Tuesday, June 26, 2007

SIAPA TOK PASAI YANG DIMAKAMKAN DI KUALA KEDAH

Oleh anaianai

Makam Tok Pasai yang terletak di Kuala Kedah menjadi satu misteri kepada peminat sejarah tanah air. Makam tersebut dikategorikan sebagai makam purba sepertimana makam Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Pulau Langkawi Kedah Darul Aman. Untuk mengetahui siapa Tok Pasai saya mulakan dengan kisah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah pernah memerentah di Toung Oo Burma. Toung Oo ialah bahasa Siam yang bermaksud, “Oh, Padang”. Disana baginda dikenali sebagai Maha Dammayaza dari bahasa Arab yang bermaksud ‘raja dari berlainan darah’. Toung Oo adalah sebahagian daripada Empayar Monggol ketika itu dan diperentah oleh Maharaja benua Islam Siam. Sila lihat peta "Empire of the Great Monggol" tahun 1744 dibawah.

Berikutan kemangkatan ayahanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dalam tahun 1758, Kerajaan Toung Oo telah diserang oleh Alaungphaya dari puak Sukuthai. Barangkali sebagai seorang raja yang muda dan tidak berpengalaman ketika itu, kerajaan Toung Oo tewas dan baginda bersama pengikutnya kembali ke Ayuthia di negeri Siam. Ayuthia pada ketika itu diperintah oleh Timbalan Yang Di Pertuan Agong bergelar Uthompon atau Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jambu Patani. Dalam tahun 1765 Khalifah Sharif mengambil aleh tampok pemerentahan Ayuthia dan bergelar Suriyamarin, Boromoraja Ekathaat V.

Peralehan kuasa mungkin kerana Uthompon Sultan Muzaffar Syah memerentah dari Patani sedangkan musuh sudah semakin rapat dengan Ayuthia atau mungkin tempoh menjadi Timbalan Yang di Pertuan Agong sudah tamat. Ini kita tidak dapat pastikan. Namun begitu Hikayat Patani ada menyebut hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang mana Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata, "Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Cau Pija, maksudnya maharaja) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.’ (Teeuw & Wyatt 1970, 155).

Dalam konteks diatas mengikut kefahaman saya, yang dimaksudkan Cau Phija dan Duli Syah Alam ialah Sultan Mahmud Syah yang merupakan adik ipar Sultan Muzaffar Syah. Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adinda Sultan Muzaffar. Jika tahun diganjak ia mungkin juga Khalifah Sharif Abu bakar Syah (cucu Sultan mahmud) sementara Duli Tuanku Yang Maha Mulia ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah. Uthompon ialah bahasa Arab yang asalnya iala Qutubul. Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah berkahwin dengan Tengku Marin, puteri kepada Sultan Langkat. Paduka Seri Sultan Langkat pada ketika itu bernama Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar. Maksud tak orang lain kepada kita ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah adalah datuk saudara Khalifah Sharif dan ayah saudara Sultan Muhiyuddin Mansur Syah.

Bonda Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud Syah ialah Tengku Siti Nur Aisyah Nang Kemuning merupakan adinda Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jammu Patani. Anakanda Sultan Muzaffar Syah seorang sahaja dan dikenali dengan nama Sultan Patih Siam Jammu Patani. Anakanda Sultan Patih Siam pula ialah Sultan Salehuddin, seterusnya Sultan Zainal Abidin dan seterusnya Sultan Idris dan permaisurinya puteri Majapahit. Hanya seorang sahaja anakanda baginda berdua iaitu Raden Megat Tam Tunggal yang dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821 dan makamnya berada di Tnjong Inggeris, Langgar.

Baginda Tok Pasai atau Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar telah datang menghadiri majlis perkahwinan di raja di Kota Kuala Kedah dalam tahun musuh bisik 1821 dan telah syahid di lautan Kuala Kedah. Kapal yang di naikki baginda telah tenggelam di bedil di Kuala Kedah, dan mayat baginda timbul semula sejurus kemudian lalu dikebumikan oleh pengikut baginda di Kuala Kedah. Makam inilah yang mana hari ini dikenali sebagai Makam Tok Pasai. Disekeliling makam ini terdapat kubur-kubur mereka yang syahid namun telah di musnahkan oleh pihak tertentu. Cubaan pihak berkuasa tempatan dimasa lalu untuk mengubah makam Tok Pasai menemui jalan buntu, mungkin sebagai khazanah peninggalan untuk kita tatapi pada hari ini. Catatan salasilah Langkat yang saya ringkaskan adalah seperti berikut,

17xx - 1821 Y.A.M. Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:
•1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sultan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat.
•2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai.
•3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.
•4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. several wives,
•5) Y.M. Tengku Marin, a daughter
•6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal,a daughter.
Mengikut catatan Tunku Nai Long Kasim dan Tuanku Nai Long Jaafar, makam Tunku Marin permaisuri kepada Khalifah Sharif ini yang terletak di Kedah dikenali sebagai Keramat Tok Jame (lihat gambar).Baginda turut terbunuh di istana Kota Meang Kuang dalam tahun musuh bisik 1821.

Monday, June 25, 2007

CATATAN BURNEY I

Kita lihat lagi catatan Kapten Henry Burney selaku utusan khas ke Siam kepada Gabenor Kota Cornwallis di Pulau Pinang bertarikh 1 Mei 1826 dan direkodkan pada 19 Jun 1826, ms 5.

Bangkok 1st May 1826.
ENVOY AT SIAM.
To
The HONORABLE R. FULLERTON Esquire
Governor &ca..
Prince of Wales Island.

The conference lasted until 3 o'clock in the morning. The discussions with me were carried on almost entirely by the Prince, the Prah Klang and the Rajah of Ligor. The Chakri, Kalahom and Phya Kray only occasionally made observations, But the most sturdy Opponent I had on the Queda question, was the Raja of Ligor, who unceremoniously denied most of the facts which I urged, as to the very large amount of the population which has emigrated from Queda, and as to the mischievous interruptions which his Officers at Queda and Quala Muda are in the habit of giving to the trade and intercourse between Penang and Queda. It was amusing however to see the dexterity (ketangkasan) and address, with which His Highness persuaded the Prince and Prah Klang to acquiesce (bersetuju) in almost every thing else that I proposed, with exception (kecuali) to the restoration (pengembalian) of the Ex King of Queda.


Disini kita boleh lihat bagaimana mesyuarat bersetuju dengan apa saja cadangan Burney kecuali perkara yang berkaitan dengan pengembalian semula kuasa Maharaja Kedah. Jelas pada masa itu, kewujudan Maharaja Kedah di negeri Kedah tidak dapat dinafikan lagi, bukan cakap kosong orang-orang tua kampong seperti dikatakan oleh sesetengah pihak yang jahil tentang sejarah negara. Kalau dulu penjajah pun tak nafikan, kenapa hari ini, setelah kejadian ini menjadi sejarah, kita nak nafikan pula.

Burney sebagai wakil Inggeris telah melupuskan jawatan Maharaja Kedah kerana mengikut kehendak thai, satu tindakan yang mana mereka sebagai penjajah tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian. Sedangkan di Siam, Maharaja Thai dan Raja-raja daerahnya dibenarkan kekal seperti biasa. Pada masa yang sama dibangkitkan jugak campurtangan Thai didaerah Kuala muda yang saya rasa ada sangkut paut dengan gangguan perdagangan di daerah itu dengan Pulalu Pinang atau kemusnahan artifak sejarah di Lembah Bujang dalam daerah Kuala Muda.

I was obliged to propose that the British Government should permit a Siamese Governor to remain in Kedah, and should prevent the Ex-King or any of his followers from disturbing that Country upon the following conditions, viz. that the whole of the family and personal servants of the Ex-King should be liberated and sent to Penang.

Dalam thun 1825, Maharaja Siam ketika ini ialah Syed Alang Alauddin Panglima bukit Gantang. (Saya menyebut Maharaja disini dalam konteks artikel ini. Baginda sebenarnya adalah Sultan Kedah sementara yang disebut oleh Inggeris sebagai Raja of Kedah ialah Raja daerah Kuala Muda sahaja. Apabila raja daerah ini berkuasa sehingga ke hari ini mereka menyebut salasilah mereka sebagai Sultan Kedah).

Gelaran Maharaja ini sudah sedia ada kerana perang Perak dan Kedah (bukan Kedah, perang Raja daerah Kuala Muda sebenarnya) telah berlalu dalam tahun 1818 dan baginda telah pergi berjuang membantu ayahanda baginda, Sultan Mud Zaffar Syah III. Dalam tahun yang sama baginda menaikki takhta kerana Sultan Mud Zaffar Syah III baru saja mangkat. Dalam mesyuarat diatas yang mungkin tidak diwakili Maharaja Kedah, Burney bersetuju agar seorang Gabenor dilantik di negeri Kedah dan raja Kedah dibebaskan dari kongkongan dan dihantar bersemayam di Pulau Pinang bersama keluarga dan pembantu peribadinya.

Di m.s 27,
I had desired to wait for a reply to the reference which I made to Mr. Secretary Swinton on the 31: March, before I relinquished the cause of the Ex-King of Kedah, but I learnt from Mr. Leal, that he had met the party to which my dispatch was entrusted at Ratphri, so late as on the 5: of last month, and that at the rate at which they were traveling towards Martaban, he did not expect they would reach that place before the expiration of the period at which I had calculated upon receiving a reply from Bengal.

Tanggapan Burney Mewakili Inggeris

Maharaja Kedah (dalam konteks Inggeris) dianggap oleh Inggeris sebagai pemberontak, padahal mereka penjajah yang mendudukki Pulau Pinang secara tidak sah kerana menipu perjanjian penyerahan Pulau Pinang. Peperangan Kedah dalam tahun 1838, melibatkan kematian beribu-ribu tentera hanya dianggap sebagai kepungan atau “blockade’ sahaja, sedangkan yang mati ialah tentera Manchu Islam, tentera Pasai (Tok Pasai), Majapahit, Acheh, Patani dan rakyat Kedah sendiri. Kedatangan mereka ke Kedah adalah bertujuan membantu Sultan Kedah (dalam konteks orang Melayu) iaitu Sultan Syed Alang Alauddin. Untuk tambahan bacaan, sila baca catatan Simon Osborne disini,

http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/kedah1.htm

Si pengechut, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II ketika ini berada di Melaka semenjak 1821 dan tidak pulang ke Kedah membantu rakyat kerana dia Raja Daerah (bukannya Sultan Kedah), pada hal dialah punca segala perbalahan ini. Dia telah diampunkan oleh Syed Alang Alauddin dan hanya dibenarkan pulang untuk menjadi Raja Kota Kuala Muda dalam tahun 1842 (Perlu diingat Sultan Abdul Hamid adalah cucunya, juga menjadi Raja Kota Kuala Muda). Terdahulu, penglibatan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II dalam tahun musuh Bisik 1821 telah menyebabkan Khalifah Sharif dibunuh di istana Kota Meang Kuang Kedah.

CATATAN BURNEY II

Mengikut buku Kedah Sepintas lalu karya Haji Ibrahim Ismail, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II telah mengadap Raja rama II di Bangkok dalam tahun 1812-1813 dengan ditemani oleh Gabenor Nakhon Si Thammarat memaklumkan taat setia (ms 72,73) kepada Maharaja thai itu. Dia juga bersekongkol dengan Thai menyerang Perak dalam tahun 1818. Takut di bunuh kerana di kejar tentera Syed Alang Alauddin (1821)dia telah melarikan diri ke Pulau Pinang dan Inggeris telah menghantarnya ke Melaka dan di beri gelaran Marhum Melaka. Di sana dia menjadi penaung kepada penulisan sejarah, kebanyakkan diputarbelitkannya.

Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang telah berjuang bersama-sama kerabat Kedah yang bersama beliau, rakyat kedah, tentera 4 wilayah Patani, tentera China Manchu yang bertapak di Padang Lumat Yan kedah, tentera Majapahit dan Pasai menentang penaklukan Thai keatas negeri Kedah ketika itu. Inggeris dalam kapal Hyacinth membantu tentera thai dengan berlabuh di luar pesisiran Kuala Kedah. Tentera Thai juga menggunakan senapang jenis ‘muskets’ yang dibekalkan oleh Inggeris dari Pulau Pinang.

Di ms 30,
198. On the 6: we had another conference with the Ministers at the Palace of Krom Meun Surin. The Rajah of Ligore was present, and used much exertion to effect some settlement respecting the affairs of Kedah. He proposed that the Ex King should be removed from Penang, and not be allowed to reside at Prye (Prai) in Province Wellesley, or in Perah, Salengore or any Burmese territory, and that the Government of Prince of Wales Island should not prevent from returning to Kedah, any of the inhabitants of Kedah who might desire to do so.

Ultimately, I should have no objection to accede to the propositions which the Rajah of Ligore now brought forward with exception, however, that instead of the phrase, that the Ex King of Kedah should be removed from Penang, the expression should be, that arrangements should be made by the British Government for His Highness's residence in some other territory. I pointed out that the former phrase would be wholly inconsistent with the good will which the British Government must ever entertain towards an old Ally, and particularly when he is in distress. I admitted however that so long as the Ex King remained at Penang, in the immediate vicinity of Kedah, it will be impossible for himself or his adherents to refrain from disturbing or interfering with the Siamese who are in possession of their country. The Ministers agreed to all the conditions which I proposed respecting Kedah, with the exception of that requiring a free exportation of Grain to Penang.

Di ms 33 pula,
205. The free importation of Grain from Kedah to Penang was then discussed; the Phra Klang proposed that the present duty should be reduced to 8 Ticals per Coyan upon Rice and 4 Ticals upon Paddy. But I thought it most advisable to try and secure an entire freedom to the importation of supplies to Penang. The Rajah of Ligor proposed, and I at length consented, that in the event of the Rajah of Kedah remaining at Penang, and of our not making arrangements for his removal to some other territory, the present export duty upon grain should continue to be levied at Kedah, but not otherwise, and that at any rate, no duties or restrictions should be given to the exportation from Kedah of Poultry, Cattle and other stock.

Hairan juga bagaimana ujud kekeliruan ini. Kemungkinan tetap ada dimana dalam mesyuarat tersebut yang dimaksudkan thai ialah Maharaja Kedah sementara yang di maksudkan Burney ialah Raja Kedah. Berdasarkan kefahaman yang salah ini, Inggeris pun menghantar Raja Kedah (Raja Daerah Kuala Muda) ke Melaka. Oleh kerana Thai beranggapan tiada tindakan dipihak Inggeris, menghantar Maharaja Kedah, mereka pun meyerang Kedah dalam tahun 1838. Ibarat ayam membuat perjanjian dengan itik, burung terkapit ditengah-tengah. Wallahualam.

Wednesday, June 20, 2007

CATATAN BURNEY : 1 MEI 1826

Oleh anaianai

Kita ikuti catatan Burney, selepas kejadian Musuh bisik tahun 1821,

Continuation of Captain H. Burney's Journal of his Mission to the Court of Siam from 15th February to 1st May 1826.

On the night of the same day I saw the Rajah of Ligor who begged of me in the most earnest manner to resign all idea of effecting the restoration of the King of Quedah, assuring me that the mind of the (Thai) King was fixed against such a measure, and that if I persisted in it (I) should only lose all the other objects of my mission. He asked me further to go and visit the Pya of Singora, who is about to return to his Government, and ascertain whether, what he, the Rajah of Ligor informed me as to the Sentiments of the King and Ministers respecting the King of Quedah is not perfectly correct. The Rajah stated that he wished to see me more frequently, but was afraid to do so, because I differed from the Ministers on some points, and this difference, in the event of an intimate communication between the Rajah and myself, would be suspected to be fomented by him, and would cost him his life.


Raja Ligor (mungkin Tuan Sulong?) telah menasihatkan Burney dalam cara yang bersopan santun bahawa missi beliau akan gagal sekiranya beliau masih mahukan Maharaja Kedah di kembalikan takhtanya kerana Maharaja Thai memang tidak akan bersetuju dan akan menentang habis-habisan. Burney disuruh berjumpa dan bertanya dengan ‘Phya of Singgora’, (Tengku Raja Songhkla) iaitu Syed Alang Alauddin (cucu khalifah Sharif) mengenai tanggapan Maharaja Thai dan menteri-menterinya terhadap Maharaja Kedah. Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang pada ketika itu menjadi Raja Songkhala. Maksud pulang ke kerajaan pula ialah Sultan Mudzaffar Syah III telah mangkat dan Syed Alang Alauddin akan kembali ke Kedah untuk ditabal sebagai Maharaja Benua Siam Islam. Raja Ligor ingin lebih kerap berjumpa dengan Burney tetapi dia tahu setiap langkah gerak gerinya nya sedang diperhatikan. Ayat ‘ …would cost him his life’ bermaksud, kalau berkomunikasi berlebih sangat dengan Burney dia pasti akan dibunuh.

Seterusnya,

Referring to the documents cited in the Margin and to some facts well known at Penang, I trust my Superiors will consider me justified in drawing the following conclusions. The Government of Prince of Wales Island, under an erroneous representation from the Rajah of Quedah that Perak was formerly Vassal to Siam, not only used every exertion to persuade the Late Rajah of Perak to submit to Siamese domination, but encouraged the Rajah of Quedah to conquer Perak, and actually furnished him with the ammunitions of War by which that unhappy Country was conquered and destroyed. The Government of Prince of Wales Island would never have followed such a course if it had been aware what the Siamese (Thai) Ministers have now disclosed, that Siam (Thai)had not previous to that date (1767), any right or claim whatsoever over Perak


Disini Burney mencatatkan bahawa Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang telah bertindak salah membekalkan senjata kepada Raja Kedah hanya berdasarkan maklumat yang salah dari Raja Kedah itu (Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah) yang mengatakan bahawa Perak adalah dulunya dibawah jajahan Siam. Memang benar, tapi Siam islam, bukannya Thai yang beragama Buddha . Thai ini datang negeri Siam yang dulunya beragama islam. Dalam lain perkataan, negeri nya sama, tapi bangsa dan agamanya dah lain. Burney mendapat maklumat ini dari menteri-menteri thai.

Ia juga membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah atau Marhum Melaka ini seorang yang pandai,…pandai menipu, penjajah Inggeris pun ditipunya.. Kalau dah memang sejarah bangsa Melayu boleh ditipu oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah melalui penulisan sejarah bangsa, takkan dia tidak boleh menipu Inggeris yang tak tahu sejarah bangsa Melayu. Hari ini patutkah kita berpegang lagi kepada sejarah versi mereka yang kena tipu oleh si penipu ini, sejarah daif mengenai sejarah bangsa kita.

CATATAN BURNEY : SITUASI DI PERAK

Kita ikuti catatan Burney bertarikh 10 Februari 1820 ini mengenai serangan Kedah keatas Perak oleh Paduka Seri Ahmad Tajuddin Halim Syah yang pro thai dalam lapuran yang sama,

I declined to enter into any discussion respecting Perak, declaring only to the Prah Klang that the Ministers were most incorrect in stating that Perak had 10 years ago of its own account transmitted the Boonga Mas to the Chow Pya of Ligor, that I was at Prince of Wales Island in 1811 when the discussion respecting the Raja of Quedah attacking Perak first arose, and again in 1817 and 1818 when the Raja's forces conquered Perak and that I knew from my own personal knowledge, that the Raja of Perak had not of his own accord sent the Boonga Mas, but that he had been made to do so by force and violence, and after his country had been laid waste and destroyed most cruelly by the Rajah of Quedah.

Catatannya ini mengatakan Perak pernah menghantar Bunga Mas kepada Raja Ligor terdahulu. Raja Ligor terdahulu itu adakah Khalifah Sharif (yang menggunakan nama lain). Baginda pernah menetap disitu buat sementara selepas berundur dari Ayuthia yang diserang Thai dalam tahun 1767. Baginda dikatakan bersemayam disitu sebagai Raja Ligor, sebab istananya berada di Ligor (sekarang Nakhon Si Thammarat, lihat gambar kecil di kanan). Selepas Istana Kota Meang Kuang siap, barulah baginda pulang ke Kedah. Semasa disinilah Perak menghantar Bunga Mas kepada Sultan Khalifah Sharif.

Jadi dizaman dahulu, Bunga Mas dihantar kepada Maharaja Siam Islam, bukan kepada Maharaja Thai yang beragama Buddha. Chau Phya (Cau Pija, tanpa r) ialah gelaran Maharaja Besar Benua Siam Islam, bukan Chau Phraya seperti sungai Chau Phraya di Bangkok (dengan 'r'). Habis tu dimana bunga Mas itu berada sekarang ni? Ia dirampas oleh Thai semasa menyerang Istana Kota Meang Kuang dlam tahun 1821 lalu dibawa balik ke Bangkok. Hari ini kita mengatakan Siam itulah Thai dan mereka lah yang menerima Bunga Mas itu dari raja-raja kita, padahal adalah sebaliknya.

Kita lihat pula tanggapan Captain Henry Burney mengenai sikap Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang menyerang Perak atas arahan Rama Chakri Thai dalam tahun 1811 dan 1819 sewaktu Sultan Mud Zaffar Syah III memerentah Perak.

Dia menyebut tindakan ‘most cruelly’ by the Raja of Quedah, satu tindakan pembaziran dan menghancurkan, paling kejam oleh Raja Kedah iaitu Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Ini pendapat penjajah, apa tah lagi pendapat rakyat dimasa itu. Memang jelas dan tidak syak lagi ada konspirasi sejarah!!

LAPURAN CAPTAIN BURNEY, 10 FEBRUARI 1820.

Oleh anaianai

Captain Henry Burney telah dilantik menjadi wakil perunding Inggeris dengan negeri Siam yang diperintah oleh thai selepas tahun 1767. Rundingan nya telah dibuat terdahulu dari tarikh 10 Februari 1820. Pada waktu ini Khalifah Sharif Abu Bakar Syah masih bersemayam di Istana Kota Meang Kuang. Ini bermakna kejadian pembunuhan Musuh Bisik tahun 1821 belum lagi berlaku. Kita ikuti petikan lapurannya yang ada kaitan dengan kajian kes,

H. BURNEY Captain, REPORT of the progress of Captain Burney's Negotiations with the Court of Siam, Envoy to the Court of Siam, Bangkok, 10th February 1820.

“Since writing the above I have been privately assured by the Rajah of Ligor, that the Siamese (Thai) Ministers are disposed to accede to all the propositions contained in my Memorial No. 19 excepting that requiring the restoration of the King of Kedah to which they are decidedly opposed, because the offered annual payment of 4,000 Dollars is too insignificant, when compared with the revenue which His Highness now realizes from Kedah and nearly the whole of which is sent up to Bangkok. The interests of the Rajah of Ligor are, of course, too much connected with Kedah for me to place implicit faith in what I hear from him on this subject. But my Memorial it will be seen, does not propose to Siam a clear equivalent for all that the British Government requires from her; and it will rest with my Superiors to determine, whether I shall sacrifice the claims of Kedah, and accept whatever the Siamese Ministers are now described to be willing to grant, or offer to them any other advantage besides an augmentation of the proposed sum of 4000 Dollars, to induce them to concede that point also. I have taken care to avoid holding out any distinct pledge to the Siamese of protection against Ava from the British Government; and I have conceived it my duty to try and secure as much as possible from Siam for the smallest return on our part”.

Burney memaklumkan bahawa menteri-menteri Thai menentang ‘King of Kedah’ atau Maharaja Kedah berkuasa penuh seperti seperti sediakala. Disini jelas mereka mengetahui siapa ‘King of Kedah’ kerana Sipengkhianat bangsa, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (disebut sebagai ‘Raja of Kedah’) telah menghantar anakandanya Tengku Abdullah mengadap Raja Thai dalam tahun 1812. Seterusnya pada nov 1816 dan sept.1818, Kedah pun menyerang Perak bagi pihak Thai dengan dibantu oleh Inggeris.

Lagi pun bayaran tahunan 4 ribu dolar Inggeris kepada Siam tidak setimpal dengan hasil pengeluaran Kedah. Setimpal atau tidak bukan persoalannya kerana Kedah bukan milik Thai, tapi milik Siam Islam. Tindakan Burney dalam tahun-tahun akan datang membuktikan bahawa beliau telah mengorbankan tuntutan Maharaja Kedah keatas negeri Siam yang dijajah Thai.

Raja Ligor telah memaklumkan bahawa menteri-menteri Thai menentang perlantikkan King of Kedah. Raja Ligor sewaktu itu ialah Tengku Long Taha ibni Tengku Long Putera. Maklumat ini tidak dipercayai/yakini oleh Burney kerana hubungan Raja Ligor dengan Kedah. Sewaktu itu Thai masih membenarkan raja-raja Islam memerentah Patani, Satun, Yala termasuk di Ligor kerana ramai rakyat Kedah disitu masih lagi beragama Islam.

Catatan Burney ini sekali gus menyangkal sejarah Thailand yang mengatakan bahawa Boromoraja V Ekatahat mati dibunuh dalam tahun 1767 sewaktu Ayuthia diserang oleh Ayuthia. Kenyataan sejarah karut ini dibuat bagi menutup kekejaman Raja-raja Chakri Sukhothai dahulu. Raja Chakri Rama II Phutthaloetla Naphalai telah memberi arahan kepada tenteranya supaya membunuh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Maharaja Benua Siam Islam Nagara Kedah di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun Musuh Bisik 1821.

Tuesday, June 19, 2007

SULTAN MUHAMMAD I, PADUKA SERI SULTAN LEGEH, BHGN I

Oleh Tunku Nai Long Kasim

Uploaded by anaianai

Dalam tahun 1800, di negeri Legeh (Kelantan dan Trengganu) bersemayam seorang raja yang memang terkenal dengan ilmu agamanya sehingga berkebolehan untuk menjadi seorang tokoh agama. Nama baginda ialah Tengku Nik Muhammadiah ibni Tunku Mohammad Chan. Ayahanda baginda Tunku Mohammad Chan bergelar Mat Sirat pada suatu ketika pernah menjadi Perdana Menteri Nagara Kedah.

Baginda Tunku Mohammad Chan telah berkahwin dengan Puteri Maharaja China Manchu Islam dan salah sorang dari putera-puterinya telah dilantik oleh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah menjadi Raja Legeh bersemayam di Istana Kampung Raja Legeh, Kok Lanas Jeli. Tengku Nik Muhammadiah ini dikenali dalam sejarah Kelantan sebagai Long Muhammad (1800-1835) dan Keramat Tok Bai. Sehingga ke hari nama Al Muhammadiah begitu terkenal di Kelantan dan ia sebenanya merujuk kepada baginda.

Sila baca catatan sejarah fantasi dibawah,

1800 - 1835 H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad I Khalilu'llah ibni al-Marhum Sultan Long Yunus [Sultan Mandul], Raja and Yang di-Pertuan of Kelantan b. at Losong, ca. 1742, sixth son of Sultan Long Yunus bin Long Sulaiman (salah maklumat ini, Tengku Mohammad Chan, bergelar Mat Sirat yang menentang tentera Thai di Pulau Langkawi), Raja and Yang di-Pertuan of Kelantan, by a concubine??, 1741, educ. privately. Installed as Raja of Kubang Labu, 1756. Expelled his brother-in-law and the Trengganu faction, with Chinese (orang-orang china islam) help. Installed as Raja and Yang di-Pertuan Besar of the State of Kelantan 17th November 1801 and became a separate tributary of Siam in 1812. He d.s.p.m. at Pulau Saba, 26th January 1835 (bur. Royal Cemetery, Kampung Langgar, Kota Bahru) (succ. by his cousin).

Tengku Nik Muhammadiah ibni Tunku Mohammad Chan apabila menaikki takhta kerajaan dalam tahun 1800 bergelar Paduka Seri Sultan Muhammad I. Permaisuri baginda ialah Sharifah Mariam binti Sheikh Syed Latif, cucu kepada Koya Fai Megat Iskandar ibni Khalifah Sharif Abu Bakar Syah. Di Kedah, Sharifah Maryam dikenali sebagai Datuk Nai Maryam, Menteri Kebajikan Masyarakat dibawah pemerentahan Sultan Jaafar Mud Azam Syah. Dalam sejarah Kelantan Sultan Muhammad ini dikatakan mandul dan tidak mempunyai anak. Kenyataan ini adalah fitnah bagi menunjukkan kelemahan baginda agar mereka yang merampas kuasa dengan pertolongan penjajah thai dan memerantah pada hari ini akan menjadi lebih terserlah. Putera-puteri baginda ialah,

a.Tengku Nik Haji Omar, menjaga Rumah Legeh di Bukit Jabal Qubis di tanah suci Mekah.
b.Tengku Nik Haji Saad, menetap di Permatang Harimau dan keluarganya masih ada hingga hari ini. Tidak sampai 100m dari rumah keluarga ini ialah makam Tunku Mohd Chan dan Putri Maharaja China Manchu yang beragama Islam.
c.Tengku Isau, berkahwin dengan Tengku Nai Long Haji Yassin ibni Sultan Jaafar Mud Azam Syah
d.Long Senik, anak angkat dari Long Yunus, Gabenor Ban Nara/Kota Bharu dibawah jajahan Narathiwat. Long Yunus bukan ayahanda Long Muhammad.

Di zaman pemerentahan baginda, Long Yunus telah dilantik menjadi penghulu di Ban Nara atau hari ini dipanggil Kota Bharu. Long Senik, anak angkat Sultan Muhammad I pula di lantik sebagai pengutip cukai di Kok Lanas dan secara senyap-senyap telah menyimpan wang kutipan tersebut untuk kegunaan dan kepentingan sendiri. Ketika itu sudah berlaku perbalahan perebutan kuasa secara kecil-kecilan dan thai pula sedang mula menggerakkan jentera pentadbiran ke negeri-negeri di Pantai Timur.

SULTAN MUHAMMAD I, PADUKA SERI SULTAN LEGEH, BHGN II

Oleh Tunku Nai Long Kasim

Uploaded by anaianai

Dengan wang yang dicuri tersebut Long Senik telah menempah bunga emas dan bunga perak. Apabila sampai kepengetahuan Sultan Muhammad I, Long Senik mengatakan Bunga Mas dan bunga Perak tersebut adalah untuk Syed Alang Alauddin yang menjadi Maharaja Benia Siam Islam Nagara Kedah. Apabila siap tempahan tersebut dia sendiri telah mengadap Raja Rama Chakri Mongkut dan menyerahkan persembahannya itu tanda taat setia. Tindakan ini telah menyebabkan Long Senik dilantik menjadi Sultan Kelantan. Dengan perlantikkan tersebut Long Senik Mulut Merah yang ketika itu berada di Bangkok telah datang bersama dengan tentera Thai menyerang Patani dan Legeh demi mengambil alih tampuk pemerentahan atas arahan Raja Buddha Thai Mongkut.

Dalam peperangan tersebut tentera Patani dan tentera Long Muhammad telah tewas dan baginda dikatakan terbunuh. Tentera-tentera Patani dan Legeh ada yang diheret ke Bangkok dengan telinga mereka ditebuk dan dirangkaikan dengan rotan dan ada yang menyelamatkan diri hingga ke Butterworth dimana mereka dihalang oleh Inggeris menyeberangi lautan ke Pulau Pinang. Tentera-tentera Thai telah mengepung dan membunuh mereka di situ. Ramai pula membuang senjata dan menyamar sebagai rakyat biasa di Kedah dan mereka ini menceritakan pengalaman kekejaman tentera bangsa Thai ini kepada generasi hari ini.

Sebenarnya baginda Sultan Muhammad I atau Nik Muhammadiah dan permaisurinya telah diselamatkan oleh pengikutnya dan dibawa lari ke Kedah. Long Senik Mulut Merah kekal ditampuk pemerentahan dan diberi anugerah oleh Raja Rama Chakri dalam tahun 1838. Long Senik Mulut Merah adalah raja yang dilantik oleh penjajah Thai dan merupakan pengkhianat bangsa Melayu yang bersekongkol dengan penjajah Thai. Situasi sebegini kemudiannya dijadikan contoh oleh Sultan Abdul Hamid Halim Syah di Kedah untuk merampas kuasa dan membunuh Sultan Jaafar Mud Azam Syah dalam tahun 1876.

Sila baca catatan dibawah mengenai Long Senik ini,

Sebelum dilantik menjadi sultan oleh thai,

Y.T.M. Tengku Senik bin Tengku Temenggong Long Tan [Tuan Mika], Paduka Sri Sultan Deva Maharaja. Adopted by his childless uncle, Sultan Muhammad I. Governor of Penambang. Raised to the title of Raja Bendahara 1835, and granted the title of Phraya Changwang by King Rama I of Siam (thai) 1835. Raised to the rank of Yang di-Pertuan Muda with the title of Paduka Sri Sultan Deva Maharaja, 1837. Granted the title of Phraya Sundhara Adipati Sri Sultan Deva Maharaja by the King of Siam (THAI), 1838. Governor of Jering in Patani 1853-1854. He d. in Jering, 1854, having had issue, nine sons and five daughters

Selepas menjadi Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad II, perlantikkan oleh thai,

1835 - 1886 H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan [Sultan Mulut Merah], Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Kelantan. b. ca. 1794, as Long Senik, fourth son of Tengku Long Tan ibni al-Marhum Sultan Long Yunus (salah maklumat ini), Tengku Temenggong Aria Pahlawan, educ. privately. Adopted by his childless uncle, Sultan Muhammad I. Raised to the title of Tengku Temenggong Aria Pahlawan and appointed as Heir Presumptive, after the death of his father. Succeeded on the death of his uncle and adopted father, as Raja and Yang di-Pertuan Besar of the State of Kelantan, 26th January 1835.

As a consequence of dissension within the Royal Family, he was obliged, by virtue of a Siamese compromise, to share power with his uncle, Tengku Long Zainal. The latter styled Yang di-Pertuan Muda and Muhammad Yang di-Pertuan Besar. Recognised as ruler by the King of Siam (Thai) and raised to the title of Phaya Visit Bakdiya 1836, and prom. to Phraya Deva Kelantan 1845. Raised to the title of Phraya Devanujitha Mahesvara Rajanukula Vibunlaya Bakdiya Sri Sultan Muhammad Rattanathada Mahapaddana Adikara (Phraya Dechanuchitmahitsarajanu kulawibunlaya phakdi Seri Sultan Muhammad Rattanathada Mahapathanathikan) by King Rama V of Siam 4th March 1877. m. H.H. Sultana Batoh [To'] binti Tengku Long Yusuf [Tuan Besar], granted the title of Tengku Ampuan, and later promoted to Sultana in March 1877, youngest daughter of Y.B.M. Tengku Long Yusuf ibni al-Marhum Sultan Long Yunus, of Bukit Panjor. He d. at the Istana Balai Besar, Kota Bahru, 30th October 1886 (bur. Royal Cemetery, Kampung Langgar), having had issue, two sons and one daughter:


Maklumat ini adalah bercanggah kerana Long Senik Mulut Merah dan Sultan Muhammad Syah II adalah orang yang sama. Maklumat diatas mengenai anak yang ditinggalkan pun salah (9 lelaki, 5 perempuan) dan berbeza dangan bilangan anak yang dikatakan seperti dibawah (2 lelaki dan 1 perempuan). Yang meninggalkan anak 3 orang ialah Nik Muhammadiah bergelar Sultan Muhammad I.

Di Kedah, Nik Muhammadiah hidup sebagai orang biasa dan menjadi tokoh agama di Kedah. Baginda menetap di Alor Pak Ngah dimana baginda dipanggil penduduk kampung sebagai Ngah Haji Muhammadiah. Baginda mempunyai ramai anak murid di Kedah yang terkenal diantaranya Keramat Haji Idris (Pekan Titi Haji Idris), Keramat Haji Naik Kayu, Keramat Haji Sheikh Penjarum dan Haji Abdullah Fahim.

Puteri baginda Tunku Isau, adalah bonda kepada Tunku Nai Long Mahmud dan Tunku Nai Long Hj Abdullah (lihat gambar) Ini kerana Tunku Nai long Haji Yassin ibni Sultan Jaafar Mud Azam Syah dikahwinkan dengan Tunku Isau. Sementara itu, permaisuri Nik Muhammadiah, Sharifah Mariam binti Sheikh Syed Latif dikenali di Kedah sebagai Datuk Nai Mariam. Baginda dilantik menjadi Menteri Kemajuan Masyarakat dan telah menjalankan projek mengorek terusan Sungai Korok, Kg Rambai dan Sungai Korok, Alor Changleh menggunakan tenaga gajah untuk kemudahan rakyat menanam padi.

Perlantikan dalam tahun 1862 ini adalah seiring dengan Ngah Ibrahim bin Nai Mad menjadi Menteri di Larut Perak menggantikan Long Jaafar yang menaikki takhta Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mud Azam Syah. Peralatan Kebesaran Sultan Muhammad I berjaya disembunyikan dari penjajah Thai dan masih lagi disimpan olah keluarga mereka di Kedah.

Sultan Muhammad I dan permaisurinya Datuk Nai Mariam (TNL Kasim menyebut Nai Riam) meninggal dunia kerana sakit tua dan kedua mereka disimpan sebelah menyebelah di Makam Raja-raja Siam Islam di Kampung Tualang Kedah.

(Untuk gambar makam baginda berdua, sila lihat dibawah semua artikel-artikel ini)

Monday, June 18, 2007

Undang Undang Kedah....SOLD OUT ! ! !

Saya mendapat maklumat terbaru bahawa buku Undang-Undang Kedah sukar didapati dipasaran dewasa ini.Beberapa orang kenalan rapat saya memaklumkan mengenai perkara ini beberapa hari yang lepas. Ini adalah situasi di Kedah, dinegeri lain saya kurang pasti. Ada yang terpaksa menempah buku ini dan ada yang pergi ke beberapa kedai buku kegemaran mereka dan dimaklumkan,"Sorry encik, out of stock! Kena tunggu bulan depan!. Dewan Bahasa tengah ulang cetak !" Diantara pembeli-pembeli ialah orang awam (sudah pasti peminat sejarah), guru-guru sekolah, ahli-ahli persatuan sejarah dll. Syukur kepada Allah, semoga kebenaran sejarah bangsa melayu dan agama islam lebih tersebar dan meluas dikalangan rakyat Malaysia.

Saturday, June 16, 2007

Ramathibodi I

From Wikipedia (tidak diedit)

Ramathibodi I (b. 1314, d. 1369) was the first king of the kingdom Ayutthaya (now part of Thailand), reigning from 1351 to 1369. He was known as Prince U Thong before he ascended to the throne on March 4, 1351. A native of Chiang Saen (now in Chiang Rai Province) he claimed descent from Khun Borom and propagated Theravada Buddhism as the state religion.

Scholar Charnvit Kasetsiri hypothesized that U Thong might have actually been born to a Chinese merchant family operating in the area of Phetburi. At least one royal chronicle identifies U Thong as the son of one Chodüksethi, apparently a leader of the Chinese merchant community.[1][2][3]

New information from Kedah, Malaysia clearly state Rama Tibodi I by his Muslim name of Sultan Mad Zafar Syah III ruler of the Siamese Kedah Pasai Ma, probably part of the Ayuthaya Empire or by its Muslim name. Records in Iran state that he has in his royal court a Muslim scholar known as Sheikh Ahmad Qomi. He is the son-in-law of Chinese Siamese Muslim King descendent by the name of Nayuan (Bee Father). A golden coin with his name inscribe on it has been found in the island of Langkawi and is now kept in the Kedah State Museum.

During his reign he built Ton Sun Khlong Tue Mosque in Bangkok which still stand today. Apart from that France still have records in the form of a map of 21 Mosque built in Ayutthaya during his reign and known as Shari Nao. The Mosques however were destroyed during the invasion by Sukhotai of Myanmar. Meanwhile local villages in Kedah people still speak Siam daily, a language spoken by their former King. The Siam (Muslim) language is different from the Thai language although they are very similar.

Apart from the above information, various tomb of Ayuthia Kings such as Rama Tibodi II is located in Kubang Pasu Kedah. The tombstone is inlaid with Ayyuthians decorative motives, shape as per alphabet 't'. The tomb of Rama Tibodis II son, Khun Woran Wang Ser is also located in Alor Setar, Kedah. His decsendent lives in Kedah and carries the title Nai Long before their given names.

Ramathibodi's position was likely secured by political marriage and family ties. He was married to a daughter of the ruling family of Suphanburi, and may have also married into an alliance with the rulers of Lopburi - it was likely the king of Lopburi that he was initially chosen to succeed. He appointed both his brother-in-law and son to positions of leadership in Suphanburi and Lopburi, respectively, and established his own capital in the new city of Ayutthaya. Ramathabodi's reign bound together the Khmer rulers of Lopburi, the Tai in the west, and the Chinese and Malaysian merchants who inhabited the coastal areas.

Ramathibodi's death sparked a conflict over succession; initially, his son Ramesuan became ruler of Ayutthaya, but Ramesuan later abdicated in favor of Ramathibodi's brother-in-law, Borommaracha. Some sources indicate that the abdication occurred peacefully, while others indicate that Ramesuan's abdication followed a bloody civil war.

Sources
• Wyatt, David K., Thailand: A Short History, New Haven (Yale University), 2003. ISBN 0-300-08475-7
• Associate Professor Srisak Vallipodom, Sheikh Ahmad Qomi and the History of Siam, Cultural Center of the Islamic City, Republic of Iran, Bangkok 1995, page 209
• Assoc Professor Plubplung Kongchana, "The Persians in Ayutthaya", Director, Institiute of Asia Pacific Studies, Srinakharinwirot University.
• Tuanku Nai Long Kassim ibni Almarhum Tunku Nai Long Ahmad, "Islamic Epigrafi–The King of Ayuthia Dynasty Kedah Pasai Ma Gangga Nagara"
http://en.wikipedia.org/wiki/Ramathibodi_I

Mukim Bukit Gantang

Bukit Gantang merupakan salah sebuah mukim yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Larut, Matang dan Selama. Mukim ini terletak bersempadanan dengan Mukim Kg. Buaya, Daerah Kuala Kangsar yang memisahkannya dengan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Berapit.

Sejarah Awal Bukit Gantang

Satu ketika dahulu, Bukit Gantang pernah dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran Jajahan Larut oleh Long Jaafar setelah dilantik sebagai Raja Larut melalui perlantikan oleh ayahandanya Syed Alang Alauddin ibni Sultan Mudzaffar Syah III, Maharaja Benua Islam Siam Kedah pada tahun 1856. Syed Alang Alauddin juga bergelar Panglima Bukit Gantang.

Long Jaafar telah mendirikan sebuah kubu pertahanan di Pekan Bukit Gantang bagi menangkis serangan dari thai dan Kedah semasa zaman pertengahan dahulu. Kota ini juga telah menyaksikan peperangan antara Thai dan Kedah terhadap Kerajaan Negeri Perak dan menyaksikan pertahanan utara negeri Perak jatuh kepada Thai dan Kedah yang mengakibatkan angkatan perang Perak terpaksa berundur ke Kuala Kangsar sebelum perjanjian damai antara Thai dan Perak ditandatangani.

Peperangan Thai dan Perak

Peperangan ini berlaku adalah disebabkan keengganan Kerajaan Perak menghantar Bunga Emas kepada Thai yang menyaksikan bahawa Kerajaan Perak berada dibawah naungan Thai. Walaubagaimanapun, Kerajaan Perak tidak mengiktirafkan. Raja DaerahKedah telah bersybahat dengan Thai untuk menyerang Kerajaan Perak kerana pada ketika itu Kerajaan Kedah terletak dibawah jajahan Thai. Terdahulu dalam tahun 1767, Kerajaan Siam Islam Ayuthia talah ditawan oleh Sukhuthai dari Lannathai yang beragama Buddha.

Zaman Keemasan Bukit Gantang

Semasa dibawah era pemerintahan Long Jaafar, Bukit Gantang telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan awam seperti bangunan - bangunan kedai, pejabat - pejabat orang besar jajahan, Stesen Keretapi Bukit Gantang dan laluan jalanraya yang menghubungkan Bukit Gantang dengan Sg. Limau yang pada ketika itu dijadikan sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada masa itu, pendapatan utama bagi Jajahan Larut adalah perlombongan bijih timah yang diusahakan di Taiping yang kebanyakkannnya diusahakan oleh imigran Cina Manchu Islam dari kumpulan Hai San dan Ghee Hin yang beragama Buddha dari Pulau Pinang melalui perjanjian dan konsesi yang dianugerahkan kepada mereka oleh Long Jaafar.

Zaman Kesuraman Bukit Gantang

Apabila Syed Alang Alauddin meninggal dunia dalam tahun 1862, Long Jaafar telah dilantik menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah bergelar Sultan Jaafar Mudazam Syah. Baginda kemudiannya melantik Ngah Ibrahim untuk menggantikan tempatnya sebagai Raja Larut.Ngah Ibrahim telah memindahkan Pusat Pentadbiran Jajahan Larut dari Bukit Gantang ke Matang kerana berpendapat bahawa Bukit Gantang terletak agak jauh dari Taiping.

Ketika Pusat Pentadbiran Jajahan Larut di Matang, Ngah Ibrahim telah menjadikan Pelabuhan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan laut baru bagi menggantikan Pelabuhan Sg. Limau. Walaubagaimanapun, pergolakan dan campurtangan penjajah Inggeris telah bermula semasa era pemerintahan Ngah Ibrahim yang menyaksikan beliau telah dihukum buang negeri kerana terlibat dengan komplot pembunuhan Residen British yang Pertama di Perak iaitu Sir James Birch. Pada ketika ini, Bukit Gantang hanya menjadi sebuah Pekan Kecil yang mempunyai tinggalan - tinggalan sejarah seperti Kota Bukit Gantang, Tapak Stesen Keretapi Bukit Gantang, Makam Long Jaafar dan ahli - ahli keluarganya, Pejabat Penghulu serta makam - makam lama.
Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mukim_Bukit_Gantang"

SEJARAH MELAKA SEPINTAS LALU I

Saya telah menyebut dalam artikel-artikel saya sebelum ini mengenai Sultan Muhammad Syah yang telah membuka Melaka. Walaupun Melaka tidak disebut dalam buku sejarah kita ketika itu, ini tidak bermakna ia tidak wujud. Mungkin ketika itu kewujudan Melaka hanyalah sebagai sebuah perkampungan nelayan, mungkin lebih daripada itu. Lagipun Kota Melaka bukannya terletak di A Farmosa kerana ia belum lagi dibina oleh orang-orang Portugis.

Sila rujuk artikel saya terdahulu disini,
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/siapakah-yang-membuka-melaka.html

Terdahulu dari itu Kota Melaka terletak di Bukit Tereh berhampiran dengan Muar. Ia dibina di zaman Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir. Tinggalan kota istana itu masih lagi ada sehingga hari ini. Jarak masa 400 tahun dan 8 orang raja memisahkan Podiset Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir dengan Sultan Muhammad Syah. Namun begitu perkataan siam seperti Mu ar bermaksud topi atau mahkota telah pun wujud dalam tempoh ini. Anakanda baginda Sultan Muhammad Syah iaitu Sultan Madzaffar Syah III telah membuka kerajaan baru di Ayuthia dan bergelar Rama Tibodi I bermaksud, kamu sebar/nasihat. Pemerentahan jajahan-jajahannya di Kedah, Melaka dan Acheh diserahkan kepada putera-puteranya untuk mentadbir bagi pihaknya. Putera sulong baginda, Tunku Nazreen menjadi Raja di Acheh dan bergelar Rame Suan di Ayuthia. Tunku Nazreen ini telah berkahwin dengan Ratu Iman Acheh yang mana dijumpai pada batu nesan bertulis dalam bahasa kawi bermaksud,

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.


(Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh)

Putera kedua baginda Tunku Salehuddin menjadi Sultan di Siak bergelar Boromoraja I di Ayuthia. Gelaran Boromoraja I disebut Paramaraja I di Burma dan Parameswara di Melaka (1409-1424). Baginda lah yang disebut sebagai Parameswara yang membuka Melaka dalam tahun 1400, satu tarikh andaian pengkaji sejarah sahaja. Berhampiran dengan Perlak, di Beruas Gangga Negara (Perak) pula di perintah oleh anak saudara baginda, Sultan Mohammad Chan ibni Sultan Nazreen. Sultan Mohammad Chan di kenali sebagai Tok Temeng @ Tok Temong. Di Ayuthia Tunku Mohammad Chan di kenali dengan gelaran Thong Chan. Makam baginda masih ada hingga hari ini di Beruas bersama dengan Makam Sultan Mahmud Syah, ‘Kalifatullah Akhirul Zaman’.

Dalam tahun 1424, Sultan Mohammad Chan telah memerentahkan supaya anakanda baginda Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Boromoraja II pergi ke Melaka dan membuka lombong-lombong bijih di Lukud yang bermaksud, berlombong bijih. Baginda dengan pengikutnya yang terdiri dari orang-orang Beruas, Kedah dan Bugis pun berhijrah ke sana dan membina sebuah Kota di Lukud. Orang-orang Bugis adalah dari bangsa ‘Mesticos’ iaitu perkahwinan campur orang-orang Portugis dengan penduduk tempatan di Khalingga India.

Mengikut catatan Commander Diogo Dias, Laksamana Potugis yang mula-mula tiba di Madagascar (Ilha de Sao Lourenco) dalam tahun 1500, terkejut melihat tinggalan kota portugis yang mempunyai dua pintu dan sebuah menara dengan catatan bertulis “REX PORTUGALLENSIS’ . Tinggalan ini membuktikan terdapat orang Portugis yang datang jauh lebih awal dari mereka tetapi tidak dapat balik lalu menetap disitu. Beliau mencatatkan,

“….there were many Mestiços born from a mixed crossbreed between the shipwrecked people and the local inhabitants”.

Orang-orang Bugis atau Mesticos ini masih ada di Ayuthia dan disebut oleh Inggeris yang berkunjung ke Ayuthia dalam tahun 1855 seperti berikut,

“…..we found a major general, wearing gold and silver flowers on the side of his round hat, he being clad in a jacket of purple silk with gold ornaments, and telling us he spoke Portuguese, and was descended from Portuguese ancestry, but he had never left Siam. IIe says there are a thousand Portuguese settled in the country”.
Sir John Bowring Personal Journal, March 24 – April 25,1855


Orang-orang Siam pula memanggil mereka sebagai orang-orang Bugis yang bemaksud, puak Portugis. Kehadiran mereka bukan sahaja sebagai pengawal peribadi Maharaja Benua Islam Siam malah juga sebagai tentera Islam semenjak dibawah Kerajaan Monggol India. Kedatangan Portugis gelombang ke dua terkemudian, mereka bukan beragama Islam namun oleh kerana kewujudan bangsa Bugis atau dipanggil mereka ‘Mesticos’ ini yang bertutur bahasa Portugis, menyebabkan orang-orang portugis ini menjadi orang 'kafir Zinmmi', bermaksud orang-orang kafir yang baik, datang untuk berdagang. Konsep ini sememangnya disokong oleh Maharaja Benua Islam Siam ketika itu kerana Ayuthia pun mempunyai masyarakat majmuk dari berbilang agama dan bangsa.

SEJARAH MELAKA SEPINTAS LALU II

Uploaded by anaianai

Pemerentahan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah, Boromoraja II atau Parameswara II (1424-1491) ada disebut dalam rekod Maharaja China Yongle yang beragama Islam seperti berikut,

“Xi-li Sa-ma-la-zha-ya (Seri Maharaja), who had been sent with others by his uncle Bai-li-mi-su-la (Paramesura), the king of the country of Melaka, offered tribute (ufti) of local products”.
Geoff Wade, translator, Southeast Asia in the Ming Shi-lu: an open access resource, Singapore: Asia Research Institute and the Singapore E-Press, National University of Singapore, http://epress.nus.edu.sg/msl/entry/3139, accessed March 23, 2007.


Lawatan yang disebut diatas telah dibuat pada 20 April 1424. Akan tetapi siapakah pulak Seri Maharaja ini yang disebut diatas sebagai dihantar oleh bapa saudaranya, Parameswara. Mengikut kajian saya Seri Maharaja ialah Raja Siak adinda kepada Parameswara I sementara Paremeswara II ialah Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah.

Melaka seterusnya berkembang dengan kedatangan Laksemana Cheng Ho yang beragama Islam untuk melawat adik perempuannya yang berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah. Pada masa yang sama angkatan Laksemana Cheng Ho menjadi ‘police force’ seperti disebut oleh saya dalam artikel sebelum ini. Artikel Islam in China mengkisahkan latar belakang Cheng Ho seperti berikut,

"Zheng He (1371-1435 A.D.), whose original name was Ma Sanbao, was a famous Muslim sailor and diplomat in the Ming Dynasty. He was born to an eminent aristocratic family that had been Muslims for generations. His grandfather Char Midina was made Marquis of Dianyang in the Yuan Dynasty, and his father Milijin succeeded him as Marquis of Dianyang later. As his father and grandfather had performed Hajj to Mecca, they were respectfully called Hajji Ma.

"Translators aboard such as Ma Huan, Guo Chongli, Fei Xin, Ha San and Sha Ban were Muslim. In the 8th year of Xuan De (1433 A.D.), when Zheng He made his seventh sailing as far as Jeddah on the east shore of the Red Sea, he sent 7 people including the translators who believed in Islam, to Mecca for pilgrimage, and had them draw a picture of Ka'bah and took it to Nanjing.

For example, in 1417 A.D. King of Sulu (now Philippines), who was a Muslim, came to visit China and died in China afterwards and was buried in Dezhou, Shandong Province. In Southeast Asia there still exist some relics left by Zheng He. The tomb containing his personal effects is located at the south foot ofNiushou Mount in Jiangning district, Nanjing. People call it Ma Hui Hui Mu (tomb of Hui Hui Ma) because Zheng He's original family name was Ma, and his father whose name was Ma Hama was called Hajj Ma. The mount where his tomb is located is called Hui Hui Mount".


Keamanan mula tergugat apabila sekitar tahun 1490an, Raja Melaka telah menyerang Beruas untuk mendapatkan kekuasaan keatas bijih timah di situ. Ketika itu Laksemana Cheng Ho sudah meninggal dunia dan angkatan perang maharaja China tidak lagi mengawal selat Melaka. Orang-orang Siam telah menghindarkan diri dari berdagang di Melaka berikutan berlakunya perbalahan ini.

Serangan ini ada disebut oleh Tom Pires dalam catatannya seperti berikut,

“They also say that it was about the tin districts which are on the Kedah side, and which were originally under Kedah, and were taken over by Malacca; and they quarreled for all these reasons, and they say that the chief reason was the revolt against subjection.” Tom Pires, Suma Oriental, A Account of the East, From the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512–1515.

Serangan ini telah mendapat bantahan dari Maharaja Benua Islam Siam ketika itu kerana Beruas secara tradisinya adalah milik Kedah. Maharaja Benua Islam Siam kemudiannya menyerang Melaka kerana tindakan Melaka menyerang Beruas. Raja Daerah Melaka pula telah bertindak sendirian dengan mengadap Maharaja China untuk mendapatkan pengiktirafan lalu diberikan oleh Maharaja China yang menyangkakan bahawa mereka adalah Maharaja Benua Islam Siam seperti Sultan Rijaluddin Muhammad Johan Syah terdahulu. Orang-orang Siam kemudianya tidaklagi berdagang dengan Melaka seperti catatan Tom Pires lagi seperti berikut,

“How long it is that the Siamese have not been coming to Malacca. The Siamese have not traded in Malacca for twenty-two years. They had a difference because the kings of Malacca owed allegiance to the kings of Siam, because they say that Malacca belongs to the land of Siam. They say that it is theirs and that twenty-two years ago this king lost Malacca, which rose up against this subjection”.

Dalam tahun 1511, Maharaja Benua Islam Siam telah mengarahkan tentera Portugis yang bertapak di Khalingga, India untuk berjumpa dengan Raja Melaka dan menggesa baginda menyerahkan kembali Beruas kepada Kedah. Pada ketika itu Portugis dan Bugis menjadi penguasa dan pengawal Empayar Benua Islam Siam dan Empayar Monggol menggantikan angkatan tentera China yang tidak mahu lagi menjalankan rondaan di Selat Melaka kerana kos operasi yang sangat tinggi berikutan kemangkatan dan pertukaran maharajanya.

Raja Melaka enggan menyerahkan kawasan Beruas lalu melarikan diri. Di waktu Portugis memasukki bandar Melaka, dilapurkan tidak berlaku kekecohan yang besar malah rakayat Melaka menjalani kehidupan seharian seperti hari-hari biasa sahaja. Selepas mereka mengambil alih Melaka, tentera-tentera Portugis telah mengadap Maharaja Benua Islam Siam dan melapurkan bahawa mereka telah menjalankan titah perentah baginda. Perlu diingatkan Empayar Islam amat besar ketika itu dan Portugis memerlukan 'passageway' atau laluan untuk berdagang dan mencari emas.

Portugis terus menetap di Melaka dan membina Kota 'Porta de Santiago' dan menjadi pengawal di Selat Melaka bagi pihak Maharaja Benua Islam Siam. Sebagai penjajah mereka tetap menjalankan dakyah mereka di Nusantara samada secara tertutup dan terbuka. Gelaran A Farmosa atau Pha mo ser ialah bahasa Siam yang bermaksud bawa orang pengetahuan tentera. Pintu gerbang hadapan masih boleh di lihat hingga ke hari ini. Maharaja Benua Islam Siam memerentah Melaka dari Ayuthia akan tetapi mempunyai istananya di Kota Lukud, bermaksud masyur korek lombong bijih. Selain dari itu nama-nama tempat yang berasal dari bahasa Siam Islam ialah Se rem ban bermaksud beli rumah kampung, Rem bau bermaksud rumah masak (untuk pekerja lombong), Lu wak Per pa tih bermaksud, pilih pemimpin ada pegang bekas beras (kaum ibu).

Dalam Undang- Undang Kedah, dizaman Sultan Rijaluddin bersemayam di Kota Naga orang-orang Portugis Zinmmi ini disebut sebagai kompeni seperti dicatat di muka surat 15,

“Maka adat menyambut surat kompeni itu bergajah, payung China, tunggul dua belas, arak-arakan dengan gendang dan serunai, tempat surat itu seroja. Tatkala sampai kebalai, dipasang bedil kurnia lima kali. Jika surat saudagar besar pun demikian juga adatnya: dan gurnador Melaka pun seperti ini juga adatnya menyambut / bersalahan dengan adat menyambut surat raja, sama raja-raja menyambut dia kerana kafir yang jenis tersebut itu terlebih mulianya pada bedil”.

Perbalahan sejarah berlaku dimana, Raja Daerah mengatakan Portugis menyerang mereka lalu mereka mengatur serangan balas dari Johor dalam tahun 1550, 1567 dan 1571, sementara Maharaja Benua Siam Islam mengatakan bahawa mereka hanya mengambil balik jajahannya yang dirampas. Ini terbukti kebenaranya kerana sewaktu Portugis berada di Melaka, Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman (Cop mohor dijumpai di Riau baru-baru ini) masih lagi bersemayam di Kota Lukud. Jika benar Portugis menawan Melaka, sudah pasti baginda tidak dibenarkan bersemayam disitu sehingga tahun 1641. Catatan sejarah kita mengatakan Sultan Mahmud Syah memerentah Melaka sekitar tahun 1400-1500, tetapi kiraan saya dalam artikel cop mohor baginda yang dijumpai di Riau membuktikan sebaliknya (1600). Sultan Mahmud Syah yang berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adalah Sultan Mahmud Syah Kalifahtullah Akhirul Zaman. Adakah Melaka mempunyai Raja Daerah yang bernama Sultan Mahmud Syah diantara tahun tersebut atau tarikh sejarah kita telah diubah?.

Catatan di muka surat 98, Undang-Undang Kedah ada menyebut,

“Bermula disuruhnya titah Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia di negeri Melaka pada Hjrah Nabi Sallallahu alaihi wasallam seribu enam puluh tujuh , tahun Jim, bulan Ramadhan hari Arba’a, fasal pada menyatakan undang-undang hubaya-hubaya jangan dilalui perkataan ini”.

Tahun 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tahun masihi 1657 membuktikan baginda masih hidup. Bagaimana pula baginda berada di Melaka sekiranya Belanda telah menawan Melaka dalam tahun 1641. Melaka yang dimaksudkan dalam Undang Undang Kedah ialah Istana Alam Syah di Kelang, Selangor kerana Selangor adalah jajahan Melaka.Sultan Mahmud Syah Khalifatullah Akhirul Zaman, mangkat dalam tahun 1668 dan dimakamkan di Kota Beruas.

Thursday, June 14, 2007

Historian campaigns to rename Thailand Siam

THAI TAKES
By PHILIP GOLINGAI


THE view from Bangkok’s Thammasat University of a wooden rice barge floating down the Chao Phraya River evokes a scene from a postcard of Siam.

The image is enhanced by the antique architecture of the university, which was inaugurated in 1934 when Thailand was called Siam.

On a Tuesday afternoon, at the office of the South-East Asian Studies Programme at the university by the river, a 66-year-old historian who was born two years after Siam was renamed Thailand passionately talks about his one-week-old campaign.

Charnvit Kasetsiri, the programme's senior adviser and lecturer, wants Thailand to be renamed Siam.

Two weeks ago, Charnvit’s decades-long “Siam not Thailand” passion was re-ignited when he pondered on the violent conflict in his country’s restive southern provinces.

“Thailand means the land of the Thai (an ethnic group). That is a narrow definition as there are more than 40 ethnic groups in the country, including Thai (who make up 80% of the kingdom’s 65 million population), Chinese, Hmong, Akha, Karen, Laotians, Khmer and Mon,” explains the historian who is of Mon and Teochew blood.

“The people in the south do not think that they are Thai. They consider themselves Malay or Pattani people. If we want our country to be more inclusive, the name Siam is more appropriate.”
Charnvit, however, admits that a name change is only a small step towards resolving the Muslim insurgency in the south.

Internationally, won’t a name change be confusing?

“You’ve heard of Siamese cat or Siamese twins but you’ve never heard of a Thai cat,” quips the former rector of Thammasat University.

“Thailand has been in use for 68 years, but Siam was used for thousands of years.” Historical records state that the Chinese referred to the country as “Sian,” which was sometimes spelled as “Hsien.” Siam is an anglicised spelling. On the meaning of “Siam,” the prominent historian says some people claim it means “dark.” But he disagrees, guessing that it is just a name of a place.

During the rise of militarism, Nazism and fascism, Prime Minister Phibul Songgram changed the country’s name from Siam to Thailand in 1939 on the grounds that “we are the Thai race, but ? the name Siam does not correspond to our race.”

However, Charnvit contends that the change was because the nationalistic government had militaristic and expansionist ambitions.

A History of Thailand by Chris Baker and Pasuk Phongpaichit states that a military lecturer claimed that the Burmese, Annamese, Khmer and Malay were all of “original Thai stock” and should be united with Siam.

In 1939, the Ecole Francaise d’Extreme-Orient presented Thailand’s chief ideologue Wichit Wathakan with a map showing Thai-speaking people scattered across South-East Asia and southern China, wrote Baker and Pasuk. Wichit reportedly exclaimed: “If we could recover the lost territories, we would be a great power.” (Cubalah tengok kalau berani,kami pun ada bukti dah sekarang ni)

To recover his country’s former name, Charnvit launched a media campaign and an Internet petition last week to persuade the constitution drafters to revert to the name used in the kingdom’s first constitution, which was promulgated in 1932.

In 1949 and 1968, constitution drafters discussed the issue of renaming Thailand. And the results, says the historian, was “Siam lost and Thailand won.”

As of Thursday, the week-old petition had more than 565 signatures. Charnvit finds the comments in the website reveals that Thais are no longer suppressing their non-Thai ethnic background.

For example, he reveals, through Thailand’s anti-Chinese campaign during the Cold War, many of his countrymen denied that they had Chinese blood.

Though the number of petition signatories is increasing, the historian is realistic that success is very slim.

“My target is for the drafters of the country’s new constitution to debate the name change but they will probably sit on it,” he explains.

The other obstacle is that most of his fellow citizens were born after Siam was named Thailand. The younger generation is familiar with the word “Thailand” so they probably don’t care about the word “Siam”, he observes.

But the younger generation’s favourite shopping mall is Bangkok’s Siam Paragon, I said, playing the devil’s advocate.

That’s the contradiction, says Charnvit, explaining that Thais use “Siam” occasionally as culturally it means something that has a good tradition.
-The Star-

Catatan saya, ahli akademik mereka sudah mengetahui bahawa mereka ini bangsa penjajah dan tidak berhak keatas negeri Siam, mereka bukan orang siam, Raja mereka bukan raja Siam. Disebabkan itu mereka cepat-cepat ingin menukar nama Thailand kepada Siam TETAPI mampukah mereka menukar agama mereka ke agama Islam ? Kita tunggu dan lihat.

SEKILAS PANDANG, HARTA ANAK YATIM

Uploadad by anaianai

Sejarah yang dibaca oleh tuan-tuan diblog ini, bukan sejarah Fantasi yang kita pelajari dari buku-buku teks sejarah peringkat sekolah dan universiti tetapi sejarah Realiti bangsa Melayu yang diwasiatkan secara terus, dikenali sebagai maklumat ‘primary’ bukan ‘secondary’ dalam penyelidikkan bertaraf akademik. Persamaan tetap ada, akan tetapi kefahaman perisian nya lain. Tuanku Nai Long Kasim boleh menceritakan satu persatu sejarah salasilah raja-raja yang ada di Malaysia hari ini kerana semasa remaja dia dipaksa menghafalnya oleh aruah ayah dan datuknya dahulu.

Kenapa ia diwasiatkan, kenapa tidak ditulis dimana-mana. Ia disebabkan maklumat dan penulisan yang ada telah habis dibakar penjajah termasuk yang hendak dibawa balik dalam kapal ‘Fame’ oleh Stamford Raffles dahulu. Ini hanya satu muslihat penjajah ketika itu untuk memusnahkan bukti bertulis Maharaja Benua Islam Sam Nagara Kedah. Dizaman penjajah dulu, sesiapa yang disyakki menyimpan maklumat-maklumat sebegini, pasti akan dihukum bunuh tanpa usul periksa lagi. Apatah lagi jika bertaraf waris mutlak, pasti akan dibunuh hingga ke anak cucu, walaupun masih didalam buaian. Bertanyalah dengan orang-orang tua di Kedah perihal kisah ini. Keturunan mereka hidup dalam ketakutan kerana pada bila-bila masa sahaja penjajah akan muncul didepan pintu rumah mereka untuk menyoal dan menyiasat. Oleh itu mereka membuang segala nama, pangkat dan darjat dan hidup seperti orang biasa.

Dalam waktu ini segala harta benda peninggalan Maharaja Benua Islam Siam dirampas, padahal kita bukannya berperang ketika itu. Harta-harta ini ada yang dijual diatas nama pembangunan oleh keluarga mereka yang berkuasa sekarang ini, termasuklah tanah-tanah didalam bandar dan sawah padi di kampong-kampong. Antara tahun 1862 – 1876, Sultan Jaafar Mud Azam Syah mengamanahkan tanah-tanah miliknya kepada Tengku Kudin, Perdana Menteri Kedah. Setelah baginda dibunuh oleh penjajah, tanah-tanah ini tidak berani dituntut oleh waris mutlak kerana sewaktu itu Paduka Seri Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah kerana jika dituntut,pasti waris dan pasti maut akan menanti si penuntut itu tadi. Selepas kematian Tunku Kudin di Pulau Pinang, tanah-tanah ini menjadi milik mereka yang tidak sepatutnya menerimanya. Tunku Kudin hanya diamanahkan sahaja oleh Almarhum Sultan Jaafar Mud Azam Syah. Jelas hukumnya memakan harta anak-anak yatim, disisi agama Islam ialah, Haram.

Forum mengenai isu sejarah Kedah telah diadakan di Alor Setar pada bulan September 2006 anjuran Persatuan Sejarah negeri Kedah bertajuk ‘Sejarah Realiti Negeri Kedah’. Ahli panelnya terdiri dari Datuk Adi Taha, Ketua Pengarah Muzium dan Antiquiti, Prof Datuk Dr. Siti Hawa Salleh dan Tuanku Nai Long Kasim selaku waris mutlak, Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Ia di pengerusikan oleh Prof Dr Osman Md. Desa.

Semasa forum tersebut, TNL Kasim dengan buku Undang Undang Kedah di tangan mengesahkan apa yang diwasiatkan oleh keturunannya beliau itu benar. Terdahulu, beliau berkata belaiu tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada bukti bertulis. Prof Datuk Dr Siti Hawa Salleh berkata bahawa beliau bersedia menerima bukti-bukti baru bagi memperbetulkan sejarah bangsa. Datuk Adi Taha pada mulanya agak keberatan sebab beliau berasaskan kepada fakta. Semasa itu beliau belum melihat buku Undang Undang Kedah lagi secara terperinchi. Semasa panel lain bercakap barulah beliau meneliti dan nada dia bercakap pun mula berubah. Prof Dr Osman Md Desa, sebagai pengerusi saya kira cukup cekap sebab dia boleh memberi tahu muka surat berapa tertulis satu-satu ‘quotation’ itu. Pada forum tersebut salah seorang dari penceramah (saya kira beliau berani) mendedahkan bagimana salah seorang pelajarnya dibenarkan masuk ke sebuah bilik rahsia di Istana Bangkok dimana tersimpan manuskrip-manuskrip lama tulisan jawi yang dirampas di Ayuthia dan istana-istana yang dibakar di Kedah dahulu. Saya telah memperolehi rakaman forum tersebut.

Walaupun sejarah sebenar Kedah telah diperjelaskan sejelas-jelasnya di forum tersebut, akan tetapi semenjak tarikh September 2006, pihak berwajib seolah-olah memekakkan telinga terutama sekali Persatuan Sejarah Negeri Kedah, seperti tidak ada apa-apa pun yang berlaku, padahal hukum agama Islam masih berjalan. Website mereka masih lagi menyebut tarikh 1139 masihi, tarikh fantasi kedatangan Islam ke Kedah. Sepatutnya langkah-langkah segera diambil untuk membetulkan sejarah bangsa melayu dan berjumpa dengan Tuanku Nai Long Kasim untuk mendapatkan bukti-bukti terperinchi apa yang diperkatakan oleh beliau di forum tersebut.

Saya telah melihat beberapa surat-surat Tengku Nai Long Kasim kepada pihak berwajib ini memberi penerangan perihal sejarah Kedah. Sebagai penyelidik, saya merasa kecewa kerana surat-surat ini bukan sahaja tidak dijawab malah tidak juga diakui penerimaannya walaupun disalinkan kepada Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Beliau pun sudah mengeluarkan amaran baru-baru ini mengenai tugas dan tanggung jawab kakitangan awam. Saya terpaksa mendedahkan surat-surat ini sekiranya surat-surat tersebut terus tidak dijawab atau diakui penerimaannya. Malah ada info mengatakan ada usaha untuk menyangkal 'statement' TNL Kasim oleh pihak tertentu. Pihak yang minta untuk menyangkal statement ini memberitahu mereka,"saya nak sangkal buat apa, apa yang perkatakan oleh TNL Kassim itu memang benar"

Disini saya ingin mengucapkan tahniah dan saya memuji Menteri KeKKWA, Datuk Dr Rais Yatim yang meluangkan sedikit masa untuk menjawap surat yang telah dihantar kepada beliau oleh TNL Kasim. Begitu juga kepada Menteri Besar Kedah yang telah mula celik sejarah secara tiba-tiba (minta Thailand kembalikan bunga mas)dan ini merupakan satu perkembangan yang cukup baik sebagai seorang pemimpin yang sentiasa sibuk memikul tugas-tugas dan tanggungjawab memajukan rakyat dan negeri Kedah.

SALASILAH LAKSAMANA HANG TUAH YANG BERGELAR NARAI DI AYUTHIA


Peta 'Empire of the Great Monggol', meluas hingga ke semenanjung? Raja Monggol India bergelar Syah Alam Yang Maha Mulia berdasarkan kepada duit-duit syiling yang jelas tercatat gelaran itu. Kenapa ada gelaran Syah Alam kepada raja-raja kita dahulu sepertimana tercatat dimuka surat 2,17 manuskrip Undang-Undang Kedah ? Kenapa gelaran ini langsung tidak disebut dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah negara?


Oleh anaianai

Sila ikuti bersama saya, kisah Laksemana Hang Tuah seperti tertera di bawah ini,

"Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."
m/s 25, A. Samad Ahmad, Edisi Pelajar “SULATUS SALATIN SEJARAH MELAYU”, Dewan Bahasa & Pustaka, 2003.Sila semak dilaman sahabat kita di sini, http://www.selftechgroup.blogspot.com/

Laksemana Hang Tuah atau Mahkota Alam juga pernah menjadi Maharaja Benua Islam Siam bergelar Narai di Ayuthia. Walaupu nama baginda berbeza-beza, jawapannya mudah sahaja. Kita perlu melihat contoh pada diri kita sendiri. Kita pun mempunyai banyak nama dan gelaran. Karier kita berkerja pun ada kenaikkan pangkat dan ada posting ke cawangan lain dsbnya. Begitulah juga ahli keluarga Maharaja Benua Islam Siam ini. Seperkara lagi, jika kita tidak melihat sejarah dalam konteks serantau, selagi itulah sejarah bangsa Melayu ini tidak akan terungkai malah akan menjadi lebih kusut lagi.

Berikut adalah salasilah baginda bermula dari Raja Monggol India,

Syah Alam Yang Maha Mulia Zahiruddin Mohd Bahadur Syah, Sultan Akhbar Moghul India, Maha Thammaraja (1483 – 1530) yang berkahwin dengan Mahin Inta Tiral @ Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Muhammad Syah III (Raja Perempuan Ayuthia) Baginda Sultan Rijaluddin (1424 – 1491), ayahanda kepada Puteri Mahin Inta Tiral ini dikenali dengan nama Parameswara Melaka (Boromoraja II)kerana baginda telah membuka perlombongan bijih timah di Lukut berhampiran dengan Melaka dengan bantuan Portugis Islam yang didatangkan dari Khalingga India. Pada masa yang sama orang-orang Minang turut datang untuk melombong dan bekerja di lombong bijih timah disana. Hasil dari perkahwinan ini mereka mendapat empat orang Putera iaitu,

a.Syah Alam yang Maha Mulia, Nai Hisbu Muadzam Syah. Baginda bergelar Intharaja II serta pernah menjadi Raja Kota Beruas, Perak.

b.Paduka Seri Sultan Hassan, Santubong bergelar NaraSuan di Ayuthia.(The Black Prince)

c.Paduka Seri Sultan Alauddin Riayat Syah, Raja Pagoh Johor dan Raja Riau bergelar Ekatotsarot di Ayuthia.

d.Paduka Seri Sultan Mustafa Kecil Bongsu, Raja Brunai (bergelar Penggiran), dikenali sebagai Pharasat Thong di Ayuthia.
Keempat-empat beradik ini, ayahanda mereka Zaharuddin Bahadur Syah sebut/panggil sebagai Sin ga po ra bermaksud, empat laksemana, empat taring bertempat.

Syah Alam yang Maha Mulia, Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Kota Beruas Gangga Nagara) bergelar Intaraja II, Song Tham Ayuthia. Inta Ra ja bermaksud “kamu raja sebar nasihat (dakwah & hukum Islam)”. Adinda-adinda baginda menggelar baginda sebagai phe-raq yang bermaksud, abang yang di kasihi. Baginda telah dikahwinkan dengan Nang (Puteri) Khun Waran Wong Ser, puteri kepada Sultan Jalil Yaacob Syah yang pada masa itu menjadi Syahbandar Kota Setar. Hasil dari perkahwinan tersebut mereka memperolehi tiga orang putera iaitu :-

a.Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman. Baginda bergelar Sri Su Tammaraja di Ayutthya. Berkahwin dengan Tunku Nur Aisyah, adinda Sultan Muzaffar Syah @ Uthompon, Raja Patani. Mereka keedua beradik adalah anakanda Sultan Ismail Jammu Patani dan Permaisuri Nang Che Yam.

b.Bendahara Tun Saaban bergelar Iskandar Mahkota Alam di Acheh, Laksemana Hang Tuah di Melaka dan Narai di Ayuthia

c.Paduka Seri Sultan Per Abu, pernah menjasi Sultan di negeri Nara Wanara Legeh (Kelantan), sewaktu muda baginda bergelar Hang Kasturi di Melaka dan bergelar Pra Petraraja di Ayuthia. Hingga sekarang di Kelantan, kerabat diraja masih lagi menggunakan gelaran Petra. Salah seorang isteri-isteri baginda adalah dari keturunan Batak dan ini membawa kepada Tengku Sulaiman yang membunuh orang-orang Cina Mancu yang ditugaskan untuk membina Berahman Indera (Balai Besar) dan Balai Nobat di Alor Setar. Semasa pembinaan sedang berjalan orang-orang Cina Manchu ini menetap di Pekan China. Dari sinilah diriwayatkan cerita Raja Bersiong yang menetap di Bukit tinggi (Bukit Pinang).Tengku Sulaiman diburu hingga ke Singgora (Songkhla) dan di bunuh oleh Hang Tuah disana. Dendam pembunuhan Tengku Sulaiman yang disebut sebagai Sultan Sulaiman II (padahal raja daerah, bukan sultan Kedah) dalam salasilah kesultanan Kedah ini, berlarutan hingga ke zaman Paduka Seri Sultan Abdullah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dan Sultan Abdul Hamid membawa ke hari ini.

Para pembaca dan peminat sejarah yang saya hormati sekelian, begitulah hebatnya Maharaja Benua Islam Siam ini, yang menjadi asal usul keturunan bangsa Melayu hari ini. Sekiranya nama-nama Siam raja-raja kita berada di sini, memang patutlah dari 33 maharaja yang memerentah Ayuthia hanya 3 makam sahaja terdapat disana. Thai mengatakan bahawa mereka tidak pernah dijajah, padahal merekalah bangsa penjajah yang menjajah Siam dan mengambil alih identiti Siam sebagai bangsa mereka. Di Thailand hari ini, yang memerentah bukanlah Raja Siam tetapi Raja Thai dari keturunan Chakri Sukhothai. Ini kenyataan yang benar.

Orang-orang Siam yang beragama Buddha, adalah SEPERTI orang-orang Melayu filipina yang beragama kristian, bumiputra di Sabah dan Sarawak yang tidak beragama Islam, orang-orang melayu Bali dsbnya, sebab itulah mereka ini berstatus Bumiputra, jika menjadi rakyat Malaysia. Akan tetapi selagi mereka tidak beragama Islam, tidak mengamalkan adat resam Melayu dan Islam, maka lupuslah status kemelayuan mereka. Hari ini, di Thailand ada usaha untuk menukar nama Thailand kepada Siam semula kerana kita tahu rahsia raja thai sudah bocor!!!

Wednesday, June 13, 2007

RAJA PATANI BERGELAR UTHOMPON

Oleh anaianai

Saya telah menyebut dalam artikel saya terdahulu mengenai gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia hanya khusus digunakan oleh Maharaja yang memerentah Benua Islam Siam. Begitu juga perkataan ‘titah’ hanya khusus untuk penggunaan mereka sahaja seperti yang tercatat dalam Undang Undang Kedah. Jawatan Maharaja Benua Islam Siam ini digilir-gilirkan seperti jawatan Yang Di pertuan Agong di Malaysia hari ini, dengan warisnya kekal di tampuk pemerentahan utama. Dari sinilah datangnya idea untuk mengilirkan jawatan Yang Di Pertuan Agong oleh penggubal perlembagaan Malaysia dahulu. Bezanya, cuma hari ini kita dah jadi terlebih pandai, waris mutlak Maharaja Benua Islam Siam kita ketepikan terus, menjadi rakyat biasa.

Hikayat Patani ada menyebut hubungan antara Patani dengan Ayuthia yang menyebut Sultan Mudzafar Shah sebagai berkata,

"Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Phra Cau Pija, gelaran raja Ayuthia) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua". Maka sembah segala menteri, "Daulat Tuanku, Sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia itu supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.’ (Teeuw & Wyatt 1970, 155).

Phra cau Pija Kersan ialah gelaran yang digunakan oleh Maharaja Siam sementara Phra Cau Phraya (seperti Menam Cau Phraya) ialah gelaran Raja Thai. Ketika itu waris Maharaja Siam ialah Boromokot, Sultan Muhiyuddin Mansur Syah bersemayam di Kota Palas Langkawi. Ketika memerentah dari tahun 1758-1765 baginda Sultan Mudzafar Shah bergelar Uthompon. Perkataan ini asalnya adalah Bahasa Arab iaitu Qutulubul. Saya tidak pasti samada baginda memerentah di Ayuthia atau dari Patani, akan tetapi baginda mangkat di Ayuthia.

Ayahanda baginda Sultan Ismail berasal dari Jammu Kashmir, India dan merupakan anak saudara kepada Maharaja Monggol India, Zahiruddin Babur Syah (Maha Tammaraja). Sultan Ismail telah dikahwinkan dengan Nang Che Yam (anak saudara Bayyinaung @ Mahin Inta Tiral Tunku Nur Aisyah) Perlu diingatkan Sultan Zahiruddin Bahadur Syah telah berkahwin dengan @ Mahin Inta Tiral Tunku Nur Aisyah terdahulu dari itu. Jadi, kiranya anak saudara kedua-dua mereka telah dijodohkan. Dari Perkahwinan ini mereka memperolehi 2 orang putera dan seorang puteri iaitu,

1)Sultan Muzaffar Syah, Raja Patani
2)Puteri Saadon, Nang Kemuning (dikahwinkan dengan Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman, (bukannya Sultan Mahmud raja daerah)
3)Sultan Mansor Syah, Raja Pahang(bergelar Hang Lekir di Melaka).

Ketiga-tiga beradik inilah yang dimaksudkan dalam lagu rakyat,"Oh wa bule..terajau tigo". Dalam Hikayat Patani pula dikatakan baginda Sultan Ismail bernama Phaya Tu Nakpa sebelum memelok agama Islam adalah cerita rakyat untuk menarik perhatian dan sebagai satu penulisan dakwah Islamiyah sahaja. Sebenarnya baginda sudah pun beragama Islam ketika datang dari Jammu Kashmir untuk berjumpa dengan tunangnya, Puteri Nang Che Yam. Baginda membawa bersama banyak hadiah-hadiah dari India berupa kain-kain, jubah bersulam, pakaian, permaidani, gading gajah dll. Phaya Tuk Nak Pa ialah bahasa Siam Islam bermaksud, Raja tunda berat bawa. Apabila di persembahkan kepada Puteri Nang Che Yam untuk membuat pilihan, puteri pun berkata, “Pha ta ni” bermaksud, "kain corak ni". (seperti di wasiatkan kepada Tunku Nai Long Kasim).

Tempat baginda digantikan oleh Sultan Khalifah Sharif Abu bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dalam tahun 1765. Sultan Khalifah Sharif Abu bakar Syah kembali dari menjadi raja di Toung Oo, Burma setelah baginda diserang oleh puak Sukhothai (diketuai oleh Alaungphaya) dalam tahun 1758 berikutan kemangkatan Sultan Muhiyuddin Mansur Syah dalam tahun yang sama. Di Toung Oo Khalifah Sharif dikenali sebagai Maha Dammaiyaza (bahasa Arab) bermaksud, raja dari berlainan darah. Seterusnya Alaungphaya menyerang dan menawan Ayuthia dalam tahun 1767 dan mereka mula menjalankan penyebaran jajahan dan penutupan bukti sejarah.

Monday, June 11, 2007

AL TARIKH YANG SALAH I

Oleh anaianai

Kedatangan Islam ke Nusantara telah begitu banyak dipertikaikan oleh pengkaji sejarah tempatan. Di Kedah, pengkaji sejarah dan Persatuan Sejarah tempatan telah mengambil tarikh 1139 masihi sebagai tarikh kedatangan Islam berdasarkan buku Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang di tulis oleh Wan Muhammad Hassan dizaman Paduka Seri Sultan Abdul Hamid menjadi Sultan Kedah. Catatan dalam buku ini amat jauh berbeza dengan penemuan bukti-bukti sejarah dewasa ini, yang ditemui oleh cerdik pandai kelahiran Malaysia.

Kecenderungan sesetengah pihak untuk tetap berpegang pada tarikh ini mendorong kepada penulisan ini yang menyangkal tarikh dalam buku ‘Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah’. Ini kerana analisa bukti mengenai tarikh-tarikh kedatangan Islam ini adalah dalam lingkungan sebelum dan awal tahun 1000 masihi. Terdapat beberapa fakta yang menjadi kelebihan agama Islam ini hingga ia mampu menarik begitu ramai pengikutnya, terutama sekali dari golongan bangsawan. Mengikut pendapat Proffesor Cesar Adib Majul dalam bukunya bertajuk “Theories on the Introduction and Expansion of Islam in Malaysia” telah mencatatkan beberapa faktor utama iaitu,

a) Keistemewaan agama Islam itu sendiri.
b) Pengaruh gololongan Istana dan bangsawan
c) Pembelajaran ilmu Tasawuf dan Sufi
d) Ekonomi
e) Perdagangan
f) Perselisihan pendapat antara agama Islam dan agama Kristian,
g) Pendakwah dan Ulama

Di Malaysia tinggalan bukti kedatangan Islam paling awal ialah seketul batu yang bertulis ‘Ibnu Sirdan 213 hijrah’. Batu ini dijumpai oleh Dr Othman Md Yatim dalam timbunan batu-batu candi di Lembah Bujang, Merbok Kedah. Batu yang terpahat tarikh ini mempunyai perbezaan 325 tahun dengan tahun 1139, tarikh kononnya Maharaja Debar Raja dikatakan memelok agama Islam di Kedah. Malangnya hari ini apabila kita memperkatakan tentang candi ini, pemikiran kita pasti akan berkata bahawa ia amat berkait dengan agama Hindu. Maksud candi dalam bahasa Siam Islam adalah ‘tingkat yang berlapis-lapis'. Kegunaanya sebagai kubu pertahanan tentera China Siaman sewaktu Putera Merong Mahawangsa mula membuka kerajaannya di daerah Kota Kuala Muda.

Agak pelik sekiranya kita fikirkan bagaimana candi merupakan tempat pemujaan agama Hindu ditemui seketul batu bertulisan jawi di celah-celah runtuhan batu candi tersebut. Di kawasan yang dijumpai candi ini pula tidak ada masyarakat India yang beragama Hindu tinggal berdekatan kecuali kampong-kampong dengan masyarakat Melayu disekelilingnya. Bukan itu sahaja, nak cari satu kuil Hindu pun tidak ada.Fokus utama penyebaran dakwah islamiyah pula bukan dikalangan masyarakat bawahan tetapi dikalangan bangsawan seperti sultan, raja dan Ketua masyarakat. Ini adalah kerana mereka mempunyai pengaruh kuat dalam sejarah bangsa Melayu sebagai pemangkin kepada masyarakat di ketika itu dengan sokongan yang sangat kuat dari ahli organisasi kemasyarakatan itu sendiri.

Bukti bertulis terkini ialah Buku “Undang Undang Kedah” yang di terbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005. Buku ini asalnya sebuah manuskrip Melayu lama dan diakhir penulisan tercatat bahawa ia mula di tulis dalam tahun 222 Hijrah sewaktu Sayyidina Ali wa Maulana Paduka Seri Sultan Jamlul Alam Badrul Munir menjadi Sultan Acheh Darussalam. Agak mengelirukan hari ini jika kita fikirkan bagaimana undang-undang Kedah boleh melibatkan seorang pemerentah di Acheh. Sekiranya kita mengandaikan Kedah sebagai sebuah negara dan Acheh sebahagian jajahan atau kawasan pemerentahannya barulah kedudukkan sebenar menjadi lebih nyata. Ramai rakyat generasi tua di negeri Kedah hari ini ada menyebut bahawa negeri Kedah dulunya luas tetapi tidak dapat membuktikannya.

Buku ini melibatkan perisian teks seperti berikut,

a.Undang Undang Pelabuhan bertarikh 1650masihi.
-Undang-undang dan pekerjaan di pelabuhan Melaka
b.Undang undang Seri Paduka Tuan
-Hukum syarak yang ditugaskan kepada kweng untuk mengawasinya
c.Hukum Kanun Datuk Kota Setar
-Sifat seorang raja yang baik, larangan menderhaka kepada guru, ibubapa dan raja.
d.Cara membuat Bunga mas
-Ketelitian pembuatan bunga mas dan bunga perak,adat meminang, adat dalam Balai besar, menyambut hari Raya Haji, alat-alat kebesaran pertabalan.
e.Undang Undang Hijrah Seribu Seratus Sembilan Puluh Sembilan (1199 hijrah)
-Bersamaan dengan Hukum Kanun Melaka dan Undang Undang Laut Melaka

Perisian manuskrip Undang Undang Kadah ini di kemaskini dari masa kemasa mengikut pemerentah yang memerentah pada masa itu. Ini mungkin disebabkan penulisan lebih awal telah rosak dalam simpanan bangsawan tersebut menyebabkan ia disalin semula. Namun begitu, tarikh dan nama raja yang memerentah ketika ia mula ditulis tidak di lupuskan.

Di permulaan manuskrip bertulis seperti berikut,

“Pada tarikh seribu enam puluh tujuh, tahun zai, pada tujuh belas bulan jamadilakhir, hari jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah di titah Syah Alam yang Maha Mulia terjunjung keatas jemala paduka raja suruh salin ambil taruh undang-undang perbuatan Datuk besar di Hulu, alaihi rahmatullah supaya sudahlah tahu hukum sedikit-sedikit” ms1, Undang Undang Kedah.

Tarikh 17 Jamadilakhir 1067 hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 17 Jun 1650 masihi. Syah Alam Yang Maha Mulia disini tidak disebut namanya akan tetapi mengikut kajian saya berdasarkan tahun pemerentahan Maharaja Benua Islam Siam yang memerentahkan agar ditulis semula undang-undang ini ialah Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman. Dimuka surat 14 seterusnya,

"Maka undang-undang ini diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah semayam di Naga, muafakat dengan segala menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya tetap adat ini janganlah berubah-ubah".

Sultan Rijaluddin memerentah dalam tahun 1414-1424 dan bagindalah yang digelar Parameswara Melaka. Titah Sultan Mahmud Syah untuk membuat penambahan penulisan kerana kali terakhir penulisan ini disemak ialah pada zaman Sultan Rijaluddin bersemayam di Kota Naga. Inilah istana Melaka yang dicari-cari. Sayang sekali istana ini telah dibakar oleh penjajah Thai sewaktu mereka menyerang Kedah dalam tahun 1821 dahulu.

Dalam tahun 1641, Sultan Mahmud Syah telah di serang oleh Belanda di Kota Lukut dan baginda berundur dan membina Istana Alam Syah di Kelang lalu bersemayam disitu. Baginda mangkat dalam tahun 1668 di Kelang dan dimakamkan di Kota Beruas. Anakanda baginda, Sultan Muhiyuddin Mansur Syah menggantikan tempat baginda dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi. Dalam lain perkataan ayahanda baginda memerentah di Hilir Melaka (kini Bandar Hilir) sementara anakandanya memerentah di Ulu Melaka, Pulau Langkawi, Kedah.

Sunday, June 10, 2007

AL TARIKH YANG SALAH II

Oleh anaianai

Gelaran Paduka Raja pula masih digunapakai oleh sultan-sultan di negeri-negeri di Semenanjong Malaysia. Ini bermakna ada lagi ‘supreme power’ diatas mereka yang mana memberi titah untuk dijalankan sesuatu perentah tersebut. Kuasa yang lebih besar itu membawa gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia atau Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, dua gelaran yang tidak lagi diguna pakai dalam adat istiadat raja-raja hari ini. Dalam perkataan lain jawatan Yang di Pertuan Agong sudah ada ketika itu jauh sebelum penubuhan Malaysia yang menggunakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong. Saya terfikir kenapa setelah kita merdeka kita tidak kembali kepada konsep Syah Alam Yang Maha Mulia. Mungkin kita tidak tahu ketika itu sebab kita tidak mempunyai Undang Undang Kedah. Akan tetapi sekiranya kita tidak tahu, bagaimana pula kita memperkenalkan jawatan Yang Di Pertuan Agong, secara bergilir-gilir. Yang pasti ada pihak yang tahu tetapi menyembunyikan maklumat itu.

Sebelum ini sejarah kita diceritakan tanpa berlatarbelakangkan kewujudan Syah Alam Yang Maha Mulia. Kita menyangka mana-mana sultan mempunyai kuasa mutlak, rupa-ripanya mereka hanyalah merupakan raja daerah sahaja. Sejarah harus ditulis semula dalam konteks kewujudan Maharaja ini sepertimana Maharaja Jepun, Thailand dan England hari ini. Dalam sejarah yang kita pelajari hari ini, orang-orang siam dikatakan sebagai jahat dan sering menyerang Melaka, padahal Melaka adalah jajahan mereka. Acheh pula menyerang Perak, tetapi kita tidak tahu serangan itu adalah dengan titah Maharaja Benua Islam Siam yang memerentah di Ayuthia kerana Raja Chulan Perak berhutang dengan Raja Acheh.

Bukti seterusnya pula berkisar diatas sebuah makam bersejarah di Langgar dimana tertulis perkataan Sheikh Abdul Kadir ibni Hussein Syah Alirah bertarikh 291 hijrah bersamaan tahun 904 masihi. Tarikh ini mempunyai perbezaan 235 tahun dari tarikh 1139 masihi. Gelaran ibni dan Syah pula hanya digunakan oleh golongan bangsawan ketika itu dan juga hari ini. Penghuraian oleh sesetengah pihak bahawa nama ini hanya digunakan oleh seorang pendakwah agama islam dan mengajar sekolah pondok hanya menunjukkan skop pemikiran yang terlalu sempit, tidak ingin mendedahkan sesuatu penemuan baru dan berkepentingan.

Seperkara lagi, rekabentuk batu nesan ini yang sama dengan Batu Acheh disekitar kawasan tersebut memungkinkan kaitan mereka dengan golongan bangsawan. Dari segi rekabentuk pula, batu nesan Sheikh Abdul Kadir ini sama rekabentuknya dengan nesan Sultan Mad Zaffar Syah I di Kg Langgar Merbok Kedah. Sultan Mad Zaffar Syah I adalah nama Putera Merong Mahawangsa apabila membuka kota dan naik kerajaan. Pasti masyarakat terdahulu mempunyai kefahaman tersendiri tentang status orang yang dikebumikan dan simati bukanlah dari golongan kebanyakkan.

Perkataan Langgar sebagai tempat pemakam raja-raja Melayu juga mempunyai persamaan seperti di Kelantan, Perlis dan di Langgar II berhampiran Alor Setar dan Kg Langgar I di Merbok. Apakah maksud persamaan ini dalam ertikata perkataan langgar itu sendiri? Dalam bahasa siam (bukan bahasa thai), Langgar bermaksud putus dunia atau meninggalkan dunia. Pembaca mungkin bertanya kenapa saya menggunakan terjemahan bahasa siam. Bahasa ini merupakan ‘linguafranca’ di kepulauan melayu disuatu masa dahulu. Nama-nama tempat seperti Melaka bermaksud marilah niaga, melayu bermaksud marilah duduk sini, manila bermaksud marilah, begitu juga asia, nusantara, timor leste, australia, dili, riau, adalah bahasa siam Islam (bukan thai) dan mempunyai makna..

Jika sekiranya Melaka dikatakan tempat bermulanya agama islam bertapak, melalui pedagang-pedagang Parsi, hujah ni memang telah lama disangkal dengan penemuan Batu Bersurat dalam Sungai Tersat di Trengganu 1303 masihi. Tersat bermaksud tempat campak. Ini bukanlah penemuan terbaru memandangkan satu lagi Batu Bersurat telah di temui di Teluk Cik Munah, Pahang bertarikh 1303 masihi. Pada masa yang sama rekabentuk Batu Bersurat Trengganu ini mempunyai persamaan dengan batu nisan Fatimah Bt. Maimon yang bertarikh 1086 masihi yang di temui di Leran, Jawa Timur dengan batu nisan di Phan rany, Champa Selatan bertarikh 1039 & 1035 masihi. Batu Bersurat Trengganu ada menyebut mengenai seorang raja yang memerentah ketika itu bernama Raja Mandalika,

Catatan pada muka 1 Batu Bersurat Trengganu adalah seperti berikut,

1 Rasul Allah dengan yang orang sahabi mereka sekelian
2 ada pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan agama Islam
3 dengan benar bicara darma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4 di benuaku ini penentu agama Rasul Allah salla'llahu alahi wasallama
5 Raja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6 bhumi. Pembantu itu fardlu pada sekalian Raja mandalika
7 Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar
8 bicara berbajiki benua penentua itu maka titah Seri Paduka
9 Tuhan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada
10 Jum`at di bulan Rejab di tahun sarathan di sasanakala
11 Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua.

Dalam pengkajian saya Raja Mandalika ialah Sultan Mad Zaffar Syah III ibni Sultan Muhammad Syah II. Ayahanda baginda mula dikenali apabila sebiji tembikar mengandungi wang mas dijumpai di Pulau Langkawi. Pada permukaan duit syiling emas itu tertera “Muhammad Syah, Al Sultan Al Qadah”. Raja Mandalika adalah gelaran baginda sebelum menaikki kerajaan sebagai Maharaja Benua Islam Siam. M.Junus Djamil mengatakan bahawa Sultan Muhammad Syah ialah Sultan Negeri Melaka yang pertama. Ini bermakna jajahan Negara Kedah telah meluas hingga ke seluruh semenanjong, termasuk Acheh seperti yang disebut dalam Undang-Undang Kedah.

Ayahanda kepada Raja Mandalika, Sultan Muhammad Syah yang Adil, telah meletakkan asas perkembangan Islam di semenanjong meliputi Kelantan, Trengganu dan Pahang. Baginda sering berlayar ke Timur Tengah untuk mengerjakan ibadah Haji dan telah berkahwin dengan Puteri Raja Parsi. Raja Mandalika atau Sultan Mad Zaffar Syah III telah mendalami ajaran agama Islam di Parsi. Sekembalinya dari sana dia telah menjadi pendakwah agama bergelar Raja Mandalika (belum lagi sultan).

Baginda telah berkahwin dengan puteri Maharaja China Yuan dari keturunan Genghiz Khan dan telah membina sebuah masjid di Mandalay bersempena nama baginda. Maharaja Yuan telah membahagikan kawsan orang-orang Siam Islam dan orang-orang Buddha di Ayuthia dan baginda ditabal menjadi Maharaja Benua Islam Ayuthia Nagara Kedah bergelar Rama Tibodi I. Tulisan di ‘benuaku ini’ pada Batu Bersurat Trengganu bermaksud Benua Islam Siam Nagara Kedah yang mana pada ketika itu sudah mula berkembang bersama-sama syiar dan dakwah Islamiyah.

Saturday, June 9, 2007

ULASAN ARTIKEL “KEDAH NEGERI TERTUA DI MALAYSIA”

Satu artikel yang saya kira menarik kita renungkan.Ulasan saya dalam bentuk italic. Saya sertakan juga URLnya
http://ujid.tripod.com/history/kedah-tua.html

KEDAH NEGERI TERTUA DI MALAYSIA

Bukti sejarah menunjukkan Kedah sebagai negeri tertua di negara ini. Ia telah berkembang seawal-awalnya abad ke-13, dan bersama-sama dengan Patani diidam-idamkan oleh Siam. Ia juga sebuah pusat Islam dan sebuah pelabuhan dakwah bagi pedagang Arab dan Parsi.

Dato Sir Roland Braddell menyatakan dalam tulisannya yang terkenal, "Most Ancient Kedah" bahawa Kedah mempunyai dakwaan yang betul dan tidak boleh dicabar yang ia merupakan negeri tertua dalam Persekutuan Malaya (sekarang Malaysia). Ini akan memerlukan sebuah buku untuk membincangkan dengan lengkap semua bukti atas dakwaan ini.

Kedah di sepanjang abad ke-13 adalah sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai pelabuhannya yang terkenal di Sungai Bujang (di Merbok, Kedah). Ahli-ahli sejarah tidak dapat mengesan dalam satu cara yang memuaskan tentang sejarah Kedah dan hubungannya dengan jiran-jirannya yakni Siam (sekarang Thailand) dan Patani (bekas Kesultanan Melayu Patani: pada tahun 1791 Patani ditakluki oleh Siam dan namanya ditukar kepada Changwat Pattani).

Seperti Sungai Bujang yang memberikan kepada Kedah kemasyhuran purbanya sebagai pelabuhan di Lautan Hindi, demikian juga Sungai Patani (dengan kualanya seluas sebuah teluk dan dalam pula) di Laut China Selatan. Bahagian atasnya menjangkau Sungai Patani berhampiran dengan Empangan Muda. (Sungai Patani adalah satu jalan perdagangan purba dari Patani di pantai timur hingga ke Sungai Bujang di pantai barat. Jalan ini dikenali sebagai penarekan").

(Di Sungai Petani terdapat banyak tempat yang bermula dengan Sungai antaranya, Sungai Tukang, dulunya tempat memperbaiki kapal, Sungai Layar, Sungai Lalang, Kuala Ketil, Kuala Muda dll. Di zaman dahulu kapal layar boleh melintas kelaut China Selatan dari Sungai-sungai di Kedah tanpa perlu belayar turun ke Singapura. Hari ini dengan terbinanya Empangan Muda, Empangan Pedu dan jambatan yang rendah, laluan ini tidak boleh digunakan lagi).

Jalan ini kemudian dilupakan apabila jalan laluan darat dari Kedah ke Singora (Songkla) dibina. Tetapi di sepanjang abad ke-14, sejarah Kedah dibayangi oleh Siam yang mula mengumpulkan kuasa dan kekuatan politik dan meluaskan kerajaannya. Siam menganggap Kedah dan Patani sebagai naungannya (vassal).

(Ini sudah pasti ada kebenarannya mengikut kajian yang sedang saya jalankan)

Sepanjang abad ke-15, Kedah dan Patani dianggap pusat Islam di kawasan ini dan tempat dakwah bagi orang Arab dan Parsi. Mereka datang berdagang dan mengajar serta menyebarkan Islam. Di sepanjang masa ini Kedah adalah sebuah negeri yang luas yang menjangkau dari selatan lembangan Sungai Trang di utara hingga ke lembangan Sungai Kurau (dahulu Perak adalah sebahagian dari Kedah) di selatan. Chenak (Chana) juga adalah sebahagian daripada Kedah. Sungai Thepa menandakan sempadan Kedah dan Patani.
Sumber maklumat ini ialah Perjanjian Keamanan dan Persahabatan (the Treaty of Peace and Friendship) yang ditandatangani pada 1 Mei 1791 oleh Tunku Sheriff Mohamad, Tunku Alang Ibrahim dan Dato Penggawa Telibone. Dengan melihat peta, Pulau Telibong (sekarang dieja dengan betul sebagai Telibon) adalah bertentangan dengan Trang.

(Nama Tunku Sheriff Mohamad dan Tunku Alang Ibrahim ini tidak ada salasilahnya. Mungkin kah mereka Sultan Khalifah Sharif dan Syed Alang Alauddin yang mana nama-nama mereka telah digunakan. Nama-nama ini juga muncul dalam Sejarah Kedah Sepintas lalu oleh Haji Ibrahim Ismail sebagai wakil Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Ini bukan gelaran Sultan Kedah, tetapi gelaran Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah, Sultan Khalifah Sharif).

Pada pertengahan abad ke-18, Britain dan Perancis telah meluaskan sfera pengaruh mereka di Asia Tenggara. Kapten Francis Light bagi pihak Syarikat Hindia Timur (the East India Company) mendapat pelepasan Pulau Pinang daripada Sultan Kedah (Raja Pulau Pinang, bukan Sultan Kedah) pada 1786.

Pada 14 tahun kemudian George Leith berunding untuk mendapatkan pelepasan sejaluran wilayah yang bertentangan dengan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Province Wellesley. Demikian dimasukkan dalam Perjanjian Keamanan, Persahabatan dan Perikatan pada 1800. Syarikat Hindia Timur membayar sewa tahunan $10,000 ($6,000 untuk Pulau Pinang dan $4,000 untuk Province Wellesley).

Siam (Khalifah Sharif,Maharaja Benua Islam Siam) menuntut kekuasaannya (suzerianty) ke atas Kedah tetapi Sultan (Raja Pulau Pinang) enggan mengakuinya. Seorang Inggeris menyatakan, "Adalah tidak nampak sama ada melalui tulisan atau tradisi yang Kedah diperintah oleh undang-undang atau adat Siam.". (Kenyataan ini bercanggah dengan Undang Undang kedah yang dirampas oleh mereka di Kota Beruas)

(Dalam tahun 1767, Sukhothai Buddha telah menyerang dan menawan Ayuthia Islam. Maharaja benua Islam Siam Ayuthia terakhir, Sultan Khalifah Sharif telah pulang ke Kedah dan mendirikan Istana di Kota Meang Kuang bermaksud, kota negara luas, lubuk lagi di kenang).

Pada 1821, Siam (thai) menjajah Kedah tetapi Inggeris menolak untuk membantu Kedah walaupun pada hakikatnya mereka terikat untuk berbuat demikian oleh kerana mereka telah membuat perjanjian dengan Sultan Kedah. Siam menduduki Kedah sehingga 1841.
Di sepanjang jangka masa ini dua perang utama untuk menghalang pendudukan Siam telah dilakukan: pada 1831 oleh Tunku Kudin (nama sebenarnya ialah Syed Zainal Abidin) dan pada 1839 oleh Tunku Mohammad Saad.

(Tunku Kudin adalah Perdana Menteri Nagara Kedah)

Tunku Mohammad Saad telah mengusir Siam (Thai) keluar dari Kedah melepasi Singora (Songkhla). Tentera baginda juga menduduki Patani. Orang Eropah (bukan orang Inggeris) yang berkedudukan tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan.

Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam dan Siam memperolehi semula Kedah. (memberi bantuan kepada thai, bukan kepada siam islam)Selepas ini Kerajaan Negeri Selat berunding dengan Siam untuk pemulihan (restoration) Kedah kepada Sultan (Raja, bukan Sultan) yang kemudian disingkirkan ke Melaka di bawah Perjanjian Burney 1826. Burney mempunyai sikap yang negatif terhadap Kedah.

(Captain Burney memang benci dengan orang-orang siam islam dari Kedah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah takut kepada Syed Alang Alauddin kerana bersubahat dengan thai dalam pembunuhan musuh bisik 1821 lalu melarikan diri ke melaka dengan perlindungan Inggeris).

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II dipulihkan takhtanya pada Jun 1842 dan mangkat pada 1 Januari 1845.(Dia kembali ke Kedah dan dikurangkan kekuasaannya oleh Syed Alang Alauddin, Maharaja Benua Islam Nagara Kedah ketika itu dan menjadi Raja Kota Kuala Muda)

Catatan saya,

Raja-raja ketika itu tidak boleh dipanggil Sultan kerana mereka hanyalah Paduka Seri Sultan, Raja Daerah. Sebagai contoh nya jika Tengku Abdullah menjadi Raja Kota Setar, dia bukan Sultan Kedah tetapi Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Kota Setar,bukan Sultan Kota Setar dan bukannya Sultan Kedah. Nama Sultan bagi jajahan tidak ada, cuma gelaran raja untuk jajahan/daerah. Seperkara lagi penulisan sejarah Makaysia hari ini selalunya beranggapan negeri-negeri di Malaysia hari ini sudah ada di zaman dahulu. Lalu mereka menulis seolah-oleh Sultan negeri-negeri yang ada pada hari ini adalah waris kepada Sultan terdahulu. Ini tidak benar kerana dalam Undang Undang Kedah terdapat dua gelaran yang digunapakai untuk Maharaja Benua Islam iaitu,

a) Shah Alam Yang Maha Mulia
b) Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia
Raja-raja daerah membawa kepada Sultan-sultan yang ada dinegeri-negeri di Malaysia hari ini, hanya menggunakan gelaran Paduka Seri Sultan.


Rujukan

1)Maryam Salim, ‘Undang Undang Kedah’, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
2)Haji Ibrahim Ismail,'Sejarah Kedah Sepintas Lalu', Universiti Utara Malaysia,1987
3)Joginder Singh, ‘Malaya in World History’, Peninsular Publications, 1963.
4)Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, ‘Epigrafi Islam’, 2005
5)Joginder Singh, ‘Tawarikh Tanah Melayu’, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975