranan Islam dan peranan Khilafah di kalangan masyarakat Muslim di alam Melayu. Malangnya ada tokoh politik, pemikir dan sejarawan Muslim yang terpengaruh dengan Barat sehingga mereka menyembunyikan malah ada yang menghina Khilafah”. Dr. Sallehuddin Ibrahim, KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU “SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN”, Ikatan Intelektual Nusantara, [IKIN]
Agak menarik catatan diatas jika kita letakkan catatan ini dalam konteks pengkisahan semula sejarah Empayar Benua Islam Siam Kedah ini. Walaupun kami tiada hubungan dengan penulis ini, namun artikel-artikel kami sebelum ini secara kebetulan pun memang ditulis senada dengan pendapat beliau. Penghayatan semula sejarah tanah air amat penting demi untuk mencelikkan mata peminat, penkaji, penulis sejarah, rakyat Malaysia amnya yang banyak terpengaruh dengan penulisan sejarah versi penjajah.
Ini bukan peta kerajaan thai yang datang menjajah negeri Siam selepas tahun 1767. Inilah peta kerajaan Siam Islam yang kerajaannya bermula di Kedah atau lebih jelas lagi Empayar Islam Benua Siam Kedah.
Catatan Tom Pires dalam The Suma Oriental of Tom Pires yang ditulis di Melaka dan India dalam tahun 1512-1515 mengatakan,
"There are three ports in the Kingdom of Siam on the Pegu side , and on the Pahang and Champa side there are many. They all belong to the said kingdom and are subject to the king of Siam. The land of Siam ia large and very plentous, with many people and cities, with many lords and many foreign merchants, and most of these foreigners are Chinese, because Siam does a great deal of trade eith China. The land of malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China."
Lokasi batu-batu nesan yang ditemui jelas membuktikan kepada kita bahawa perkembangan agama Islam adalah bersifat regional atau serantau meliputi hampir seluruh Nusantara. Jika kita renungkan balik, satu-satunya kerajaan yang mengaku bahawa pada masa itu kawasan-kawasan ini berada dibawah penguasaannya adalah kerajaan Siam. Andaian yang kita dapat katakan ialah Kerajaan Siam sebelum tahun 1767 adalah sebuah kerajaan Islam yang besar sepertimana tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Manuskrip Undang-Undang Kedah. Oleh kerana hari ini Thailand bukan diperentah oleh kerajaan islam, fakta-fakta ini pun dipinggirkan.
Catatan Inggeris mengenai tuntutan negeri Siam yang sudah pun dijajah oleh Raja Thai Buddha (selepas 1767) keatas Kelantan dan Trengganu,
"I have little doubt that the pretensions of Siam over Kelantan and Tringanu will now be definitely settled so that no future doubts will be allowed to exist on this point. It is clear to me from all the correspondence on the subject, that for a long period of years Siam has been endeavouring to induce the two States to acknowledge her Sovereignty, but hitherto has never succeeded in the attempt, though in order to avert an attack the Chiefs (Sultan) have consented to offer the quinquennial tribute(ufti)."
Tuntutan negeri Siam yang dijajah Raja Thai Buddha ke atas Riau Lingga,
As regards the Ex.Sultan of Linga, the Siamese Authorities, unless they had intended to be responsible for his good behaviour, had no right to summon him to Bangkok in 1861. I was well aware of what would be the result at that time.
Sila semak disini,
http://gateway.uvic.ca/spcoll/Cavenagh_Letterbooks/C_letterbook6_1863.html
Apabila thai menguasai ibu negeri Siam iaitu Ayuthia, mereka mahu semua jajahan siam Islam dahulu berada dibawah taklukan mereka juga. Akan tetapi mereka lupa, tidak seperti mereka, kerajaan Siam dahulu beragama Islam sedangkan mereka beragama Buddha. Cuba kita renungkan, bagaimana mungkin raja-raja daerah kita yang beragama Islam, sanggup menghantar ufti kepada kerajaan Raja Besar Benua Islam Siam ketika itu (selepas 1767 mereka di paksa oleh thai). Bagaimana mungkin Raja Monggol Islam India boleh membiarkan Ayuthia ini tidak menganut agama Islam sedangkan mereka menghantar seorang mamak menjadi Bendahara di Melaka (lihat peta 'Empire of the Great Monggol'), menyerang kerajaan yang beragama Hindu di India dsbnya. Sudah pasti jika Siam bukan kerajaan Islam ia pasti akan menerima serangan dari Raja Monggol India ketika itu.
Peta 'Empire of the Great Monggol' bertarikh 1744 masihi termasuk juga Siam dan nusantara. Patutlah terdapat Mamak Bendahara di Melaka
Bagaimana pula Maharaja China Islam menghantar Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam untuk mengawal Nusantara sedangkan Ayuthia dibiarkan begitu sahaja, kekal beragama Buddha. Pada ketika itu penganut agama Buddha hanya dibenarkan berkerajaan di Tibet sahaja berikutan perjanjian kawasan Maharaja China zaman dahulu dengan Dalai lama. Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa pun ada disebut bahawa negeri Siam Lancang dibuka oleh Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa.
Keratan dari Hikayat Merong Mahawangsa muka surat 38, mengenai pembukaan negeri Siam Lancang. 'Podiset' bermaksud lelaki yang terbaik, gelaran kepada Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir.
“The Yuan History (Genghiz Khan yang beragama Islam) in referring to a mission received from Rama Khamheng in 1295, says that the people of Siam and those of Ma li yu eul had been killing each other for a long time, but the latter had now submitted”. DGE Hall,A history of South East Asia, Fourth Edition,1981,page 72.
"Menurut sumber sejarawan Cina, Yuan Shih (1295), orang Melayu disebut Mali-yu-erh, sedang Siam dijuluki Sien. Kedua bangsa itu sudah lama saling berperang. Pada masa itu, utusan Siam yang bernama Kan-mu-ting dari kota Petchburi menghadap Kaisar (Maharaja) Cina. Kaisar memerintahkan Rama Khamhaeng (Sukhothai Buddha) untuk menghentikan perang dengan Melayu. “Oleh kerana orang Siam dan Melayu sering berbunuhan sekian lama, maka kamu hendaklah menunaikan perintah dan berjanji, jangan mengganggu lagi orang-orang Melayu”.Dua ratus tahun penjajahan Siam, Majallah Saksi.
Berikutan campur tangan Maharaja China dari Dinasti Yuan diwujudkan perdamaian diantara dua pihak yang bertelingkah. Pertelingkahan berlaku kerana Raja Mandalika telah bertindak menyebarkan syiar Islam ke Mandalay (sempena nama baginda). Catatan diatas ini pun ada kemusykilannya kerana ia ditulis sewaktu perbezaan antara orang Thai dan Siam tidak jelas. Sedangkan dikalangan kita pun tidak jelas dan diperjelaskan disini, inikan pula pada kacamata seorang Inggeris bernama Hall ini. Akan tetapi, maksud tetap jelas bahawa Maharaja Dinasti Yuan yang beragama Islam telah menunjukkan kekuasaannya dengan memisahkan kedua puak ini agar tidak berbalah lagi.
Rama Khamheng diwaktu itu memerintah di Myanmar (Burma) tempat Raja Mandalika pergi membuka Mandalay dan mendirikan masjid papan disana. Penulisan sejarah diatas pula ditulis dalam konteks Siam itu thai, pada hal melalui penulisan diblog ini kita tahu ia tidak begitu. Apabila Siam ditawan puak Sukhothai dari Burma dalam tahun 1767, rakyat tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku kerana media massa tidaklah seperti hari ini. Lagi pun Benua Islam Siam adalah Empayar yang besar. Dengan itu sehingga ke hari ini orang-orang Melayu di Kedah, Perlis dan Kelantan masih lagi memanggil Thailand dengan nama lamanya, iaitu Siam !! Kemungkinan tetap ada dimana raja-raja daerah sudah pun mengetahui penaklukan tersebut. Lalu ada diantara mereka bertindak menulis semula sejarah dengan kaedah meminggirkan kebesaran Raja Besar Islam Benua Siam ini, lalu terhasillah buku-buku seperti Sejarah Melayu Sulalatus Salatin karya Tun Seri Lanang.
Sewaktu penulisan Hall ditulis, negeri Siam sudah pun dijajah oleh Raja Thai Buddha. Penjajah Inggeris pun tidak dapat membezakan antara Siam dengan Thai (mereka tahu sebenarnya). Hall sendiri memastikan setiap penulisan sejarah kita mesti melalui mejanya terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk dicetak. Siapa Hall ini untuk kita merasa takut dan menafikan penulisannya? Selagi sakit kena makan ubat, lapar kena makan nasi, dia hanyalah manusia biasa yang tetap melakukan kesilapan, tetap merasai maut. Bagi mereka, tanah jajahan mereka haruslah dikuasai oleh satu bangsa sahaja iaitu Melayu agar lebih mudah ditadbir dan dikuasai. Pada zaman inilah Semenanjong Melaka telah bertukar nama kepada Semenanjong Tanah melayu.
Yang penting, bermula selepas tahun 1295 Kerajaan Islam Siam Ayuthia mula bertapak dengan Sultan Mad Zaffar Syah III menjadi Raja Islam Ayuthia yang pertama bergelar Rama Tibodi I dengan persetujuan Maharaja China dari Dinasti Yuan. Nama Raja Mandalika adalah juga gelaran baginda semasa baginda menyebarkan Syiar Islam di Terengganu. Ayahanda baginda ialah Sultan Muhammad Syah II yang mana duit emasnya dijumpai di Pulau Langkawi tertulis Muhammad Syah yang Adil. Sultan Muhammad Syah II inilah yang bergelar Narasuan di Ayuthia. Cucunya, Tunku Nazreen bergelar Ramesuan dan berkahwin dengan Ratu Acheh. Sila lihat cacatan Gusta Barubasa pada batu nesan Ratu Iman Acheh dibawah.
Contoh duit syiling Narasuan atau Sultan Muhammad Syah II Yang Adil, Al Sultan Al-Qadah yang dijumpai didalam tembikar di Pulau Langkawi.
Gambar Batu Nisan Minye Tujuh dari Acheh, permaisuri kepada Tunku Nazreen yang bergelar Ramesuan Ayuthia.
Catatan pada makam,
Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun (1368 masihi),
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.
(Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh)
Jawatan Yang Di Pertuan Di Ayuthia digilirkan di kalangan raja daerah sementara Raja Besar Benua Siam tetap ada sebagai Yang Di Pertuan Agong. Fikirkanlah, dari mana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mendapat ilham untuk menggilirkan jawatan Yang DiPertuan Agong Malaysia setiap 5 tahun sekali sewaktu menderaf perlembagaan Malaysia dalam tahun 1957 dahulu (macam rumah tak ada tuan pulak)? Fikirkanlah, kenapa dari 33 Raja Ayuthia hanya 3 sahaja makam yang berada di Ayuthia, 30 lagi hilang kemana? Mudah sahaja, 30 makam yang lain berada di Nusantara kerana mereka adalah raja-raja daerah dan kembali kepada kerajaan mereka setelah tamat tempoh pemerentahan.
Masjid Tan Hock Liang di Indonesia melangkaui batas bahawa Islam hanyalah untuk golongan orang-orang tertentu sahaja.
Pengkaji sejarah Thailand boleh mengatakan apa sahaja mereka mahu mengenai sejarah mereka, begitu juga kita berhak memperkatakan mengenai sejarah negara kita. Kita sudah tahu apa yang mereka lakukan dahulu. Sehingga ke hari ini mereka masih lagi mempunyai penulis-penulis upahan, berkerja dan berniaga di Malaysia untuk meninjau bagaimana kita menulis sejarah negara kita samada berkait dengan sejarah mereka atau tidak.
Hairan, kenapa mereka beriya-iya benar untuk menyangkal bukti-bukti baru sejarah bangsa Siam Islam dari rumpun Melayu ini. Sepatutnya mereka berpakat dengan kita menjalankan kajian sejarah disebabkan kerajaan Siam Islam zaman dahulu adalah besar. Kajian sejarah sepatutnya regional tanpa had dan sempadan. Ini tidak, walau sebanyak mana bukti kita ketengahkan disini, penulis upahan mereka akan tetap menafikan keislaman kerajaan Ayuthia. Cakaplah apa pun kerana kami bukan Pak Kadok yang menulis semula sejarah, kami PEMBONGKAR SEJARAH.
Hakikatnya, hari ini di blog ini, kita bongkar bahawa kerajaan Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam, negeri Siam adalah sebuah negeri islam sebelum ia diserang dan ditawan oleh tentera Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Kita dedahkan disini bahawa waris Raja Besar, Empayar Benua Islam Siam Kedah masih ada hingga ke hari ini (walau keturunannya cuba dihapuskan dahulu) bernama Tuanku Nai Long Kassim untuk meriwayatkan kepada kita apa yang berlaku melalui wasiat yang diterimanya hampir 60 tahun yang lalu. Kita juga mengatakan bahawa bangsa thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dengan Raja Rama I yang beragama Buddha. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama keturunan raja mereka iaitu Su-kho-thai.
Keris Si Naga dari Brunei. Naga adalah simbol Maharaja China Islam (dari kisah Raja iskandar Zulkarnain) dan juga waris Raja Merong Mahawangsa. Lihat alat kebesaran Perak yang di rampas Inggeris dari Paduka Seri Sultan Ismail Raja Kinta. Lihat juga hiasan pada istana Jugra, kerusi takhta Raja Monggol India terakhir dan Langkat 'arms'.
Menurut TNL Kassim, siapakah lagi yang berhak untuk bercakap mengenai orang-orang Siam dari rumpun Melayu ini melainkan kita orang-orang Islam di Malaysia, terutama sekali warisnya. Walau kita boleh mengatakan kita tidak ada kaitan, akan tetapi raja-raja daerah kita (hari ini negeri) sudah pun mengguna pakai adat resam orang-orang Siam Islam semenjak zaman-berzaman hinggalah ke hari ini. Pakaian kuning untuk raja, hantar sireh pinang sewaktu meminang, cincin sebentuk, pantang memegang kepala, basuh kaki sebelum tidor, semuanya adalah adat siam islam. Hari ini, bukankah orang Melayu di Malaysia turut juga mengamalkan adat ini?
Wasiat bangsa kita sepertimana diriwayatkan oleh Nik Muhammadiah @ Sultan Muhammad I Kelantan membawa kepada TNL Mahmud, mengatakan bahawa penjajah Inggeris melalui James Low telah menggunakan tenaga buruh-buruh yang dibawa dari India untuk menimbus beberapa bahan bukti sejarah seperti candi dan sebagainya.
Pinggan yang dijumpai oleh penduduk Sungai Mas dengan lambang naga di beli oleh Tunku Abdul Rahman dan kini di pamerkan di Muzium Negeri di Alor Setar.
Agak sukar untuk kita fahami bagaimana binaan candi yang dijumpai tertimbus sedangkan tidak ada satu bencana alam yang direkodkan yang boleh menyebabkan berlakunya sedemikian. Patung-patung agama Hindu (yang sudah berusia) dibawa dari India (jajahan mereka) dan ditanam di beberapa lokasi untuk ditemui semula oleh penyelidik kita hari ini.
Kaedah yang sama turut digunakan pada runtuhan bangunan Ayuthia dimana didirikan patong-patong Buddha bagi menutup bukti keislaman Kerajaan Siam Ayuthia setelah mereka berpindah ke Bangkok. Akhirnya hari ini, penyelidik mereka sendiri mengaku (kertaskerja seminar) terdapat 21 Masjid dalam runtuhan Kota Ayuthia dan orang-orang Islam Siam hilang maruah setelah dijajah bangsa Thai (lihat dibahagian bawah blog ini).
Jika hiasan seindah ini merupakan sebahagian dari hiasan sebuah binaan bangunan, kemanakah pergi bangunannya? Kesan pecahannya seperti diletupkan oleh peledak, maka hancurlah sejarah ketamadunan kita. Gambar batu bangunan ini diambil di Muzium Akeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah.
Mengingati kembali pesanan Datuk Laksemana Hang Tuah, “takkan Melayu hilang didunia”, dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan disini, dapatkah kita mengubah persepsi kita mengenai bangsa Melayu yang kononnya dikatakan malas oleh penjajah Inggeris? Kemungkinan, dengan mengubah persepsi ini kita dapat bergerak sebagai satu bangsa Malaysia yang lebih maju, meniti segala cabaran baru setelah kita mencapai 50 tahun kemerdekaan negara.
Tanggapan bahawa Melayu sebagai satu bangsa yang dianggap mundur, malas, mungkir, miskin dan sebagainya dapat kita ubah kepada mewah, mulia, murni, muafakat, maruah dll. Ingatlah, bahawa kita mempunyai adat resam dan ketamadunan yang berlandaskan kepada agama Islam (lihat Undang-Undang Kedah). Walaupun ketamadunan kita disini di hapuskan, ibu negara ketamadunan kita dihadiahkan kepada bangsa lain oleh penjajah Inggeris, kita masih mampu membangunkan negara ini dalam masa 50 tahun sahaja. Kita adalah pewaris kepada satu bangsa yang hebat. Untuk itu, penyelidik kita haruslah membuat kajian semula sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam ini demi kepentingan maruah bangsa Malaysia hari ini dan untuk generasi kita dimasa hadapan. Langkah ini harus kita sama-sama lakukan dengan kadar segera.
RUJUKAN
1) Ibrahim Syah, Falsafah MIM, Membina Minda Melayu, 2007. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.
2) Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala Lumpur : Teks Publishing.
3) Buyong bin Adil,1980. Sejarah Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
4) Fatimi, SQ., 1963. Islam comes to Malaysia. Singapura: Malaysian Sociological Research Institiute Ltd.
5) Hall, DGE., 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6) Harrison, B., 1955. South East Asia, A Short History. London: Macmillan & Co.
No comments:
Post a Comment