Sunday, July 7, 2013

Antara Syiah, Sunni dan Bangsa

Oleh: Anai2NC



Berita tragedi rampasan kuasa di Mesir dan pembunuhan antara Syiah dan Sunni di Syria hari ini telah menjadi antara impak berita panas di dada akhbar tempatan juga luar negara. Pembunuhan dan persengketaan antara dua pihak ini sememangnya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah musuh-musuh islam akan tersenyum gembira tanpa perlu membuat apa-apa, itu ternyata pucuk perkara yang paling utama dalam pengaktifan pemikiran dalam konteks keterbukaan dan pemahaman .

Tetapi disini juga terdapat sedikit anjakan minda dari teratas kepada sedikit penurunan dimana titik keterbelakangan daripada moden ke pemikiran jahiliah. Bagi kami secara nyatanya musuh Islam hari ini bukan sahaja Amerika malah termasuk mereka yang songsang islamnya dengan pendokongan sistem sekular dan demokrasi tinggalan penjajah tanpa mengambil pendekatan dalam dua konteks iaitu agama dan hal kelompok persekitaran juga bangsa secara dasar tengah. Maaf jika dikatakan ia juga hampir kufur jika sedari asas kecil itu pun masih tidak mampu didalami dan menakulkan dengan baik.

Hari ini juga malangnya, ada pihak pula cuba menyamakan situasi yang berlaku pada dewasa kini iaitu kononya ia seakan sama seperti zaman siam dahulu dengan menambah agenda bangsa sebagai titik tolak sedangkan di zaman itu soal agama dan bangsa tidak menjadi isu kerana sistem pemerintahan khalifah Islam diterima pakai di seluruh nusantara Benua Siam. Benua bukan suatu peta kecil berskala rendah tetapi ia meliputi tanah darat dan air yang mempunyai keterbukaan yang besar.

“Maka pada tiap-tiap raja itu mengadakan ia perkerjaan dan suruh-suruhan seperti tandil dan penghulu pada khalifah, mata-mata dan bendahara pada majlis balai itu, dan pada majlis istana Raja Iskandar Zulkarnaian datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum” UUK,ms49

“Maka diadatkannya khalifah menyempurnakan pekerjaan dalam negeri Melaka pada zaman pubakala itu” UUK,ms88.

Dalam erti kata, zaman “pubakala” atau mengikut DBP sebagai “purbakala”, ianya adalah zaman dimana Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali dan semestinya sudah dikenali seantero sebagai “Siam Malacca”.

Sebagai pendapat daripada kami, tidak wujud sebarang persengketaan banyak mahu pun sedikit antara Siam Sunni dan Siam Syiah tetapi ini hanyalah retorik pihak yang taksub dengan sogokan persoalan bangsa dan kemudiannya meletakkan Islam di tempat kedua walhal Islam itu jauh lebih tinggi darjatnya (superior) daripada konteks penekanan kepada perkara bangsa itu sendiri.

Mereka juga menyangka islam datang selepas wujudnya melayu walhal Islam itu adalah agama Allah yg diredhai oleh Nya, yang wujud sejak azali lagi tanpa kompromi dalam apa jua situasi pun. Allah jugalah yang menjadikan semua bangsa untuk kita saling mengenal antara satu sama lain dan juga menjadi pembuka jalan bagi mengeratkan silatulrahim. Pada pendapat kami, Allah dan Islam adalah tempat tertinggi yang pertama dan terdahulu, kemudiannya baru datang manusia berbilang bangsa ini. Pendek kata, Allah itu Islam dan Islam itu Allah (bagi yang mengetahui).

Di Siam pada zaman dahulu dikatakan ada seorang ulamak bernama Sheikh Ahmad Qomi yang berfahaman Syiah. Kehadiran beliau telah dikaitkan dengan Iran dan kononnya Ayuthia itu berfahaman Syiah. Sheikh Ahmad Qomi ini dikatakan hidup sekitar tahun 1602. Baik,kita lihat sebuah keratan versi Thai ini;

“Sheikh Ahmad Qomi (Qummi) was born in 1543 in Paeene Shahar district of Qom (Qum), Persia. Bearing the title sheikh, Ahmad was highly educated and qualified in the teachings of the Islamic religious scriptures. He belonged to the Twelver Sect or Imami Shi'ism . The exact year that Ahmad came to Siam with his younger brother Muhammad Said, is disputed. Some sources stated 1602, other 1603 and 1605. Both brothers and their retinue set up their residential and trading quarters in Ayutthaya. The sheik married a Siamese woman named "Chuey" and got two sons and a daughter. The eldest son, was named Chun, the second one died at young age, while the daughter was named Chi. Ahmad's trading prospered and he became wealthy; increasing his influence at the court during the reign of King Ekathotsarot (r. 1605-1610/11).
http://www.ayutthaya-history.com/Historical_Sites_TombQomi.html



Makam Syeikh Ahmad Qomi yang telah disalah ertikan

Dalam pengkajian pensejarahan realiti pihak kami, Syeikh Ahmad Qomi adalah Sultan Madzaffar Syah ibni Tunku Mohammad Chan. Baginda juga bergelar Raja Mandalika dan nama baginda ada tercatat pada Batu Bersurat Terengganu. Baginda memerintah disekitar tahun 1300-1369 dan kelihatan ianya sangat berbeza dengan versi thai ini dimana tahun yang mereka nyatakan kelahirannya adalah pada 1543 dan keberadaan di Ayuthia adalah pada tahun 1602. Sungguh bercanggah.

Baginda membawa peralatan untuk membina Masjid dan di sana menanam pohon-pohon rhu. Masjid yang didirikan ialah Masjid Thon Sun Khlong Thei Bangkok bermaksud, Masjid Pokok Rhu Sungai Mengkuang Kuala Berhutan. Baginda mangkat pada tahun 1369 dan dimakamkan disana dan tempat baginda digantikan oleh putera baginda Khalifah Mad Azam Syah@Tunku Nazreen yg bergelar Ramesuan. Ramesuan inilah yang berkahwin dengan Ratu Iman Aceh Gusta Barubahsa.

Hari ini di Thailand soal syiah langsung tidak timbul. Hanya 10% sahaja masyarakat Islam Syiah di Thailand iaitu tinggalan keturunan pedagang- pedagang yang datang dari Parsi dahulu sahaja yang masih berbaki. Sekiranya angka peratusan melebihi 50%, mungkin kita tertanya- tanya dan sedikit hairan tetapi ini sebaliknya. Di sekitar Bangkok dan Ayuthia pula, hanya terdapat 10 masjid sahaja yang dikuasai oleh puak Syiah ini. Lebih pelik.

Untuk maklumat pembaca, puak Monggol telah pun menyerang Parsi demi menghancurkan Syiah sekitar tahun 1219-1221. Mereka membakar kitab- kitab lama puak Syiah ini. Sultan Madzaffar Syah ibni Tunku Mohammad Chan yang bergelar Syeikh Ahmad Qomi ini adalah menantu Maharaja China Yuan (Monggol) dimana beliau telah berkahwin dengan puterinya.

Monggol ini jugalah yang kemudiannya memerintah India. Tidak mungkin Zahiruddin Mohammad Bahadur Syah ingin berkahwin dengan Mahin Inta Tiral Tengku Nur Aisyah Begum ibni Sultan Rijaluddin sekirnya baginda tahu mereka ini Syiah dan yang paling penting di sini, orang Syiah tidak akan menamakan anak mereka dengan nama dan panggilan Aisyah serta Abu Bakar. Sehingga ke hari ini pun kita sudah sedia maklum.

Masalah sebenarnya timbul apabila ada pihak yang sanggup pergi ke Bangkok dan meminum air sami Buddha. Itulah punca pokok perkara dan ia bukanlah soal syiah atau sunni. Melayu dari rumpun siam jenis inilah yang sanggup meninggalkan tuntutan agamanya demi kuasa politik, wang dan harta. Pada ketika itu Undang- Undang Kedah adalah perlembagaan Benua Siam Kedah dan ia berkuatkuasa. Cuma ingin ditegaskan disini, disebabkan melayu jenis inilah maka mereka menjadi pengkhianat dan petualang agama secara tersurat dan tersirat. Melayu jenis ini jugalah sanggup mengahwinkan anaknya dengan Francis Light tanpa menukar ke agama Islam.

Hari ini, melayu jenis pengkhianat ini sudah mula terbentuk semula dalam diam. Mereka ini berjiwa sekular namun bertopengkan Islam, bercerita tentang Islam, bersolat cara islam sebenar tetapi secara tersirat dan sedikit tersurat telah nyata mengasingkan kehidupan seharian dengan Islam yang menjadi cara hidup secara khasnya. Mereka terlupa maksud “ad-din” itu sendiri kerana berfahaman sekular.

Mereka juga terlupa bahawa sebelum pemerintahan demokrasi hari ini, kita diperintahkan untuk menuruti dan mengikut perlembagaan Islam sepertimana tercatat dalam manuskrip Melayu Undang- Undang Kedah.

Dalam konteks hari ini, kita di Malaysia bebas dan tidak perlu ada pengakuan untuk menjadi melayu. Perlembagaan Common Law mengatakan asalkan sahaja beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu, maka melayulah individu tersebut.

Jadi disini, jika Mat Salleh (orang putih) berkahwin dengan Melayu dan kemudian mendapat anak, maka anak tersebut secara automatiknya dikategorikan sebagai melayu, negro berkahwin dengan melayu pun anak tersebut akan jadi melayu. Orang-orang Cina pula menggunakan istilah masuk melayu dan bukannya memeluk Islam.

Tidak hairanlah jika wajah melayu hari berbeza- beza dari satu negeri ke satu negeri yang lain kerana kebanyakkannya berkahwin campur atas dasar perlembagaan Islam sepertimana tercatit dalam Undang-Undang Kedah. Kaedah ini telah menghasilkan ‘genes’ dan DNA melayu yang lebih baik, insyaAllah bagi generasi melayu yang akan datang yg mahu berfikir dan mendekati Islam.

Dalam penceritaan kisah putera Nabi Nuh, Almarhum Tuanku NaiLong Kasim tidak pernah menyebut lansung bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang menaiki bahtera Nabi Nuh yang bertempat di Gunung Jerai. Penulisan beliau yang ada dalam simpanan saya menyatakan, “Bangsa Siam wujud di zaman Nabi Nuh Alaihisalam. Siam bermaksud orang Islam dalam buangan ke Bukit Jodi Arakra”.

Jodi bermaksud, duduk selamat dan Arakra bermaksud, kasih sayang mendarat. Beliau tidak menyebut tentang melayu. Hanya sejarahwan sekular yang berkata tentang melayu kerana mereka membicarakan sejarah dalam konteks hari ini. Matlamat itulah yang menghalalkan cara, ada udang disebalik mee rupanya iaitu agenda untuk menonjolkan bangsa lebih dari ISLAM sebagai agama yang berjaya menyatukan bangsa. Sejagat.

Menurut beliau lagi, orang melayu berasal dari kawasan kaki Gunung Hi-malaya yang bermaksud, Hai melayu!. Kedudukkan ini hanya bersebelahan dengan Yunan sahaja. Disitu mereka mendengar kisah kebesaran seorang raja dan mereka menanti kedatangannya. Raja ini ialah Raja Iskandar Zulkarnian yg kemudiannya mereka gelar sebagai Chey-Na (China) yang bermaksud, Datuk Petunjuk.

Raja Iskandar Zulkarnaian inilah yang membina tembok besar negeri China yang pertama dengan bantuan makhluk yang Allah jadikan bernama Naga bagi menutup bangsa makhluk Yakjuj dan Makjuj ini iaitu pemakan manusia. Rujuk Al-Quran Surah Al-Kahfi.

Soal tuntutan pula kami berpendapat tidak perlu dibincang panjang lebar, kalau hidup sudah merasa makan nasi, semestinya lebih faham apa itu Qutbah Wida dan apa yang dinyatakan di dalamnya. Orang yang kemalangan pun membuat tuntutan insuran apatah lagi yang memahami kehendak wasiat baginda Rasulullah SAW dalam Qutbah Wida ini.

Tugas kami menulis sejarah akan tetapi dimana pengakhiran penulisan ini..dimana penghujungnya? Sedikit sebanyak kami ada halatuju yang baik dalam tuntutan agama dan tidak pernah terfikir di benak untuk apa jua keinginan yang salah seperti dambaan harta dan pangkat, tetapi perjuangan ini lebih kepada memulangkan yang sepatutnya kepada TEMPATNYA iaitu yang HAQ dan bagi mereka-mereka diluar sana dalam institusi “ke-raja-an” yang sebenar iaitu merujuk kepada pihak yang telah menyalahgunakan pangkat dan harta selama beratus tahun dan memakan harta serta tinggalan yang HAQ, fikirlah akhirat kelak, takkan sekelumit pun akan selamat. Tetapi yang mengetahui landasan HAQ itu dimana, pasti Allah akan bantu bagi memperlihatkannya dan menentukan jalan yang paling baik.

Apapun, tahniah kepada Almarhum Tuanku Nai Long Kasim (Alfatihah) kerana berani membuat tuntutan kepada Kerajaan Malaysia, menulis surat kepada Majlis Raja-Raja dan sultan-sultan negeri walaupun dikecam banyak pihak tetapi sekarang ini sudah ada bunga-bunga yang baik dari mereka. Syukur,Alhamdulillah.

Kenapa Almarhum berani membuat tuntutan? Kerana di dalam UUK,muka surat 30 dan 47 disebut bahawa gelaran “Paduka” itu ertinya saudara kepada Raja dan “Seri” itu keluarga kepada Raja. Gelaran apakah yang digunakan oleh kerabat diraja di Malaysia bermula dari digunapakai sehingga ke hari ini kalau bukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Seri Paduka Baginda. Jika mereka ini keluarga dan saudara kepada Raja, dimanakah Raja kita hari ini, Raja yang disebut sebagai Khalifah di Nusantara Benua Siam? 


Ingatlah, dizaman dahulu RAJA itu lebih BESAR dari sultan dan bukannya sultan lebih besar dari RAJA. Tidak akan sewenangnya Angkatan polis dan Angkatan Tentera meletakkan DIRAJA MALAYSIA sebaris dengan ayat yang telah digunapakai pada nama angkatan tersebut. Masih tidak nampak lagi?

Bagi kami, penyokong datang dan pergi. Kamu datang tidak diundang, kamu pergi tidak di usir. Allah lebih mengetahui nawaitu kamu sebenar walau asalnya suci dan berpendirian, mungkin itu permulaan untuk pencarian, tetapi bila berada di persinggahan dan persimpangan,dimana penemuan sahih telah kamu ketemukan, kamu jadi TERBIAR KOSAI, keseimbangan mulai kurang dan apapun, kelihatannya sekarang ini lebih menjurus kepada menegakkan BANGSA secara dasarnya tetapi PEMAHAMAN BAGI MENEGAKKAN agama Allah agak sedikit landai dari nawaitu asal, mungkin kami salah tapi itu yang terzahir di pancaindera kami yang ALLAH SWT berikan.

Kami telah mendedahkan sejarah realiti negara yang sebenar, dan bagi kami, sebarang perkara bakal membentuk zarah atau sebarang benda bakal membentuk atom sekalipun, pada kami biarlah Allah yang tentukan kerana kita akan BALIK kepada DIA juga pengakhirannya, wallahu’alam bisawab…


Ps: Wangi sungguh penjaga Istana Kuala Kangsar yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah. Hanya waris sahaja yang biasa bau wangian itu. Dah pernah tercium wangian itu ke?


9 comments:

MEGAT KHAIRULIZWAN said...

Salam,

artikel yang menarik, saya selalu membaca disini, kerana Guru saya pun membaca disini.

Diharap, apa saja perkara berkaitan Haq dapat ditegakkan, jatuhkan yang batil.

Saya bangga menjadi anak Kedah.

gasing said...

banyak agamawan mempergunakan agama utk bermusuhan dgn melayu, mempertahankan melayu bukan utk bangsa, memperjuangkan bangsa bukan krn melayu. Jgn jadikan melayu seperti arab spring, krn tidak ada pegangan yg sama.

Ra1m1 said...

Terima kasih untuk entry kali ini. Sangat saya hargai.

jai othman said...

Terima kasih atas nukilan yg sangat ekspresif, synikal dan amat dalam maknanya. Semangat juang amat tinggi dan jelas. Semoga Allah permudah jalan kpd pembantu agamaNya. Allahuakabar..

mohd said...

"Pada zaman dahulu raja lagi besar dari sultan"
Mohon pencerahan kenapa dari zaman kesultanan melayu melaka lagi menggunakan title sultan dan bukan raja?

Bukankan terjemahan bhs inggeris
Raja = king
Sultan = sultan



Unknown said...

Saya sokong usaha anda..from.naga army..

anaianai said...

Zaman kerajaan Melayu Melaka hanya menceritakan kesultanan setempat,yang tidak diceritakan ialah siapa penguasa di Benua Siam ini dizaman dahulu. Raja adalah keturunan Raja Merong Mahawangsa dan Raja Iskandar Zulkarnain. Paduka dan Seri hanyalah keluarga dan saudara kepada Raja itu.

anaianai said...

jai Othman, Unknown,..terimakasih.

Pena Lama said...

terukan berserita yang benar agar haq dapt dikembalikan. saya pun dah mula muak dgn penipuan yg berlaku dlm negara kita yg tercinta ini