Seorang petani yang sedang mengerjakan sawahnya di Kedah telah menemui 2 biji tembikar cina tertanam di dalam tanah. Beliau telah berjaya mengeluarkan tembikar tersebut dari lumpur sawah padinya. Apabila di buka, satu dari tembikar tersebut di dapati kosong (mengandungi pasir sahaja) sementara sebiji lagi mengandungi 2 kepingan tembaga berikut (lihat gambar).
Lalu kami pun berhubung dengan mereka yang sedikit sebanyak boleh menafsir siapa dan apakah tujuan tembaga ini di tanam. Maklumat yang kami dapati ia di tanam untuk generasi akan datang oleh mereka yang kelihatan berjubah dan memakai songkok hitam dengan tali di tengah-tengah. Jubah mereka ini berwarna hitam dan keemasan sementara rupa paras seperti orang cina zaman dahulu. Bagi kami maklumat ini hanyalah sekadar renungan pembaca sahaja. Wallahualam.
Namun pembacaan kami diatas kerajaan maharaja cina (kaizer) dizaman dahulu sebenarnya luas hingga ke nusantara (no-san-ta-ra bermaksud pucuk-muda-mula -bercambah yakni, syiar islam). Ia bermula semenjak zaman Raja Iskandar Zulkarnain lagi lalu membawa kepada keturunannya Sheikh Huang Ti (sheikh adalah ulama dan huang ti adalah gelaran maharaja cina). Tidak hairanlah Raja Merong Mahawangsa pula dihantar ke Kedah pada zaman dinasti Tang dan 600 tahun kemudiannya dizaman dinasti Ming Laksemana Cheng Ho masih lagi mengawal/meronda perairan di nusantara dan Selat Melaka ini. Mereka-mereka ini baru kini sahaja kita ketahui beragama Islam sedangkan sewaktu sejarah dipelajari di tahun 70an, keislaman Cheng Ho langsung tidak pernah disebut.
Kami cuba mendapatkan tafsiran dari mereka yang mahir bertulis dalam bahasa cina namun mereka gagal membuat sebarang tafsiran. Mungkin kami berjumpa dengan mereka yang tidak pandai menafsir. Ada sesiapa yang boleh membantu?
Can somebody help to decipher this writting?
15 comments:
"Maklumat yang kami dapati ia di tanam untuk generasi akan datang oleh mereka yang kelihatan berjubah dan memakai songkok hitam dengan tali di tengah-tengah. Jubah mereka ini berwarna hitam dan keemasan sementara rupa paras seperti orang cina zaman dahulu."
yang ni 'back to the future' la kot...
Assalamualaikum saudara,
Boleh saja menghubungi media Cina dan pihak Jabatan Arkib Negara.
Buat sidang media dan hebahkan pada stesen TV.
Biar dikaji secara rasmi.
hubungi Dato Seri Rais Yatim, Menteri Warisan.
Sms saya 0163969881 untuk maklumat lanjut.
ada cerita ttg Puteri Lindungan BUlan?
Those are plaque for Chinese tombs i believe.
I love this kind of writings. saya masih pertikaikan kandungan buku sejarah kat sekolah.. tapi terpaksa ikot sbb nak lulus xm.
bukan tak percaya dgn tulisan saudara anai2,
tapi FAKTA ni perlu di perjelaskan lagi termasuklah rujukannya yg sahih (etika penulisan yg baik).
bila tarikh dijumpai benda nie?
baru atau zaman dulukala dan anaianai pewaris shj?
dan kalau jumpe bende2 camni, TOLONG la hubungi jabatan MUZIUM. derangpon dok kaji bende cenggini.
kalo takot RAIS YATIM sorok/jual, ambik gambar banyak2 dgn clear.
muzium lebih bnyk expertise. dia bole kaji jenis bahan, gaya tulisan, pembuatan bende tuh dan macam2 lagi utk detect asal, umur,maksud dan macam2 lagi..
shih huang ti bukan idop zaman 200 BC ker? dalam erti kata lain, agama kristian pon tak turun lagi...
SAYA BUKAN NAK KEJI/KUTUK ENTRY NI.. SAYA SANGAT SUKA. AT LEAST ADA KESEDARAN, TAPI PERLU BUKTI DAN ASAS YG BETUL SUPAYA KITA TAK "SESAT LAGI MENYESATKAN"... Salam..
Masalahnya barangan begini bukan kami yang jumpa. Kami cuma menulis artikel ini sekadar untuk memberi tahu kepada pembaca yang meminati sejarah.
Kalau nk tunjuk gambar sahaja ok juga, tapi x best la. Bagi la ada latar belakang sikit. Ni la nama dia payah, tunjuk pun salah, x tunjuk pun salah. Arkeologi, penulis sejarah, guru sejarah, presiden persatuan sejarah, pembongkar sejarah, bukan bidang yang sama.
Yang bagus nye, ada respon dari pembaca yang menghantar emel mengatakan bahawa ini adalah tanda/sign/mohor sewaktu mengunjungi mana-mana wilayah maharaja cina dan pembawa mohor ini layak di beri layanan sewajarnya pada zaman itu.
Ada yang kata di kebumikan bersama mayat, tapi tak jumpa pula rangka manusia dalam sawah itu, mungkin tak jumpa lagi atau hancus di telan zaman.
Respon sebegini yg kami alu-alukan.
Orang yang simpan bende ni pun bukan calang2 orang juge. Puas mintak nk ambik gambar, tunda dari hari ke sehari, ni ha baru dapat.
AKU PUN NAK HENTAM JUGALAH,
Sesat x sesat tu atas kita la, akidah kemana, iktiqad ke mana.Kalau kita ni orang Islam, kene la tgk balik Qutbah Wida.
Pasal Rais yatim apa kami nak takutkan, kami dah lama berhubung dengan beliau semenjak beliau di kementerian warisan lagi. Kami dah 100 tapak kedepan nak suruh undur ke belakang kenape? Kalau benda diatas tu ada pada kami, ok la juga, ni tidak..dalam simpanan orang lain. Bagi tgk pun sekejap je, tu pun syukur alhamdulillah dah.
Pihak muzium at anytime boleh hantar emel kepada kami kalau nk tgk dan jumpe dgn orang yang menyimpan barangan ini. Tu pun kalau orang yang simpan tu setuju la. ohh...kita dah publish kat sini, dah jumpa barang, kita pula nk p cari depa? Banyak cantik, mai la sendiri, hangpa ada budget, xpertise untuk buat kajaian. Kota Siam di Langgar pun dah kami bagi tau, tak mai tgk pun. Hancus !!
Soal percaya atau tidak itu terpulanglah. Tapi kalau nk jadi blog ni sebagai tempat nak melepaskan geram, sorila..p la buka blog sendiri.Kami saja boleh lepas geram kat sini...hahaha..yg lain kene moderate.
Tak kan tak tahu beza perbezaan masa zaman agama Allah Sheikh Huang Ti dengan zaman agama Islam baginda rasulullah??.. Islam juga la tu puunnn...
Sesat lagi menyesatkan? ketinggalan ke? Undang-Undang kedah tu manuskrip, bukan hikayat. Ni kes baca tak habis la ni. Pihak berkuasa pun boleh terima untuk kes siasatan mereka...lu pikir la sendiri.
assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh,
salam hormat kepada saudaraku sang anai-anai yang lembut, halus, tajam, menyorok, berahsia, tangkas lagi berstrategi,
'dan sesungguhnya terdapat tanda-tanda (kebesara Nya) bagi yang bertanya,
dan pada sesungguhnya, kejadian makhluk anai-anai ciptaan Allah SWT itu sudah pastinya jua ada hikmah disebalik kejadian,
saudaraku bertiga, berempat dan kesemuanya,
apalah lagi yang kekanda dan adinda semua mahu berdolak-dalik akan perbuatan,?
siapakah yang mengerakkan kapal yang berada ditengah lautan,?
dulu, kata mereka, kami belayar mengikut bintang, maka bintang-lah yang menjadi pedoman kami,
dan disiang harinya pula kami belayar mengikut arah matahari,
maka arah mataharilah pulayang menjadi pedoman kami,
bukankah telah diajarkan kepada kita apabila kita berada dilautan, dan apabila kita diberikan gelora lonjakan ribut taufan, maka, diketika itu, siapakah yang kita ingatkan,? dan kepada siapakah yang kita mohonkan pertolongan,?
dan setelah itu, apabila diselamatkan, bukankah mereka mmasih lagi berpaling-paling,?
sesungguhnya, selagi mereka bernama manusia,
maka, mereka akan tetap terus berpaling-paling dengan berkata itu dan ini,
telah mereka lupa bahwa, siapkah yang sebenar-benarnya yang telah mengerakkal kapal yang berlayar di lautan itu,
jadi pada yang demikian saudara-saudaraku,
"apakah perlu kita mencarik bunga apabila berada di taman larangan?"
sesungguhnya,
'pada yang demikian, terdapat tanda-tanda (kebesaran Nya) bagi yang berfikir,'
salam hormat,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
saudaraku yang baik budi dan dan berhati jitu dengan sesunguh-sungguhnya kejituan,
sesungguhnya barang lama yang mahu diperjelaskan olehmu ini tertulis sesuatu yang amat berseni,
awalan pertengahan bentuk tulisannya yang dibesarkan menunjukkan sesuatu yang penting bagi memperjelaskan tentang utusan siapa yang dibawa oleh si pembawa,
benar katamu terdapatnya tulisan cap mohor diraja kerana barang lama itu dijadikan sebagai petanda'
sebelum aku mendahului Sang Pencipta, mohon aku ampun beribu-ribu ampun kepadaNya kerana dengan pada hanya kadar yang sedikit mahu juga coba memperjelaskan maksud dan perkara;
maka dengan itu telah dititahkan:
'Bahawasanya atas nama Yang Dipertuan Agong ....... diminta semua yang berkenaan supaya membenarkan pembawa ........ ini lalu dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberi apa-apa jua pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya.'
bukankah ini adalah 'passport' bagi laluluan Sutera (The Silk Road)?
Saudara-saudaraku, lihat di Passport negara kita sekarang, adakah bunga dikiri dan kananya sama? adakah bunga tembaga lama yg ditunjukkan oleh saudara anai-anai kita itu juga sama,
saudaraku, ini adalah hanya pandanganku yg secetek-cetek pengetahuan, aku mencari perbandingan,
aku hanya bertanya, dan aku hanya berfikir,
demi masa,
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
salam hormat.
Salam, Saudara.
Setelah meneliti tulisannya,
jelas sekali ini adalah sejenis 'Spirit Tablet'.
http://anthromuseum.missouri.edu/minigalleries/chinesespirittablets/intro.shtml
Sejenis adat keagamaan Cina.
Didedikasikan khas untuk si mati. Satu bentuk manifestasi pemujaan roh nenek moyang oleh mereka.
Sama ada diletakkan di kuburan atau disimpan di tokong-tokong baik di rumah mahupun di tempat sembahyang kaum Cina. Sebab mengapa boleh ada dalam tempayan tu, mcm2 anggapan boleh diutarakan.
Kenapa saya katakan demikian ?
Kerana padanya jelas tercatit, tarikh seperti "Tahun Lembu Bulan 12 Haribulan 19", "Tahun (?) Bulan 6 Haribulan 8", "Tahun (?) Bulan 8 Haribulan (?)" dan "Tahun(?) Bulan 11 Haribulan 20". Catitan tarikh sebegini memang perkara biasa bagi Spirit Tablet. Biasanya akan merujuk kepada tarikh lahir dan mati seseorang.
Tak lupa juga ada nama orang yang tercatit tapi saya tak dapat memastikan bagaimana bacaannya.
Yang pasti, ada karakter "roh si mati / dead spirit" ( 霊 ) dan lain-lain karakter yang biasa ada pada spirit tablet.
Yang paling menarik,
ada juga catitan "keturunan(?) yang ke-28" pada ruang tengahnya .. Entah apa maksudnya ..
Betul lah kata Chocolate Berry, memang ianya peralatan untuk kubur Cina .. Memang tak syak lagi !
( Yang ini boleh jadi yang ini jenis 'portable' kot ? )
Apa-apa pun, baik gi mintak pakcik tuh pergi tanam semula nanti ada yang lompat-lompat pakai tocang masuk dalam rumah ..
Hehehe ..
http://en.wikipedia.org/wiki/Spirit_tablet
Yang Ikhlas,
Ray Blacksmith @ raykinzoku
hahahahaaa...ok said..ade lagi pendapat????
Lompat tocang gigi panjang tu sah-sah Hantu Manchu...hahaha
salam,
saya adalah peminat sejarah dulu hingga lani...tp dulu malas study, lani baru nak berjinak2 balik...blog ni menjadi sumber rujukan saya :D...tak kisah lah betul atau tidak, at least membuka minda utk saya berfikir...lps tu kita cari fakta utk support..
-lyana
Saya tak dapat mengagak kerana kabur
Lahir pada.....bulan 8
Keturunan ke-28 世租
(Ada dua nama di situ) dan sedikit ayat yang tak cukup lengkap di hujung.
Tahun lembu bulan 12, hari 19 di hujung.
Gambar kurang jelas dan bergegar.
28/12/29 bulan 6 28. Ada 2 Nama si mati di situ..dia tanam sekali. Seorang tu nama dia LEE WEN WEN dan sorang lagi mungkin isteri dia..
solawat..
Ada kesilapan..
Lee nama suami. Wun wun @ wen wen nama isteri..meninggal sekali.
Orang cina kat kampung saya cakap orang kaya saja yg buat macamni tatah nama atah tembaga..ke emas?
solawat
Post a Comment