Wednesday, September 16, 2009

Negaraku, MALAYSIA


Sila klik gambar ini untuk dibesarkan

SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING.

Kita andaikan begini,kalaulah mereka dahulu (TAR and the gang) nak bincang kemerdekaan dan nama negara, sudah pasti selepas Jepun tewas tahun 1945 dan 12 tahun kemudian Malaya yang merdeka dan nama Malaysia ini hanya wujud pada tahun 1963,kombinasi saudara kita di Sabah dan Sarawak. Bukan kah begitu kefahaman kita selame ini??? Anehnya buku ini terhasil jauh lebih awal dari tarikh-tarikh ini.JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?



Tidak salah jika kami katakan bahawa sejarah Malaysia hari ini harus dibongkar sedaya yang boleh. Terlalu banyak kepincangan yang kita temui. Kesarjanaan kita bukanlah untuk mendabik dada mengatakan akulah pakar yang tahu semua sejarah bangsa. Yang amat mengetahui hanyalah Allah SWT sahaja. Jangan sampai kita dipersalahkan oleh anak cucu kita dikemudian hari kerana tidak berbuat apa-apa hari ini.

Terima kasih saudara 'dragsuperstar' diatas usaha pencarian saudara dan sumbangan gambar buku ini.

20 comments:

Airland said...

Siasat.. jgn x siasat.. aku dar dulu n k pertikai ng nama MALAYSIA..
apa salahnya kalau kekal dgn nama TANAH MELAYU??

dragsuperstar said...

ada yang cakap..
"ala dah lepas tu lepas la kita pandang depan"

meh aku nak jawap balik..

Sejarah ni supaya pada masa depan kita tak buat salah lagi macam mana orang dulu - dulu buat. Jual Kedah (Malaysia) pada thai dan british pastu reka sejarah dongeng tahap gaban.

Melaka tubuh konon ada pelanduk penerajang anjing.

Ni apa la...

Sejarah dongeng karut tahyul..

Sejarah sebenar supaya kita umat Islam di Malaysia dapat mengangkat kepala dan beritahu satu dunia "Hei kami punya tamadun yang hebat!!"

Supaya anak cucu kita tidak lagi jalan tunduk pandang lantai.

Sekian..

Ridzuan Masri said...

Boleh jadi jugak.. tapi kemungkinan lain pun masih ada... nak tukar tarikh tuh pakai photoshop, senang jer...

Muhamamd Firdaus said...

saya juga sedang dalam usaha meminjam satu naskah buku tersebut dari University of Pennsylvania, USA. Moga ditemukan sesuatu yg baru. Konspirasi ini wajar dibongkar.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Nama Tanah Melayu pun sama ler...

aku lagi suka nama Amirisia.:-)

anyway buku ni kalau dapat se-kopi baguih ni...kalau ada mai secawan.

kesatuan pejuang malaysia said...

btul tu...bro,bleh bagi info tak pasal sejarah negeri Trg.aku rasa kabur sangat sejarah negeri ni sebelum zaman kesultanan terengganu yg diasaskan oleh sultan zainal abidin 1..sapa yg perintah Trg masa dulu??

Averroes_69 said...

jawapannya mudah je Airland. Sebab Malaysia ni melibatkan juga Sabah & sarawak. sorry to say, aku tak tahu kenapa kebanyakan orang2 di semenanjung selalu "terlupakan" kami di Malaysia Timur ni..

Siasah politik bukan setakat melibatkan Cina, India dan Orang Asli, Melayu & Siam sebagai bumiputera, tapi jangan lupa, Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Kadzan-Dusun, Murut & Bajau juga Bumiputera di sini. Baca balik sejarah yang maklumkan kebimbangan Sabah & Sarawak akan jadi "jajahan" kepada Malaya...

esis said...

http://mokthar.wordpress.com/2009/06/15/permata-yang-hilang-bahagian-1/


mungkin sesuatu yang boleh dikupas

Sangtawal Sakranta said...

Salam Anai-Anai,

Sangat setuju dengan anda!

Memang Sejarah Bangsa sudah banyak dipesongkan oleh mereka!

Teruskan usaha murni tuan,semoga diredhai Allah.

Wassalam.

Mohd said...

memang sesuatu yang menarik untuk di selak!!

kepada sesiapa yang ragu-ragu seandainya gambar buku itu di photoshop, bole rujuk wikipedia rupert emerson..bahagian - Bibliography.. tahun buku itu diterbitkan memang pada tanggal 1937.

http://en.wikipedia.org/wiki/Rupert_Emerson

Shah said...

dalam mastika (tak ingat bulan berapa , ada sorang mamat music underground ni dah baca buku ni. Mastika sendiri ada buat pengesahan dgn salah sorang ahli akademik dan mengatakan buku ini wujud pada tahun tersebut (ini bukan teknik photoshop, hehe..

yg menariknya, mamat underground yg org pandang sebelah mata pun tahu kewujudan buku ni, tapi ahli politik mostly tak tahu pun buku ni wujud..

aku pasti, cerita dalam mana2 blog mengenai buku ini takkan di ulas selagi mastika tak menyiarkan statement mamat underground tu. aku pasti 99% rakyat malaysia tak tahu pun buku ni wujud..

terima kasih kepada mastika n mamat underground tu..

gatekeeper said...

Ada logic juga sebab aku selalu tertanya-tanya kenapa bendera Malaysia ada unsur bendera Amerika Syarikat sedangkan kita dibawah British! Sekarang mungkin terjawap. Harap dapat korek sampai habis.

Rusydi Azfar said...

Penggunaan nama Malaysia pada buku ni boleh dikirakan "baru". Sebenarnya, rekod paling awal yang dijumpai tentang penggunaan nama Malaysia ni adalah pada 1 Januari 1889 dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH).

Dalam laporan bertajuk “Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu

Kalian dijemput ke blog saya di http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/09/siapa-yang-cipta-bagi-nama-malaysia.html sedikit kajian saya yang mungkin bermanfaat untuk dikongsi bersama. Saya baru je berjinak2 dgn dunia blog. TQ

Mohd Hafiz Bin Bakar said...

Salam, saya antara pembaca stia, cma sya nak tnya, cmna sya nak dpt, bku Undang-undang Negara Kedah, dah cari seblum ni mmg x dapat. www.padiemasmahkota.blogspot.com

Putera said...

Asalamualaikum WBT

Izinkan saya letakkan artikel ini di blog saya.

Fakta menarik untuk dikongsikan bersama.

Wassalam

Khazmir Afiq said...

saya juga pernah terlihat bendera malaysia dalam cerita kartun yang dikeluarkan oleh(amerika atau british x pasti lah) dan disiarkan di malaysia iaitu "fairy odd parent"...saya percaya mesti anak2 kita tahu cerita ni...memang saya tak tersalah nampak...saya kenal sangat sebab ade lambang bulan dan bintang pada bendera seakan bendera Amerika tu....

Syam Ahmedarino said...

pada pendapat saya... nama malaysia mmg telah lama wujud. (dalam ejaan lain: Malesia) tapi nama sebelum ini merujuk kepada seluruh rantau kepulauaan melayu (Nusantara).

hijabul crewz said...

salam persaudaraan,

saya amat bersetuju dengan kenyataan saudara bahawasanya sejarah negara dan bangsa kita perlu dipolish sedalam-dalamnya.....dan terbitkan sejarah yang sebenar-benarnya....

namun,saya dapat merasakan bahawa pemilihan nama negara kita iaitu M'SIA ada hikmah yang amat besar dan terhijab daripada pandangan kita semua....

seperti yg anda ketahui, pemilihan tarikh kmerdekaan negara kita adalah berdasarkan pandangan seorang ulama' tersohor dan antara ahli falak terbaik zaman itu...syeikh abdullah fahim...

saya amat yakin bahawa keputusan pemilihan nama Malaysia juga berdasarkan persetujuan dan pandangan ulama' ini....yang saya yakini beliau adalah antara orang yang diberikan kelebihan oleh Allah...

Yakinlah saudara2ku sekalian... pemilihan nama ini berkaitan dengan kebangkitan islam pada akhir zaman...

InsyaAllah !!!

mohammad said...

assalamuaikum..
tuan-tuan sekalian,tidak hairan ka kenapa bendera M'sia agak serupa dengan bendera USA? walhal yang menjajah kita pada masa itu ialah British?
jawapannya ialah semua ini telah diatur rapi oleh Zionis(Yahudi pelampau) dan Freemason(gerakkan Dajjal).
Mereka mula menjajah/memusnahkan seluruh kerajaan Khalifah Ottamaniah yang meliputi Timur Tengah,Morocco,India,China dan jgak kerajaan Islam Siam Nagara Kedah..

wan yasin said...

Name Tanah Melayu da x boleh dterima pakai utk zaman anak cucu sy..ini kerana zaman sekarang kalau hendak katakan ini tanah melayu..lu kaci lu punya gran sy mau tgk itu atas ada tulis name melayu ka atau dia punya nama Cha Ya Nun Alif