Monday, April 23, 2007

MASIH ADA YANG INGAT SEJARAH BANGSA

Oleh : Pak long Soda

Uploaded by anaianai , dalam loghat Kedah.

Anak saya tlipon saya dari kolumpo suruh baca satu cerita dalam internet, pasai “50 tahun medeka tapi buta sejarah bangsa”, dia kata saya mesti tau, mesti minat, sebab abah dok crita kat kami dulu-dulu…pas tukah… saya pun pesan orang muda kot kampung ni suruh p baca sat aih bawak mai kat saya (tolong print).Bila saya baca crita ni saya pun rasa ada sedih, sronok pun ada, seram sejuk pun ada. Saya pun ada benda jugak yang saya nak habag. Dah lama sangat dah, dok pendam dalam hati, (dalam radio kata nanti jadi daki noh, sambil tersenyum) kenela saya crita jugak…tumpang kita dok ada lagi umug, p abis kita ni ka, sapa nak habag kat depa lagi. Saya bukan nak buruk sapa-sapa yang masih hidup, dak, tapi ka, yang depa ni dok buat tahana sangat ni pasai apa, dok pusing kata depa baguih la, apa la, pasai apa? Dok dendam lagi ka depa nih?, dah brapa ratus ton (tahun) dah?. Medeka pun dah 50 tahun dah. Kami nak dok tengok saja kaaaa. Zaman pun dah berubah, tadak nak takut dah aih, mat rempit pun berani lebih-lebih dah la ni.

Zaman dulu tu, dah lah tuk nenek kami kena bunuh, harta pesaka tuk nek kami depa rampas kata depa punya, dosa besag tu, kita orang islam (tengok Qutbah Wida). Hari ni dah depa perintah jadi raja, sejarah pun depa tukag kot lain buang (lenyapkan, pesongkan) perelok depa, depa kata pulak depa yang buat yang tu yang ni. Pasai tu la orang kata raja-raja dulu tu penyamun,rampas kuasa. Depa ingat kita ni takdak dah kot, mau kalau kata ada pun, kita buat tak tau la kot noh, tak ingat dah kot apa yang tok nenek depa buat kat tok nek kita. La ni kita pulak nak cerita balik Hg ambik boh dalam komputer hang. Hang bagi smua orang tau. Nak pecaya tak pecaya ikut depa lah.

Dulu ka masa thai dok ada boleh la, puak raja kota setag ni tunjuk kahag sebab depa subahat sama. Puak thai zaman tu memang kejam, bukan bunuh tapi sembelih tok nek kami hidup-hidup, orang kampung, habih depa bunuh, pompuan mengandung depa toreh perot, budak-budak depa cantas kepala, satu istana di Kota Meang Kuang (bermaksud nagara luas@benua luas). Depa bunuh keturunan Maharaja Siam Islam di Kota Meang Kuang, puak raja Kota Setag yang subahat habag kat thai lokasi istana nih. Depa la pakat dengan thai. Mai serang hendap, bunuh raja besag benua Siam di situ.Raja Siam tu nama Sharib (Khalifah Syarif Abu Bakar Syah). Yang jadi dalang, lari pi sembunyi di Melaka (Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, Raja Kota Setag) dok bawah ketiak Inggeris bila cucu maharaja siam, Syed Alang Alauddin yang duduk di Istana Kuning Alor setag mai ligan (kejar) dengan tentera siam islam Kedah.

Tunku Anum lari pi sembunyi di Ligor, p duduk dengan thai sebab takut cucu raja siam ni, nama Syed Alang Alauddin dok cari dia. Jangan tukag sejarah la, depa ni bagi kerjasama dengan musuh (thai) pasai apa kita nak sanjung depa, Pasai apa nak puji depa panggil depa wira Kedah konon. Depa ni pengkhianat bangsa dan agama. Saya dan keturunan saya ni dah tau lama dah, cuma tak boleh cakap (wajah dah serius dah pulak), sebab depa pasang spy dikampung-kampung masa tu. Depa ingat depa akan ada kosa (kuasa) sampai bila-bila la kot. Samapai masa kita ni mati jugak. Dok bohong bok pa.

Nak ambik balik tanah jajahan Kedah nih, tentera Siam islam pimpinan Khalifah Sharib Syah dan Datuk bendahara Nagara Kedah pi serang Thai di Thalang dan menang disana. Tapi (Paduka Seri) Sultan Ahmad Tajuddin (Halim Syah), Raja Kota Setag senyap, suruh Datuk Bendahara Kota Setag dengan anak dia, Tengku Abdullah pi mengadap Raja Buddha Rama I Sukuthai tahun 1812-1813. Makna kata masa ni depa dok rancang dah nak bunuh raja siam, Sultan Sharif dengan Tengku Long Putera (Perdana Menteri Nagara Kedah merangkap penghulu Berahman Indera). Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, ni tau kalau dia bunuh Tengku Long Putera dengan adiknya Tengku Anjang Johan dia boleh jadi Sultan Kedah. Depa ni dah pakat siap dah dengan Thai.

Tahun 1814 pulak, pasai apa Datuk bendahara, Kota Setar ni, bila disuruh thai, dia hantag 3 utusan suruh Sultan Mad Zaffar Syah III ni tunduk kepada thai dan hantag bunga emas ke bangkok, tapi baginda tolak, sebab bukan raja Islam yang di Ayuthia masa tu. Akibatnya Raja Rama Chakri ni suruh Kedah ni p serang Perak dan berlakulah peperangan sesama Melayu islam di Kerian dalam tahun 1816. Tahun 1818 nak ambik balik tanah jajahan Kedah, tentera Siam Islam dari Kedah, pimpinan Syed Alang Alauddin, pi serang Thai di Pulau Tongka,tapi kalah pasai raja daerah kota setag tak mau bantu.

Tahun 1821 Thai ni mai kot Kota Kuala Kedah dengan 100 perahu, depa pakai bendera Siam Islam, orang Kedah kita ingat orang siam islam lah, macam maharaja benua siam islam kita dulu nih. Masa tu ada sambutan kenduri anak Dato Bendahara di Kota Kuala Kedah. Depa masuk tu ka, depa bunuh habis la, termasuk Tengku Long Putera (@Laksamana Datu) yang menjadi Penghulu Berahman Indera merangkap Perdana Menteri Maharaja Benua Siam Islam dengan adik dia, Tengku Anjang Johan. Kubug pun dok ada lagi disini. Yang tak berapa menjadi tu pasai Syed Alang Alauddin cucu Khalifah Syarif ni berjaya bertahan di Istana Kuning, Kota Setar.

Ayahanda dia, Sultan Mad Zaffar Syah III, masa tu bersemayam di Kuala Kangsar jadi raja Kuala Kangsar bawah Maharaja Siam Nagara Kedah. Dia ni tak kena apa-apa la sebab dia dok jauh tapi adik-adik dia (bapa saudara Syed Alang Alauddin), habis kena bunuh, Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Ada ka patut hari ni, makam-makam depa yang shuhadah ni, depa kata Kubug hindu. Siasat punya siasat rupa-rupanya yang jadi dalang, Tengku Anum dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, yang kononya tengok orang korek terusan di Merbok (di Sungai Petani), padahal dia dah tau Thai nak serang,dia cabut siap-siap. Takut kena tangkap, sorang cabut pi Ligor dekat Segenting Ke Ra (masa tu bawah thai), sorang lagi lari pi Pulau Pinang kat Inggeris, depa pula hantag dia p dok Melaka.

Pasai dok sebut siam-siam ni, hang gak-agak sapa depa ni? Jawapan dia kita la, (ingatkan tanya saya, dia jawap pulak) orang melayu kita la. Sama macam kita p slangok ka, johor ka, kita jumpa orang melayu, depa kata depa jawa, kita p kampong depa, depa cakap jawa. Orang melayu d kedah ni, melayu saja-saja kah? Mai kot mana kita Melayu Kedah ni? Kita ni betoi-betoinya orang siam, orang siam islam. Siam tu Islam, memang dari dulu lagi kita ni islam. Kita bukan baru masuk islam. Yang depa dok kata ni jahat bunuh orang bok (buat) pa, yang tu thai, sukutai, orang melayu kita kata, puak Thai. Bahasa Siam kata puak kapiag (maafkan saya, untuk makluman saja), tu la makna dia. Depa dok sebu-sebut Siam tu bukan pasai apa, pasai thai ni turun mai dari negeri siam, depa kata siam la.Tapi yang sebenagnya yang mai tu bangsa dah lain, agama pun dah lain. Zaman dulu bukan ada pepa (paper), tv lagu hari nih, sebab tu banyak rakyat tak tau crita sebenar. Tapi kami ni kaum kerabat raja siam islam tau semua dari ‘alif’ sampai ‘ya’. Depa bukan nak mai tanya kita la ni pun sebab depa dok ingat kita ni thai, depa tak tau.
Depa dok belajak sejarah orang putih disekolah tu, termasuk hang skali lah…

7 comments:

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

wooo...syok cerita nih! wa rasa nak p belasah thai je la ni..:-)

janpakburn said...

patut la orang melayu la ni tunggang langgang..kita dah lupa sejarah.omputiih dah racun pemikiran dari dulu sampai la ni..siam Islam aka melayu kena buat comeback

Unknown said...

waris Raja Ahmad Shah yang mengetuai Angkatan Perang Negeri Perak pada 1820 masih ada di Bagan Serai. Sila hubungi Pn. Rokiah bt. Ahmad (0175420215)

Unknown said...

Sekitar 1800-1820, Negeri Kedah adalah dibawah pengaruh Siam. Siam sedang berperang dengan Burma.

Jadi Raja Siam (Thai) suruh Kedah serang dan menguasai Perak yang kaya dengan hasil bijih timah untuk sumber kewangan peperangan di Wilayah Ayuthia. Sempadan Perak-Kedah tak jelas...Daerah Kerian menyaksikan pertempuran yang hebat di antara tentera Kedah-Siam lawan tentera Perak-Selangor yang diketuai Raja Ahmad Johan Berdaulat.

Raja Ahmad ditawarkan jawatan Sultan Muda jika berjaya mengusir musuh daripada jajahan Perak. Bala tentera Perak-Selangor masuk melalui jalan laut menyusur Sungai Kerian..mendarat suatu kawasan di sempadan Parit Buntar-Bandar Baharu. Kubu mereka di sana.

Pertempuran hebat berlaku di sebuah padang (bendang). Pada 1820, Perak menang di Kerian... tetapi alangkah sedihnya apabila sesama rumpun melayu dan beragama Islam berbunuhan kerana tunduk pada kafirin Siam dan berebut jajahan. Menurut riwayat orang lama (yang ni orang putih tak record), jajahan Perak adalah sehingga ke Nibong Tebal.

Orang Putih (mat salih/ Ingeris) nampak peluang...Depa bagi syarat nak bantu Kedah, Perak dan Selangor agar berdamai. ..Siam kena keluar dari Kedah dan Perak, Perak pula kena terima penasihat Inggeris. Pemerintah di Perak, Kedah dan Selangor semuanya disusun oleh Inggeris. mana-mana raja dan keturunan yang menentang cara Inggeris akan diburu dan dibunuh oleh pakatan mereka..

Lantaran itu, Raja Ahmad berasa amat sedih dan meninggalkan segala gelaran dan seterusnya bertariqat, hidup sebagai orang biasa. Sejarah Perak kata baginda ghaib..padahal baginda tidak mahu lagi balik Istana, berhubung kait dengan Istana yang penuh kacau-bilau dan perebutan takhta. benda ni sengaja tak diadakan dalam catatan orang putih. Baginda memang mengamalkan ilmu agama Islam peringkat tinggi sehingga terkenal dengan gelaran Sultan Waliyullah oleh orang Perak.

Nak tahu lagi? Baginda ada waris di Kerian. Namanya raja Ali

Raja Ali ibni Raja Ahmad pula terkenal dan digeruni di perairan Kerian khususya di Bagan Serai..Ilmu kepahlawanan Bugis dengan pusaran air sungai dan buaya ganas sentiasa mengancam polis dan askar Inggeris. Baginda digelar Tok Mat Ali oleh penduduk tempatan.. Buktinya, meriam keramat baginda masih ada di Kerian. boleh lihat di IPD Polis Kerian di Bagan Serai dan ada sebuah pulau di Bagan Serai iaitu Pulau Tok Mat Ali..

Inggeris dan pemerintah pada masa itu melabel Raja Ali ni ketua lanun...baginda ditipu Inggeris dengan menawarkan jawatan raja di Perak, akhirnya baginda dan panglima-panglimanya ditangkap..

Dengan ilmu yang ada, baginda berjaya melepaskan diri dari penjajah dan sekutunya. Baginda pun menyamar sebagai orang biasa sehinggalah keturunan yang ada sekarang di Bagan Serai tidak memakai lagi gelaran Raja. Keris Raja Ahmad masih disimpan waris baginda (waris yang menyertai Perang Kerian) di Bagan Serai, Perak.

mana mungkin orang tahu melainkan waris yang ada tahu sejarah sebenar bangsa dan keturunannya.
MALANGNYA SEMUA INI TIDAK DIREKODKAN DALAM SEJARAH NEGARA KITA DENGAN JELAS ATAU MUNGKIN TIDAK AMBIL TAHU...

khamal abdul hamid said...

Hampa semua tera-tera nooo... Tau semua sejarah keluarga hampa.. Belah pak aku, kami semua tau sampai tokwan kami ja... Abdullah nama dia, di Pinang Tunggal, Kedah. Sebelum tok aku meninggal, dia kata tokwan aku nie pendekaq.. dia dibunuh.. dan dia kata lagi kami ada kaitan dgn Abdullah Fahim.. tok wan Pak Lah.. wallahualam..(* Adala aku tgk salahsilah di page 5 kait ke Pak Lah)

Belah mak aku. Aku sempat sembang dengan moyang pompuan aku sebelum dia meninggal... tu pun masa dia tak nyayok la.. moyang laki aku nama dia Ibrahim... bini ramai.. orang kata dia nie lanun.. kot tittle lanun masa penjajahan Thai di kedah kot sbb dia hidup dalam hujung dekad 1800an.

Satu ja yang aku pelik dalam keluarga belah pak aku (yang mana semua dah meninggal kecuali org tua aku) semasa nak meninggal tanda2 dia... sakit kepala yang dahsyat... mungkin genetic kot... dari tok aku.. pak long aku.. pak ngah aku...

Emm.. baguih gak blog nie.. at least kita tau ada kuasa yang lebih besaq dari kuasa paduka sultan. Tak heranlah sbb negeri2 kat melesia nie kecik2.. tak macam negara.

-Khamal-

Roslim Abu said...

Khamal, Ibrahim moyang lelaki hang ni asai dari mana?..berapa bini dia?..sebab kalau betul salasilah dia, Ibrahim ni bukan lanun..contact saya di email.ini.

mjcelica said...

salam..blog ni memang menarik dan ada benarnya...saya juga pernah dgr dr family saya yg keluarga kami ada sumpahan 7 keturunan, moyang saya sebelah nenek saya,mngikut cerita nenek saya adalah seorang panglima di kedah,hinggakan gunung jerai tu adalah kawasan miliknya...dan ada cerita yang keluarga kami ni juga adalah keturunan raja.cume tak memakai nama raja,syed atau megat..saya pun tak tau akan kebenarannya..tapi setelah membaca content dalam blog ni..saya rasa ada benar juga cerita nenek saya yg lebih kurang 80 lebih umurnya...wassalam