Monday, July 20, 2009

Siam Ramadhan

UPDATED

"For Muslims, Ramadan is a time for inner reflection and devotion to God. The Siam Ramadan, or fasting, is intended to teach patience and self-control as well as to remind one of the less fortunate. In Saudi Arabia in previous years, housing units and furnishings were given away to the poor and some prisoners, whose cases were unrelated to crimes of terrorism or drug trafficking, received Royal clemency."
Untuk keratan diatas sila baca di sini,
http://www.saudi-us-relations.org/articles/2007/nid/070913-ramadan-begins.html

Kalau siam di zaman dahulu itu beragama Buddha, seperti tanggapan ramai, kenapakah berpuasa itu dikenali sebagai Siam Ramadhan di Arab Saudi? Ini kita boleh renungkan. Kita tahu bahawa bangsa Siam pernah digelar oleh mereka di timur tengah sebagai Sumur-ul-Amir, satu bangsa keturunan raja, darjat yang tinggi. Raja manakah itu? tak lain tak bukan adalah Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa ketamadunan ke India, nusantara dan negeri Cina.


Jikapeta diatas dijadikan rujukkan, kitalah bangsa di Benua Siam dengan rumpun yang pelbagai. Teks Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam tetapi menyebut Benua Siam. Kalau hari ini kita katakan dalam ruang sempadan peta Malaysia, "Malays is Malaysian". Jadinya, dengan merujuk kepada peta tahun 1730 diatas "Siam tentulah Siamese". Kita lah rakyat Benua Siam itu, ia tidak terhad kepada raja-raja sahaja. Kita adalah warga benua Siam itu dari pelbagai rumpun yang tinggal didalam benuanya seperti Jawa,Acheh, Minang, Bugis, Sunda, Malanau, Dayak,dll. Jika dulu kita dikenali sebagai Siam, tetapi hari ini kita dikenali sebagai Melayu, Melayu yang terdiri dari pelbagai rumpun. Melayu pada zaman dahulu adalah bahasa untuk menyampaikan syiar islam di seluruh nusantara dan jawi pula adalah tulisannya. Hari ini, Melayu telah menjadi bangsa dan rumi pula adalah teks tulisannya.



Adat raja-raja di BENUA SIAM, diatas itu lah petanya. Meminang dengan tepak sireh dan cincin sebentuk pun adat siam?. Yang mana dahulu, yang mana kemudian, Siam ke Melayu? Bagi kami, Melayu itu rakyat benua siam asalnya.Sila klik untuk besarkan.

Kedatangan Raja Merong Mahawangsa yang bergelar Sultan Mudzaffar Syah I ke no-san-ta-ra bermaksud, pucuk-muda-mula-bercambah (pucuk muda ialah syiar islam) adalah diatas perintah Maharaja Cina Sai Tee Sung yang telah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650 masihi. Jelasnya, jika ulamak dan syiar islam telah sampai ke negeri Cina, bahasa Arab sudah pasti turut di pelajari disana. Adakah orang siam ini kuat islammya dan turut menggunakan perkataan Arab untuk merujuk kepada bangsa mereka yang dikatakan warak? Sebagai contoh didalam UUK, keturunan Raja Besar Benua Siam Islam ini turut menggunakan gelaran Maulana dan Khalifah. Mengenai undang-undang pula, sesiapa yang tidak berpuasa, sembahyang lima waktu dan sembahyang jumaat "..apabila ia keras (melawan), suruh tangkap dan bawa ke masjid,kekang lehernya",ms18. Banyak lagi contoh-contoh lain yang terdapat dalam UUK.


Illustrasi Sheikh Huang Tee yang dipetik dari blog sejarah maharaja China. Dari benih manakah Sheikh ni berjambang? Setahu kami orang china ni jangan kata nak berjambang, nak bermisai pun payah.


Menurut wasiat dari TNL Kassim, Maharaja Cina Sai Tee Sung tidak terkejut dengan kedatangan Saad bin Waqas untuk menyebarkan syiar islam. Rupa-rupanya, mereka di cina ketika itu masih lagi mengamalkan agama Allah tinggalan zaman Sheikh Huang Tee (yang bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius). Sheikh Huang Tee (Huang Tee bermaksud maharaja) adalah juga dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Setelah diislamkan oleh Saad bin Waqas dalam tahun 650m, Sai Tee Sung telah mengutuskan cucunya Raja Merong Mahawangsa untuk menyebarkan syiar islam kenusantara. Cucu baginda Merong Mahawangsa iaitu Khalifah Sayyidina Ali ketika menjadi Raja di Acheh telah bertindak menulis Undang Undang Kedah dalam tahun 812 masihi/222hijrah.


Muka surat terakhir UUK. Sial klik untuk besarkan.



HMMW ialah ringkasan untuk Hikayat Merong Maha Wangsa, klik untuk besarkan. Jelas, bukan raja thai yang membuka negeri Siam tetapi raja siam islam. Sila klik untuk besarkan.


Semakin jelas kepada kita dalam artikel kami sebelum ini bahawa bangsa Siam bukanlah bangsa thai yang mana hari ini memerintah di Thailand. Bagi kami bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam islam bermula dalam tahun 1767 melalui Raja Thai Buddha, Rama I Yotfa Chulalok. Pada mulanya, mereka memerentah tanpa menukar nama negara Siam kepada Thailand secara resmi. Oleh itu kita menyangka bahawa Siam itu beragama Buddha dan bertindak menyerang Patani, Kedah sekitar tahun 1800an dahulu. BUKAN SIAM YANG MENYERANG KITA, TETAPI PUAK SUKHOTHAI PENJAJAH NEGERI SIAM ISLAM ! Dengan bantuan penjajah Inggeris mereka memusnahkan tinggalan sejarah kita yang mana kini sudah mula ditemui semula di Lembah Bujang.

Mereka bertindak kejam dengan membunuh waris, walaupun masih dalam kandungan ibu. Ini adalah tindakan puak yang tidak bertamaddun yang berjaya beroleh kuasa lalu mahu kekal dengan kuasa itu. Mereka membunuh Khalifah Syarif Abu bakar Syah di istana Kota Meang Kuang dalam tahun 1821 namun gagal membunuh anakandanya Sultan MudZaffar Syah III kerana baginda bersemayam di istana Kuala Kangsar. Tentangan hebat di berikan oleh Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang, cucu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II yang dikatakan Sultan Kedah telah melarikan diri ke melaka dengan bantuan Inggeris.

Puak musuh thai penjajah negeri Siam ini berasal dari puak Suk-kho-thai, bermaksud puak-musuh-kafir. Hingga ke hari ini orang-orang Siam di kedah masih menyebut kafir dengan sebutan tai. Thai kemudiannya menukar nama negara Siam Islam kepada Thailand sempena nama bangsa mereka. Hari ini setelah rakyat mereka mengetahui sejarah sebenar, mereka membuat demonstrasi jalanan, ahli politik mereka turut mengetahui sejarah realiti, mulalah mereka sibuk ingin menukar nama Thailand kepada Siam.Mereka lupa satu perkara, Siam dahulunya adalah sebuah kerajaan islam.


"Satu hal yang agak anih ialah di antara penuduknya terdapat ramai orang keturunan Melayu (tetapi tidak boleh bercakap Melayu lagi). Terdapat banyak kampung Melayu, dan tidak kurang masjid-masjid di kawasan Ayyuthaya."

http://business.fortunecity.com/rocke/24/thai5.html

Semua ini dulunya dilakukan dengan pertolongan penjajah Inggeris yang sememangnya ingin menjatuhkan Empayar Islam Benua Siam Kedah dan empayar islam yang lain. Di peringkat dalaman penjajah Inggeris mendapat sokongan raja-raja Melayu yang di lantik oleh mereka (memerintah negeri-negeri Selat). Kami katakan disini bahawa Raja-raja Melayu yang dilantik penjajah Inggeris dan thai telah engkar kepada Yang Di Pertuan Kedah (hari ini Yang Di Pertuan Agong) ketika itu, demi tamakkan kuasa dan harta.

Penjajah Inggeris pula menamakan tanah jajahan ini sebagai Tanah Melayu pada hal peta Portugis dan Belanda (sebelum kedatangan Inggeris) jelas menunjukkan nama semenanjung ini sebagai Semenanjung Siam Melaka. Elok sangat la begitu pada pandangan mereka setelah dikerat dua, satu diberi nama thaiLAND dan satu lagi di namakan TANAH Melayu.


Peta semenanjung dizaman penjajahan Inggeris (sudah dikenali sebagai Malaya) masih menunjukkan wilayah di utara semenanjung berada di bawah penguasaan Yang Di Pertuan Kedah hingga ke Ser Genting Kra (bukan negeri-negeri Selat).

Terdahulu mereka telah menjatuhkan Empayar Monggol Islam di India dan sudah tiada halangan bagi mereka mencaturkan semula sejarah negara kita. Queen mereka di nobatkan sebagai Ratu India. Adakah semua ini tohmahan kosong saja dari kami. Ingin tahu konspirasi mereka dengan lebih lanjut dan teliti, sila singgah untuk membaca dan menonton video YouTube di "The Malay Press" (link di kanan) dan "mistisfiles" di url berikut...(excellant reading materials !), http://mistisfiles.blogspot.com/


Ps : Genggam bara api biar sampai jadi arang. Kita pakat dedahkan semua komplot mereka di masa lalu. Jangan jadi sejarawan pak turut sahaja !

50 comments:

Zahrin said...

sokong

dedahkan habis - habisan

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

banyakkanlah salawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. insyaAllah kamu tidak akan kecewa...

Anonymous said...

Salam ya sahabat.

Apabila sukothai menjajah, maka bertaburanlah umat Siam Islam di kepulauan seluruh Nusantara. Berundur bukan bererti mengalah, tetapi menyusun strategi dan kekuatan untuk berjihad.

Seperti janji Tuhan melalui firman Nya yang bermaksud,

"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (QS. al-Maaidah 5:54)

"Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak, dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan." (QS. al-A'raf 7:181)

Kaum dan umat yang dijanji Tuhan akan muncul di Nusantara ini (tempat paling ramai orang Islam di mukabumi) dan kaum dan umat ini akan berjihad besar-besaran menutup kebatilan dengan memunculkan kebenaran yang Hak.

gagasan_warisan said...

telanjangkan mereka....dedahkan segala perpecahandan kekeliruan yang telah mereka cipta....SEmoga hari2 anda dibwah lembayung Yang Maha Esa

gagasan_warisan said...

telanjangkan mereka....dedahkan segala perpecahandan kekeliruan yang telah mereka cipta....SEmoga hari2 anda dibwah lembayung Yang Maha Esa

Khun_Luang said...

Salam Nai Mazlan dan saudara bertiga ( Anai-Anai)
Saya cadangkan supaya ditubuhkan Pesatuan Kerabat Syarif Yang Dipertuan sebagai jentera penggerak kepada blog ini. Semua kaum kerabat dari keturunan Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Abu Bakar dijemput menyertai Persatuan ini. Dengan adanya Persatuan ini kita bole bersama-sama berkerjasama memperjuangkan dan mengembalikan "Permata Yang Hilang" . Pesatuan ini bukan saja hanya untuk mengeratkan siratul rahim seketurunan tapi ia dapat berfungsi sebagai satu badan kebajikan dan badan warisan. Saya syorkan YTM Tunku Nai Long Kassim dilantik sebagai Yang Di Pertuan dan Tun Abdullah Badawi sebagai Penaung.
Bersatu Kita Teguh, Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
InsyaALLAH akan di Berkatkan oleh Allah ...perjuangan ini ....
Untuk pengetahuan saya adalah dari keturunan Koya Long dari sebelah datuk iaitu Che Umar Bin Che Muhammad Saad Bin Che Muhammad Tam dan sebelah nenek saya adalah Che Baesah binti Nai Abdullah Bin Nai Chau Doi bin Nai Chau Abu Kassim@ Megat Manja.

Khun_Luang said...

Seperti kita ketahui ada juga "bloggers2" yang memperlekehkan dan menyangkal kebenaran Blog Sejarahnagarakedah ini yang mengatakan bahawa saudara ANAI-ANAI berempat dan juga YTM Tunku Nai Long Kassim mengada-adakan cerita dan cuba memutar belit sejarah demi kepentingan masing-masing.Walauapa pun diperkatakan, bagi saya ini adalah satu tomahan dan saya harap kita semua yang berjuangan kerana ugama dan maruah keagungan bangsa kita , kita teruskan saja. sebab anjing tetap anjing macamana menyalak satu hari lenguh juga mulut menyalak. Bukit tetap bukit tak runtuh tanpa izin ALLAH. Anjing satu hari akan mati juga ..anggap lah Blog ini sebagai Bukit yang tetap dipertahankan ..patah tumbuh hilang berganti...
Dari dulu masa saya bersekolah lagi marhum nenek cerita dah pun pasal Raja Kedah dulu adalah keturunan siam dan bapa saudaranya Nai Shim ialah Raja di Kubang Pasu. jadi apa yang tak betul dan dikatakan putar belit. Memang betoi. belum Blogspot ini ujud lagi kami dah tau...dan saya pun dah baca salah satu blog yg cuba mempersenda dan memperlekeh blog ni... dia sendiri pun tak betoi bercelaru juga pasai isteri-isteri dan anak-anak SAH. anak A pi kata anak B. saya tau sebab saya ada salinan Salasilah yang ditulis oleh Tunku Fakarudin pada 1957 yang diberikan oleh cicit SAH sendiri....jadi saudara ANAI-ANAI teruskan perjuangan yang belum selesai sebab kita tak mau jadi sebagai bangsa yang mudah lupa .

Anonymous said...

siam ramadan tu bahasa arab.aduh mak.

AadiGoth said...

salam...

bkenaan psl sejarah versi saudara ni saya no komen. xder pro or kontra. Best gak baca pasal sejarah ni versi ni walaupun saya lebih prefer sejarah umum...

Yg jadi pertanyaan saya, betul ke dakwaan saudara yg Raja Perlis (Syed Muhammad Hatta) ni bersalasilah dari keturunan keluarga saudara? Padahal pihak Asyraaf sendiri mengiktiraf salasilah keturunan Raja Perlis (Syed Ahmad) adalah seorang sadah ahlul bait.

Berkenaan penggunaan syed, kalu ikut info dlm blog ni berasal dari Tok Telemong kot? Dari kabilah al-jufri, walaupun al-jufri al husaini wujud beberapa abab ke depan. Atau mungkin aljufri yg dimaksudkan bukan ari al hasani or al husaini. saudara juga mdakwa kabilah al jamallullail berasal dari syed muhammad hatta...kalu ikut keturunan asal dari Zahiruddin Bahadur kan (belah lelaki)...

tq

anaianai said...

Banyak komen pasal maksud Siam Ramadhan ni ye, walaupun ia hanya sebagai mukadimah artikel pendek ini sahaja. Terima Kasih kepada semua. Bagi kami, sekiranya tidak penting orang Arab pun tak akan sebut dipermulaannya, mereka boleh juga menggunakan perkataan lain. Contohnya, kenapa mereka dulu tak sebut thai ramadhan dari awal lagi?

Yang penting disini ia telah membuka minda kita untuk melihat dunia melayu ini dalam persepsi yang lebih luas, hubungan ekonomi, politik, sosial diantara Benua sebenarnya telah lama sedia terjalin. Tak kisahlah samada isu yang ditimbulkan ini soal bahasa @ bangsa. Perkataan Portugis pun kekal hingga kehari ini dalam bahasa melayu walaupun hadir mereka di alam melayu hanya sekejap sahaja.

Bercakap mengenai membuka minda ini, sedarkah kita bahawa Undang-Undang Kedah tidak menyebut negeri Siam sebalik nya menyebut BENUA SIAM. Mana satu yang lebih besar, negeri ke Benua? Peta yang kami kemukakan dalam blog ini menunjukkan negeri atau BENUA, buatlah penilaian sendiri.

Ramai yang tak sedar apabila membaca UUK secara sekali lalu sahaja. Kita menyangkakan bahawa Siam adalah negara Thailand hari ini, pada hal tidak begitu. Di sini UUK telah memberi kita maklumat baru samada kita sedar atau tidak.

Silalah baca dulu link yang kedua, "mistifiles", baru luas sikit pandangan kita. Elok juga kalau singgah di The Malay Press, tgk semula artikel-artikel yang ada dan jangan lupa menonton video You Tube berjudul, "The Arrivals".

Anonymous said...

Salam ya sahabat.

Nabi Ibrahim (a.s.) kahwin Siti Sarah, lahirkan Nabi Ishak (a.s.)untuk Bani Israel,turun ke Nabi Daud (a.s.), Nabi Musa (a.s.), Nabi Sulaiman (a.s.), DLL sehingga diakhiri Nabi Isa (a.s.).

Nabi Ibrahim (a.s.) kahwin Siti Hajar, lahirkan Nabi Ismail (a.s.) untuk Bani Hasyim ditunggali hanya Nabi Muhammad (s.a.w.). Keturunan al-Hasan dan al-Hussein berhijrah ke Nusantara melalui Sharif, Sayyid dan Syarifah.

Nabi Ibrahim (a.s.) kahwin Keturah (dari Champa) lahirkan 6 anak untuk Bani Jawi yang tiada diutus rasul. Bani Jawi mewarisi dari Pakistan sehingga Nusantara semenjak Nabi Ibrahim (a.s) masih hidup.

Nabi (Iskandar) Zulkarnain (a.s.) menguasai Tanah Besar China dan keturunan baginda berhijrah ke Nusantara.

Sekiranya dajjal hendak meledakkan nuklearnya maka Nusantara akan menjadi sasaran utama.

Bersatulah kita anak-anak Ibrahim dan Zulkarnain!

anaianai said...

ok, sebenarnya petunjuk mengatakan 'there's a missing link here' dari segi bahasa dan bangsa, bukan main cut and paste sahaja. Saya pun masih mencari. Mintak tolong renungkan bukan suruh argue. Kita semue kene pakat cari missing link ini dengan membaca dan menambah knowledge dari artikel di blog lain. Jangan terikut kefahaman yang sedia ada, sb tu saya bagi link, manalah tahu saudara/i dapat hidayah lebih dari saya selepas membacanya. Biasalah, blog ini pun tidak menulis sejarah sedia ada tetapi cuba membongkar sejarah !! Banyak perkara yang subjektif akan timbul dalam setiap artikel. Itu saya akui.

Zaidi..sebenar!, bersatu lagi baik, kerana petunjuK terkini dari NYA mengatakan perlu begitu.

Prof Saad, thanks for your advice, hmmm...nak argue buke blog sendiri ye?,haha..biasa la tu, pembaca kita dah bersemangat dah ni.

Salam hormat untuk semua dan many thanks for your opinion, walau saya moderate hanyalah untuk kabaikkan dan saya pun dah baca kesemua pendapat saudara.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

"Sekiranya dajjal hendak meledakkan nuklearnya maka Nusantara akan menjadi sasaran utama."..

X bule...sebab kat bawah tapal kaki kita ada sekor singa...:-)

Singa tu le yang akan buat hal.

The Island of NAMOYAKI, said...

salam hormat,

Pencarian Fakta:
Kerajaan Islam mula jatuh apabila kita tidak lagi menggunakan emas sebagai pertukaran nilai matawang,

Kerajaan Islam akan bangun semula dan kembali bersatu apabila kita semua kembali menggunakan matawang wang emas.

Fakta:
Emas jikalau dilebur, masih lagi ada nilainya,
Kertas jikalau dilebur, maka tiada lagi nilainya,

Fakta kukuh:
Negara-negara manakah yang mempunyai hasil bumi emas yang paling banyak?
1.Emas
2.Emas Hitam

Kerajaan Islam hari ini sukar untuk dibangunkan kerana dunia sudah tidak lagi menggunakan mata wang emas,

Kerajaan Islam akan bangun semula apabila kita kembali menggunakan sistem matawang emas.

Sejauh mana fakta sebegini mampu berdiri kukuh sehingga berulang kembali sejarah kemakmuran seperti dahulu?

Kita bahaskan dan berusaha mencarinya.

The Island of NAMOYAKI, said...

Emas,
Jadikan ia nilai matawang dunia, Kerajaan Islam akan kembali makmur,

Layari:

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Gold_(mined)2.PNG

Lihat pada PETA Emas, anada akan PASTI melihat:
Tanah Besar China,
Tanah Jawa,
Tanah Afrika,
Tanah Siam

dan tiada rekod di USA,

Kita cari lagi,

salam hormat

anaianai said...

PN, bar check link anda tadi, tetapi telah di'delete'kan oleh tangan2 ghaib.

Salmi said...

Sdr Adigoth,
Keturunan Merong Mahawangsa yang ada pada hari ini pun ahlul bait kerana dalam Islam boleh pakai keturunan sebelah ibu, keturunan Saidina Hasan dan Husin dikira keturunan Rasullullah melalui ibu mereka Fatimah.Merong Mahawangsa berkahwin dengan ahlul bait Bani Hashim Sharifah Mariam Al-Jefri.Babur pun claim dia keturunan Ahlul Bait juga.

Khun_Luang, tentang nak tubuh persatuan ni saya sokong 100% dan saya pun akan apply menjadi ahli.Somewhere along the line keturunan kita bertemu.Nanti bila kita jumpa oleh cerita panjang.

AadiGoth said...

Dari dulu lagi saya nk tahu sgt sape Sharifah Mariam Al-Jefri ni. Aljefri ni dari keturunan alhusaini ke? Setahu saya aljefri muncul beberapa abad kemudian. Bukan dari line alhusain kot?

Lagi satu claim bhw keturunan Raja Perlis from syed Muhammad Hatta ni dari keturunan keluarga Anai2...Persatuan Asyraaf mengiktiraf yg Raja Perlis dari keturunan Ahlul bait from Syed Ahmad - Ali al uraidhi bin Imam Jaafar as Sadiq bin Imam Muhammad Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Imam Ali.

Ahlul bait terdiri dari Nabi Muhammad, Fatimah az Zahra + Imam Ali, Imam Hasan + Imam Husain dan keturunan dari keduanya SHJ.

Dlm Islam, mana2 ahlul bait perempuan yg kahwin ngan bukan sadah, anak bukan lagi dianggap sbg ahlul bait. Keturunan hanya diwarisi dari belah ayah SHJ. MELAINKAN apa yg dah diputuskan sbg cth Nabi Isa anak kpd Mariam n Fatimah AzZahra. Manakala berkenaan ahlul bait berlainan kalu ikut ilmu nasab memang keturunan Nabi dah putus sbb nabi x ada anak lelaki. Kecuali...

"Tiap-tiap anak bagi seorang bapa maka nasabnya adalah kepada bapanya, kecuali anak-anak Fatimah maka sesungguhnya akulah bapa mereka"
(Riwayat Ash Thabrani)

Maknanya hanya dari sebelah bapa je warisi nasab. Dlm kes ahlul bait Rasulullah plak, hanya dari Fatimah az Zahra je dibolehkan. Lepas tu, kembali seperti biasa nasab kena nasab hanya dari belah bapa. Kalu x mesti anak2 Imam Ali dari bukan keturunan Fatimah dah dianggap ahlul bait juga. Ni tidak...sebab tu Rasulullah memanggil Hasan + husain ni sbg anak2 baginda...dan hanya dari mereka je mendapat 5 Keutamaan ahlul bait.

Saya cuma nk tahu sgt2 jawapan pasal siapa aljefri dan Syed Muhammad Hatta tu je. tq

Khun_Luang said...

Salam kepada Saudara Salmi ribuan terima kasih kerana menyokong cadangan Penubuhan Persatuan Kerabat Syarif Yang DiPertuan. InsyaALLAH kita sabar saja dan tunggu keputusan dari pihak yang dicadangkan dan sama-sama kita membantu mereka.Saya sedang cuba siapakan cadangan bertulis dan akan E-mailkan kepada saudara Nai Mazalan secepat mungkin....dan salam buat semua pengikut-pengikut

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Dinar emas adalah matawang rasmi kerajaan Empayar Islam Benua Siam Kedah.

Dinar digunakan untuk jual beli..tetapi bukan TIMAH yang menjadi barang KAWALAN hanya untuk di eksport sahaja.

Jika DINAR telah digunakan bermakna sukatan matrixnya adalah sama dengan timbang sukat DINAR BAGHGDAD - MONGGOL - TURKI dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh Sayidna UMAR AL-KHATAB.

MALAKA ADALAH ENTREPORT sebelum Sin Gapo Rengge menyibuk sebab dek RAFFLE.

Bab pertubuhan tu..sila tubuh...TMP nanti join jadi AHLI BERSEKUTU sahaja..:-)

Salmi said...

Sebagaimana perbincangan dgn TMP semalam, rasanya sudah ada asas platform untuk penubuhan persatuan itu iaitu perjumpaan seperti majlis korban di Jitra dulu.

Mungkin boleh dirangka satu lagi majlis korban tahun ini, atau majlis aidilfitri tapi kali ini dibuat perlantikan AJK sekali.

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, Segala pujia dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

selawat salam keatas junjungan besar kita nabi Muhammad Rasullullahi SAW serta kepada seluruh ahli keluarga baginda, serta kepada para sahabat baginda dan juga kepada para anbiya yang terdahulu,

salam hormat kepada saudara kita bertiga iani anai-anai bersaudara,

sesungguhnya, sudah berlakunya majlis ilmu disini tanpa kita sadari, dan
apbila kita berbicara tentang keagungan Allah SWT, maka disitu terbitlah rahmah' daripada Allah SWT atas hasilan keikhlasan doa yang lahir dari sudut hati yang paling dalam daripada setiap insan yang bermunajat,
(dengan idzin Allah, itulah yang kita harapkan, amin Ya Rabb,)

bersetuju dengan cadangan tuan Khun_Luang untuk menubuhkan persatuan, saya sangat bersetuju,
namun dicelah-celah kehidupan yang kita lereti ini, bersabarlah dengan sepenuh-penuh kesabaran saudaraku, sesungguhnya keseluruhan akal hal kejadian ini adalah sesuatu yang sudah pastinya tertulis pada rahsia-rahsia kerajaan yang sebenar-benar kerajaan yang memerintah,

The Malay Press,
salam hormat kepada tuan atas kesungguhan menceritakan fakta, sememangnya ada kesinambungan diantara Pelabuhan Kota Lembah Bujang, Kota Kuala Muda yang menjadi tempat pemeriksaan (Syahbandar-Kastam) dan Kota Melaka, dan Satu lagi Kota di Johor.

Keseluruhan Kota-kota Pelabuhan ini peraiarnnya dijaga Oleh 'Orang Laut' (Malay Archipelego) yang mana ada diantara kita sendiri menggelarkan mereka sebagai 'Lanun' dan Kerajaan British menggelar mereka sebagai 'Pembelot',

sebenarnya mereka-mereka itu (Orang laut) telah digelarkan sebagai 'The Viking of The Orient' oleh orang-orang eropah. Harap tuan juga dapat tekun dan bersabar dengan bersungguh-sungguhnya sabar,

Alhamdulillah, majlis ilmu sudah berkembang, marilah kita semua sama-sama terus mencariNya tanpa berpaling-paling lagi,

Salam hormat,

Anonymous said...

Salam.

Sebut pasal emas & perak:

1) Matawang Dinar Emas & Dirham Perak dihalalkan oleh Islam dan diperakui oleh Nabi.
2) Matawang Fiat (dollar, pound, RM) ialah matawang riba.
3) Faedah pinjaman semuanya riba kecuali skim perbankan Islam.

Patut la semakin panas badan saya ni, ilmu-ilmu pun dah semakin tawar! Rakyat tertipu, pemerintah yang menghalalkannya. British lah punca segala. Zionis pula di belakangnya. Eloklah kita tukar pinjaman konvensional ke perbankan Islam. RM nak tukar macam mana? Etika Emas S/B pun dah kena serbu.

Zahrin said...

Jika jadi persatuan tu...saya nak masuk...best best...

p/s biasala ank muda...benda baru mesti semangat lebih..tak gitu abg TMP
;-P

anaianai said...

Amboi, cakap pandai noh. Hantar komen mcm2, tapi check profile habukpun tarak. Manalah tau kalau ada penulisan dia, aku pun nak komen jugak.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Alhamdulillah, majlis ilmu sudah berkembang, marilah kita semua sama-sama terus mencariNya tanpa berpaling-paling lagi,

Namoyaki..cari siapa?

-------

Drag...ya ya..benda baru...panas panas...tapi xleh terus telan..tunggu suam dulu.

sakti satima said...

ada kah sultan muzaffar shan III yg makam kat bota kanan sama orgnya ? keliru dgn sejarah salasilah sultan perak ..

Khun_Luang said...

salam semua kalau ada masa lapang cuba tengok video yang dihantar kepada You-Tube oleh anti -Thai yang menggunakan nama samaran "assddaa" klip video yang dihantar pada 5hb April 2007 . yang berjudul "thai king" muka Raja Bhumipol -ditukar ke muka beruk :Planet Of The Apes." kena kutuk habisan -habisan . kat situ ada 10,698 komen...bertelagah sakan ..

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

"The good that men do is oft interred with their bones, but the evil that men do lives on and on..." - bruce dickinson

(The effects of good deeds are short-lived but the effects of evil are felt for generations)

The Island of NAMOYAKI, said...

Salam hormat,

TMP,
Syair Raja Ali Haji (Raja Haji)dari Pulau Penyengat:
Kenal dirimu, Kenal TUHANmu,

Jikalau kita kenal Melayu,
maka kita akan kenal siapa kita,

apakah ada hubungkait kerajaan 'Sultane of Rum' dengan kerajaan Negara Siam-Kedah, kesemua raja pemerintah menggunakan nama 'Sultan'

http://en.wikipedia.org/wiki/Sultanate_of_R%C3%BBm

nama 'Kerajaan Rum' sudah disebut2 didalam HMMW,

masih sedang membaca,

The Island of NAMOYAKI, said...

saudara kami semua yang kami hormati lagi kami kasehi 'Khun_Luang' [August 5, 2009 12:29 AM]

bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah,
sesungguhnya hal dan perihal adab dan tertib tidak diajarkan kepada kita begitu,

institusi kemanusiaan dan ketamadunan kemanusian kita adalah jauh lebih berbeza dengan cara dan perilaku sebegitu jikalau kita mahu dipersoalkan tentang hal 'adab dan tertib',

bersabarlah,
bersabarlah dan bersabarlah, kerana sesungguhnya segala setiap kejadian dan ketentuan itu adalah milik yang Haq',

salam hormat,

Hamba Miskin said...

Tuan...

Dah saya katakan dulu tentang hal perkataan SIAM ni. Perkataan SIAM berasal daripada percantuman istilah Simuw Al Amir. Sumuw ul amir itu tidak betul..

Cuba tanya pakar bahasa arab kalau tak percaya. Simuw Al Amir ini di pendekkan menjadi siam agar mudah di sebut oleh orang arab. Contoh paling mudah : HAMAS - Harakatul Muqawwamah Islamiyyah.

Harap mengerti..

Little Nicky said...

Assalamualaikum wr...

My two cent :

Terbitkan buku pasal blog sejarahnagarakedah & sejarah realiti bangsa negara kita ni...print cantik2 buat macam encyclopedia...tak kisah le sampai berapa jilid pun... saya orang pertama pi beli :)

May Allah Bless Us...Amin.

Wassalam..

Unknown said...

your blog is good. tapi kalu boleh bagi teratur. isi kandungan cantik , banyak benda boleh belajar. tapi habis scrol down , tiba-tiba ada gambar semut, ke anai-anaike?. ingatkan bahan sejarah juga , rupanya iklan. kalu boleh bagi step by step baru tahu hujung pangkal. iklan letak satu tempat. komen satu tempat. ikut tertib.baru ada klas.ramai dah pegi blog ni tapi tak ramai follow kerna susunan tak tertib . fakta disini lebih kepada akademik dan ada lambang ITM. Buatkan jadi lebih akademik kalaupun tak mau jadi formal. saya yakin ramai orang malayu dan cerdik pandai berminat nak baca. tapi walau macam manapun tahniah , content bermanafaat untuk renungan dan sebagai orang islam

Uffysto said...

jika tidak keberatan saya ingin mencadangkan supaya Team anai-anai cuba research mitos tiger & dragon versi jepun krn agama asal bangsa jepun adalah berunsur monotism (shindu) menyembah tuhan 'Kamisama',dlm dynasty Tang China tidak bermusuh dgn jepun,segala adap dan tatasusila org jepun mirip melayu dan ada perkataan dan maksud dlm bahasa jepun yg sama dgn kita.sbg cth'duduk' dan 'Alamak' mungkin ade bahan yg menarik....Wallahuaalam..

Khun_Luang said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Di bulan yang mulia ini dan diberkatkan oleh ALLAH. Mari kita semua sama-sama berdoa dan memohon kepada ALLAH moga-perjuangan YTM Tuanku Nai Long Kassim dan Saudara ANAI-ANAI berempat dan juga para bloggers yang turut membantu memdedahkan kebenaran tentang kegemilangan Empayar Islam di Nusantara ini terus mendapat petunjuk dan kejayaan. Saya juga ingin mengucakan Selamat menjalani ibadah berpuasa dibulan Ramadan yg mulia ini kepada semua followers blog ini. salam.
p/s kepada saudara Salmi kiranya ada kelapangan sudikirnya hubungi saya di E-mail mohdnazrin2009@gmail.com. T.Kasih.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

saudara Khun Luang. maaf x dapat reply email hari tu.

saudara buleh berkenal rapat dengan lain2 rakan melalui facebook.

tq

pendetaKUdeta said...

menarik blog nie...
tp nak kongsi pendapat...

aku setuju kalo korang nak wat persatuan...
tp jgn la pulak tuntut hak pemerintahan...
sebab mende tu xkn kesudahan...
risau korang kene ISA...

tp aku setuju kalo korang tuntut pengolahan sejarah...
sebab dgn cara nie lg bagus...
jdk renungan utk kita semua...

dpd persoalkan waris pemerintahan...
hanya golongan ampa saja dpt kebaikan...

lgpn sejarah nie bagus sbg peringatan...
agar generasi kita ambil iktibar...

dan aku pon dah mula paham psal Freemasons...

kenapa british nak Tanah Melayu...
Walhal sblm tu depa cume berkuasa di negeri2 selat...


btw, bravo sbb cuba sebarkan sejarah paralel dpd buku teks...

kudos!

Helang_berlegar said...

salam anai-anai,

just nak kasi info mungkin ada penjelasan bukan nak jatuhkan atau menundukkan sesuatu pihak.

http://larsegeland.wordpress.com/2009/07/03/big-change-in-world-view-world-explorers/

http://kyawkyawoo.wordpress.com/2009/02/13/islam-chinese-connection-admiral-zheng-he/


assalamualaikum wbt

Salmi said...

Memang betul tu, mari kita sama-sama menafaatkan FB untuk berkenal-kenalan, boleh tengok gambar lagi dan lain-lain info. Cara ini lebih efektif daripada ber-email.

Saya dan TMP pun kadang-kadang cuba memahatkan kefahaman orang ramai tentang sejarah realiti ini dalam FB.

Husaini said...

Assalamualaikum,
Syabas diucapkan kepada anaianai kerana memberikan info yg amat berguna utk tatapan masyarakat. Saya terjumpa blog ini pada Julai lepas setelah pulang dari Langkawi. Ketika di Langkawi sy berjumpa seorang Pak Cik yang menceritakan bhw TAR pernah mengencingkan makam Mahsuri. Tapi pada keesokan harinya beliau datang semula membuat tahlil(mungkin setelah bermimpi buruk kot). Dan sebelum beliau berangkat ke London utk menuntut kemerdekaan TAR sekali lagi membuat tahlil di makam tersebut. Di muzium mahsuri pula dipaparkan pedang Wan Darus (suami mahsuri) yang seiras dengan pedang milik Tok Moris (moyang saya, saya generasi ke 6 & 8 dari sebelah Tok dan Wan saya sebelah ayah). Kesemua maklumat ini telah menimbulkan pelbagai persoalan. Peng"google"an telah dilakukan utk mencari jawapan. Tahniah dan terimakasih kpd anaianai kerana blog EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM KEDAH telah memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Anaianai, teruskan perjuangan!

Salmi said...

Saudara Husaini,
Tolong hubungi saya dalam FB.Boleh kita sembang sikit tentang Tok Moris.

Mohd Salmi bin Baharom

Zahrin said...

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/09/kota-siputeh-puteri-lindungan-bulan.html

ramai yang dah sedar dengan sejarah sebenar...alhamudillah

p/s sila baca keluar dari kepompong politik

kiff2011 said...

Teruskan perjuangan.Berteduh dibawah satu persatuan amat dialu2kan.Selamat berjaya.
(Emailkan kpd kiff71@gmail.com maklumat terbaru menubuhan persatuan.Anak Kedah sentiasa menyokong perjuangan anda samaada dari kewangan @ moral)

kiff2011 said...

Teruskan perjuangan.Anak Kedah sedia beri sokongan.

Zahrin said...

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.geocities.com%2Fmzfr%2Fnobility%2Fdat34.html%234&h=c17c9e82c04b5fbe8be4816a6be7ef57

salasilah daripada anak Chulalongkorn yang bernama Che Sepachandra..

Mereka ini mengatakan Nai Sofiah gunduk SAHamid bukan isteri sah..

Mereka kata Sultan Badlishah bukan anak gahara...

Pendek kata Sultan Abdul Halim bukan sultan kedah yang sejati..keturunan merekalah yang sejati,,

BIADAP..

saya pernah bersembang dengan mereka di Istana Kuning dan rumah saudara - mara mereka..dan itulah hasil yang saya dapat...

BIADAP!!

anaianai said...

mereka boleh kata apa mereka nak...tapi bagi kami..setuju mereka memang biadap ! !

SyncMaster said...

Salam..

Pernah menonton filem "Bang Rajan"? Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan punduduk dari beberapa kampung dari kerajaan Siam menentang kemaraan tentera Burma menjajah Siam.Sepintas lalu filem ini memang member i impak tapi tidaklah sebesar apabila pemahaman "versi baru" sejarah selepas membaca kebanyakan artikel dalam blog ni.Apa impaknya?.Filem patriotisme ini menyamai peranan "Bukit Kepong" atau "Leftenan Adnan" yang sering kita tonton tanggal 31 Ogos saban tahun.Dari pemahaman terkini,(selepas membaca blog ini) filem ini adalah satu penipuan dan dakyah palsu Istana Thai untuk memanjangkan salasilah selain menutup kebenaran penjajahan mereka keatas kerajaan SIAM ISLAM AYYUTYA.Bolehlah disimpulkan banyak fakta yang telah diubah tapi yang menarik perhatian saya ialah nama-nama yang muncul dalam kejadian ini.Revisit ke wikipedia menjelmakan nama-nama seperti Nai Thaen, Nai Choti, Nai In, Nai Muang, Nai Dok ,Nai Thong Kaeo dan beberapa lagi patriot sememangnya membawa gambaran yang berlainan dari tragedi sejarah ini.Sekiranya benar terdapat penipuan disini,watak "keramat" seorang sami buddha yang menjadi kekuatan kampung tersebut sememangnya tak lain tak bukan adalah untuk mem"buddhakan" atau men"Thaikan" sejarah ini.Bagi yang pernah menonton,bolehkah anda bayangkan watak-watak penduduk kampung itu ialah syuhada-syhada yang berjihad membentengkan negara Islam dari jajahan kafir?Watak ketua kumpulan tersebut yang begitu dihormati itu ialah seorang imam yang memimpin solat berjemaah dan perang?!Watak-watak pemuda yang gagah berani itu pula ialah pemuda-pemuda yang belajar mengaji Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam yang lain?Kaum wanitanya berpakain sopan dan berjiwa kental?Lebih banyak kajian perlu dilakukan sebelum versi asal dapat diceritakan semula.Mungkin saudara anaianai boleh melakukan kajian serba sedikit untuk versi asal sejarah ini? (Harap maaf sekiranya terlepas pandang sekiranya topik ini telah dikaji atau sudah diketengahkan).Tapi yang pasti walaupun versi telah diubah tapi watak-watak yang terlibat mempunyai persamaan dari segi nama dan identiti masyarakat Islam Kerajaan Ayyutya yang dikisahkan didalam blog ini..Dan yang lebih menarik kekejaman dan penindasan yang diceritakan sebenarnya dilakukan oleh keturunan Raja Thai!! Nama Thaksin muncul sebagai Raja Yang Menyatukan Siam(Thai) selepas masyarakat Siam bertaburan kerana tiada kepimpinan selepas serangan Burma tersebut.

#Lepas ini nak buat perbandingan "Naresuan" yang difilemkan versi Thai dan dari blog sejarahnegarakedah plak.

http://en.wikipedia.org/wiki/Bang_Rajan

jixiong said...

Teori yg agak menarik mengenai "Sai Tee Sung" tetapi menurut sedutan dari Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Emperor_Gaozong_of_Tang

baginda tidak menganut Islam.

[Known by Islamic sources as Yung Wei, which was in fact the name of the first era in his reign (Yonghui era from February 650 to February 656; see era name), Islamic sources credit him with building the first mosque, a mosque that still stands in Guangzhou. According to those records, Islam was introduced to China and Emperor Gaozong by the visit of Sa`d ibn Abi Waqqas, a companion of Muhammad, in the year 650. According to these sources, Emperor Gaozong is said to have respected the teachings of Islam greatly, feeling the teachings were compatible with Confucianism, and offered the building of the mosque as a sign of admiration. The emperor himself did not convert as he felt Islam was too restrictive for his own preferences, but according to those sources, did not stop him from allowing Sa`d and his company to spread the teachings throughout the region. These sources, however, were not corroborated by Chinese records.]

Satu lagi andaian yg menarik tentang Shih huang Ti tetapi Shih Huang Ti bermaksud Maharaja yg Pertama (huangti = maharaja | shih = pertama atau permulaan, bukan sheikh)

jixiong said...

Teori dan andaian yg cukup menarik tetapi

Shih Huangti bermaksud Maharaja yg Ulung/Pertama (shih = pertama, permulaan, ulung dan huangti = maharaja) Shih BUKAN Sheikh.


Mengenai Sai Tee Sung pula, kalau baginda ialah Li Zhi atau Tang Gaozong dlm Bahasa Mandarin, menurut Wikipedia:http://en.wikipedia.org/wiki/Emperor_Gaozong_of_Tang

[Known by Islamic sources as Yung Wei, which was in fact the name of the first era in his reign (Yonghui era from February 650 to February 656; see era name), Islamic sources credit him with building the first mosque, a mosque that still stands in Guangzhou. According to those records, Islam was introduced to China and Emperor Gaozong by the visit of Sa`d ibn Abi Waqqas, a companion of Muhammad, in the year 650. According to these sources, Emperor Gaozong is said to have respected the teachings of Islam greatly, feeling the teachings were compatible with Confucianism, and offered the building of the mosque as a sign of admiration. The emperor himself did not convert as he felt Islam was too restrictive for his own preferences, but according to those sources, did not stop him from allowing Sa`d and his company to spread the teachings throughout the region. These sources, however, were not corroborated by Chinese records.]

Sekira isteri baginda, Empress Wu telah merampas kuasa dan menjadi Maharaja Wanita Pertama China pada tahun 655 hingga 683, tidak lojik kalau baginda boleh mengutuskan cucunya kemana-mana.

http://en.wikipedia.org/wiki/Wu_Zetian

Dalam mengkaji sumber sejarah, kita perlu "cross-check" dgn sejarah negara lain dan bukan membuat andaian semat-mata.