Oleh DR. A. MURAD MERICAN
Sejarah mempengaruhi kesedaran kolektif kita. Apakah tahap kesedaran sejarah di kalangan para elit intelektual dan politik, serta rakyat di negara ini? Setiap warganegara adalah pengguna sejarah, sama ada kita inginkannya atau tidak. Sejarah bukan hanya apa yang telah terjadi, tetapi apa yang sedang dan apa yang akan terjadi.
Tahun 2007 merupakan 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Setengah abad bukanlah singkat. Akan tetapi di mana kita sekarang? Siapa kita? Tahap kesedaran sejarah yang rendah akan hanya seterusnya meminggirkan kita dari arus kemajuan dan pemodenan. Tanpa satu perspektif sejarah, kita akan hanya lemah ketahanan diri, hilang arah dan identiti. Sejarah hendaklah digunakan dengan seadil-adilnya. Sejarah merupakan senjata dan kuasa. Akan tetapi, siapakah pemilik sejarah kita?
Sejarah tidak boleh diubah. Apa yang dapat dinilai dan dirombak ialah penceritaan dan pengkisahan persejarahan. Kita tahu Francis Light mendarat di Tanjung Penaga (di mana terletaknya Esplanade dan Fort Corwallis) pada Ogos 1786. Dan kita tidak menafikan bahawa seorang ketua masyarakat Melayu di Tanjung Penaga pada masa itu ialah Nakhoda Kechil atau Ismail, yang berasal dari Payakumbuh, alam Minangkabau, telah menyambut pedagang Inggeris itu.
Nama-nama mereka yang terawal dari Nakhoda Light dan bila mereka bermastautin di Pulau Pinang (perlu dilihat sebagai Kedah), seperti Nakhoda nan Intan, Datuk Jannaton dan Datuk Setia, serta Datuk Kramat memang telah tercatat dalam pelbagai sumber yang diketahui umum - jurnal, buku, majalah dan akhbar yang diterbitkan sejak kira-kira tahun 1800-an lagi.
Persoalan
Dan cerita-cerita tentang kewujudan Melayu di Pulau Pinang sebelum Nakhoda Francis Light mendarat memang telah tersiar dalam media massa di Malaysia sejak dua dekad kebelakangan ini. Maklumat-maklumat itu bukanlah sesuatu yang baru dan menggemparkan.
Apa yang menjadi persoalan ialah pengiktirafan kewujudan penempatan Melayu awal di Pulau Pinang dalam persejarahan negara sebelum Francis Light. Secara logik yang amat asas sekali, jika sejarah telah memberi identiti dan pengiktirafan kepada pedagang Inggeris itu, mengapa sejarah tidak boleh melakukan yang sama kepada orang Melayu-Islam di Pulau Pinang yang wujud sebelum Light?
Mereka pun mempunyai identiti, mempunyai waris, serta juga mempunyai sejarah, sama seperti Light. Jika Light disebut sebagai berasal daripada Suffolk, England; Datuk Jannaton, Nakhoda nan Intan, dan Datuk Setia pun mempunyai tempat asal mereka, iaitu, Payakumbuh, Sumatera. Sebenarnya, apa yang kita ketahui sebagai fakta sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara kini ditentukan dan ditakrif oleh mereka yang berkuasa.
Namun demikian, persejarahan Malaysia hanya menyebut pedagang Inggeris itu sebagai menemui dan mengasas Pulau Pinang. Ia tidak menyebut Nakhoda Kechil, dan 30 orang penduduk Melayu lain di kawasan tersebut yang juga wujud pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Kedua-dua Nakhoda Kechil, dan Nakhoda Light mempunyai roh dan jasad. Kedua-dua mempunyai nama dan identiti. Kedua-dua mempunyai pengikut. Tetapi, mengapa seorang dipinggirkan, dan dipadamkan dari sejarah; walhal seorang lagi diagung-agungkan, sekurang-kurangnya diiktiraf dalam sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara?
Adakah kerana Kapten Light seorang yang berasal dari Eropah, sedangkan Nakhoda Kechil berasal dari Dunia Melayu yang bernama Minangkabau yang dianggap terpinggir, lemah dan mundur itu? Sebenarnya, sejarah yang kita tahu ditulis dan disalurkan melalui institusi-institusi kolonial, termasuk sekolah, universiti, dan birokrasi. Dan institusi-institusi tersebut telah menanamkan ideologi kolonial ke atas hampir segala kehidupan kita - termasuk kesedaran tentang sejarah.
Apa yang kritikal di sini ialah penulisan, pengkajian dan sejarah sebagai satu institusi pada tahap akademik, dasar dan popular seperti yang wujud dan perlu wujud di Malaysia. Idea-idea tentang konsep pengasas (founder), penemuan (discovery) dan penciptaan (invention) ditentukan oleh penguasaan dan takrif dunia Oksiden (Eropah) ke atas wilayah bukan Oksiden.
Misalnya sejarah penciptaan mesin cetak dikaitkan dengan seorang tukang emas Jerman bernama Johannes Gutenberg pada kira-kira tahun 1456. Kaitan penciptaan mesin cetak dengan Eropah, dan bukannya dengan China adalah usaha menyusuri keistimewaan Eropah yang kononnya muncul bermula abad ke-15.
Buku saya, Media History (Penerbit Universiti Malaya, 2005) telah menceritakan bahawa sejarah lebih murah hati kepada Gutenberg sebagai orang yang mencipta mesin cetak. Penciptaan mesin cetak oleh Eropah yang dianggap sebagai fakta sejarah dalam persejarahan ketamadunan dan sains sealiran dengan pemikiran zaman penemuan Eropah yang tidak mempedulikan penjelajahan bangsa bukan Eropah. Dalam hal ini, usaha persejarahan dalam mengaitkan penjelajahan Eropah atau penciptaan mesin cetak dengan ketamadunan Eropah menjurus kepada satu mitos.
Bagaimanapun, sejarawan seperti Norman Davies dalam bukunya Europe: A History (1997) dan terdapat ramai sejarahwan dan sarjana seperti itu, memberi pandangan Eurosentrik yang menyambut penciptaan Gutenberg itu sebagai melancarkan satu revolusi dalam teknologi maklumat, dan dengan itu mengiktiraf keunggulan Eropah dalam semua bidang dan bentuk pemikiran manusia.
Dengan itu, berasaskan kepada logik Eurosentrisme dan ilmu kolonial, tercatatlah dalam persejarahan negara bahawa Stamford Raffles pengasas Singapura dan Francis Light pengasas Pulau Pinang, seolah-olah kedua-dua pulau di kepulauan Melayu itu tidak pernah diduduki dan dengan itu tidak ada sejarah. Sejarah negara hanya bermula dengan kedatangan orang-orang Eropah, yang dianggap unggul dalam sains dan tamadun.
Seperti yang lumrah diperhatikan, banyak bahan dalam bentuk halaman web, risalah pelancongan, penceritaan dalam bahan-bahan yang dipamerkan di institusi-institusi awam, serta dalam banyak buku tentang Pulau Pinang, disebut lebih kurang bahawa “The history of Penang began from 1786 after Captain Francis Light founded the island” (Sejarah Pulau Pinang bermua dari 1786 apabil Kapten Francis Light mengasaskan pulau itu).
Hal tersebut adalah ilmu yang dibentuk dan ini merangka kesedaran kolektif kita, serta menawan pengetahuan kita tentang sejarah. Pemikiran kita tertawan oleh sejarah.
Sejarah masyarakat kita, seperti sejarah masyarakat yang pernah dijajah adalah satu penceritaan yang ditindas. Malangnya, para sarjana dan cendekiawan Malaysia tidak berminat mencari dan membebaskan apa yang ditindas itu dalam satu usaha merombak persejarahan negara. Biasanya, kita tidak menyoal peraturan-peraturan formal disiplin, bidang dan paradigma ilmu dan bagaimana ia disusun, diwacanakan dan diteorikan.
Walaupun begitu, kita dapat mengenalpasti beberapa sarjana dan cendekiawan yang telah memulakan kajian dan mengasaskan pemikiran ke arah itu melalui pelbagai bentuk dan rupa, baik di Malaysia ataupun dilihat dalam konteks Asia Tenggara. Ini dapat dilihat dalam penulisan-penulisan oleh Syed Naquib al-Attas, abangnya, Syed Hussein Alatas, dan Syed Farid Alatas, anak Syed Hussein, yang bertempat di Singapura. Sarjana dan cendekiawan lain yang mempamerkan usaha ke arah itu ialah Osman Bakar, Chandra Muzaffar, Khoo Kay Kim, Shamsul Amri Baharuddin, Hairudin Harun, Mohd. Hazim Shah, Shahrir Mohd. Zain dan dari Singapura, Shaharuddin Maaruf. Pada masa yang sama juga, kita hendaklah meneliti penulisan-penulisan tokoh sarjana dan pejuang Filipina Jose Rizal, serta cendekiawan Indonesia seperti Armijn Pane dan Soedjatmoko.
Walaupun pendekatan dan orientasi mereka ini berbeza-beza, namun pemikiran mereka ini dicetus oleh hasrat mencabar dan merentasi pemikiran dan ilmu yang ditonjolkan melalui pelbagai bentuk - orientalisme, sekularisme, kolonialisme, Eurosentrisme, dan lain-lain.
Tidak seperti mereka tersebut, umumnya di Malaysia, tidak ada pergerakan di kalangan profesor dan sarjana di universiti-universiti tempatan yang melihat konsep-konsep seperti imperialisme, teori dan sejarah sebagai satu masalah. Kita dididik, dilatih dan diorientasi oleh sistem yang melihat konsep-konsep itu sebagai berkecuali dan bukan ideologikal; sedangkan ia merupakan kata-kata dan konsep-konsep yang penuh emosi. Keadaan tersebut telah memadamkan dan meminggirkan budaya dan ilmu dalam konteks kehidupan dan alam Melayu. Malah perspektif-perspektif alternatif dicemuh dan dihina dalam wacana-wacana akademik dan popular.
Di sini agak baiknya kita belajar daripada India. Negara itu telah melahirkan ramai sarjana, cendekiawan dan ahli falsafah yang telah menerokai ilmu berlandaskan kepada perspektif mereka dan kadangkala mengambil pendirian intelektual bertentangan yang agak ekstrem dalam mengkaji permasalahan dan pengalaman sejarah etnik, nasional dan khazanah peradaban sendiri.
Malah diwujudkan wacana yang dapat dirangkumkan dalam aliran yang disebut sebagai ‘subaltern studies’ - satu gugusan pengajian yang mewakili mereka yang dipinggirkan - sama ada dari segi etnik, agama, jantina, kelas ekonomi dan sebagainya. Kolektif ini, yang diasaskan oleh Ranajit Guha, merupakan satu kumpulan pengajian para sarjana di benua kecil itu yang berminat dalam kajian pasca kolonial dan pasca-imperial di Asia Selatan khususnya dan di dunia bukan Barat yang lain amnya. Kemunculannya dalam tahun 1980-an adalah satu usaha membentuk satu naratif baru bagi sejarah India dan Asia Selatan.
- PROF. MADYA DR. A. MURAD MERICAN ialah Pengerusi, Pusat Sejarah Intelektual dan Pemikiran Melayu (Centis) di Universiti Teknologi Mara dan Penasihat, Persatuan Warisan Melayu Pulau Pinang.
PS : Apabila ada yang memulakan kajian, mereka-mereka yang ditakuk pemikiran lama mengatakan ia kisah dongeng. Inilah kononnya sejarawan bangsa melayu hari ini, pengecut dan bacul untuk berfikiran kritikal.
15 comments:
mereka mestilah mempertahankan subjek dan ideologi yang memberi mereka makan, kerja dan pangkat...
betul tu TMP...kata orang Penang mereka lebih takut shorru miss dari takut kepada Allah swt.
Selain drp. tokoh-tokoh daripada Sumatera, orang-orang Melayu Kedah pun sudah lama bertapak di Penang ada yang bertani, menjadi nelayan dan berniaga di Tanjung sekarang.Ini kerana Pulau Pinang sebahagian daripada wilayah Kedah.
Kalau tidak macam mana Sultan Kedah (mungkin raja Pulau Pinang) nak bagi tanah kepada keluarga Dato Jannaton.
Kononnya semasa Francis Light meneroka Pulau Pinang, dia tabur duit siling dalam hutan supaya orang Melayu pakat pi tebas dan tebang pokok ramai-ramai untuk kutip duit. Ini penghinaan yang nyata.
Sepoi-sepoi British berbangsa Singh ramai diarahkan mengacau peniaga-peniaga Melayu di Tanjung sehingga ramai yang gulung tikar. Kemudiannya kita pun tahu siapa yang ambil tempat itu pula.
salmi...hang pandai cakap Siam. Apa makna Jannaton?? cepat..ha tu la penguasa pertama d Pulau Pinang.
Sekarang nie aku dah lost confident dgn sejarah Malaysia versi British termasuk konco2 British iaitu para sejarawan Malaysia dan Raja2 di bawah Kesultanan Melayu Team B . Pulau Pinang memang dah wujud sekian lama dibawah sovereignity Kedah sebelum Light tiba. Tup tup Light pula yg buka Pulau Pinang! Agenda British celah kepala lutut:
1)Nak kaut kekayaan negeri2 Tanah Melayu mesti singkirkan Kesultanan Team A dan ganti dengan Kesultanan Team B yang gila naik takhta. Ajak geng2 Thai & Bugis mai berperang lawan Team A. Bunuh semua waris Team A menyebabkan kesultanan Melayu terlebih vacancy sampai kena ambil pendatang Bugis naik takhta.
2)Untuk itu jasa2 para sejarawan negara didikan Barat perlu untuk "tutup lubang" dan buat sejarah palsu.
Selepas 50 tahun Merdeka dah sampai masanya konco2 yang terlibat bertaubat dan mengaku bersubahat kalau takut kena panah petiaq!
zaidi, pendapat yang berani..kena tabik lak kat hang, haha. tu la pasai..kalau kita drive naik jambatan pulau pinang, lepas saja tol kita dapat lihat Pulau Pinang ni sangat besar. Tak kan la tok nenek kita zaman dahulu tak nampak pulau pinang ni..ishhh..depa kona kata depa mai bukak. Terima lah kita team B punya pendapat ni semua sampai hari ni.
Awat megah ka kita dengan orang putih ni? Saya 2 tahun duduk d sana dengan depa, emmh.. tak tara mana pun depa.Kita hari ni tak payah duduk bodek depa, kita pun bijak pandai ada..boleh pikiag sendiri. Sejarah kita, biag lah kita sendiri yang tentukan.
Yang paling aku sedih, sejarawan kata Pulau Pinang tu tak berpenghuni semasa Light tiba(rujuk Penang Story Project). Tok Moyang aku dah beranak pinak 7 generasi kat Pulau Betong (tempat paling ulu kat Pulau Pinang) siap buka 2 pengkalan kat kuala untuk berniaga. Inikan pula Tanjong! Bayangkan berapa maju Tanjong sebelum Light! Team A sekarang dah makin besaq kapla. Gendang nobat pun dah tak berani pakai Teras Kayu Jerun & Kulit Tumur lagi, la ni semua pakai kayu keras & kulit kambing. Takut kena muntah darah! Tak pa...tak pa. Panah Lintaq depa tak boleh nak "alter".
Aku belum dapat match makna yang sesuai...tapi kalau Jan saja maknanya "hentam".
Zaman dulu tak payah pakai paspot jadi tak menghairankan kalau orang kepulauan Melayu lain pun pi dok Pulau Pinang.
Macam hang kata tu betui la, pulau tu begitu besaq, dari Pulau Sayak pun dah nampak, takkan tak dak orang seberang sini pi buka tanah sana.
Orang-orang Melayu yang masih bertahan di Balik Pulau pun ada link dengan tanah besar Kedah.
Salam...
dulu masa belajaq, memang tau crita pembukaan penang yang francis light lempaq duit dalam hutan then org-2 melayu berebut lah tebas semak samun nak kutip duit. Masa tuh tak leh nak pikiaq ... otak muda... tapi la nih memang boleh paham pembohongan tuh...
itulah sejarah dari kaca mata penjajah...
nak tanya sikit... Teras Kayu Jerun & Kulit Tumur tuh apa?
- keturunan ke 8 daeng perani & tengku aishah sultan abdullah of kedah
Salam tuan2
Kalau diikutkan bahasa Arab Jannaton(Jannatun, Jannah) maksudnya syurga. Ada juga orang sekarang bernama Firdaus yang maksudnya lebih kurang sama juga. Wallahualam.
Tukang karut Steampot Rifle (Si Mooshi tu ler..)chief translator cum editor yang dok karang bidaah. Patut diharamkan nama dia dalam Sejarah Archipelago Melayu. Bayangkan implikasinya jika para profesor & sarjana kita berguru dengan orang tiga suku."The Tale of Mooshi which remains a reliable and accurate reference on early Malay history to this day". Patutler Tok Wan aku resigned w/o notice dari H.M. SK Teroi Tua (Titi Teras), bakar semua buku teks sejarah yang ada kat rumah dan haramkan cucu2 belajar sejarah orientalis."Kalau hangpa nak tau sejarah pi jumpa Tok Chu hangpa kat Tongkang Yard, jangan dok berguru dgn cikgu2 tiga suku".
Pasal kayu & kulit kena tanya Orang Kalur/Kalau. Depa nie semua rahsia bawa masuk kubur. Kalau chek ada pass Gen8 Tengku Aishah mungkin depa reveal 10%. 90% masuk kubur. Mungkin Anaianai boleh tolong cerita privately. Aku tak sanggup nak dengar rahsia mistik tuhh.
Crown Original Maharaja Siam Syariff Syah masih lagi disimpan?
Peralatan dan alat kebesaran Maharaja Siam Islam seperti pedang atau apa yang tercatat dalam UUK tu antara bukti yang kukuh tu...
betul TMP, tapi tak boleh lawan MANUSKRIP (BUKAN HIKAYAT) UNDANG-UNDANG KEDAH...
aku rasa kalau nak buat thesis bersupervisorkan Mat Salleh dari Uni Oversea, dia x kan approve cerita realiti ni...
ada siapa pernah try?
Assalamulaikum
encik anai-anai teruskan perjuangan untuk kebangkitan islam dan memperbetulkan sejarah keislaman keturunan kita, insyaallah satu hari kita akan berjumpa....
alat-alat kebesaran memang masih tersimpan....malay press
biarlah kami bergerak secara underground semoga setiap petunjuk yang diberi Allah membuka jalan untuk kita kenal mengenali dan mengeratkan siraturrahim
wassalam...
Post a Comment