Thursday, June 7, 2007

SEJARAH IMAGINASI VERSUS SEJARAH REALITI

Oleh anaianai

Sejarah imaginasi Kedah yang kita semua ketahui pada hari ini adalah diatas arahan Raja Rama V, Chakri Sukhothai Chula Luang Khun kepada menantunya Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Halim Syah selepas mereka membunuh Sultan Jaafar Mad Azam Syah, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah yang terakhir di belakang Balai Polis Gurun Kedah. Ahli sejarah Inggeris pernah mendedahkan bahawa raja Thai Chula Luang Khun bukan sekadar menjajah negeri Kedah malah mereka menghapuskan segala bukti sejarah yang ada didepan mata.

Sewaktu menyerang Ayuthia terdahulu, mereka juga telah membakar versi asal Hikayat Merong Mahawangsa dan digantikan dengan sejarah Sai Sa Khun yang menetapkan unsur-unsur fahaman Buddha. Paduka Seri Sultan Abdul Hamid telah memerentahkan kepada Pak Wan Hassan untuk menulis semula sejarah negeri Kedah berdasarkan kepada Sai Sa Khun (kawasan orang tentera) dan dinamakan Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah 531 Hijrah. Pak Wan Hassan ini lah yang dahulunya tidak mematuhi arahan baginda untuk membunuh Nai Sofiah, isteri pertama baginda dari keturunan Maharaja Siam Islam lalu dilarikan / disembunyikan di India.

Dongengan cerita Maharaja Debar Raja yang berkahwin dengan Raja Gergasi dan cerita iblis membawa Sheikh Abdullah Al Qumairi terbang dari Yemen ke istana Raja kafir bernama Maharaja Debar Raja di Bukit Meriam adalah cerita khurafat dan tidak boleh dijadikan fakta sejarah. Cerita-cerita karut dan mitos ini ditulis sebagai agenda penjajah untuk mempengaruhi minda umat Islam yang lemah ketika itu tanpa bukti yang sah, tinggalan dan fakta sejarah.

Sejarah realiti Kedah mempunyai bukti yang nyata seperti berikut,

1. Makam Sultan Sheikh Abdul Kadir bertarikh 904 masihi di Makam Langgar kedua
2. Undang Undang Kedah bertarikh 812 masihi (222 hijrah)
3. Tulisan Ibnu Sirdan pada Batu Candi bertarikh 213 hijrah
4. Duit emas Sultan Muhammad Syah yang Adil bertarikh 1136 masihi yang dijumpai di Pulau Langkawi.
5. Cop mohor Sultan Mahmud Syah, Khalifahtullah Akhirul Zaman.
6. Peta tahun tahun Ortelius tahun 1603 dan peta Empire of the Great Monggol tahun 1730.

Nama Maharaja Debar Raja ini tidak disebut oleh mana-mana kerajaan yang berdekatan dengan kita walaupun dia dikatakan memelok Islam dalam tahun 1179 masihi. Dari mana datangnya maharaja ini jika Kedah sudah pun Islam semenjak 812 dan 904 masihi. Maharaja Debar Raja adalah mitos dan tahayul tanpa bukti sejarah yang kukuh.

Jika dikatakan dia memelok Islam dan menggunakan nama Sultan Al Mudzaffar Syah kenapa hanya pada tahun 1179 masihi baru direkodkan, sedangkan mengikut sejarah asal, Merong Mahawangsa (ketika itu sudah pun mangkat lebih 300 tahun) adalah Sultan yang pertama Negara Kedah bergelar Sultan Mad Zafar Syah I.

Pada tahun 1179 Sultan Mad Azam Syah I sudah pun memerentah di Kedah sebagai Sultan yang ke 9. Kalau anggaran 20 tahun sebelum 1179, sebelum memelok Islam, dimanakah Maharaja ini, begitu berani dengan debar-deburnya memerentah kerajaan agama Hindu sedangkan kawasan sekelilingnya telah pun memelok Islam.

Disamping itu, kisah benar dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula telah dicedok dan ditulis semula dalam Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dengan sangkaan bahawa hikayat ini tidak lagi ada dalam simpanan sesiapa pun.

Sama-sama lah kita, pada hari ini dengan berlandaskan bukti-bukti sejarah yang ada, kebijaksanaan akal dan pemikiran yang logik, menolak Al Tarikh Salasilah negeri Kedah ini yang merupakan dakyah penjajah dan sekutunya.

No comments: