Sunday, September 6, 2009

Betulkah Masjid Krisek Tidak Siap?

"Selain daripada misteri dan keunitkan itu menurut Che Husin masjid itu pernah disinggahi oleh Hang Tuah iaini pahlawan terbilang Melaka".

Memang benar pun tapi zaman bila, tahun berapa dan siapakah yang dikejar oleh Hang Tuah? Ikuti artikel sepenuhnya disini,

http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/tapak-sejarah-patani.html

Ikuti pula artikel kami sebelum ini disini,

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/05/raja-bersiong-berahman-indera-dan-balai.html


Ada pihak dari Acheh yang menghantar emel dan mengesahkan kepada kami bahawa Mahkota Alam itu sebenarnya Hang Tuah (Sekiranya benar sila rujuk salasilah di bahagian bawah blog ini).


Makam Sultan Mahmud Syah Melaka, Khalifatullah Akhirul Zaman kini terletak di Perak. Baginda mangkat dalam tahun 1668 di Istana Alam Syah Kelang. Anakanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah berpindah dan menetap di Kota Palas Pulau Langkawi (lihat UUK ms 17).

1. Sultan Mahmud Syah Melaka bukanlah Paduka Seri Sultan Mahmud Syah mangkat di julang yang diusir dari melaka itu (yang membunuh anaknya sendiri). Baginda, Syah Alam Yang Maha Mulia, Sultan Mahmud Syah Melaka Khalifatullah Akhirul Zaman adalah kekanda kepada Tun Saaban. Sultan Mahmud Syah inilah yang berkahwin dengan Puteri (Nang) Kemuning dari Patani. Tun Saaban adalah adinda kedua dan Pir Abu adalah adinda ketiga. Tunku Sulaiman Raja Bersiong adalah anakanda Pir Abu menjadikan Tunku Sulaiman ini anak saudara Sultan Mahmud Syah dan Tun Saaban.

Kedatangan Hang Tuah dari Acheh untuk menangkap Tunku Sulaiman Raja Bersiong (yg lari ke Patani) ini diceritakan sebagai kononnya Acheh menyerang Kedah..haha..lawak betul. Tujuannya, menutup bukti sejarah realiti.

Perintah untuk menangkap Tunku Sulaiman dikeluarkan Sultan Muhiyudin Mansor Syah setelah beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah ketika itu. Perlu diingat Sultan Muhiyuddin Mansur Syah ini adalah seorang ulamak yang bergelar, Maulana Syah Alam (rujuk UUK, ms 17).


Di Melaka baginda Sultan Mahmud Syah bukan bersemayam di Melaka Bandar hilir tetapi di Kota Lukut dan mengawasi pengeluaran bijih timah disana.

Baginda berpindah ke Kelang setelah Belanda menyerang Melaka Kota Lukut dalam tahun 1641 dan mangkat di sana dalam tahun 1668. Perlu diingat Negeri Sembilan belum ada lagi dan Kota Lukut ketika itu adalah sebahagian dari Melaka.

Ketika ini lah orang-orang Minang yang berkerja di lombong bijih itu memihak kepada Belanda lalu baginda murka dan menggelar orang minang sebagai Minang-kabau yang bermaksud (dengan maaf), minang-derhaka. Perkataan kabau adalah dari bahasa siam dan tidak ada sangkutan dengan perkataan kerbau. Gelaran ini hanya ada disini sahaja sedangkan ditempat lain mereka masih tetap orang Minang. Saya hanya memberi penjelasan, bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. Harap maaf.

Di Shah Alam terdapat tempat bernama Kota Kemuning dan Bukit Kemuning. Lokasi ini boleh dimudikki dengan perahu dari hilir Sungai Kelang dan nama-nama ini merujuk kepada nama permaisuri baginda, Puteri Nang Kemuning.






Baginda Sultan Mahmud Syah bergelar Sri Su Tammaraja (lihat sejarah siam @ thailand) Baginda adalah anakanda Nai Hisbu Muadzam Syah (Raja Gangga Nagara) ibni Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Zahiruddin Bahadur Syah, Raja Monggol India. Dengan sebab itu lah hingga kehari ini Istana Alam Syah di Kelang dan bandar Syah Alam di negeri Selangor merujuk kepada gelaran itu.


Nai Hisbu Muadzam Syah, Raja Gangga Negara atau Pheraq bermaksud abang yang di kasihi. Dalam sejarah siam, baginda bergelar, Songtham Ayuthia. Berjanggut dan berjambang seperti ayahandanya, Zahiruddin Bahadur Syah @ Babur.

Diriwayatkan kepada TNL Kassim, semasa Sultan Mahmud Syah masih muda, datuknya Zahiruddin Bahadur Syah menghantar baginda menjadi Raja di Sri Langka. Disana lah berlaku kisah Puteri Gunuung Ledang pada Adams Peak, kemunchak yang tinggi di pulau tersebut. Kisah ini bukannya berlaku disini!.(lagi la kontravesi, haha..carilah kebenarannya).

2. Laksemana Hang Tuah bukannya hidup di zaman kegemilangan Melayu Melaka,1400-1500 tetapi disekitar tahun 1600. Rekod Portugis gelombang kedua yang menyerang Melaka dan bukan beragama islam tidak menyebut nama Hang Tuah dizaman mereka menyerang melaka bandar hilir. Sila juga rujuk zaman pemerintahan Narai sebagai, Raja Ayuthia. Hari ini, sedikit sebanyak kita sudah mula tahu siapa itu Laksemana Hang Tuah.


Hari ini pun, banyak duit syiling lama boleh ditemui di pelabuhan Kuala Kedah. Gambar ini dihantar kepada kami oleh seorang pembaca setia blog ini. Many thanks !


Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah di Pulau Langkawi yang dilabelkan sebagai,"..makam purba milik seorang wanita" ! ! Sultan Muhiyuddin Mansor Syah adalah ayahanda kepada Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, Raja Siam Ligor dan bergelar Boromoraja Ekataat V di Ayuthia sebelum ia diserang puak Sukhothai Buddha pada tahun 1767. Baru lah betul susunan tahun kejadiannya !

3. Melaka yang kita megahkan hari ini bukanlah Melaka Bandar Hilir tetapi dengan nama lamanya Semenanjung Siam Melaka yang kita semua kenali sebagai Tanah Melayu hari ini.


"The land of Malacca is called a land of Siam, and the whole of Siam, Champa and thereabouts is called China." Tom Pires, Suma Oriental.

Semenanjung Malacca ialah tanah milik raja siam ye? Kalau raja Siam itu beragama islam logiklah juge..mmm barulah nak mula faham,"...and the whole of siam, Champa and thereabout is called china"? Patutlah Laksemana Cheng Ho yang beragama islam datang meronda di nusantara ini, siap singgah di Acheh menghantar loceng cakera dunia ke masjid disana, rupa-rupanya kawasan Maharaja China Ming, Yong Le.

Dimana pelabuhannya kalau tidak di Kuala Kedah? Hulu nya terletak di Hulu Melaka Pulau Langkawi Kedah. Lagi kontravesi bukan? tapi pun dimanakah istana sultan melaka bandar hilir, kalau ia benar-benar ada?..yang ada pun hanya replika dari cerita tahyul Hikayat Hang Tuah yang ditulis di zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menetap disana (kononnya menjadi penaung penulisan sejarah), patutlah ia tiada nama pengarang.

Kaedah yang digunakan mudah sahaja. Rampas manuskrip UUK dan pulangkan 100 lebih tahun kemudian. Mulakan penulisan semula sejarah bangsa baru yang dikenali sebagai melayu ini. Berikan segala macam sumber kepada penulisan ini. Rampas segala bukti sejarah Raja Monggol di India yang bergelar Syah Alam (lihat duit syiling zaman raja monggol india). Putuskan hubungan/kaitan dengan raja-raja disini. Pada masa akan datang itu (hari ini) kisah pembohongan ini dah lama terpahat, pasti sukar untuk dicabar lagi.

Perlu kita ingat dikatakan banyak penulisan melayu terhasil dizaman ini dengan bantuan kewangan dari penjajah Inggeris. Inggerislah yang memelayukan bahasa melayu menjadi bangsa melayu hari ini melalui Blumenbach's racial classification system, menukar semenanjung Siam Melaka menjadi Semenanjung Tanah Melayu.

Jangan salahkan rakyat indonesia yang membakar bendera Malaysia dan membaling telor kearah Kedutaan Malaysia baru-baru ini kerana mereka tidak mengklasifikasikan diri mereka sebagai Melayu kerana bagi mereka Melayu itu bahasa, bukannya bangsa ! Mereka mengklasifikasikan diri mereka menurut suku@rumpun, ie Jawa, Sunda, Bali, Acheh, Madura, dll, dan bangsanya ialah bangsa Indonesia. Di Malaysia suku@rumpun itu tenggelam semuanya menjadi melayu ! Apabila sesaorang itu memeluk agama islam, jadinya istilah, masuk melayu!!

Akhirnya, Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah mengakui bahawa Raja Siam Ligor Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, adalah seorang yang beragama Islam dan baginda adalah abang ipar kepada Paduka Seri Sultan Nai Nal (Zainal) Adilin (Datuk Seri Bongsu) yang berjawatan Perdana Menteri Kedah (rujuk salasilah dibawah dan UUK ms 40 dan 47).



Muka surat 40 dan 47, manuskrip Undang-Undang Kedah. Hari ini pun yang menetap di istana Anak Bukit adalah DYMM Sultan Kedah. Sekiranya Paduka Seri bongsu hanya berjawatan Perdana Menteri Kedah, siapa pula yang menjadi Raja ketika itu?




Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ini lah yang bergelar Yam Tuan Kedah @ Yang Di Pertuan Kedah...sah dan sahih, terang lagi bersuluh. Hikayat Patani menyebut baginda sebagai Raja Bakar.. hahaha..tetapi mereka tidak tahu baginda timbul dari mana ! Peminat setia blog ini dah lama dah tahu ! Jelasnya, Yang Di Pertuan Kedah bukanlah Sultan Kedah tetapi 2 individu yang berbeza, satu dibawah kuasa yang diatas.


Pada masa itu dialah raja ! Manuskrip Undang-Undang Kedah muka surat 42 dan 43.



Terima kasih tidak terhingga kepada penyokong kami yang terdiri dari pembaca blog ini dan menjadi ahli persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah. Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi tuan-tuan kerana menegakkan kebenaran agama NYA. Teruskan kajian saudara dalam usaha mencari kebenaran, ibarat jihad kejalan Allah.

Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini !

PS: (Ini untuk orang tertentu saja) Hang kata aku bukan pakar sejarah, bukan pakar tahun hijrah dan masihi, akan tetapi yang bukan pakar ni la juga yang pi bongkag sejarah bangsa Melayu, cari fakta dan bukti baru... saja aku nak bagi hang kerja sikit sb dok makan gaji buta lama dah, pangkat dapat dah, makan angin p tengok tempat sejarah lama dah.

Aku nak tanya skit, awat hang tak pi bongkag sejarah realiti ni lebih dulu pada aku kalau hang kata hang pakar????Yang keduanya aku tak kelapag aih apa pingat pun dari Kedah ni. Waris Yang Di Pertuan Kedah nak terima pingat dari waris Perdana Menteri Kedah? dah jadi terbalik kot?...jatuh la standard keluarga kami. Hang lain la.

30 comments:

Jeepers Creepers said...

amboi sedapnya mulut..kalau ye pun nak tunjukkan kehebatan kedah tapi jangan sampai hina negeri orang lain.

anaianai said...

Memang sah mulut aku sedap DAN memang kedah hebaT DARI SEGI SEJARAH..dan aku tak hina negeri kau atau negeri-negeri lain.Aku cakap sb aku ada bukti.

Zahrin said...

patut la tak leh menang semua PRK..kalau ilmu baru tamau dikaji dulu sebelum nak belasah org..

bro anai-anai..puak belah tu mmg perangai macam tu...depa ingat depa ja betoi..ada fakta baru tamau terima..

anaianai said...

Mereka takut hilang kuasa la dragster bila kebenaran mula terserlah ! ! Tu la pasal !

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

KEDAH MEMANG HEBAT - TAK DINAFIKAN. AKU BUKAN ANAK KEDAH TAPI SEBAGAI ORANG ISLAM YANG MEMENTINGKAN SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DISEMENANJUNG NI AKU LEBIH PREFER RUJUK KEDAH _ YANG BERKAIT DENGAN SEJARAH RASULLULLAH DAN KEHEBATAN ULAMA PATANI - DARI MELAKA YANG TAKSUB DENGAN SEJARAH PARAMESWARA HINDU.

KO NAK YANG MANA SATU?

Khun_Luang said...

Maaf no YB nak tanya sikit dah baca habis ka semua isi kandungan di blog ini...bukan apa kalu nak kata buta sejarah dah pun segala isi kandung disini semua berpandukan kpd UUK dan wasiat dari YTM TNL..nak kata tak pandai dah pun jadi YB dalam usia 25 tahun. Ni la dikatakan bodoh tak bole diajar ..cerdik tak bole diikut...kami semua kat sini nak cuba mendapat kebenaran sejarah dan bukan nak menyedap mulut sapa2 . Tapi kalau rasa nak sedap mulut cuba pi beli asam jawa yg disalut gula kat pekan rabu..sedap memang sedap : rasa masam2 manis ..dan rasa pedas pun ada sikit.
Jangan marah no...

Unknown said...

Tahniah atas artikel ini. Semoga dapat membuka minda dan mencetuskan pemikiran baru kepada para pengkaji sejarah tempatan.

Ada permintaan siket ni, kalau dapat anai2 boleh letakkan sekali gambar makam baginda Sultan Nai Hisbu Madazam Shah. Kata saudara makam baginda terletak bersebelahan dgn makam ankanda baginda Sultan Mahmud Shah.

Kalau tak silap rasanya ini kali pertama gambar makam Sultan Mahmud Shah dipampangkan di blog ini setelah sekian banyak makam2 lain diletakkan...

Apapun sy doakan semoga usaha "mendaulatkan" sejarah realiti ini dr saudara berjalan dgn lancar dan baik dan dijauhkan dr bala dan sebarang ancaman....

Salmi said...

Kalau tak silap, makam Nai Hisbu ada di Beruas.

Apa-apa pun tahniah kepada anai-anai, memanglah nak menegakkan kebenaran kena berani dan kami pengunjung setia sedia menyokong.

Biaq pi lah kat puak-puak yang masih percaya versi Parameswara Hindu tu.Dah otak depa tak mau nak jalan nak buat macam mana.

zaris said...

bagus blog ni...

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

artikel yg mantop..bijok....teruskan lg pmbongkaran.....

Green Wave Line said...

salam..
saudara anai2..
saya sokong usaha saudara dalam membongkar sejarah realiti bangsa kita...semoga usaha saudara membuahkan hasil yang positif demi agama ISLAM...

mulanrizu said...

yang di pertuan kedah lagi tggi dri perdana menteri kedah kah...?

anaianai said...

Ye lah..hari ni Yang Di Pertuan Agong, bawah dia Perdana Menteri.Dulu pun sama lah juga.

Cikgu Badrol said...

Kat Pulau Pinang ada beberapa nama tempat ada kaitan perang Siam - Kedah. Kg. Sama Gagah (Kedua-dua pihak tak kalah tak menang = seri), kg. Sungai Sintok (tempat raja mandi sintok limau) Kg. Raja (tempat raja berkampung)dan kg. Kota(setakat ini tak jumpa kota. yang ada, makam diraja). Kalau boleh, anai-anai tolong pejelas cerita orang-orang tua yang saya dengar ni. tk.

SyncMaster said...

The Sultanate of Aceh was established initially as a small Islamic kingdom in what is today Banda Aceh during the 15th century AD. During its golden era, its territory and political influence expanded as far as Satun in southern Thailand, Johor in Malay Peninsula, and Siak in what is today Riau province. As was the case with most non-Javan pre-colonial states, Acehnese power expanded outward by sea rather than focus inland. As it expanded down the Sumatran coast, it was not another Sumatran state, but Johor and Portuguese Malacca on the other side of the Straits of Malacca that were to become its main competitors. It was this seaborne trade focus that saw Aceh rely on rice imports from north Java rather than develop self sufficiency in rice production.[7]

In the tomb of Ratu Acheh, a tombstone dated 1380, engraved with the wording, "Gusta barubasa empu Kedah Pasai Ma", meaning the families who embraced Islam governs Kedah and Pasai. This is so because Acheh is part of the Main Kingdom of Raja Siam (Müsli) Beruas Melayu Tua Gangga, Negara Kedah Pasai Ma Empire whom appointed Sultans from its siblings to rule its territory and waters. Rulers of this Empire is known as Shyah Alam Yang Maha Mulia, descendants from the Persians and Siamese Muslim Empire.[8][9]

Sumber Wikipidea..

http://en.wikipedia.org/wiki/Aceh

Salam..

SyncMaster said...

Chế Bồng Nga, Che Bunga, or Po Binasuor ruled Champa from 1360 - 1390 CE (Bunga is the Malay word for 'flower', and "Chế" is the Vietnamese transliteration of Sri, a Sanskrit title of veneration often preceding the name of a Cham nobleman; after the conquest of Champa, the Vietnamese assigned the surname "Chế" to all persons of Cham origin). Che Bong Nga was also stated in Syair Siti Zubaidah Perang China which his name was Sultan Zainal Abidin Syah (from Kembayat Negara). Siti Zubaidah was a very Islamic lady and one of Che Bong Nga's wifes. This shows that the king was Islam, not Hindu that stated in some references. Also known as The Red King in Vietnamese stories, Che Bong Nga was the last strong king of the kingdom of Champa. Chế Bồng Nga apparently managed to unite the Cham lands under his rule and by 1372 was strong enough to attack Vietnam from the sea. Under the great general, the Cham forces raided the Vietnamese city of Thang Long twice, in 1371 and 1378. The Chams then forced the king of Dai Viet to move statues of his ancestors’ tombs at Thang Long to the modern Hai Duong province in 1381. Following these victories, Che Bong Nga threatened to retake all of the lost Cham territories. Additionally, he threatened to take the two southern Vietnamese provinces, Nghe An and Thanh Hoa. Because of these threats, the Vietnamese fled, and many Vietnamese commanders, including Ho Quy Ly, future founder of the Ho Dynasty, were defeated in combat against Champa. In 1383, the Chams even laid siege to the Vietnamese capital of Thang Long (now Hanoi) for six months. Che Bong Nga died in 1390, reportedly betrayed by his own General, La Khai. The events of Che Bong Nga’s reign spelled the end of the Tran Dynasty in Vietnam, which was revealed as weak and ineffective in the face of the Cham General.[1][2]

http://en.wikipedia.org/wiki/Ch%E1%BA%BF_B%E1%BB%93ng_Nga

Belia PARUJAS said...

salam saudara anai2, saya tertarik dengan hujah saudara terutamanya tentang istana narai@hang tuah dan kaitannya dengan ayuthia. boleh tak saya dapatkan maklumat dengan lebih lanjut drp saudara. bagaimana saya boleh menghubungi saudara? atau saudara boleh menghubungi saya. email saya ialah : 30brother@gmail.com. mungkin kita boleh usahakan sesuatu. terima kasih. salam atasmu...

NIZAM said...

Setelah kami meneliti manuskrip UUK, persoalannya, adakah Kuala Kedah itu Melaka pada sekitar tahun 1400 dahulu?

saya bukan la org yang pandai sgt sejarah.sbb tu nak belajar lg..

jika kuala kedah adalah melaka pada sekitar tahun 1400 dahulu..kenapa portugis menyerang melaka (yang sekarang)yang mane terdapat bukti penjajahan mereka.

ape penting sgt melaka(sekarang) hingga portugis serang tp tidak menyerang kuala kedah(yg dianggap melaka sebenar). boleh x ulaskan.

pusat pemerintahan sesebuah negara selalunye terletak ditempat paling maju atau pesat membangunkan. jika kuala kedah paling pesat membangun pada ketika itu (melaka sebenar) kenapa portugis xserang kuala kedah? boleh ulas x

melayu itu muslim hanya lah dari kontek undang2 malaysia sahaja.

jika kita kaji dari aspek budaya, bahasa, melayu tu sgt luas.

bila indonesia dan malaysia bergaduh, cube kita fikir sape yg untung. isu curi budaya x timbul sbb kita sume dari 1 rumpun. pihak yg menggunakan isu ini sedang mengertawakan kita sume..fikirkan la.

anaianai said...

Portugis serang Melaka sebab Melaka engkar kepada raja siam islam.

Mmg sah bahawa melayu itu muslim dlm konteks undang-undang Malaysia sahaja.

Melaka cuba mendapat pengiktirafan maharaja cina dan merampas kawasan bijih di perak (dulunya kedah) yg menjadi milik kedah. Dalam lain perkataan engkar dan cuba memerdekakan wilayah raja siam islam ketika itu.

Portugis x serang kedah sb kedah bernaung di bawah raja siam. kota Kuala Kedah pun dibina oleh tentera Portugis.

Perselisihan pendapat dari segi budaya di bentangkan di sini bukan harus di lihat dari aspek untung rugi tapi dari faktor sejarah kita dahulu biar kita faham apa yg penjajah tinggalkan untuk kita hingga terjadi sedemikian rupa pada hari ini.

NIZAM said...

"Portugis serang Melaka sebab Melaka engkar kepada raja siam islam"

ok. jadi yang sepatutnye serang melaka ialah raja siam islam la kan untuk hukum melaka. tp kenapa portugis yang serang? ape kepentingan melaka(sekarang) hingga portugis nak serang?

adakah melaka engkar kepada raja siam islam itu dikatakan satu kepentingan???

Melaka cuba mendapat pengiktirafan maharaja cina dan merampas kawasan bijih di perak (dulunya kedah) yg menjadi milik kedah. Dalam lain perkataan engkar dan cuba memerdekakan wilayah raja siam islam ketika itu.

jadi reasonnye untuk serang melaka pada raja siam islam la kan. bukan pada portugis tp kenapa penjajahan portugis di melaka menunjukkan melaka itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

jika raja islam siam itu yang menaungi sume negeri tanah melayu ketika itu (semenanjung siam melaka) , harus bagi portugis serang ibu kota raja siam islam tersebut bukan.

"Portugis x serang kedah sb kedah bernaung di bawah raja siam. kota Kuala Kedah pun dibina oleh tentera Portugis."

portugis xserang kedah tp kota kuala kedah dibina oleh portugis???

kuala kedah tu bukan kat kedah ke?

boleh ulas x?

hardcore said...

Hmm.. boleh dipercayai ke sumber2 yang diperolehi dan dijadikan bukti. sila bukti dan sahihkan. setakat membaca dari buku atau ape saje sumbe yang tidak tahu sahihnya, harap disemak sebelum dipublishkan. Sekarang ni zaman fitnah yang dahsyat. Nauzubillahuminzalik..

NIZAM said...

Persoalannye kenape portugis serang melaka jika melaka yang ingkar kepada raja siam islam?

lain la kalau melaka ingkar permintaan portugis then baru portugis yang serang melaka kan.

xkan la pihak lain yang berbalah pihak lain yang buat hukuman.

xkan nak cakap raja siam islam geng dengan portugis plak. bila melaka ingkar kat raja islam siam, then portugis plak yang serang melaka. mesti la bukan kan camtu kan.

jadi boleh x dapatkan perjelasan tentang hal ni.

anaianai said...

Memang boleh di percayai/sdr boleh semak lapuran polis yang telah di buat mengenai penipuan sejarah oleh mereka yang teraniaya. Memang kami dh semak semue dankami yakin kesahihan maklumat yang di perolehi.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

halo hardcore.
sila baca habis blog ni sebelum bagi komen.

silap kamu, zaman ni bukan zaman fitnah, zaman fitnah ni dah lama dah, zaman ni zaman MEMBATALKAN FITNAH ORANG DULU-DULU...

FITNAH MENUDUH TOK NENEK KITA HINDU tu ADALAH FITNAH YANG PALING DAHSYAT DAN MESTI DIBENTERRAS SEHABIS MUNGKIN...

Hardcore, kamu percaya pada fitnah yang diTABUR oleh puak2 freemason zaman dulu ke?

NIZAM said...

ada komen yang kamu x masukanye..

kamu masih x jawab soklan saya.. kenapa portugis yang srang melaka jika melaka menderhaka kepada maharaja benua siam? kenapa tidak maharaja sendiri yang pegi serang melaka. ape peranan portugis serang melaka ni..

saudara kata UUK dibuat pada waktu dahulu bukan. mesti time tu bahasa siam yang dipertuturkan dalam bahasa istana..bukan bahasa melayu. dalam manuskrip UUK, ianya bahasa melayu.. sepatutnye UUK dalam bahsa siam yang saudara kata masih wujud pada hari ni..name pon benua siam. tp bahasa melayu? jadi mana yang btol pada zaman tersebut? bangsa siam yang berbahasa siam atau bangsa siam yang berbahasa melayu? kalau xnak masukan komen ni pon x pe.. kalau ihklas pasti ada jawapannya..

Allah x pandang darjat sesuatu manusia tu. keturunan Zulkarnain ke, Nabi ke.. yang penting TAQWA.

Che Cha said...

Memang menarik artikel ni tapi bergenang air mata bila mengenangkan pertikaian tentang Melayu. Saya pun tak tau nak mengaku bangsa apa. Yang saya selalu ngaku ialah saya orang Islam.

fara ('',) said...

"Portugis serang Melaka sebab Melaka engkar kepada raja siam islam."

boleh tolong buktikan mana2 manuskrip ada menyebut mengenai INGKAR ini?

SysOp said...

Bhai AA,

Gua dah semak lu punya fakta.. memang tepat setakat nih... cuma bagi Kerajaan Negeri Selangor tue jer yang kurang tepat.. Ini kerana yang ada menerajui negeri bukan dari keluarga 4 beradik Bugis akan tetapi datang dari kalangan pembantu mereka sahaja...

Waris sebenar pernah dikejar dan dibunuh di Sabak Bernam, namun ader yang terlepas terselamat membawa diri ke Perak (Parit/Merua/Blanja/Seputeh/Tronoh) dengan menukar gelaran dan pangkat serta nama.

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

khairunnas said...

aku nie orang minangkabau, setahu aku orang minang kat sumatra dipanggil orang minangkabau bukanya orang minang. kalau nak hebah kat orang lain kata orang kedah baguih janganlah sampai nak kutuk orang minangkabau pulak.

anaianai said...

Setahu engkau, setahu aku lain. oleh kerana ni blog aku, suka hati aku la nk tulis mcmana pun, dri maklumat yg aku dapat. Memang orang Kedah best ape, dokumen yang paling tua, Hikayat Merong Maha Wangsa. Kedah dulunya negara, bukan negeri, Jadinya, kau pun best la juge.