Saya merujuk kepada blog yang tertera di bawah ini,
Tanpa prajudis kepada blogger diatas, saya menafikan dengan
sekeras-kerasnya dakwaan Tokoh Sejarawan Kedah, Dato Wan Shamsuddin Mohd Yusof yang mengatakan makam Ulama Kedah, Tuan
Haji Salleh Penaga terletak bersebelahan pejabat TDC di Alor Setar hari ini.
Makam sebenar beliau berada di Lahak Kabot, Mukim Penaga. Haji Salleh atau
lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai Tok Perak mempunyai beberapa orang
anak diantaranya Haji Zainuddin dan Haji Hamid.
Haji Zainuddin berkerja dan meninggal dunia di Perlis dan jenazahnya dibawa balik ke
Penaga untuk dikebumikan. Beliau boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Siam. Haji Hamid pula seorang guru agama menjadi imam di Lahak Tabut dan turut di
simpan di tanah perkuburan yang sama. Haji Hamid membawa kepada Tok Lang Razak
dan Pak Cik Sabri.
Lahar Tabut, Penaga.
Untuk makluman semua, saya juga adalah generasi ke lima dari keturunan
Haji Zainuddin bin Haji Salleh. Keluarga kami mempunyai geran tanah untuk membuktikan
dakwaan kami selain dari kedua orang tua yang masih ada berusia 76 tahun yang
sememangnya mengetahui perkara ini dan juga ahli keluarga yang masih ramai di
Lahak Kabot, Penaga.Jadinya, jangan nak memandai buat cerita, puak kami dok ada lagi.
Carilah sendiri dalam kawasan tanah perkuburan ini.
Makam yang berwarna kuning bersebelahan TDC Alor Setar sebenarnya
ialah makam Raja Jalil Putera bergelar Khun Wara Wangsa sepertimana tercatat
didalam Manuskrip Melayu Undang-Undang Kedah, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
ms 2. Raja Jalil putera ini bergelar Khun Wara Wangsa. Baginda adalah anakanda
kepada Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Syah III, Marhum Kota Naga.
Makam Raja Jalil Putera@Putera Jalil Yaacob Syah ibni Sultan Rijaluddin, bergelar Khun Wara Wangsa
Menurut sejarah Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah
dikatakan hidup sekitar tahun 1650. Agaknya pihak mereka terlupa bahawa Muhammad
Syah bukanlah sebahagian nama Sultan Rijaluddin tetapi nama ayahanda baginda.
Muhammad Syah ialah Sultan Muhammad Johan Syah III. Zaman baginda
memerintah di sebut sebagai zaman Seri Johan Pahlawan (UUK ms10). Dalam sejarah
Perak, baginda bergelar Tok Temeng dan makam baginda berada di Beruas
bersebelahan dgn makam Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud Syah Yang Maha Mulia
(UUK,ms98). Jika kita teliti UUK, ms 10 perenggan kedua (diatasnya di sebut “…zaman
seri Johan Pahlawan”) ada dicatatkan mengenai bijih timah kerana itulah
sumber perdagagan di zaman Tok Temeng@Sultan Muhammad Johan Syah III .
Bagi kami, mana-mana catatan sejarah yg mengatakan Tok Temeng@Tok
Temong adalah seorang wanita adalah karut sama sekali.
Dengan itu, nama Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (UUK ms 14) harus
di interpretasikan sebagai Sultan
Rijaluddin IBNI Muhammad Johan Syah III. Kenyataan ini sekali gus menafikan
bahawa pemerintahan baginda Sultan Rijaluddim ialah pada sekitar tahun 1650
masihi kerana Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran penuh) yang dimaksudkan dimuka surat 1, UUK adalah
merujuk kepada Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman dan
bukannya merujuk kepada Sultan Rijaluddin.
Baginda Sultan Mahmud Syah adalah Syah Alam Yang Maha Mulia yang mengarahkan agar UUK, "..suruh salin ambil taruh". Gelaran Syah Alam Yang Maha Mulia tidak ada sangkut paut dengan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II (sepertimana dakwaan seorang pencacai) yang hanya bergelar, Paduka Seri Sultan.
Gelaran Khalifatullah Akhirul Zaman bukan milik Sultan Mahmud Syah
mangkat di julang yg pernah memerintah Bandar Hilir dengan Sg Melaka nya selebar
longkang besar sahaja. Memang selayaknya baginda dibunuh kerana sikap dan
perbuatan diluar tabiinya itu.
Sila lihat UUK, ms 98, Duli Yang Di Pertuan Sultan Mahmud
Syah MASIH LAGI MEMERINTAH pada tahun 1067 Hijrah
bersamaan dgn tahun 1641, sedangkan Melaka Bandar Hilir telah ditawan Portugis
pada tahun 1511.
Dengan itu Sultan Mahmud Syah yang di maksudkan di ms 98,UUK adalah Khalifatullah Akhirul Zaman, Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah (bergelar Sri Su Tammaraja) ibni Nai Hisbu Muadzam Syah (bergelar Songtham Ayuthia). Sila rujuk salasilah 2 dan 3 dibawah blog ini.
4 comments:
infomative
Semakin mengarutlah Tok Wan Sudin ni, nampak sangat nak tutup sejarah sebenar.
Sebagai generasi ke 5, kisah Haji Salleh keluarga kami masih ingat dan tahu, apatah lagi kisah Sultan Jaafar Muazzam Syah dimana kami hanyalah dari generasi ke 4 sahaja.
Jangan nak nafikan sejarah keluarga orang lain sedangkan sejarah keluarga sendiri pun kita tak tahu. Usah sombong diri, datang berkunjung dan bertanya. Almarhum TNL Kasim pun tak dikunjungi utk bertanya sejarah sebagai sampai habis umur.
Yang hampa tau, dok hentam Almarhum dlm blog, dlm media di sana sini. Lagi sebutir permata hilang begitu saja.
assalamualikum saudara anai2, setlah membaca blog saudara, saya dapat katakan sprt saudara anai2 byk melakukan kajian sejarah kedah dan syabas saya ucapkan. oleh itu saya ingin meminta tolong saudara anai2 jika ada terdapat nota mengenai tunku jaafar yg menjadi sultan di langkawi. utk pengetahuan saudara tunku jaafar mempunya 2 orang anak iaitu tunku mohd taib dan seorg lg anak perempuan yg dilarikan ke tikam batu kedah. yg menjadi persoalan saya.. saya ingin dapatkan nama penuh tunku jaafar. utk pengetahuan saudara tunku jaafar ialah oneng2 saya. Harap membantu. sekian terima kasih.
Post a Comment