Wednesday, September 19, 2007

PENGSEJARAHAN SEMULA DAN WILAYAH YANG HILANG

(telah diedit semula dengan maklumat tambahan)

Serangan, penjajahan dan kekejaman tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai dengan bantuan tentera Burma sewaktu menyerang negeri-negeri Benua Islam Siam Kedah pada tahun Musuh Bisik 1821, masih lagi segar dalam ingatan ramai penduduk-penduduk dari keturunan Melayu di negeri Kedah hari ini. Walaupun cerita ini cuba dipadamkan dari rekod sejarah bangsa ia telah diperturunkan agar dapat dijadikan tauladan dimasa hadapan atau direkodkan semula seperti yang tertulis di blog ini.

Kekacauan dan peperangan di Kedah ini tidak diingati oleh generasi tua di negeri tengah dan selatan semenanjong kerana ia tidak sampai berlaku ke sana. Lagipun mereka telah pun selesa berada dibawah negeri-negeri selat. Ini menyebabkan sejarawan kita merujuk kapada bahasa Jawa dll dalam menkaji sejarah tanah air. Oleh kerana tidak tahu, generasi kita di sana beranggapan bahawa orang-orang siam adalah juga orang-orang thai. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana kemelut sejarah sebegini sememangnya telah dirancang sejak mula lagi oleh penjajah.

Tidak begitu tanggapan di negeri Kedah dimana generasinya masih ingat apa yang sebenarnya berlaku dizaman dahulu. Sejarah yang ditulis bukanlah sejarah realiti kerana ia ditulis seolah-olah orang Siam Islam yang tinggal dinegeri Kedah dan orang-orang thai adalah kaum yang sama, padahal tidak begitu. Orang-orang Siam Islam hari ini menjadi orang Melayu Kedah sementara orang Thai berasal dari puak Sukhothai. Mereka menawan negeri Siam Islam dalam tahun 1767 sahaja. Sejarah Kedah ditulis tunggang terbalik dengan tidak dapat membezakan tentera Siam Islam yang syahid mempertahankan negara Kedah, tentera thai dan tentera Burma yang bergabung menyerang Kedah. Contohnya, boleh kita lihat dalam buku "Kedah Sepintas lalu" pada muka surat 68 hingga muka surat 90 (mungkin kerana mereka tiada uniform di zaman itu). Sedangkan dalam blog penulisan sejarah Sabri Zain, ada ditunjukkan gambar tentera Burma yang berjaya ditangkap oleh tentera Kedah.

Banyak kekeliruan yang berlaku dalam pemerhatian kami. Jika kita fikirkan, siapakah yang memimpin tentera Benua Siam Islam Kedah kalau bukan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang yang menjadi Maharaja dari tahun 1821-1862. Sebelum pada tarikh itu baginda menjadi Raja Singghora dan mempunyai satu lagi jawatan iaitu sebagai Timbalan Maharaja, Benua Islam Siam Kedah dan baginda turut terlibat dalam peperangan dengan tentera thai dan tentera Burma (Biasalah tu, sekarang pun Perdana Menteri kita mempunyai 2 portfolio/jawatan). Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang dikatakan Sultan Kedah (padahal Raja Pulau Pinang) ketika itu sedang makan angin di Melaka. Tak patut kalau kita katakan peperangan besar yang berlaku ketika itu tidak ada pemimpinnya untuk menjalankan strategi peperangan. Bagaimana pula kita nak membuktikan orang Melayu di Kedah dan ditempat lain adalah pada asalnya orang-orang siam Islam(campuran orang china Islam dan penduduk tempatan)?

1-Bahasa yang digunakan oleh penduduk Melayu hari ini dikampung-kampung di Kedah, yang mana mereka ini terdiri dari Pak Haji dan Pak Lebai adalah bahasa Siam, bukannya bahasa Thai. Bahasa dan keturunan mereka ini hingga meliputi seluruh Semenanjong Tanah Melayu atau dulunya di panggil Melaka. Ma-la-ka bermaksud ,marilah niaga. Catatan Maharaja Ming pada awal abad ke 15 mengatakan bahawa Malaka adalah dibawah wilayah Siam bermaksud Semenanjong Tanah Melayu bukannya Melaka yang kecil seperti hari ini. Dalam peta lama, Semenanjong Tanah Melayu turut dikenali sebagai Melaka. Bahasa Melayu tetap ada sebagai lingua franca Nusantara dan sebab itulah kitab agama Islam, Syair, cerita rakyat, Hikayat ditulis dalam bahasa Melayu agar difahami oleh semua rumpun yang mempunyai bahasa daerah masing-masing.

2-Dari segi kebudayaan dan permainan tradisional, Wayang Kulit, Menora, Mak Yong , Main Puteri, Sepak Takraw , Wau, Gasing, adalah kebudayaan yang sama dengan penduduk di Thailand hari ini.

Makara Naga pada alat gamelan dari Indonesia menunjukkan pengaruh Mahraja China turut sampai kesana kerana ia turut dimainkan pada majlis raja-raja.

3-Dalam buku Undang Undang Kedah, disebut bahawa adat Siam adalah adalah adat raja-raja Melayu seperti berpayong kuning, berpakaian kuning,dll. Perlu diingat bahawa kuning adalah juga warna Maharaja China. Lagu Melayu seperti lancang Kuning adalah Bahtera Di Raja, Perahu Naga di Pantai Timor, Logo Kesultanan Langkat dan Siak turut mempunyai simbol Naga, makara yang dijumpai di Sungai Mas, simbol naga di Istana Jugra, malah perkataan naga itu sendiri membuktikan bahawa Raja Merong Mahawangsa adalah Putera Raja China yang datang berkerajaan disini, sementara anaknya Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir membuka negeri Siam Lancang. Dimanakah terletaknya negeri Siam Lancang ini?,sila lihat peta lama kerana ia berada di sebelah kanan, atas Kota bangkok. Begitulah luas nya negeri Siam Islam ini hingga ke Hujung Tanah (Johor).(Rujuk catitan china dalam"Mainland Powers On The Malay Peninsular AD 1000-1511",David K Wyatt and J.S Bastin.


Gambar Perahu Naga dari negeri di Pantai Timor semenanjong iaitu Kelantan dan Trengganu menunjukkan bahawa pengaruh Raja Merong Mahawangsa dan Raja Mandalika turut sampai ke sana.


Baju atau jubah Maharaja China berwarna kuning dan mempunyai simbol naga di bahagian hadapannya.


Masjid Tan Hock Liang di Indonesia adalah senibina orang-orang China Islam masa kini.


Masjid Inderapuri di Acheh adalah senibina China dizaman dahulu.


Senibina China dalam pembinaan masjid jelas dapat dilihat pada Masjid Tanquerah di Melaka.


Sudah pasti Masjid Kampung Laut di Kelantan yang dibina oleh orang-orang Islam dari Kemboja Cempakasari turut mempunyai senibina yang sama.

4-Nama tempat-tempat di Malaysia mempunyai makna dalam bahasa Siam (bukan bahasa thai) yang boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu (Tunggu penerbitan kamus dari kami dalam sedikit masa lagi).

5-Adat dan pantang larang seperti membasuh kaki sebelum tidor, pantang memegang kepala, hantar sirih pinang sewaktu meminang adalah adat orang-orang Siam Islam yang beragama Islam.

Bukti sejarah mengatakan bahawa Raja Aluangphaya dari puak Kerajaan Buddha Lannathai dari bangsa Sukhothai telah menyerang dan menawan Ayutthaya pada 7 April 1767. Aluangphaya ini dikatakan berasal dari Burma. Akan tetapi janganlah kita lupa, mereka bukan berasal dari Burma kerana mereka telah menawan Kerajaan Islam Toung Oo, Burma dalam tahun 1757/8 dan mula bertapak disana, dengan itulah mereka dikatakan berasal dari Burma dan menyerang Ayuthia pada tahun 1767. Bagaimana boleh mereka berasal dari sana kalau kerajaan Toung Oo Islam masih berkerajaan sebelum pada itu. Baca perjanjian mereka dengan penjajah Inggeris terutama sekali perkara 6, 8 dan 9 disini,
http://web.soas.ac.uk/burma/pdf/Treaty1.pdf


Luang Phrabang di Utara sebelah kanan dalam wilayah Laos. Ayuthia terletak di atas Bangkok sebelum tulisan Thailand.

Sebelum menyerang kerajaan Islam Toung Oo di Burma, mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lannathai di Luang Phrabang, di sempadan Laos. Mereka cuba menyerang Chieng Mai namun gagal kerana terdapat banyak orang-orang islam disana termasuk orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu dan orang-orang China Islam. Hari ini pun masih terdapat ramai orang Islam di Chieng Mai yang bertutur Bahasa Melayu tetapi berkulit cerah dan wajah mereka seperti orang China. Kami tidak tahu situasi di negeri lain akan tetapi di Kedah mereka datang untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mencari rezeki dan daripada merekalah kami turut mendapat banyak maklumat.

Mengapakah mereka menyerang kerajaan Islam Toung Oo (di Burma) dalam tahun 1757/8? Faktor pertama, serangan ini dimulakan berikutan kemangkatan Boromokot Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, Maharaja Ayuthia yang bersemayam di Kota Palas, Ulu Melaka, Pulau Langkawi (rujuk Undang-Undang Kedah). Faktor kedua sudah pasti perkembangan agama dan faktor ketiga pengluasan kawasan penjajahan menjamin pulangan perdagangan yang lumayan.

Di Burma ketika itu anakandanya, Sharif Yang Di Pertuan masih muda dan baginda memerentah di Toung Oo dan disana baginda bergelar Mahadammayaza, dari bahasa Arab bermaksud, ‘raja dari berlainan darah’. Apakah yang dimaksudkan dengan berlainan darah ini? Maksudnya bonda kepada baginda Syarif ialah Puteri Hang Li Po (berketurunan China Islam), permaisuri kepada ayahandanya, Boromokot @ Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Berikutan serangan itu Mahadammayaza berundur ke Ayuthia dan di sana baginda digelar sebagai Boromoraja Ekataat V.

General tentera Ayutthaya yang berpaling tadah kepada pihak musuh bernama Hussein (dikatakan murtad) telah dilantik oleh mereka menjadi pemerentah Ayuthia bergelar Phya Tak Sin pada 28 Dis 1767. 'Phaya Tak' adalah gelaran sahaja semasa menjadi raja daerah dan Sin adalah ringkasan bagi nama sebenarnya, Hussein (nama penuh Mokhtar Hussein). Apabila menjadi Raja Ayuthia yang baru, Phaya Tak Sin tidak menyerang Ligor kerana tahu mantan Maharaja Ayuthia, Boromoraja Ekataat V tidak dibunuh dalam serangan tahun 1767 dan masih bersemayam di Ligor.

Pada 6 April 1782, Phya Tak Sin telah menghadapi masalah yang sama dengan maharajanya dahulu apabila beliau sendiri digulingkan oleh Generalnya, Yot Fa Chulalok (dari Luang Phrabang) yang tidak berpuas hati akan tindakannya. Chulalok bermaksud anak menteri. Dia membunuh Phya Tak Sin (melutut, kepala dibungkus dan belakang kepala dipukul dengan kayu) dan melantik dirinya sendiri menjadi Raja Siam Buddha Dinasti Chakri yang pertama bergelar Rama I, sudah pasti dengan restu Burma .

Dari tarikh tersebut bermula usaha mereka untuk meluaskan kawasan, dan mengambil kembali kawasan jajahan Siam yang telah hilang. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan etnik Melayu dari rumpun Siam Islam lantas menutup ketamadunan Islam di nusantara. Akan tetapi mereka lupa semasa jajahan Siam dahulu, maharajanya beragama Islam, sementara raja-raja dinasti Chakri ini beragama Buddha menyebabkan raja-raja Siam Islam di wilayah selatan semenanjung tidak mahu tunduk kepada mereka, kecuali pembelot yang tamak. Jika dizaman dahulu tidak hairanlah dikatakan Hamzah Fansuri pun pernah pergi menuntut ilmu agama Islam di Ayuthia kerana Ayuthia ialah sebuah negara Islam. Kedatangan pedagang-pedagang dari Parsi dengan begitu banyak sekali untuk berdagang dan terus menetap disana adalah diatas faktor keagamaan juga.

Apabila Rama I mengambil alih pemerentahan dalam tahun 1782, Syarif Yang Di Pertuan telah kembali ke Kedah dan bersemayam di Istana Kota Meang Kuang yang baru saja siap dibina. Pada ketika itu Kedah masih lagi luas dan besar kawasannya, bermula dari Segenting Kra dan diperentah oleh Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam. Baginda adalah juga Mahadammayaza dan Boromoraja Ekataat V, semua ini bergantong kepada siapa yang menulis sejarah dan dimana sejarah itu ditulis. Bukti status baginda sebagai pemerentah ada tercatit di muka surat 43, Undang-Undang Kedah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005, Transliterasi Teks Penyenggara Mariyam Salim.

Pada tahun 1812, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (sejarah hari ini mengatakan baginda ialah Sultan Kedah, ini tidak benar kerana ia ditulis menurut acuan mereka yang berkuasa) dinaik kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah(rujuk Undang-Undang Kedah), Syarif Yang Di Pertuan menjadi hulubalang dan sepatutnya membantu mengusir tentera Raja Buddha Burma di Pulau Salang di Pho Kheag (hari ini, Phukhet), dalam wilayah Satun. Tindakan ini bertujuan untuk membantu Paduka Seri Sultan Bisnu ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin yang mana pada ketika itu menjadi Raja Satun dan merupakan bapa saudara kepada Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah.

Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah belot kepada Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Apabila beliau mendapat kuasa dari Syarif Yang Di Pertuan, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah memberi bantuan kepada tentera Raja Rama II Chakri Sokho Thai untuk membunuh Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah, Syarif Yang Di Pertuan di Istana Kota Meang Kuang. Lokasi sebenar Kota Meang Kuang telah di bocorkan oleh beliau (dan Tengku Anum) dan serangan thai dari negeri Siam dilakukan secara serang hendap (lihat "Sejarah Kedah Sepintas Lalu", Haji Ibrahim Ismail).

Mengapakah sejarah kita tidak menceritakan peristiwa ini? Serangan keatas Kedah bukan setakat Kedah yang ada hari ini, malah termasuk wilayahnya di Selatan Thailand. Sempadan yang ada hari ini cuma wujud dalam tahun 1909/10, berikutan perjanjian Inggeris dan thai. Untuk mendapat "title Sultan Kedah" dari penjajah Inggeris, beliau sanggup menggadaikan Pulau pinang (Inggeris mengatakan sebagai syurga dunia) dan mengahwinkan anak perempuannya dengan Francis Light. Elok juga kalau tengok siapa itu William Light yang membuka Adelaide. Cari catitan ini, dalam internet, kami dah jumpa. Ini buktinya,



Dan ini pula kulit bukunya,



Ini pula dari buku "Warisan Mahawangsa Kedah" terbitan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dimana Francis Light dipanggil "....anak kami Light Kapitan Dewa Raja..."

Penulis sejarah negeri Kedah menceritakan peperangan tahun (Musuh Bisik) 1821 sebagai serangan keatas Kota Kuala Kedah, lantas mengalih pandangan kita dari tujuan sebenar serangan itu. Serangan keatas wilayah Kedah diselatan negeri Siam (utara Kedah hari ini) termasuklah juga Pulau Langkawi dan negeri Kedah (hari ini). Serangan ini dirancang agar serentak dengan serangan Burma keatas Chieng Mai dan membunuh raja Islamnya Paduka Seri Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib Ibni Syarif Yang Di Pertuan.



Gambar menunjukkan panji-panji tentera Benua Islam Siam Kedah pada tahun Musuh Bisik 1821 yang di rampas. Peperangan ini dipimpin oleh Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang yang juga menjadi Maharaja Besar Benua Islam Siam Kedah Pasai Ma dari tahun 1825-1862. Dimanakah Paduka Seri Ahmad Tajuddin Halim Syah ketika tentera dan rakyat Kedah diserang oleh tentera Thai/Burma?...dengan pertolongan Inggeris dia menetap di Melaka !!.

"According to the interrogation of Zeya Suriya Kyaw, a Burmese military officer who was arrested by the Siamese, Bodawhpaya ordered one of his palace chamberlains, Atwinwun, to assemble an army of 30,000 men to wage war against the Siamese southern provinces (masa ini negeri Melayu Islam lagi) in the years 1809-1810. It is evident that the Burmese general, on this occasion, sought to establish an alliance with the East India Company at Penang and urged the Sultan of Kedah to resume sending the gold and silver “flowers”, which are symbol of submission, to Ava (di Burma), in return for permission to collect the revenue derived from the bird nests on the lands between Junk Ceylon or Thalang island and Kedah".As cited in Sunait, 2005: 4,"The changing nature of conflict between Burma and Siam as seen from the growth and development of Burmese state from the 16th to tha 19th centuries",Pg33,Pamaree Suraikat, Asean Research Institiute working papers.

Ini menunjukkan bahawa pasa masa itu Burma lah yang berkuasa berbanding thai yang hanya menguasai negeri Siam setakat segenting Kra sahaja. Rama I hanyalah anak kepada menteri mereka sahaja dan tidak berkuasa penuh lagi diketika itu. Pakatan mereka (Burma dan Thai) telah bermula jauh lebih awal dari yang dijangkakan oleh kita dalam usaha mereka untuk menjajah wilayah-wilayah dalam negeri Siam Islam. Apabila mereka berkuasa di Burma mereka tidak menekan Thai yang baru mula menjajah negeri siam.

"However, according to a contemporary Burmese inscription in the 17th century (SHMKM V, 1998: 148), Ayutthaya was not included in the mandala or the realm of power of the restored Toungoo kings. In fact, the strong kings of the dynasty did not launch any grand-scale attacks on Ayutthaya, as Lieberman remarked."Page 8 & 9.

Nama-nama negeri dan pemerentah yang disenaraikan disini adalah bukti bahawa wilayah Kedah adalah jauh lebih besar sebelum tahun 1909/10. Perjanjian Inggeris/Thai ini telah mengecilkan Negera Kedah menjadi negeri Kedah sepertimana hari ini. Wilayah Kedah iaitu Kayang (Perlis) berpisah dan kekal diperentah oleh seorang raja dari keturunan Syarif Yang Di Pertuan ia itu Syed Mohammad Hatta. Berikut adalah negeri-negeri diselatan Thailand hari ini yang pernah berada dalam wilayah Benua Islam Siam Nagara Kedah dan nama raja-rajanya yang turut dibunuh sewaktu serangan tahun Musuh Bisik 1821.

1) Negeri Chang Mai-Rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib Ibni Syarif Yang Di Pertuan.

2) Negeri Tenangserim-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Nai Cau Abu Megat Manja Ibni Syarif Yang Di Pertuan (sebelum pada itu Raja Kubang Pasu).

3) Negeri Surattani-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Fai Megat Iskandar Ibni Syarif Yang Di Pertuan.

4) Negeri Ranong-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan Ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.


Keluarga Muslim Samranak dari Ranong.

5) Negeri Legor-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Koya Ngah Megat Terawis Ibni Syarif Yang di Pertuan Yang Maha Mulia.

6) Negeri Satun-rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu Ibni Paduka Seri Bongsu Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin.

7) Negeri Songkhala rajanya ialah Paduka Seri Sultan Nai Lang @ Syed Alang Alauddin, bergelar Panglima Bukit Gantang ibni Sultan Mudzafar Syah III. Ban Nai Lang disana hari ini merujuk kepada baginda, Ban-Nai-Lang bermaksud Kampung-Syed-Alang.

8) Negeri Bangnara Narathiwat rajanya ialah Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Ibni Paduka Sultan Tunku Long Putra @ Laksemana Datu, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah tahun 1778 masihi hingga 1821 masihi.

9) Negeri Legeh (Yala) ialah Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera @ Laksemana Datu (Perdana Menteri Kedah).

10) Negeri Jammu Patani rajanya ialah Sultan Idris Ibni Paduk Seri Sultan Sallehuddin keturunan Raja Jammu Patani Patih Siam Ibni Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Patani.

Artikel ini ditulis bukan untuk menuntut wilayah tersenarai seperti diatas itu kembali. Malaysia dan negara jiran pun sudah merdeka. Akan tetapi, masyarakat hari ini perlu tahu kemelut sejarah yang digelapkan oleh penjajah dan bagaimana ia berlaku. Paling tidak, sedikit sebanyak kita mula mengerti kenapa berlaku kekocohan di Patani hari ini. Sebelum ini kita mungkin tidak mempedulikannya. Cerita orang-orang tua dahulu bahawa Kedah sebagai sebuah negara yang jauh lebih besar dari hari ini terbukti kebenarannya.

PEMBUNUHAN YANG TIDAK DIREKODKAN OLEH SEJARAH NEGARA


Segenting Kra menghala kebawah dinamakan sebagai the Malay states. Peta ini dipetik dari buku,"Through the Buffer State,A Record Of Recent Travel Through Borneo, Siam and cambodia by Surgeon Major MacGregor, MD, Indian Medical Service,Published by FV White, London,1896.


Peta wilayah Nagara Kedah sebelum tahun 1821 dahulu.


Mangsa-mangsa pembunuhan tentera Kerajaan Raja Rama II Chakri Sokho Thai yang menjajah negeri Siam.

1) Pembunuhan Raja Ranong, Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan ibni Sultan Mukammad Jiwa Nai Nal Adilin. Makam baginda terletak di Pulau Eduan, Myanmar bersama Makam Laksamana Tok Wahab.

Salasilah Kedah dalam Royal Ark yang ditutup bukti, ditulis seperti berikut:

-H.H. Tunku Anjang ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-'Adilan Mu'azzam Shah, Tunku Sri Maharaja di-Raja Segara, of Laut (s/o Che' Puan). Granted Tongkah, Trang, Kupa and Rundung (Ranong lah !!). Settled in Padang, in Pariaman, Sumatra.

a)Kalau Trang dalam wilayah Siam, kenapa pula dia perlu pergi ke Padang di Sumatera?
b)'son of che puan' yang dimaksudkan ialah Nang Che Puan, bergelar Phumintharaja sewaktu memerentah sebagai Raja Perempuan Ayuthia.


Majid Laem Nao di Ranong untuk segelintir umat Islam yang masih berada disana.

2) Pembunuhan Raja Satun, Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu dan putranya, Ku Meh. Baginda berdua telah di tangkap di Istana Wang Mai Pekan Satun lalu di campak dalam laut hidup-hidup berdekatan Pulau Pho Kheag (Phukhet).

3) Pembunuhan Sultan Langkat Samudera Pasai yang di gelar Tok Pasai. Makam baginda Tok Pasai terletak di Jeti Kuala Kedah.

4) Pembunuhan Raja Legeh (Yala) Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Tunku Long Putera. Makam baginda terletak di Kota Serjanna, Alor Ganu daerah Kubang Pasu Kedah. Ayahanda baginda, Tengku Long Putera Laksemana Datu turut juga dibunuh. Lihat gambar makam dibawah.

Salasilah Kedah dalam Royal Ark tertulis seperti berikut:

-Y.A.M. Tunku Long Putra Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-'Adilan Mu'azzam Shah (s/o Che' Puan). Granted Tanah in fief, but later settled in Jambi, in Sumatra.

a)Kenapa harus baginda ke Jambi sedangkan negeri Legeh adalah negeri Kelantan hari ini dan istananya hanya terletak di Kok Lanas sahaja.

5) Pembunuhan Raja Bang Nara Narathiwat, Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Makam di Kota Serjanna, Alor Ganu Daerah Kubang Pasu, Kedah.

6) Pembunuhan Tunku Ahmad Parsi (dan isteri) ibni Sultan Tunku Nong Chik dari Bangnara Narathiwat di Kota Naga Daerah Kubang Pasu Kedah Makam.

7) Pembunuhan Raja Surattani, Koya Fai Megat Iskandar ibni Syarif Yang Di Pertuan. Makam baginda terletak di dalam Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus, Daerah Kubang Pasu, Kedah.

8) Pembunuhan Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Raja Maha Besar Benua Siam Kedah di dalam Istana Ayut’ia Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus Daerah Kubang Pasu Kedah. Makam baginda terletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang, Mukim Tualang. Kedah.

9) Pembunuhan Raja Legor, Koya Ngah Megat Terawis di dalam Istana Kota Meang Kuang Mukim Wang Tepus Kedah. Baginda dimakamkan di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang Mukim Tualang, Kedah.

10) Pembunuhan Pemaisuri Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Makam 'Keramat Tok Jame' atau Permaisuri Tengku Suria Marin. Baginda adalah Puteri kepada Sultan Langkat Samudera Pasai. Makam baginda permaisuri terletak di Kampung Padang, Alor Rambai Kota Meang Kuang, Kedah.

Salasilah Langkat dalam Royal Ark, tercatat seperti berikut:

17xx - 17xx Y.A.M. Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:
1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat - see below.
2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai. He had issue:
a) Y.M. Sutan Muhammad Shaikh. Wakil of Satabat.
3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.
4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. m. several wives, including a daughter of the Orang-Kaya Asim, of Pangalan Bulu. He had issue, five sons and several daughters, including:
a) Y.M. Tengku Wan Johor (half-brother of Sultan Ahmad). m. (first) (div.) Y.M. Raja Wan Perak, daughter of H.H. Sultan 'Amal ud-din I Panglima Mangedar 'Alam Shah ibni al-Marhum Tengku Panglima Gandar Wahid, Sultan of Deli.
b) Y.A.M. Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Indra Bongsu, Raja of Langkat (s/o the Pangalan Bulu lady) - see below.
c) Y.M. Tengku Wan Supan (half-brother of Sultan Ahmad).
d) Y.M. Tengku Wan Shah (half-brother of Sultan Ahmad).
e) Y.M. Tengku Wan Desan (half-brother of Sultan Ahmad).
a) Y.M. Raja Wan Chandradevi. m. (div.) Y.A.M. Raja Nobat Shah ibni al-Marhum Raja Hitam, Raja Kejuruan Jipura Bilan Jentera Malai , son of Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat - see below.
5) Y.M. Tengku Marim.
6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal.


...............................................................
11) Pembunuhan Raja Tenasirim Makam Koya Nai Cau Abu Megat Manja di Kampung Kubang Lintah langgar, Kedah.

12) Pembunuhan Putera Raja Jammu Patani, Radin Megat Tam Tunggal. Makam baginda terletak di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah.

13) Pembunuhan Raja Jammu Patani Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.

14) Pembunuhan Laksemana Dato’ Derga Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.

15) Pembunuhan Laksemana Dato’ Maha Raja Lela, Kedah dan makamnya di Kampung Pagar Air, Kedah.

16) Pembunuhan Dato’ Khazi Shiekh Abdul Khadir . Makamnya di Kota Meang Kuang, Kedah.

17) Pembunuhan Mahsuri, isteri Wan Darus cucu kepada Paduka Seri Sultan Bisnu, Raja Satun di Pulau Langkawi (Setelah dibunuh, mereka pun menulis cerita Mahsuri. Hairan ye, kenapa waris Mahsuri melarikan diri ke Phuket, sedangkan mereka boleh terus menetap di Pulau Langkawi, melawati dan menjaga makam dsbnya. Sebenarnya, tentera Burma yang menyerang Langkawi bukannya tentera thai yang menjajah siam. Mereka ini seagama dan telah pun berpakat dan membentuk perikatan. Phuket masih lagi dibawah Wilayah Kedah ketika itu menanti serangan thai dari siam Bangkok. Maksud Pho-kheag ialah 'bapa Islam'(kadang-kadang dieja 'kheak'). dimana Rajanya beragama Islam.Ini juga adalah taktik ‘ethnic cleansing’ yang menjadi amalan ketika itu menyebabkan mereka takut dan melarikan diri dari Pulau Lagenda itu).


Masjid Koh Kaew di Phuket hari ini.

18) Pembunuhan Raja Riau Manila, Koya Ali @ Paduka Seri Sultan Tunku Ali Mindanau Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Makam baginda di Kampung Kubang Besar, Mukim Tualang, Kedah.

19) Pembunuhan Puteri Tunku Dayang Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putra, Perdana Menteri Benua Siam Kedah dan suaminya, Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal. Baginda adalah cucu kepada Paduka Seri Sultan Idris Jammu Patani. Makam baginda terletak di Kampung Pulau Keramat, Mukim Lesong, Kedah.

20) Pembunuhan Raja Jammu Patani, Paduka Seri Sultan Idris Ibni Sultan Salahuddin dari keturunan Pateh Siam Baginda adalah putera kepada Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Jammu Patani dan juga Permaisurinya Puteri Majapahit. Baginda dimakamkan di Makam di Raja Patani, Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah.

21) Pembunuhan Raja Perlis (Kayang) yang pertama Nai Ta @ Syed Mohammad Hatta Ibni Sultan Kemboja Pho Chan Mudzafar Syah III . Makam baginda berada di Alor Keladi Langgar, Mukim Langgar Kedah.

22) Pembunuhan Raja Chang Mai, Koya Shuib @ Megat Shuib. Makam baginda terletak di Kampung Alor Raja, Langgar Kedah.

Kebanyakkan mereka kembali untuk majlis perkahwinan dan serangan besar sememangnya berlaku di Kota Kuala Kedah sewaktu sambutan perkahwinan anak pembesar Kedah ketika itu. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kononnya berada di Kuala Muda meyaksikan rakyat mengorek terusan padahal dia sudah mengetahui serangan thai dari negeri Siam pada tarikh tersebut. Keberadaan di Kuala Muda turut membuktikan bahawa dia Raja daerah, bukannya Sultan Kedah.

Walaupun kita tahu bahawa kawasan ini berada di bawah negara jiran, tujuan kami senaraikan disini adalah supaya kita lebih prihatin bahawa kawasan ini dulunya pernah bernaung dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Penduduk di wilayah ini bertutur bahasa Thai tetapi masih boleh lagi bertutur dalam bahasa Kedah atau Bahasa Melayu Patani (hampir loghat Kelantan) malah Kg. Kedah pun masih ada hingga kini. Penggunaan bahasa Siam Kedah walau bagaimana pun sudah lupus. Sekiranya saudara/i berada disana, makanan di kedai-kedai Muslim yang mempamerkan kalimah syahadah pada kaunter bayaran masih banyak dan mudah untuk kita bercakap dalam loghat Kedah atau Patani.

Menurut Dr. Ibrahim Bakar Langkawi, dalam bukunya “Sejarah Matawang Kedah Dan Perlis”,ms 22, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah,

“Kawasan Pantai barat Semenanjong Tanah Melayu ini adalah kawasan penduduk orang-orang Melayu penutur dialek utara atau lazimnya dikenali juga sebagai dialek Kedah. Kawasan ini bermula dari sekitar Segenting Semenanjong Tanah Melayu (dikenali sebagai Segenting Kra), iaitu dalam kawasan selatan negeri Burma dan Thailand sekarang, mengunjur keselatan, hingga ke kawasan Lembah Kerian dalam negeri perak, Malaysia. Di lihat dari sudut etnologi, semua penduduk yang mengamalkan dialek pertuturan yang sama ini, yang juga mempunyai tata budaya yang sama, bolehlah dikatakan sebagai orang Kedah”.

Sempadan negara moden seperti sekarang ini hanya wujud dalam tahun 1909/10 sahaja. Tidak dapat di nafikan memang berlaku konspirasi sejarah selepas Peperangan Kedah Siam dalam tahun Musuh Bisik 1821 dimana penjajah Inggeris turut terlibat membahagikan kawasan Se Genting Kra kepada dua.

Sunday, September 16, 2007

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN I

Oleh T. Nai Long Kasim Ibni T. Nai Long Ahmad

Saya ingin menceritakan semula sejarah bangsa Siam Islam agar dapat dijadikan rujukkan dan penyelidikkan oleh peminat sejarah di Malaysia kemudian hari, sepertimana diwasiatkan kepada saya hampir 50 tahun yang lalu. Artikel-artikel kami sebelum ini telah menegaskan dengan lantang, bahawa bangsa Thai di Thailand hari ini bukanlah berasal dari bangsa Siam Islam yang kini menetap di negeri-negeri di Utara semenanjong Malaysia. Sejarah bangsa Siam ini (Xi'an, Chinese: 西安; pinyin: Xī'ān; Wade-Giles: Hsi-An; Postal System Pinyin: Sian; Portugese: Siam) seperti yang diwasiatkan kepada saya, ada tercatat didalam Al Quran. Kita teliti Al-Quran, surah Al Khafi ayat 94 – 98 seperti berikut,

Ayat 94, Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

Ayat 95, Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Ayat 96, Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi”; sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya.

Ayat 97, Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Ayat 98,(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Izinkan kami menceritakan sejarah yang kami ketahui. Walau ada banyak 'version' yang kita boleh baca hari ini, izinkan kami menceritakan 'version' kami pulak. Bagi kami Surah Al Kahfi menceritakan sejarah Raja Iskandar Zulkarnain (Cyrus the Great) pendakwah agama Allah dari bangsa Siaman China. Perkataan “China” (Chey Na), adalah dari bahasa Siam bermakna “Datuk Petunjuk” yang bermaksud pendakwah agama yang memberi petunjuk agama Allah kejalan yang benar dan lurus. Bangsa Siam ketika itu adalah satu bangsa di negeri China, tinggal disebuah tempat bernama Saimen (xian) dizaman pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Orang-orang Arab dizaman dahulu menggelar bangsa Saimen ini sebagai Sumu Ul Amir. Sumu Ul Amir bermakna “satu bangsa darjat yang tinggi berketurunan raja”. Gelaran ini diberikan oleh kerana Raja Siam Iskandar Zulqarnain adalah berasal dari keturunan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Daud yang di anugerahi oleh Allah SAW kitab Zabur.

“Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripada nya”, Surah Al Kahfi, ayat 90.

Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut. “Majud” dalam bahasa Siam Kedah bermakna “mari berhenti”, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnian dan pengikut-pengikutnya.

Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan Yakjuj dan Makjuj bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulamak mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini tetapi dipisahkan daripada dunia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Huraian hadis diatas bagi kami adalah benar jika kami rujuk kepada wasiat yang sedia ada.

Allah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.

Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96 diatas, menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mengujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Nyajud yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu Burung gergasi yang membawa batu dari neraka pun mampu dijadikan oleh Allah, memusnahkan tentera bergajah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, Datuk-Bunoh. Dengan itulah orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah iaitu Nyajud telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet tempat bangsa Yajuj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.

“It used to be thought that, before the 13th century, Tais had dominated a kingdom called Nanchao in Yunnan, but had been dispersed southwards by a Mongol attack in 1253. Scholars no longer hold this theory. Instead the evidence suggests long, slow Tai migration over many centuries, beginning in western China, or even further north, and spreading southwards from the 7th century (malah,lebih awal lagi)”. History of South Asia, Asean Focus group.

Bangsa Majud terus menetap dan menjadi bangsa Saimen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai,ms 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnian dinegeri China. Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan islam. Akan tetapi sewaktu memerentah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucuis dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan?, kerana puak Nyajuj telah berpindah ke Tibet dan saki baki pengikut Confucius masih lagi ada di Negeri China ketika itu.

"Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch'in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch'in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya".

"To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch'in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth."
http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian keagamaan malah cuba mencari kehidupan abadi namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi diketahuinya melalui peringkat awal agama Islam dahulu. Pendapat kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu pembinaan tembok besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulamak-ulamak Karamah dan orang-orang Islam Maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja, pedang terbang dizaman kekacauan tahun 1969, angkatan perang fisabillilah yang ghaib dibawah dua Kalimah Syahadah terdiri dari tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawalla’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca disini untuk direnungkan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun Ghaibulguyup. Kalau kita tak percaya, mungkin kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas juga. Walau bagaimana pun anda boleh membacanya di sini,
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html

Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah menjadi pudar semula di negeri China(700 tahun lebih). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Mohammad SAW, Saad Bin Waqas telah diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 masihi). Maha Raja Siamen China Sai Ti Song dengan mudah telah menerima agama Islam kerana telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerentahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk daerah Shaanxi di China) adalah dari bahasa Siam bermakna “naik jangkah”.

Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya telah memerintahkan kepada putera sulongnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiyah ke Semenanjung Tanah Melayu manakala putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) pergi berdakwah Islamiyah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La). Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunong, dimana terdapat tinggalan istana dan masjid di punchaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, Naga Laut Pembesar Puak Tentera (bangsa Harimau).
Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.
b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.
c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.
d) Bo-ro-mo”bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.


Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di semenanjong, tetapi itulah hakikat sebenar maksud perkataan diatas. Raja Siamen China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat Kedah (watikah) kepada Puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai pada satu gunong dan mendarat dikawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya telah mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).
Ser-ma-nan-jong bermaksud, Tentera-yang datang-lama-tergantong,
tha-naa bermaksud, menunggu-datuk
maa-la-yoo bermaksud, mari-lah-duduk


Bangsa Siam telah menuruti jalan kearah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Noh Alaihissallam, berketurunan Wali Al Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Noh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung di gelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa siam iaitu “tempat duduk yang selamat”.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Noh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah seperti berikut,

Bangsa Iraq (E-raq) bermaksud “Kawan Baik”
Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegor Menegor (dalam Ahli Bahtera Nabi Noh)”
“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam”


Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al Khafi ayat 86, Allah memerintah kepada Raja Iskandar Zulqarnian menyeru ke agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadi tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al Khafi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat diatas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.

Bahasa siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi membawa kepada jawi dan akhir sekali rumi sepertimana tulisan diblog ini. Begitu uniknya bahasa Siam ini, kami berpendapat ia haruslah dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita hari ini. InsyAllah sudah ada pihak yang sedang mengusahakannya.

Nyajud dan Majud dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan disini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah SAW . Kelahiran kedua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang kami tidak ketahui sepenuhnya, walaupun ada sedikit maklumat. Bukan disini tempatnya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian kerana tugas dan amanah untuk menceritakan semula sudah dijalankan. Walau bagaimana pun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.

ASAL USUL BANGSA SIAM – BAHAGIAN II

Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Sejarah berlaku dimana tentera Benua Siam tersebut berangkat datang lebih awal ke Tanah Melayu Kedah dan menunggu Raja Merong Maha Wong Ser yang datang kemudian. Kedatangan Raja Merong Mahawangsa bukannya dengan menaikki perahu atau kapal kecil tetapi diiringi oleh beribu orang tentera dan berpuluh-puluh kapal laut. Apabila tiba dalam tahun 175 hijrah, baginda telah mendapatkan maklumat daripada tentera Islam Benua Siam Kedah yang telah mendaki gunong tersebut sebaik tiba (sekitar kawasan Yan).

Mereka memaklumkan bahawa mereka telah terjumpa runtuhan bangunan Istana Ayut’ia milik Wali Al-Mustapa yang pernah di tenggelami oleh air laut pada zaman Nabi Noh Alaihissallam dan sebuah Masjid di puncak gunong tersebut (tapak istana ini masih ada di km3 Gunung Jerai dan sementara masjidnya telah diroboh dan dibina ‘rest house’ oleh penjajah inggeris). Sebaik tiba dan mendarat di daerah Yan, Merong Maha Wong Ser bertanya dalam bahasa Siam kepada tenteranya yang datang menyiasat lebih awal, “Joo-rai?” bermakna, “siapa-duduk?”. Lantas, hingga ke hari ini gunong tersebut dikenali sebagai Gunong Jerai. Saya sendiri telah pergi melawat istana tersebut, masih ada lagi kelihatan 'tile' dan anak tangganya. Kenapa tidak dibuat kajian atau carbon dating?. Tahukah saudara/i bahawa batu bersuratnya, tertulis "Aey ne (Ini)...", dibawa ke Muzium Taiping oleh Inggeris tapi terus dibenamkan kisahnya.

DARI BLOG NAIM FIRDAUSI,
Dalam tahun 1939, H.G.Q. Wales telah melawat dan mengenal pasti Gunung Jerai sebagai tapak 9[1]. Menurut beliau terdapat sembilan pediang-pediang mazbah Navagraha atau 9 bintang astronomi Hindu (jangan percaya pendapat penjajah ni). H.G.Q. Wales turut menemui beberapa ketul bata yang dirujuk sebagai Class 2, iaitu ketulan bata yang lebarnya kurang dari 7 inci, diperbuat selepas tahun 900 Masihi[2].

Menyorot penemuan jenis ketulan granit, bentuk batanya agak menarik. Setiapnya kelihatan dalam potongan serong kira-kira 14 × 7 × 2 3/4 . I.H.N. Evans dan H.G.Q. Wales langsung tidak menyebut inskripsi Arab 'in situ' kerana blok serong yang diukir itu telah disimpan di Muzium Taiping pada tahun 1894[3]. Inskripsi ini tinggal dalam tanda tanya dan misteri. Walaupun blok itu telah di jaga rapi, mengapa pula G.A. Lefroy atau F.W. Irby memencilkan dan menyepikan penemuan ini dari hebahan.[4]

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4] Ibid
....................................................................................

Baginda lantas mengarahkan penempatan baru segera dibuka dikawasan rata bersebelahan yang mana hari ini dikenali sebagai Sungai Mas. Meraka membina candi-candi yang sebenarnya merupakan kubu-kubu tentera Benua Siam Islam Kedah dan membina sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Kuala Muda dan sebuah Istana di Sungai Mas (Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda Kedah berhampiran Sungai Petani hari ini). Bahan binaan Kota Kuala Muda, bata leper dan lebar, sama saja dengan bata yang digunakan untuk membina candi yang dijumpai di Lembah Bujang. Tulisan ayat suci Al Quran pada arch pintu gerbang tersebut telah dipahat buang (lihat gambar dibawah).

Merong Maha Wong Ser bertanya kepada bapa mertuanya iaitu Wali Allah, Syed Jamal Al Jafri berkenaan istana yang dijumpai oleh tenteranya di atas gunong Jerai tersebut. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kisah Nabi Noh seperti mana tertulis di dalam Kitab Al-Quran. Surah Hud ayat 40- 48. Syed Jamal Al Jafri menceritakan kepada menantunya, Merong Maha Wong Ser kisah anakanda Nabi Noh yang beriman pada Allah, bernama Wali Al Mustafa yang bersemayam di istana Ayut’ia Gunong Jerai Kedah dan Iskandar Zulkarnain, Raja Saiman China adalah dari keturunan Putera Nabi Noh Wali Al Mustafa yang bersemayam di Istana Ayut’ia di Gunong Jerai Kedah. Istana dan masjid ini lah yang menjadi milik Wali Al Mustapa sebelum banjir besar menenggelamkan gunung tersebut.

Puteri Syed Jamal Al Jafri yang bernama Sharifah Mariam Pinang Tunggal (Tok Soh) adalah permaisuri kepada Raja Merong Maha Wong Sa. Di kawasan Sungai Mas, sememangnya ada sebuah istana di atas sebuah bukit bernama Bukit Mariam akan tetapi dibuat cerita tahyul pasal Meriam yang besar jatuh kedalam sungai pula. Istana disitu dikatakan milik Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin halim Syah. Tengok lah sendiri, istana zaman bila, raja daerah tadi zaman bila pula, tak ada kaitan langsung. Perkahwinan Merong Maha Wong Ser dengan Sharifah Mariam Pinang Tunggal (pi-nang-tung-gal bermaksud, jadi-permaisuri-tunggak-negara) dikurniakan seorang Putera bernama Syed Jamalul Alam Badrul Munir dan digelar dalam bahasa Siam sebagai Phodiset. “Pho-diset” bermakna “lelaki-terbaik”.

Phodiset apabila dewasa telah memperluaskan empayar ayahanda baginda. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, baginda telah membuka negeri baru dan di namakan negeri itu Siam Lanchang yang kini terletak dalam negara Thailand (lihat peta, terletak di utara Bangkok sebelah kanan). “Lanchang (lan-chang) bermaksud “Gerak Bijak”, satu tindakan kearah dakwah Islamiyah tanpa pertumpahan darah. Siam Lancang adalah sebuah negeri Islam dan bersambung dengan wilayah ayahandanya di Kedah yang meliputi seluruh semenanjung dan kemudiannya dinamakan Malaka (tengok peta lama). Ma-la-ka bermaksud marilah niaga dan ma-la-yu bernaksud, marilah duduk sini.

Perkataan Lanchang ini, masih lagi digunakan sepertimana lagu melayu, ‘Lancang Kuning’ belayar malam, haluan menuju ke laut dalam, kalau nakhoda tidaklah faham, alamat kapal akan tenggelam. Kenapa tak dikatakan lancang hijau atau biru? Mudah sahaja, kuning adalah warna Maharaja China, lebih dulu digunakan maharaja mereka berbanding raja-raja Melayu. Saya katakan disini, orang-orang Melayu dulu sememangnya pandai, maksud mereka tersirat dan mendalam. Yang bodohnya mereka-mereka hari ini (bukan saudara/i) yang banyak pakai logik dalam kehidupan seharian dan enggan menerima hakikat sejarah realiti bangsa sendiri. Antara lain, senikata lagu rakyat, "akan ku rampas walaupun di mulut naga" (perebutan kakasih) menunjukkan kepercayaaan sebegitu tetap ada dalam masyarakat kita zaman dahulu.

Thailand hari ini adalah sebahagian dari negeri Siam Lanchang Islam di zaman “Podiset” Syed Jamalul Alam Badrul Munir (lihat gambar dibawah). Negeri Siam bukan dibuka oleh Raja Chakri Rama I Chulalok, bukan dibuka oleh Raja Khamheng Sukuthai tetapi oleh Raja Siam Islam bernama Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir anakanda kepada Raja Merong Mahawangsa. Dari mereka lah turunnya Tengku, Syed, Syarifah, Wan, Nik, Megat, Meor, Nyak, Long, Raden, Koya, Ngah dan kita semua orang-orang melayu pada hari ini.

Sekiranya keturunan kita tidak berkahwin campur dengan mereka dahulu kerana berada jauh di pedalaman, mungkin, saya kata mungkin, agaknya kita hari ini jadi seperti orang-orang Penan di Borneo, masih lagi memakai cawat. Renungkanlah. Seterusnya anakanda baginda, Saiyidina Ali Wa Maulana Jamalul Alam Badrul Munir menjadi Raja di Acheh dalam tahun 222 hijrah bersamaan 812 masihi (lihat gambar makam didalam hutan) seperti mana tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Undang-Undang Kedah, Transliterasi Teks Penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, 2005.

Dengan sebab itulah Hikayat Merong Mahawangsa ini dirampas lalu dibakar oleh penjajah Thai dahulu sewaktu menyerang dan membunuh Syarif Yang Di Pertuan di istana Kota Meang Kuang dahulu, takut diketahui umum kisah sejarah sebenar.
Baca di sini,
http://naim-firdausi.blogspot.com/2007/05/arahan-membakar-hikayat-merong-maha.html

Puak Thai yang tidak dijemput ke blog ini mengatakan kami meng'hijack' sejarah mereka, pada hal mereka lah penyamun yang mencuri sejarah bangsa Melayu keturunan Siam hari ini. Mereka membuka blog lain untuk menghentam kami sebab mereka takut dan bimbang rahsia ini diketahui umum. Tulisan mereka tidak ada isi, malah maki hamun dan terjemahan bahasa thai dikelirukan dengan bahasa Siam. Mereka sendiri tidak tahu identiti mereka. Nampak gayanya, puak Nyajud (Yakjuj) ini masih lagi menjalankan kerja-kerja datuk nenek mereka zaman dahulu. .

Bagi yang baik dan mengetahui, mereka tidak mahu mengaku mereka orang thai tetapi tetap berpegang mereka adalah orang siam, sebab itu adalah hakikat sebenar sejarah, dan mereka pun tahu. Kami sanjung tekad anda kerana walau hari ini kita berlainan agama tetapi kita tetap sebangsa asalnya, iaitu bangsa Siam yang pernah menjadi rakyat Nagara Benua Islam Siam Kedah. Lihatlah sendiri rupa paras anda, penguasaan bahasa Kedah anda, tidak bezanya dengan orang Melayu disini. Situasi yang sama boleh kita lihat di Indonesia dimana bukan semua orang Melayu berketurunan Jawa itu beragama Islam. Ini jelas.

Sekarang ini saya mohon kerjasama semua pembaca diblog ini sila hebahkan, kepada semua rakan-rakan, saudara mara, semuanya patut dan berhak tahu kisah sebenar bangsa kita, jangan ditutup lagi kerana ramai penduduk di Thailand termasuk pemimpin mereka sudah tahu, melalui kajian mereka sendiri. Tak ada apa yang perlu ditakutkan, kita bangsa yang merdeka. Hebahkan semasa pekena teh ke, kenduri kendara, berjumpa dihari raya dll. Sila hebahkan atau jadikan topik perbincangan. Di persilakan print dari blog ini muka surat tersebut, tapi jangan lupa untuk jemput mereka datang, bagi pihak kami ke blog ini.

Kembali kepada sejarah, Makam Saiyidina Ali Wal Maulana Jamalul Alam Badrul Munir terletak di Makam Langgar Tanjong Inggeris Kota Setar Kedah, tidak jauh dari makam cucundanya, Syeikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah. Batu nisan bertulis huruf Kawi Siam dengan nama Shiekh Abdul Khadir Hussin Syah Ali Rah bersamaan tahun 904 masihi, juga dari keturunan baginda masih jelas tertera di batu nisan. Di kawasan ini masih terdapat kubu candi tentera Benua Siam Islam Kedah yang tidak diroboh oleh penjajah dahulu. Kenapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah tidak datang menyiasat?

ASAL USUL BANGSA THAI

Oleh TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka sepertimana tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa (lihat gambar dibawah). Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thai berasal dari Tibet iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu.

Sejarah bermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet lalu menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736 masihi bermula dengan berbaik-baik, bangsa Thai memasukki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah masih lagi memerentah. Nama baginda ada tercatat dalam buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17 bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia dan baginda bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.

“Meanwhile in the 13th century the most celebrated of early Tai states was the kingdom of Sukhothai. Modern Thais regard Sukhothai as the birthplace of the Thai nation, particularly under Ramkhamhaeng, king c.1279 – 1298, whose rule is celebrated by the Sukhothai stone – an inscribed obelisk reputedly discovered in 1833 by the Thai prince Mongkut, then a monk and scholar and later Thailand’s first modernising monarch. The inscription portrays Sukhothai as an idyllic place, governed by a just, fatherly and devoutly Buddhist monarch. Possibly it is Ramkhamhaeng’s self-justifying counterblast to the arrogance and avariciousness of imperial Angkor. In recent years the stone’s authenticity has been questioned, some sceptics arguing that Mongkut himself devised the inscription to give his people an appealing early history”.History of South Asia, Asean Focus group

Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung dizaman Mongkut juga. Strategi yang sama turut digunakan Inggeris, dalam usaha mereka memadam tamaddun Islam di nusantara ini.

Pada tahun 1752 masihi bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. “Burma” dalam bahasa Siam bermaksud “Puak Pendatang”. Maha Dammaiyaza Syarif Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.

Pada tahun 1758 masihi, berikutan kemangkatan Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansor Syah, mereka mula bertindak dengan cara mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III, anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang mana ketike itu memerentah di kemboja di Cempakasari. (Kami ingin mengingatkan bahawa Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan, adalah orang yang sama).

Baginda Po Chan ini menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam peperangan dengan Raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma ini berjaya di bunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di sebuah tempat yang kemudiannya di gelar Taikala. “Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam bermaksud “Mati di Bunuh”. Po Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabal menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja.

“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur'an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html

Pada tahun 1767 masihi tentera Buddha Chakri Sokho Thai menyerang Kota Ayut’ia, tempat bersemayamnya Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782 masihi Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri) menjadi Raja Thai Rama I Ayut’ia negeri Siam (thai menjajah negeri Siam).

“Rama I (reigned 1782–1809) had been born of a Thai father – a relatively minor Ayudhyan official though of aristocratic lineage – and a Chinese mother”. History of South Asia, Asean Focus group.

Pada tahun Musuh Bisik 1821 masihi Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khas untuk membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayut’ia Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada nama Thailand sempena nama bangsa mereka, Sukho Thai. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun 1876 masihi tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan mereka terus menjajah negeri Kedah selama lima tahun.

Mereka bersama dengan penjajah Inggeris menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah. Pada tahun 1881 masihi Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat di raja Thailand (sebagai tanda terima kasih menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam) Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah Wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah hari ini.

Pada tahun 1909 masihi Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaikki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah. Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat dizaman Jepun dan penjajah Inggeris tidak ada ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada Siam tetapi Siam yang mana?, Siam Islam Kedahlah, bukan thai yang menjajah negeri Siam sekarang ini. Dengan itulah, TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabal Sultan Badlishah, menaikki takhta menjadi Sultan Kedah. Inilah sejarah yang digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945 dan bermulalah propaganda mereka memburukkan tentera Jepun padahal mereka dan thai lebih kejam daripada Jepun yang cuma berada disini selama 3 tahun sahaja.

Penjajah Inggeris dari Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah membekalkan ‘gun powder’ kepada Thai (1876-18810), menggunakan tenaga buruh dari India untuk menghapuskan bukti tamadun Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terdapat di negeri Kedah (Lembah Bujang) dan Perak (Kota Bruas). Inggeris membantu tentera thai merobohkan istana-istana, menukar nama candi bangsa Siam islam kepada candi beragama Hindu dan menanam patung-patung hindu yang dijumpai oleh ahli arkeologi mereka di India untuk mengaburkan pengkaji sejarah kita hari ini. Hari ini, sempena 50 tahun merdeka kehadiran mereka penuh tangisan kerana mereka menyangka Malaya ini tak boleh jadi maju. Alangkah terkejutnya mereka melihat kemajuan negara kita hari ini. Kepada mereka yang menjalankan konspirasi menutup kebenaran agama Islam di Nagara Kedah, kami yakin Allah meyediakan tempat khas untuk mereka kerana menutup bukti-bukti kebesaran dan penyebaran agama NYA.
.....................................................................................

SEJARAH JORDAN DAN RUMAH KEDAH DI MEKAH

Kisah sejarah Raja Syarif Hussin yang diusir oleh kaum Arab Saudi dari Mekah pada tahun 1819 masihi adalah dirujuk. Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah Kheag Tesh telah menghantar tentera Benua Siam Kedah untuk mencari Raja Syarif Mekah yang telah diusir oleh mereka dengan pertolongan Inggeris. Arahan ini dibuat kerana tali kekeluargaan semenjak dari zaman baginda Rasulullah SAW dan dari keturunan yang sama iaitu Bani Hashim. Tentera baginda mendapati Raja Syarif Mekah selamat berada di sempadan di gelar dengan bahasa Siam, Jordan. Maksud jordan (jour-dan) ialah duduk di sempadan, iaitu sempadan negeri Mekah. Salasilah mereka inilah membawa kepada Raja Jordan hari ini, Almarhum Raja Hussain Jordan.

Pada tahun 1770 masihi Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh), Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah telah membina tiga istana di Bukit Jabal Khubis Mekah di zaman Raja Mekah Syarif Hussin. Baginda Syarif Abu Bakar, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia telah diberikan tapak tanah istana tersebut berikutan pembahagian harta pusaka keturunan Bani Hashim (dari Sharifah Mariam Syed Jamal Al Jeffri). Selain dari tapak istana, baginda juga diberikan hadiah-hadiah lain termasuklah sebilah pedang.

Dua buah istana digelar rumah Kedah,

1) Istana pertama, tempat bersemayam Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia, Benua Siam Islam Kedah sewaktu megerjakan haji ke tanah suci Mekah.

2) Istana kedua, tempat bersemayam adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah iaitu Paduka Seri Bungsu Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin (Zainal Abidin), yang juga menjadi Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Permaisuri baginda pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia bergelar Phunimtharaja.

Sebuah istana digelar Rumah Legeh

3) Istana ketiga tempat bersemayam anak saudara baginda, Laksamana Datu Sultan Tunku Long Putera, Raja Legeh sewaktu remajanya baginda menuntut agama Islam disana.
Ketiga-tiga Istana tersebut dan kawasannya di Bukit Jabal Khubis Mekah di ambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi dan memberi pampasan kepada bukan waris mutlak Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Berlaku kekecohan wajib bagi Kerajaan Arab Saudi memberi pampasan tersebut kepada waris mutlak Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Istana dan tanah tersebut bukan milik Kerajaan Negeri Kedah, Sultan Kedah atau kerabat di Raja Kedah yang memerentah hari ini.

Baginda semasa hayat tidak pernah mewakafkan tanah dan istana tersebut kepada sesiapa pun. Waris Sharif Yang Di Pertuan yang masih ada, selepas Sultan Jaafar Madazam Syah hingga ke hari ini membawa kepada TNL Kasim (mengikut zuriat lelaki paling sulong) dan beliau mengetahui mengenai perkembangan ini. Sultan Jaafar Mudazam Syah yang dibunuh secara mengejut di Gurun, Kedah dan kerajaannya ditumbangkan oleh pembelot dan rampasan kuasa, juga tidak pernah mewakafkan tanah dan istana tersebut. Apakah hak Sultan Abdul Hamid sebagai Sultan yang dilantik penjajah dalam tahun 1881 keatas tanah dan istana tersebut padahal ketika itu warisnya mutlaknya, TNL Haji Yassin masih ada.

Banyak lagi pesaka milik Sultan Jaafar Muadazam Syah yang dijaga oleh Perdana Menterinya, Tunku Kudin. Harta Pesaka ini menjadi milik waris Tunku Kudin kerana sejarah yang digelapkan, tiada tuntutan kerana di jajah oleh penjajah thai yang sentiasa mencari waris baginda untuk dibunuh, sebab itulah tentera mereka tidak dibenarkan balik, menjadi ‘spy’ dizaman Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah dan terus menetap disini menjadi rakyat Malaysia hari ini. Akan tetapi hari ini sudah mula ada tuntutan, pejabat agama sepatutnya membuka fail baru dan menjalankan siasatan sendiri, apa yang di tunggu lagi. Kepentingan siapa yang dijaga mereka dan bagaimana pula dengan hukum Allah.

Hadis Ibnu Abbas r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Berikanlah harta pusaka itu kepada orang yang berhak menerimanya. Sekiranya masih ada bakinya, berikanlah kepada lelaki yang paling dekat nasabnya dengan si mati”.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Saturday, September 15, 2007

Common Law Penjajah Inggeris

Umum tahu bahawa Undang-Undang Islam Kedah telah dihapuskan dan digantikan dengan 'Common Law' oleh Penjajah Inggeris. Hari ini, setelah 50 tahun merdeka sudah mula kedengaran saranan untuk menghapuskan 'Common Law' yang diperkenalkan oleh Inggeris ini di Malaysia.

Di awal tahun 1900, berikutan dengan perubahan dunia politik, tamatnya peperangan dan strategi Inggeris di Tanah Melayu siap diatur, penjajah Inggeris pun turut bersetuju untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah bersetuju Tunku Abdul Rahman, seorang putera berketurunan kerabat diraja Kedah dan berketurunan Raja Thailand untuk menjadi ketua perunding dan utama Persekutuan Tanah Melayu. Beliau kemudiannya berjaya menubuhkan sebuah negara baru dan menerajui sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anehnya, pada tahun 1963 beliau bersetuju secara bagitu mudah mengeluarkan Singapura dari Malaysia demi kepentingan beberapa pihak tertentu.

Di dalam deraf awal perlembagaan Malaysia, keistimewaan diberi kepada Raja-raja Melayu yang dilantik oleh penjajah dan sekali gus menganiaya waris mutlak Maharaja Besar Benua Siam Kedah dari keturunan Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tahun 1788 masihi (Rujuk m/s 47 Undang-Undang Kedah) seolah-olah pemerentah Islam dan Undang-undang Islam tidak pernah ada memerentah di bumi ini sebelum mereka datang menjajah. Untuk itu mereka perlu membetulkan banyak perkara terutama sekali sejarah bangsa itu sendiri.

Penjajah Inggeris telah menulis semula sejarah kita yang kita gunapakai hari ini disekolah-sekolah, padahal bukti-bukti baru telah pun mula muncul, menafikan apa yang diperkatakan oleh mereka dahulu. Sejarah kita menjadi tidak teratur dimana Sultan Mahmud Syah, Raja Bandar Hilir di celarukan dengan Sultan Mahmud Syah, Maharaja Besar Benua Siam, begitu juga zaman pemerentahan mereka. Undang-Undang Kedah yang menjadi teras pemerentahan Maharaja di rampas oleh Penjajah Inggeris dan dibawa balik ke England. Ia dipulangkan sekitar tahun 2003 dan baru saja diterbitkan untuk kita berfikir semula mengenai sejarah bangsa kita.

Berserta kenyataan, realiti dengan faktor sejarah yang benar diblog ini, adalah diharapkan ia dapat membuka minda rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semasa YAB Dr. Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau pernah membongkar betapa kerajaan Thailand memberi perlindungan kepada pengganas komunis di Nathawi, Selatan Thailand. Beliau juga telah merancang penggunaan Internet untuk rakyat Malaysia mendapatkan maklumat terkini dan terperinchi secara lebih luas dan terbuka. Semasa menjadi PM, beliau juga dengan lantang menjalankan Dasar Pandang ke Timur dan kempen ‘Buy British Last’.

Kini, pada tahun 2005 YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula telah mengizinkan buku Undang-undang Kedah yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tujuan ia diterbitkan ialah untuk dijalankan semula kajian bagi membuktikan kegemilangan pemerintahan Islam Benua Islam Siam Kedah dizaman dahulu. Alhamdulillah, beliau juga ada salah seorang dari waris Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Dimanakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Mansuh Common Law

Ketua Hakim Negara mahu perundangan lapuk Inggeris diganti
Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007
Oleh Zabry Mohamad

PETALING JAYA 21 Ogos – Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim hari ini mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara ini kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Beliau juga menegur sesetengah pengamal undang-undang yang terus mengguna pakai Common Law Inggeris dalam kes-kes perbicaraan tertentu.

Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘katak di bawah tempurung penjajah’, Ahmad Fairuz menegaskan, gejala tersebut tidak seharusnya berlaku selepas 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut beliau, setelah negara merdeka selama lima dekad, pakar-pakar perundangan tempatan seharusnya sudah mampu mewujudkan undang-undang yang lebih bermutu dan sesuai dengan keadaan semasa. ‘‘Sudah 50 tahun kita merdeka, sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita. ‘‘Apakah ini petanda bahawa Common Law Inggeris itu adalah undang-undang yang paling baik di dunia? Apakah ini petanda bahawa pakar undang-undang kita masih di bawah tempurung penjajah?’’ soalnya.

Ahmad Fairuz berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar mengenai pemikiran ilmiah dan sumbangan Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini. Turut hadir ialah Pengerusi IKIM, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah institut itu, Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
Menurut Ketua Hakim Negara, kegagalan memartabatkan perundangan sendiri seolah-olah memperlihatkan Malaysia sudah ketandusan kepakaran sehingga terpaksa meminjam daripada Common Law Inggeris sejak tahun 1957.

Katanya, di Malaysia, Common Law Inggeris masih dirujuk dalam kes-kes mahkamah jika tiada akta undang-undang tempatan yang boleh dipakai sebagaimana terkandung dalam Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956. Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman. Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan. Ahmad Fairuz memberitahu, sudah tiba masanya kedua-dua seksyen tersebut dipinda dengan memansuhkan semua rujukan kepada Common Law Inggeris dan undang-undang serta kaedah-kaedah ekuiti yang ditadbirkan di England. Sebagai ganti, menurut beliau, pengamal undang-undang mungkin boleh merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di negara ini yang mengikut undang-undang tempatan dan memberi keutamaan kepada keadaan di negeri-negeri di Malaysia.

Dalam hubungan ini, beliau mahu pakar undang-undang di Malaysia bersepakat sama ada mahu meneruskan amalan merujuk kepada Common Law. Jika sebaliknya, tegas beliau, pendekatan baru perlu diambil bagi menggantikan Common Law Inggeris yang dilihat sudah sebati dalam perundangan negara.Beliau menambah, mungkin juga sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa. Sekiranya idea itu diterima, jelas beliau, sudah pasti keharmonian undang-undang sivil dan undang-undang syariah dapat dicetuskan sehingga memberi impak maksimum kepada masyarakat.

Pada majlis itu, Ahmad Fairuz turut melancarkan buku berjudul Permata Pengislahan Perundangan Islam yang merupakan biografi Allahyarham Ahmad Ibrahim. Ahmad Ibrahim ialah tokoh perundangan yang banyak menyumbang kepada pembangunan perundangan di negara ini khususnya undang-undang Islam. Beliau merupakan salah seorang peguam dalam perbicaraan kes Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan kemudian dituntut semula oleh keluarga asalnya. Perbicaraan kes Natrah mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada 17 April 1999 merupakan profesor undang-undang di Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dari, http://beritaberita.livejournal.com/tag/utusan

BANGSA RAJA NYAJUD

Kami ingin menceritakan semula sejarah Nyajud ini dengan tujuan untuk melihat semula sejarah bangsa Islam keturunan Siam, bukannya prajudis pada mana-mana agama. Kami percaya, semua agama mengajak kepada kebaikkan, yang menjadi masalah ialah sikap penganut agama sahaja. “Nyajud” adalah dari bahasa Siam bermaksud, jangan berhenti. Jangan berhenti ini ialah, jangan berhenti dari menyembah berhala dan melakukan kerja-kerja khurafat.

Sikap bangsa Raja Nyajud sebagai bangsa yang zalim, menggunakan kekerasan, mengganas dan merampas harta benda bangsa lain, membunuh dan sebagainya ada di terangkan dalam kitab Al-Quran jauh lebih awal. Sejarah juga telah membuktikan kekejaman mereka apabila mereka menyerang negeri Patani dan Kedah. Tahanan perang diikat telinga (ditebuk) secara berangkai dengan menggunakan rotan, diikat pada pucuk rebong yang sedang tumbuh, kanak-kanak dan orang-orang tua di pancung, ibu yang mengandung ditoreh perut untuk melihat anak dalam kandungan sebagai taruhan perjudian mereka. Kisah ini, walau tidak diperkatakan oleh orang Melayu dinegeri lain, masih diingati oleh penduduk-penduduk di Kedah, Kelantan dan Perlis hari ini.

Janji Allah dalam Surah Al-Kahfi akan pasti dikabulkan,

Ayat 98, (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Ayat 99, Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

Ayat 100, Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata.

Kota Ayuthia Shahrul Nuwi yang di bina pada tahun 1350 masihi oleh Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah ibni Sultan Mohammad Syah Yang Adil (bergelar Narasuan,yang mana wang emasnya di simpan oleh Muzium Negeri Kedah) telah ditutup bukti keislamannya dan dikatakan pula raja-raja siam itu bukan beragama Islam. Hari ini pun di sekitar runtuhan bandar Ayuthia terdapat ramai penduduk yang beragama Islam tetapi mereka diwajibkan menggunakan nama Thai. Anehnya, mereka ini takut memperkatakan sejarah mereka, bercakap sebagai responden pun dengan berbisik-bisik sahaja.

Sekiranya thai itu bermaksud bebas, mengapakah orang-orang islam disana dilarang menggunakan nama Islam, sedangkan rakyat bukan islam di Malaysia dibenarkan menggunakan nama mengikut kepercayaan masing-masing. Itu baru bebas namanya. Tidakkah mereka tahu bahawa keturunan Raja Rama Chakri I – VI telah gagal membunuh kesemua waris Maharaja Benua Islam Siam. Mereka ini masih ada dan akan terus membuat pendedahan berdasarkan wasiat yang di simpan dan bukti penulisan demi kebenaran agama Islam.

Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah Kedah telah membina Kota Dinasti Ayut’ia pada tahun 1350 masihi dan sehingga pada zaman Cau Pija Boromoraja V Ekataat, Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tahun 1767 masihi didalamnya siap terbina 21 buah masjid untuk penganut agama Islam menjalankan ibadah. Pihak Tentera Raja Bangsa Thai Burma (Kerajaan Buddha Lanna Thai) mengusir Maha Raja Benua Siam Islam dari Ayut’ia dan baginda kembali ke Ligor dan kemudiannya ke Kedah. Baginda dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821, 54 tahun setelah Ayuthia ditawan thai.

Pada tahun 1782 masihi mereka melantik Jeneral Tentera Sokho Thai menjadi Raja Bangsa Thai dan di gelar Rama I Chulalok, Chakri Sokho Thai. Mereka meroboh tamadun Maha Raja Benua Siam Islam dan membina patung-patung Buddha di dalam Kota Ayut’ia Siam. Alhamdulillah mujurlah Masjid Ton Sun Bangkok yang dibina oleh Raja Siam Dinasti Ayut’ia Rama Tibodi I Sultan Mad Zafar Syah Kedah pada tahun 1350 Masihi masih wujud dan sekali gus menjadi bukti kehebatan agama Islam dizaman Maharaja Benua Islam Siam Kedah memerentah dari Ayuthia.

BUKU SEMINAR “SHEIKH AHMAD QOMI AND THE HISTORY OF SIAM”.

Ayuthia sebagai sebuah pusat pemerentahan Islam tidak dapat di nafikan lagi oleh sejarah. Orang-orang Parsi turut menjadikan Ayuthia sebagai bandaraya mereka dan mendirikan masjid-masjid. Professor Plubplung Kongchana, Director Insititute Of Asia Pacific Studies, Srinakharinwirot University dalam kertas kerja bertajuk “The Historical Development Of The Persian Community In Ayutthaya”, ms 233/235,menulis seperti berikut,

“At the present, there Are 21 Masjid in Ayutthaya. Ayutthaya or Siam appeared as Shahri Nao (Shahrul Nuwi) which mean, the new city”.

Hamzah Fansuri turut datang ke Ayuthia untuk menuntut ilmu agama Islam kerana ramai ulamak Islam dari Parsi turut menetap disini. Selain dari orang Parsi, orang-orang Monggol Islam dari India turut menjalankan usaha perniagaan dan keagamaan. Mereka membina Istana Lopburi mengikut senibina Parsi malah hampir kesemua senibina yang ada adalah menggunakan seni hiasan Parsi. Kalau masyarakat majmuk sekali pun kenapakah senibina Parsi yang diamalkan dalam senibina Ayuthia. Raja Naresuan pula membina masjid Klong Srabua (hari ini masjid Nurul Amal) dan turut menyambut upacara penting dalam agama Islam dengan turut menghadirkan diri bersama rakyat.

Di muka surat 208 dan 209 mengenai Kerajaan Siam, Professor Srisak Vallipodom dari Faculty Of Archaeology, Silpakorn University, dalam syarahannya bertajuk “ The Roles Of Sheikh Ahmad Qomi In The Court Of Ayutthaya” menulis seperti berikut, “ I Want You To Consider A Short Piece Of Writing, composed By Somdej Praboworrayok Maha Surasinghanart”. He wrote,

LOST OF HONOUR AND LOST OF COUNTRY
LOST OF PALACE, LOST OF DYNASTY
LOST OF GLORIOUS PAST, BROKEN OF BLOOD LINE
CITY FOLKS ARE LOST COUNTRY FOLKS DECLINE


Terjemahannya,

HILANG MARTABAT DAN LENYAPNYA NEGARA
HILANG ISTANA DAN HILANG KETURUNAN
HILANG KEGEMILANGAN MASA LAMPAU LALU PUTUS PERTALIAN DARAH
RAKYAT DIBANDAR KEHILANGAN, RAKYAT DI DESA BERKURANGAN.


Beliau menulis lagi,
“When we study history, we usually stress on from where the Thai nation came. I feel that is a matter too far from ourselves. (Only) We will be able to give an answer from where we came”.

Jika kita membaca sejarah Thailand, penekanan banyak diberikan kepada kemegahan bangsa thai, padahal mereka pun tahu bahawa bangsa siamlah yang pernah menjadi tunggak kepada negeri Siam selama 417 tahun menerusi Kerajaan Islam Ayuthia, bukannya bangsa thai. Kisah Raja Sukhothai Ramakhamheng di Burma dijadikan tunggak dan diagong-agongkan dalam sejarah bangsa thai moden, turut mengesahkan lagi bahawa mereka hari ini adalah bangsa thai, bukannya bangsa siam. Ramakhamheng ini telah diberi amaran oleh Maharaja China Islam dari Dinasti Yuan keturunan Genghiz Khan agar tidak menggangu orang-orang Siam islam, dan ditetapkan sempadan antara mereka. Pembahagian ini membawa kepada sebuah negeri Islam pimpinan Rama Tibodi I, Sultan Mandalika Mad Zafar Syah pun mula berkerajaan di negeri Siam. Baginda adalah menantu Maharaja Yuan, meletakkan batu bersurat di Trengganu tertulis nama Raja Mandalika dan membina masjid binaan papan di Mandalay, sempena nama baginda.

Raja Mongkut pula telah mengukir batu bersurat Ramakhamheng dan kesahihannya dipertikaikan oleh sejarawan mereka sendiri dan sejarawan antarabangsa. Thailand berbangga ia tidak pernah dijajah padahal, bangsa thai yang berkata negeri Siam tidak pernah dijajah itu sendiri adalah penjajah kepada negeri Siam dan bangsa siam. Dengan menggunakan taktik licik mereka menggaburi mata rakyat mereka hari ini dengan sejarah palsu. Penguasaan bahasa Inggeris rata-rata lemah dikalangan rakyatnya yang begitu menekankan kepada bahasa utama, menyebabkan pengetahuan mengenai sejarah mereka menjadi kabur.

Disebabkan penaklukan yang dilakukan oleh Raja berbangsa Thai yang menjajah negeri Siam, bangsa Siam Islam dipaksa menerima agama Buddha jika tidak mahu menanggung padah (akibatnya di bunuh). Itulah yang dimaksudkan oleh Professor Srisak Vallipodom apabila beliau berkata, “Sekarang kita akan mampu memberi jawapan dari mana kita datang”.

Mengikut sumber kami di Bangkok, golongan intelek sudah faham sejarah sebenar Thailand dan ada usaha-usaha pihak tertentu disana untuk menukar nama Thailand kepada Siam semula. Nama Thailand adalah nama Inggeris kerana begitu baiknya raja mereka dahulu dengan penjajah Inggeris pada ketika itu menyebabkan mereka menggunakan perkataan “land”. Ia sepatutnya dinamakan Muang Thai, bukan Thai Land. Sekadar menukar nama sahaja, buang kulit bertukar pakaian tetapi isinya masih tetap sama adalah satu perbuatan yang sia-sia.

Golongan intelek di Thailand hari ini sudah tahu bahawa mereka pada asalnya berbangsa Siam bukannya bangsa Thai dan mereka dijajah oleh Raja berbangsa Thai bermula dari Dinasti Chakri Sukhothai, Rama I Chulalok pada tahun 1782 masihi. Beliau asalnya hanyalah seorang anak menteri dan menjadi Jeneral Tentera Raja Sukhothai dan dilantik untuk menjadi raja Ayut’ia Siam. Chulalok dalam bahasa Siam Kedah bermaksud, anak menteri.

Dari aspek sejarah, tidak syak lagi negara Thailand hari ini asalnya adalah negeri Siam dan merupakan wilayah Benua Islam Siam Kedah Kheag Tesh. Nama pemerintah terakhirnya walaupun terlindung disebalik gelaran dalam bahsa Siam (Boromoraja V Ekataat) ialah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia dari Maharaja Dinasti Ayut’ia yang ke 33, seorang pemerentah yang beragama Islam.