Bismillahhirrahmanirrohim,
Alhamdulillahirobbil' alamin, Alhamdulillahirobbil' alamin, Alhamdulillahirobbil' alamin.
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekian ALAM. Pujian yang memadai nikmat-Nya yang selaras dengan kebaikan-Nya. Ya Allah Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji yang layak bagi keAGONGan dan kebesaran keKUASAan-Mu. Selawat serta salam semoga tetap dilimpahkan kepada junjungan kami, Nabi Besar Baginda Sayyidina Muhammad Rasul S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat semuanya.
Kami bersyukur ke hadarat Allah Subhanawataalla kerana dengan izin Nya juga Persatuan Keluarga Sharif Abu Bakar Syah telah berjaya didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri oleh penyokong, ahli keluarga dan WARIS MUTLAK baginda.
Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini usaha-usaha murni untuk membersihkan nama baginda dan keluarga baginda, sejarah khalifah islam di Benua Islam Siam dan didalam lipatan sejarah negara, akan kami teruskan.
Sesungguhnya kami, adalah waris sebenar dari keturunan Raja Merong Maha Wangsa, dari Ahlul Bait dan kami memperolehi petunjuk dari Nya tanpa perlu tercari-cari mahu pun meminta-minta dengan sesiapa pun yang bernafas dan bakal merasai maut. Kami juga telah mula menulis mengenai sejarah Raja Merong Maha Wangsa semenjak blog ini dinaikkan ke alam maya pada tahun 2007 .
Kami bukan dari keturunan Maharaja Debar (Debur) Raja yang kononya diislamkan oleh pak sheikh dari Arab tapi menggunakan gelaran Parsi. Kami juga bukan dari pihak yang menubuhkan persatuan tanpa waris mutlak menyertainya.
Sandaran kami ialah Manuskrip Melayu Undang-Undang Kedah yang telah diklasifikasikan sebagai sebuah karya Agong dan merupakan dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2005.
Semoga Allah SWT terus memberikan petunjuk kejalan yang benar dan lurus, Amin.
13 comments:
Selepas N pada RAHMAN, akan ada kekalutan. kemudian drpd itu keluarga Baginda Nabi Muhammad Shollalhualaihiwasallam akan mengambil alih pemerintahan. Sistem Islam akan kembali berdaulat.
Salam tuan anai-anai.
Logo ahmad muhammad timbal balik ini sama dgn logo silat cekak pusaka ustaz hanafi. Adakah almarhum ini dr jurai yg sama? Beliau mewarisi sikat cekak yg asli dr panglima ismail dan tok rashid. Sekarang anaknda beliau, yg mulia guru utama hj md radzi dipanggil pewaris mutlak. Mohon pencerahan.
Saudara A. Fathi, mudah-mudahan, insyaAllah.
Saudara Jai Othman, bagi kami logo ini melambangkan kebangkitan semula Islam, pemerintahan Khalifah Nusantara. Jika ada pihak yang mengerti maksud yang tersirat disebalik yang tersirat, apa salahnya.
Salam. Terima kasih atas respond.
Saya harap dapat dikongsi maksud tersurat dan tersirat di sini. Juga persoalan saya, adakah almarhum ustaz hanafi juga ialah sebahagian juraian ini?
Ustaz Hanafi pernah berguru dengn Datuk Meor dulu. Kalau juraian saya rasa tak kot, setakat pernah menjadi anak murid shj disatu ketika.
Panglima Ismail @ Raja Ismail Kinta itu adalah keturunan Khalifah Sharif Abu Bakar Shah juga.
Maaf bertanya,
1. Dato Meor juraian Merong juga?
2. Mengapa YM Tuan Megat lama menyepi?
1. Dato Meor memang dari jurai Merong sebelah bonda beliau. Syed Zainal bapa kepada bonda beliau itu anak kepada Syed Idris (Tok Moris)
2. YM Tuan Megat Aljefri masih bersama kami dalam persatuan keluarga Khalifah Syarif Abu Bakar Shah. Mungkin beliau sibuk dengan hal-hal lain menyebabkan kurang berinternet.
Tok Moris dari Bendang Raja kah?
Saya nak tau, makam Dato' maharajalela masih wujudkah?
assalam...saya ingin bertanya sesuatu..tapi sebelum itu saya ingin memohon maaf andai pertanyaan saya menjadi satu kesalahan..soalan saya, adakah khalifah sharif ialah orang yang sama dengan panglima sharif dari siam...kerana orangtua saya beritahu bahawa arwah nenek saya berketurunan panglima sharif dari siam..tapi tak berapa jelas sangat tentang salasilah turunan dari anak cucu panglima sharif yg mana satu...maklumlah orang dulu2 ada yang tak ambil berat sangat tentang nama2 nenek moyang...itu saja yang saya ingin tanya...haraf maaf kalau ada salah silap tentang pertanyaan saya...
Panglima Shariff adalah individu yg berbeza.
Assalamualaikum. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut susur galur Syarif Abu Bakar?. Adakah ianya ada kaitan dengan Syarif Abu Bakar Tok Bendahara di Perak?
Post a Comment